BAB 7 UJIAN-UJIAN DAN TEKNIK
DALAM PENGAUDITAN
Pengenalan
-
Dalam proses pengauditan terdapat dua
tatacara utama yang dilaksanakan untuk mengumpul bukti-bukti yang akhirnya
dijadikan sandaran untuk membuat laporan audit
-
Tatacara-tatcara tersebut adalah tatacara
pematuhan dan tatacara penyokongan
Tatacara
Pematuhan
-
ia terdiri daripada ujian-ujian yang direka
dengan tujuan untuk mencapai satu tingkat kemajuan bahawa kawalan-kawalan
dalaman yang akan digunakan sebagai sandaran kerja nanti adalah sebenar-benarnya
diamalkan dengan berkesan
-
tatacara-tatacara ini termasuklah ujian-ujian
permohonan untuk memeriksa dokumen-dokumen yang menyokong satu urus niaga bagi
mendapatkan bukti bahawa kawalan dalaman beroperasi dengan betul dan di
luluskan untuk sesuatu niaga
-
ia juga melibatkan pertanyaan mengenai
pemerhatian kawalan-kawalan yang tidak meninggalkan jejak audit
-
sebagai contoh,memastikan bahawa siapa
sebenarnya melaksanakabn sesuatu tugas dan bukan hanya menentukan siapakah yang
sepatutnya melakukan tugas tersebut
Ujian-ujian
Yang Dijalankan
1.
Prosedur dalam memahami system kawalan
dalaman
-
juruaudit mesti berpuas hati/ memberi
perhatian kepada rekabentuk dan operasi system kawalan dalaman pelanggan
-
tujuan prosedur ini dilaksanakan untuk
mendapatkan bukti bagi menyokong kerja-kerja audit
-
antara prosedur yang dijalankan:
i.
mendapatkan maklumat daripada juruaudit lepas
ii.
pertanyaan kepada kakitanagn entity
iii.
membaca polisi dan system manual entity
iv.
memeriksa dokumen dan rekod
2.
Ujian Pemeriksaaan
-
memeriksa dokumen-dokumen sokongan untuk
dijadikan bukti audit
-
semua dokumen sokongan mesti
diluluskan/mendapat pengesahan
-
ia adalah untuk memastikan butir-butir dalam
dokumen betul
3.
Ujian Perlaksanaan Semula
-
ia melibatkan pengulangan semula kerja-kerja
yang telah dilaksanakan oleh pelanggan
4.
Pertanyaan Dan Pemerhatian
-
ujian ini dijalankan untuk mencari bukti
audit yang hanya boleh didapati hasil dari sama ada pertanyaan atau pemerhatian
-
contoh: pengasingan tugas antara pekerja
-
boleh dibuat dalam bentuk temu duga atau soal
selidik
Tatacara
Penyokongan
-
Tatacara penyokongan adalah merupakan ujian-ujian yang direka bentuk
untuk mengumpul bukti-bukti audit yang dapat memastikan samaada butir-butir
mengenai maklumat yang dihasilkan dari sistem perakaunan itu adalah lengkap, tepat
dan sah
-
Tatacara-tatacara ini merangkumi ujian-ujian
terperinci ke atas urusniaga dan baki akaun, menganalisa nisbah-nisbah dan arah
alir penting yang merangkumi hasil penyiasatan ke atas perubahan-perubahan item
luar biasa
-
Kesilapan yang ditemui di dalam menjalankan
tatacara penyokongan akan menyebabkan juruaudit perlu mengubahsuai penilaian
yang telah dibuat ke atas kawalan adalah mencukupi
Ujian-ujian
yang dijalankan
1.
Ujian jalan terus
-
Membuat pengesahan sama ada system yang
diamalkan oleh pelanggan sama dengan system yang direkod oleh juruaudit
-
Juruaudit akan memilih beberapa urusniaga
yang telah berlaku dan mengesan semula urusniaga dari mula sehingga selesai
2.
Prosedur analitikal
-
Ujian-ujian yang dibuat secara perbandingan –
amaun sebenar dengan amaun jangkaan, tahun lepas dengan tahun semasa, industri
dengan syarikat
-
Jika ada perbezaan yang ketara mungkin
wujudnya fraud
3.
Ujian terperinci atas baki
-
Ia menfokuskan kepada pengesahan akaun di
penyata kewangan
-
Objektif terperincinya :
·
Jumlah yang disenaraikan berpatutan
·
Jumlah yang disenaraikan wujud
·
Aset yang disenaraikan dimiliki
·
Jumlah yang wujud telah disenaraikan
·
Jumlah yang disenaraikan telah dinilai
·
Jumlah dalam imbangan duga diklasifikasikan
dengan betul
·
Urusniaga yang hampir dengan tarikh KKK
direkod dalam period ia berlaku
·
Penjelasan yang perlu dibuat
Teknik-teknik
ujian audit
Terdapat 6 teknik utama
dalam melaksanakan ujian audit;
i.
Pemeriksaaan
ii.
Pertanyaan
iii.
Pemerhatian
iv.
Pengesahan
v.
Tatacara semakan audit
vi.
Perlaksanaan semula
Pemeriksaan
-
Melibatkan penyemakkan semula/ penelitian
rekod dan dokumen
-
Pemeriksaan aset nyata secara fizikal
-
Ia dapat memberi bukti tentang kewujudan aset
dan dokumen
-
Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa catatan
dan rekod menggambarkan urusniaganya yang sebenar telah berlaku, jumlah yang
betul telah direkod dalam akaun yang betul.
Pertanyaan
-
Ia melibatkan proses pemerolehan maklumat
yang berkaitan daripada seseorang didalam atau di luar syarikat
-
Ia boleh dibuat samada dalam bentuk formal
atau tidak formal, secara bertulis atau lisan
-
Darjah kebolehpercayaan bergantung pada
tanggapan juruaudit
-
Ia merupakan teknik yang lemah
Pemerhatian
-
Melalui ini juruaudit melihat sendiri sesuatu
proses atau tatacara yang dilakukan oleh kakitangan syarikat pelanggan untuk
memastikan samada proses/ tatacara dilaksanakan dengan sempurna
-
Bukti yang didapati hanya boleh dipercayai
semasa pemerhatian dibuat namun samada perlaksanannya sama sepanjang masa
kurang diyakini
Pengesahan
-
Tatacara untuk mendapatkan pengakuan daripada
pihak luar tentang kewujudan dan penilaian aset
-
Ia merujukan kepada situasi tertentu seperti
aset yang disimpan oleh pihak ketiga
-
Pengesahan positif: pihak ketiga dikehendaki
memberi maklum balas terhadap semua maklumat yang diminta
-
Pengesahan negative: pihak ketiga dikehendaki
memberi maklum balas terhadap semua maklumat yang salah sahaja
Tatacara semakan analititk
-
Ia teknik mengkaji nisbah kewangan yang
penting, arah aliran maklumat kewangan, memeriksaan sisihan luar biasa dan
sisihan yang tidak dijangka
-
Sekiranya terdapat perbezaan ketara, juruaudit
mesti siasat dan cari keterangan mengenainya
-
Apabila keterangan di perolehi, juruaudit
mesti melihat samada ia selaras dengan keadaan perniagaan pelanggan dan keadaan
keliling
-
Jika terdapat bukti wujudnya salahnyataan
dalam penyata kewangan,juruaudit mesti melaksanakan ujian-ujian tambahan
Perlaksanaan semula
-
Ia melibatkan proses mengulangi tugasan yang telah dijalankan oleh pelanggan
-
Ia dapat memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pelanggan
betul