BAB 8 PENYEDIAAN PROGRAM AUDIT, KERTAS
KERJA AUDIT DAN FAIL AUDIT
PROGRAM
AUDIT
Pengenalan
-
Program audit tidak mungkin dapat disediakan
untuk semua audit
-
Namun program yang dirancang dengan baik
meliputi sejumlah besar perkara yang boleh digunakan dalam setiap audit dalam
setiap hal
-
Juruaudit harus memberi pertimbangan terhadap
sifat perniagaan semasa menyediakan program audit
Definisi
-
Satu garis panduan yang terperinci bagi kerja
audit yang dilakukan oleh firma bagi tujuan pengauditan
-
Ia merupakan satu jadual tatacara audit yang
perlu diikuti dalam melaksanakan kerja-kerja audit
-
Dia akan dimasukan dalam fail semasa dan
boleh dirujuk oleh pembantu audit untuk melaksakan proses audit
-
Program audit disediakan diawal pemeriksaan
audit dan juruaudit mesti mengikuti setiap langkah dalam program
-
Setelah menyelesaikan semua langkah yang
telah ditetapkan, juruaudit mesti mendatangani program sebagai bukti bahawa
langkah itu telah dipatuhi
-
Program audit berbeza untuk urusniaga dan
jenis perniagaan
Jenis
i.
Program audit standard
-
Program khas yang disediakan khas untuk
diikuti/dilaksanakan oleh firma yang berkaitan (semua jenis industry. Cth, program
audit untuk aset tetap)
ii.
Program audit umum
-
Program yang disediakan terhadap audit yang
lebih khusus (Cth, audit industry kereta, audit industry bank)
Objektif
1.
Sebagai bukti bahawa perancangan audit telah
dilaksanakan
2.
Sebagai panduan kepada pembantu audit yang
kurang berpengalaman
3.
Sebagai kawalan kerja-kerja audit (setakat
mana kerja audit telah selesai)
4.
Sebagai pengawalan masa terhadap perlaksanaan
audit (setiap langkah telah ditetapkan masa perlaksanaan)
5.
Sebagai bukti bahawa kerja-kerja audit telah
dilaksanakan kerana setiap langkah yang telag selesai perlu ditandatangani oleh
juruaudit
Kandungan
1.
Pernyataan tentang prosedur perakaunan secara
terperinci
2.
Senarai kelemahan kawalan dalaman yang
berkaitan
3.
Program untuk pemeriksaan prosedur
perakauanan seperti yang dinyatakan
4.
Program untuk penentusahan butiran kunci
kira-kira
5.
Program untuk menganalisa penyata kewangan
6.
Program sebagai memeriksa rekod yang ada
kaitan tetapi tidak merupakan sebahagian daripada system perakaunan secara
langsung(cth; alat tulis)
Perkara-perkara yang perlu
diberi perhatian
1.
Sebelum memulakan sebarang bahagian
audit,juruaudit mesti meneliti terlebih dahulu prosedur kawalan dalaman – sebarang
perubahan kawalan dalaman yang berlaku sejak
ujian audit yang lalu perlu dipertimbangkan kesannya
2.
Keperluan untuk melaporkan secara bertulis
kepada pelanggan dengan segera tentang kelemahan – kelemahan kawalan dalaman
yang ditemui (melalui surat pengurusan)
3.
Keperluan untuk mengubah program audit bagi
menghadapi keadaan tertentu sebaik sahaja keadaan tersebut timbul
4.
Keperluan untuk merekod ujian audit yang
terperinci dalam dilaksanakan dengan serta merta ke dalam kertas kerja
bersama-sama dengan butir-butir sebarang kesilapan,pengabaian atau pemesongan
daripada kawalan dalaman atau prosedur perakauan yang telah ditentukan
Kebaikan
- Dapat
memastikan semua kerja yang paling penting dilaksanakan dan meminimumkan
kemungkinan meninggalkan prosedur yang sepatutnya dilaksanakan
- Rakan
kongsi audit boleh mengetahui kedudukan audit yang sebenar pada bila-bila
masa sahaja
- Merupakan
rancangan tindakan yang ringkas dan membahagikan tugas kepada
berbagai-bagai peringkat staf
- Tanggungjawab
dinyatakan dengan jelas kerana setiap pembantu audit perlu menurunkan
tandatangan ringkas pada program bagi bahagian kerja yang tekah
dilaksanakannya
- Menjadi
bukti yang bernilai bagi tindakan undang-undang terhadap juruaudit
- Membantu
mengurangkan kekeliruan sekiranya berlaku pertukaran pembantu audit
Kelemahan
- Tidak
dapat membezakan bila sepatutnya menggunakan prosedur yang terperinci dan
sebaliknya
- Pembantu
audit cenderung untuk menganggap kerja rutin sebagai kerja maksimum yang
perlu dibuat
- Tidak
menggalakkan penggunaan kretiviti profesioanal juruaudit
- Pengauditan
menjadi terlalu streteotaip - sukar diganti dengan satu bentuk sistem lain
walau sebesar mana pun saiz perniagaan
- Peluang
menipu oleh syarikat pelanggan kerana prosedur audit yang lazim telah
diketahui oleh kakitangan syarikat
Kertas
kerja
Pengenalan
-
Prinsip dokumentasi merupakan prinsip asas
pengauditan diaman menurut prinsip ini, segala perkara penting yang diperlukan
sebagai bukti audit perlu didokumenkan
-
Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa audit
dilaksanakan mengikut piawai pengauditan diterima umum
Definisi
-
Rekod-rekod yang dikumpulkan oleh juruadit
untuk mendokumenkan semua kerja audit dengan memperincikan ujian-ujian yang
dijalankan semasa proses audit, masa audit dijalankan, nama juruaudit yang
menjalankan kerja, penemuan yang diperolehi dan kesimpulan tentang hasil ujian
audit
-
Kertas kerja mesti disediakan dengan sempurna
dan sistematik – menjadi bukti bahawa sesuatu audit telah dijalankan secara
professional dan mengikut piawai audit yang telah diluluskan
Kegunaan
- Membantu
perancangan dan perlaksanaan audit
-
Ia dapat menyelaras dan menyusun kerja audit
di semua fasa
-
Semua fakta audit yang ditemui di rekod untuk
memudahkan penyelarasan apabila terdapat penemuan baru
-
Ia dapat membantu audit bagi cawangan
- Membantu
penyeliaan dan penyemakkan semula kerja audit
-
Rakan kongsi audit dapat menentukan samada;
i.
Kerja audit dilaksanakan mengikut piawai
firma audit dan piawai professional
ii.
Kerja audit yang dilaksanakan dan hasil kerja
yang diperoleh di dokumen kan secukupnya
iii.
Perkara-perkara penting tentang audit telah
diberi perhatian
iv.
Objektif tatacara audit dapat dicapai dan
kesimpulan yang dibuat adalah selaras dengan hasil kerja yang dilaksanakan –
bagi menyokong pendapat juruaudit
- Memberi
bukti perlaksanaan kerja audit sebagai sokongan kepada pendapat juruaudit
-
Membantu juruaudit untuk kendalikan
pemeriksaan
-
Beri bukti sebagai sokongan kepada pendapat
juruaudit
- Bahan
untuk menilai kakitangan juruaudit
- Sebagai
asas unntuk perancangan audit masa hadapan
Sistem Mengindeks
-
Merupakan satu cara meletakkan tanda rujukan
pada kertas kerja termasuk setia angka dalam imbangan duga
-
Bertujuan untuk memudahkan penggunaan fail
kertas dan mencari lokasi jadual atau kertas kerja sokongan dalam fail
-
Biasanya firma audit mempunyai system
mengindeks yang seragam
Tanda Audit
-
Juruaudit akan menggunakan berbagai-bagai
symbol di dalam kertas kerja untuk menerangkan tentang kerja audit yang telah
dilaksanakan
-
Setiap firma mempunyai tanda symbol yang
berlainan antara satu sama lain
-
Apabila memberikan tanda pada rekod
perakaunan yang diperiksa, juruaudit menggunakan warna dakwat yang berlainan
daripada warna yang digunakan oleh pelanggan
-
Ini dapat membezakan hasil kerja pelanggan
dengan hasil kerja juruaudit
Bentuk dan Kandungan Kertas
Kerja
-
Kertas kerja audit adalah satu dokumen audit
yang amat penting, jadi ia perlu disediakan dengan cara yang tersusun dan
lengkap
-
Penyediaan kertas kerja yang baik dapat
menjadi ukuran bahawa pengumpulan bukti audit yang adalah mencukupi
-
Keseluruhan kandungan kertas kerja mestilah
dapat menggambarkan kajian dan penilaian terhadap system kawalan dalaman dan
system perakaunan
-
Biasanya, semua firma audit menyediakan satu
kertas kerja yang standard yang diikuti oleh semua kakitangan
-
Kertas kerja yang baik harus terdiri daripada
perkara-perkara berikut :
i.
Perancangan juruaudit
ii.
Bentuk audit
iii.
Masa liputan kerja
iv.
Liputan tatacara
-
Factor-faktor yang mempengaruhi bentuk dan
kandungan kertas kerja :
i.
Bentuk ikatan janji antara juruaudit dan
pelanggan
ii.
Bentuk laporan juruaudit yang perlu
disediakan daripada ikatan janji tersebut
iii.
Bentuk kecanggihan perniagaan pelanggan
iv.
Bentuk dan keadaan rekod-rekod pelanggan
serta darjah kesandaran terhadap system kawalan dalaman
v.
Keperluan untuk pengawasan dan penyemakan
semula kerja yang dilaksanakan oleh pembantu audit
Maklumat yang perlu ada
dalam kertas kerja
- Struktur
organisasi dan struktur perundangan entity
- Petikan
dan salinan dokumen penting
- Bukti
proses perancangan audit dan program audit
- Rekod
tentang kajian dan penilaian system kawalan dalaman dan system perakaunan
- Analisis
tentang urusniaga dan baki akaun
- Analisis
tentang nisbah dan arah aliran yang berkaitan dengan maklumat kewangan
pelanggan
- Rekod
tentang bentuk, masa, liputan tatacara audit
- Bukti
bahawa kerja yang dilaksanakan oleh pembantu audit diawasi dan disemak
semula
- Nama
personal yang melaksanakan kerja dan tarikh kerja disiapkan
- Salinan
komunikasi antara juruaudit
- Salinan
surat atau nota tentang maklumat yang diperolehi dari pelanggan (hasil
perbincangan)
- Surat
perakuan yang diterima oleh pelanggan atau pihak ketiga
-
Kebolehan juruaudit untuk mendokumentasikan
kertas kerja merupakan satu pengikhtirafan kepada juruaudit yang berkebolehan
-
Kertas kerja tidak memerlukan maklumat yang
sangat terperinci, cukup sekadar untuk membayang keseluruhan kerja audit
Hak kertas kerja
-
Kertas kerja adalah hak juruaudit
-
Juruaudit perlu menyimpan kertas kerja dalam
satu tempoh yang munasabah untuk membayangkan keseluruhan kerja audit
Fail audit
-
Terdapat 2 jenis fail yang digunakan
juruaudit iaitu fail kekal/tetap dan fail semasa
Fail tetap/ kekal
-
Merupakan fail asal yang dibuka oleh
juruaudit apabila mereka mula-mula dilantik oleh pelanggan
-
Tujuanya adalah untuk menyimpan semua
maklumat asas yang penting mengenai pelanggan
-
Isi kandungan fail akan sentiasa dikemaskini
dengan dokumen-dokumen yang penting dari masa ke semasa selagi pelanggan masih
bersama firma audit
-
Antara dokumen yang difailkan di dalam fail
kekal/tetap;
i.
Sejarah penubuhan syarikat dan jenis perniagaan
pelanggan
ii.
Alamat pejabat yang didaftarkan, pejabat,
kilang, syarikat induk, anak syarikat/ syarikat bersekutu
iii.
Carta organisasi, senarai lembaga pengarah,
aliran dan bidang kuasa
iv.
Salinan perjanjian-perjanjian penting, surat
persetujuan
v.
Maklumat terperinci tentang system perakuanan
syarikat, pegawai yang berkuasa dan contoh tandatangan mereka
vi.
Modal, rizab, liability, dan asset syarikat
secara terperinci
vii.
Perlindungan insurans, peguam, perkhidmatan
bank
Fail semasa
-
Mengandungi maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen
yang telah dikumpulkan oleh juruaudit ketika menjalankan tugas mereka pada
setiap tahun semasa
-
Isi kandungan fail adalah lebih terperinci
kerana mengandungi segala bukti-bukti audit semasa yang akan digunakan bagi
menyokong pendapat audit
-
Antara dokumen-dokumen yang difailkan di
dalam fail semasa;
i.
Salinan minit mesyuarat Lembaga Pengarah yang
berkaitan dengan perakauanan syarikat/ polisi pengurusan
ii.
Program audit tentang prosedur yang perlu
dijalankan
iii.
Kertas kerja tentang pengesahan butiran dalam
penyata kewangan
iv.
Penemuan-penemuan audit seperti kelemahakelemahan
dan cadangan pembaikannya
v.
Indeks bagi kertas kerja
vi.
Jadual statistic tentang nisbah-nisbah yang
dianalisa
vii.
Salinan imbangan duga dan catatan jurnal
viii.
Soalan-soalan kepada pengurusan
ix.
Salinan surat pengesahan daripada pelanggan
tentang butir-butir dalam kunci kira-kira
x.
Surat-surat peguam, pekeliling
penghutang/pemiutang untuk mengesahkan baki