April 30, 2012

A1001_Pendidikan Islam 1_UNIT8

UNIT  
8
     UNIT  5
TOHARAH



  OBJEKTIF



OBJEKTIF AM


  1. Mengetahui dan memahami konsep toharah dan cara bersuci.
  2. Mengetahui dan mengenalpasti jenis najis dan cara menyucikannya.
  3. Mengetahui dan mengenalpasti jenis hadas dan cara menyucinya.Mengetahui cara menyamak kulit binatang



OBJEKTIF KHUSUS


Di akhir unit ini anda akan sepatutnya dapat:

1.    menerangkan konsep toharah .
2.    menyatakan jenis-jenis najis dan menerangkan cara menyucinya.
3    menyatakan jenis-jenis hadas dan menerangkan cara menyucinya.
4.    menyatakan cara menyamak kulit binatang.
Kebersihan itu sebahagian dari iman….
* Sikap lalai anda bukan saja mendatangkan kekotoran….tapi mungkin juga…kematian….
INPUT
(TOHARAH [BERSUCI])


8.0    PENGENALAN.

       
Toharah atau bersuci merupakan perkara yang sangat penting dalam agama dan merupakan pangkal pokok dari ibadat yang menjadi penghubung bagi manusia dalam mendekatkan diri dengan Tuhan .

Shalat tidak sah bila tanpa toharah , hal ini sesuai dengan sabda Nabi saw yang bermaksud:


      “ Allah tidak menerima shalat yang tidak dengan bersuci “
                                                                         ( H . R Muslim )
    1. KONSEP TOHARAH.

Toharah menurut bahasa ertinya “ bersih “ dan menurut syara’ bererti bersih dari hadas dan najis. Bersuci kerana hadas hanya dibahagian badan saja. Hadas ada dua iaitu hadas besar dan hadas kecil.

Untuk menghilangkan hadas besar ialah dengan mandi atau tayammum dan menghilangkan hadas kecil pula ialah sama ada dengan wudhu’ atau tayammum. Bersuci dari najis berlaku pada badan, pakaian dan tempat. Cara menghilangkannya hendaklah dengan air suci dan menyucikan .

   
8.2    PEMBAHAGIAN TOHARAH.

Untuk menjelaskan tentang pembahagian taharah, perlu dijelaskan terlebih dahulu tentang air yang merupakan alat terpenting untuk bersuci dan juga istinjak.
      1. Air.

Air yang sah digunakan untuk bersuci ialah:
  1. Air yang turun dari langit seperti air hujan dan air embun.
  2. Air yang terbit dari bumi seperti air laut, air sungai dan air mata air.
Dan air ini kekal dalam kajadiannya yang asal

Air terbahagi empat:
  1. Air yang suci pada dirinya dan menyucikan yang lain dan tidak makruh penggunaannya. Ia dinamakan air Mutlaq, iaitu air tanpa qaid lazim. Air qaid tidak lazim seperti air telaga dan air sungai, ianya suci pada dirinya dan menyucikan yang lain.
 
  1. Air yang suci dan menyucikan yang lain tetapi makruh penggunaannya pada badan. Iaitu air yang dipanaskan oleh matahari di negeri yang beriklim panas dalam bekas yang boleh berkarat. Air ini dinamakan air Musyammas. Makruh digunakan pada tubuh kerana ditakuti mendatangklan penyakit sopak. Air yang tersangat panas atau tersangat sejuk juga makruh penggunaannya.
  1. Air  yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain, iaitu:
  • Air Mustakmal, iaitu air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas dan air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis tetapi tidak berubah dan tidak bertambah jumlahnya setelah mengalir keluar dari benda yang dibasuh,
  • Air yang berubah salah satu dari tiga sifat kerana bercampur dengan benda yang suci, jika banyak berubahnya dan tidak dapat dinamakan air mutlaq lagi.
Keterangan:
  1. Jika air mutlak telah berubah sedikit tetapi masih dapat dinamakan air mutlak, dengan sesuatu yang suci atau sesuatu yang menyerupai sifat air dari segi sifat-sifatnya dan jika ditakdirkan ia tidak sama dengannya ia tidak mengubahkannya, ia tetap suci dan menyucikan yang lain.
  2. Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci lagi mujawir tetap suci walaupun berlaku perubahan yang banyak.
  3. Air yang berubah kerana bercampur dengan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, seperti bercampur dengan tanah, kiambang atau sesuatu yang berada di tempat air yang tetap atau mengalir dan yang berubah kerana lama takungannya adalah suci lagi menyucikan.
















  1. Air Mutannajis, iaitu air yang kurang dua kolah, yang terkena najis sama ada berubah atau tidak, dengan syarat najis tersebut menajiskan air. Air ini tidak suci pada dirinya dan tidak menyucikan yang lain. Begitu juga air dua kolah atau lebih yang berubah disebabkan oleh najis adalah najis.
Untuk keterangan:
  1. Jika benda najis tersebut tidak menajiskan air, seperti bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya ketika dibunuh atau dibelah semasa ia hidup seperti lalat, cicak, kala, lipas dan seumpamanya dengan syarat tidak sengaja dimasukkan ke dalamnya dan tidak mengubahkan air, tidaklah menjadi air mutanajjis.
  2. Najis yang halus yang tidak dapat dilihat oleh ‘mata yang pertengahan’ walaupun ianya merupakan najis Mughallazah tidak menajiskan air atau sesuatu yang berbentuk cecair.













Assalamualaikum Ustaz Arif...Air dua kolah tu banyak mana ustaz?






Air dua kolah itu sukatannya ialah:
  1. Jika mengikut timbangan 500 Ritl Baghdad atau,
  2. Bagi tempat empat persegi, ukurannya 11/4 hasta panjang, lebar dan dalam  atau,
  3. Bagi tempat yang bulat, luas mukanya satu hasta dan 21/2 hasta dalam (Apabila luas mukanya satu hasta, maka lilitan bulatnya ialah 31/2 hasta) atau,
  4. Bagi tempat 3 persegi, ukurannya 11/2 hasta lebar dan  panjang dan dalamnya dua hasta.













8.2.2     Istinja’.

Hukum beristinja’ adalah wajib daripada tiap-tiap najis yang keluar daripada qubul atau dubur seperti kencing, tahi dan sebagainya walaupun jarang berlaku seperti darah, wadi dan seumpamanya.

Alat istinja’ ialah air atau batu atau sesuatu yang keras/kesat lagi suci dan dapat menghilangkan najis, dengan syarat ianya bukan bahan yang dihormati.       
Tidak boleh dijadikan alat istinja’:
       
  • Sesuatu yang terkena najis, seperti batu yang terkena najis.
  • Sesuatu najis, seperti tahi yang kering.
  • Sesuatu yang tidak boleh menanggalkan najis, seperti tanah lembut lagi peroi atau sesuatu yang lembut dan licin seperti buluh. Tetapi jika buluh itu dibelah, bekas belahan itu boleh dijadikan alat istinja’.
  • Sesuatu yang dihormati seperti makanan anak adam seperti roti kering (selagi ianya tidak hangus).
  • Sesuatu yang menjadi makanan jin, seperti tulang walaupun telah dibakar hangus, kerana ia masih dianggap makanan jin.

Memadai beristinja’ dengan menggunakan air atau tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga penjuru pada tempat-tempat istinja’ melainkan kesan-kesan yang tertinggal yang tidak dapat dihilangkannya kecuali dengan air.
       


                        Perhatian
  • Beristinja’ dengan tiga biji batu atau tiga penjurunya adalah wajib, walaupun boleh suci dengan menggunakan kurang dari tiga biji atau tiga penjuru batu.
  • Jika dengan menggunakan tiga biji atau tiga penjuru batu belum menyucikan najis, hendaklah ditambah penggunaan bilangannya sehingga suci, tetapi sunat diganjilkan bilangannya.
  • Yang afdal beristinja’, ialah dengan menggunakan batu kemudian diikuti dengan air sama ada buang air besar atau air kecil.
  • Jika dikehendaki menggunakan salah satu daripada alat yang boleh diguna untuk beristinja’, menggunakan air adalah lebih afdal.
















Mestilah ada syaratnya, iaitu:
  • Batu atau benda itu keras dan harus suci serta dapat untuk membuang atau membersih najis.
  • Batu atau benda itu tidak bernilai atau dihormati misalnya makanan dan bukan batu masjid.
  • Sekurang-kurangnya dengan tiga kali sapuan dan sampai bersih.
  • Najis yang akan dibersihkan belum kering.
  • Najis itu tidak pindah tempat keluarnya, misalnya pindah ke kaki dan sebagainya.
  • Najis itu belum bercampur dengan benda lain, walaupun benda itu suci, misalnya tidak terpercik oleh air padanya.

Apa  syarat-syarat nak beristinja’ dengan batu atau benda keras tu …?!!




















8.3    Najis ( Najasah ) Dan Cara Menyucikannya.
      1. Pengertian Najis.

Najis (najasah) menurut bahasa ertinya kekotoran, dan menurut syarak bererti yang mencegah sahnya shalat, seperti air kencing dan sebagainya.
Kesimpulannya,najis ialah segala jenis yang cecair yang keluar dari qubul dan dubur, melainkan mani anak Adam, dan mani semua jenis binatang kecuali mani anjing, babi dan anak-anak kedua-duanya dan kacukan dengan binatang yang suci.

Keterangan:
Sesuatu yang keluar selain daripada qubul dan dubur adalah suci, kecuali muntah. Ulat atau cacing dan sesuatu yang keras yang keluar daripada qubul dan dubur seperti biji-bijian yang jika ditanam nescaya tumbuh ia adalah mutannajis, suci jika dibasuh.
  • Air yang keluar dari mulut orang tidur, yang berasal dari perut, diketahuinya dengan berbau busuk serta kuning warnanya.
  • Darah, nanah, danur dan air kuman yang berubah baunya.
  • Susu binatang yang haram dimakan.
  • Arak dan tuak dan setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair, jika beku seperti buah kecubung dan seumpamanya tidaklah najis.
  • Segala jenis bangkai, melainkan bangkai manusia, ikan dan belalang.
  • Anjing dan keturunannya.
  • Babi dan keturunannya.
  • Hasil kacukan anjing atau babi dengan binatang suci.

Semua ain najis adalah tidak dimaafkan kecuali sedikit darah, nanah, danur, darah pijat atau kutu, tahi lalat, bangkai binatang yang darahnya tidak mengalir apabila gugur ke dalam sesuatu yang cair atau ke dalam air yang sedikit.
      1. Najis Mughalladzah.

Iaitu najis yang berat : yakni najis dari babi dan anjing. Cara menyucinya ialah lebih dahulu dihilangkan ain najis itu, kemudian baru dibasuh dengan air sampai tujuh kali termasuk satu daripadanya dengan air yang bercampur tanah.
   
Cara ini dilakukan berdasarkan  sabda Rasullulah SAW yang bermaksud:

“Sucinya tempat (perkakas) mu apabila dijilat anjing adalah dengan mencucinya tujuh kali. Permulaanya atau penghabisannya di antara cucian itu dicuci dengan air yang bercampur dengan tanah.
(At-Tirmizi )

Jika dibasuh di dalam air yang mengalir lagi keruh adalah memadai dilalukan sebanyak 7 kali pengaliran walaupun tanpa menggunakan tanah.

      1. Najis Mukhaffafah.

Ialah najis yang ringan, iaitu air kencing bayi laki-laki yang umurnya kurang dari dua tahun dan belum makan apa-apa kecuali air susu ibunya.

Cara menyucinya ialah dengan dilapkan terlebih dahulu, kemudian direnjiskan air pada benda yang kena najis itu atau dituangkan air di atasnya walaupun tidak mengalir.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

        “Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus dicuci,         sedang bila terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan      memercikkan air kepadanya.”
( H.R Abu Daud dan Nasa’i )
      1. Najis Mutawassithah (sedang).

Iaitu najis yang selain najis mughallazah dan najis mukhaffafah. Jika ada ainnya cara mensucikannya dengan menghilangkan ainnya lebih dahulu, hingga hilang rasa, bau dan warnanya, kemudian menyiramnya dengan air sampai bersih. Jika najis hukmiyah (tidak ada ainnya) seperti bekas kencing, arak yang sudah kering, maka cara mensucikannya cukup dengan mengalirkan air pada tempat yang kena najis itu.



PERHATIAN !!!



Secara umum, semua najis yang masih ada ainnya mestilah dilakukan seperti berikut:
  • Hendaklah dihilangkan ainnya, iaitu rasa, warna dan bau.
  • Jika tertinggal rasanya, tidaklah dimaafkan kecuali uzur dari dihilangkan, seperti tidak dapat dihilangkan kecuali dipotong bahagian yang terkena itu maka dimaafkan.
  • Jika tertinggal warna dan baunya, yang sukar dihilangkan sekira-kira jika digosok 3 kali dengan air tidak juga hilang adalah dimaafkan dan dikira suci tempat itu.

     Setelah dihilangkan ainnya, lakukan penyuciannya mengikut
     Jenis najis masing-masing.




Ya Allah….Ya Tuhanku….Berilah aku keupayaan untuk menjaga diriku….bukan saja kebersihan zahirku…tapi juga kebersihan hatiku……Jauhkan aku dari menjadi orang yang ujub…dan riak…..













AKTIVITI
8A



8.1 Air terbahagi kepada empat bahagian. Senaraikan empat bahagian air tersebut serta berikan contoh.
Bil
Jenis Air
Contoh
1.
2.
3.
4



8.2    Terdapat alat-alat yang khusus sahaja yang boleh digunakan untuk beristinja’. Nyatakan EMPAT peralatan yang tidak boleh digunakan untuk beristinja’.

1.____________________________________________________________
2.____________________________________________________________
3.____________________________________________________________
4____________________________________________________________



      1. Beristinja’ boleh dilakukan dengan TIGA cara. Antaranya ialah dengan menggunakan batu atau benda-benda kesat.
Berikut ialah syarat-syarat yang perlu diikuti sekiranya ingin beristinja’ dengan batu atau benda-benda kesat. Pilih syarat-syarat yang betul.
  1. Memadai dengan satu kali sapuan.
  2. Najis yang akan dibersihkan sudah kering.
  3. Najis itu tidak berpindah tempat keluarnya.
  4. Najis itu belum bercampur dengan benda lain.
  5. Batu atau benda itu tidak bernilai atau dihormati.
  1. i, ii dan iii.
  2. ii, iii dan iv.
  3. iii, iv dan v.
  4. ii,iii dan v.
    1.  Ketika Ahmad ingin berwuduk menggunakan air yang ditadah di dalam sebuah bekas yang berukuran lebih kurang dua hasta panjang, lebar dan tinggi, dia ternampak bangkai belalang di dasar bekas tersebut. Bolehkah Ahmad berwuduk dengan menggunakan air tersebut.
  1. Tidak boleh, kerana air tersebut telah bercampur dengan najis.
  2. Tidak boleh, kerana syarat sah wuduk ialah menggunakan air mutlak.
  3. Boleh, kerana air tersebut bukan termasuk dalam kategori air mutannajis.
  4. Boleh, kerana air tersebut melebihi had yang ditetapkan dan sifatnya tidak berubah.























MAKLUM BALAS AKTIVITI 8A



8.1        Pembahagian air dan contoh :
Air terbahagi empat:
  1. Air Mutlak        :  Air hujan, air mata air dll.
 
  1. Air  Musyammas    : Air yang dipanaskan oleh matahari di negeri yang beriklim panas dalam bekas yang boleh berkarat.
  1. Air Mustakmal    : Air yang telah digunakan.
  1. Air Mutanajjis    : Air yang kurang dua kolah, yang terkena najis sama ada berubah atau tidak.

8.2        Peralatan yang tidak boleh digunakan untuk beristinja’ :
  • Sesuatu yang terkena najis, seperti batu yang terkena najis.
  • Sesuatu najis, seperti tahi yang kering.
  • Sesuatu yang tidak boleh menanggalkan najis, seperti tanah lembut lagi peroi atau sesuatu yang lembut dan licin seperti buluh. Tetapi jika buluh itu dibelah, bekas belahan itu boleh dijadikan alat istinja’.
  • Sesuatu yang dihormati seperti makanan anak adam seperti roti kering (selagi ianya tidak hangus).
    1.      C

8.4        C




INPUT
(TAHARAH/BERSUCI : SAMBUNGAN)


8.4.    Hadas Dan Cara Menyucikannya.

8.4.1    Erti hadas.

Hadas mengikut hukum Islam ialah perkara yang membatalkan sembahyang dan mestilah dihilangkannya dengan bersuci. Hadas terbahagi kepada dua:
  1. Hadas besar    : iaitu hadas yang banyak larangan-larangan kerananya.
     Hadas besar  wajib dihilangkan dengan mandi wajib atau tayammum.
  1. Hadas kecil    : iaitu hadas yang dihilangkan dengan wuduk atau tayammum.

8.4.2    Erti Mandi wajib.

Iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan dengan niat menghilangkan hadas besar ketika sampai ke mana-mana bahagian badannya. Hukumnya ialah wajib bila hendak mengerjakan sembahyang, tawaf dan sebagainya.

Firman Allah:




Maksudnya:
“Dan jika kamu berjunub (berhadas besar), maka hendaklah kamu sucikan (mandi wajib)”
( Surah Al-Maidah : 6 )
      1.   Sebab-Sebab Yang Mewajibkan Mandi.

Sebab-sebab yang mewajibkan mandi adalah seperti berikut:
  • Hubungan kelamin iaitu bertemunya dua khitan lelaki dan perempuan.
    Dari Abi Hurairah RA beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila lelaki duduk di antara empat cabang wanita, lalu ia        dikerjakan, maka sungguh telah wajib mandi.”
Muttafaq ‘alaih dan Muslim menambah : “Walaupun tidak keluar  maninya.”
  • Keluar Mani.

     Dari Abu Sa’id al Khudriyyi RA ia berkata : Rasulullah SAW  bersabda :  

                   “ Air itu dari air “
  • Mati.
   
Dari Ibnu Abbas r.a berkata : Nabi SAW bersabda tentang orang yang meninggal lantaran jatuh dari kenderaannya : “ Mandikanlah dengan air dan bidara, dan kafanilah dengan dua kainnya”
                            ( H.R Bukhari dan Muslim )
  • Haid ( datang bulan ) iaitu keluar darah secair wajar dari rahim wanita beberapa hari pada tiap-tiap bulan.

        Sabda Rasulullah, maksudnya :
Dari Aisyah RA ia berkata : Ummu Habibah binti Jahsyin mengadu kepada Rasulullah saw tentang darah, maka Rasulullah bersabda : “Berhentilah ( dari sembahyang ) selama haidhmu menghalangimu, kemudian mandi “. Tapi Ummu Habibah suka mandi untuk tiap-tiap sembahyang .”
                            ( H.R Muslim )
  • Melahirkan anak.
  • Nifas yakni darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan anak.
      1. Fardu / rukun mandi.

Rukun mandi tiga perkara:
  • Niat.
Orang yang dalam keadaan berjunub itu hendaklah berniat mengangkat janabah atau mengangkat hadas besar atau mengharuskan fardu sembahyang atau fardu mandi atau menunaikan fardu mandi atau mandi yang difardukan atau mandi wajib.
  • Menghilangkan najis.
Iaitu menghilangkan najis yang terdapat pada badan.
  • Meratakan air keseluruh rambut/bulu-bulu dan kulit.
Dari Abu Hurairah ia berkata : Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :   “Bahawasanya di bawah tiap-tiap rambut ada jinabat, kerananya cucilah rambut itu dan bersihkanlah kulit “
                ( H.R Abu Dawud dan Tarmidzi dan dilemahkannya)
  
Keterangan:
   
  1. Tidak memadai dengan niat mandi semata-mata.
  2. Perempuan yang haid dan nifas hendaklah niat mengangkat hadas haid dan nifas.
  3. Wajib disertakan niat pada ketika awal basuh anggota .
Supaya dikira basuhannya (tanpa wajib diulangi membasuhnya). Jika disertakan niat selepas membasuh sebahagian dari mukanya nescaya wajib ia mengulangi basuh sebahagian tersebut.


        Perhatian:
  • Jika tertinggal basuhan seurat bulu, mandinya tidak memadai.
  • Jika dicabut bulu selepas mandi, wajiblah dibasuh tempatnya sama ada bulu itu di kepala atau lainnya atau sama ada bulu yang jarang atau tebal.
  • Tidak wajib membasuh bulu yang tumbuh di dalam hidung atau mata kerana ianya merupakan anggota batin yang tidak perlu dibasuh. Tetapi jika terkena najis bulu tersebut wajib dibasuh.
  • Rambut yang bersanggul dan yang dijalin, wajib diuraikan jika air tidak sampai ke kulit kepala.
  • Batin bulu yang tersimpul dengan sendirinya adalah dimaafkan walaupun banyak.
  • Wajib membasuh barang yang zahir pada dua lubang telinga, hidung yang terpotong dan bahagian-bahagian badan yang pecah seperti pecah-pecah yang terdapat pada kaki.
  • Wajib menyampaikan air pada bawah qalfah orang yang belum bersunat dan yang zahir pada faraj perempuan ketika duduk qada hajat, kerana kedua-duanya merupakan anggota zahir
  • Jika tidak dapat dibasuh di bawah qalfah, melainkan dihilangkan (dipotong), wajiblah dipotong.
  • Seseorang yang mati yang tidak dapat dibasuh di bawah qalfahnya tidaklah wajib dipotong kerana itu menghina dan menyakitkan mayat.
  • Wajib juga membasuh masrabah iaitu lingkaran lubang dubur kerana ia merupakan anggota zahir ketika qada hajat dan hendaklah dikembangkan sedikit supaya air sampai kepadanya.
    (Rujuk kitab Matla’ Al-Badrain)
      1.  Sunat-Sunat Mandi.

Mengenai sunat-sunat mandi ini dapat diperinci sebagai berikut :
  • Membaca Basmallah.
  • Berwudu’ sebelum mandi.
  • Menggosok badan dengan tangan.
  • Menyilang-menyilangi rambut dan celah-celah anggota.
  • Memulai membasuh kepala kemudian membasuh anggota badan yang sebelah kanan dahulu.
  • Meniga kalikan pembasuhan anggota badan.
  • Beriring/berturutan, iaitu tidaK lama waktunya antara membasuh sebahagian anggota yang satu dengan yang lain.

Rasulullah SAW melaksanakan mandi sesuai dengan sabdanya yang bermaksud:

        Dari A’isyah RA ia berkata :
Adalah Rasulullah saw Mandi janabat beliau mulai mencuci dua tangannya lalu beliau menyiramkan dengan yang kanan  atas yang kiri, lalu beliau mencuci kemaluannya , lalu berwudhu’, lalu beliau mengambil air, kemudian beliau memasukkan jari-jarinya ke pangkal-pangkal rambut  lalu beliau menyiram seluruh badannya, kemudian mencuci dua kakinya “
            ( Muttafa’ alaih dan lafaz ini dalam riwayat Muslim)

      1. Larangan Ketika Berhadas Besar.
  • Mengerjakan sholat fardu atau sunat.
  • Thawaf fardu atau sunat.
  • Membaca al Qur’an yang tidak dinasakhkan pembacaan walaupun satu ayat atau satu huruf sama ada secara sirr atau jahr (nyaring).
(Berzikir daripada ayat-ayat al Qur,an tidaklah haram jika diniatkan zikir atau secara itlaq (tiada apa-apa niat).
  • Menyentuh atau membawa mashaf al Qur,an.
  • Berdiam dalam masjid walaupun sekadar tomakninah.
(Tidak haram lalu di dalam masjid seperti masuk dari satu pintu dan keluar pada pintu yang lain. Dan ini tidak makruh pada pendapat yang asah. Manakala berulang-alik di dalam masjid adalah haram kerana dikira diam (tetap) di dalamnya).
  • Membaca khutbah jumaat.
  • Sujud tilawah.
  • Sujud syukur.

Bagi wanita yang berhadas besar kerana haidh dan nifas, selain dari larangan tersebut di atas, ditambah dengan larangan berikut:
  • Puasa : baik yang fardu mahupun puasa sunnah.
  • Bercampur dengan suaminya sehingga ia suci dari haidh dan nifasnya dan sesudah mandi.
  • Haram bagi suami mentalak isterinya yang sedang haidh atau nifas.

Larangan bercampur antara suami isteri selama isteri sedang haidh atau
nifas dengan firman Allah SWT  dalam al Qur’an :

   





       

        Maksudnya:
“Mereka bertanya kepadamu ( Muhammad ) perihal darah haidh , katakanlah : Bahwa darah itu adalah suatu penyakit, maka hindarilah perempuan-perempuan ketika mereka sedang haidh dan janganlah kamu hampiri ( campuri ) sampai mereka suci. Jika mereka telah suci bolehlah kamu hampiri menurut yang dihalalkan Allah . Sesungguhnya Allah kasih kepada orang-orang yang bertaubat dan suci bersih “.
( Al-Baqarah : 222 )

8.4.7    Ertinya Wudhuk.

Wudhuk menurut bahasa bererti bersih dan indah. Menurut Syarak bererti membersihkan anggota-anggota wudhu’ untuk menghilangkan hadas kecil.
       
Wudhuk adalah suatu syarat untuk sahnya shalat yang dikerjakan sebelum seseorang mengerjakan shalat . Perintah wajib wudhuk ini sebagaimana firman Allah SWT  :










        Maksudnya :
“ Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mengerjakan shalat , basuhlah mukamu dan dua tanganmu hingga kedua siku , sapulah kepalamu kemudian basuhlah kedua kakimu hingga kedua mati kaki “ .
                        (  Al-Maidah :t 6 )

      1. Syarat-syarat sahnya wudhuk.

Wudhuk, baru dikatakan sah, apabila ada syarat-syarat sebagai berikut :
  1. Islam : Orang yang tidak beragama Islam tidak sah mengerjakan wuduk.
  2. Mumayyiz : Ertinya orang sudah tahu membezakan antara baik dan     buruk dari pekerjaan yang dilakukan.
  3. Menggunakan air yang suci menyucikan untuk mengangkat hadas.
  4. Tidak ada sesuatu benda yang dapat menghalangi sampainya  air wuduk pada anggota wuduk.
  5. Tidak ada sesuatu pada anggota wudhu’ yang dapat merubah air       yang digunakan untuk berwuduk.

      1. Fardhu Wudhuk.
  1. Niat Wudhuk: Hendaknya berniat menghilangkan hadas kecil, dan cara melakukannya tepat pada waktu membasuh muka .
  2. Membasuh muka : Yakni mulai dari tempat tumbuh rambut kepala dan hujung dagu sampai antara kedua telinga.
  3. Membasuh kedua belah tangan sampai siku.
  4. Menyapu sebahagian dari kepala rambut.
  5. Membasuh dua belah kaki sampai kedua mata kaki.
  6. Tertib :  Ertinya menurut urutan dari huruf a hingga e.





8.4.10    Sunat-Sunat Wudhuk.  

Mengenai sunat-sunat wuduk dapat diutarakan sebagai berikut:
  1. Membaca basmallah sebelum melakukan wuduk.
  2. Membasuh tapak tangan hingga pergelangan tangan.
  3. Berkumur-kumur dan membersihkan lubang hidung.
  4. Membasuh seluruh kepala.
  5. Mengusap kedua-dua telinga bahagian luar dan dalam.
  6. Mendahulukan anggota wuduk yang kanan dari yang kiri.
  7. Menyela-nyela jari tangan dan kaki.
  8. Meniga kalikan pada tiap-tiap membasuh anggota wuduk.
  9. Berurutan : Tidak lama selang waktunya dalam mengerjakan anggota yang satu dengan yang lain
  10. Tidak berkata-kata ketika mengerjakan wuduk
  11. Bersiwak
  12. Menghadap kiblat
  13. Membaca doa setelah selesai mengerjakan wuduk sebagai  berikut


    Maksudnya:

“ Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah yang Tunggal, tiada sekutu baginya, Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hambaNya, dan pesuruhNya . Ya Allah, jadikanlah saya dari golongan  ahli bertaubat dan jadikanlah saya orang suci dan jadikanlah saya termasuk dari golongan hamba-Mu yang soleh”

8.4.11    Yang Membatalkan Wudhuk.

Hal-hal yang membatalkan wudhuk ialah :
  1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur meskipun hanya angin .
    Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT :
              


              Maksudnya :

          “ Atau datang seorang di antara kamu dari buang air”
                        (  An- Nisa’ : ayat 43)

Dengan keterangan ayat di atas, jelas bagi orang yang buang air, jika  tidak ada air hendaklah ia bertayamum, bererti buang air itu membatalkan wuduk .

Dalam hadis dinyatakan oleh Rasullah SAW sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“ Allah tidak menerima shalat diantara kamu jika berhadas ,  sehingga lebih dahulu ia berwudhuk “
                    ( H. R. Bukhari dan Muslim)
  1. Hilang akal kerana gila, pengsan , mabuk atau tidur nyenyak.
    Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

Dari Mu’awiyah berkata : Bahawasanya Rasulullah telah bersabda: “Mata itu pengikat dubur, maka apabila telah tidur dua mata, terlepaslah pengikat itu .”
                        (H.R. Ahmad dan Thabrani)

        Dan ia menambahkan hadis ini yang bermaksud:

        “Barang siapa tidur hendaklah  ia berwuhuk”


3.    Bersentuh kulit antara laki-laki dan perempuan yang bukan muhrimnya dan tidak memakai tutup.
    Firman Allah SWT :


   
   
    Maksudnya:
“ ……… atau bersentuh dengan perempuan  ( yang bukan muhrim ) “.
        ( An – Nisa’ : 43 )

4.    Tersentuh kemaluan ( qubul atau dubur ) dengan tapak tangan     atau jari yang tidak memakai tutup.