September 21, 2012

KERJA BATA Unit 2

KERJA BATA

OBJEKTIF AM
Memahami konsep kerja bata, jenis-jenis bata dan kegunaannya, bahagian-bahagian bata, jenis-jenis bata potong dan kegunaannya, jenis-jenis tembok dan susunannya serta jenis-jenis sambungan mortar.
2

Unit

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

  • Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis bata beserta ukurannya.
  • Mengenalpasti dan membezakan kegunaan jenis-jenis bata potong.
  • Menerangkan perbezaan bahagian-bahagian dan ukuran bata.
  • Membeza dan menerangkan istilah-istilah dalam kerja bata.

INPUT            

2.0 PENGENALAN

Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan awam.

Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm. Satu perkara yang menarik tentang bata ialah ukuran dan saiznya tidak berubah dari dulu.

Bata yang digunakan dalam pembinaan diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-jenis bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan tempatan ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

Rajah 8: Dimensi Bata

Sumber: Teknologi Binaan Bangunaan (Tan Boon Tong), DBP. Tahun 1994.
JENIS-JENIS BATA BESERTA UKURANNYA
Jenis-jenis bata yang biasa terdapat dipasaran sekarang ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

Bata tanah liat
Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya  berdaya menghasilkan bata biasa. Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa (rujuk rajah 9). Bata tanah liat juga dihasilkan dalam berbagai-bagai bongkah dan jubin (paver) untuk kegunaan yang tertentu (rujuk rajah 10).

SUDAHKAH ANDA FAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BATA ?

Gambarajah 9 : Jenis bata muka elok (tanah liat)

Sumber:  Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) DBP 1994

Gambarajah 10: blok konkrit dan jubin 1994

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) 1994

Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran.
Persediaan tanah
Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.
Membentuk bata
Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.

Pengeringan
Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.
Pembakaran
Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau.
   
2.1.2 Bata simen
Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

2.1.3 Blok Simen
Kegunaan blok simen kian meningkat kerana ianya lebih murah dari segi harganya dan boleh dikat dengan cepat dalam pembinaannya menyebabkan produktiviti bertambah. Contohnya mengikat sebuah blok 450mm x 225 mm x 1000mm adalah sama dengan mengikat 6 bata biasa.
Blok dapat dihasilkan daripada bancuhan konkrit yang terdiri daripada konkrit ringan, konkrit padat dan konrit berudara. Definisi blok atau bongkah telah ditetapkan dalam BS2028 yang menyatakan blok itu adalah lebih besar daripada bata dari segi panjang, tebal dan tingginya. Tinggi blok mestilah tidak melebihi panjangnya atau enam kali tebalnya. Dalam pembinaan tempatan terdapat tiga jenis blok yang digunakan iaitu blok padu, blok bersel dan blok berongga.

Rajah 11 : Blok Konkrit

Sumber :  Kerja Batu Bata dan Konkrit ( Tan Boon Tong ) 1994

  • Blok Padu
Blok ini diperbuat daripada konkrit ringan, konkrit padat atau konkrit berudara. Bahan padat dalam jenis blok ini hendaklah sekurang-kurangnya 75 % isipadu blok dari dimensi keseluruhanya. (Rajah 12).

  • Blok Berongga
Blok ini  mempunyai satu atau lebih rongga atau lubang-lubang yang lurus. Isipadu bahan padatnya antara 50 % hiingga 75 % isipadu dari dimensi keseluruhanya. ( Rujuk rajah12 ).

  • Blok Bersel
Blok ini mempunyai satu atau lebih lubang yang tidak tembus dalam blok itu. Isipadu bahan padatnya juga antara 50-70 % . Blok bersel selalunya diterapkan dengan menghalakan lubangnya kebawah supaya permukaanya yang rata menghala ketas untuk menerima motar dengan senang. ( Rujuk rajah12 ).

Rajah 12 : Contoh-contoh Blok

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

2.1.4 Saiz Blok
Blok boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan ketumpatanya mengikut yang terdapat dalam BS2028. Merujuk jadual dibawah blok dalam kumpulan A dan B boleh digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan yang berbeban ataupun tidak berbeban. Blok dalam kumpulan C cuma boleh digunakan untuk pembinaan bagi tembok dalam yang tidak berbeban sahaja.

Jadual 3 : Saiz kumpulan batu blok
Blok
Panjang x Tinggi (mm)(saiz kerja)
Tebal (mm)
(Saiz Kerja)
A (ketumpatan : >1500kg/m3)
390 x 90
390 x 190
440 x 225
75,90,100,140,190
140,190
75,90,100,140,190,215

B (ketumpatan:
<1500kg m="m" span="span">3)

390 x 90
390 x 190

75, 90,100,140,190

C (ketumpatan : <1500kg m="m" span="span">3)

440 x 190
440 x 215
440 x 290
590 x 190
590 x 215
390 x 190
440 x 190
440 x 215
440 x 290
590 x 190
590 x 215

75,90,100,140,215

60,75

Sumber :  Teknologi Binaan Bangunan  DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

Blok konkrit ringan dihasilkan daripada bahan-bahan ringan seperti tanah atau syal yang dikembangkan sangga (slag) dan sebagainya. Ketumpatanya kurang daripada 1500 kg/m3 . Blok ini memberi penebatan yang memuaskan dan sesuai digunakan untuk membina tembok terutamanya tembok sekatan.

Blok konkrit padat menggunakan bahan-bahan yang padat yang mempunyai ketumpatan melebihi 1500kg/m3. Blok ini sesuai digunakan untuk membina tembok-tembok yang bermuka elok jika sambungannya dikemaskan dengan betul.

Blok konkrit berudara mempunyai sifat penebatan yang baik. Blok ini dihasilkan daripada simen, pasir, abu dan sejenis agen berudara (serbuk aluminium). Aluminium bertindak balas dengan kapur yang terkandung dalam simen menghasilkan hydrogen yang cepat digantikan dengan udara. Ini menghasilkan banyak sel kecil dalam kandungan bancuhan konkrit menyebabkan blok ringan berpenebatan baik. Selain dari blok-blok yang tersebut diatas, blok yang berudara juga dihasilkan dengan berbagai-bagai rekabentuk untuk digunakan dalam pembinaan lubang udara tembok.

  1. KEGUNAAN –JENIS-JENIS BATA POTONG

Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

  1. mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.
  2. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

Prinsip pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan datarnya berterusan ( tidak berlekap ), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata. Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah ( rajah 13 ). Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD.

Gambarajah 13 : Perbandingan Kekuatan Tembok Dengan Ikatan Terikat (Berlekap) Dan Tidak Terikat (Tidak Berlekap)

Sumber : ms 139 Teknologi Binaan Bangunan  DBP ( Tan Boon Tong )
Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata.

Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan. Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan. Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata:

Rajah 14 : Jenis-jenis Bata Potong

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan  DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

  1. Bahagian dan ukuran bata
Berikut adalah bahagian-bahagian dan ukuran bata (Rujuk rajah 15 ).

  • Kepala Bata
Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm)

  • Sisi Bata
Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm)

  • Kekatak/Lubang
Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

  • Aris/Segi Bata.
Tepi pepenjuru bata.

Gambarajah 15 : Bahagian dan ukuran bata

Kekatak/Lubang

Sisi Bata
   Segi Bata
 65mm              Kepala Bata
         102.5mm

      215 mm

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan  DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

  1.      Istilah-istilah Dalam Kerja Bata

Di bawah ini terdapat beberapa istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kerja bata :

  • Sambungan Datar
Bata ini disambung secara mendatar atau mengufuk. Biasanya bagi ikatan sisi bata, ikatan kapala bata, ikatan inggeris dan ikatan flemish.

  • Sambungan Tegak
Merupakan susunan bata yang diikat secara menegak dan berselang antara satu sama lain. Sambungan ini biasanya terdapat pada struktur binaan pada tiang lurus.

  • Sambungan Tindih
Jarak mendatar bagi tindihan bata sebelah atas dan bata sebelah bawah. Biasanya bata diikat dengan berlekap ¼ bata ataupun ½ bata. Lihat rajah 13. Sambungan ini terdapat pada tembok L dan juga T.

  • Quoin/Pepenjuru
Sambungan ini berbentuk L dan biasanya dibuat sebagai tiang dan tepi bangunan. Sambungan batanya disusun secara berselang-seli atau bertindih antara satu sama lain.

  • Hujung Terhenti
Sesuatu tembok yang penjurunya dihentikan ( disiapkan untuk secara menegak ) ini adalah berlainan dengan tembok yang bersudut. Di mana hujungnya berakhir dengan keadaan yang lurus serta tiada pembinaan lain lagi selepasnya.

  • Gerigi
Semasa membina tembok, penjuru atau hujung tegaknya tidak disiapkan terus tetapi ditinggalkan ¼ bata atau ½ bata pada lapisan yang berselang seli, memberikan bentuk bergerigi. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja penyambungan pada masa hadapan.

  • Pepara
Bata-bata ini disambungkan secara biasa iaitu dengan ikatan kepala bata dan menggunakan batu bata yang tertentu dan sesuai. Sambungan ini biasanya dibuat di atas kerangka. Contohnya bagi ikatan bata di atas kerangka pintu atau tingkap.

UNTUK MENGUJI KEFAHAMAN ANDA, SILA BUAT AKTIVITI BERIKUT. JIKA ANDA TIDAK BERPUASHATI DENGAN JAWAPAN ANDA, SILA MEMBUAT ULANGKAJI PADA INPUT YANG ANDA RASA MASIH KABUR.

Untuk menguji kefahaman anda sila buat aktiviti dibawah dengan ceria…selamat mencuba!
                                                                       
 AKTIVITI 2A

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan bata ?
  2. Nyatakan jenis-jenis bata yang telah anda pelajari.
  3. Apakah prinsip ikatan bata.
  4. Nyatakan bahagian-bahagian bata.

CUBA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS BERIKUT

MAKLUMBALAS

  1. Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm.
2.   a. Bata tanah liat
           b. Bata simen
           c. Blok simen

  1. Antara prinsip-prinsip ikatan bata ialah :

  1. mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.

  1. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

      4.   Kekatak/Lubang
Sisi Bata
   Segi Bata
65mm           Kepala Bata
      102.5mm

      215 mm

     PENILAIAN KENDIRI
Jawab semua soalan tanpa menjeling kawan anda...

Bagi mendapatkan batu bata yang bermutu tinggi, terdapat beberapa proses pembuatannya seperti persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran. Huraikan dengan terperinci proses-proses tersebut.

Terdapat banyak jenis batu bata yang berada di pasaran seperti bata tanah liat, bata simen dan blok simen. Huraikan mana-mana dua jenis bata tersebut.

Bata mempunyai rupabentuk yang standard, begitu juga dengan bahagian serta ukurannya. Terangkan bahagian dan ukuran bata tersebut.

MAKLUMBALAS

1. Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran.
Persediaan tanah
Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.
Membentuk bata
Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.
Pengeringan
Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.
Pembakaran
Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau.

2. Bata tanah liat
Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya  berdaya menghasilkan bata biasa. Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa.

Bata simen
Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

3.   Bahagian dan ukuran bata

 65mm