September 21, 2012

ILMU UKUR UNIT1











UNIT 1
PENGENALAN ILMU UKUR





I
Unit

OBJEKTIF AM


Memahami pengetahuan asas cabang ilmu ukur dalam bidang ukur kejuruteraan


OBJEKTIF KHUSUS




Di akhir unit ini anda akan dapat :-

   Menyatakan definisi ilmu ukur, ukur satah dan ukur geodetik.

   Menerangkan cabang-cabang ilmu ukur mengikut tujuan.

   Menerangkan prinsip ilmu ukur, tujuan dan penggunaannya.

   Menerangkan perkembangan teknologi ukur.







INPUT





1.1 PENGENALAN ILMU UKUR

Ilmu ukur boleh ditakrifkan sebagai cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi  untuk  menghasilkan  keadaan sebenar  perihal  kawasan  tersebut. Apabila  titik  tersebut  dipelot  di  atas  sekeping  kertas  lukisan  dengan menggunakan  skala  yang  sesuai,  maka  bentuk  mukabumi  semulajadi atau ciptajadi seperti bukit, sungai, jalanraya, landasan keretapi, bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul. Dalam erti kata yang lain, ilmu ukur adalah penggambaran muka  bumi  dalam  bentuk  pelan  ataupun  muka  keratan  tegak   yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur.

1.1.1  Pengkelasan Ilmu Ukur

Pengkelasan ilmu ukur boleh dibahagikan berdasarkan :

a.  Tujuan mengukur
b.  Penggunaan alat-alat ukur yang utama.

1.1.1.1. Berdasarkan Kepada Tujuan Mengukur. a.  Ukur Satah
Ukur satah adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan kedudukan  titik di atas permukaan bumi. Dalam ukur satah, permukaan  bumi  dianggap  mendatar.  Kaedah  ini  memadai bagi kawasan yang  mempunyai keluasan dalam lingkungan tidak melebihi 250km persegi atau 55 km panjang kerana ralat yang  wujud  tidak  memberikan  kesan   terhadap  ketepatan pengukuran. Ukuran-ukuran di padang diterima sebagai ukuran benar dan apabila dipelot di atas kertas  merupakan unjuran di atas satah mendatar. Satah mendatar ini bermaksud  satah  yang  berada  dalam  keadaan  tepat  atau normal terhadap garis graviti. Garisan graviti dapat dibentuk dengan  menggantung  pelambab  dengan  tali  halus  di  atas permukaan bumi.




b.  Ukur Geodetik

Satu lagi kaedah dalam menentukan kedudukan sesuatu titik di atas  permukaan bumi. Dalam kaedah ini, lengkung bumi diambil kira dalam  kerja-kerja hitungan dan konsep tentang geometri sfera diperlukan. Kaedah ini digunakan bagi kawasan yang melebihi 250 km persegi atau 55 km panjang. Dengan menggunakan  peralatan  yang  moden  dan  canggih pengukuran geodetik boleh dijalankan bagi keseluruhan sesebuah  negara.  Jaringan  yang  dihasilkan  dari  ukuran geodetik ini digunakan bagi mengawal lain-lain ukuran.

1.1.1.2 Berdasarkan Kepada Alat Ukur Yang Utama.

a. Ukur Rantai
b. Ukur Kompas c. Ukur Aras
d. Ukur Meja
e. Ukur Tiodolit



1.2 CABANG-CABANG ILMU UKUR

Ilmu Ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang dengan  mengikut tujuan seperti berikut :-

a.  Ukur Kejuruteraan b.  Ukur Kadaster
c.  Ukur Hidrografi d.  Ukur Topografi
e.  Ukur Geodetik f. Astronomi
g.  Sistem Penentududukan Global ( GPS )
h.  Fotogrametri
i. Penderiaan Jauh.


1.2.1. Ukur Kejuruteraan

Merupakan  asas  yang  sangat  penting  dalam semua  kerja-kerja rekabentuk  dalam kejuruteraan awam. Semua pengukuran diikat kepada tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan, tanda ukur kawalan, batu aras, monumen penyegitigaan, monumen GPS dan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai kawalan mendatar dan menegak.




1.2.1.1 Tujuan Ukur Kejuruteraan

Ia dijalankan bagi memenuhi keperluan berikut :-

a.  Perolehan data-data spatial bumi untuk kegunaan rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam.
b.  ‘Setting out’ struktur binaan kejuruteraan awam kepada
parameter-parameter yang ditetapkan.
c.  Menghasilkan  pelan  lengkap  bagi tujuan  kerja-kerja kejuruteraan.

1.2.1.2 Jenis-Jenis Ukur Kejuruteraan

a.  Ukur kawalan mendatar. b.  Ukur kawalan menegak.
c.  Penandaan (monumenting).
d.  Kerja-kerja ‘setting out’ untuk jalan, landasan keretapi, talian paip, parit dan tali air, talian elektrik dan
sebagainya.
e.  ‘Cross-sectioning’ dan ‘profiling’
f. Kontur dan butiran
g.  Pengawalan  deformasi  struktur-struktur  binaan  seperti bangunan, jambatan empangan, pelabuhan dan sebagainya.

1.2.2  Ukur Kadaster

Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat hakmilik  tanah termasuklah pengeluaran hakmilik strata dan hak milik stratum. Tugas-tugas pengeluaran hakmilik tanah di Semenanjung  Malaysia  adalah  diperuntukan  di  dalam  Kanun Tanah  Negara 1965. Di Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah (Sabah Bab 68) dan  di Sarawak pula ialah Akta Tanah (Sarawak Bab 81)

1.2.2.1 Jenis-Jenis Ukur Kadaster

a.  Penentuan sempadan-sempadan negeri, daerah mukim, bandar dan seksyen.
b.  Pelupusan tanah termasuk tanah desa, bandar dan kampung.
c.  Pelupusan tanah bawah tanah (Stratum). d.  Pengambilan balik tanah bermilik.
e.  Pecah bahagi, pecah tanah dan penyatuan tanah. f. Pecah bahagi bangunan (Strata)
g.  Ukuran  kawalan  tanah  bermilik  bagi  pengukuran- pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.




1.2.2.2 Tujuan

a.  Pengeluaran surat hakmilik
b.  Merizab tanah bagi kegunaan kerajaan seperti
- jalan
- taliair
- landasan keretapi
- takungan air dan sebagainya.
c.  Pengambilan balik tanah untuk tujuan awam seperti ;
- sekolah
- masjid
- tanah perkuburan dan sebagainya. d.  Ukur Kawalan

1.2.3  Ukur Hidrografi

Ukur hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan penyediaan  carta nautika, carta batimetrik, kerja-kerja pembinaan dan  penyenggaraan  pelabuhan.  Kini  kegunaannya  lebih  meluas dengan berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas asli di luar pantai. Prinsip pengukuran  hidrografi  tidak banyak bezanya dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara  adalah pada teknik- teknik dan peralatan yang digunakan.

1.2.4  Ukur Topografi.

Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data mengenai kedudukan dan bentuk  paramuka-paramuka di permukaan bumi samaada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan bagi tujuan  untuk mengeluarkan peta topografi dengan skala di antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan khusus)  untuk  kegunaan  tentera.   Antara  kaedah-kaedah  yang digunakan di dalam ukur topografi ialah Ukur Aras, Tekimetri, Meja Datar, Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh.

1.2.5  Ukur Geodetik

Merupakan pengukuran permukaan bumi bagi menentukan bentuk permukaan bumi dengan menggunakan peralatan yang berkejituan tinggi.  Prinsip  ukur   geodetik  adalah  dari  keseluruhan  kepada sebahagian. Satu jaringan utama  dengan ketepatan paling tinggi yang  meliputi  sesebuah  negara  perlu   dibentuk.  Jaringan  itu kemudiannya  akan  dipecahkan  kepada  jaringan   penyegitigaan peringkat kedua dan seterusnya peringkat ketiga sehingga terdapat titik kawalan yang mencukupi bagi sesebuah negara. Hasil daripada kerja ukur geodetik juga dapat  membentuk satu elipsoid yang paling sesuai bagi sesuatu kawasan.




1.2.6  Astronomi

Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan dijalankan ke atas ‘heavenly bodies’ seperti matahari, bulan dan bintang bagi menentukan posisi di permukaan bumi dalam bentuk latitud  dan  longitud  astronomi,  seterusnya  mendapatkan  azimut bagi  mengawal  azimut  pada  titik  di  bumi.  Nilai  cerapan,  hasil perhitungan  dan  lain-lain  data  yang   digunakan  adalah  dalam bentuk sudut.

1.2.7  Sistem Penentududukan Global (GPS)

Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih dalam  menentukan  kedudukan di  atas  bumi.  Ia  terdiri  dari  alat penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit-satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan penentududukan.  Sateli  tersebut  berada  dalam  edaran  orbit  di angkasa lepas. Salah satu kaedah penentududukan adalah dengan mengesan  sekurang-kurangnya  4  satelit  berkenaan.  Data  yang diterima diproses dengan komputer bagi mendapatkan nilai posisi sesuatu   stesen  GPS  itu  dalam  3  dimensi.  Kaedah  ini  telah digunakan untuk mempertingkatkan mutu kordinat—kordinat jaringan titik kawalan negara  yang dahulunya ditentukan dengan kaedah konvensional.

1.2.8  Fotogrametri

Penggambaran udara merupakan  kaedah penderiaan jauh yang paling   awal diperkenalkan.  Penggambaran  dijalankan  dengan kamera  khas  yang  dipasang  pada  pesawat  terbang  yang  stabil seperti kapalterbang dan helikopter. Ketinggian penerbangan sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah
1:40,000 bagi skala kecil dan 1:5,000 bagi kala besar. Saiz foto udara yang  biasa adalah 23cm x 23cm.  Penggambaran  adalah dalam hitam putih atau  warna  mengikut keperluan.  Pengukuran dan  penterjemahan  foto  udara  dilakukan  dengan  menggunakan alat-alat  stereoskop  dan ‘stereoplotter’.  Susunan  foto-foto  udara yang telah dibetulkan (rectified) dengan alat yang khusus menghasilkan mozek dan peta foto. Maklumat dari  gambar udara juga digunakan untuk menyediakan peta.



1.2.9  Penderiaan Jauh

Penderian jauh adalah kaedah pemungutan data mengenai objek atau bahan di  permukaan bumi atau ruang udara dengan alat





penderia (sensor) dari platform yang terletak jauh dari objek itu. Dengan pelancaran satelit-satelit yang dilengkapkan dengan penderia (sensor), isyarat daripadanya dapat diterima dan dirakam di stesyen-stesyen bumi. Data digital yang dirakam boleh  dianalisis dan  diproses  dengan  komputer  untuk  menghasilkan  gambaran (imageri) kawasan-kawasan di  permukaan bumi.  Imegeri-imegeri dari ‘airborne’ dan ‘space borne’ boleh digunakan untuk menyediakan  peta  topografi,  peta  tumbuhan,  peta  geologi  dan sebagainya. Memandangkan kesesuaian aplikasi penderiaan jauh adalah dalam bidang ukur tanah, teknologi yang canggih ini telah diterima sebagai salah satu disiplin dalam ilmu ukur

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur.



SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!



AKTIVITI 1a


. UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA

. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA



1.1 Berikan definisi am ilmu ukur ?



1.2 Nyatakan tujuan atau kegunaan cabang-cabang ilmu ukur di bawah :-

a.  Ukur Kejuruteraan b.  Ukur Kadaster
c.  Ukur Hidrografi
d.  Geodetik
e.  Penderiaan Jauh






MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI  la







1.1 Definisi am ilmu ukur

Ilmu ukur boleh ditakrifkan sebagai cara atau kesenian membuat ukuran  terhadap kedudukan relatif bagi  titik-titik  yang  berada di atas  permukaan   bumi untuk  menghasilkan  keadaan  sebenar perihal kawasan tersebut.



1.2 Tujuan atau kegunaan cabang-cabang ilmu ukur :-

a.  Ukur kejuruteraan Perolehan data spatial bumi untuk kegunaan rekabentuk  kerja-kerja  kejuruteraan  awam,  ‘setting out’ struktur binaan kepada parameter-parameter yang ditetapkan dan menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja- kerja kejuruteraan.
b.  Ukur  Kadaster —   Pengeluaran  surat  hakmilik,  merizab  tanah bagi kegunaan kerajaan seperti pengambilan balik tanah untuk tujuan awam dan ukur kawalan
c.  Ukur hidrografi - Dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kegunaan kerja-
kerja pembinaan dan penyenggaraan pelabuhan.
d.  Geodetik - Menentukan bentuk permukaan bumi dengan menggunakan peralatan yang berkejituan tinggi
e.  Penderiaan  Jauh  -  Pemungutan  data  mengenai  objek  atau bahan di  permukaan  bumi  atau  ruang  udara dengan  alat
penderia ( sensor ) dari platform yang terletak jauh dari objek itu.






INPUT




1.3 KAEDAH KERJA DALAM UKUR KEJURUTERAAN

1.3.1  Prinsip-Prinsip Asas Ilmu Ukur

Prinsip ukur adalah mudah. Untuk menghasilkan pelan atau peta, dua  titik  di  atas  permukaan  bumi  dipilih  dan  jarak  diantaranya diukur.  Jarak  di  antara  dua  titik  yang  telah  diukur  kemudian ditukarkan  kepada  jarak  mengikut  skala  yang  telah  dipilih  dan dilukis.  Garisan  tersebut  akan  digunakan   sebagai  asas  untuk membuat pengukuran seterusnya. Pengukuran titik-titik selanjutnya boleh dijalankan dengan salah satu kaedah berikut :-

a)  Kaedah ukur rantai —   pengukuran titik ketiga dan seterusnya dijalankan dengan rantai ukur.
b)  Kaedah ofset —   mengukur titik yang di luar garisan bersudut tepat terhadap garisan asas.
c)  Kaedah terabas —  mengukur jarak dan sudut dari mana-mana titik asas  dengan  menggunakan  kompas  prisma  atau  tiodolit
dan rantai ukur.
d)  Kaedah  penigasudutan  —   mengukur  sudut-sudut  pada  setiap titik.

1.3.2  Peringkat Asas Kerja-Kerja Ukur

Pada keseluruhannya kerja ukur boleh dibahagikan kepada tiga peringkat asas :-

a.  Ukuran Tinjauan

Tinjauan ke atas kawasan yang hendak  diukur adalah  perlu untuk   mendapatkan  gambaran  keseluruhan  kawasan.  Hasil tinjauan ini membolehkan perancangan dibuat dan mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak dijalankan.

b.  Cerapan Dan Pengukuran Sebenar

Menentukan semua perkara yang perlu dalam menentududukan kawasan  serta saiz bentuk rupabumi samada semulajadi atau ciptajadi di atas permukaan bumi kawasan tersebut.




c.  Persembahan Hasil Kerja Ukuran

Maklumat mengenai kawasan yang dipungut semasa peringkat cerapan dan pengukuran sebenar akan dipersembahkan dalam bentuk-bentuk yang diperlukan samada buku kerjaluar, lampiran proses  hitungan, pelan  atau  peta  yang  menunjukkan  semua maklumat berkenaan.

1.3.3. Kebolehpercayaan Pengukuran (Reliability)

Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada ralat yang tidak dapat dielakkan. Kewujudan jenis-jenis,  punca-punca dan bagaimana ralat memberi kesan kepada hasil pengukuran harus disedari dan diketahui . Ketepatan sesuatu pengukuran merupakan nilai  terhampir kepada  nilai  sebenar bacaan yang diambil. Oleh yang demikian, teknik pengukuran yang dipilih harus boleh menghasilkan ketepatan yang memadai dan diperlukan.



1.4. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI ILMU UKUR

Pada umumnya peralatan ukur telah mengalami proses permodenan yang sangat pesat sejak tiga dekad yang lalu.

i. Peralatan Konvesional

Alat-alat konvensional memerlukan pengendalian manusia sepenuhnya. Oleh itu masa operasi adalah panjang serta memerlukan sumber tengaga manusia yang banyak. Antaranya :-

a.  Tiodolit vernier, tiodolit optikal dan kompas prisma. b.  Rantai ukur, pita ukur keluli dan pita ukur biasa.
c.  Alat aras dompot dan alat aras jongkit.
d.  Mesin kira mekanikal, sifir-sifir logaritma trigonometri dan sebagainya.
e.  ‘Stereoplotter’.
f. ‘Lead line sounder’.

ii. Peralatan Moden

Sejak  lebih kurang  3  dekad  yang  lalu,  alat-alat  ukur  telah  melalui proses pengembangan dan permodenan selaras dengan perkembangan teknologi canggih masa kini yang banyak dipengaruhi oleh teknologi elektronik. Antaranya :-

a.  Tiodolit  elektronik,  pengukuran  jarak  elektronik  dan  sistem ukur total (Total station).




b.  Alat aras digital.
c.  Kalkulator elektronik, komputer dan perisian-perisian menggantikan peralatan hitungan serta sifir-sifir berkaitan.
d.  ‘Digital stereoplotter’
e.  ‘Echo sounder’
f. Global Positioning System pula merupakan satu penemuan baru dalam penentududukan di atas permukaan bumi.

Perkembangan teknologi yang pesat dalam beberapa dekad yang lalu telah  banyak   mempengaruhi ilmu ukur untuk terus  berkembang. Kepesatan perkembangan ilmu ukur kini meliputi lain-lain bidang seperti perancangan,  pembinaan,  carigali,  teknologi  sistem  maklumat  seperti maklumat Geografi (Geographic Information Syatem—GIS) dan sebagainya.





Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur.


SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!




AKTIVITI  1b


. UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA

. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA








1.1 Terangkan 3 peringkat asas kerja ukur ?



1.2 Terdapat 2 kategori peralatan yang digunakan dalam kerja ukur pada masa kini. Nyatakan kedua-dua kategori peralatan tersebut dan berikan 5 contoh setiap satu.







MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI  lb






1.1 Peringkat Asas Kerja-Kerja Ukur

a. Ukuran tinjauan
Tinjauan ke atas kawasan yang hendak  diukur adalah  perlu untuk   mendapatkan  gambaran  keseluruhan  kawasan.  Hasil
tinjauan ini membolehkan perancangan dibuat dan
mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak dijalankan.

b. Cerapan dan pengukuran sebenar.
Menentukan semua perkara yang perlu dalam menentududukan kawasan  serta saiz bentuk rupabumi samada semulajadi atau ciptajadi di atas permukaan bumi kawasan tersebut.

c. Persembahan hasil kerja ukuran
Maklumat mengenai kawasan yang dipungut semasa peringkat cerapan dan pengukuran sebenar akan dipersembahkan dalam bentuk yang diperlukan samada buku kerjaluar, lampiran proses hitungan, pelan atau peta yang menunjukkan semua maklumat berkenaan.

1.2 Dua jenis peralatan dengan 5 contohnya :
Konvensional
Moden


-Tiodolit vernier, tiodolit optikal & kompas prisma.
- Rantai ukur, pita ukur keluli dan pita ukur biasa.
- Alat aras dompot dan alat aras jongkit
- ‘Stereoplotter’
- ‘Lead line sounder’

-Tiodolit elektronik, pengukuran jarak elektronik dan sistem ukur total (Total station)
- Alat aras digital
- ‘Digital stereoplotter’
- ‘Echo sounder’
- Global Positioning System










PENILAIAN KENDIII







UNTUK  MENGUKUR  PRESTASI  ANDA,  ANDA  MESTILAH  MENJAWAP SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.




1)  Berikan 2 definisi ilmu ukur yang anda pelajari ?

2)  Nyatakan perbezaan di antara ukur satah dengan ukur geodetik ?

3)  Terangkan kaedah-kaedah pengukuran di bawah ?

a.  Kaedah ofset
b.  Kaedah terabas
c.  Kaedah penigasudutan
4)  Berikan penerangan kepada cabang-cabang ilmu ukur di bawah :- a.  Ukur topografi
b.   Sistem penentuan global (GPS)
c.   Fotogrammetri
d.  Ukur Hidrografi
e.   Astronomi






TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian  kendiri.

Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.






MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI




  SUDAH MENCUBA ?   SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DI BAWAH.


1) Dua definisi ilmu ukur

Cara  atau  kesenian  membuat  ukuran  terhadap  kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada diatas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal perihal kawasan tersebut
Penggambaran  muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka
keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur

2) Perbezaan ukur satah dan ukur geodetik


Ukur Satah
Ukur Geodetik
. Memerlukan  bacaan  di  atas permukaan bumi yang
mendatar sahaja
. Keluasan kawasan tidak melebihi 250 km persegi atau
55 km panjang
. Tidak memerlukan alatan yang berkejituan tinggi kerana  ralat  tidak  memberi kesan terhadap ketepatan pengukuran
. Kelengkungan bumi diambil kira.
. Keluasan kawasan melebihi
250  km  persegi  atau  55  km panjang
. c.Memerlukan alatan yang berkejituan tinggi kerana ralat
tidak memberi kesan terhadap
ketepatan pengukuran





3) Kaedah pengukuran

a) Kaedah ofset — mengukur titik yang berada di luar garisan bersudut tepat terhadap garisan asas.
b) Kaedah terabas —  mengukur jarak dan sudut dari mana-
mana  titik  asas  dengan  menggunakan  kompas  prisma atau tiodolit dan rantai ukur.
c) Kaedah  penigasudutan  —    mengukur  sudut-sudut  pada setiap titik.

4) Cabang-cabang ilmu ukur

a. Ukur Hidrografi

Ukur hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan penyediaan  carta nautika, carta batimetrik, kegunaan kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan pelabuhan. Kini kegunaannya lebih meluas denga berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas asli  di  luar  pantai.  Prinsip  pengukuran  hidrografi  tidak  banyak bezanya dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara adalah pada teknik-teknik dan peralatan yang digunakan.

b. Ukur Topografi

Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data mengenai  kedudukan  dan  bentuk  paramuka-paramuka  di  atas permukaan  bumi samada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan bagi tujuan untuk  mengeluarkan peta topografi dengan skala di antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan khusus)  untuk  kegunaan  tentera.   Antara  kaedah-kaedah  yang digunakan dalam ukur topografi ialah ukur  aras,  tekimetri,  meja datar, fotogrametri dan penderiaan jauh.

c. Astronomi

Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan dijalankan ke atas ‘heavenly bodies’ seperti matahari, bulan dan bintang bagi  menentukan posisi di  atas permukaan bumi  dalam bentuk latitud dan longitud astronomi dan seterusnya mendapatkan azimut bagi mengawal azimut pada titik di bumi. Nilai cerapan dan lain-lain data yang digunakan serta hasil perhitungan yang dijalankan adalah dalam bentuk sudut.

d. Sistem Penentududukan Global (GPS)

Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih dalam  menentukan  kedudukan di  atas  bumi.  Ia  terdiri  dari  alat




penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan penentududukan. Satelit tersebut berada pada edaran orbit di angkasa lepas. Salah satu kaedah penentududukan adalah dengan mengesan sekurang- kurangnya  4  satelit  berkenaan.  Data   yang  diterima,  diproses dengan komputer bagi mendapatkan nilai  posisi  sesuatu stesen GPS dalam 3 dimensi. Kaedah ini telah digunakan untuk mempertingkatkan  mutu  kordinat—kordinat jaringan  titik  kawalan negara yang dahulunya ditentukan dengan kaedah konvensional.

e. Fotogrametri

Penggambaran udara merupakan  kaedah penderiaan jauh yang paling   awal diperkenalkan.  Penggambaran  dijalankan  dengan kamera  khas  yang  dipasang  pada  pesawat  terbang  yang  stabil seperti kapalterbang dan helikopter. Ketinggian penerbangan sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah
1:40,000 bagi skala kecil dan 1:5,000 bagi kala besar. Saiz foto
udara yang biasa adalah 23cm x 23cm.  Penggambaran  adalah dalam  hitam  putih atau  warna  mengikut keperluan.  Pengukuran dan  penterjemahan  foto  udara  dilakukan  dengan  menggunakan alat-alat  stereoskop  dan  ‘stereoplotter’.  Susunan  foto-foto  udara yang telah dibetulkan (rectified) dengan alat yang khusus menghasilkan  mozek dan peta foto. Maklumat dari gambar udara juga digunakan untuk menyediakan peta.





TAHNIAH SEKIRANYA ANDA DAPAT MENJAWABNYA DENGAN BETUL.  MARI KITA BERPINDAH KE UNIT 2