Mengetahui dan Memahami perkara-perkara mengenai tukul, pahat dan pengulir skru
Di akhir unit ini anda dapat:
# menerangkan jenis-jenis tukul dan kegunaannya
# melakarkan dan menamakan bahagian –bahagian tukul bulat
# mentakrifkan langkah keselamatan semasa menggunakan tukul
# menamakan dan dapat membezakan jenis- jenis sudut mata pahat
# membezakan jenis-jenis pahat dan kegunaannya
# mengenal pengulir luar dan dalam
# menghuraikan terminologi ulir skru
# mengira saiz gerudi untuk mengulir skru
# melakar dan melebelkan berbagai –bagai jenis pengulir luar
# menerangkan langkah keselamatan semasa menggunakan pengulir skru
INPUT
3.0 TUKUL
Tukul
merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan .
Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan
tukul Lembut
3.1 TUKUL BESI
Tukul
besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan
bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak
mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang
dan leher dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu
hickory,ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara .25 kg.
hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja
am,
tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan
untuk kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa
jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.
3.2 JENIS-JENIS TUKUL BESI
i. Tukul bongkol bulat ii. Tukul bongkul lurus iii.Tukul bongkol tirus
3.2.1 Tukul bongkol bulat
Bongkol
kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata
digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul
kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk
meribet.
3.2.2 Tukul bongkol lurus.
Kepala
tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk
menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala
bulat.
3.2.3 Tukul bongkol tirus.
Kepala
tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul
bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini
digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.
3.3 TUKUL LEMBUT
Tukul
lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya
permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada
tiga jenis. Iaitu:
i. Tukul bongkol kulit
ii. Tukul bongkol plastik iii.Tukul bongkol gangsa
3.3.1 Tukul bongkol Kulit
Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja. .
3.3.2
Tukul bongkol plastik pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel.
Tetapi apabila ia digunakan pada logan yang lebih lembut, hendaklah
lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.
3.3.3 Tukul bongkol gangsa
Apabila
tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis
tukul diatas. Hentakan yang kuat bolih dilakukan tetapi haruslah
berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia
digunakan semasa kerja kerja pemasangan.
3.4 Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul
i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul. ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv.
Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul. v.
Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga
sendiri.
Jika anda tidak faham sila bertanya pensyarah anda
AKTIVITI 3A
3.1 Pada amnya tukul bolih dibahagikan kepada berapa jenis. Namakan dua jenis tukul .
3.2 Lukiskan gambarajah tukul bongkol lurus
3.3 Isikan Tempat kosong
Bil.
|
Jenis Tukul
|
Kegunaan nya
|
1.
|
Tukul Bongkol tirus
| |
2
|
Tukul jenis ini digunakan untuk menukul
bahagian-bahagian yang tidak bolih dilakukan
Oleh tukul kepala bulat
| |
3
|
Tukul bongkol kulit
| |
4
|
Tukul bongkol gangsa
| |
5
|
Tukul jenis ini digunakan untuk pada logam
yang
biasa digunakan dalam bengkel.Tetapi bila digunakan pada logam
yang lebih lembut hendaklah berhati supaya tidak meninggalkan kesan
|
3.4. Apakah perlu dilakukan ke atas kepala tukul supaya ianya boleh tahan hentaman dan tahan lama?
3.5. Nyatakan 3 langkah keselamatan semasa mengunakan tukul
MAKLUM BALAS 3A
3.1 Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada berapa jenis .
Tukul dibahagikan kepada dua jenis i. Tukul Besi
ii. Tukul Lembut
3.2 Lukiskan gambarajah tukul bongkol lurus
3.3 Isikan Tempat kosong
Bil.
|
Jenis Tukul
|
Kegunaannya
|
1.
|
Tukul Bongkol tirus
| |
2
|
Tukul jenis ini digunakan untuk menukul
bahagian-bahagian yang tidak bolih dilakukan
Oleh tukul kepala bulat
| |
3
|
Tukul bongkol kulit
|
4
|
Tukul bongkol gangsa
| |
5
|
Tukul jenis ini digunakan untuk pada logam
yang
biasa digunakan dalam bengkel.Tetapi bila digunakan pada logam
yang lebih lembut hendaklah berhati supaya tidak meninggalkan kesan
|
3.4 Apakah perlu dilakukan ke atas kepala tukul supaya ianya boleh tahan hentaman dan tahan lama?
Kepala tukul perlulah dikeraskan dengan cara ianya dibaja dengan baik
supaya tidak mudah pecah atau sumbing dan tahan lama.
3.5 Nyatakan 3 langkah keselamatan semasa mengunakan tukul.
Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan tukul diantaranya ialah:
i. Pastikan tangkai tukul melekat kuat dengan kepala tukul.
ii. Kepala tukul hendaklah dalam keadaan yang baik yakni tidak sumbing atau sompek.
iii. Pastikan jenis tukul yang hendak digunakan bersesuaian dengan bendakerja yang hendak ditukul.
3.5 PAHAT
Pahat
ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu sebagaimana kikir
pahat juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu
tinggi yang dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang
digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Pahat
mestilah digunakan dengan tukul biasa atau tukul peumatik.
3.5.1.
Sudut mata pahat : Apabila hendak memahat sesuatu bahan bahan
sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja tersebut
dapaat dilakukan dengan berkesan. Sudutpahat dipegang antara 35% hingga
40%. Jika keluar daripada lingkungan tersebut pemotongan yang tidak
sempurna. Sudut pemotongan mata pahat bergantung kepada kekerasan bahan
yang
hendak dipotong.
LOGAM
|
SUDUT
|
Keluli
|
70%
|
Besi tuanganI
|
60%
|
Keluli serderhana
|
60%-70%
|
Loyang
|
45%-60%
|
Tembaga
|
45%
|
Aluminium
|
30%
|
3.4.1 Jadual sudut mata pahat
3.6. Bahagian-Bahagian Pahat.
Mata pahat
Batang pahat
Kepala pahat
Sudut mata pemotong
Rajah: 3.44 : Nama Bahagian Pahat.
3.7 Jenis-jenis pahat
Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan iaitu:
3. . Pahat mata rata
. ii. Pahat mata bulat
iii Pahat mata bentuk intan
. iv. Pahat mata lintang
3.7.1. Pahat mata rata
Pahat
ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai
untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat
ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong.
3.7.2. Pahat mata melintang
Pahat
ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong
dengan pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang
lebar, memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran
lebih kurang
200mm panjang dan 6-12mm lebar.
3.7.3. Pahat mata bulat
Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan penjuru bulat pada lubang yang dalam.
3.7.4. Pahat mata bentuk intan
Pahat
ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak
pusatnya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat
mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk memotong kepingan logam.
3.7.5. Pahat berkepala cendawan
Kepala
pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat
merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan boleh terkena angota
badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan
ianya hendaklah dicanai kebentuk asal.
Bahagian belakang pahat yang telah berbentuk seperti cendawan akibat hentaman tukul besi.
Batang pahat
Raj.3.45 Pahat berkepala cendawan
3.8. Gaya memahat.
Gaya
memahat amatlah penting . Pahat hendaklah dipegang dibahagian kepala
dan tukul pula hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan mata
pada garisan pemotong supaya dapat memahat dengan tepat
3.9. Langkah keselamatan semasa memahat.
i. Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihan nya mungkin akan melayang dan mengenai mata
ii. Jangan memegang pahat dengan tangan yang berminyak.
Bersihkan tangan daripada minyak sebelum memegang pahat.
iii. Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat pada ragum.
iv. Jangan gunakan pahat yang telah rosak untuk kerja memahat.
v. Pegang pahat hampir dengan kepalanya dengan kuat apabila mengetuk.
vi. Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja memahat.
vii. Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak dipahat .
Saya perlu buat ulang kaji …..untuk masa depan saya…….
AKTIVITI 3B
3.5 Lakardan namakan bahagian-bahagian pahat
3.7 Namakan 4 jenis pahat. i.
ii. iii. iv.
3.8 Apakah kegunaan pahat mata lintang
3.9 Terangkan 5 perkara yang perlu di beri perhatian semasa menjalankan kerja memahat i.
ii.
MAKLUM BALAS 3B
3.6 Lakardan namakan bahagian-bahagian pahat
Mata pahat
Kepala pahat
Sudut mata pemotong
3.7 Namakan 4 jenis pahat..
. i. Pahat mata rata
. ii. Pahat mata bulat
iii. Pahat mata bentuk intan
. iv. Pahat mata lintang
3.8 Apakah kegunaan pahat mata lintang
Pahat ini digunakan untuk membuat alur atau peparit yang dasarnya rata kerana pahat ini bermata lebar iaitu 6 mm hingga 12mm.
3.9
Terangkan 3 perkara yang perlu di beri perhatian semasa menjalankan
kerja memahat i. Mata pahat hendaklah dalam keadaan yang tajam.
ii. Kepala pahat hendaklah dalam keadaan baik yakni tidak berbentuk kepala cendawan
iii. Bendakerja yang hendak dipahat mestilah diletakkan dengan tetap yakni diapit dengan ragum.
3.10. PENGULIR DALAM
Pengulir
dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan
lasak yang dikeraskan dan dibajakan,dua atau empat lurah dipotong secara
memanjang untuk mengizinkan tatal keluar dan lelehan pemotong masuk.
Dihujung batang dibuat bersegi untuk membolehkan perengkoh memusingkan
pengulir semasa mengulir. Pengulir dalam biasanya diperbuat dalam tiga
jenis dalam satu set. Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir dalam
disebut tirus, sedang dan pepat atau tirus, kedua dan palam.
i.
Tirus: mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan digunakan pada
permulaan mengulir. Pengulir memasuki lubang dan memotong sepenohnya.
ii.
Sedang: mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan digunakan
selepas mengunakkan pengulir tirus. Sekiranya lubang tembus pengulir
ini tidak perlu digunakan kerana mengunakan pengulir tirus sahaja
sudah memadai
iii. Pepat:
mempunyai ulir hingga kehujung dan pengulir ini hendaklah digunakan
sebagai pengulir terakhir apabila ulir skru penoh hendak dipotong hingga
kedasar .
3.11. PENGULIR LUAR
Pengulir
luar ialah alat yang digunakan untuk memotong ulir skru luar, disatu
permukaan pengulir ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir
skrunya. Di permukaan ini juga ulir skru ditiruskan sedikit untuk
membolehkan pemotongan ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat
musahak pengulir dipasangkan ditempat yang betul didalam tonggak agar
permukaan yang tirus dapat memulakan proses mengulir.
3.11. JENIS-JENIS PENGULIR LUAR
i.
Pengulir luar padu : Digunakan untuk memotong semula atau membetulkan
benang yang rosak. Saiznya tetap dan tidak boleh dilaraskan. Spana yang
sesuai boleh digunakanuntuk memusingkan pengulir .
ii.
Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunya tiga skru pelaras
yang membolehkan pelarasan dalam benang yang lebih atau kurang daripada
dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan untuk memusingkan
pengulir itu. Biasa nya digunakan benang saiz kurang daripada 12mm.
iii. Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunyai dua amper pengulir untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2.
Berbagai-bagai pelarasan untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong ulir skru berdiameter besar.
3.13. LANGKAH-LAGKAH MENGULIR .
i.
Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja yang
dibuat. Gunakan pengulir dalam tirus untuk permulaan mengulir.
ii.
Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan perengkuh
kebawah dengan daya tekanan sama pada kedua pemegangnya, dan pusingkan
mengikut arah pusing jam(untuk ulir skru kanan) lebih kurang dua kali.
iii. Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90%
dengan bahan kerja) pada dua tempat.
iv. Sekiranya tidak tegak tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali pengulir itu.
v.
Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya telah
diperiksa, pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah pusingan dan
pusingkan balik kebelakang untuk mematahkan tatal.
vi. Teruskan mengulir sehingga siap, gunakan pengulir kedua jika perlu, gunakan lelehan pemotong yang sesuai semasa mengulir
iaitu:
Bahan
|
Jenis leleahan
|
Keluli, kupram,gangsa
|
Minyak, minyak berlarut
|
Aluminium
|
Paraffin, minyak berlarut
|
Loyang, Besi tuangan
|
Kering (tidak perlu lelehan)
|
i.
Apabila memotong ulir skru dilubang sekat(buntu), gunakan ketiga-tiga
pengulir mengikut turutan, tirus, sedang, dan akhir sekali gunakan
pengulir pepat Sebelum menggunakan pengulir pepat, keluarkan
semua tatal dari lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh dasar lubang, jangan di pusingkan lagi.
ii. Berikan perhatian yang lebih apabila mengunakan pengulir yang kecil kerana ia mudah patah.
3.14. SEBAB-SEBAB PENGULIR DALAM PATAH
i. Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah menggunakan pengulir tirus terlebih dahulu.
ii.
Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya secara berterusan,
sepatutnya mestilah dipusingkan balik supaya tatal dapat di patahkah.
iii. Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa memusingkan pengulir.
iv. Tidak mengunakan lelehan pemotong.
v. Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa mengulir lubang sekat.
3.15. SAIZ GERUDI PENGULIR DALAM
i.
Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang digunakan untuk
membolehkan sebahagian daripada bahan didalam lubang tinggal agar dapat
di potong oleh pengulir. Saiz gerudi tersebut mestilah lebih kurang sama
dengan garispusat kecil
ii. benang . Garispusat kecil boleh didapati dengan menolakan 2 kali dalam benang dari garispusat besar benang contoh 1.
Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm
SG = 20-2(0.5413 x 2.5)
= 20-2.71
= 17.29 mm.
Oleh
itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang paling amper besar
dengan 17.29mm. Dari segi teori nya, saiz gerudi mestilah sama dengan
saiz
garispusat
kecil benang tersebut tetapi dari segi pratikal nya, pengulir di
samping memotong ia juga mengesel puncak benang . Sekira nya saiz
lubang gerudi tidak dibesarkan sedikit, maka ini boleh menyebabkan
pengulir itu tersepit atau patah. Oleh yang demikian rumusan untuk saiz
gerudi pengulir dalam yang mudah di ingati dan yang akan memberikan 92%
saiz benang penuh ialah:
SG = Garispusat besar –jarak benang.
Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5
SG = 20 – 2.5
= 17.5 mm.
3.16. TERMINOLOGI ULIR SKRU
3.16.1.
Garispusat besar: ialah garispusat yang paling besar bagi skru atau
nat.Garispusat ini juga di kenali sebagai garispusat luar atau namaan.
3.16.2. Garispusat kecil : ialah garispusat yang paling kecil pada ulir luar atau dalam.
3.16.3.
Garis pusat Pic Ulir : ialah garispusat selinder bayangan(tidak dapat
dilihat) yang melalui benang pada satu titik dimana lebar benang adalah
sama.
3.16.4.
Jarak ulir : ialah jarak dari satu titik pada ulir kesatu titik yang
sama diulir yang berikutnya, diukur selari dengan paksi.
3.16.5. Maju ulir : jarak benang sekeru itu maju kehadapan pada paksinya dalam satu pusingan. Pada benang satu punca
majunya adalah sama dengan jaraknya benang. Pada benang dua punca majunya adalah dua kali jarak benang. Pada benang
tiga punca, majunya adalah tiga kali jarak benang.