Bab 3 : Penubuhan Syarikat
3.0 Penubuhan Syarikat
- Nama
Syarikat
Perkara pertama yang harus dilakukan untuk menubuhkan
syarikat ialah dengan membuat tempahan nama bagi syarikat. Menurut Sek 16 (1)
Akta Syarikat 1965, seseorang yang ingin menubuhkan syarikat mestilah
menyerahsimpan dengan Pendaftar Syarikat, memorandum dan artikel syarikat
(sekiranya ada) yang dicadangkan itu. Syarikat Berhad Oleh Syer mempunyai
opsyen untuk menghantar / tidak menghantar artikel persatuannya sendiri.
Sekiranya syarikat ini tidak menghantar artikel persatuannya, maka Susunan A
jadual 4 akan terpakai automatic
Sementara itu Sek 18 (1) Akta Syarikat 1965, menyatakan
bahawa nama syarikat hendaklah dinyatakan di dalam memorandum persatuan
Menurut Sek 22 (6) Akta Syarikat 1965, sebelum sesebuah
syarikat ingin didaftarkan, syarikat tersebut mestilah membuat tempahan nama
terlebih dahulu di pejabat Pendaftar Syarikat. Sek 22 (7) pula menyatakan jika
Pendaftar berpuashati tentang bona fide permohonan itu dan nama itu boleh
didaftar tanpa melanggar subseksyen (1), dia hendaklah menrizabkan nama yang
dicadangkan untuk tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan diserahsimpan.
Mengikut kelazimannya, mahkamah tidak akan campur tangan
berhubung dengan tempahan nama syarikat. Ini adalah kerana Pendaftar Syarikat
mempunyai kuasa samada untuk menerima tempahan atau menolak temapahan nama
syarikat yang dibuat. Namun begitu, sekiranya keputusan yang diambil oleh
Pendaftar Syarikat menyalahi peruntukan undang2 / Pendaftar dipengaruhi oleh
unsur2 yang bersalahan dengan undang2 semasa membuat keputusan berhubungan
dengan penerimaan dan penolakkan tempahan nama syarikat ini, barulah mahkamah
akan campur tangan.
Sek 4 Akta Syarikat memberikan definisi syarikat sebagai
syarikat yang ditubuhkan menurut Akta ini atau mengikut mana2 enakmen yang sama
pada masa lalu.
Kuasa dan liability syarikat sebaik sahaja selepas
penubuhannya ialah, ia mempunyai entity berasingan dari orang2 yang
menubuhkannya. Dalam kebanyakkan keadaan, syarikat diiktiraf oleh undang2 sebagai
mempunyai kuasa dan liability sebagai seorang individu.