UNIT 2
TEKNOLOGI MAKLUMAT
2
Unit
OBJEKTIF AM
Mengetahui konsep asas teknologi maklumat yang sedang berkembang pesat dan kesannya kepada manusia
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit anda dapat :
- menyatakan bentuk-bentuk teknologi maklumat yang sedang berkembang
- mengenalpasti kesan-kesan baik dan buruk dari teknologi maklumat
- menerangkan kesan-kesan teknologi maklumat dari perspektif moral.
INPUT
PENGENALAN
Teknologi  maklumat sedang berkembang pesat sekarang ini. Berbagai-bagai kemajuan  dan penciptaan baru telah diterokai . Tidak dinafikan ia telah memberi  sumbangan yang besar ke arah perkembangan tamadun manusia. Dengan  penciptaan-penciptaan ini manusia dapat menikmati berbagai-bagai  kemudahan dan kesenangan dalam hidup mereka. Penciptaan komputer  contohnya, banyak membantu manusia menyelesaikan masalah mereka. Namun  begitu, ledakan teknologi maklumat ini juga telah mengundang  berbagai-bagai masalah dan kesan negatif kepada manusia kerana ia telah  disalahgunakan. Hakikatnya, teknologi maklumat memberikan dan menyumbang  kesan-kesan positif dan juga negatif kepada manusia.
- INTERNET DAN KESANNYA TERHADAP
MANUSIA
Istilah  internet merujuk kepada sistem maklumat global yang dihubungkan bersama  oleh sistem maklumat global yang berasaskan kepada Internet Protocol (IP) atau sambungan yang sepadan dengannya. Ia berkeupayaan berkomunikasi menggunakan Transmission Control Protocol ( ICP). Menurut Diane K. Kovacs di dalam bukunya “ The Internet Trainer’s Guide “ “Internet – Network of network base on logical one-to-one link of komputer via TCP/IP protocol software “.   Internet  juga boleh didefinasikan sebagai kumpulan jaringan bagi komputer atau  dengan kata lain kumpulan jaringan yang banyak yang membentuk satu  jaringan besar. Dari perkataan Internet , kita boleh pecahkan kepada “inter” dan “net “ ( network ) yang membawa maksud “antara jaringan”. Oleh itu ia boleh dimaksudkan sebagai jaringan antara jaringan.
     Internet mula digunakan pada tahun 1969 di Jabatan Pertahanan US  melalui projek ARPANET yang  bermaksud para saintis US saling berhubung  antara satu sama lain dengan menggunakan komputer walaupun dalam jarak  jauh. Ia adalah rangkaian internet yang pertama yang dipanggil  Transmission Control Protocol ataupun ( TCP/IP) dalam bahasa IT. Selepas  10 tahun barulah teknologi ini diperkenalkan dengan berprinsipkan  TCP/IP. Teknologi internet berkembang secara besar-besaran sekitar tahun  1990an.
     Di Malaysia satu badan telah ditubuhkan untuk mengendalikan dan  memajukan perkhidmatan internet di negara ini.   Badan tersebut ialah  Malaysian Institute of Microelectronic Sistem ( MIMOS ) yang ditubuhkan  pada 1 Januari 1985. Pada 1987, MIMOS mula melancarkan rangkaian  internet pertama yang dikenali sebagai Rangkaian Komputer Malaysia (  RangKom). Peringkat awal penggunaannya adalah terhad kepada  universiti-universiti tempatan sahaja dan tidak meluas kepada individu.  RangKom hanya tertumpu kepada penggunaan mel elektronik dan forum  elektronik sahaja. Pada 24 Januari 1990 MIMOS mula mengembangkan sistem  rangkaian internetnya dengan menubuhkan Joint Advance Research Integrated Networking  ( JARING ). Ia merupakan rangkain komputer yang pertama di Malaysia  yang membolehkan rakyat negara ini mendapat laluan atau akses ke  internet. 
     Memandangkan hanya MIMOS sahaja yang menyediakan perkhidmatan internet  sedangkan pada masa yang sama permintaan terhadap perkhidmatan ini  semakin meningkat, maka amat sesuai ketika ini diwujudkan satu atau  lebih penyedia perkhidmatan internet di negara ini. Oleh itu, pada 1  November 1996, Telekom Malaysia Berhad telah memperkenalkan perkhidmatan  Tmnet yang menawarkan perkhidmatan rantauan yang membolehkan pengguna  dari luar negara dapat mengakses internet dengan mudah.
2.1.1 CARA INTERNET BERFUNGSI 
Untuk membolehkan anda menggunakan internet anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya item-item berikut :
1. Sebuah komputer
2. Modem            
3. Talian TelefonAnda juga perlu mendaftar dengan Internet Service Provider  ( ISP) seperti TM Net dan Jaring . Internet akan beroperasi melalui  satu protokol yang dikenali sebagai TCP/IP yang menjadi platform  komunikasi dan penghantaran data ke seluruh dunia. 
2.1.2 KESAN INTERNET TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA DAN PANDANGAN MORAL
Kesan-kesan Positif :
    Menjimatkan masa dan kos
    Khazanah maklumat di hujung jari 
    Sumber maklumat yang terkini
    Perhubungan tanpa sempadan
    E.mail sebagai media hubungan berkesan dan pantas.
Kesan-kesan Negatif :
    Unsur pornografi dan bahan lucah secara terbuka ( tiada tapisan )
    Dakyah –dakyah palsu mudah disebarkan
    Menceroboh dan mencari maklumat sulit untuk tujuan jahat
    Media untuk menjalankan kegiatan haram
    Memudahkan virus menyusup ke dalam komputer.
Kesan Internet Menurut Perspektif Moral
    Budaya –budaya kuning ( barat ) akan merosakkan nilai-nilai murni masyarakat
    Krisis identiti  akan melanda jiwa golongan remaja khususnya
    Antara penyumbang kepada keruntuhan moral dan akhlak remaja
2.2 VIRUS DAN JENAYAH INTERNET
INPUT
PENGENALAN
Istilah  “ Virus Komputer “ sudah tidak asing lagi di kalangan pengguna komputer  di saat ini. Virus yang menyerang komputer ini hanyalah merupakan  program biasa, sepertimana  program-program komputer yang lain. Virus  komputer dicipta oleh seseorang dengan tujuan yang berbagai-bagai ,  tetapi secara umumnya para pencipta virus hanyalah ingin mengejar  populariti dan juga untuk tujuan komersil.  
Secara  umumnya “ Virus Komputer “ boleh didefinisikan sebagai satu program  komputer yang biasanya berukuran kecil yang dapat menyebabkan gangguan  atau kerosakan pada sistem komputer dan ia memiliki beberapa kemampuan  dasar seperti memperbanyakkan diri , menyembunyikan diri dan juga  kemampuan untuk mendapatkan informasi.  
Virus  boleh menyebabkan pelbagai kerosakan kepada sistem komputer seperti  memadam fail data, menghilangkan atur cara dan memusnahkan apa sahaja  yang ditemui dalam hard disk  komputer kita. Namun begitu, tidak semua virus menyebabkan kerosakan  tetapi hanya memaparkan mesej yang menyakitkan hati pada skrin komputer  kita seperti gambar-gambar lucah dan sebagainya.
CARA VIRUS MEREBAK
2.2.1 CARA VIRUS MEREBAK DAN BAGAIMANA MENCEGAHNYA
Melalui rangkaian jaringan komputer atau internet
Melalui perisian – menduduki boot sector dalam disket dan merebak jika disket yang serupa digunakan pada komputer lain
Virus  boleh dicegah dengan mengadakan satu tatacara pencegahan iaitu dengan  memeriksa disket dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya.  Antara contoh perisian  anti-virus yang boleh didapati di pasaran ialah  Norton Anti Virus, Mc Afee Anti Virus, PC- Cilin, Dr. Solomon Anti Virus  dan sebagainya.
2.2.2 KESAN VIRUS TERHADAP SISTEM KOMPUTER DAN ANALISA DARI SUDUT MORAL
Kesan Virus Terhadap Sistem Komputer
- Merosakkan hard disk iaitu master boot record
- Merosakkan perkakasan seperti monitor, papan kekunci dan tetikus dengan mengganggu ROM
- Memadam fail-fail dari hard disk
Pandangan Dari Perspektif Moral
- Tidak bertanggungjawab – mencipta perisian virus yang merosakkan nilai-nilai mulia / merosakkan sistem komputer orang lain
- Bersikap mementingkan kebendaan- pengguna terpaksa membeli perisian anti-virus yang biasanya dicipta oleh pencipta virus.
- Sifat keterlaluan – tingkahlaku yang melanggar norma-norma kemanusiaan
2.3 CETAK ROMPAK VCD, PROGRAM KOMPUTER DAN BAHAN INTELEK
INPUT
 PENGENALAN
Cetak Rompak boleh diertikan sebagai mengambil hasil kerja orang lain dan mengaku ianya sebagai hasil kerja sendiri.
Perbuatan  ini juga boleh dikatakan mencuri atau meniru hak rekacipta suatu  perniagaan atau sebarang ciptaan yang direka oleh pereka yang asli.  Aktiviti mengambil idea , konsep , tema atau layout  isi kandungan orang lain secara bulat-bulat juga boleh dikategorikan  sebagai suatu perbuatan cetak rompak.  Antara contoh bahan-bahan biasa  dan bahan intelek yang dicetak rompak ialah :
- CD album lagu
- Kaset album lagu
- VCD dan DVD
- Bahan bacaan ( komik, majalah dan sebagainya )
- Homepage internet
Kualiti  sesuatu media atau bahan yang dicetak rompak adalah tidak banyak  berbeza dengan kualiti media atau bahan asli sekiranya dilihat dari segi  fizikal. Tetapi, hasil daripada kualiti kerja cetak rompak tidaklah  sebaik yang original. Kemungkinan besar ianya disebabkan oleh pengeluar  perisian atau bahan certak rompak yang ingin menjimatkan kos dengan  bahan yang paling murah untuk mendapatkan hasil jualan yang lumayan .  Oleh itu, ia akan menyebabkan kualitinya kurang baik atau tidak  berkualiti langsung. Namun begitu, ia tidak merugikan pembeli-pembeli  kerana mereka boleh memulangkan kembali media atau bahan yang tidak  boleh dibaca atau gambar yang kabur, tidak lancar dan sebagainya kepada  penjual untuk digantikan dengan yang lain.  
2.3.1 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN CETAK ROMPAK
Kelebihan cetak rompak :
  Lebih murah dari bahan yang asli
- Keuntungan yang lumayan dalam
Masa yang singkat kepada pembuatnya.
- Meluaskan pasaran industri cetak
      rompak
Keburukan cetak rompak :
- Terdedah kepada virus perisian
- Tiada jaminan
- Tidak layak menerima versi baru yang di kemaskini
- Kerugian yang banyak di pihak pereka yang asli
Untuk  menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak  berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang  anda rasa masih kabur.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
              AKTIVITI 2A
- Teknologi Internet sedang berkembang pesat di Malaysia. Pengguna Internet juga semakin bertambah dari hari ke hari. Tidak dinafikan dengan penggunaan internet kita dapat menerokai alam maklumat dengan cepat dan mudah. Namun begitu, terdapat beberapa kesan negatif dari penggunaan internet . Nyatakan TIGA daripadanya :
1._____________________________________________________________
2._____________________________________________________________
3._____________________________________________________________
- En. Azmir ialah seorang pakar dalam bidang pengaturcaraan komputer . Beliau telah mencipta satu perisian virus yang bernama PolSul.03 yang akan memaparkan imej pornografi kepada komputer yang dijangkitinya. Adakah tindakan En. Azmir ini boleh dianggap sebagai jenayah internet ? Bincangkan tindakan beliau ini dari perspektif Pendidikan Moral.
- Isu Cetak Rompak semakin hangat diperbincangkan di media massa. Anda ialah seorang pelajar yang telah dididik dengan nilai-nilai murni dalam subjek Pendidikan Moral. Nyatakan apakah tanggungjawab anda dalam menangani isu cetak rompak ini.
Sudahkan anda menyelesaikan aktiviti 2A. Mari kita bincang jawapannya
MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A
2.1 Tiga kesan negatif  penggunaan Internet :
i..    Unsur pornografi dan bahan lucah secara terbuka ( tiada tapisan )
ii.    Dakyah –dakyah palsu mudah disebarkan
      iii. Menceroboh dan mencari maklumat sulit untuk tujuan jahat2.2 Ya , dari sudut Pendidikan Moral, beliau telah mengamalkan nilai-nilai yang negatif seperti : 
i. Tidak bertanggungjawab – mencipta perisian virus yang merosakkan nilai-nilai mulia  ( unsur pornografi )
ii. Bersikap mementingkan kebendaan- pengguna terpaksa membeli perisian anti-virus yang biasanya dicipta oleh pencipta virus.
iii. Sifat keterlaluan – tingkahlaku yang melanggar norma-norma kemanusiaan
2.3    Tanggungjawab pelajar dalam isu Cetak Rompak :
i. Membeli hanya perisian dan bahan-bahan yang asli ( original ) sahaja
ii.Memastikan bahawa kita menerima disket, buku panduan dan dokumen yang sah sahaja.
     iii.Menyedarkan orang ramai tentang kesalahan membeli barangan cetak rompakJom kita sambung lagi perbincangan tentang teknologi maklumat ……
- TV SATELIT DAN TV KABEL
INPUT
PENGENALAN
Satelit  TV dan Kabel TV merupakan  dua bentuk media pancaran yang menggunakan  medium satelit dan kabel untuk mendapatkan siarannya. Menurut Kamus  Dewan  , televisyen ( TV ) bermaksud penyiaran ( pancaran ) gambar hidup     ( gambar bergerak ) beserta bunyi menerusi kabel atau udara pada  skrin atau kaca peti televisyen.  Satelit pula bermaksud sejenis alat  rekaan manusia yang dilancarkan mengedari bumi, bulan atau planet lain  untuk tujuan perhubungan , penyelidikan dan sebagainya. Ia terletak di  ruang angkasa iaitu lebih kurang 22300 batu daripada bumi dan berputar  di dalam satu orbit dan kelajuannya sama dengan kelajuan bumi berputar.  Komunikasi melalui satelit memerlukan stesen-stesen di bumi. Stesen  pemancar akan menghantar isyarat kepada satelit dan seterusnya satelit  akan memancarkannya pula kepada stesen-stesen di tempat lain.  Transponder  ialah komponen pada satelit yang menerima isyarat daripada stesen  pemancar di bumi dan memancarkannya semula ke stesen bumi yang lain.  Antara media yang menggunakan bentuk komunikasi melalui satelit ialah  televisyen, rangkaian telefon ,videosidang dan rangkaian sistem  komunikasi yang lain. Oleh itu TV Satelit bermaksud televisyen yang  menggunakan satelit sebagai medium untuk memancarkan siarannya.
TV  Kabel pula merujuk kepada sistem televisyen yang menggunakan kabel  untuk menyalurkan siarannya. Kabel ialah berkas dawai bertebat yang  digunakan sebagai pembawa mesej telegraf, frekuensi radio dan  sebagainya. Antara contoh TV kabel yang terdapat di Malaysia ialah Mega  TV dan ASTRO. Penggunaan TV Kabel agak meluas di kawasan-kawasan bandar  dan  amat kurang di luar bandar.
Program-program  yang disiarkan melalui TV Satelit dan TV Kabel tidak melalui tapisan  dan suntingan sepenuhnya sepertimana program-program di TV tempatan  seperti RTM , TV 3 atau NTV 7 yang menyediakan rating bagi setiap filem atau rancangan yang akan disiarkan seperti U, 18 SX, 18PL, 18SG dan sebagainya.  
2.4.1 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TV SATELIT DAN TV KABEL
Kebaikan TV Satelit dan TV Kabel
- Maklumat cepat dan pantas ( terkini )
- Liputannya meluas ( global )
- Mendapat maklumat dalam berbagai-bagai bidang seperti ekonomi, politik, hiburan , pendidikan dan sebagainya dari seluruh dunia
Keburukan TV Satelit dan TV Kabel
- Programnya tidak ditapis terlebih dahulu
- Memaparkan aksi-aksi ganas dan lucah yang akan mempengaruhi minda masyarakat
- Kos memilikinya adalah terlalu tinggi
- Memupuk sikap malas kerana asyik menonton tv sahaja
- PLAYSTATION
INPUT
 PENGENALAN
     “Video Games “ atau permainan video merupakan satu istilah yang tidak  asing lagi kepada golongan remaja. Terdapat berbagai-bagai jenis  permainan video yang boleh didapati di pasaran seperti “Need For Speed”, “Mortal Combat” , “Half – life” dan sebagainya . Permainan tersebut boleh menggunakan medium Playstation , Xcube dan Dreamcast.  Ia merupakan jenis permainan video grafik berkomputer dengan  menggunakan teknologi cakera optik. Dengan menggunakan medium-medium di  atas, permainan video menjadi lebih realistik dan hidup. Hasil kemajuan  teknologi , harga medium permainan video yang dulunya mencapai ribuan  ringgit seunit, kini boleh diperolehi dengan harga sekitar tiga ratus  ringgit sahaja. Ini membolehkan lebih ramai di kalangan remaja terdedah  dengan permainan video di rumah.  
     Terdapat berbagai-bagai jenis permainan video seperti ini antaranya  yang berbentuk peperangan, perlumbaan kereta motor, kasino, unsur-unsur  tahyul dan menyeramkan  serta yang bercorak aksi. Permainan-permainan  seperti ini memberi kesan yang positif dan negatif kepada para remaja. 
2.5.1 KEBAIKAN PLAYSTATION
          Kebaikan Playstation
- Menggunakan kemahiran akal
- Melatih untuk mengatur strategi ( war games )
- Menggalakkan remaja untuk banyak berada di rumah
- Mengelakkan remaja dari terjebak ke dalam gejala sosial
2.5.1 KEBURUKAN PLAYSTATION
          Keburukan Playstation
- Membazir wang dan masa
- Membantutkan proses sosialisasi remaja
- Mendedahkan remaja kepada unsur-unsur ganas,lucah,judi dll.
- Mengganggu proses pembelajaran
Syoknya main game ni…..
2.6 TELEFON BIMBIT
INPUT
PENGENALAN
Penggunaan  telefon bimbit di kalangan pengguna pada masa kini adalah tidak asing  lagi. Ia merupakan hasil ciptaan teknologi moden yang membolehkan kita  berkomunikasi dengan sahabat atau   siapa   sahaja   di  mana   sahaja   kita berada.
Boleh  dikatakan hampir setiap orang memiliki telefon bimbit tanpa mengira  usia, pangkat dan tahap kemampuan seseorang. Ia boleh dianggap sebagai  satu keperluan yang mesti dimiliki. Penggunaannya semakin mendadak  terutamanya selepas pihak kerajaan memansuhkan lesen tahunan telefon  bimbit sebanyak RM60 sejak 2 Ogos 2000 yang lalu. 
       Menurut Kamus Dewan, perkataan telefon bermaksud satu alat untuk  bercakap dengan orang yang jauh dengan menggunakan tenaga elektrik dan  kawat atau hubungan satelit.  Oleh itu telefon bimbit boleh diertikan  sebagai satu alat untuk bercakap dengan orang yang jauh yang tidak  memerlukan pendawaian dan ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Selain  telefon bimbit ia juga dikenali sebagai telefon mudah alih, mobile phone  dan telefon selular. Di Malaysia terdapat enam rangkaian perkhidmatan  komunikasi yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna  iaitu TimeCel (  Time Telekom ), TMTouch ( Telekom Malaysia ), DiGi 1800 ( Mutiara  Telekom ) Maxis ( Maxis Mobile ) dan Celcom ( Celcom ).
Dalam  keghairahan memperkembangkan penggunaan telefon bimbit ini,  keprihatinan terhadap kesan penggunaannya kepada kesihatan pengguna  perlulah diambil perhatian sewajarnya. Antara risiko penggunaannya ialah  potensi yang tinggi bagi kanak-kanak untuk mendapat gangguan kesihatan.  Kajian yang dilakukan oleh Dr William Steward dari Universiti Hospital  Tayside, Britain telah menghasilkan beberapa bukti awal saintifik bahawa  pendedahan kepada radiasi frekuensi radio akan menyebabkan kesan  penting kepada fungsi biologikal termasuk otak. Kajian ini mengenalpasti  kanak-kanak sebagai golongan paling berisiko tinggi kerana pada tahap  ini berlakunya perkembangan sistem saraf mereka selain penyerapan tenaga  yang tinggi dalam tisu kepala serta pendedahan yang lama terhadap  radiasi itu.
2.6.1 KEBAIKAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT
   Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit
- Senang untuk menghubungi atau dihubungi contohnya seperti dalam kes-kes kecemasan
- Boleh didapati dengan harga yang agak murah
- Menjimatkan masa – seperti menghantar SMS untuk menyampaikan sesuatu pesanan atau ucapan.
- Merapatkan hubungan – kemudahan untuk berhubung dengan sandara mara dan sahabat handai.
   Keburukan  Penggunaan Telefon Bimbit
- Mudah rosak berbanding telefon biasa
- Kesan radiasi – boleh menyebabkan kanser
- Membazirkan wang dengan caj perkhidmatan dan pendaftaran yang mahal
- Mengganggu orang lain – deringan di dalam majlis dll
- Melahirkan sikap suka menunjuk-nunjuk dan ego
- PENGARUH MEDIA MASSA
INPUT
PENGENALAN
Media  ialah alat atau    perantara   komunikasi ( perhubungan ).  Istilah  media massa merujuk kepada pelbagai jenis alat   komunikasi    seperti     televisyen ,
radio,  surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat  seperti berita kepada orang ramai dengan cepat ( dalam masa yang singkat  ). Media massa boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak  dan media elektronik. Media cetak ialah alat atau saluran komunikasi  yang berupa bahan cetakan atau terbitan seperti surat khabar, majalah  jurnal, risalah, brosur dan sebagainya. Media elektronik pula ialah alat  atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat  electron moden seperti radio, television dan sebagainya.     
Media  massa merupakan saluran komunikasi yang berkesan untuk menyampai dan  menerima maklumat dari dalam atau luar negeri.  Maklumat yang  disampaikan adalah berbagai-bagai bentuk seperti doktrin, ideologi,  panduan, hiburan, sukan dan seribu satu macam informasi yang berkaitan  dengan hal ehwal kehidupan manusia.
- PENGARUH MEDIA MASSA
Media massa mempunyai pengaruh yang amat besar dari segi politik, ekonomi dan sosial.
1. Aspek Politik
- Saluran menentukan ideologi kehidupan dan trend pemikiran rakyat
- Alat propaganda politik pemerintah dan golongan yang berkepentingan
- Media untuk menaikkan atau menjatuhkan seseorang sama ada secara terpuji atau dikeji
- Alat untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada sesuatu isu dari isu yang lain.
2. Aspek Ekonomi
- Boleh mempengaruhi dan menentukan jatuh bangunnya pasaran saham dan nilai wang
- Melakukan spekulasi kepada pasaran saham dan nilai wang.
- Menggalakkan pelaburan domestik dan antarabangsa
- Memaparkan iklim ekonomi dan langkah mengatasinya
3. Aspek Sosial
- Memperkenalkan atau menghidangkan budaya serta trend hidup yang baik dan buruk
- Memaparkan kebejatan dan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat
- Melakukan eksploitasi wanita dan elemen-elemen yang boleh membuahkan kejayaan demi kepentingan sesuatu pihak.
- Membongkar rahsia, skandal dan kerja jahat segelintir manusia.
2.7.2 KEBAIKAN MEDIA MASSA
   Kebaikan Media Massa
- Alat saluran ilmu, informasi, panduan, peringatan dan lain-lain
- Melakukan perubahan dalam cara hidup yang positif
- Mempengaruhi dan memberi tekanan terhadap jatuh bangun pemimpin, penghibur, korporat , individu dan negara
- Membongkar kerja-kerja jahat dan penyelewengan kecil dan besar
2.7.2 KEBURUKAN MEDIA MASSA
   Keburukan  Media Massa
- Memperkenalkan budaya hidup yang negatif
- Medan kegiatan tidak bermoral seperti pornografi, gossip liar, hedonisme , fitnah dan sebagainya
- Menjadi kuda tunggangan kepada golongan-golongan tertentu
- Berlaku pencabulan amanah apabila ia berada di bawah telunjuk seseorang yang berkepentingan
Untuk  menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak  berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang  anda rasa masih kabur.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
                    AKTIVITI 2B
2.4. a) Apakah yang dimaksudkan dengan TV Satelit 
        _________________________________________________________________
        _________________________________________________________________
       _________________________________________________________________
   b) Nyatakan 3  jenis alat komunikasi yang menggunakan satelit sebagai medium  
       perhubungan dan penghantaran maklumat
       i)________________________________     ii)____________________________
      iii)_______________________________
2.5 Anda dikehendaki berbincang dengan rakan anda berkenaan dengan kebaikan dan keburukan Playstation .
2.6  Sekumpulan saintis dari Pusat Kuasa Keselamatan Nuklear dan Radiasi   Finland telah membuat kajian tentang kesan penggunaan telefon bimbit  terhadap penggunanya. Dalam kajian tersebut mereka mendapati bahahawa  radiasi daripada telefon bimbit boleh menyebabkan berlakunya perubahan  dalam sel manusia yang memberi kesan kepada otak si penggunanya. Selain  dari kesan radiasi, anda dikehendaki berbincang dengan rakan tentang  kesan buruk penggunaan telefon bimbit.
2.7 Nyatakan TIGA kebaikan dan keburukan Media Massa kepada masyarakat .
Susah juga soalan ni ye.. Kena buat perbincangan dengan kawan-kawan ni….
MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A
- a) Satelit TV merupakan sejenis media pancaran yang menggunakan medium satelit untuk mendapatkan siarannya. Menurut Kamus Dewan televisyen (TV) bermaksud penyiaran ( pancaran ) gambar hidup ( gambar bergerak ) beserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen. Satelit pula bermaksud sejenis alat rekaan manusia yang dilancarkan mengedari bumi, bulan atau planet lain untuk tujuan perhubungan , penyelidikan dan sebagainya.
      b) 3  jenis alat komunikasi yang menggunakan satelit sebagai medium  
           perhubungan dan penghantaran maklumat:
- Satelit Televisyen (TV)
- Rangkaian telefon
- Video Sidang
- Kebaikan Playstation :
i)    Menggunakan kemahiran akal 
         ii)  Melatih untuk mengatur strategi ( war games )iii)  Mengelakkan remaja dari terjebak ke dalam gejala sosial
            Keburukan Playstation :
          i)    Membazir wang dan masa ii) Membantutkan proses sosialisasi remaja
iii) Mendedahkan remaja kepada unsur-unsur ganas,lucah,judi dll.
- Kesan buruk penggunaan telefon bimbit :
i) Punca kepada berbagai-bagai jenis penyakit seperti kanser 
     ii) Memupuk sikap suka menunjuk-nunjuk dan ego diri
          iii) Membazirkan wang dengan caj perkhidmatan dan pendaftaran yang mahal
    iv) Mengganggu orang lain – deringan di dalam majlis dll
- Kebaikan Media Massa kepada Masyarakat :
       i)  Alat saluran ilmu, informasi, panduan, peringatan dan lain-lain
      ii)  Melakukan perubahan dalam cara hidup - positif
     iii)  Mempengaruhi dan memberi tekanan terhadap jatuh bangun pemimpin,  
           penghibur, korporat ,individu dan negara
Keburukan Media Massa kepada Masyarakat :
i ) Memperkenalkan budaya hidup yang negatif
            ii)  Medan kegiatan tidak bermoral seperti pornografi, gossip liar, hedonisme , 
                  fitnah dan sebagainya
            iii) Menjadi kuda tunggangan kepada golongan-golongan tertentu
Adakah jawapan anda betul ? Jika Ya, Tahniah ,jika Tidak anda perlu banyak mengulangkaji!!!!
                PENILAIAN KENDIRI
UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.
Soalan Satu
Bincangkan TIGA kesan positif dan negatif yang terhasil dari ledakan teknologi maklumat masa kini
Soalan Dua 
Huraikan kesan-kesan negatif perkembangan teknologi maklumat dari perspektif Pendidikan Moral
TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri.
Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
1. Kesan Positif :
i) Sumber maklumat boleh disampaikan dan diperolehi dengan cepat dan
mudah
ii) Menjimatkan masa
iii) Maklumat yang diterima adalah berbagai-bagai bentuk dari seluruh dunia
(konsep langit terbuka )
Kesan Negatif :
i) Penyebaran budaya-budaya yang tidak sihat – ganas, lucah , fitnah dan lain-
lain kerana tiada penapisan maklumat
ii) Penyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak remaja kerana
terpengaruh dengan budaya kuning.
iii) Unsur-unsur pembaziran wang – pembelian alatan yang diperlukan yang
agak mahal
- Kesan Negatif Teknologi Maklumat dari Perspektif Moral :
Teknologi  maklumat mendatangkan banyak faedah kepada manusia sekiranya digunakan  menurut saluran yang betul. Namun begitu, ia akan menyebabkan kesan yang  buruk kepada manusia jika disalahgunakan. Antara kesannya menurut  perspektif  moral ialah :
- Melahirkan sikap tidak bertanggungjawab – seperti penyebaran maklumat palsu, lucah, fitnah dan sebagainya.
- Melahirkan sikap tidak menghormati orang lain – seperti deringan telefon bimbit dalam majlis rasmi
- Boleh membantutkan proses sosialisasi remaja – kesan penggunaan internet, permainan video, playstation dan sebagainya.
- Menyemarakkan elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti kebendaan, sikap keterlaluan dan tidak menghormati orang lain.
Kita bertemu lagi di Unit 3 dibawah tajuk Isu-isu Moral Semasa (Remaja ) … OK