UNIT 7
OBJEKTIF
Objektif am :     Mempelajari dan memahami hak dan tanggungjawab agen kepada prinsipal,  kuasa-kuasa seseorang agen dan bagaimana sesuatu agensi boleh  ditamatkan.
Objektif khusus :    Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat : 
- Menjelaskan hak dan tanggungjawab antara agen dan prinsipalnya.
- Menjelaskan kuasa-kuasa seorang agen.
- Menjelaskan keadaan-keadaan dan cara-cara penamatan sesuatu agensi.
7.1    Hak dan tanggungjawab agen kepada prinsipal.
Secara  lazimnya, agensi wujud daripada perjanjian di antara prinsipal dan  agen.  Maka dengan itu, hak-hak dan tanggungjawab seorang agen adalah  bergantung kepada syarat-syarat kontrak agensi sama ada secara nyata  atau tersirat.  Sekiranya kontrak itu tidak mengikat, maka hak-hak dan  tanggungjawab seorang agen kepada prinsipal adalah terangkum di dalam  seksyen 164 hingga 174 AK 1950.
- Mematuhi arahan-arahan prinsipal – Seksyen 164
Kegagalan  untuk mematuhi arahan prinsipal boleh dianggap sebagai pecah kontrak  dan agen akan bertanggungjawab terhadap kesemua kerugian yang dialami  oleh prinsipal akibat dari pecah kontrak tersebut.  Walau bagaimanapun,  bukanlah menjadi tanggungjawab agen untuk mematuhi arahan yang salah di  sisi undang-undang seperti yang diputuskan di dalam kes Cohen vs. Kittel  (1889).
- Sekiranya tiada arahan daripada prinsipal, tindakan mestilah dilakukan mengikut kelaziman – Seksyen 164.
- Menjalankan kerja dengan berhati-hati dan penuh usaha serta menggunakan kebolehan tertentu yang dipunyainya – Seksyen 165.
Jika  seseorang agen bertindak sebagai seorang profesional yang mempunyai  skil tertentu, dia mestilah menunjukkan skil yang sepatutnya ada pada  orang yang berada dalam kerjaya sepertinya melainkan prinsipal telah  tahu tentang kekurangannya itu.  Contoh kes yang terlibat ialah Keppel lwn. Wheeler(1927) dan Philips vs. Barn.
- Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan – Seksyen 166 AK 1950. Contoh kes yang berkaitan ialah Parker ( Harry) Ltd. lwn. Mason.
- Menghubungi prinsipal – Seksyen 167 AK 1950.
Di  dalam kesulitan, agen mestilah menggunakan skil yang sepatutnya untuk  cuba menghubungi dan mendapatkan arahan daripada prinsipal (s. 167).   Tetapi sekiranya komunikasi adalah tidak mungkin boleh dilakukan dan  sebarang kelewatan akan menyebabkan kerugian kepada prinsipal, maka agen  bolehlah menggunakan budi bicaranya untuk melaksanakan tindakan yang  sepatutnya demi menjaga hak prinsipal ( s. 142)
- Tidak membiarkan kepentingannya berlawanan dengan tugasnya.
Seseorang  agen tidak boleh menjadi satu pihak kepada kontrak yang bertentangan  dengan kepentingan prinsipalnya ( seksyen 168 & 169).  Contoh kes  yang berkaitan ialah Wong Mun Wai lwn Wong Tham Fatt & Anor(1987).
- Tidak boleh membuat sebarang untung rahsia dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Untung rahsia merujuk kepada rasuah contohnya pembayaran komisyen secara rahsia atau  kick back.   Tetapi sekiranya prinsipal tahu tentang untung rahsia ini dan  bersetuju mengenainya, maka agen bolehlah menyimpan untung tersebut  kerana ia sudah tidak menjadi rahsia lagi – seksyen 168 AK 1950.  
Sekiranya untung rahsia berlaku, maka :
- Prinsipal boleh menamatkan kontrak jika kontrak itu tidak memberi kebaikan kepadanya – seksyen 168 AK 1950.
- Prinsipal boleh menuntut jumlah rasuah itu daripada agen – seksyen 169 AK 1950 dan contoh kes yang berkaitan ialah Tan Kiong Hwa lwn Andrew S.H. Chong.
- Prinsipal boleh enggan membayar komisyen kepada agen atau ganjaran-ganjaran yang lain seperti kes Andrew lwn Ramsay & Co.
- Prinsipal boleh memecat agen kerana melanggar tugasnya seperti dalam kes Boston Deep Sea Fishing & Ice Co. lwn Ansell.
- Prinsipal boleh mendakwa agen dan pihak ketiga yang memberi rasuah bagi mendapatkan gantirugi bagi sebarang kerugian yang dialaminya akibat dari memasuki kontrak tersebut seperti dalam kes Mahesan lwn Malaysian Govt. Officers Co-Operative Housing Society Ltd.
- Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima bagi pihaknya.
Walau  bagaimanapun agen boleh memegang wang dan menolak sejumlah wang yang  diterima atas apa-apa pendahuluan yang dibuat olehnya atau  komisyen-komisyen yang patut dibayar kepadanya – seksyen 170 AK 1950.
Seksyen  174 AK 1950 juga memperuntukkan kepada agen hak untuk terus memegang  harta benda prinsipal ( lien ) sehinggalah prinsipal membayar jumlah  komisyen yang sepatutnya kepadanya dengan syarat tiada peruntukan yang  sebaliknya di dalam kontrak di antara mereka.  Walaubagaimanapun hak  lien ini hanya memberikan agen hak untuk terus memegang harta benda dan  agen tiada hak untuk menjualnya kecuali dengan kebenaran prinsipal  seperti dalam kes Vall Mal lwn Buddhu Mal.
- Tidak akan membocorkan maklumat atau dokumen sulit yang diamanahkan kepadanya oleh prinsipal.
- Tidak akan mewakilkan kuasanya kepada orang lain.
Ini  adalah kerana prinsipal telah mengamanahkan tugas tersebut kepada agen,  maka adalah tidak adil sekiranya agen mewakilkan pula tugas tersebut  kepada orang lain.  Di sini, maxim delegatus non potest delagare  boleh digunakan.  Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian  terhadap maxim tersebut.  Seseorang agen boleh mewakilkan kuasanya  kepada orang lain dalam keadaan-keadaan berikut :
- Sekiranya prinsipal meluluskan perwakilan tersebut seperti kes De Bussche lwn Alt.
- Dianggap dari perlakuan pihak-pihak (prinsipal & agen) bahawa agen hendaklah mempunyai kuasa untuk mewakilkan kuasanya.
- Sekiranya kelaziman pekerjaan itu memerlukan perwakilan.
- Sekiranya keadaan agensi adalah sebegitu rupa dan ianya amat perlu kepada perwakilan kuasa.
- Dalam keadaan keperluan darurat yang tidak disangkakan.
- Sekiranya tindakan yang dibuat itu adalah semata-mata berbentuk pengurusan atau perkeranian dan tidak melibatkan penggunaan budi bicara.
Hak dan tanggungjawab seorang agen kepada prinsipalnya boleh diringkaskan seperti Rajah 7.1 di bawah.
AGEN                     PRINSIPAL
                Hak             Tanggungjawab
Tertakluk syarat-syarat kontrak agensi (jika ada) ATAU
SEKSYEN 164-174 AKTA KONTRAK
S.164        S.165        S.166        S.167        S.168&169    S.170      S.174
    Rajah 7.1:    Seksyen yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab
                agen kepada prinsipal.
AKTIVITI 7a
NILAI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM KE INPUT SETERUSNYA….!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.
- Terangkan di antara 6 hak dan tanggungjawab seorang agen kepada
 prinsipalnya.
- Nyatakan seksyen yang digunapakai apabila tiada perjanjian khusus mengenai
 hak dan tanggungjawab agen kepada prinsipal.
- Senaraikan hak dan tanggungjawab agen seperti di dalam peruntukan
 seksyen 164 – 174  Akta Kontrak.
MAKLUM BALAS 7a
1.   Di antara 6 hak dan tanggungjawab agen ialah :
- Mematuhi arahan-arahan prinsipal – Seksyen 164 AK 1950.
- Sekiranya tiada arahan daripada prinsipal, mestilah bertindak mengikut kelaziman – Seksyen 164 AK 1950.
- Menjalankan kerja dengan berhati-hati dan penuh usaha serta menggunakan kebolehan tertentu yang dipunyainya – Seksyen 165 AK 1950.
- Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan – Seksyen 166. Contoh kes yang berkaitan ialah Parker ( Harry) Ltd. Vs. Mason.
- Menghubungi prinsipal – Seksyen 167 AK 1950.
- Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima bagi pihaknya.
– seksyen 170 dan seksyen 174 AK 1950.
- Seksyen yang digunapakai apabila tiada perjanjian khusus mengenai hak dan tanggungjawab agen kepada prinsipal ialah Sekyen 164 hingga 174 AK 1950.
- Hak dan tanggungjawab agen kepada prinsipal ialah :
- Mematuhi arahan-arahan prinsipal – Seksyen 164 AK 1950
- Sekiranya tiada arahan daripada prinsipal, mestilah bertindak mengikut kelaziman – Seksyen 164 AK 1950.
- Menjalankan kerja dengan berhati-hati dan penuh usaha serta menggunakan kebolehan tertentu yang dipunyainya – Seksyen 165 AK 1950.
- mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan – Seksyen 166 AK 1950.
- Menghubungi prinsipal – Seksyen 167 AK 1950.
- Tidak membiarkan kepentingannya berlawanan dengan tugasnya.
g. Tidak boleh membuat sebarang untung rahsia dalam menjalankan tanggungjawabnya.
- Membayar kepada prinsipal semua wang yang diterima bagi pihaknya.
- Tidak akan membocorkan maklumat atau dokumen sulit yang diamanahkan kepadanya oleh prinsipal.
- Tidak akan mewakilkan kuasanya kepada orang lain.
- KUASA-KUASA AGEN
Perbuatan  agen adalah mengikat ke atas prinsipal jika  dilakukan di dalam  kuasanya sebagai agen.  Apa-apa perkara yang dilakukan oleh agen yang  melampaui kuasa itu, tidak akan menyentuh prinsipal melainkan prinsipal  telah menerima dan mengesahkan perbuatan yang tidak dibenarkan itu.
Kuasa agen terbahagi kepada dua iaitu  kuasa benar / sebenar dan kuasa zahir.
KUASA BENAR
KUASA AGEN
KUASA ZAHIR
i. Kuasa benar atau sebenar.
Kuasa  benar ialah kuasa yang diberikan secara nyata oleh prinsipal kepada  agen. Kuasa benar yang diberikan secara lisan atau bertulis dikenali  sebagai kuasa nyata ekspress.  Kuasa nyata tersirat pula diandaikan  daripada keadaan-keadaan tertentu. Kuasa ini boleh disiratkan daripada :
- Kuasa nyata yang diberikan iaitu semua kuasa yang patut atau mustahak bagi menjalankan kuasa nyata itu.
- Keadaan fakta kes.
- Kelaziman atau adat resam perniagaan.
- Situasi atau kelakuan pihak-pihak.
ii. Kuasa zahir.
Kuasa  zahir ialah kuasa yang tidak diberikan secara nyata oleh prinsipal  tetapi undang-undang menganggap agen sebagai mempunyai kuasa itu,  walaupun prinsipal telah tidak bersetuju terhadap agen itu menjalankan  kuasanya.  Alasan baginya ialah prinsipal telah mengetahui dengan  kata-kata atau kelakuannya, menjadikan pihak ketiga percaya bahawa  agennya mempunyai kuasa untuk membuat kontrak bagi pihaknya dan sebagai  hasilnya ia disekat dari menafikan kuasa agen itu.
Di dalam kes FIRM OF AR.CT LWN SV.KR,  Majlis Privy memutuskan bahawa agen yang mempunyai kuasa untuk  membelanjakan wang firma itu dalam keadaan kes itu mempunyai kuasa  tersirat yang perlu untuk menerima pembayaran balik wang itu bagi firma  tersebut.
Kuasa zahir boleh wujud dalam 2 keadaan :
- Apabila prinsipal melalui kata-kata atau perbuatannya membiarkan pihak ketiga percaya agennya mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu kontrak bagi pihaknya ( seksyen 190 AK 1950 ). Perbuatan seseorang prinsipal yang akan membentuk sesuatu kuasa zahir. Di dalam kes Chew Hock San & Ors vs Connaught Housing Development Sdn. Bhd. ( 1985), mahkamah memutuskan bahawa tidak akan wujud kuasa zahir sekiranya seorang agen itu bertindak bagi pihak seseorang prinsipal tanpa pengetahuan atau kebenaran prinsipal itu sendiri.
- Bilamana sebelum ini seseorang agen mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu tetapi kuasa itu ditamatkan oleh prinsipal tanpa pengetahuan pihak ketiga seperti dalam kes Graphic Lines Ptd Ltd lwn Chai Chee Mein & Ors (1987).
Agen Ganti.
Kadangkala  agen mempunyai kuasa  untuk menamakan orang lain untuk bertugas bagi  pihak prinsipal dalam perniagaan agensi itu.  Menurut seksyen 147, sama  ada secara nyata atau tersirat, dia menamakan seorang lain, maka orang  yang dinamakan itu adalah dianggap sebagai agen bagi prinsipal dan  bukannya sub agennya bagi bahagian kerja yang diamanahkan kepadanya.   Maka agen asal yang dilantik adalah terkeluar daripada transaksi  tersebut dan digantikan oleh agen yang dilantik oleh agen asal itu.
Sub-agen.
Sekiranya  tugas-tugas boleh diwakilkan, maka orang yang dilantik oleh agen untuk  bertindak dalam perniagaan agensi dan dalam kawalan agen adalah dikenali  sebagai sub-agen.  Sekiranya wujud sub-agen, maka tidaklah terdapat  pertalian kontrak di antara prinsipal dan sub-agen oleh kerana sub-agen  tidak bertindak di bawah kawalan prinsipal.  Di antara agen dan  sub-agen, terdapat hubungan prinsipal dan agen ( seksyen 144, 145 (2)  dan 143 ( 3 ) AK 1950 ).   Kenyataan ini dapat diringkaskan seperti  berikut Rajah 7.2.
Agen
Prinsipal
Sub-agen
Kontrak Agensi
Kontrak Agensi
                          Rajah 7.2 : Hubungan antara Prinsipal dan Sub-agen
AKTIVITI 7b
1.   Jelaskan apakah yang anda faham dengan ‘ kuasa benar / sebenar ‘?
- Apakah perbezaaan yang nyata di antara agen ganti dan sub-agen?
MAKLUM BALAS 7b
- Kuasa benar ialah kuasa yang diberikan secara nyata oleh prinsipal kepada agen secara lisan atau bertulis. Kuasa ini juga boleh disiratkan daripada :
- Kuasa nyata yang diberikan iaitu semua kuasa yang patut atau mustahak bagi menjalankan kuasa nyata itu.
- Keadaan fakta kes.
- Kelaziman atau adat resam perniagaan.
- Situasi atau kelakuan pihak-pihak.
- Perbezaan nyata di antara agen ganti dan sub-agen ialah :
                Agen ganti                 Sub-agen
   - agen menamakan orang lain.    - agen mewakilkan tugas.
       - agen kepada prinsipal        - bukan agen kepada prinsipal
       - agen asal terkeluar            - agen asal tetap agen kepada prinsipal
7.3    PENAMATAN AGENSI
Seksyen  154 hingga 163 AK 1950 adalah berkaitan dengan penamatan sesuatu  agensi.  Agensi boleh ditamatkan sama ada secara perbuatan pihak-pihak  atau secara kuatkuasa undang-undang.
Perbuatan CARA PENAMATA Kuatkuasa pihak-pihak AGENSI undang-ndang
Penamatan secara perbuatan pihak-pihak.
Penamatan ini boleh berlaku di dalam beberapa keadaan :
- Persetujuan bersama iaitu apabila kedua-dua pihak berhasrat dan bersetuju supaya agensi ditamatkan.
- Pembatalan kuasa oleh prinsipal (seksyen 154 AK 1950). Mengikut peraturan umum, kuasa agen boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh prinsipal sebelum kuasa itu dijalankan untuk mengikat prinsipal. Bagaimanapun, sesuatu pembatalan yang dibuat sebelum tempohnya boleh memberi hak kepada agen untuk mengambil tindakan :
- Bagi kehilangan komisyen atau ganjaran agen jika dia telah menjalankan perkhidmatan untuk prinsipal.
- Bagi perbelanjaan dan tanggungan yang dialami dalam menjalankan tugasnya.
- Gantirugi yang lain sekiranya pembatalan itu tidak berpatutan atau jika tiada notis pembatalan yang munasabah yang diberikan kepada agen.
- Kuasa prinsipal untuk membatalkan kuasa agen adalah terhad kepada keadaan-keadaan berikut :
- Jika agen mempunyai kepentingan dalam harta benda yang merupakan perkara pokok agensi itu. Ini adalah kerana kuasa itu disertai dengan kepentingan agen, melainkan terdapat kontrak nyata yang berlawanan.
- Jika prinsipal telah membenarkan agen menjalankan sesuatu kuasa itu, maka pembatalan kuasa itu akan berkuatkuasa;
~  Terhadap agen jika dia mengetahui tentang pembatalan kuasa 
     itu.
~ Terhadap pihak ketiga jika pihak ketiga tahu tentang       
    pembatalan itu.
- Jika agen telah menjalankan sebahagian kuasa yang diberikan kepadanya oleh prinsipal, maka pembatalan kuasa agen tidak berkuatkuasa bagi kewajipan yang timbul daripada perbuatan yang telah dilakukan seperti dalam kes Read vs Anderson (1884).
- Penolakan agensi oleh agen. Sekiranya agensi itu tempohnya tidak boleh ditetapkan, maka agen boleh menamatkan agensi itu dengan memberikan notis penamatan yang munasabah.
Penamatan secara kuatkuasa undang-undang.
Agensi boleh dibatalkan secara kuatkuasa undang-undang iaitu dengan cara:
- Perlaksanaan kontrak agensi, contohnya jika agensi itu diwujudkan untuk sesuatu urusan yang tunggal, maka agensi itu tamat apabila urusan itu selesai.
- Dengan tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi.
- Dengan kematian prinsipal atau agen.
- Apabila agen atau prinsipal menjadi gila.
- Apabila prinsipal menjadi muflis atau diistihar bankrap.
- Dengan berlakunya kejadian yang menjadikan agensi itu tidak sah.
Penamatan kuasa agensi juga menamatkan kuasa sub-agen yang dilantik oleh agen.
Haa.. ini lagi cara mudah tentang penamatan agensi...
                                          Setuju bersama
                                           Prinsipal batalkan
                                    kuasa
                                          Penolakan agensi
                Perbuatan pihak-pihak              oleh agen
    Kontrak selesai
                                            Tamat tempoh
                                            Kematian
                Kuatkuasa undang-undang                Gila
                                            Prinsipal muflis/
                                            bankrap
                                            ‘Agensi tidak sah’
AKTIVITI 7c
- Salah satu cara penamatan agensi ialah dengan kuatkuasa undang-undang. Terangkan.
- Nyatakan tindakan yang boleh dilakukan oleh agen apabila prinsipal membatalkan kuasa agen sebelum tamat tempoh sesuatu tugas yang telah diberikan.
MAKLUM BALAS 7c
 1.   Agensi boleh dibatalkan secara kuatkuasa undang-undang iaitu dengan cara:
- Perlaksanaan kontrak agensi, contohnya jika agensi itu diwujudkan untuyk sesuatu urusan yang tunggal, maka agensi itu tamat apabila urusan itu selesai.
- Dengan tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi.
- Dengan kematian prinsipal atau agen.
- Apabila agen atau prinsipal menjadi gila.
- Apabila prinsipal menjadi muflis atau diistihar bankrap.
- Dengan berlakunya kejadian yang menjadikan agensi itu tidak sah.
- Tindakan yang boleh diambil oleh agen apabila kuasanya ditamatkan oleh prinsipal sebelum tamat tempoh yang sepatutnya ialah agen boleh menuntut:
- Bagi kehilangan komisyen atau ganjaran agen jika dia telah menjalankan perkhidmatan untuk prinsipal.
- Bagi perbelanjaan dan tanggungan yang dialami dalam menjalankan tugasnya.
- Gantirugi yang lain sekiranya pembatalan itu tidak berpatutan atau jika tiada notis pembatalan yang munasabah yang diberikan kepada agen.
- Mematuhi arahan-arahan prinsipal – Seksyen 164 AK 1950.
- Sekiranya tiada arahan daripada prinsipal, mestilah bertindak mengikut kelaziman – Seksyen 164 AK 1950.
- Menjalankan kerja dengan berhati-hati dan penuh usaha serta menggunakan kebolehan tertentu yang dipunyainya – Seksyen 165 AK 1950.
- Mengemukakan akaun yang betul apabila diperlukan – Seksyen 166. Contoh kes yang berkaitan ialah Parker ( Harry) Ltd. lwn. Mason.
- Apabila prinsipal melalui kata-kata atau perbuatannya membiarkan pihak ketiga percaya agennya mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu kontrak bagi pihaknya ( seksyen 190 ).
- Bila mana sebelum ini seseorang agen mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu tetapi kuasa itu ditamatkan oleh prinsipal tanpa pengetahuan pihak ketiga seperti dalam kes Graphic Lines Ptd Ltd vs Chai Chee Mein & Ors (1987).
- Melalui perbuatan pihak-pihak yang merangkumi :
- Persetujuan bersama iaitu apabila kedua-dua pihak berhasrat dan bersetuju supaya agensi ditamatkan.
- Pembatalan kuasa oleh prinsipal.
- Penolakan agensi oleh agen. Sekiranya agensi itu tempohnya tidak boleh ditetapkan, maka agen boleh menamatkan agensi itu dengan memberikan notis penamatan yang munasabah.
- Perlaksanaan kontrak agensi, contohnya jika agensi itu diwujudkan untuk sesuatu urusan yang tunggal, maka agensi itu tamat apabila urusan itu selesai.
- Dengan tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi.
- Dengan kematian prinsipal atau agen.
- Apabila agen atau prinsipal menjadi gila.
- Apabila prinsipal menjadi muflis atau diistihar bankrap.
- Dengan berlakunya kejadian yang menjadikan agensi itu tidak sah.
   PENILAIAN KENDIRI
Anda  telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian  kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
SOALAN 1
Nyatakan 5 hak dan tanggungjawab seorang agen kepada prinsipalnya.
SOALAN 2
Terangkan kuasa zahir seorang agen.
SOALAN 3
Sesuatu agensi boleh ditamatkan dengan beberapa cara.  Jelaskan kenyataan di atas.
MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI
   
ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA DAHULU ? JIKA YA, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA…
  JAWAPAN 1
 Hak dan tanggungjawab seorang agen kepada prinsipalnya ialah :
e.       Tidak membiarkan kepentingannya berlawanan dengan tugasnya.
JAWAPAN 2
Kuasa  zahir ialah kuasa yang tidak diberikan secara nyata oleh prinsipal  tetapi undang-undang menganggap agen sebagai mempunyai kuasa itu,  walaupun prinsipal telah tidak bersetuju terhadap agen itu menjalankan  kuasanya.  Alasan baginya ialah prinsipal telah mengetahui dengan  kata-kata atau kelakuannya, menjadikan pihak ketiga percaya   bahawa  agennya mempunyai kuasa untuk membuat kontrak bagi pihaknya dan sebagai  hasilnya ia disekat daripada menafikan kuasa agen itu.
Kuasa zahir boleh wujud dalam 2 keadaan :
JAWAPAN 3
Agensi boleh ditamatkan samada :
b.    Secara kuatkuasa undang-undang iaitu dengan cara:
                                        ANDA BOLEH KE UNIT SETERUSNYA !!!!