Showing posts with label A2002 Pendidikan Moral 2. Show all posts
Showing posts with label A2002 Pendidikan Moral 2. Show all posts

September 20, 2012

ETIKA KEPROFESIONALISME Unit 5



UNIT 5


ETIKA KEPROFESIONALISME




5

Unit

OBJEKTIF AM


Memahami dan menghayati isu-isu moral dalam profesyen yang akan diceburi.



OBJEKTIF KHUSUS


Di akhir unit anda dapat :

  1. menyatakan kod-kod etika keprofesionalan
  2. mengetahui kepentingan kod etika dalam dunia profesion


5.1 KOD ETIKA

INPUT
PENGENALAN
Pengertian etika menurut Kamus Dewan ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu, kumpulan, persatuan dan pekerjaan. Etika juga boleh di definisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu samada baik ataupun buruk. Etika dalam erti kata lain adalah mematuhi nilai moral. Kesimpulanya etika ialah satu kod peraturan (susunan undang-undang) yang bertujuan untuk mengatur dan memberi panduan tingkahlaku kepada individu, kumpulan atau sasaranya dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Etika keprofesionalan (kerjaya) bermaksud satu set peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan yang mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang bertujuan untuk memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat sasarannya. Contohnya Kod etika dalam bidang kehakiman, kedoktoran, pendidikan dan sebagainya.

ISU-ISU MORAL SEMASA ( DUNIA) Unit 4


UNIT 4


ISU-ISU MORAL SEMASA ( DUNIA)




OBJEKTIF AM


Mengetahui isu-isu moral semasa yang berlaku di dunia , faktor-faktor dan juga langkah-langkah penyelesaiannya


4

Unit


OBJEKTIF KHUSUS


Di akhir unit anda dapat :

  1. menyatakan kesan-kesan peperangan kepada manusia dan alam
  2. mengenalpasti isu-isu moral pendatang asing dan cadangan langkah-langkah penyelesaian
  3. menerangkan tentang konsep globalisasi dan kesannya kepada dunia.



PENGENALAN
Dunia pada hari ini berhadapan dengan berbagai-bagai isu yang boleh menggugat dan mengancam populasinya. Isu-isu seperti peperangan kimia dan biologi dan perlumbaan senjata di kalangan negara-negara berteknologi tinggi terutamanya boleh mengancam alam buana ini. Di sesetengah negara, terutamanya negara-negara dunia ketiga, isu pendatang asing menjadi antara permasalahan utama. Kebanjiran mereka telah mengundang berbagai-bagai masalah dari sudut soaial, ekonomi dan politik. Globalisasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan juga telah mengundang berbagai-bagai isu yang menggugat kestabilan umat manusia. Apabila teknologi disalahguna , maka kehancuran yang bakal menanti.

ISU-ISU MORAL SEMASA (REMAJA ) Unit 3




UNIT 3

 ISU-ISU MORAL SEMASA  
(REMAJA )




OBJEKTIF AM


Mengetahui isu-isu moral semasa yang membabitkan golongan remaja dan mencadangkan langkah-langkah penyelesaiannya


3

Unit


OBJEKTIF KHUSUS


Di akhir unit anda dapat :

  1. menyatakan jenis-jenis isu-isu moral yang melibatkan golongan remaja
  2. mengenalpasti faktor-faktor pendorong kepada terjadinya gejala-gejala tersebut
  3. mencadangkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap isu-isu tersebut


ISU-ISU MORAL SEMASA ( REMAJA )

INPUT
PENGENALAN


Menurut Kamus Dewan, perkataan “ isu ”  bermaksud perkara pokok dan persoalan, manakala Moral pula bermaksud ajaran atau pegangan berkaitan buruk baik sesuatu perbuatan . Remaja pula secara umumnya ialah golongan yang berusia antara 13 hingga 18 tahun, manakala usia antara 19 hingga 21 tahun dianggap sebagai akhir alam remaja. Oleh itu, secara umumnnya isu-isu moral remaja  ialah segala persoalan dan tingkahlaku remaja yang dianggap menyalahi dan bertentangan dengan nilai-nilai dan pegangan moral.
Alam remaja merupakan satu tahap kritikal dalam kehidupan manusia, iaitu tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat inilah seseorang mula bertindakbalas kepada tuntutan emosi untuk mencari identiti dan penampilan tersendiri. Ahli psikologi mengistilahkan alam remaja sebagai ‘umur emosi’ (emotional age ) kerana di peringkat mencari identiti , mereka sering berhadapan dengan konflik diri di mana wujud dua pertembungan iaitu antara sifat kanak-kanak dan keinginan serta kebimbangan untuk menempuhi alam dewasa. Tetapi kini, remaja telah terlalu jauh meninggalkan batas keperibadiannya serta melupakan nilai-nilai etika dan moral yang sepatutnya tersemai di dalam diri mereka.
Dewasa ini, keruntuhan moral dan akhlak remaja berada pada tahap yang agak membimbangkan. Oleh itu timbul persoalan di sini, adakah nilai-nilai murni yang disemai dan dipelihara sudah lusuh rentetan daripada pemodenan mental dan kebendaan. Apakah mereka tidak mampu untuk mengadaptasikannya dengan perubahan budaya barat ( westernization ) yang pesat melanda negara kita ?

TEKNOLOGI MAKLUMAT 2 Unit



UNIT 2

TEKNOLOGI MAKLUMAT


2

Unit


OBJEKTIF AM


Mengetahui konsep asas teknologi maklumat yang sedang berkembang pesat dan kesannya kepada manusia


OBJEKTIF KHUSUS


Di akhir unit anda dapat :

  1. menyatakan bentuk-bentuk teknologi maklumat yang sedang berkembang
  2. mengenalpasti kesan-kesan baik dan buruk dari teknologi maklumat
  3. menerangkan kesan-kesan teknologi maklumat dari perspektif moral.



INPUT
PENGENALAN

Teknologi maklumat sedang berkembang pesat sekarang ini. Berbagai-bagai kemajuan dan penciptaan baru telah diterokai . Tidak dinafikan ia telah memberi sumbangan yang besar ke arah perkembangan tamadun manusia. Dengan penciptaan-penciptaan ini manusia dapat menikmati berbagai-bagai kemudahan dan kesenangan dalam hidup mereka. Penciptaan komputer contohnya, banyak membantu manusia menyelesaikan masalah mereka. Namun begitu, ledakan teknologi maklumat ini juga telah mengundang berbagai-bagai masalah dan kesan negatif kepada manusia kerana ia telah disalahgunakan. Hakikatnya, teknologi maklumat memberikan dan menyumbang kesan-kesan positif dan juga negatif kepada manusia.

KESAN KEMAJUAN SAINS Unit 1





KESAN KEMAJUAN SAINS



Unit


OBJEKTIF AM

1

Mengetahui konsep asas perkembangan kemajuan sains  dan teknologi semasa serta kesannya kepada manusia



OBJEKTIF KHUSUS


Di akhir unit anda dapat :

  1. menyatakan kesan-kesan hasil kemajuan sains dan teknologi
  2. membezakan antara kesan baik dan buruk terhadap perkembangan kemajuan sains dan teknologi
  3. menerangkan kesan-kesan perkembangan kemajuan sains dan teknologi berdasarkan nilai-nilai moral sejagat.


INPUT
PENGENALAN
Kepesatan kemajuan sains dan teknologi menyebabkan pelbagai jenis alatan  dan penemuan- penemuan baru dicipta dan diterokai oleh manusia. Secara sepintas lalu, kemajuan sains ini banyak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia sekiranya digunakan ke jalan yang baik dan selamat. Namun begitu , sekiranya disalahgunakan , kemajuan sains juga bakal menimbulkan elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral. Penemuan kaedah DNA, pengklonan, Bayi Tabung uji dan sebagainya merupakan manfaat yang diperolehi manusia hasil kemajuan sains dan teknologi. Penemuan-penemuan ini tidak terkecuali mendatangkan kesan-kesan positif dan juga negatif kepada manusia