April 30, 2012

A1001_Pendidikan Islam 1_UNIT7

UNIT
7
MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH


  OBJEKTIF






OBJEKTIF AM


  1. Mengetahui dan memahami konsep manusia sebagai hamba dan khalifah Allah.
  2. Mengetahui dan memahami peranan dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah.


OBJEKTIF KHUSUS


Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
  1. menghuraikan konsep manusia sebagai hamba dan khalifah.
  2. menyebutkan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah.
  3. memberi contoh peranan dan tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah.


INPUT
( MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN
KHALIFAH ALLAH )



7.0.     PENGENALAN.

Manusia dijadikan oleh Allah bukan secara sia-sia dan main-main bahkan, mempunyai peranan dan matlamat yang tertentu. Firman Allah SWT:




    Maksudnya :
            “Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”           
(Al-Mu’minun:115)

Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah kepadaNya.


7.1    KONSEP MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH.    

7.1.1    Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba.

Allah SWT dengan kehendak kebijaksanaanNya telah mencipta makhluk-makhluk yang di tempatkan di alam penciptaanNya. Manusia di antara makhluk Allah dan menjadi hamba Allah SWT. Sebagai hamba Allah tanggungjawab manusia adalah amat luas di dalam kehidupannya, meliputi semua keadaan dan tugas yang ditentukan kepadanya.

Kalaulah beban tu awak rasa berat..tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ni laaagi berat….
Ya Allah… beratnyaaaaa…tak larat den nak buek nyoo…..nak patah pinggang den dibueknyooo..












Tanggungjawab manusia secara umum digambarkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis berikut. Dari Ibnu Umar RA katanya; “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya.Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya.Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya.”
                                (Muttafaq ‘alaih)Sedar pun awak. Sebab itu jagalah anak isteri betul-betul ...
Hidup kita nikan macam pengembala ...

       






Allah mencipta manusia ada tujuan-tujuannya yang tertentu. Manusia dicipta untuk dikembalikan semula kepada Allah dan setiap manusia akan disoal di atas setiap usaha dan amal yang dilakukan selama ia hidup di dunia. Apabila pengakuan terhadap kenyataan dan hakikat wujudnya hari pembalasan telah dibuat maka tugas yang diwajibkan ke atas dirinya perlu dilaksanakan.


7.1.2    Manusia Sebagai Khalifah Allah.

Antara anugerah utama Allah kepada manusia ialah pemilihan manusia untuk menjadi khalifah atau wakilNya di bumi. Dengan ini manusia berkewajipan menegakkan kebenaran, kebaikan, mewujudkan kedamaian, menghapuskan kemungkaran serta penyelewengan dan penyimpangan dari jalan Allah.

Firman Allah SWT :









Maksudnya :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
                        (Al-Baqarah:30)

Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia merupakan makhluk yang paling istimewa.

Firman Allah SWT :





    Maksudnya :
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
Beratnya amanah yang aku pikul. Gunung-ganang pun tak larat memikulnya. Ya Allah,  berilah aku petunjuk dan kekuatan menghadapi semua ini..
(Al-Ahzab: 72)




















7.2    PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAHNYA.

Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah kepada Allah secara khususnya meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Tanggungjawab tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut:
  1. Mengabdikan diri kepada Allah menerusi beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh dalam bentuk yang sempurna.
  1. Sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan amanah Allah, memelihara serta mengawal agama Allah serta ajaran Allah SWT.
  1. Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari dan memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebarkan dan memperluaskan ajaran Islam ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini, dengan berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah kemungkaran.

Firman Allah Ta’ala :






Maksudnya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Ali…..kau tak nak pergi solat jumaat ke? Dah lewat ni…
Kau pergilah….aku malas la…banyak kerja aku nak buat…
(Ali Imran: 104)
Apabila tugas menyeru kepada Islam dilakukan secara meluas  dan menyeluruh dan dapat memberi kesedaran dan keinsafan nescaya akan dapat mewujudkan manusia yang faham akan tanggungjawab dan menjadi manusia yang bertanggungjawab.
  1. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, wajiblah manusia menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara:
  1. Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman musuh.
  1. Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.
  1. Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga daripada masuk ke dalam neraka.


    Firman Allah  SWT :







    Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan.”
                                (At-Tahrim : 6)
Begitulah di antara tanggungjawab besar yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah. Seterusnya ia mestilah kembali kepada Islam, menghayati Islam, kembali kepada beriman dan beramal soleh.

Moga-moga bila besar nanti anak aku ni akan jadi manusia yang berguna ….jadi hamba Allah yang bertanggungjawab….Insyallah pada agama, bangsa dan negara…









aa..baa..taa..saa..
Cape kate cenang….ini keje orang dewace laaa








AKTIVITI
7A


Arahan :
Jawab semua soalan.

7.1  Tanggungjawab manusia yang paling besar sebagi khalifah Allah di atas muka bumi  ialah :
  1. Memakmurkan bumi dengan sebaik mungkin.
  2. Menunaikan amanat sebagai pemimpin yang adil.
  3. Memastikan Islam ditegak dan dilaksanakan dengan sempurna.
  4. Membangunkan kemudahan untuk semua manusia.

7.2 Sebagai khalifah Allah berdakwah menjadi tanggungjawab kepada setiap muslim. Dalam memahami konsep berdakwah ini termasuklah.
    1. Mencegah kemungkaran.
    2. Menegakkan syiar Islam.
    3. Mengislahkan orang-orang muslim.
    4. Meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi.
  1. i dan ii.
  2. ii dan iv.
  3. i, ii dan iv.
  4. i,ii,iii dan iv.

7.3 Allah SWT menjadikan manusia bukanlah tanpa sebarang tujuan dan matlamat. Berdasarkan ayat di bawah berikan penjelasan anda.

Maksudnya:
Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”       
    (Al-Mu’minun:115)

MAKLUM BALAS AKTIVITI 7A



7.1     C


7.2     D


7.3     Apa saja penjelasan yang berkaitan dengan ayat

Soalan satu….C….soalan dua D…..soalan tiga….manusia ada tanggungjawab yang Allah bagi…..hissss….betul semua jawapan aku  ni….





















AKTIVITI
7B


Arahan :
Jawab semua soalan.
    1. Sebagai khalifah Allah, yang dimaksudkan dengan wakil Allah, manusia      berkewajipan  menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara.
        Senaraikan DUA kewajipan  dalam menjaga agama.


7.5     Tanggungjawab manusia secara umum digambarkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis berikut. Dari Ibnu Umar R.A. katanya; “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Semua orang dari engkau sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang digembalainya. Seorang laki-laki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang isteri adalah pengembala di rumah suaminya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang khadam juga pengembala dalam harta tuannya dan akan ditanya tentang pengembalaannya. Maka semua orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan akan ditanya tentang pengembalaannya.”
                                (Muttafaq ‘alaih)

Berdasarkan hadis di atas berikan huraian anda mengenai tanggungjawab manusia sebagai hamba.













MAKLUM BALAS AKTIVITI 7B



7.4     

1.     Menegakkan Islam. Dengan berdakwah kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dan membuktikan kebaikan ajaran Islam dan hukumnya di samping mempertahankan agamanya dari ancaman musuh.

2. Melaksanakan Islam. Dengan mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dalam semua urusan termasuk juga urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.

7.5. Huraian yang berkaitan dengan hadis.






















PENILAIAN KENDIRI



1.     Pengertian khalifah Allah dengan makna wakil Allah mewajibkan ke atas manusia itu   menjaga agamanya dengan ……
  1. Mengamalkan perintanNya dalam urusan-urusan peribadi.
  2. Berdakwah dan melaksanakanIislam dalam urusan kemasyarakatan.
  3. Membuktikan kebaikan ajaran Islam dan mempertahankannya dari ancaman musuh.
  4. Menyeru manusia kepada kebaikan tanpa menghiraukan larangan yang perlu ditinggalkan.

  1. Sebagai khalifah Allah, manusia diperintahkan melaksanakan Islam. Pelaksanaan ini dapat dilaksanakan dengan …
  1. Menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada masyarakat.
  2. Mempraktikkan perintah dan meninggalkan larangan Allah dalam semua aspek kehidupan.
  3. Berdakwah kepada orang ramai serta mengembangkan agama Allah ke seluruh alam ini.
  4. Memelihara diri dan keluarga daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak.

3.  Berdasarkan ayat di bawah, jelaskan tentang tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seorang individu terhadap masyarakat berdasarkan tanggungjawab sebagai khalifah yang telah diberikan oleh Allah SWT.

    Firman Allah Ta’ala :




Maksudnya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali Imran: 104)



Saya dah cukup berusaha…harap-harap saya berjaya menjawap semua soalan ni….































MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

    1. C.

    1. B.


3.          Jawapan yang bersesuaian dengan maksud ayat.




Hai…..macamana…..harap-harap kefahaman dan ilmu anda semakin bertambah…yakinkanlah diri yang kita boleh menjadi mukmin dan khalifah Allah yang baik…..BERUSAHA DAN TERUS BERUSAHA…..