UNIT
6
UNIT 5
KONSEP IBADAH
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
- Mengetahui dan memahami pengertian ibadah dalam Islam.
- Mengetahui dan memahami pembahagian dan matlamat ibadah dalam kehidupan.
- Memahami syarat-syarat amalan biasa (adat) menjadi ibadah.
- Memahami perbezaan di antara ibadah dan adat.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat:
- menyatakan pengertian dan konsep ibadah dalam Islam.
- menyenaraikan pembahagian ibadah dan matlamat ibadah.
- membanding beza antara ibadat dan adat.
- menyatakan contoh-contoh adat yang boleh menjadi ibadah.
INPUT
(KONSEP IBADAH)
|
6.0 PENGENALAN.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)
Ibadat
dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama
sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain.
Antara ciri-ciri tersebut ialah tidak ada sebarang perantaraan di antara
Allah dan manusia, dan ibadat dalam Islam tidak terikat dengan sesuatu
tempat atau masa yang tertentu. Rasulullah SAW bersabda. ( Terjemahannya
):
“Seluruh muka bumi ini adalah masjid untukku; Suci dan bersih”.
Ibadat
itu terdiri daripada berbagai bentuk, bukan satu macam sahaja sehingga
manusia merasa tidak jemu dalam menunaikan ibadatnya. Peningkatan ibadat
itu pula berbeza dan beraneka rupa sesuai dengan perangai,
kecenderungan dan minat manusia itu sendiri
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza”
(Al-Lail:4)
Ibadat
di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah
dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia
dan akhirat, inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak
terdapat di dalam agama-agama lain.
Pintu
untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti
manusia sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia
berniat untuk mengumpulkan tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara
yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.
6.1 PENGERTIAN DAN RUANG LINGKUP IBADAT.
Perkataan
ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh,
taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu.
Dari segi istilah agama: Ibadat
bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada
segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para
Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Di antara ayat perintah beribadat, contohnya sebagaimana firman Allah SWT :Tok….kenape kita kena sembahyang ye Tok….?
Maksudnya:
“Dirikanlah sembahyang serta berikan zakat.”
(An-Nisa’ : 77)
Sebabbbbb…..sembahyang
tu dapat elakkan kita dari buat perkara jahat….tapi….sembahyang tu
kenalah kita buat dengan betul dan ikhlas kerana Allah SWT….
Di antara ayat larangan, contohnya sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Dan
janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka
(kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedangkan
kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian kamu
tidak akan mendapat pertolongan.”
(Hud : 113)
Sementara itu banyak terdapat ayat al Qur’an dan al Hadis yang mewajibkan supaya beribadat. Di antaranya:
Maksudnya :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Az-Zaariyat : 56)
Firman Allah SWT lagi:
Maksudnya :
“Wahai
sekalian manusia beribadahlah kepada Tuhan kau yang telah menciptakan
kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi
orang-orang yang) bertaqwa.”
(Al-Baqarah : 21)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Apakah
dia Ihsan ? Jawab baginda: Ihsan bahawa kamu menyembah Allah
seolah-olah kamu melihatNya, maka jika kamu tidak melihatNya maka
sesungguhnya Dia melihat kamu.”
Daripada ayat dan hadis di atas boleh dibuat kesimpulan berikut:
- Allah SWT menciptakan umat manusia dan memerintah mereka supaya melakukan ibadat serta menjunjung perintahNya dan meninggalkan larangan-laranganNya.
- Tujuan sebenar Allah SWT menciptakan manusia ialah untuk beribadat. Manusia diwajibkan beribadat kepada Allah SWT serta mengemukakan ibadah-ibadahnya, hanya kepada Allah tanpa menyekutui Allah dengan sesuatu makhluk.
- Mewajibkan dan tugas beribadat sentiasa dituntut hingga sampai menemui Allah, seseorang itu tidak akan terlepas daripada tugas tersebut walaupun jiwanya telah meningkat tinggi dan sentiasa dalam perhubungan yang kuat dengan tuhannya.
- Setiap peribadatan hendaklah berdasarkan keikhlasan yang lahir daripada hati yang redha, sebagai mengabdikan diri kepada Allah SWT.
6.2. PEMBAHAGIAN DAN MATLAMAT IBADAH .
Ibadah terbahagi kepada tiga iaitu ibadah asas (fardu ain), ibadah fardu kifayah dan ibadah umum.
6.2.1 Ibadah Asas.
Ibadah
asas ialah ibadat yang merupakan fardu ain yang merangkumi soal-soal
aqidah sperti dalam rukun iman yang enam. Ia juga merupakan amalan wajib
yang perlu ditunaikan oleh setiap orang muslim seperti yang terkandung
dalam rukun Islam. Ini bererti bahawa sebelum kita melaksanakan ibadat
yang lain, kedua-dua ibadat yang asas ini perlu dilaksanakan terlebih
dahulu.
6.2.2 Ibadah Fardu Kifayah.
Bidang
ibadat ini menitikberatkan kepada amalan-amalan sosial dalam masyarakat
Islam yang merupakan nadi atau urat saraf yang menghubungkan antara
antara satu sama lain. Ia meliputi menyelenggarakan mayat untuk
dikuburkan, menegakkan jihad dalam semua bidang, menegakkan sekolah dan
institusi pengajian tinggi (dalam semua bidang yang diperlukan),
mewujudkan ekonomi Islam, mewujudkan pentadbiran Islam dan melaksanakan
kebajikan am.
6.2.2 Ibadah Umum.
Ibadah
umum ialah segala kegiatan manusia yang tunduk kepada hukum-hukum dan
nilai-nilai agama Islam. Segala aktiviti dan amalan manusia dan
tugas-tugasnya sehari-hari tergolong dalam istilah ibadah jika ia
dilaksana dengan ikhlas dan jujur. Ibadah umum boleh dibahagikan kepada
dua bahagian :
- Peribadi dan akhlak yang tinggi yang boleh mendatangkan pahala seperti bercakap benar, amanah jujur merendah diri, tidak mementingkan diri sendiri atau menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada orang lain, menunaikan janji dan tidak mengkhianati orang lain .
Berhati-hati pakcik…kita nak melintas niee
Terima kasih nak yaaaa…mudah-mudahan Allah membalas jasa anak…
Firman Allah SWT:
Baiklah….lagipun diantara kita sekarang ni ada syaitan yang akan mendorong kita pada perbuatan yang tak baik…Assalamualaikum…
Maksudnya:
“…hendaklah
kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat )…”
( Al- Iara’ : 37 ) .
Maafkan saya…..tak manis kalau kita dilihat berdua-duaan di sini….lagipun tak ada mahram bersama kita…..
Sabda Rasulullah SAW ( Terjemahannya ) :
“ Iman itu mempunyai 77 cabang dan malu ialah salah satu daripada cabang iman .
( Al Bukhari )
Termasuk dalam erti iman ialah sayang kepada saudaranya. Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Tidak beriman ( iman yang sempurna ) salahnya ( sesama Muslim ) sebagaimana ia mencintai dirinya . “
( Al Bukhari )
- Ibadah umum dalam bentuk mengatur cara kehidupan seharian daripada pengurusan keperluan peribadi sehinggalah kepada cara membina negara, perhubungan antara bangsa, cara melaksanakan hukum dalam masa perang dan damai. Semuanya ada peraturan-peraturan akhlak yang mulia daripada perspektif Islam yang boleh membuat amalan-amalan kita itu menjadi ibadah.
Tekun betul sahabat kita …..itu pun satu ibadah jugak….
Ya betul, dengan syarat niatnya juga betul….banyak pahala yang dia dapat nanti ..
Bismillahirrahmanirrahim…
AKTIVITI
6A
|
- Nyatakan pengertian ibadat dari sudut:
- Bahasa :
- Agama :
6.2.. Berdasarkan ayat di bawah, jelaskan maksud potongan ayat di bawah ini:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Az-Zaariyat : 56)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
- Ibadah dalam Islam mempunyai makna yang amat luas dan mengandungi
pelbagai rukun dan syaratnya yang tertentu.
Manakah antara perkara berikut merupakan penentu sesuatu ibadah memperolehi ganjaran atau tidak ?
- Mengikut tertib.
- Niat yang betul.
- Menjaga adab-adabnya.
- Melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
- Dari segi istilah agama, ibadah membawa maksud:
- Suatu tindakan mengikat diri kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul.
- Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah.
- Patuh kepada undang-undang agama.
- Menyembah dan beramal kepada Allah.
- i dan ii.
- i,ii dan iii.
- ii dan iv.
- i,ii,iii dan iv.
6.5. Berikut adalah ibadah-ibadah umum ynag dilakukan oleh seseorang muslim.
- Membaca al Qur’an.
- Membayar zakat.
- Mencari rezeki.
- Solat.
- i dan iii
- ii dan iv
- iii dan iv
- i,ii,iii dan iv
6.6.
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Az-Zaariyat : 56)
Berdasarkan ayat di atas ibadah yang dimaksudkan ialah :
- Taat melakukan segala perintah Allah.
- Melakukan ibadah kepada Allah dengan ikhlas.
- Patuh kepada segala yang disyariatkan Allah sama ada suruhan atau larangan.
- mengerjakan ibadah khusus dan umum yang disyariatkan Allah kepada hambaNya.
MAKLUM BALAS AKTIVITI 6A
|
- i. Bahasa :
Perkataan
ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh,
taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu.
ii. Dari segi istilah agama:
Ibadat
bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada
segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para
Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
- Apa saja ulasan yang bertepatan dengan ayat yang diberikan.
- B
- D
- A
- A
INPUT
(KONSEP IBADAH : SAMBUNGAN)
|
6.3. SYARAT-SYARAT BAGI SESUATU AMALAN (ADAT) MENJADI IBADAH.
Semua
pekerjaan kita boleh menjadi ibadah jika dilakukan mengikut cara-cara
yang telah ditetapkan oleh Islam. Ia mesti mengandungi perhubungan dua
hala. Iaitu perhubungan kita dengan Allah dan perhubungan kita sesama
manusia.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Akan
ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana sahaja. Mereka berada
melainkan mereka menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri
sesama manusia”.
Kalau
kita hanya menegakkan salah satu dari dua hubungan ini sahaja,
umpamanya perhubungan sesama manusia sahaja tanpa memberikan perhatian
kepada perhubungan dengan Allah SWT dan tidak menurut perintah Allah SWT
dan Rasulullah SAW, ia tidak dikira ibadah dan Allah mungkin
menimpakan azab dan kehinaan ke atas kita.
Oleh itu, amalan-amalan biasa hanya akan diakui sebagai ibadat jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
- Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, iaitu sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
Baik aku tolong mak buat kerja rumah….dapat jugak pahala…untung-untung mak bagi sen..
- Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah. Sebagai seorang muslim amalan tersebut mestilah untuk memelihara kehormatan dirinya, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah SWT.
- Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti; “Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu.”
- Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.
Eh…kau tahu tak..bos tu betul-betul tak berhati perut…ada ke patut dia tak naikkan gaji aku…bla…bla…bla…..
Memang patut pun kalau gaji tak naik - naik….kerja malas….lepas tu asyik mengutuk aku je….
- Dalam mengerjakan amalan-amalan dunia itu tidak lalai dan tidak cuai dari menjalankan kewajipan ibadat yang khusus seperti solat, puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah SWT :
Maksudnya :
“(Ibadat
itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan atau berjualbeli daripada menyebut serta
mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Mereka
takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
(An-Nuur : 37)
Walau
sibuk macamana sekalipun kita dengan urusan dunia ….tapi kita jangan
lupa kewajipan kita kepada Allah SWT….barulah hidup dan rezeki kita
berkat…
Jadi
bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di
atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap
hari dia adalah dikira sentiasa beribadat kepada Allah meskipun dia
tidak duduk di masjid-masjid atau di surau-surau ketika membuat
kerja-kerja tersebut.
6.3.1. Ibadat Bergantung Kepada Niat.
Antara fungsi niat yang terpenting ialah:
- Membezakan antara ibadah dengan adat. Contohnya mandi pada pagi Hari Raya, akan jadi ibadah jika ada niat mandi sunat Hari Raya. Jika tiada niat akan jadi amalan bangun pagi mandi mencuci diri.
- Membezakan antara sesuatu ibadat dengan ibadat lain. Contohnya, niat puasa untuk ibadah puasa dan niat solat untuk ibadah solat.
- Membezakan antara fardhu dengan sunat dalam ibadah yang sama jenis. Contohnya, niat menentukan sama ada hendak solat fardhu atau sunat kerana cara perlaksanaannya adalah sama.
- Membezakan antara fardhu dengan fardhu itu sendiri. Contohnya, jika seseorang itu menanggung kewajipan berpuasa sebab qadha, nazar dan kifarah, niatnyalah yang menentukan kewajipan mana yang hendak dilaksanakan.
- Niat juga boleh menentukan sama ada boleh mendapat ganjaran pahala daripada perbuatannya ataupun lagha sahaja, seperti duduk di dalam masjid dengan niat iktikaf dan masuk masjid untuk berehat sahaja, maka yang niat iktikaf dapat pahala sedangkan yang tidak berniat tidak mendapat apa-apa pahala.
- Niat juga dapat menentukan sesuatu perbuatan yang dilaksanakan oleh seseorang sama ada haram atau harus seperti seorang perempuan yang meninggalkan perhiasan dan bauan kerana kematian seorang lelaki yang bukan suaminya lebih daripada tiga hari. Jika ia berbuat demikian bukannya kerana berkabung di atas kematian itu maka perbuatan itu adalah harus.
- Niat juga dapat menjadi neraca atau penilaian di dalam menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu mendapat pahala atau mendapat seksa seperti seorang yang menyimpan al Qur’an di rumahnya, sedangkan ia tidak membacanya, jika niat untuk kebaikan akan mendapat pahala, tetapi jika ia menyimpan kerana perhiasan semata-mata tidaklah mendapat apa-apa pahala. Begitu juga seorang yang makan hingga kenyang, jika ia berniat mengikut nafsu adalah berdosa, tetapi jika dengan niat bertaqwa., beribadat maka ia mendapat pahala.
- Niat juga menjadi penentu kepada sesuatu perkara sama ada ia sabit hukum atau tidak. Contohnya, membunuh dengan niat (sengaja membunuh) lebih berat daripada membunuh tanpa niat (tidak sengaja).
Ketika Rasulullah SAW berserta sahabat pergi berperang ke Tabuk baginda bersabda (terjemahannya):
“Sesungguhnya
ada beberapa kaum yang kita tinggalkan di Madinah, tiada menempuh kita
sekalian akan sesuatu lereng ataupun lembah, melainkan mereka itu
bersama-sama dengan kita juga. Jadi memperolehi pahala seperti yang
berangkat untuk berperang itu. Mereka itu terhalang oleh sesuatu
keuzuran.”
Yang
dimaksudkan dengan ‘mereka bersama-sama’ kita di atas itu ialah
kebaikan niat mereka, yakni andai kata ada bekalan pasti mereka
mengikutnya.
Sabda Rasulullah lagi (terjemahannya):
Kalau kita berniat mati dalam keadaan baik….Allah akan bangkitkan kita dalam keadaan yang baik…macam tulah sebaliknya…jadi…kita kenalah selalu minta pada Allah…moga-moga kita mati dalam iman..
“Setiap hamba itu akan dibangkitkan menurut keadaan yang ia berniat mati untuknya.”Mak…macam mana keadaan kita masa kita mati nanti….?
6.4 KESIMPULAN.
Konsep
ibadah dalam Islam adalah amat luas dan menyeluruh, merangkumi tingkah
laku dan amalan manusia seluruhnya yang dikerjakan menurut ajaran Islam.
Ibadah mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlak. Menerusi ibadah yang
betul akan melahirkan kelakuan yang baik bersopan dan berakhlak mulia.
Nilai akhlak berpunca daripada agama ditetapkan oleh al Qur’an dan al
sunnah. Setiap amalan yang memenuhi syarat-syarat berkenaan boleh
menjadi ibadah.
“Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan….menutup auratlah kamu sebelum kamu dikafankan…berzikirlah kamu sebelum kamu ditalkinkan…berwudhuklah
kamu sebelum kamu diwudhukkan…ingatlah!! Bahawa dunia ini hanyalah
sekadar tempat untuk beramal ibadat..Akhirat jugalah tempat yang kekal
abadi….”
AKTIVITI
6B
|
6.7. Antara fungsi niat terhadap ibadat yang dilakukan ialah…
- Membezakan antara ibadat dengan adat.
- Membuktikan telah melaksanakan perintah Allah.
- Menentukan sama ada perbuatan yang dilakukan mendapat pahala atau lagha semata-mata.
- Menentukan perbuatan yang dilakukan haram atau harus.
- Senaraikan LIMA syarat yang membolehkan sesuatu amalan itu menjadi ibadah.
MAKLUM BALAS AKTIVITI 6B
|
- D.
- Amalannya ialah :
- Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, iaitu sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
- Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah. Sebagai seorang muslim amalan tersebut mestilah untuk memelihara kehormatan dirinya, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah SWT.
- Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti; “Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu.”
- Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.
- Dalam mengerjakan amalan-amalan dunia itu tidak lalai dan tidak cuai dari menjalankan kewajipan ibadat yang khusus seperti solat, puasa dan sebagainya
PENILAIAN KENDIRI
|
- Sesuatu amalan diakui sebagai ibadah jika memenuhi syarat-syaratnya. Di antara berikut ynag manakah bukan menjadi syarat suatu amalan menjadi ibadat?
A. Dinyatakan di dalam al Qur’an dan al sunnah.
- Sentiasa melakukannya dengan niat yang baik.
- Amalan itu hendaklah dilaksanakan dengan teliti.
- Tidak sampai mengabaikan kewajipan yang khusus.
- Ibadah kepada Allah SWT dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ibadah khas dan ibadah umum.
Di antara berikut yang manakah tidak menjelaskan ibadah umum.
- Dilaksanakan selaras dengan syariah.
- Meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu kifayah.
- Aktiviti yang dilaksanakan hendaklah jujur dan ikhlas serta diredhoi oleh Allah SWT.
- Apabila melakukannya akan mendapat pahala dan meninggalkannya akan mendapat dosa.
3. Senaraikan LIMA fungsi niat kepada seorang muslim.
MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI
|
- A.
- D.
- Fungsi niat :
- Membezakan antara ibadah dengan adat. Contohnya mandi pada pagi Hari Raya, akan jadi ibadah jika ada niat mandi sunat Hari Raya. Jika tiada niat akan jadi amalan bangun pagi mandi mencuci diri.
- Membezakan antara sesuatu ibadat dengan ibadat lain. Contohnya, niat puasa untuk ibadah puasa dan niat solat untuk ibadah solat.
- Membezakan antara fardhu dengan sunat dalam ibadah yang sama jenis. Contohnya, niat menentukan sama ada hendak solat fardhu atau sunat kerana cara perlaksanaannya adalah sama.
- Membezakan antara fardhu dengan fardhu itu sendiri. Contohnya, jika seseorang itu menanggung kewajipan berpuasa sebab qadha, nazar dan kifarah, niatnyalah yang menentukan kewajipan mana yang hendak dilaksanakan.
- Niat juga boleh menentukan sama ada boleh mendapat ganjaran pahala daripada perbuatannya ataupun lagha sahaja, seperti duduk di dalam masjid dengan niat iktikaf dan masuk masjid untuk berehat sahaja, maka yang niat iktikaf dapat pahala sedangkan yang tidak berniat tidak mendapat apa-apa pahala.