KESAN KEMAJUAN SAINS
 1Unit
OBJEKTIF AM
1
 Mengetahui konsep asas perkembangan kemajuan sains  dan teknologi semasa serta kesannya kepada manusia
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit anda dapat :
- menyatakan kesan-kesan hasil kemajuan sains dan teknologi
- membezakan antara kesan baik dan buruk terhadap perkembangan kemajuan sains dan teknologi
- menerangkan kesan-kesan perkembangan kemajuan sains dan teknologi berdasarkan nilai-nilai moral sejagat.
INPUT
PENGENALAN
Kepesatan  kemajuan sains dan teknologi menyebabkan pelbagai jenis alatan  dan  penemuan- penemuan baru dicipta dan diterokai oleh manusia. Secara  sepintas lalu, kemajuan sains ini banyak mendatangkan kebaikan dan  manfaat kepada manusia sekiranya digunakan ke jalan yang baik dan  selamat. Namun begitu , sekiranya disalahgunakan , kemajuan sains juga  bakal menimbulkan elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral.  Penemuan kaedah DNA, pengklonan, Bayi Tabung uji dan sebagainya  merupakan manfaat yang diperolehi manusia hasil kemajuan sains dan  teknologi. Penemuan-penemuan ini tidak terkecuali mendatangkan  kesan-kesan positif dan juga negatif kepada manusia
1.1 APAKAH ITU TEKNOLOGI DNA ?
Asid Deoksiribonukleik  atau nama singkatannya DNA merupakan sebatian kimia yang kompleks iaitu  karbon, hidrogen, oksigen dan fosforus yang ditemui di dalam nucleus  setiap sel yang membawa maklumat yang diperlukan untuk perkembangan  seseorang individu. Dengan kata lain DNA bermaksud proses mengenal pasti  profil atau identity seseorang berdasarkan kaedah saintifik.
     DNA terdiri daripada unit-unit nukleotida. Setiap unit nukleotida  mengandungi tiga molekul asas iaitu gula deoksiribosa, bes bernitrogen   dan kumpulan fosfat yang terangkai bersama. Satu molekul DNA boleh  mengandungi antara empat hingga lima juta unit nukleotida.
Berdasarkan model  yang dicadangkan oleh James Watson dan Francis Crick  (1953), struktur molekul DNA terdiri daripada dua baris nukleotida yang  tersusun dalam bentuk heliks ganda dua dan diikat antara satu sama lain  dengan sepasang bes bernitrogen. Struktur heliks ganda dua ini  membolehkan DNA diperduakan semasa pembahagian sel. Penduaan ini  memastikan setiap gen tidak berubah semasa pembahagian sel, dan sel  zuriat adalah serupa. Jumlah DNA yang terkandung dalam satu kromosom  adalah tetap.
Pada  umumnya bahan-bahan yang boleh digunakan dalam analisis DNA adalah  terhad kepada bahan-bahan biologi semulajadi. Berikut adalah senarai  bahan-bahan biologi yang  mana DNA telah berjaya diasingkan dan  dianalisis :
- Darah dan kesan darah
- Air mani dan kesan air mani
- Tisu
- Tulang dan organ
- Rambut / bulu yang mempunyai akar
Bahan-bahan  biologi yang lain seperti air liur, air kencing, air mata dan peluh  boleh juga dianalisis sekiranya mempunyai DNA yang mencukupi. Oleh  kerana DNA adalah bahan biologi ia akan mudah terurai atau rosak jika  sumber-sumber tersebut terdedah kepada haba, kelembapan dan bakteria.
1.1.2 KEPENTINGAN DNA
     Pemprofilan DNA adalah satu kaedah yang digunakan secara meluas  dimakmal-makmal forensik diseluruh dunia. Ia digunakan bagi menentukan  samada sesuatu bahan bukti biologi yang ditemui ditempat kejadian  jenayah mempunyai hubungkait dengan suspek atau tidak. Kaedah  mengenalpasti identiti ini juga dipergunakan kepada penentuan hubungan  kekeluargaan, mengenalpasti status anak yang dicurigai dan kes-kes  jenayah seperti rogol dan pembunuhan.    
1.1.3 KEBURUKAN DNA
- Manipulasi gen dalam bidang pertanian dan penternakan akan menghasilkan haiwan dan tumbuhan transgenik yang bermutu tinggi. Tetapi masalah sosial dan ekonomi akan timbul jika tidak ada pengawalan daripada pihak yang bertanggungjawab.
- Teknologi DNA akan akan memberikan kita pemahaman yang lebih mendalam tentang diri kita. Namun begitu akan ada pihak yang akan menyalahgunakan pemahaman ini yang boleh menimbulkan banyak isu moral yang kontroversi seperti percubaan untuk menentukan keadaan rupa bentuk fizikal dan mental seseorang manusia.
- Negara yang maju akan menggunakan kemajuan teknologi ini untuk meningkatkan mutu populasinya, seterusnya akan menggunakan kelebihan ini untuk mengawal seterusnya menindas Negara-negara yang lemah.
1.2 PENGKLONAN  (CLONING)
INPUT
 PENGENALAN
     Pengklonan secara amnya adalah teknik menghasilkan keturunan dengan kod  genetik yang sama dengan induknya pada makhluk tertentu. Baik berupa  haiwan, tumbuhan dan juga manusia. Teknik ini terlebih dahulu  dipraktikkan keatas tumbuhan dan haiwan sejak 10 tahun lalu bertujuan  untuk meningkatkan dan menjaga kualiti tanaman dan ternakan.
1.2.1 KAEDAH PENGKLONAN
     Dalam kontek manusia, pengklonan dilakukan dengan cara mengambil sel  tubuh (sel somatic) dari tubuh manusia misalnya sel kulit. Inti sel yang  mengandungi DNA (nukleusnya) tubuh ini kemudian diambil dan ditanam  pada sel telur (ovum) wanita yang telah dikeluarkan inti selnya. Dengan  bantuan sejenis cairan kimia khas dan den
yutan  eletrik, inti sel dari tubuh itu disatukan dengan ovum. Denyutan  eletrik kedua akan diberikan untuk memulakan pembuahan dan percambahan  sel. Sel yang bercambah akan dipindahkan kesalam rahim seseorang wanita  agar ianya dapat berkembang membentuk janin sempurna. Setelah itu bayi  yang berasal dari janin itu dilahirkan secara tabie. Keturunan yang  dihasilkan akan mempunyai kod genetik yang sama dengan induknya iaitu  orang yang menjadi sumber inti sel tubuh yang telah ditanam pada sel  telur perempuan.
Kaedah pengklonan terbahagi kepada dua :
Pertama  Pengklonan Reproduktif, ia bermula dengan sel A yang mempunyai nucleus  sel B kemudian disuntik ke dalam rahim wanita (ibu tumpang). Lalu lahir  individu yang mempunyai rupa paras dan kandungan genetik yang sama  dengan B. Teknik ini banyak menimbulkan persoalan dari segi agama,  etika, moral dan akhlak. Anak yang dilahirkan tidak mempunyai ibu bapa  serta penghasilannya tidak melalui proses kelahiran yang normal (proses  persenyawaan lelaki dan wanita). 
1.2.3 KELEBIHAN PENGKLONAN
- Klon yang mempunyai ciri terbaik dipilih dari induk terbaik dan bermutu serta berdaya tahan yang tinggi terhadap serangan penyakit atau serangga perosak dalam bidang pertanian.
- Tempoh masa untuk mengdapatkan hasil akan lebih singkat dan ini akan dapat meningkatkan tahap ekonomi para pengusaha dalam bidang pertanian.
- Pengklonan adalah satu cara pembiakan vegetatif. Maka pengklonan tidak memerlukan gen pendebungaan. Dengan demikian pengklonan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
- Pengklonan Terapeutik bertujuan untuk menyembuh penyakit manusia seperti lemah jantung, kanser, Parkinson, Alzheimer dan leukemia. Ia dilakukan dengan menggunakan sel, tisu dan organ. Oleh kerana tujuannya lebih murni pengklonan reproduktif kerana memberi harapan kepada pesakit yang mengidap penyakit kronik maka bayak pihak yang membenarkan kaedah pengklonan ini.
- KEBURUKAN PENGKLONAN
1.     Klon yang diperoleh daripada kultur tisu tidak menunjukan perbezaan dari segi  
        genetik. Oleh itu apabila keadaan persekitaran menjadi tidak sesuai keseluruhan 
        klon mungkin terhapus sama sekali.
- Pengklonan merupakan kaedah pembiakan manusia yang berlaku tidak secara semulajadi. Akan ada orang yang akan memandang bukanlah konsep perkahwinan sahaja yang dapat mengembangkan keturunan dan zuriat.
- Setiap hasil klon akan mempunyai daya rintangan yang sama, apabila berlaku serangan penyakit dan makhluk perosak kesemuanya akan musnah dengan cepat.
1.3 BAYI TABUNG UJI
INPUT
PENGENALAN
    Satu  kaedah perubatan untuk mendapatkan anak melalui proses persenyawaan di  antara benih suami dan isteri di dalam tiub tabung uji.
1.3.1 KAEDAH PELAKSANAAN
- Benih suami yang berkualiti sahaja yang akan dipilih
- Isteri diberikan suntikan hormon bagi membantu beliau mengeluarkan lebih banyak telur yang berkualiti
- Persenyawaan akan dilakukan di dalam makmal dengan persekitaran yang sesuai di dalam tiub ujikaji samada dengan teknik laporoskop atau suntikan melalui faraj.
- Apabila persenyawaan berjaya dilakukan dalam masa 72 jam, embrio akan dimasukkan kedalam rahim
- Perkembangan seterusnya akan dilakukan melalui teknik ultrasound atau ujian air kencing untuk memastikan wanita itu mengandung atau tidak
1.3.2 ALASAN KAEDAH INI DILAKUKAN
- Isteri tidak dapat hamil secara normal
- Faktor kesihatan seperti menghidapi penyakit kencing manis
- Benih suami tidak cukup atau tidak aktif
- Tidak dapat dikesan sebabnya
1.3.3 KEBAIKAN 
- Dapat membantu pasangan yang tidak dapat memperolehi anak.
- Alternatif yang sah bagi mengantikan kaedah klon
- Dapat menghasilkan bayi yang normal
- Penemuan baru yang boleh membantu manusia dalam kehidupan
1.3.4 KEBURUKAN
- Penyalahgunaan kaedah dengan menggunakan benih orang lain atau haiwan
- Kaedah ini akan digunakan untuk tujuan komersial bukan satu bantuan kepada manusia
- Tanggapan orang ramai terhadap anak-anak tersebut lebih kepada positif
- Menggangu proses persenyawaan semulajadi manusia
1.3.5 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
- Satu badan khas yang mengkaji dan mengurus isu ini hendaklah ditubuhkan dengan keanggotaan daripada disiplin perubatan, kemasyarakatan dan keagamaan
- Satu akta khas perlu digubal untuk menanganinya
- Pendidikan dan kefahaman yang jelas perlu disebarkan kepada rakyat secara tepat
- Proses bagi kaedah ini dari mula hingga akhir hendaklah diawasi terutamanya dari perspektif agama dan moral
1.3.6 RUMUSAN
- Kaedah ini adalah satu alternatif bagi pasangan yang belum mendapat anak
- Pelaksanaan kaedah ini akan berjaya dari sudut agama nilai dan norma masyarakat. Apabila mereka yang terlibat sedar dan ikhlas melaksanakannya
- Manusialah yang menentukan baik buruknya kaedah ini berdasarkan pertimbangan agama, akal, niali dan norma masyrakat
1.4 IBU TUMPANG ( SURROGATE  MOTHER )
INPUT
PENGENALAN
     Ibu tumpang merujuk kepada seseorang yang mengambil tempat seorang yang  lain dalam perihal mengandung dan melahirkan anak. Benih bayi dari  pasangan lain akan disemai dalam organ peranakannya hinggalah ia  melahirkan bayi tersebut. Ibu tumpang akan menyerahkan  bayi yang  dilahirkannya kepada pasangan tadi untuk dibesarkan. Kaedah ibu tumpang  dilakukan dengan dua cara, pertama Straight Surrogacy  adalah ibu tumpang  yang menggunakan telurnya sendiri untuk  disenyawakan dengan seperma lelaki yang terlibat. Kaedah kedua ialah Host Surrogacy iaitu ibu tumpang akan membawa anak genetik pasangan yang mandul kedalam rahimnya.
     Alasan kaedah ini digunakan antaranya permasalahan peranakan yang  dihadapi oleh isteri samada tiub fallopio yang terlalu sempit, badan  yang terlalu lemah atau factor kesihatan seperti penyakit kencing manis.  Alasan yang kedua sebagai alternatif bagi mengelakan dari mengambil  anak angkat yang terbukti bukan daripada keturunan bagi  pasangan yang  sukar mendapat anak.
     Kebanyakan ibu tumpangan adalah terdiri daripada kawan rapat atau anak  saudara kepada pasangan yang tidak ada anak. Kegiatan ibu tumpangan  semakin berleluasa dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini.  Kebanyakan tempat mempunyai agen-agen ibu tumpangan yang berpotensi  serta dapat membantu pasangan yang berkenaan mendapat anak. Agen ibu  tumpangan biasanya dikendalikan oleh doctor atau peguam. Agen ibu  tumpangan yang dibuka untuk tujuan komersial biasanya mengenakan bayaran  lebih kurang RM 10, 000.
1.4.1 KEBAIKAN IBU TUMPANGAN
- Merupakan satu alternatif dan penyelesaian masalah kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat.
- Memperoleh anak secara sah daripada darah daging sendiri untuk kesinambungan keturunan dan pewarisan harta.
- Mengelak dari meningkatnya konflik rumahtangga yang berpunca dari masalah tidak mempunyai keturunan
1.4.2 KEBURUKAN
- Kadar perbelanjaan yang tinggi sekiranya dijalankan dalam bentuk komersial
- Akan berlaku kecacatan atau kematian kerana ianya berlaku bukanlah secara semulajadi.
- Kesanggupan memelihara anak sekiranya anak yang dilahirkan tidak memenuhi seperti yang diharapkan seperti adanya kecacatan pada anak tersebut.
Untuk menguji kefahaman anda, sila laksanakan aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
AKTIVITI 1A
1.1 Apakah maksud DNA menurut pemahaman anda ?
1.2. Senaraikan bahan biologi yang boleh digunakan dalam analisis DNA ?
1.3. Apakah yang dimaksudkan dengan pengklonan ?
1.4. Berikan tiga kesan buruk kepada teknologi pengklonan.
1.5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayi tabung uji ?
1.6. Apakah alasan kaedah bayi tabung uji dilakukan ?
1.7. Apakah yang dimaksudkan dengan Ibu Tumpangan ?
1.8. Berikan dua kebaikan dan dua keburukan pengamalan kaedah Ibu Tumpang ?
MAKLUM BALAS
AKTIVITI 1A
- Asid Deoksiribonukleik atau nama singkatannya DNA merupakan sebatian kimia yang kompleks iaitu karbon, hydrogen, oksigen dan fosforus yang ditemui di dalam nukleus setiap sel yang membawa maklumat yang diperlukan untuk perkembangan seseorang individu.
- Bahan-bahan biologi yang dianalisis :
- Darah dan kesan darah
- Air mani dan kesan air mani
- Tisu
- Tulang dan organ
- Rambut / bulu yang mempunyai akar
- Pengklonan secara amnya adalah teknik menghasilkan keturunan dengan kod genetik yang sama dengan induknya pada makhluk tertentu. Baik berupa haiwan, tumbuhan dan juga manusia
- Kesan buruk pengklonan
- Klon yang diperoleh daripada kultur tisu tidak menunjukan perbezaan dari segi genetik. Oleh itu apabila keadaan persekitaran menjadi tidak sesuai keseluruhan klon mungkin terhapus sama sekali.
- Pengklonan merupakan kaedah pembiakan manusia yang berlaku tidak secara semulajadi. Akan ada orang yang akan memandang bukanlah konsep perkahwinan sahaja yang dapat mengembangkan keturunan dan zuriat.
- Setiap hasil klon akan mempunyai daya rintangan yang sama, apabila berlaku serangan penyakit dan makhluk perosak kesemuanya akan musnah
- Satu kaedah perubatan untuk mendapatkan anak melalui proses persenyawaan
      diantara benih suami dan isteri di dalam tiub tabung uji.
1.6 Alasan kaedah ini dilakukan
- Isteri tidak dapat hamil secara normal
- Faktor kesihatan seperti menghidapi penyakit kencing manis
- Benih suami tidak cukup atau tidak aktif
- Tidak dapat dikesan sebabnya
- Ibu tumpang merujuk kepada seseorang yang mengambil tempat seorang yang lain dalam perihal mengandung dan melahirkan anak. Benih bayi dari pasangan lain akan disemai dalam organ peranakannya hinggalah ia melahirkan bayi tersebut.
- Kebaikan Ibu Tumpang :
- Merupakan satu alternatif dan penyelesaian masalah kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat.
- Memperoleh anak secara sah daripada darah daging sendiri untuk kesinambungan
       Keburukan Ibu Tumpang :
- Kadar perbelanjaan yang tinggi sekiranya dijalankan dalam bentuk komersial
- Akan berlaku kecacatan atau kematian kerana ianya berlaku bukanlah secara semulajadi.
- PIL PENCEGAH KEHAMILAN
INPUT
PENGENALAN
     Pil pencegah kehamilan merujuk kepada pil yang digunakan oleh golongan  wanita untuk mengelak daripada hamil (mengandung). Pil ini berperanan  untuk mengelakkan daripada kesuburan pada sistem peranakan seseorang  wanita sebagai salah satu cara perancangan keluarga. Hampir 70 juta  wanita seluruh dunia sejak 15 tahun dulu telah menggunakan pil ini.
1.5.1 KEBAIKAN PIL PENCEGAH KEHAMILAN
- Merancang kelahiran anak atas sebab keadaan ekonomi sesebuah keluarga dan juga negara. Masalah kepadatan penduduk dapat diatasi dan masalah kemiskinan dapat dikurangkan.
- Untuk membantu seseorang ibu yang menghadapi masalah untuk hamil dan melahirkan anak. Misalnya ibu yang mempunyai penyakit yang menghalang tumbesaran bayi di dalam rahim. Selain itu ibu yang tidak sesuai untuk hamil kerana peringkat umur terlalu muda atau terlalu tua
1.5.2 KEBURUKAN PIL PENCEGAH KEHAMILAN
- Akan disalahgunakan oleh mereka yang tidak mempunyai alasan yang benar-benar kukuh untuk menggunakannya.
- Mempunyai kesan sampingan terhadap pengguna yang menggunakan secara berlebihan atau tidak terkawal seperti penyakit berbahaya kanser dan sebagainya.
- Jumlah penduduk bagi sesebuah negara akan mengalami kekurangan sekiranya penggunaannya tidak dikawal dengan baik.
1.6 PENCEMARAN ALAM SEKITAR
INPUT
 PENGENALAN
     Pencemaran alam sekitar merujuk kepada sebarang aktiviti manusia yang  boleh menyebabkan alam sekitar menjadi kotor dan tercemar. Pencemaran  alam sekitar terbahagi kepada empat :
- Pencemaran udara
- Pencemaran air
- Pencemaran tanah
- Pencemaran bunyi
1.6.1 PENCEMARAN UDARA
     Pencemaran ini berlaku apabila sesuatu bahan atau kumpulan bahan-bahan  dimasukkan atau dilepaskan ke udara sehingga ia dapat mempengaruhi  keadaan udara menjadi tercemar dan membahayakan kepada manusia dan juga  makhluk-makhluk yang lain. Pencemaran udara terbahagi kepada dua  kategori iaitu, pepejal cemar udara yang terdiri daripada zarah-zarah  terampai seperti asap, habuk dan debu. Kategori kedua iaitu gas-gas  cemar udara yang terdiri dari karbon monoksida, hidrokarbon,  oksida-oksida nitrogen, plumbum dan sebagainya.
     Menurut laporan Perkhidmatan kaji Cuaca Malaysia 58.1% bahan pencemar  udara adalah terhasil dari kenderaan, 23 % daripada penjana kuasa, 9.4 %  dari pembakaran terbuka.
1.6.2 PENCEMARAN AIR
Pencemaran  air berlaku apabila terdapat bahan yang boleh memberikan kesan yang  negatif kepada kehidupan manusia dan makhluk lain. Antara bahan yang  boleh menyumbang kepada berlakunya pencemaran air ialah :
- Kumbuhan dan najis ternakan yang disalurkan ke sungai dan diuraikan oleh bacteria yang melibatkan sejumlah besar oksigen. Ini akan mengakibatkan berkurangnya kandungan oksigen di dalam air bagi kehidupan di dalamnya.
- Bahan kimia organik seperti seperti racun perosak, bahan pewarna dan bahan kimia bukan organik yang larut dalam air seperti sebatian plumbum dan merkuri akan merosakan kualiti air.
- Bahan yang tidak larut seperti tanah yang masuk kedalam sungai akibat hakisan dan pepejal terapung menyebabkan sungai cetek dan kotor.
1.6.3 PENCEMARAN TANAH
Pencemaran  tanah berlaku apabila terdapat aktiviti yang boleh merosakkan kualiti  tanah. Antara aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran  tanah ialah :
- Penerokaan dan penggondolan hutan yang tidak terancang telah menggangu habitat dan ekosistem serta keseimbangan alam.
- Membuang sisa toksid tanpa kawalan yang sewajarnya menyebabkan tanah tercemar dan beracun
- Penggunaan racun seranggadan rumpai secara berleluasa menyebabkan tanah hilang keasliannya.
- Banjir besar akan menghakiskan kesuburan tanah penghakisan yang membahayakan kepada manusia.
1.6.4 PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran  ini berlaku apabila kenyaringan dan kekuatan sesuatu bunyi melampaui  kemampuan telinga manusia mendengarnya. Pencemaran bunyi akan berlaku  akibat aktiviti-aktiviti berikut :
- Kerja-kerja pembinaan yang menggunakan peralatan dan jentera yang boleh mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.
- Letupan kuari dan ujian bom boleh membawa kepada pencemaran bunyi.
- Kerja-kerja perindustrian yang banyak menggunakan peralatan dan jentera yang mampu mengeluarkan bunyi yang kuat.
- Kenderaan bermotor yang mengeluarkan bunyi yang kuat.
- Aktiviti meletupkan banggunan yang lama atau seumpamanya turut menyumbang ke arah pencemaran bunyi.
1.7 EUTHANASIA
INPUT
 PENGENALAN
Euthanasia berasal daripada perkataan  Greek ‘eu’ bermaksuad baik dan ‘thanasia’   mati . Pengertian asal euthanasia ialah kematian secara aman, senyap  dan senang, berbeza dengan kematian dalam keadaan kesakitan atau  disebabkan oleh siksaan yang dipanggil sebagai ‘cacothanasia’.
Dengan  kata lain euthanasia bermaksud pembunuhan yang dilakukan secara sengaja  dengan tujuan untuk menghilangkan penderitaan yang ditanggung oleh  seorang pesakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh kembali.
     Euthanasia dilakukan secara sukarela atau paksaan. Sukarela bermaksud  pesakit sendiri yang melakukannya atau meminta orang lain melakukannya,  dalam kontek ini boleh juga disebut bunuh diri. Paksaan pula mermaksud,  individu lain yang melakukannya tanpa memdapat keizinan dari pesakit,  Keadaan ini bolehlah kita samakan dengan perbuatan membunuh dengan  sengaja. 
1.7.1 PEMBAHAGIAN EUTHANASIA :
- Euthanasia aktif : Tindakan secara positif yang dilakukan untuk menamatkan hayat seseorang dengan memberikan sejenis ubat samada dengan mendapat kebenaran ataupun tidak.
- Euthanasia pasif : Membiarkan pesakit mati tanpa memberikan rawatan lanjut.
Kini,  hasil daripada perkembangan dan kemajuan dalam bidang sains dan  teknologi, terutamanya kemajuan dalam bidang perubatan, nyawa manusia  telah dapat dilanjutkan dengan menggunakan ubatan atau alat pernafasan  yang moden. Manusia seakan-akan dapat menentukan sama ada ingin  mematikan atau menghidupkan seseorang pesakit atau orang tua. Keadaan  ini menimbulkan beberapa isu tentang kematian. 
Kini wujud empat situasi yang boleh menimbulkan keadaan serba salah di kalangan manusia mengenai isu kematian ini :
- Kes Karen Ann Quinlan yang mengalami kecacatan otak yang teruk dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri tanpa mempunyai harapan langsung untuk sembuh. Begitu juga persoalannya dengan kes-kes orang tua yang menghadapi penyakit otak kerana tua ( senile ). Isu di sini ialah adakah patut si pesakit itu dihidupkan dengan menggunakan alat atau dibiarkan mati secara semulajadi?
- Pesakit yang menghadapi penyakit yang berat, teruk dan berpanjangan seperti penyakit barah yang tidak dapat diubati lagi. Berbeza dengan kes 1, dalam situasi ini keadaan mental pesakit adalah normal. Faktor pokok ialah penderitaan, kesakitan dan keadaan penyakit yang pasti akan membawa maut. Persoalannya : Adakah seseorang dalam keadaan ini ada hak untuk mati, jika itu kemahuannya dan pilihannya ?
- Mangsa-mangsa kemalangan yang kehilangan hampir kesemua keupayaan untuk berfungsi secara normal dan bebas, termasuk mereka yang lumpuh atau yang bergantung kepada alat-alatan perubatan untuk terus hidup. Penderitaan yang dihadapi oleh pesakit dalam kes ini tidak akan membawa maut. Sekiranya mereka ingin mati, patutkah mereka dibenarkan berebuat demikian ?
- Bayi yang dilahirkan dengan kecacatan genetik yang teruk dan kebanyakan daripada mereka tidak mungkin hidup lebih daripada satu atau dua tahun. Bayi jenis ini akan hidup dalam keadaan kesakitan dan tidak berupaya. Adakah patut bayi seperti ini dimatikan tanpa usaha rawatan diberikan kepadanya ?
Untuk  menguji kefahaman anda, sila selesaikan aktiviti berikut. Jika anda  tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input  yang anda rasa masih kabur.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
AKTIVITI 1B
1.7  Apakah yang dimaksudkan dengan  Pil Pencegah Kehamilan ?
1.8 Bagaimanakah pil ini berperanan ?
1.9 Apakah kesan sampingan hasil dari pengambilan pil ini ?
1.10 Pencemaran alam sekitar terbahagi kepada empat kategori iaitu :
1.11 Bagaimanakah pencemaran udara berlaku ?
1.12 Apakah bentuk aktiviti manusia yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanah ?
Susah juga soalan ni, kalau macam ni aku kena studi lebih lagi ni…. Baru boleh jawab ….
MAKLUM BALAS
AKTIVITI 1B
- Pil pencegah kehamilan merujuk kepada pil yang digunakan oleh golongan wanita untuk mengelak daripada hamil (mengandung).
- Pil ini berperanan untuk mengelakan daripada kesuburan pada sistem peranakan seseorang wanita sebagai salah satu cara perancangan keluarga
- Kesan sampingan hasil dari pengambilan pil ini :
- Akan disalah gunakan oleh mereka yang tidak mempunyai alasan yang benar-benar kukuh untuk menggunakannya.
- Mempunyai kesan sampingan terhadap pengguna yang menggunakan secara berlebihan atau tidak terkawal seperti penyakit berbahaya kanser dan sebagainya.
- Jumlah penduduk bagi sesebuah negara akan mengalami kekurangan sekiranya penggunaannya tidak dikawal dengan baik.
1.10 Kategori pencemaran alam :
- Pencemaran udara
- Pencemaran air
- Pencemaran tanah
- Pencemaran bunyi
- Pencemaran ini berlaku apabila sesuatu bahan atau kumpulan bahan-bahan
        dimasukan atau lepaskan ke udara sehingga ia dapat mempengaruhi keadaan udara 
        menjadi tercemar dan membahayakan kepada manusia dan juga makhluk-makhluk 
        yang lain.
1.12  Antara aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanah ialah :
- Penerokaan dan penggondolan hutan yang tidak terancang telah menggangu habitat dan ekosistem serta keseimbangan alam.
- Membuang sisa toksid tanpa kawalan yang sewajarnya menyebabkan tanah tercemar dan beracun
- Penggunaan racun seranggadan rumpai secara berleluasa menyebabkan tanah hilang keasliannya.
- Banjir besar akan menghakiskan kesuburan tanah penghakisan yang membahayakan kepada manusia.
Susah jugak soalan tadi.. Lepas ni kena jawab soalan penilaian kendiri pulak …..
PENILAIAN KENDIRI
UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.
Soalan Satu
Sekiranya  anda sebagai salah seorang pegawai di Kementerian Sains Teknologi dan  Alam sekitar. Apakah perancangan anda dalam usaha untuk menangani  masalah pencemaran alam sekitar dalam negara kita?
Soalan Dua.
Bincangkan  tiga kesan positif dan negatif yang timbul ekoran hasil dari  perkembangan kemajuan sains kepada nilai-nilai kemanusiaan berdasarkan  perspektif moral.
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
Soalan Satu
- Merancang sesuatu program yang dapat menimbulkan perubahan sikap dikalangan masyarakat agar lebih merasa bertanggungjawab dalam aktiviti kehidupan mereka khususnya yang berkaitan dengan alam sekitar.
- Penguatkuasaan undang-undang yang ada hubungkait dengan alam sekitar supaya tidak ada pihak-pihak yang melakukan sesuatu yang boleh merosakan ekosistem dengan sewenang-wenangnya dan juga untuk kepentingan diri semata-mata.
- Mempertingkatkan lagi bentuk pengawalan supaya tidak mudah berlaku pencerobohan yang dapat menyebabkab berlakunya pencemaran.
Soalan Dua
Kesan positif
- Membantu menyelesaikan beberapa persoalan yang telah lama dihadapi seperti persoalan ekonomi, pendidikan dan kesihatan
- Mewujudkan persaingan dalam perkembangan sains untuk membuat penyelidikan dan penemuan-penemuan baru untuk kepentingan sejagat.
- Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru seterusnya dapat menyelesaikan masalah penganguran negara
Kesan negatif
- Terlalu mengejar kemajuan sains akan menyebabkan nilai-nilai akhlak, moral dan etika akan diabaikan.
- Hanya menumpukan sepenuhnya kepada pencapaian matlamat tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang akan timbul.
- Nilai kemanusiaan semakin terhakis, contohnya penggunaan binatang sebagai bahan ujikaji
Jom ke unit dua………………