5.0 PENGENALAN
T |
enaga kerja merupakan nadi pengerak sesebuah perniagaan. Tanpa tenaga kerja perniagaan tidak dapat memperolehi sebarang hasil. Orang yang diambil bekerja harus dipadankan dengan tugas yang sesuai, dilatih, dibayar gaji yang berpatutan,dimotivasi serta dinilai prestasinya dan diberi peluang bekerja dalam suasana yang sesuai.
Penekanan masa kini ialah mempunyai pekerja yang sesuai, ditempat yang sesuai pada masa yang sesuai. Buruh merupakan kos yang penting di dalam semua organisasi. Oleh itu kos buruh harus sentiasa dikawal.
5.1 PROSIDUR PENGAMBILAN DAN PERSARAAN PEKERJA
Siapa yang bertanggung jawab ?
Jabatan sember manusia bertanggung jawab terhadap perlantikan, pemberhentian, pertukaran, pembahagian pekerja dan cara pembayaran upah pekerja.
5.1.1 PENGAMBILAN
Adakah saya layak diambil bekerja?
Kakitangan yang baru akan diambil oleh pengurus kakitangan sekiranya terdapat permintaan yang sah daripada jabatan-jabatan tertentu. Kempen pengiklanan harus menarik perhatian calon-calon yang sesuai. Perlantikan sebenar akan dilakukan setelah pemeriksaan dan /atau temuduga dijalankan dan atas cadangan yang memohon pekerja.
Apabila seseorang diambil bekerja , rekod kakitangan (fail peribadi pekerja) mestilah disediakan untuk mencatatkan segala butir mengenai perlantikan tersebut serta sepanjang perlantikan. Pekerja baru mungkin perlu dilatih. Latihan yang bersesuai harus dibentuk dan dilaksanakan.
Rajah 5.1 adalah kad rekod pekerja yang akan diberikan kepada setiap pekerja.
KAD REKOD PEKERJAAN PEKERJA | ||||
Butir-butir Peribadi | ||||
Nama penuh: Alamat: No. telefon: Bangsa: Agama: Jantina: Tarikh lahir: Taraf Perkahwinan: Kewarganegaraan: | Tarikh Perlantikan: No. Kad Pengenalan: Jabatan: No. KWSP: No. PERKESO: No. Cukai pendapatan: Diperkenalkan oleh: Pekerjaan terakhir: Alamat: | |||
Rekod Perkhidmatan | ||||
Tarikh | Jawatan yang dipegang | Gred | Jabatan | Gaji |
Kelayakan Pendidikan dan Latihan | ||||
Tarikh | Pencapaian | Tarikh | Pencapaian | |
Rajah 5.1 : Kad Rekod pekerja
5.1.2 PEMBERHENTIAN/PERSARAAN PEKERJA
K |
ekadang sesetengah pekerja meninggalkan organisasi secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab. Biasanya Pegawai Personel akan sedaya upaya mencari sebab-sebab pemberhentian sama ada ia atas kehendak sendiri, sebab-sebab tidak boleh dielakkan atau sebab yang boleh dielakkan.
Seorang Ketua Jabatan atau unit tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan pekerja mereka. Ketua jabatan harus memberi cadangan kepada Pegawai Personel untuk memberhentikan pekerjanya. Kemudian Pegawai Personel akan menyiasat sebab-sebab masalah itu timbul. Sekiranya ia berpunca daripada kedua-dua pihak, jalan tengah akan diambil dengan memindahkan pekerja tersebut ke jabatan lain.
Persaraan pada umur wajib, kesihatan dan kematian adalah diantara sebab-sebab pemberhentian yang tidak boleh dielakkan. Pemberhentian pekerja harus dielakkan kerana tindakan ini akan menimbulkan lebih banyak masalah yang lain.
Mengapa nak berhenti ?
Majikan harus menemui sebab mengapa kakitangan meninggalkan organisasi tersebut supaya tindakan boleh diambil untuk memperbaiki keadaan. Pengiraan kadar pusing ganti buruh akan membantu pihak pengurusan melihat kegentingan masalah ini. . Ada banyak faktor yang mempengaruhinya :-
i. Sebab-sebab yang boleh dielakkan
1. upah /gaji yang murah
2. persekitaran kerja yang tidak kondusif
3. hubungan sesama pekerja tidak baik
4. wujud pertubuhan pekerja yang bertentangan matlamat dengan
objektif organisasi
5. kerja yang tidak sesuai dengan kemahiran
6. kekurangan kemudahan/ banafat disediakan untuk pekerja
7. latihan tidak mencukupi
8. ketua yang tidak adil
ii. Sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan
Kekadang sesetengah pekerja meninggalkan organisasi disebabkan oleh kepentingan dan tindakan pihak pengurusan. Ini adalah sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan , antaranya:-
1. Pemberhentian kerja sebab tidak berdisplin, berperangai tidak elok dan lain-lain.
2. Pengecilan dan penjimatyan syarikat akibat daripada kekurangan sumber, kekurangan
permintaan, keadaan persaingan, ekonomi dan lain-lain.
iii. Sebab-sebab Personel
Kekadang sesetengah pekerja meninggalkan organisasi atas kehendak sendiri dan pihak pengurusan tidak boleh berbuat apa-apa. Antaranya:-
1. mendapat kerja baru yang lebih baik
2. kematian
3. persaraan pada usia 55 tahun
4. kesihatan
5. masalah keluarga
7. ingin mencari persekitaran kerja yang lebih baik.
Berapa banyakkah kos yang perlu ditanggung akibat pemberhentian?
Rajah 5.2 : Kos Pusing Ganti Buruh
Pelajar sekelian, Rajah 5.2 di atas menunjukkan kos yang biasanya akan ditanggung oleh majikan akibat pemberhentian pekerja.
5.1.3 KADAR PUSING GANTI BURUH
Apa itu Kadar pusing ganti buruh ?
Ialah kadar pemberhentian pekerja pada sesuatu tempoh perakaunan.
Persamaan kadar pusing ganti buruh adalah seperti berikut:-
Bilangan purata pekerja yang berhenti + diganti semula pada tahun itu
* Bilangan purata pekerja yang bekerja pada tahun itu
- Bilangan Purata Pekerja Yang Bekerja Pada Tahun Itu =
(Bil. Pekerja pada tempoh permulaan + bil. yang diambil kerja pada tempoh penghujung) / 2
Contoh 5-1
Maklumat berikut diperolehi mengenai Syarikat Anton bagi tempoh sepanjang tahun 1994:
Bilangan pekerja yang diambil bekerja pada 1.1.2000 ialah seramai 120 orang. Sepanjang tahun tersebut 24 orang pekerja baru telah diambil bekerja dan 18 orang telah berhenti:-
Anda dikehendaki mengira :-
1. bilangan pekerja pada 31.12.2000
2. kadar pusing ganti buruh.
Jawapan
1. bilangan pekerja pada 31.12.2000
bil. Pekerja pada 1.1.2000 120
+ pekerja baru 24
- pekerja berhenti 18
126
2. kadar pusing ganti buruh = (24 + 18 )/ 2
----------------- x 100%
(120 + 126 )/ 2
= 17.07 %
1. Pengambilan pekerja melalui iklan temuduga terpilih kad rekod pekerja disediakan lantikan dan pengesahan jika perlu.
2 Pemberhentian disebabkan oleh sebab-sebab boleh dielakkan, tidak boleh dielakkan
dan sebab personel.
- kadar pusing ganti buruh = (bil. Purata berhenti + diganti semula pd tahun itu)x 100%
(bil. Purata pekerja yang bekerja pd tahun itu)
|
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.
Soalan 5a-1
Terangkan dengan ringkas 5 sebab pemberhentian pekerja atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.
Soalan 5a-2
Berikan 5 cara bagaimana Pegawai Personel boleh mengurangkan kadar pusing ganti buruh.
Soalan 5a-3
Berikut adalah rekod pusingganti pekerja dan maklumat mengenai 3 orang pekerja di Syarikat F&F.
Jab. A Jab.B
Bil. Pekerja pada awal 72 34
tempoh perakaunan
Tambahan pekerja dalam
tempoh perakauan 14 9
Bil. Pekerja berhenti dalam
tempoh perakaunan 11 7
Anda dikehendaki mengira:
1. Bilangan pekerja pada akhir tahun.
2. Kadar pusing ganti buruh bagi setiap jabatan.
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
Jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5A
Jawapan 5a-1
Lima (5) sebab –sebab yang tidak boleh dielakkan:-
1. pekerja yang tidak berdisplin
2. pengecilan dan penjimatan organisasi
3. persaraan
4. kematian
5. masalah keluarga.
Jawapan 5a-2
Lima (5) cara untuk mengurangkan kadar pusing ganti buruh:-
1. semak semula kadar gaji pekerja
2. mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif
3. sediakan lebih banyak banafaat kepada pekerja.
4. pengagihan kerja mengikut kemahiran
5. lebih banyak program sesama pekerja bagi mengeratkan hubungan majikan dan
pekerja.
6. lain-lain jawapan yang releven.
Jawapan 5a-3
i. Bilangan pekerja pada akhir tahun
Jabatan A = 72+14-11 = 75
Jabatan B = 34+9-7 = 36
ii. Jabatan A Jabatan B
bilangan purata berhenti
dan diganti (14+11)/2 (9+7)/2
125 8
bilangan purata diambil
bekerja (72+75)/2 (34+36)/2
= 73.5 = 35
Kadar pusing ganti buruh 12.5/73.5 x 100 8/35 x100
= 17% = 22.9%
5.2 KAEDAH –KAEDAH MEREKOD MASA BURUH
Pelajar-pelajar , anda perlu mencatatkan dengan tepat masa buruh untuk tujuan-tujuan berikut:- untuk tujuan-tujuan berikut:-
1. tujuan menghitung upah
2. menganalisis masa yang diambil bagi tujuan pengkosan
3. tujuan perancangan dan kawalan
Bagaimana merekod masa buruh ?
Ada dua kaedah merekod masa buruh digunakan iaitu berdasarkan kepada kedatangan dan pengeluaran.
1. Rekod Kedatangan (Attendence Records)
Dikenali sebagai kad perakam waktu (clock cards). Merujuk kepada Rajah 5.3 di bawah masa kerja dikira berdasarkan kehadiran pekerja.
NAMA: TAHUN: NO. PEKERJA: BULAN: JABATAN: | ||||
Tarikh | Masuk (IN) | Keluar (OUT) | Kenyataan | Tandatangan |
1 | ||||
2 | ||||
3 | ||||
31 |
Rajah 5.3: Kad Perakam Waktu (Clock Cards)
2. Rekod Pengeluaran (Output Records)
Jenis rekod pengeluaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut:-
I. Lembaran masa (Time Sheets)
Kad ini diisi oleh ketua pekerja . Dia akan mencatatkan masa yang diambil untuk setiap kerja. Lembaran masa diisi dan dihantar kepada Jabatan kos setiap hari atau setiap minggu . Lembaran ini dikenali sebagai lebaran masa mingguan dan lembaran masa harian. Untuk lebih memahami lembaran masa, anda dikehendaki merujuk kepada Rajah 5.4 dan Rajah 5.5 di bawah.
LEMBARAN MASA MINGGUAN
Nama Pekerja: Minggu: No. Pekerja: Tarikh: | |||||||||||
Jenis kerja | No. kerja | Keterangan Mengenai kerja | A | I | S | R | K | J | S | Jumlah | |
Pesanan | Lebih masa | ||||||||||
Tandatangan pekerja: Tandatangan Ketua: |
Rajah 5.4: Lembaran Masa Mingguan (Weekly Time Sheet)
LEMBARAN MASA HARIAN Nama pekerja: Tarikh: No. Mesin : Minggu ke: | ||||||
No. pesanan kerja | Keterangan kerja | Masa mula | Masa tamat | Jam kerja | kadar | Jumlah |
Tandatangan pekerja: | Disahkan oleh: | Untuk kegunaan pejabat |
Rajah 5.5: Lembaran Masa Harian (Daily Time Sheet)
II. Kad Kerja (Job Cards)
|
Rajah 5.6 menunjukkan dua contoh kad kerja yang biasa digunakan .
LTR Sdn. Bhd. KAD KOS HARIAN M No. L.S.F 100 | |||
No. KERJA |
Masa |
Rekod Masa | |
411 | Tamat | 1.11 | 9.11 |
Mula | 8.00 | ||
328 | Tamat | 1.19 | 10.34 |
Mula | 9.15 | ||
1048 | Tamat | 1.35 | 12.01 |
Mula | 10.36 | ||
7564 | Tamat | 2.23 | 3.21 |
Mula | 12.58 | ||
438 | Tamat | 0.25 | 3.53 |
Mula | 3.28 | ||
521 | Tamat | 1.32 | 5.31 |
Mula | 3.59 | ||
Tamat | |||
Mula | |||
Tamat | |||
Mula | |||
Sistem Antarabangsa |
Rajah 5.6: Kad Kerja
III. Tiket kerja (Operation Card / Piecework ticket)
Mari kita teliti Rajah 5.7 di bawah. Kad ini dikeluarkan untuk setiap operasi di dalam satu kerja.
PIECE- WORK ORDER No.: Nama pekerja: Tarikh: Masa mula: Masa diambil: Bahagian/Jabatan: Harga: Operasi: Kuantiti: | ||||
No. Kerja | Lulus | Rosak | Kadar | RM |
Tandatangan pekerja: Tandatangan pemeriksa: Ketua/Foreman : |
Rajah 5.7 : Tiket kerja
Unit 5.2 dapat disimpulkan seperti petaminda dibawah:
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.
Soalan 5b-1
Mengapakah pencatatan masa buruh sangat penting ?
Soalan 5b-2
Terangkan secara ringkas 3 kaedah merekod masa yang biasa diamalkan oleh syarikat - syarikat perkilangan dalam usaha mereka mengawal kakitangan-kakitangan pengeluarannya.
Soalan 5b-3
Terangkan mengenai kad perakam waktu (clock cards)
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
Jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5B
Jawapan 5b-1
Pencatatan masa buruh penting untuk tujuan:-
Ø menghitung upah
Ø menganalisis masa yang diambil bagi tujuan pengkosan
Ø perancangan dan kawalan
Jawapan 5b-2
Antara kaedah merekod
Ø lembaran masa harian
Ø lembaran masa mingguan
Ø tiket kerja
Ø kad tebuk
Ø rekod kedatangan.
Jawapan 5b-3
Kad perakam waktu adalah satu alat yang digunakan untuk merekodkan kedatangan pekerja. Rujuk rajah 5.2
S |
ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!
Soalan 5-1
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pusingan buruh. Berikan 5 alasan yang menyebabkan sesebuah syarikat mengalami kadar tukar ganti buruh yang tinggi.
Soalan 5-2
Berikan pendapat anda ,adakah kadar pusing ganti yang tinggi memberi gambaran yang negatif kepada syarikat.
Soalan 5-3
Berikut adalah rekod pusingganti pekerja dan maklumat mengenai 3 orang pekerja di Perniagaan Baik Shara Haqkeem.
Jab. 1 Jab. 2 Jab. 3
Bil. Pekerja pada 1.1.2000 144 68 212
Tambahan pekerja pada tahun 2000 28 18 46
Bil. Pekerja berhenti
pada tahun 2000 22 14 36
Anda dikehendaki mengira kadar pusing ganti buruh.
Adakah anda telah mencuba dahulu?
Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.
Jawapan 5-1
Kadar pusingan buruh ialah satu pengukuran bilangan pekerja yang berhenti meninggalkan organisasi dan bilangan pekerja yang menggantikan kekosongan yang wujud dalam sesuatu jangkamasa, diberi dalam bentuk peratusan dari jumlah purata bilangan pekerja yang terdapat dalam jangkamasa tersebut. Ianya dikira berdasarkan formula berikut:-
(bil. Pekerja yang berhenti+ diganti)/ (bil. Purata pekerja diambil) X 100%
Lima (5) alasan:-
Ø kadar bayaran yang rendah dan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Ø Keadaan tempat kerja yang tidak sesuai.
Ø Persaraan
Ø Kematian
Ø Latihan yang tidak mencukupi.
Jawapan 5-2
Kadar pusing ganti buruh yang tinggi memberikan gamabaran yang negatif kepada syarikat kerana mungkin masyarakat berpendapat bahawa syarikat tersebut mempunyai:-
Ø Pengurusan yang lemah
Ø Upah yang murah
Ø Kebajikan pekerja tiada atau sedikit
Ø Hubungan sesama pekerja kurang baik
Ø Lain-lain jawapan yang releven.
Jawapan 5-3
Bilangan pekerja akhir tahun ialah 150, 72 dan 212 untuk setiap jabatan.
Kadar pusing ganti buruh =
(22+28+18+14+46+36)/6
(144+150+68+72+222+212)/6
= 18.89%