Showing posts with label P3202 Perakaunan Kos. Show all posts
Showing posts with label P3202 Perakaunan Kos. Show all posts

January 16, 2013

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 12

         
  clip_image002
 
    clip_image003
 
    clip_image004
 
  clip_image005

clip_image007

12.0 PENGENALAN

Setelah anda memahami definisi dan ciri penting pengkosan proses, sekarang kita pelajari bagaimana akaun proses disediakan.

Dalam pengkosan, unit pengumpulan kos adalah jabatan atau bahagian. Dengan itu setiap jabatan menjadi pusat kos atau pusat keuntungan.

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 10

               
  clip_image002
 
    clip_image003
 
    clip_image004
 
     

 

10.0 Pengenalan

Bagaimana kita mengetahui kos bagi sesuatu kerja atau tempahan. Untuk membolehkan kita mengetahui kos, maka kos-kos tersebut hendaklah dikumpulkan terlebih dahulu. Dalam proses pengumpulan kos terdapat tatacara yang perlu diikuti.

10.1 Tatacara pengumpulan kos

Tatacara pengumpulan kos dapat dilihat mengikut urutan proses daripada penerimaan pesanan kerja daripada pelanggan sehingga disediakan kad kos kerja

10.1.1 Sewaktu menerima pesanan daripada pelanggan.

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 9

             
   
 
    clip_image003
 
    clip_image004
 
     

 

9.0 Pengenalan

Bagi menentukan kos sesuatu keluaran atau perkhidmatan, akauntan kos telah mewujudkan kaedah-kaedah tertentu untuk mengumpulkan kos-kos berkenaan. Kaedah pengumpulan kos adalah dikenali sebagai kaedah pengkosan. Kaedah pengkosan adalah satu kaedah yang direkabentuk untuk mengumpulkan kos yang disesuaikan dengan cara keluaran atau perkhidmatan diberikan. Oleh yang demikian setiap firma akan mempunyai kaedah pengkosannya yang tersendiri dan mempunyai ciri-ciri yang unik. Walau bagaimanapun terdapat ciri-ciri bersamaan bagi sistem pengkosan firma yang terlibat dalam bidang yang sama.

9.1 Kaedah-kaedah Pengkosan

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 7

       
    clip_image001
   
 
               
   

OBJEKTIF:

       
 
       
 
 
  clip_image006
 
  clip_image007

 

 

7.0 PENGENALAN

Sebelum ini di dalam unit 1 dan 2 anda telah belajar dan fahami secara am berkaitan overhed jadi untuk memastikan anda semua lebih jelas berkaitan overhed mari kita meneliti dan cuba fahami input-input di dalam unit 7 ini.

Di dalam syarikat perkilangan buruh langsung, bahan langsung dan belanja langsung boleh dikenal pasti di dalam kos keluaran yang dikeluarkan manakala overhed pula tidak dapat dikenalpasti di dalam kos keluaran yang dikeluarkan walaupun ia juga terlibat dalam proses pengeluaran keluaran.

7.1 DEFINISI DAN PENGKELASAN OVERHED

1. Definisi Overhed

§ Overhed merupakan jumlah kos bahan tidak langsung, buruh tidak langsung langsung dan belanja tidak langsung. Disebabkan sifatnya tidak langsung ia sukar dikesan dan tidak menjadi sifat semulajadi kepada keluaran yang dikeluarankan.

2. Pengkelasan Overhe

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 6

       
    clip_image001
   
 
 
   

 

clip_image006

       
    clip_image007
 
   

 

6.1 PENGIRAAN GANJARAN UPAH

Mengapa anda semua perlu bekerja ?

Ganjaran upah merupakan sebab utama mengapa orang bekerja. Skim ganjaran upah yang menarik juga menjadi dorongan kuat mengapa seseorang berminat untuk bekerja di sesebuah organisasi. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan upah kepada pekerja ialah:-

M Iklim ekonomi sesuatu industri

M Polisi kerajaan

M Keteguhan kesatuan sekerja

M Keuntungan syarikat/ firma

M Keadaan pengangguran setempat dan seluruh negara

M Pekerja yang berkemahiran sama ada senang diperolehi datau tidak

M Keadaan bekerja yang membahayakan dan tidak selesa

M Keadaan upah semasa

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 5

clip_image002

 

5.0 PENGENALAN

T

enaga kerja merupakan nadi pengerak sesebuah perniagaan. Tanpa tenaga kerja perniagaan tidak dapat memperolehi sebarang hasil. Orang yang diambil bekerja harus dipadankan dengan tugas yang sesuai, dilatih, dibayar gaji yang berpatutan,dimotivasi serta dinilai prestasinya dan diberi peluang bekerja dalam suasana yang sesuai.

Penekanan masa kini ialah mempunyai pekerja yang sesuai, ditempat yang sesuai pada masa yang sesuai. Buruh merupakan kos yang penting di dalam semua organisasi. Oleh itu kos buruh harus sentiasa dikawal.

 

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 4

           
  clip_image002
 
    clip_image003
 
    clip_image004
 
    clip_image005

clip_image007

4.1 Kaedah-kaedah penilaian stok

Apabila bahan diisukan dari stor untuk pengeluaran, maka ia harus dinilaikan atau ditentukan harga. Ini penting kerana ia mempengaruhi kos pengeluaran bagi barangan yang dihasilkan. Masalah timbul dalam perletakan harga bagi bahan yang diisukan. Terdapat beberapa cara untuk menentukan harga bagi bahan yang diisukan.

i. Masuk Dahulu Keluar Dahulu (MDKD)

Di bawah kaedah ini diandaikan bahawa bahan yang paling awal dibeli akan diisukan atau dikeluarkan terlebih dahulu. Dengan kata lain bahan dikeluarkan mengikut susunan kronologi.

Dengan menggunakan data-data berikut, tunjukkan kaedah merekodkan stok menggunakan kaedah MDKD.

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 3

       
  clip_image001
    clip_image002
 

clip_image003

OBJEKTIF:

clip_image005

       
    clip_image006
 
    clip_image007
 
  clip_image008

clip_image010

       
 

INPUT

    clip_image011
 

3.0 Pengenalan

Bahan mentah adalah bekalan yang dibeli daripada sumber luar dan digunakan dalam menghasilkan keluaran untuk dijual. Bahan dapat dikelaskan kepada bahan langsung dan bahan tidak langsung. Bahan harus sedia ada dan diperolehi sebelum pengeluaran bermula. Ia harus dipesan, diterima, disimpan, diisukan dan dikawal secara berterusan.

3.1 Fungsi jabatan belian, tatacara pembelian, tatacara penyimpanan dan tatacara

pengisuan

i. Fungsi Jabatan Belian

Jabatan belian memainkan peranan penting dalam kawalan bahan mentah yang menyumbangkan sebahagian besar daripada kos pengeluaran. Oleh yang demikian jabatan belian mempunyai fungsi –fungsi berikut :

a. Menentukan kuantiti dan spesifikasi bahan yang tepat yang harus dibeli apabila diperlukan setelah mendapat kelulusan.

b. Menentukan pemilihan pembekal yang bersesuaian dan cekap.

c. Memastikan bahan diterima tepat pada masanya.

ii. Tatacara Pembelian Bahan Mentah

Tatacara pembelian bahan mentah yang cekap adalah penting kerana sejumlah besar wang dibelanjakan dalam pembelian bahan. Pembelian bahan dilakukan oleh jabatan belian. Tatacara pembelian bahan adalah berbeza antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Walau bagaimanapun tatacara pembelian secara umum adalah seperti berikut :

January 12, 2013

P3202 Perakaunan Kos UNIT 2

clip_image001

clip_image003clip_image004

OBJEKTIF
       
    clip_image005
 
    clip_image006
 
  clip_image007

clip_image009

       
 
INPUT
    clip_image010
 

2.0 PENGENALAN

Dalam unit satu anda telah pelajari dan fahami definisi dan kepentingan perakaunan kos serta perbezaan perakaunan kos dengan perakaunan kewangan, untuk mendalaminya lagi apa kata jika kita lihat dari sudut unsur-unsur kos.

Penting bagi pihak pengurusan mengkelaskan unsur-unsur kos-kos mengikut jabatan, proses, tempahan keluaran, kerja atau perakaunan kos-kos unit yang lain, supaya proses mengawal dan membuat keputusan akan lebih cekap dan tepat dengan ini matlamat organisasi dapat dicapai.

2.1 UNSUR-UNSUR KOS DAN PENGKELASANNYA.

Unsur-unsur kos adalah terdiri daripada beberapa unsur kos yang utama yang kita boleh perolehi daripada jabatan-jabatan yang berbeza dan unsur-unsur kos ini dikelaskan bergantung kepada tujuan kos diperlukan.

P3202_Perakaunan Kos_UNIT 1

clip_image001
clip_image002

OBJEKTIF:

clip_image004
clip_image005
clip_image006
clip_image007

clip_image008

INPUT

clip_image009

clip_image011

1.0 PENGENALAN

Dalam topik ini anda akan mempelajari dan memahami definisi, kepentingan perakaunan kos serta perbezaan perakaunan kos dan perakaunan kewangan. Topik ini akan membantu anda melihat penggunaan perakaunan kos dalam unit-unit yang seterusnya.