Memahami
kepentingan peraturan-peraturan dan amalan keselamatan di
dalam worksyop kejuruteraan am (memesin, kimpalan, menggegas
dan foundri)
Di akhir unit ini anda dapat :
Menyatakan
langkah-langkah mencegah kemalangan am yang bersabit dengan keselamatan
diri semasa mengendalikan alat- alat mesin, peralatan, bahan-bahan
dan alatan pencegahan kebakaran.
Menerangkan kepentingan menggunakan gogal, cermin
keselamatan dan pengawal roda pencanai serta menjaga kebersihan woksyop.
Menerangkan bahaya mengenai salah penggunaan sarung tangan, kain pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan
memakai pakaian tidak sempurna.
Membezakan diantara keselamatan diri,alat,mesin,perkakasan memesin,mesin kimpalan arka dan peralatan kimpalan gas
oksi asitelina.
INPUT
1.0 PENGENALAN
Para
pengguna peralatan worksyop kejuruteraan am (memesin, kimpalan,
menggegas dan foundri) sentiasa terdedah kepada berbagai-bagai
bahaya sekiranya peralatan tersebut disalahgunakan ataupun
pelajar cuai semasa mengendalikan kerja-
kerja
di dalam worksyop. Peraturan keselamatan dan undang- undang
keselamatan woksyop wajib diketahui, dipelajari dan
| ||
dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab
setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam
| ||
bengkel sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau
pencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.
| ||
1.1
|
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM
| |
Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah
| ||
sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku:
| ||
i. ii.
|
Tabiat bekerja
Keselamatan diri sendiri
| |
iii.
iv.
|
Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
Kekemasan tempat bekerja atau worsyop
| |
1.2
|
Tabiat Berkerja
|
Para
pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik
semasa di dalam woksyop bagi mencegah kemalangan dianataranya:
i. Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
ii. Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri iii. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
iv. Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja v. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali
1.3
|
Keselamatan Diri Sendiri
Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak
| |
mengambil berat aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat
| ||
dicegah dengan cara:
| ||
i.
|
Pakai
pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan aktiviti
amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2). Pakaian
| |
keselamatan didalam bengkel kimpalan arka tidak sama dengan
pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.
| ||
ii.
|
Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang
panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat
| |
ii.
|
lain.
Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan
| |
peralatan woksyop ataupun tidak.
Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam
| ||
tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut boleh
tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.
|
Gambar 1.3.1 Pakaian keselamatan
1.4 Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin
Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan diterangkan pada unit-unit seterusnya walaubagaimanapun secara
umumnya kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:
i) Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik.
ii) Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam
seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.
Unit 1-1
Gambar 1.4.1 Penghadang Tali Sawat
1.5 Kekemasan Tempat Bekerja Atau Woksyop
kekemasan
dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat mencegah
daripada kemalangan tetapi juga meningkatkan
kecekapan bekerja. Oleh itu perkara berikut hendaklah diambil kira:
i) Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai.
ii) Elakan daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai.
Lap sehingga tiada kesan licin diatas lantai jika terdapat minyak atau gris diatas lantai woksyop.
iii) Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas
lantai dan disekeliling mesin.
iv) Ruang woksyop hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik. Mempunyai tanda garis keselamatan kawasan
bekerja dan laluan berjalan.
v) Woksyop hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.
vi) Alatan pencegahan kebakaran juga hendaklah diletakkan ditempatkan yang sesuai, mudah dilihat dan dicapai jika
berlaku kebakaran.
Gambar 1. 5.1 Tergelincir disebabkan lantai yang berminyak
1.6. Kepentingan Menggunakan Alat Keselamatan Dan Menjaga
Kebersihan Woksyop.
Menggunakan
alat keselamatan seperti gogal, cermin keselamatan, pengawal roda
pencanai serta menjaga kebersihan woksyop amat penting bagi mengelakan
sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti berikut:
AKTIVITI 1A
1.1. Terangkan mengapakah keselamatan itu penting dan perlu diambil perhatian yang serius ketika berada di dalam bengkel?
1.2. Apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan diri dan keselamatan alat?
1.3 Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil ketika melangkah masuk ke dalam satu-satu bengkel?
1.4.
Jika anda dapati sesebuah mesin yang hendak digunakan itu didapati
tidak berfungsi dengan baik , apakah langkah pertama yang perlu di
ambil?
1.5.
Apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya tiba-tiba rakan anda
mendapat kecederaan ketika menggunakan ssebuah mesin yang berputar?
MAKLUM BALAS 1A
1.1.
Keselamatan adalah satu perkara yang penting dan perlu diambil
perhatian yang serius kerana untuk mengelakkan berlakunya kecederaan
yang serius dan kerugian yang besar serta mungkin boleh menyebabkan
kematian.
1.2.
Keselamatan diri adalah perkara yang berkaitan dengan sesuatu yang
boleh menyebabkan kecederaan berlaku keatas diri sendiri manakala
keselamatan alat pula adalah sesuatu perkara yang boleh menyebabkan alat
atau mesin mengalami kerosakan.
1.2 Langkah pertama yang perlu diambil ialah mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diberikan dalam bengkel berkenaan.
1.4.
Jika sesuatu mesin yang hendak digunakan itu didapati tidak berfungsi
dengan baik, langkah awal yang perlu diambil ialah berhentikan kerja
serta-merta dan laporkan kepada pensyarah atau
juruteknik yang bertugas.
1.5.
Sekiranya seorang daripada rakan mengalami kecederaan ketika
menggunakan mesin yang berputar. Langkah pertama ialah matikan suis
mesin berkenaan dan jauhkan rakan anda itu dari mesin berkenaan dan
segera laporkan kepada pensyarah bertugas.
Gogal
Gogal
adalah alat pelindung mata yang amat penting diantaranya: Melindungi
mata daripada terkena percikan bunga api ketika kimpalan gas dilakukan.
Gambar 1.7.1 Pengunaan goggle
i)
Mengelakan daripada kerosakan mata akibat daripada
pancaran cahaya yang terang ketika melakukan kimpalan gas.
ii) Mengelakan daripada terkena tatal tajam ketika operasi mesin larik.
iii) Menyelamatkan mata daripada kecederaan jika
sesuatu alat atau peralatan tajam terpelanting kearah mata.
1.8 Cermin Keselamatan
i. Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai alat keselamatan yang berkesan terhadap diri
ii .Cermin keselamatan pada CNC mesin akan dapat mengelakan diri daripada terkena tatal atau serpihan tajam.
iii. Cermin keselamatan pada mesin gerudi akan menghindarkan diri daripada terkena percikan tatal
bahan kerja yang digerudi.
iv.
Cermin keselamatan pada mesin roda pencanai akan menghadang serpihan
bunga api atau bahan kerja yang terpelanting kearah pengguna.
1.9 Pengawal Roda Pencanai
Pengawal roda pencanai akan menghalang pengguna daripada kecederaan yang lebih teruk jika roda pencanai
pecah.
Disamping ini ianya sebagai penghadang roda pencanai ketika
ianya sedang berputar dan mengurangkan kawasan bahaya pada roda
pencanai.
1.10.0 Menjaga Kebersihan Woksyop
Keadaan
persekitaran woksyop yang bersih dan kemas akan memberi
situasi bekerja yang lebih selesa yang selamat. Sebagai contoh
jika lantai woksyop penuh dengan tompokan minyak ianya sudah
pastinya mengundang bahaya tergelincir dan sebagainya. Dengan
situasi yang bersih alat-alat tajam dan merbahaya dapat dilihat
dengan mudah dan ini sudah pastinya dapat mengelakan daripada bahaya.
1.11.0 Akibat salah penggunaan alat keselamatan
Pakaian
dan alat-alat keselamatan hendaklah digunakan dengan betul dan
sesuai dengan keadaan kerja ayang dilakukan. Jika salah
menggunakan sarung tangan, kain pengesat, roda pencanai tanpa
pengadang dan memakai pakaian keselamatan yang tidak
sempurna akan mengebabkan bahaya kepada diri
sendiri atau rakan sekerja.
1.12.0 Sarung Tangan Keselamatan
Sarung
tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz dan
jenis bahan yang berbeza-beza mengikut penggunaan (Lihat Gambar 1.12.1.). Sebagai
contoh sarung tangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada kain
kasar atau kulit tetapi saiznya agak
kecil dan nipis. Sementara sarung tangan keselamatan bagi
kimpalan arka diperbuat daripada kulit keras dan bersaiz panjang
dan besar. Sarung tangan kerja-kerja umum pula diperbuat
daripada benang kasar. Oleh itu
seseorang yang menggunakan sarung tangan kimpalan gas untuk
kerja kimpalan arka kemungkinan besar akan menyebabkan
kecederaan. Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan keselamatan
tersebut tidak cukup panjang untuk menahan percikan api dari masuk
kedalam pergelangan tangan. Sarung tangan yang tidak sesuai
boleh terbakar dengan mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau
memegang bahan kerja panas ketika di woksyop foundri. Sarung tangan
boleh tersangkut pada roda pencanai dan akan meyebabkan
kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.
Gambar 1.12.1.
Sarung tangan kuklit yang digunakan untuk kimpalan arka
1.13.0 Kain Pengesat
Kain
pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai seperti
membersihkan minyak, lap tangan yang basah dan sebagainya. Adakalanya
jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak sesuai kecederaan
atau bahaya akan berlaku. Sebagai contoh menggunakan kain pengesat untuk
membersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akan meyebabkan
tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada kain pengesat dan
boleh melukakan tangan. Mengesat bahan kerja ketika bindu mesin
larik atau mesin gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya,
kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.
1.14.0 Roda Pencanai Tanpa Pengadang
Pengadang
roda pencanai digunakan untuk mengelakan percikan bunga api yang
keluar daripada pelelas mengenai pengguna. Disamping itu
ianya digunakan sebagai penghalang jika bahan kerja yang dicanai
terpelanting. Jika menggunakan roda pencanai tanpa pengadang ianya
adalah sangat berbahaya.
1.15.0 Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna
Pakaian
keselamatan hendaklah dipakai dalam keadaan kemas dan sempurna.
Ini bagi memastikan persediaan keselamatan yang maksima jika
sesuatu perkara yang tidak
diingini
berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna
kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh jika kita memakai
apron kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat pada pinggang
akan menyebabkan tali bersebut tersangkut pada mesin ayang
berputar dan sebagainya.
1.16.1 Perbezaan diantara keselamatan diri alat,mesin,perkakasan memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas.
Perbezaan
diantara keselamatan diri, alat, mesin, perkakasan
memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas adalah seperti
berikut:
Diri
|
Perkakasan
Memesin/ Mesin/Alat
|
Mesin Kimpalan Arka
|
Peralatan
Kimpalan
Gas
| |
1.
|
Bagi menghidari daripada Kecederaan fizikal
|
Bagi menghidari daripada Kerosakan
|
Bagi menghidari daripada Kerosakan
|
Bagi menghidari
daripada
Letupan atau
Kebakaran
|
2.
|
Pakaian hendaklah kemas dan sesuai
|
Pastikan dalam keadaan baik
|
Pastikan dalam keadaan baik
|
Pastikan dalam
keadaan baik
|
3.
|
Pakai pakaian
Keselamatan
|
Pastikan dalam keadaan baik
|
Sistem pengudaraan yang baik bagi
mengelak dari terhidu gas beracun
|
Sistem pengudaraan yang baik
|
4.
|
Pakaian keselamatan yang dipakai hendaklah sesuai dengan jenis kerja yang dilakukan
|
Tidak Rosak/ Penghadang keselamatan ditempat yang betul
|
Mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik
|
Periksa peralatan
sebelum digunakan
dan pastikan tiada
kebocoran gas
|
AKTIVITI 1B
1.6 Apakah empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku
1.7 Apakah tabiat bekerja yang baik untuk keselamatan pelajar?
1.8 Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan peralatan mesin?
1.9 Apakah kegunaan gogal?
1.10 Apakah kegunaan cermin keselamatan?
MAKLUM BALAS 1B
1.6
|
1)
|
Tabiat bekerja
|
2)
|
Keselamatan diri sendiri
| |
3)
|
Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
| |
4)
|
Kekemasan tempat bekerja atau worsyop
|
1.7 Tabiat bekerja yang baik untuk menjamin keselamatan ialah:
1) Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
2) Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri
3) Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
4) Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
5) Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali
1.8 langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan peralatan mesin
1) Pastikan mana-mana bahagian mesin yang merbahaya dipasang alat pelindung (Lihat Gambar 1.3).
2) Mesin mestilah mempunyai suis keselamatan.
3) Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik.
4) Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam
seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.
1.9 Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting untuk keselamatan.
1.10
Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai
penghadang atau alat keselamatan yang berkesan terhadap pengguna.
PENILAIAN KENDIRI 1
1.1
Mengapakah keselamatan amat penting di dalam woksyop
kejuruteraan am(memesin, Kimpalan, Menggegas dan Foundri)?
1.2 Apakah tanggungjawab anda sebagai pelajar ketika berada di dalam woksyop berkaiatan dengan keselamatan?
1.2
Nyatakan langkah-langkah mencegah kemalangan am yang
bersabit dengan keselamatan diri semasa mengendalikan alat-alat mesin,
peralatan, bahan-bahan dan alatan pencegahan kebakaran.
1.3 Apakah kepentingan menggunakan gogal?
1.4 Apakah kepentingan menggunakan cermin keselamatan?
1.5 Apakah kepentingan menggunakan pengawal roda pencanai?
1.7 Apakah kepentingan menjaga kebersihan woksyop?
1.8 Apakah bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan sarung tangan?
1.9 Apakah bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan kain pengesat?
1.10 Apakah bahaya yang akan menimpa jika menggunakan roda pencanai tanda penghadang?
1.11 Apakah bahaya yang akan menimpa jika memakai pakaian tidak sempurna ketika berada didalam woksyop?
MAKLUM BALAS 1
1.1
Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam
bengkel sebarang risiko yang melibatkan kemalangan
jiwa atau pencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat
dihindari.
1.2
Menjadi tanggungjawab setiap pelajar mengetahui, mempelajari,
mematuhi peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan
woksyop bagi menjaga keselamatan.
1.2 Langkah keselamatan am bersabit dengan keselamatan diri terbahagi kepada dua iaitu:
i) Tabiat Berkerja
Para
pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik
semasa di dalam woksyop bagi mencegah kemalangan diantaranya:
i) Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
ii) Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri iii) Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
iv) Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
v) Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali
ii ) Keselamatan Diri Sendiri
Kebanyakkan
kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat
aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:
i) Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan aktiviti amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1
& 1.2). Pakaian keselamatan didalam bengkel kimpalan arka
tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.
ii)
Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang panjang
boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat lain.
iii) Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan peralatan woksyop ataupun tidak.
iv) Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan
seperti jam tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.
1.3 Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting diantaranya:
i) Melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika kimpalan gas dilakukan.
ii) Mengelakan daripada kerosakan mata akibat daripada
pancaran cahaya yang terang ketika melakukan kimpalan gas.
iii) Mengelakan daripada terkena tatal tajam ketika operasi mesin larik.
iv) Menyelamatkan mata daripada kecederaan jika sesuatu alat atau peralatan tajam terpelanting kearah mata.
1.5 Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai alat keselamatan yang berkesan terhadap diri diantaranya:
i) Cermin keselamatan pada CNC mesin akan dapat mengelakan diri daripada terkena tatal atau serpihan tajam.
ii) Cermin keselamatan pada mesin gerudi akan menghindarkan diri daripada terkena percikan tatal bahan
kerja yang digerudi.
iii)
Cermin keselamatan pada mesin roda pencanai akan
menghadang serpihan bunga api atau bahan kerja yang
terpelanting kearah pengguna.
1.6
Pengawal roda pencanai akan menghalang pengguna daripada kecederaan
yang lebih teruk jika roda pencanai pecah. Disamping ini ianya sebagai
penghadang roda pencanai ketika ianya sedang berputar dan mengurangkan
kawasan bahaya pada roda pencanai.
1.7
Keadaan persekitaran woksyop yang bersih dan kemas akan memberi
situasi bekerja yang lebih selesa yang selamat. Sebagai contoh jika
lantai woksyop penuh dengan tompokan minyak ianya sudah pastinya
mengundang bahaya tergelincir dan sebagainya. Dengan situasi yang
bersih alat-alat tajam dan merbahaya dapat dilihat dengan mudah dan ini
sudah pastinya dapat mengelakan daripada bahaya.
1.8 Bahaya yang akan menimpa jika salah penggunaan sarung tangan seperti berikut:
i)
Sarung tangan boleh tersangkut pada roda pencanai dan akan
meyebabkan kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan
sarung tangan.
ii)
Percikan api boleh masuk kedalam pergelangan tangan jika menggunakan
sarung tangan yang tidak sesuai ketika kimpalan gas atau
arka dilakukan.
iii) Tangan boleh melecur jika memegang bahan kerja panas dengan memakai sarung tangan yang tidak sesuai.
1.9
Jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak sesuai
kecederaan atau bahaya akan berlaku. Sebagai contoh
menggunakan kain pengesat untuk membersihkan tatal pada mesin larik atau
gerudi akan meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada
kain pengesat dan boleh melukakan tangan. Mengesat bahan kerja
ketika bindu mesin larik atau mesin gerudi sedang berputar boleh
mengundang bahaya, kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan
kecederaan.
1.10
Jika menggunakan roda pencanai tanpa penghadang kemungkinan percikan
bunga api yang keluar daripada pelelas dan bahan kerja yang dicanai
terpelanting akan mengenai pancaindera pengguna.
1.11
Pakaian keselamatan dipakai bagi memastikan persediaan
keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak diingini
berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna
kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh jika kita memakai
apron kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat pada pinggang
akan menyebabkan tali bersebut tersangkut pada mesin yang berputar dan
sebagainya.
1.9 Akibat salah penggunaan alat keselamatan
Pakaian
dan alat-alat keselamatan hendaklah digunakan dengan betul dan
sesuai dengan keadaan kerja ayang dilakukan. Jika salah menggunakan
sarung tangan, kain pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan memakai
pakaian keselamatan yang tidak sempurna akan mengebabkan bahaya kepada
diri sendiri atau rakan sekerja.
1.3.1 Sarung Tangan Keselamatan
ii)
Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz dan jenis
bahan yang berbeza-beza mengikut penggunaan. Sebagai contoh sarung
tangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada kain kasar atau
kulit tetapi saiznya agak kecil dan nipis. Sementara sarung tangan
keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat daripada kulit keras dan
bersaiz panjang dan besar. Sarung tangan kerja-kerja umum pula
diperbuat daripada benang kasar. Oleh itu seseorang yang menggunakan
sarung tangan kimpalan gas untuk kerja kimpalan
arka kemungkinan besar akan menyebabkan kecederaan.
Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan keselamatan tersebut
tidak cukup panjang untuk menahan percikan api dari masuk kedalam
pergelangan tangan. Sarung tangan yang tidak sesuai boleh terbakar
dengan mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau memegang bahan
kerja panas ketika di woksyop foundri. Sarung tangan boleh
tersangkut pada roda pencanai dan akan meyebabkan kemalangan jika
mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.
1.3.2 Kain Pengesat
Kain
pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai seperti
membersihkan minyak, lap tangan yang basah dan sebagainya. Adakalanya
jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak sesuai kecederaan
atau bahaya akan berlaku. Sebagai contoh menggunakan kain pengesat untuk
membersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akan meyebabkan
tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada kain pengesat dan
boleh melukakan tangan. Mengesat bahan kerja ketika bindu mesin
larik atau mesin gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya,
kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.
1.3.3 Roda Pencanai Tanpa Pengadang
Pengadang
roda pencanai digunakan untuk mengelakan percikan bunga api yang
keluar daripada pelelas mengenai pengguna. Disamping itu
ianya digunakan sebagai penghalang jika bahan kerja yang dicanai
terpelanting. Jika menggunakan roda pencanai tanpa pengadang ianya
adalah sangat berbahaya.
1.3.4 Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna
Pakaian
keselamatan hendaklah dipakai dalam keadaan kemas dan sempurna.
Ini bagi memastikan persediaan keselamatan yang maksima jika
sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Jika memakai pakaian
keselamatan dalam keadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku.
Sebagai contoh jika kita memakai apron kimpalan
arka tanpa mengikat tali pengikat pada pinggang akan menyebabkan
tali bersebut tersangkut pada mesin ayang berputar dan
sebagainya.