3.0 Pengenalan
Bahan mentah adalah bekalan yang dibeli daripada sumber luar dan digunakan dalam menghasilkan keluaran untuk dijual. Bahan dapat dikelaskan kepada bahan langsung dan bahan tidak langsung. Bahan harus sedia ada dan diperolehi sebelum pengeluaran bermula. Ia harus dipesan, diterima, disimpan, diisukan dan dikawal secara berterusan.
3.1 Fungsi jabatan belian, tatacara pembelian, tatacara penyimpanan dan tatacara
pengisuan
i. Fungsi Jabatan Belian
Jabatan belian memainkan peranan penting dalam kawalan bahan mentah yang menyumbangkan sebahagian besar daripada kos pengeluaran. Oleh yang demikian jabatan belian mempunyai fungsi –fungsi berikut :
a. Menentukan kuantiti dan spesifikasi bahan yang tepat yang harus dibeli apabila diperlukan setelah mendapat kelulusan.
b. Menentukan pemilihan pembekal yang bersesuaian dan cekap.
c. Memastikan bahan diterima tepat pada masanya.
ii. Tatacara Pembelian Bahan Mentah
Tatacara pembelian bahan mentah yang cekap adalah penting kerana sejumlah besar wang dibelanjakan dalam pembelian bahan. Pembelian bahan dilakukan oleh jabatan belian. Tatacara pembelian bahan adalah berbeza antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Walau bagaimanapun tatacara pembelian secara umum adalah seperti berikut :