Bab 8 : Syer & Dividen
8.1 Syer
8.1.0 Definisi dan ciri-ciri syer
Dalam kes Borland’s
Trustee lwn Steel Brothers & Co. Ltd, Farwell J,mentakrifkan syer
sebagai kepentingan bagi pemegang syer di dalam sesebuah syarikat, yang mana
ianya dapat diukur dengan sejumlah wang bagi tujuan : -
- Liability / tanggungan
- Kepentingan
- Merupakan siri perjanjian bersama di antara pemegang2 syer inter se
Sesebuah syarikat yang dihadkan oleh syer mempunyai modal
norminal yang dibahagikan kepada syer di dalam jumlah yang tetap, syer adalah
merupakan kepentingan terhadap sejumlah modal syer yang spesifik di dalam
sesebuah syarikat. Ertinya, ia adalah sebahagian (nisbah) daripada modal. Ia
menunjukkan kepentingan pemegang syer dan liability/ kepentingan semasa
syarikat sedang beroperasi dan apabila penggulungan berlaku. Menurut Sek 4 Akta
Syarikat mendefinisikan syer sebagai syer dalam syer modal sesebuah perbadanan,
termasuk stok kecuali di mana perbezaan di antara stok dan syer dinyatakan/
disiratkan.
Ciri2 sesebuah syer pula dinyatakan di dalam Sek 98 Akta
Syarikat, syer2/ lain2 kepentingan mana2 ahli di dalam syarikat hendaklah
merupakan harta alih, boleh dipindahkan dengan cara yang diperuntukkan oleh
artikel2 persatuan dan tidak boleh merupakan sifat harta tidak alih.
Menurut Sek 99 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa tiap2
syer di dalam syarikat hendaklah dikenali dengan nombor yang sesuai. Walau
bagaimanapun terdapat pengecualiannya terhadap kesemua syer yang dikeluarkan di
dalam syarikat atau kesemua syer2 yang dikeluarkan di dalamnya dari kelas yang
tertentu adalah dibayar sepenuhnya bolehlah mempunyai nombor yang sama.
Terdapat beberapa syarat berhubung dengan bentuk sijil syer
yang diperuntukkan oleh Akta Syarikat 1965. Sek 100 (2) iaitu : -
Ø Sijil
syer mestilah di bawah meterai biasa syarikat/ rasmi syarikat / cawangan
syarikat
Ø Bertarikh
bila sijil dikeluarkan
Ø Nama
syarikat dan kuasa di bawah mana syarikat itu ditubuhkan
Ø Alamat
pejabat berdaftar syarikat di Malaysia/
di mana sijil dikeluarkan oleh pejabat cawangan, alamat pejabat cawangan
tersebut, dan
Ø Nilai2
nominal dan kelas syer2 dan had di mana syer2 dibayar
Walau bagaimanapun kegagalan mematuhi sub-Sek (2) di atas
tidaklah boleh mempengaruhi hak mana2 pemegang syer2. Hanya syarikat dan tiap2
pegawai syarikat yang ingkar pematuhan syarat bentuk sijil syer hendaklah
didapati bersalah terhadap kesalahan di atas mengikut Akta Syarikat 1965.
8.1.1 Jenis-jenis syer
Syer boleh diklasifikasikan kepada jenis2 berikut : -
Syer
biasa
Syer
terutama
Syer
tertunda/ penaja
v Syer
biasa
Menurut Sek 4 Akta Syarikat 1965, syer ekuiti ertinya
sebarang syer yang bukannya syer keutamaan. Ia merupakan yang paling lazim
dikeluarkan oleh syarikat.
Pemegang syer biasa berhak mengundi dan mengawal polisi
syarikat. Kadar dividen untuk pemegang syer biasa bergantung kepada jumlah
keuntungan yang diperolehi oleh syarikat dan mengikut cadangan Lembaga
Pengarah. Pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa hanya akan dibuat
setelah dividen dibayar kepada pemegang syer terutama. Di dalam kes
penggulungan syarikat, pemegang syer biasa adalah yang terakhir akan menerima
pembahagian asset (dari tanggungan/ liability)
v Syer
terutama
Sek 4 Akta Syarikat 1965 mendefinisikan syer terutama
sebagai syer dengan apa2 pun namanya dipanggil, yang tidak memberi hak kepada
pemegangnya untuk mengundi di mesyuarat agung/ kepada apa2 hak untuk menyertai
melebihi amaun yang ditetapkan dalam apa2 pembahagian samada secara dividen/ ke
atas penebusan, dalam sesuatu penggulungan/ selainnya.
Ciri-ciri syer terutama : -
- Pemegang syer terutama berhak menerima kadar dividen yang tetap
- Peratus dividen ditetapkan pada masa syer diterbitkan dan tidak bergantung kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh syarikat
- Pemegang syer terutama mempunyai keutamaan di dalam membuat tuntutan pembayaran dividen
- Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang syer terutama mempunyai keutamaan tuntutan ke atas pembahagian asset syarikat (liability/ tanggungan)
- Pemegang syer terutama bukan pemilik syarikat dan tidak berhak untuk mengundi/ campurtangan dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat
Menurut Sek 66 Akta Syarikat1965, tiada mana2 syarikat boleh
menguntukkan mana2 syer terutama/ mengubah mana2 syer terbitan kepada syer2
terutama melainkan dinyatakan dalam memorandum/ artikel2 hak2 pemegang syer
tersebut berhubung dengan pembayaran modal, penyertaan dalam asset lebihan dan
keuntungan, dividen2 terkumpul/ tidak terkumpul, mengundi dan terutama
pembayaran modal dan dividen berhubung dengan lain2 syer atau lain kelas syer
terutama.
Jika keingkaran dilakukan dalam mematuhi Sek ini maka
syarikat dan setiap pegawai syarikat itu yang ingkar adalah melakukan suatu
kesalahan terhadap Akta Syarikat 1965. Penalty : RM2000
Sekiranya syer terutama diterbitkan perkara2 berikut perlu
diambil perhatian : -
- Pembayaran semula modal
- Kuasa penyertaan dalam lebihan asset dan keuntungan
- Samada dividen kumulatif/ tidak
- Kuasa pengundian
- Terutama pembayaran modal dan dividen berhubung dengan syer/ kelas bagi syer terutama
Jenis-jenis syer terutama ialah : -
Syer terutama penyertaan
Syer terutama kumulatif atau bukan kumulatif
Syer terutama boleh tebus
Syer terutama boleh tukar
Syer terutama pernyertaan
Syer ini memberikan hak bukan sahaja untuk menerima dividen
yang telah ditetapkan jumlahnya tetapi juga dividen tambahan jika sekiranya
terdapat baki lebihan keuntungan selepas dividen dibayarkan kepada pemegang
syer biasa.
Syer terutama kumulatif atau bukan kumulatif
Syer terutama kumulatif memberikan hak kepada pemegang
syernya untuk mendapatkan dividen pada kadar tetap sepanjang hayat syarikat
tersebut. Sekiranya sesebuah syarikat itu mengalami penurunan keuntungan pada
tahun tersebut dan jumlah/ kadar sebenar pembayaran dividen tidak dapat
dibayar. Kekurangan tertunggak ini boleh dibayar pada tahun berikutnya.
Will lwn United
Lankat Plantation Co. Ltd. (1914) AC 11
Prinsip : pemegang syer terutama kumulatif dengan hak untuk
mendapatkan kumulatif dividen sebanyak 10% setahun
Syer terutama bukan kumulatif memberikan hak kepada pemegang
syernya untuk mendapat pembayaran dividen pada kadar yang tetap hanya pada
tahun di mana keuntungan diperolehi. Sekiranya terdapat penurunan keuntungan
pada satu tahun, pembayaran dividen yang telah ditetapkan itu tidak akan
membawa kepada liability/ tanggungan pada tahun hadapannya.
Syer terutama boleh tebus
Menurut Sek 61 Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat yang
mempunyai syer modal boleh jika dibenarkan sedemikian oleh artikel2nya,
menerbitkan syer2 terutama yang merupakan/ atas opsyen kena tebus dan penebusan
hendaklah dibuat hanya atas terma2 dan secara yang diperuntukkan oleh artikel2
Penebusan boleh dibuat atas opsyen syarikat/ pada waktu yang
telah ditetapkan pada masa hadapan dan hendaklah dibuat atas terma2 yang
diperuntukan oleh artikel.penebusan hendaklah tidak disifatkan sebagai
mengurangkan amaun syer modal yang dibenarkan bagi syarikat itu dan syer2
hendaklah ditebus :
- Daripada keuntungan2 yang mana selainnya boleh diperuntukkan bagi dividen, atau daripada hasil2 terbitan syer yang baru yang dibuat bagi tujuan2 penebusan, dan
- Syer-syer itu berbayar penuh
Sekiranya mana2 syer tersebut selain daripada hasil terbitan
baru, maka hendaklah dipindahkan daripada keuntungan2 yang sepatutnya
diperuntukkan bagi dividen kepada suatu simpanan yang di panggil ‘ simpanan
penebusan modal’ suatu jumlah yang sama dengan amaun nominal syer2 yang
ditebus. Pengurangan syer modal syarikat hendaklah terpakai seolah2 simpanan
penebusan modal adalah syer modal berbayar bagi syarikat itu.
Syer terutama boleh tukar
Syer terutama boleh tukar merupakan syer yang boleh
ditukarkan kepada kelas syer yang berbeza. Kebiasaan penukaran kepada syer
biasa mengikut opsyen pemegang syer.
v Syer
penaja / tertunda
Syer ini dikeluarkan hanya kepada pengasas syarikat/ mereka
yang memberi sumbangan dalam pembentukan sesebuah syarikat. Pemegang syer ini
berhak menerima dividen hanya apabila syarikat memperolehi lebihan keuntungan
iaitu setelah kadar dividen yang tertentu telah dibayar kepada pemegang syer
terutama dan syer biasa.
8.1.2 Lain-lain jenis syer
- Syer untuk kakitangan
Sek 67Akta Syarikat 1965, pemberian bantuan kewangan oleh
syarikat kepada orang2, selain daripada pengarah2, yang secara suci hati berada
dalam pekerjaan syarikat atau subsidiary syarikat itu dengan tujuan membolehkan
orang2 itu membeli syer2 berbayar penuh dalam syarikat atau syarikat induknya
dipegang oleh mereka secara pemunyaan beneficial.
8.1.3 Pembahagian syer / pengisuan syer
Pembahagian syer (allotment) dan pengisuan (issue) adalah
merupakan tindakan yang berbeza iaitu : -
Pembahagian syer merupakan satu tindakan oleh syarikat
membahagikan syer2 yang tidak diisukan kepada pihak tertentu dan syer tersebut
adalah terhad kepada jumlah yang tertentu sahaja. Apabila pembahaian syer
dilaksanakan oleh sesebuah syarikat kepada pihak tertentu tersebut, tidaklah
menjadi pihak itu secara automatic ahli di daialam syarikat tersebut.
Pengisuan syer merupakan perjanjian yang mengikat iaitu
syarikat mestilah memenuhi keseluruhan/ semua jumlah syer yang telah ditetapkan
untuk tidakan pembahagian dan pihak yang telah membuat cadangan untuk membeli
syer tersebut adalah terikat apabila penerimaan telah dibuat oleh syarikat.
Apabila penerimaan telah berlaku, peringkat kedua tindakan syarikat ialah
mengisukan syer tersebut. Apabila syer dilaksanakan ia adalah melibatkan
pengawalan sepenuhnya oleh pemegang syer terhadap jumlah syer yang dimiliki
olehnya.
- Kesan-kesan pembahagaian dan pengisuan syer
Apabila pemberitahuan berhubung dengan pembahagian dan pengisuan
syer telah berkuatkuasa, pemohon (alootee) : -
a) Menjadi
ahli syarikat jika syernya telah didaftarkan
b) Adalah
terikat dengan artikel dan memorandum syarikat
c) Adalah
mempunyai liability untuk membayar baki kepada nilai nominal syer yang
dibahagikan kepadanya
8.1.4 Bentuk pembayaran syer
Kaedah am menyatakan bahawa syarikat mestilah menerima
jumlah penuh nilai nominal syer apabila syer diisukan. Sesebuah syarikat tidak
boleh mengisukan syer kurang daripada nilai nominal dengan syarat pemegang syer
tidak mempunyai liability untuk membayar jumlah kekurangan tersebut. Tujuannya
untuk memberikan perlindungan hak kreditor2 kepada syarikat yang hanya
mempunyai tabung simpanan/ dana untuk membayar pinjaman kepada kreditor. Walau
bagaimanapun terdapat pengecualiannya terhadap kaedah am ini apabila penerbitan
syer dilakukan secara diskaun. Bentuk2 pembayaran syer : -
i.
penerbitan syer secara diskaun
ii.
penerbitan syer secara premium
penerbitan
syer secara diskaun
Sek 59 Akta Syarikat 1965, menyatakan bahawa sesebuah syarikat
boleh menerbitkan syer2 secara diskaun dari kelas2 yang telah diterbitkan jika
:
- terbitan syer secara diskaun dibenarkan melalaui resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat agung syarikat dan disahkan oleh perintah mahkamah
- resolusi itu menetapkan kadar maksimum diskaun di mana syer itu akan diterbitkan
- pada tarikh terbitan itu tidak kurang dari satu tahun telah berlalu semenjak tarikh di mana syarikat berhak memulakan perniagaan ; dan
- syer2 itu diterbitkan dalam masa satu bulan selepas tarikh di mana terbitan itu disahkan oleh perintah mahkamah/ dalam masa lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh mahkamah
Sek 59 (3) memperuntukkan setiap prospectus berkaitan dengan
terbitan syer hendaklah mengandungi butir diskaun yang dibenarkan atau sejumlah
diskaun tersebut yang tidak dihapuskaira pada tarikh terbitan prospectus.
Sek 59 (4) pula memperuntukkan walau apa pun peruntuka2
artikel2nya, sesebuah syarikat tidak boleh menerbitkan secara diskaun mana2
kelas syer melainkan ia terlebih dahulu menawarkan ayer2 itu kepada setiap
pemegang2 syer kelas tersebut dalam syarikat itu mengikut kadar bilangan syer
yang dipegang olehnya. Setiap tawaran tersebut hendaklah dibuat secara notis
menyatakan bilangan syer yang ahli itu berhak dan menghadkan masa tidak kurang
dari 21 hari dalam masa tawaran itu boleh diterima [Sek 59 (5)]
penerbitan
syer pada kadar premium
Nilai premium minimum bererti amaun (jika ada) dengan mana
nilai asas syer yag dipindahmilik melebihi nilai agregat nominal syer2 yang
diuntukkan sebagai balasan kepada pindahmilik. Lebihan ini yang dikatakan
sebagai kadar premium. Menurut Sek 60 (2), sesebuah syarikat boleh menerbitkan
syer pada kadar premium dengan syarat bahawa semua premium yang diterima sama
ada secara tunai atau dalam bentuk lain sebagai balasan bernilai suatu jumlah
sama dengan amaun agregat atau nilai premium2 ke atas syer2 tersebut hendaklah
dipindahmilik kepada suatu akaun yang dipanggil ‘akaun premium syer’
Sek 60 (3) memperuntukkan tujuan kegunaan akaun premium syer
yang dibenarkan oleh undang2 iaitu : -
- bagi membayar syer2 yang tidak diterbitkan kepada ahli2 syarikat sebagai syer2 bonus berbayar penuh
- bagi membeyar kesemua atau sebahagian baki yang belum dibayar ke atas syer2 yang diterbitkan pada masa lalu kepada ahli2 syarikat
- bagi membayar dividen2 jika dividen2 tersebut dipenuhi secara terbitan syer2 kepada ahli2 syarikat
- dalam hal syarikat yang mejalankan perniagaan insurans di Malaysia melalui penggunaan atau pindahmilik kepada mana2 tabung berkanun yang ditubuhkan dan disenggara menurut mana2 undang2 Malaysia berkaitan insurans
- bagi menghapus kira
i.
perbelanjaan2 permulaan syarikat ; atau
ii. perbelanjaan/
komisen/ brokeraj yang dibayar/ diskaun yang dibenarkan ke atas apa2 duti, fee
/ cukai yang kena dibayar bagi / berhubung dengan mana2 terbitan syer syarikat
- bagi menyediakan premium yang kena dibayar ke atas penebusan syer2 keutamaan yang boleh ditebus
walau bagaimanapun premium tidak perlu dipindahmilik ke
dalam akaun premium syer dalam kes2 relief percantuman- Sek 60 (4), relief bagi
kumpulan pembentukan semula- Sek 60 (5) dan relief kebelakangan dalam keadaan2
tertentu – Sek 60 (6)
8.1.5 Pemindahan syer
Menurut Sek 98 Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa syer2/
lain2 kepentingan mana2 ahli di dalam syarikat hendaklah nerupakan harta alih,
boleh dipindahkan dengan cara yang diperuntukan oleh artikel2 persatuan dan
tidak boleh merupakan sifat harta tidak alih.
Ertinya, syer2 boleh dipindahkan secara bebas oleh pemegang2
syer yang berdaftar kecuali terdapat peruntukkan yang spesifik telah dinyatakan
di dalam artikel persatuan syarikat. Pemindahan syer bagi syarikat persendirian
mestilah menepati peruntukkan Sek 15 (1) (a) yang mengehadkan hak untuk
memindahmilik syer. (sila rujuk kes Lim Ow Goik lqn Sangsi Merah Bus Co. Ltd
(1969) 2 MLJ 122)
Menurut Sek 103 (1) Akta Syarikat 1965 menyatakan mengenai
keperluan suratcara pemindahan iaitu syarikat tidak boleh mendaftar pemindahan
syer2/ debenture melainkan suratcara pemindahan yang betul di dalam bentuk yang
ditetapkan telah diserah hantar kepada syarikat walau bagaimanapun ia tidaklah
boleh memudaratkan apa2 kuasa untuk mendaftar sebagai pemegang2 syer atau
pemegang debenture mana2 orang kepada siapa, hak terhadap apa2 syer didalam/
denbentur syarikat telah dipindahkan oleh operasi undang2.
8.1.6 Kelas-kelas syer dan variasi (pelbagaian) hak kelas
syer
Syer modal bagi sesebuah syarikat boleh dibahagikan kepada
beberapa kelas. Kelas2 ini ada dinyatakan di dalam memorandum/ artikel
persatuan syarikat. Setiap kelas mempunyai hak yang berbeza dari segi dividen
oengundian, keutamaan untuk mendapat pembayaran bila syarikat digulungkan dan
sebagainya. Walau bagaimanapun ini bukanlah sesuatu yang wajib bagi semua
syarikat untuk melaksanakannya. Lembaga Pengarah kebiasaanya mempunyai kuasa
untuk menentukan hak bagi kelas2 ini tetapi mestilah kuasa diluluskan oleh
resolusi yang dipersetujui. Jika sekiranya hak bagi kelas syer ini wujud di
dalam memorandum persatuan syarikat, maka hak ini tidak boleh diubah kerana
memorandum hanya boleh dipinda mengikut peruntukkan yang dibenarkan oleh Akta
Syarikat 1965.
Walau bagaimanapun sekiranya hak bagi kelas syer ini
dinyatakan di dalam artikel persatuan syarikat maka ianya boleh diubah dengan
membuat pindaan terhadap artikel persatuan syarikat
Adalah juga dibenarkan, jika hak kelas syer ini terkandung
di dalam memorandum/ artikel persatuan syarikat dengan mengenakan syarat atau
memasukkan fasal ubahsuaian iaitu perubahan terhadap hak kelas syer ini hanya
boleh dilaksanakan dengan mengikut kesenua prosedur yang dinyatakan dalam fasal
variasi / fasal ubahsuaian hak tersebut. Di dalam keadaan wujudnya fasal
modifikasi/ ubahsuaian ini maka sebarang pindaan terhadap hak kelas syer itu
mestilah mengikut prosedur itu. Prinsip ini dapat dinyatakan di dalam kes
berikut : -
Crumpton lwn Momne
Hall Pty. Ltd. (1965) 82 WN (Supreme
Ct)
Fakta : Aset milik syarikat adalah hanya sebuah bangunan
yang dibahagikan kepada 6 unit tempat kediaman. Di dalam artikel persatuan
syarikat, ada meperuntukan fasal yang menyatakan bahawa syer modal syarikat
dibahagikan mengikut kelas2 yang berbeza. Hakmilikan terhadap syer bagi setiap
kelas itu memberikan hak secara ekslusif kepada pemegangnya untuk menggunakan
blok/ unit tempat kediaman itu. Disamping itu, terdapat juga fasal ubahsuaian
hak yang dimasukkan di dalam artikel yang berbunyi ‘persetujuan majority
pemegang kelas syer adalah diperlukan apabila hal2 berhubung dengan hak
pemegang kelas syer tersebut hendak dibuat sebarang pindaan’
Satu resolusi telah diluluskan bagi meminda artikel
persatuan dengan memasukkan satu peruntukan yang menghalang hak penyewaan unti
tempat kediaman. Plaintif di dalam kes ini telah membuat bantahan terhadap
resolusi yang diluluskan itu kerana menurutnya beliau tidak pernah bersetuju berhunbung
dengan pindaan artikel yang mengehadkan hak beliau sebagai salah seorang
pemegang kelas syer yang kuasa eksklusif penggunaan unit tempat kediaman
Keputusan mahkamah : apabile wujudnya fasal ubahsuaian hak
di dalam sesebuah artikel persatuan syarikat maka sebarang hak yang ada bagi
pemegang kelas syer tersebut tidaklah boleh dipinda kecuali mengikut prosedur
yang ditetapkan. Oleh itu resolusi yang meluluskan pindaan artikel persatuan
syarikat tidak akan memberi kesan kepada hak plaintif kerana pematuhan tidak
dilaksanakan sepertimana yang tercatat
di dalam fasal ubahsuaian hak oleh syarikat
Walaupun di dalam keadaan syarikat telah mengikut semua
prosedur fasal ubahsuaian hak, tetapi jika ada pemegang syer yang memegang syer
yang jumlahnya tidak kurang dari 10% syer2 yang diterbitkan mereka boleh
memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pelbagaian (variation)/ pembatalan
(abrogation) itu dan permohonan itu akan hanya berkuatkuasaan sehinggan ianya
disahkan oleh mahkamah.
Pemegang2 syer masih mempunyai hak walaupun mungkin mereka
pernah bersetuju terhadap pelbagaian/ pembatalan itu dengan syarat persetujuan
diberi kerana beberapa fakta material telah tidak didedahkan terlebih dahulu
kepada mereka. Mengikut Sek 65 (2), jika mahkamah berpuashati bahawa beberapa
fakta material telah tidak dijelaskan sebelum mereka beersetuju atau mengundi,
mereka boleh memohon untuk tidak menguatkuasakan selepas tarikh di mana
persetujuan telah diberikan atau dalam masa lanjutan yang dibenarkan oleh
mahkamah. Permohonan juga boleh dibuat oleh wakil kepada pemegang2 syer dengan
syrat perlantikannya sebagai wakil telah dibuat secara bertulis.
Sek 65 (4) pula memperuntukkan juka mahkamah berpuashati
yang pembatalan itu akan memudaratkan mana2 pemegang syer dari kelas yang diwakili
oleh permohon, bolehlah tidak membenarkan pembatalan itu dan keputusan mahkamah
adalah muktamad.
8.1.7 Hakmilikan terhadap syer
Hakmilikan yang sah di sisi undang2 terhadap syer adalah
wujud kepada sesiapa yang telah dibahagikan (allocated) syer atau
dipindahmilikkan syer dan namanya telah didaftarkan sebagai ahli bagi syer
tersebut.
Di Malaysia, sijil yang di bawah meterai biasa atau rasmi
syarikat menetapkan bahawa mana2 syer dipegang oleh mana2 ahli syarikat
hendaklah merupakan keterangan prima facie hak milik ahli terhadap syer2. (Sek
100 Akta Syarikat 1965)
EG Tan & Co.
(Pte.) lwn Lim & Tan (Pte.) (1987) 2 MLJ 149
Prinsip : pembeli bona facie dengan nilai tanpa notis
mempunyai keutamaan dan pembeli yang tidak mendaftar diri sebagai pemegang syer
Terdapat juga keadaan di mana seseorang itu mendaftarkan
pihak lain sebagai penamanya yang mana pihak lain bertindak sebagai pemegang
amanah beliau. Walau bagaimanpun apabila syer telah didaftarkan degan nama
penama untuk tujuan yang menyalahi undang2/ tujuan untuk mengelirukan pihak
awam maka kesannya pemilik adalah tidak berhak untuk membuat tuntutan
kepentingan beneficial hak milik terhadap syer tersebut. (sila rujuk kes :
Suntoso Jacob lwn Kong Miao Ming)
8.1.8 Urusniaga oleh syarikat dalam syernya sendiri
Menurut Sek 67 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa
syarikat tidak boleh memberi, samada secara langsung atau tidak langsung dan
samda secara pinjaman gerenti atau peruntukan sekuriti/ selainnya. Apa2 bantuan
kewangan bagi maksud/ berhubung dengan pembelian dan langganan yang dibuat/
akan dibuta oleh mana2 orang atau bagi mana2 syer dalam syarikat / jika
syarikat itu subsidiary, dalam syarikat induknya / dalam mana2 cara membeli,
berurusan / memberi pinjaman wang ke atas syer2nya sendiri.
Trevor lwn Whitworth
(1887) 12 APP Cas 409
Prinsip : syarikat tidak dibenarkan membeli syernya sendiri
walaupun artikelnya mungkin membenarkan perbuatan sedemikian
Walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya di bawah Sek 67
(2) iaitu : -
a. sekiranya
pemberian pinjaman wang itu adalah sebahagian daripada perniagaan syarikat,
pemberian pinjaman wang oleh syarikat dalam urusan perjalanan perniagaan.
b. Wujudnya
peruntukkan oleh sesebuah syarikat, menurut apa2 skim yang pada itu
berkuatkuasa, wang bagi pembelian atau langganan bagi syer2 berbayar penuh
dalam syarikat atau syarikat induknya, iaitu pembelian atau langganan oleh
pemegang2 amanah / bagi syer2 yang akan dipegang bagi faedah pekerja2 syarikat,
atau subsidiary syarikat itu termasuk mana2 pengarah yang menjadi pekerja/
berjwatan bergaji dalam syarikat / subsidiary syarikat itu ; atau
c. Pemberian
bantuan kewangan oleh syarikat kepada orang2, selain daripada pengarah2, yang
secara suci hati berada dalam pekerjaan syarikat / subsudiari syarikat itu
dengan tujuan membolehkan orang2 itu membeli syer2 berbayar penuh dalam
syarikat atau syarikat induknya dipegang oleh mereka secara pemunyaan
beneficial
Jika sekiranya berlaku perlanggaran terhadap Sek ini,
syarikat tidak bersalah tetapi setiap pegawai yang ingkar adalah melakukan
suatu kesalahn terhadap Akta ini. Penalty : penjara 5 tahun/ Rm 100000
Walau bagaimanapun disebabkan ketidakstabilan pasaran saham,
Sek 67 A telah dimasukkan dalam Akta Syarikat, yang mana memberi kebenaran
kepada semua syarikat untuk mmeberi bantuan kewangan bagi maksud pembelian ke
atas sahamnya sendiri. Sek ini berkuatkuasa pada bulan September 1967
8.2 Dividen
8.2.0 Definisi dividen
Definisi dividen secara teknikal adalah merujuk kepada syer
dan ianya adalah sejumlah amaun yang diterima olh pemegang2 syer sesebuah
syarikat apabila sesebuah syarikat itu memperolehi keuntungan yang secara
sahnya wujud untuk pembahagian dividen
Menurut Sek 365 (1) Akta Syarikat memperuntukkan bahawa
tiada dividen boleh dibayar kepada pemegang2 syer mana2 syaarikat kecuali dari
keuntungan/ menurut Sek 60 Akta Syarikat
Dividen hendaklah dibezakan dengan faedah (interest) iaitu
faedah adalah merupakan hutang yang mana ianya seperti hutang2 yang lain iaitu
dibayar dengan menggunakan asset syarikat. Dividen pula bukanlah merupakan
hutang syarikat sehinggalah ia diisytiharkan oleh pihak syraikat. Di samping
itu, dividen tidaklah boleh dibayar dengan menggunakan asset syarikat secara
amnya, hanya di dalam keadaan tertentu sahaja prinsip pembayaran dividen dibenarkan
8.2.1 Bentuk pembayaran dividen
Fasal berhubung dengan pembayaran dividen adalah tertakluk
kepada artikel persatuan sesebuah syarikat. Pembahagian keuntungan sesebuah
syarikat adalah merupakan urusan dalaman sesebuah syarikat. Kebiasaannya mahkamah
tidak akan cmpr tgn did lm isu ini kecualilah timbul soal2 ketdkadilan/ slh byr
/ perbuatan/ tindakan yang tidak mematuhi mana2 peruntukan undang2
Burland lwn Earle
Prinsip : Ahli syarikat dan mahkamah tidak boleh
campurtangan dalam pengisytiharkan dividen kecuali berlakunya penindasan dan
ketidakadilan
Sesebuah syarikat di dalam mesyuarat agungnya boleh
mengisytiharkan dividen, tetapi dividen hendaklah tidak melebihi junlah yang
disyorkan oleh pengarah. Pengarah2 boleh sebelum mengesyorkan mana2 dividen,
mengenepikan keuntungan2 syarikat, apa2 jumlah yang difikirkan perlu sebagai :
- Simpanan ;atau
- Untuk kegunaan apa2 tujuan di mana keuntungan2 syarikat ; atau
- Dilaburkan dalam pelaburan2 tertentu (selaindaripada syer2 dalam syarikat) yang difikirkan perlu dari masa ke semasa oleh pengarah2 ; atau
- Membawa ke hadapan mana2 keuntungan yang mereka fikirkan lebih jimat kalau tidak dibahagikan
- Bentuk-bentuk pembayaran dividen ialah : -
- wang tunai
- pembahagian dalam bentuk aset2 khusus/ tertentu
- debenture
- stok debenture / lain2 cara mengikut kelulusan resolusi / ketetapan di dalam artikel persatuan syarikat tersebut
bagi mana2 dividen yang dibayar secara tunai berhubung
dengan syer2 boleh dibayar dengan cek atau waran yang dihantar secara pos
ditujukan kepada alamat berdaftar pemegang.
8.2.2 Jenis-jenis dividen
Dividen boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu : -
- dividen interim
- dividen terakhir
- dividen terkumpul (cumulative)
- dividen tidak terkumpul (non cumulative)
Dividen interim
adalah merupakan dividen yang diisytiharkan dan dibayar
sebelum berakhir/ tamat tempoh tahun keuntungan tersebut/ sebelum mesyuarat
tahunan diadakan. Dividen jenis ini kebiasaannya diisytiharkan oleh pengarah2
apabila yakni bahawa kewangan syarikat adalah menyakinkan harga syer dalam
pasaran syer. Pengarah2 boleh dari masa ke semasa membayar kepada ahli2 dividen
interim ini sebagaimana didapati oleh pengarah2 sebagai berpatutan dari
keuntungan syarikat. Dividen ini dibayar dari untung yang telah terakru dari
baki untung tertahan yang dibawa ke hadapan dari tempoh perakauanan dahulunya.
Dividen terakhir
Pengisytiharkan terhadap dividen ini adalah selepas
keuntungan diperolehi bagi satu tempoh tahun keuntungan tamat
Dividen terkumpul
Jumlah bagi pembayaran dividen bagi satu tahun keuntungan
yang di bawa ke tahun hadapan dan tahun seterusnya. Jumlah dividen yang
tertunggak ini dikenali sebagai dividen terkumpul
Dividen tidak terkumpul
Jumlah dividen bagi satu tahun keuntungan sahaja (satu
tempoh perakaunan)
8.3 Prinsip undang-undang pembayaran dividen
Kaedah pembayaran dividen yang dibenarkan oleh undang-undang
adalah sperti berikut :
- Keperntingan syarikat mestilah wujud diperolehi sesebuah syarikat ketika syarikat membuat pengisytiharkan pembayaran dividen
Kaedah2 undang2 menyatakan bahawa keuntungan yang diperolehi
oleh syarikat untuk tujuan pembayaran dividen mestilah wujud ketika
pengisytiharan dibuat oleh syarikat. Setelah pengisytiharan dibuat dividen
tersebut merupakan hutng syarikat yang mesti dijelaskan kepada ahli2/ pemegang
syer syarikat
jika sekiranya, pada masa pembayaran dividen hendaklah
dibuat syarikat mengalami kerugian, syarikat masih bertanggungan mengikut
undang2 membayar jumlah dividen yang telah diisytiharkan
Kes : Marra Development
Ltd lwn BW Rofe Pty Ltd (1977) Supreme Ct.
Fakta : Marra Development telah mengisytiharkan dividen dan
ketika pengisytiharan itu Marra Development mempunyai keuntungan. Apabila tiba
masa pembayaran dividen, pengarah syarikat tidak mahu mmebuat pembayaran kerana
pada masa itu tiada lagi keuntungan yang wujud. Ini disebabkan di dalam
jangkamasa tarikh pengisytiharan dan tarikh pembayaran dividen, Marra telah membuat
penilaian semula aset2nya yang mana menyebabkan keuntungan yang diperolehi
telah berhapus kira.
Keputusan Mahkamah : mahkmah mendapati memanglah benar
bahawa pada masa tuntutan dividen dibuat itu, Marra tidak mempunyai keuntungan
tetapi semasa pengisytiharan dibuat Marra mempunyai keuntungan tersebut. Oleh
itu, Marra hendaklah membayar dividen tersebut kerana ia merupakan hutang
terhadap syarikat selepas pengisytiharannya.
- Keuntungan bagi pembayaran dividen mestilah daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang membuat pengisytiharan
Keuntungan yang akan digunakan untuk membuat pembayaran
dividen mestilah daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang membuat
pengisytiharan dividen. Walaupun wujud keadaan di mana perhubungan antara
syarikat induk dan anak syarikat, tetapi dari segi undang2 syarikat2 ini
mempunyai entity yang berasingan bagi tujuan pembayaran dividen.
Kes : Industrial
Equity Ltd lwn BlackBurn (1977) 3 ACLR 89
Fakta : industrial Equity bercadang untuk mengisytiharkan
dividen dalam bentuk sebahagian tunai dan sebahagian lagi bentuk syer dalam
Syarikat Minerva Centre Ltd (anak syarikat) di mana Industrial Equity adalah
merupakan syarikat induknya. Jumlah yang untuk pembayaran dividen ialah
A$900,000 tetapi akaun untung rugi bagi Idustrial Equity menunjukkan untung
bersih hanya A$200,000 dengan keuntungan yang dibahagikan kepada tahun2 yang
lalu sebanyak A$100,000 Industrial Equity. Idustrial Equity cuba menggunakan keuntungan
kumpulan syarikat sebagai memenuhi jumlah untuk pembayaran dividen.
Isu : samada keuntungan syarikat subsidiary yang dikuasai
oleh syarikat induk boleh dianggap sebagai keuntungan syarikat induk?
Keputusan Mahkamah : keuntungan yang akan digunakan mestilah
diperolehi oleh syarikat yang mengisytiharkan dividend an oleh itu, dividen
dalam bentuk syer Minerva tidak boleh dibayar kerana Industrial Equity tidak
memperolehi keuntungan yang boleh dibayar.
- Dividen boleh dibayar walaupun jumlah asset syarikat kurang daripada modal asset selagi syarikat membuat keuntungan hasil iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan
Dividen juga boleh dibayar walaupun jumlah nilai asset
syarikat adalah berkurangan daripada jumlah asal modal yang disumbangakn oleh
pemegang syer. Ini boleh dilakukan selagi syarikat dapat menunjukkan untungn
dalam Akaun Untung Rugi nya iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan.
Kes : Lee lwn
Neuchatel Asphalte Co. (1889) 41 Ch. D1
Fakta : syarikat mendapat satu konsensi melombong asphalt.
Konsensi itu hanya untuk jangkamasa yang terhad, oleh itu nilainya telah
menurun setelah beberapa tahun. Syarikat mengisytiharkan dividen berdasarkan
keuntungan yang diperolehi tanpa mengambilkira penurunan nilai lombong
asfaltnya.
Keputusan mahkamah : mahkamah membenarkan pembayaran dividen
walaupun berlaku pengurangan pada harta syarikat.
Kes : Verner lwn
General & Commercials Investment Trust (1894) 2 CH 239, Ct Of Appeal
Prinsip : keuntungan yang didapati daripada modal pusingan
(circulating capital) boleh diagihkan sebagai dividen walaupun terdapat
pengurangan nilai asset tetap syarikat
- Keuntungan hasil (revenue) juga boleh dibahagikan sebagai dividen tanpa kemestian untuk menggantikan kehilangan modal atau kehilangan asset modal
Sesebuah syarikat tidak dimestikan untuk memperuntukkan
hasil perolehan bagi menggantikan semula kerugian yang terkumpul atau berlaku
susutnilai asset. Ertinya, selagi terdapat untung dalam sesuatu tahun, dividen
boleh diisytiharkan walaupun terdapat kerugian dalam tahun sebelumnya atau
berlaku pengurangan nilai asset syarikat
Rujuk kes : - Lee lwn Neuchatel asphalte Co.
(1889) 41 CHD 1
- Verner lwn General & Commercials
Investment Trust (1994)
- Dividen tidak semestinya dibayar daripada keuntungan pada tahun di mana keuntungan itu diperolehi kecuali artikel mempunyai peruntukkan tersebut
Dividen boleh dibawa ke tahun2 hadapan/ dipindahkan ke dalam
simpanan syarikat. (sila rujuk kes : Re
Hume Industries (FE) Ltd (1974) 1 MLJ 167)
- Dividen boleh dibayar daripada keuntungan modal walaupun tidak terdapat keuntungan hasil (revenue)
Dividen juga boleh dibayar daripada keuntungan modal
walaupun tidak terdapat keuntungan hasil dengan syarat terdapat penambahan
dalam nilai2 aset modalnya. Dividen boleh diisytiharkan berdasarkan kepada
untung modal yang direalis. Akan tetapi, tidak wujudnya untung modal untuk
tujuan ini kecuali modal syarikat terdapat pertambahan (accretion)
Kes : Lubbock lwn
British Bank Of South America (1892) 2 CH 198
Fakta : sesebuah syarikat bank dengan modal berbayar
sebanyak $ 500,000 menjual sebahagian daripada modalnya dengan harga $875,000
memberikan pertambahan modal sebanyak $375,000
Pengarah syarikat bercadang menyimpan sebanyak $70,000 untuk
perbelanjaan syarikat dan mengisytiharkan lebihan iaitu $205,000 atas modal
berbayar sebagai keuntungan untuk tujuan dividen
Keputusan mahkamah : dividen boleh dibayar oleh kerana
$205,000 mewakili untung modal bukan modal itu sendiri
- Lebihan daripada penilaian semula asset syarikat boleh dibahagikan sebagai dividen
Di dalam keadaan yang tertentu, untung yang belum
direaliskan (untung yang dijangkakan tetapi belum ada) boleh dipergunakan bagi
tujuan pembayaran dividen. Oleh itu, lebihan daripada penilaian semula asset
syarikat boleh diagih2kan sebagai dividen. Walau bagaimanapun, penilaian
semuala asset mestilah dibuat oleh pihak yang pakar untuk membuat penilaian dan
nilai itu tidak akan terjejas dengan perubahan semasa
Kes : Dimbula Valley (Ceylon) Tea Co. Ltd lwn Laurie
(1961) CHD
Fakta : syarikat mempunyai artikel yang dipanggil
‘capitalization article’ iaitu membenarkan syarikat dalam sebarang masa
meluluskan resolusi mempermodalkan untung yang tidak diagihkan
Isu : adakah syarikat secara sah dalam mempermodalkan satu
tabungan akibat daripada penilaian semua asset modal syarikat?
Keputusan mahkamah : kecuali bercanggah dengan hak pemegang
syer terutama, artikel persatuan syarikat memberi kuasa kepada permodalan
tabung yang berpunca daripada penilaian semula asset modal. Mahkamah juga
memutuskan bahawa syarikat boleh secara sah mengagihkan untung/ tambahan modal
sebegini dengan cara membayar dividen kepada pemegang syer terutama syer biasa.
- Artikel persatuan sesebuah syarikat boleh mengehadkan jenis keuntungan untuk dibahagikan sebagai pembayaran dividen
Mengikut kaedah undang2, sungguhpun keuntungan adalah
didapati keputusan untuk mengisytiharkan dividen adalah bergantung kepada urusan
perniagaan dan bukan isu perundangan. Oleh itu, artikel persatuan syarikat
boleh menghadkan jenis keuntungan yang boleh/ tidak boleh dibuat pembayaran
dividen