BAB 10: LAPORAN AUDIT
Pengenalan
-
Juruaudit perlu menyemak semula dan menilai
rumusan-rumusan yang dibuat hasil bukti-bukti yang diperolehi yang akan
digunakan sebagai asas untuk melahirkan pendapat ke atas penyata kewangan
-
Penyemakkan semula dan penilaian yang dibuat
melibatkan pembentukkan rumusan yang menyeluruh samada;
i.
Penyata kewangan telah disediakan mengikut
prinsip perakaunan yang diterima umum dan ianya telah diamalkan secara tekal
ii.
Penyata kewangan telah memenuhi
peraturan-peraturan dan peruntukkan undang-undang
iii.
Semua perkara yang material telah
dibentangkan dengan secukupnya dalam penyata kewangan
Definisi
-
Pendapat juruaudit tentnag persembahan
penyata kewangan yang telah disediakan oleh entity yang diaudit
-
Laporan mestilah ditulis dengan jelas mengenai
pendapat yang dilahirkan oleh juruaudit
Unsur-unsur Asas
1.
Tajuk
-
Tajuk “Laporan Audit” adalah biasa digunakan
-
Tujuanya adalah untuk membantu pembaca
mengenali laporan audit dan dapat membezakan dengan mudah dari laporan-laporan
yang diterbitkan oleh pihak lain
2.
Kepada Pihak yang Ditujukan
-
Menstilah ditujukan kepada pihak tertentu
seperti pemegang saham atau lembaga pengarah entity
3.
Mengenalpastian penyata kewangan
-
Nama entity, tarikh dan jangka masa yang
diliputi oleh penyata kewangan
4.
Rujukan kepada standard atau amalan
perakaunan yang diikuti
-
Merujuk kepada panduan pengauditan
antarabangsa atau kepada standard atau amalan yang telah mmenjadi
mantapdisesebuah Negara
-
Para pembaca memerlukannya sebagai kepastian
bahawa suatu pengauditan telah dijalankan selaras dengan standard dan amalan
pengauditan
5.
Pendapat keatas penyata kewangan
-
Laporan hendaklah menyatakan pendapat
juruaudit tentang persembahan penyata kewangan entity mengenai kedudukan
kewangan dan hasil kendalian operasi entity itu
6.
Tandatangan
-
Laporan hendaklah ditandatangani oleh firma
audit, nama juruaudit atau kedua-duanya
7.
Alamat jururaudit
-
Mesti menyatakan lokasi tertentu yang
biasanya bandar di mana juruaudit menempatkan pejabatnya
8.
Tarikh laporan
-
Tarikh yang digunakan adalah tarikh dimana
selesainya kerja-kerja audit dilaksanakan
-
Tujuanya adalah untuk memaklumkan kepada para
pembaca bahawa juruaudit mengambil kira kesan keatas penyata kewangan hasil
dari peristiwa-peristiwa dan urusniaga-urusniaga yang diketahui oleh mereka
terjadi sehingga ke tarikh berkenaan
Jenis-jenis pendapat
1.
Pendapat ke atas syarat
-
Juruaudit berpuas hati dalam semua aspek
material
-
Laporan audit mestilah dalam bentuk yang
jelas melahirkan kepuasan
2.
Pendapat bersyarat
-
Juruaudit membuat kesimpulan bahawa ia tidak
boleh mengeluarkan pendapat tanpa syarat
-
Walaupun begitu, kesan dari sebarang ketidak
setujuan, ketidakpastian, atau batasan keatas skop kerja adalah tidak begitu
penting
-
Keadaan yang boleh menyebabkan pendapat
bersyarat :
Batasan keatas skop kerja juruaudit
-
Timbul batasan keatas skop kerja, contohnya,
apabila syarat-syarat ikat janji menyekat juruaudit dari menjalankan sesuatu
tatacara yang pada pendapat juruaudit adalah sangat penting dan perlu
dilaksanakan untuk audit tersebut
-
Laporan juruaudit harus menerangkan
batasan-batasan berkenaan dengan cara penyusunan kata-kata untuk menyampaikan
pendapat tersebut
Tiada persetujuan diantara juruaudit dengan
pihak pengurusan iaitu :
a.
Kebolehterima prinsip-prinsip perakaunan yang
dipilih oleh pelanggan
b. Kaedah
penggunaan prinsip perakaunan tersebut merangkumi kecukupan pembentangan
maklumat didalam penyata kewangan
c. Pematuhan
penyata kewangan kepada peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak undang-undang
yang berkaitan
Ketidakpastian
- Ketidak
pastian yang wujud yang memberikan kesan material kepada penyata kewangan
- Laporan
perlu menerangkan keadaan ketidakpastian tersebut serta membuat rujukan di
dalam nota kepada penyata kewangan yang akan membincangkannay dengan lebih
lanjut
3.
Pendapat bertentangan
-
Dikeluarkan apabila kesan dari ketidakpastian
adalah terlalu menyerap kepada penyata kewanagn sehingga juruaudit memutuskan
bahawa suatu syarat dalam laporan audit tidak cukup untuk membentangkan penyata
kewangan yang mengelirukan atau tidak lengkap
4.
Pendapat penafian
-
Dikeluarkan apabila didapati yang kemungkinan
kesan dari batasan skop kerja atau ketidakpastian secara keseluruhannya adalah
sangat material sehingga menyebabkan juruaudit tidak berupaya untuk member
pendapat keatas penyata kewangan