October 1, 2012

Unit 2 Pertolongan Cemas





UNIT    2

PERTOLONGAN CEMAS



Objektif am     :



OBJEKTIF

Mengetahui punca sesuatu kemalangan

Mengetahui rawatan yang perlu diberikan

Aplikasi rawatan untuk sesuatu kemalangan atau kecederaan





Objektif  khusus     :



Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-



Ø  menyatakan punca dan rawatan yang perlu bagi sesuatu kecederaan

Ø  mengenal punca sesuatu kecederaan

Ø  memberi rawatan kecemasan bagi sesuatu kemalangan




INPUT






2.0  PENGENALAN



Pertolongan  cemas  sepatutnya  dipelajari  serta  diamalkan  oleh  setiap  rakyat Malaysia. Tugas dalam memberikan perkhidmatan kecemasan tidak semestinya dibebankan  pada  pihak  hospital,  doktor-doktor  dan  ahli  pertolongan  cemas terlatih sahaja. Malahan ia sepatutnya dipikul oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah kerana kemalangan dan  kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa samada di dalam rumah, pejabat, sekolah atau di kawasan terbuka.


Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan, anda mungkin menjadi orang yang berada di  lokasi ataupun orang yang pertama tiba ke lokasi kemalangan atau kecemasan. Oleh itu anda merupakan Responder Pertama atau ahli pertolongan cemas yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau untuk mengurangkan kemungkinan kecederaan dari menjadi lebih teruk.


Bagi  membolehkan  anda  menjalankan  rawatan  kecemasan  yang  baik,  anda mestilah  mempunyai  pengetahuan  ilmu  pertolongan  cemas  yang  mahir  dan cekap. Di dalam unit  ini  anda akan didedahkan  mengenai ilmu pertolongan cemas agar anda dapat memberikan rawatan pertolongan cemas dengan baik.



2.1  DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS



Definisi  –  Suatu rawatan  pertama atau  bantuan permulaan yang diberikan kepada  pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan  kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.


Matlamat utama anda sebagai ahli pertolongan cemas adalah:



untuk menyelamatkan nyawa

mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk mengurangkan kesakitan
sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh ambulan atau doktor



2.2  PETUA-PETUA PERTOLONGAN CEMAS



i.     Buat penilaian segera dan menyeluruh pada mangsa dan kawasan

ii.     Atasi punca kecemasan sekiranya ada atau pindahkan mangsa dari keadaan merbahaya.
iii.     Bertindak dengan waspada dan penuh yakin

iv.     Cara terbaik untuk memeriksa pesakit ialah mulai dari muka, kemudian badan dan seterusnya anggota. Perhatikan warna kulit dan air muka pesakit. Bibir kebiruan  menunjukkan masalah pernafasan disebabkan kekurangan oksigen. Muka pucat dan berkeringat adalah tanda-tanda renjatan.
v.     Periksa nadi dan pernafasan mangsa. vi.    Kawal pendarahan
vii.     Tentukan tahap kesedaran mangsa


viii.  Jangan  cuba     beri     bantuan  berlebih-lebihan.     Beri     bantuan     yang mustahak  saja         dan  elakkan  kecederaan  bertambah  parah.  Beri bantuan ikut keparahan.
ix.     Tenangkan dan kendali dengan cermat. Tanggalkan pakaian jika perlu. x.    Beri bantuan / maklumat kepada pihak hospital/ berkenaan


2.3  SISTEM PERNAFASAN DAN PEREDARAN DARAH



Semasa bernafas, kita sebenarnya menyedut dan menghembuskan udara. Udara yang disedut dibawa masuk ke paru-paru dan seterusnya meresapkan oksigen ke dalam darah.  Udara  yang  anda  sedut sebenarnya  hanya  mempunyai     21% sahaja oksigen dan selebihnya adalah kompisisi gas nitrogen. Badan kita hanya memerlukan sebanyak 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.


Bilangan pernafasan bagi seseorang adalah seperti berikut:



Dewasa     15 hingga 20 kali seminit. Kanak-kanak 6 hingga 10 tahun     22 hingga 25 kali seminit Bayi    35 hingga 40 kali seminit.


Bilangan nadi bagi seseorang pula adalah seperti berikut:



Orang dewasa     70     – 80     seminit Kanak-kanak    90     – 100 seminit Bayi    100 -  140 seminit


Sel-sel otak kita akan mulai mati sekiranya tidak mendapat bekalan oksigen selama tiga minit.

Anda boleh memeriksa nadi anda atau rakan anda di pergelangan tangan (nadi radial) atau di leher (nadi karotid). Jangan gunakan ibu jari untuk memeriksa nadi sebaliknya jugakan hujung jari telunjuk, jari tengah dan jari manis anda.

Sementara itu, sistem peredaran darah pula adalah berfungsi untuk menyalurkan dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel kita di dalam badan  dan  juga  membawa  bahan  buangan  keluar.  Dalam  badan  seorang dewasa,  terdapat  sekitar  empat  hingga  enam  liter  darah  dan  setiap  tujuh kilogram berat badan mengandungi 0.5 liter darah.
Fungsi darah adalah seperti berikut:



i.     Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu

ii.     Membawa bahan buangan ke organ pembuangan iii.    Melawan penyakit
iv.     Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran v.    Mengawal suhu badan
vi.     Menghentikan pendarahan




2.4     RESUSITASI KARDIOPULMONARI ( CPR )



Resusitasi  kardiopulmonari  atau  lebih dikenali  dengan  nama  ringkasnya CPR adalah  bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai  denyutan nadi dan tidak bernafas. Ia merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan  mulut ke mulut (atau bantuan pernafasan dengan kaedah lain) dan juga tekanan dada.


Sebelum ini anda telah dimaklumkan bahawa udara yang disedut mempunyai

21%  oksigen  dan  badan     hanya         memerlukan  5%         sahaja     oksigen  untuk melakukan    proses     respirasi.     Ini     bermakna     udara     hembusan     anda     masih mempunyai baki oksigen sebanyak 16%. Baki oksigen inilah yang akan dihembus ke dalam  badan mangsa kecederaan untuk membantu memperolehi oksigen. Anda  harus  ingat  bahawa  mangsa  juga  hanya  memerlukan  sebanyak  5% oksigen sahaja dari 16% yang dibekalkan. Tekanan yang dilakukan semasa CPR pula berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus tadi ke seluruh anggota badan.


Jadi CPR sebenarnya adalah agen untuk membantu mangsa yang tidak bernafas dan tiada nadi untuk melakukan proses respirasi seperti orang sihat.


Secara umumnya terdapat dua sebab utama CPR perlu dilakukan iaitu:



i.     terhenti pernafasan. ii.    tiada nadi.

Sementara itu untuk melakukan CPR terdapat tiga prinisip asas yang perlu anda lakukan iaitu ABC:


A
- AIRWAY
- SALURAN PERNAFASAN
B
- BREATHING
- PERNAFASAN
C
- CIRCULATION
- PEREDARAN DARAH



2.4.1     Punca-punca terhenti pernafasan (Asfiksia)



Sebarang     gangguan     terhadap     proses     respirasi     boleh     mengakibatkan terhentinya  pernafasan  dan  akan  membawa  kepada  kematian.  Asfiksia (aspyxia)  merupakan istilah yang  digunakan  bagi kes sesak  nafas  atau terhalang pernafasan hingga menyebabkan kekurangan oksigen pada paru- paru.


Asfiksia  akan     menyebabkan  darah     beroksigen  rendah     dalam     badan. Kekurangan oksigen ini dikenali sebagai hipoksia. Sekiranya dibiarkan ia akan membawa kepada maut. Anda harus ingat bahawa sel-sel otak mulai mati sekiranya bekalan oksigen tidak diterima dalam masa tiga minit. Oleh itu tindakan segera harus diambil untuk mengatasi keadaan ini.


Tanda-tanda seseorang itu mengalami hipoksia adalah:



1.     pernafasan yang cepat,tercungap-cungap dan seperti menderita kesakitan
2.     rasa terkeliru, mudah meradang dan agresif yang membawa kepada

keadaan tidak sedarkan diri.

3.     lazimnya, kulit akan menjadi lebam kebiruan

4.     jika tidak dikawal, fungsi jantung akan terhenti.


Antara punca-punca boleh menyebabkan asfiksia adalah:



i.     Lemas

a.     Pakaian atau kain menutup muka

b.     Lemas di air – tidak mendapat udara

c.     Lemas di dalam bilik bergas – tidak mendapat oksigen



ii.     Tercekik

a.     Tersekat benda atau tergantung

b.     Terhalang (makanan masuk saluran paru-paru )



iii.     Kejutan

b.     Arus elektrik c.    Kilat


Tanda-tanda am salur udara yang tersumbat adalah:



1.     pernafasan yang berbunyi bising dan tercungap-cungap

2.     pergerakan dada akan tersedut ke dalam dan perut menonjol ke luar

3.     kulit kelihatan lebam kebiruan

4.     lubang hidung menjadi kembang



2.4.2     Pemeriksaan ABC




A (Airway)     Saluran     pernafasan.     Ini     merupakan     tindakan pertama  yang  perlu  dilakukan  dalam  proses  CPR. Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk  pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka  saluran  udara  ini  dengan  mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan  ini  akan  mengangkat  lidah  mangsa  dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan secara visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing  dari mulut. Contohnya gigi palsu yang telah pecah.

B (Breathing)     Pernafasan.        Selepas     saluran     pernafasan      dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap    ke    dada      mangsa.         Keadaan     tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan  nafas  dan  mata  anda  memandang  tepat kearah  dada  untuk  melihat  pergerakkan  turun-naik dada.(Kaedah  3M  =Mendengar,Merasa,Melihat).  Jika  tiada nafas  anda  perlu  memberikan  pernafasan  bantuan. Contohnya mulut ke mulut.


C (Circulation)     Peredaran  darah.         Langkah  ke  tiga  adalah  untuk mengekalkan    peredaran     darah.     Langkah     ini     perlu dilakukan  sekiranya  jantung  mangsa  telah  terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa  mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan  langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga    mangsa     boleh      bernafas     dengan     sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau  mampatan  di  dada  mangsa.  Semasa  tekanan dilakukan     tangan     anda    hendaklah         sentiasa         lurus. Gunakan berat bandan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati(cuaran xiphoid).



2.4.3     Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut



1.     Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.
2.     Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.

3.     Buang sebarang benda asing dari mulut.

4.     Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.

5.     Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
6.     Tentukan mulutnya terbuka

7.     Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda  melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
8.     Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang  reaksi.
9.     Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan

pada kadar 10 kali seminit.

10.  Jika  mangsa  telah  mula  bernafas secara  normal, letakkan  mangsa dalam kedudukan pemulihan. (rujuk halaman 16)


Catatan:



1.     Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar  udara  yang  ditiup  melalui  hidung  tidak  keluar  melalui  mulut mangsa.
2.     Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah

bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.


3.     Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini  menunjukkan  bahawa  salur udara mungkin  terhalang oleh muntah, darah atau  sebagainya. Anda  mungkin perlu  memberi rawatan mangsa yang tercekik.


2.4.4     Rawatan tercekik mangsa tidak sedar



1.     Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.

2.     Periksa     samada     mangsa     boleh     bernafas     atau     tidak.     Lakukan pemeriksaan ABC.
3.     Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.

4.     Buang sebarang benda asing dari mulut.

5.     Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.

6.     Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
7.     Tentukan mulutnya terbuka

8.     Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda  melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
9.     Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang  reaksi.
10.  Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa.  Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan penghujung hulu hati.
11.  Tekan  abdomen  dengan  tepat  dan  cepat  ke  dalam  dan  ke  atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.
12.  Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik.
13.  Jika     mangsa     mula     bernafas     secara     normal,     letakkannya     dalam kedudukan pemulihan.


14.  Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit.





Tekan dengan tepat kedalam dan keatas sebanyak lima kali


Condongkan kepala








Rajah 2 : Tekanan bagi rawatan tercekik


2.4.5     Kaedah CPR seorang diri



1.     Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.
2.     Terlentangkan  mangsa  dan  lakukan  pemeriksaan  ABC  dan  periksa

seluruh badan

3.     Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.

4.     Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit.
5.     Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut:
i.     letakkan tangan anda di atas dada mangsa.

ii.     berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 – 2 inci untuk orang dewasa. iii.    belepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1 pusingan)
iv.     berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan)
v.     selepas 4 pusingan periksa nadi karotik

vi.     teruskan CPR (15 tekanan da 2 hembusan ) jika tiada nadi.




vii.     lakukan sehingga bantuan pakar tiba.

6.     Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan. Bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada.
7.     Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan.
8.     Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.



Catatan :

1.     Jika mangsa kanak-kanak , lakukan tekanan sedalam 2.5 – 3.5 cm pada  kadar  100  kali  seminit.  Lakukan  5  tekanan  :  1  hembusan. Gunakan satu tangan sahaja untuk melakukan tekanan.
2.     Jika bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun, lakukan tekanan sedalam

2 – 2.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Gunakan dua jari sahaja untuk melakukan tekanan. Periksa nadi dibahagian braktial (lengan atas).
3.     Jangan lakukan latihan CPR pada orang yang sihat. Lakuan

pada patung (dummy)



2.4.6     Kedudukan pemulihan



Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya        mulai     sedar     dan     hendaklah     diletakkan      dalam         keadaan pemulihan.   Kedudukan  ini  adalah  bertujuan  untuk  menghalang  lidah mangsa  daripada  menutupi  tekak  atau  salur  pernafasan.  Oleh  kerana kedudukan     kepala        lebih        rendah     sedikit     daripada         badan,      ia     akan membenarkan    cecair    keluar     mengalir     dari         mulut     mangsa.     Ini     akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota  badan yang  dibengkokkan seperti kaki akan
mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.





AKTIVITI 1a





UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA



Jawab soalan-soalan yang berikut:



1.1. Berikan definisi pertolongan cemas.

1.2. Apakah sebab utama CPR perlu dilakukan?

1.3. Berapakah bilangan nadi dan kadar pernafasan bagi orang dewasa?

1.4. Cuba anda periksa nadi radial dan karotid rakan anda.

1.5. Semasa anda hendak melakukan CPR anda dapati mangsa menggunakan gigi palsu. Apakah tindakan anda?
1.6. Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan perut kembung semasa bantuan pernafasan diberikan?
1.7. Berapa lamakah CPR boleh dihentikan bagi memindahkan mangsa ke tempat lain?
1.8. Berapa kalikah hembusan dan tekanan yang perlu diberikan kepada mangsa semasa CPR dilakukan? Bilakah masanya untuk memeriksa nadi?











Jawapan :





MAKLUMBALAS 1a




2.1. Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan  kecemasan  sebelum  ketibaan  ambulan  atau  sebelum  pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.


2.2. Sebab utama CPR perlu dilakukan apabila mangsa:

iii.     terhenti pernafasan dan iv.    tiada nadi.


2.3. Bilangan nadi adalah 70 hingga 80 kali seminit dan kadar pernafasan adalah

15 hingga 20 kali seminit.



2.4. Nadi karotid di leher dan nadi radial di pergelangan kawan anda.



2.5. Jika boleh jangan tanggalkan gigi palsu tersebut supaya mulut anda dapat menutup  rapat ke  mulut mangsa. Anda  perlu menanggalkannya  jika ia longgar supaya tidak menghalang usaha-usaha menyelamat mangsa.


2.6. Perut kembung biasanya terjadi disebabkan oleh pemberian nafas bantuan terlalu kuat  atau saluran pernafasan yang separa tersekat. Keadaan ini


dapat  dikurangkan  dengan  mengawal  tekanan  dan kelajuan  pernafasan bantuan.  Pastikan anda tidak menghembus dengan paksa jika dada telah mengembang.


2.7. Jangan hentikan CPR melainkan keadaan tempat mengancam nyawa anda atau mangsa.


2.8. 2 hembusan dan 15 kali tekanan. Lakukan sebanyak 4 pusingan. Kemudian baru  memeriksa nadi. Jika nadi tiada teruskan 2 hembusan dan 15 kali tekanan    sehingga    4    pusingan.     Periksa     semula     nadi     dan     begitulah seterusnya.  Ini  bermakna  satu  pusingan  8  kali  hembusan  dan  60  kali tekanan.





INPUT






2.5     PENDARAHAN KECIL

Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:



1.     Pendarahan eksternal ( di bahagian luar)
i.
Luka terhiris
- disebabkan benda tajam seperti pisau
ii.
Luka terkoyak
- disebabkan cakaran binatang atau dawai
iii.
Luka berdarah
- kena pukulan tepat benda tidak tajam
iv.
Luka tembus
- seperti kena tikaman pisau, jarum atau peluru



2.     Pendarahan internal ( di bahagian dalam )

i.     Perut – muntah berdarah

ii.     Paru-paru / salur penafasan – batuk berdarah iii.    Tali usus – darah pada dubur
iv.     Rahim – tumpah darah

v.     Buah pinggang – kencing berdarah

vi.     Tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung



3.     Pendarahan internal tanpa kesan i.    Limpa dan hati pecah
ii.     Pendarahan dalam otak











a) Luka terhiris     b) Luka terkoyak     c) Lebam     d) Luka tembus


Rajah 7: Jenis-jenis luka




2.5.1     Rawatan Pendarahan Eksternal secara umum a)    Luka-luka kecil.
Rawatan  bagi  luka  kecil  lazimnya  hanya  memerlukan  pembalutan  kecil seperti    plaster     sahaja.     Biarpun     begitu     rawatan     perlu     diberi     untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah–langkah rawatannya adalah seperti berikut:
i.     bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
ii.     cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
iii.     keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.

iv.     lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
v.     gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

















Rajah 8: Balutan luka




b)     Luka kecil yang ada benda asing.



Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan cuba keluarkan  objek  tersebut. Tindakan  anda akan  mengakibatkan  lebih banyak kerosakkan  pada  tisu  dan  pendarahan. Matlamat rawatan  anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
i.     bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan

kotor.

ii.     cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
iii.     keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang telah disteril.

iv.     kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
v.     tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan  kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek.
vi.     bawa mangsa ke hospital.



c)     Jika lebam gunakan tuaman sejuk. Anda juga boleh mengalirkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang tercedera. Tuaman sejuk boleh dibuat dari kiub ais yang dibungkus dengan tuala. Tuam anggota yang cedera selama 20 minit.











Balut dibahagian atas dan bawah objek

Rajah 9: Balutan luka ada objek

2.5.2     Cara menahan darah



a)     Tekanan  tepat – tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan patah.


i.         Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya  gunakan  kain / bahan yang disterilkan
ii.     Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan

menekan pada tempat berdarah.

iii.     Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.

iv.     Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10-

15 minit.



b)     Tekanan tidak tepat         - tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit. Komplikasi pengunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan  pembuluh darah jika terlalu  ketat. Ikatan yang longgar memburukkan lagi  pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa    jam    menyebabkan     anggota     mati     dan     terpaksa     dipotong. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.



c)     Anggota terputus - Kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian putus  hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan  air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik.  Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.


2.5.3     Pembebatan dan pembalutan



1.     Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup luka.
2.     Fungsi pembebat dan balutan adalah :

i.     mencegah jangkitan kuman

ii.     menyerap kotoran yang keluar seperti nanah dan darah iii.    mengawal pendarahan dan melindungi luka
3.     Jenis-jenis pembebatan ialah:

i.     paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar

ii.     pembebat melekat – plaster , digunakan untuk luka kecil.

iii.     pembebat  berubat  –  kain  kasa  yang  disapu  ubat  pembunuh kuman
iv.     pembebat pembebat biasa – gauze

4.     Peraturan membalut:

i.     bersihkan  tangan  dengan  sabun.  Jangan  sentuh  luka  dengan tangan kotor.
ii.     cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak

masuk ke kawasan luka.

iii.     lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan  bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
iv.     gunakan pembalut untuk memegang pembebat.


5.     Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :

i.     pembalut bergulung – berasal dari kain kasa ,WOW bandage

ii.     pembalut segi tiga , lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko
iii.     pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus

iv.     pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh.



2.6     TERSELIUH DAN PATAH



1.     Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh   mangsa  kemalangan.  Kecederaan  tulang,  sendi  dan  otot  terjadi disebabkan oleh :


i.     pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.
ii.     pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.
iii.    kecederaan  otot  (strain). Otot  telah  diregang  secara  berlebihan.

Terjadi  kerana  menggunakan  otot  secara  mengejut.  Sering  terjadi pada ahli sukan.
iv.    terseliuh.  Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang  kuat dan

mengejut.  Contoh  pergerakan  mengejut  seperti  berpusing  secara mengejut semasa berlari.
v.    dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan

normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan.


2.6.1     Jenis-jenis patah.



Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori :



i.     patah tertutup. Kulit permukaan tidak luka

ii.     patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang.

iii.     patah  berkomplikasi  (melarat).  Kecederaan  melibatkan  tulang  dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain.
iv.     patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.

v.     patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua. vi.    patah simple. Tulang patah dua sahaja.


2.6.2     Tanda-tanda kecederaan tulang.



i.     Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.

ii.     Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah iii.    Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
iv.     Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera. v.    Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
vi.     Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot. vii.    Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.


2.6.3     Prinsip rawatan secara am.



Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut:



i.     memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
ii.     jangan     pindahkan     pesakit  kecuali     nyawanya     terancam.     Lakukan rawatan ditempat kejadian.


iii.    kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.

Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.

iv.     sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.
v.    halang/ampu  pergerakan  anggota  yang  patah  menggunakan  belat

(splin), anduh dan pembebat.

vi.     periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.





AKTIVITI 1b







UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA





Jawab soalan-soalan yang berikut:



2.9     Nyatakan jenis-jenis luka.

2.10     Semasa anda sedang berkhemah, rakan anda terhiris lengan tangannya dengan parang semasa mencari kayu api. Apakah tindakan yang perlu anda ambil sekiranya anda tidak mempunyai kotak pertolongan cemas.
2.11     Apakah tindakan dan rawatan yang perlu anda lakukan bila berhadapan

dengan rakan anda yang mengalami kemalangan motosikal.









Jawapan:



MAKLUMBALAS 1b




2.9     Jenis-jenis luka adalah:
i.
Luka terhiris
- disebabkan benda tajam seperti pisau
ii.
Luka terkoyak
- disebabkan cakaran binatang atau dawai
iii.
Luka berdarah
- kena pukulan tepat benda tidak tajam
iv.
Luka tembus
- seperti kena tikam pisau, jarum atau peluru



2.10     Tindakan yang perlu diambil adalah:

i.     Tanggal atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka. ii.    Bersih seberapa boleh kawasan cedera.
iii.     Beri tekanan tepat ke atas luka dengan tapak tangan atau jari-jari

anda. Jika boleh gunakan kain yang bersih, tetapi jangan buang masa untuk mencari kain pembalut. Beri tekanan sehingga darah berhenti. Biasanya sekitar 10 hingga 15 minit.
iv.     Angkat dan ampu anggota cedera atas dari paras jantung kawan anda. v.    Baringkan mangsa. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah
ke bahagian yang cedera dan mengurangkan dari risiko renjatan. vi.    Dapatkan bantuan. Sekiranya telah mempunyai pembalut. Balut
dengan kemas kawasan cedera. Jnagan balut terlalu ketat. Jika

perdarahan tembus menerusi balutan, bal;utlah selapis lagi.


2.11     Tindakan yang perlu diambil adalah:



Pastikan keselamatan diri anda  terjamin dan anda  tidak  menimbulkan sebarang bahaya dengan:
Sekiranya  anda  membawa  kenderaan,  Letakkan  kenderaan  anda ditempat    yang     selamat     dan     nyalakan     lampu     kecemasan     pada kenderaan anda.
Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat kemalangan.
Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna cerah dan bawa lampu picit.


Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut:



Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan maklumkan suasana kejadian terutama bilangan mangsa.
Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya memberi amaran kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain.
Arahkan  orang     yang     menyaksikan  kejadian  agar  berada  sekurang-

kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian.

Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari kawasan kejadian.
Tutup suis enjin motosikal yang terlibat dalam kemalangan samada enjin

masih hidup atau telah dimatikan.



Jika rakan anda tidak sedarkan diri



Jangan alih rakan anda kecuali jika benar-benar perlu. Anggap mangsa mengalami kecederaan tulang belakang.


Jika mangsa perlu dialihkan, anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pembantu. Seorang untuk mengampu bahu dan dada, seorang untuk  mengampu  peha  dan  seorang  untuk  memegang  kaki.  Anda hendaklah sentiasa mengapu kepala rakan anda.


Menanggalkan topi keledar



Hanya perlu ditanggal jika betul-betul perlu sahaja. Contohnya jika topi keledar menghalang anda dari memberi bantuan pernafasan.
Jika boleh topi keledar ditanggal sendiri oleh mangsa.

Buka topi keledar dengan menolak bahagian tepi keluar supaya kepala bebas dari tekanan. Angkat topi keledar ke atas dan kebelakang.
Sekiranya  topi  keledar  muka  penuh,  Masukkan  jari  anda  dibahagian bawah rim. Sokong leher dan pegang rahang bawah dengan jari-jari yang  terbuka.  Minta  seseorang  untuk  menarik  topi  keledar  dari bahagian atas.


Rawatan kecederaan



Ikuti pemulihan kaedah ABC Kawal pendarahan yang berlaku
Beri rawatan luka yang besar, selaran dan keretakan atau patah yang teruk
Rawat mangsa akibat renjatan.





INPUT






2.7     MELECUR DAN TERBAKAR



Kecederaan  melecur  dan  terbakar  adalah  disebabkan  oleh     haba  atau  api. Kecederaan melecur dan terbakar akan memecahkan kulit dan membolehkan kuman memasuki kulit dan mengakibatkan jangkitan.


Kemalangan di rumah merupakan punca utama luka terbakar atau melecur. Punca utama  berlakunya luka terbakar adalah kecuaian menggunakan alatan contohnya terpegang seterika panas, terkena tumpahan minyak, tersentuh ekzos kenderaan    terutamanya    motor,    terkena     kejutan  elektrik     dan  sebagainya. Rawatan pertolongan cemas biasanya  berupaya menyembuhkan luka terbakar dengan baik dan secara semula jadi.


Kecederaan luka terbakar dapat dikelaskan mengikut dua faktor :



i.  Klasifikasi terbakar atau kedalaman kecederaan

ii.  Peratus kawasan permukaan yang terbakar (peraturan sembilan)


2.7.1     Klasifikasi terbakar





i.         Kecederaan terbakar darjah pertama
- Terbakar kulit permukaan atas sahaja

-  Terkena air panas atau benda panas untuk seketika atau pancaran matahari
-  Proses penyembuhan sekitar 1 minggu jika tiada masalah jangkitan kuman.



ii.  Kecederaan terbakar darjah kedua
- Terdapatnya gelembong air (blister)

-  Terkena benda panas agak lama atau semburan api seperti gasoline.
-  Memerlukan 2 hingga 3 minggu untuk sembuh.

Kemungkinan berlakunya renjatan.



iii. Kecederaan terbakar darjah ketiga
-     Melibatkan hingga bahagian otot

-  Bau terbakar dapat dihidu

-  Tidak ada rasa sakit atau sensasi terhadap cucukan jarum.
-  Kemungkinan berlakunya renjatan.



2.7.2     Peraturan Sembilan



Secara umumnya kebakaran 15 % (10% jika kanak-kanak) adalah memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Kecederaan anggota penting seperti muka, organ seksual (kemaluan atau buah dada) memerlukan rawatan segera walaupun kurang daripada 10%.


Peraturan Sembilan adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengira peratus kecederaan terbakar yang berlaku pada mangsa. Peraturan Sembilan juga membahagikan kawasan permukaan badan kepada sembilan bahagian . Ia digunakan untuk menghitung kemelaratan kecederaan dan memutuskan tahap rawatan yang perlu


diberikan. Sekiranya kecederan terbakar berlaku pada tangan kanan, mangsa mengalami peratus kebakaran sebanyak sembilan peratus.


sebarang luka terbakar darjah kedua atau melebihi 1% perlu mendapatkan rawatan doktor.
kemelaratan sehingga 9% atau lebih boleh mengakibatkan renjatan. Mangsa perlu dirawat dihospital.
sebarang saiz luka berdarjah ketiga perlu dirawat dihospital.








PERATURAN SEMBILAN

Dewasa dan
Kanak-kanak
Bayi

(%)
(%)
Kepala
Dada dan abdomen
9
18
- Depan
18
18
- Belakang
18
18
Kaki dan peha kanan
18
14
Kaki dan peha kiri
18
14
Tangan kanan
9
9
Tangan kiri
9
9
Kemaluan
1
1


2.7.3     Rawatan luka terbakar yang ringan



Luka terbakar yang ringan biasanya terjadi di rumah ataupun kawasan kerja. Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan lecuran, mengurangkan kesakitan dan gelembung dan risiko jangkitan.


Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:



i.     alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang cecair


sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air minuman dalam tin.
ii.     tanggalkan sebarang barang kemas atau pakaian yang ketat dari bahagian yang cedera sebelum ia menggelembung.
iii.     balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan nipis.


2.7.4     Rawatan luka terbakar yang teruk



Luka terbakar yang teruk boleh terjadi sekiranya berlaku kebakaran rumah atau kemalangan yang membabitkan kebakaran.
Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan luka terbakar dan melegakan kesakitan, memulihkan pernafasan, merawat kecederaan berkaitan dan mengurangkan risiko jangkitan.


Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:



i.     baringkan mangsa. Jika boleh elakkan anggota cedera dari terkena tanah.
ii.     dinginkan  luka  terbakar dengan cecair penyejuk  yang secukupnya.

Mungkin mengambil masa selama 10 minit atau lebih. Jangan memberi mangsa  kedinginan yang berlebihan kerana boleh membawa kepada risiko penurunan suhu badan (hypotermia).
iii.     semasa proses penyejukan periksa saluran pernafasan dan denyutan

nadi. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan.

iv.     tanggalkan     sebarang     pakaian     seperti     tali     leher,pinggang,     jam tangan,cincin, kasut dan baju terbakar sebelum anggota yang cedera menggelembung. Tanggalkan dengan perlahan.
v.     tutup kecederaan dengan sehelai bahan yang steril. Sejukkan dengan

air untuk melegakan kesakitan.


vi.     rawat     mangsa     daripada     serangan     renjatan.     Periksa     nadi     dan pernafasan sementara menanti kedatangan ambulans.


2.7.5     Terkejut (Shock) atau Renjatan



Kesakitan  yang  amat  sangat  atau  kehilangan  darah  atau  cecair  dalam badan yang  banyak atau terperanjat. Boleh menyebabkan kematian jika tidak dikawal.
Punca-punca ialah pendarahan yang banyak, cirit-birit dan muntah yang

berterusan, kulit  terbakar, kejutan elektrik, serangan jantung, kesakitan yang amat kuat, gangguan emosi, alahan kepada benda asing seperti bias tebuan, penicillin atau makanan, kecederaan urat saraf tunjang.


Tanda-tanda renjatan adalah:



i.     muka bibir dan anggota pucat. ii.    kulit sejuk dan berpeluh
iii.     pandangan kabur dan pening iv.    nafas cetek dan pantas
v.     denyutan nadi lemah dan pantas vi.    loya , muntah dan haus
vii.     mungkin tidak bergerak atau bercakap



Langkah rawatan adalah seperti berikut:



i.     baring pesakit. Jika kepala tak cedera, angkat kaki 8 - 12 inci tinggi.

Jika sakit dada atau sukar bernafas, letak dalam keadaan duduk atau separuh duduk. Jangan biarkan pesakit berdiri. Lakukan pemeriksaan ABC.
ii.     tahan darah dari keluar ( jika berdarah )


iii.     longgarkan pakaian dan pastikan suhu badan pesakit terkawal.

Pesakit pucat dan kesejukan hendaklah diselimut.

iv.     jangan  bagi  pesakit  minum  kerana  pesakit akan  merasa  loya  dan makan/minum akan menyebabkan muntah. Jika hospital jauh, beri pesakit menghisap kain basah untuk kurangkan kekeringan tekak.
v.     usahakan pesakit dapat udara segar. Jangan biarkan     pesakit  dapat udara kering. Beri bantuan perubatan.


2.8     LEMAS – AIR DAN SESAK NAFAS



Lemas berlaku apabila udara dihalang daripada memasuki mulut dan hidung. Seseorang  yang  lemas  di  sungai  atau  kolam  air  mungkin  akan  mengalami kesejukan dan juga asfiksia. Ia juga mungkin memerlukan rawatan hipotermia. Biasanya air yang masuk ke paru-paru mangsa adalah sedikit berbanding yang masuk ke dalam perut mangsa.


Lemas juga boleh berlaku apabila udara yang memasuki saluran pernafasan dicemari asap yang beracun seperti asap daripada kebakaran plastik, getah dan ekzos kenderaan.


Lemas juga boleh berlaku sekiranya seseorang tertimbus di dalam pasir, leher yang dijerut atau muka ditutup bantal.


Tanda-tanda seseorang ini mengalami lemas adalah:



i.     kesukaran untuk bernafas. ii.    mulut berbuih.
iii.     bibir dan kuku menjadi kebiruan jika puncanya tidak dialihkan serta-

merta

iv.     kemungkinan tidak sedarkan diri.




2.8.1     Rawatan lemas kerana air



1.     Bawa mangsa lemas naik ke darat, dengan kedudukan kepalanya lebih rendah  daripada dada. Ini untuk mengurangkan risiko menyedut air dan muntah.
2.     Baringkan mangsa sebaiknya di atas selimut atau sebagainya.

3.     Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.
4.     Bagi mengelakkan terjadinya hipotermia, gantikan pakaiannya yang basah dan  hindari daripada kesejukkan  dengan memberi minuman panas.
5.     Bawalah mangsa  lemas  ke hospital walaupun  kelihatan  telah  pulih sepenuhnya.


2.8.2     Rawatan lemas kerana asap



1.     Bawa atau alihkan mangsa ke tempat udara yang bersih. Walaupun begitu anda  jangan cuba masuk ke dalam bilik yang dipenuhi asap tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan.
2.     Jika mangsa pengsan, periksalah denyutan nadi dan pernafasannya.

3.     Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.
4.     Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan.

5.     Jika terdapat alat oksigen, berikanlah kepada mangsa dengan syarat anda telah dilatih menggunakannya.
6.     Tunggu mangsa sehingga bantuan tiba. Periksa nadi dan pernafasan setiap 10 minit.



2.8.3     Rawatan sesak nafas (kesukaran bernafas)



1.     Hiperventilasi



Keadaan  di mana  pernafasan  udara  yang berlebihan. Ia  mungkin  akan menyebabkan ketakutan dan histeria. Gejala ini mudah menyerang individu yang ketakutan dan terkejut.


Tanda-tanda hiperventilasi



i.     Pernafasan yang cepat, dalam dan tidak normal

ii.     Mungkin     terdapat     tabiat     yang     memerlukan     perhatian,     pitam, mengantuk dan mengigil
iii.     Kejang kaki dan tangan.



Langkah rawatan adalah seperti berikut:



i.     Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa.

ii.     Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh mengawal kembali pernafasannya.
iii.     Biarkan  mangsa  bernafas  menggunakan  beg  plastik  atau  karung kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan lagi keadaan. Beg    plastik    atau     karung     kertas     akan     menyebabkan     mangsa menggunakan  udara  yang  sama  untuk  bernafas.  Buka  beg  plastik sekiranya  mangsa  mulai  bernafas  secara  normal.  Jika  ketegangan berterusan, biarkan mangsa  menyedut semula  udara hembusannya daripada beg plastik tersebut.


2.     Lelah



Pesakit asma biasanya mengetahui cara yang terbaik untuk mengendalikan serangan. Biasanya mereka membawa bersama ubat aerosol dalam bentuk penyedut.


Tanda-tanda lelah:



i.     kesukaran untuk bernafas dengan lepasan nafas yang panjang. ii.    nafas yang berbunyi apabila mangsa menghembus nafas.
iii.     mangsa mungkin sukar untuk bercakap.



Langkah rawatan adalah seperti berikut:


i.
tenangkan dan beri keyakinan pada mangsa.

ii.

iii.
bantu mangsa supaya ia dapat duduk dan berehat.

jika  mangsa  mempunyai  ubat  beri  ia  untuk  menggunakan


ubat

tersebut.


iv.     jika  ia  merupakan  serangan  pertama  dan  berterusan,  dapatkan bantuan ambulans. Periksa rekod nadi dan pernafasannya.




2.9     TIDAK SEDARKAN DIRI (PENGSAN)



Tidak sedar diri atau pengsan adalah keadaan yang tidak normal dimana ia melumpuhkan tindakan refleks anggota badan. Salur udara bagi seseorang yang pengsan  mungkin sempit atau tersekat. Ini terjadi kerana mangsa kehilangan kawalan otot di dalam tekak, mengakibatkan lidah mengendur ke belakang dan menutup tekak. Seseorang yang  pengsan hendaklah diberi pertolongan cemas serta-merta.


Rawatan bagi mangsa yang pengsan:



i.     buka  salur  udara  dengan  mengangkat  dagu  dan  rebahkan  kepala mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC
ii.     periksa nadi dan pernafasan mangsa.

iii.     bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.
iv.     jika  mangsa  hendak  muntah  letakkan  mangsa  dalam  kedudukan pemulihan.
v.     periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.



Kaedah AVPU adalah cara mudah untuk menilai tahap kesedaran :

A  (alert)     - Pesakit peka

V  (verbal)     - Pesakit ada respons kepada rangsangan verbal

P  (pain)     - Pesakit ada respons kepada rangsangan sakit

U  (unresponsive)- Pesakit tiada respons kepada semua rangsangan.
Cara yang terbaik untuk menimbulkan rangsangan sakit adalah dengan memicit otot


vi.     kawal sebarang pendarahan. Ampu kepatahan. Lihat kecederaan lain yang nyata. Perhatikan tanda amaran perubatan contohnya rantai atau gelang.
vii.     letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.



Amaran



i.      jangan cuba memberi sesuatu menerusi mulut mangsa ii.    jangan alihkan mangsa tanpa sebarang sebab.
iii.     jangan tinggalkan mangsa pengsan seorang diri.




2.10  KEJUTAN ELEKTRIK



Bekalan arus elektrik dirumah, pejabat, bengkel dan kedai boleh menyebabkan kecederaan  yang teruk dan membawa maut. Kebanyakan kecederaan adalah disebabkan suis yang rosak, wayar hampir putus dan alatan yang rosak. Air pula merupakan  pengalir  elektrik  yang  baik.  Sekiranya  berlaku  kemalangan  yang membabitkan arus elektrik, putuskan atau tutup  suis utama sebelum bantuan diberikan. Berikan bantuan setelah anda pasti punca elektrik telah diputuskan.


Langkah-langkah rawatan mangsa kejutan elektrik:



i.     jika mangsa tidak sedarkan diri, bukalah salur udara dengan serta merta. Periksa pernafasan dan nadi mangsa. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan dan CPR, jika perlu.
ii.     jika mangsa tidak sedar tetapi masih bernafas, letakkan dalam kedudukan pemulihan.
iii.     sejukkan sebarang luka terbakar dengan air sejuk yang banyak seperti rawatan terbakar.
iv.     rawat mangsa dari serangan renjatan.




AKTIVITI 1c





UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA







Jawab soalan-soalan yang berikut :



2.12     Betis rakan anda tersentuh pada ekzos motor yang panas. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
2.13     Semasa perbarisan tamat latihan Kawad  diadakan rakan anda tiba-tiba jatuh pensan. Apakah yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda itu?
2.14     Rakan anda yang diserang kekejangan kaki dan tangan semasa aktiviti

perkhemahan diadakan. Pernafasan rakan anda juga cepat dan tidak teratur. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan?







Jawapan :





MAKLUMBALAS 1c




2.12     Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:



i.     Alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang cecair sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air minuman dalam tin.
ii.     Tanggalkan sebarang pakaian yang ketat dari bahagian yang

cedera sebelum ia menggelembung.

iii.     Balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan nipis.


2.13     Rawatan bagi mangsa yang pengsan:



i.     Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC
ii.     Periksa nadi dan pernafasan mangsa.

iii.     Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.
iv.     Jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan

pemulihan.

v.     Periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.



2.14     Langkah rawatan adalah seperti berikut:



i.     Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa.

ii.     Jika  boleh  bawa  mangsa  ke  tempat  tenang  supaya  ia  boleh mengawal kembali pernafasannya.
iii.     Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau karung

kertas.  Tetapi  jangan  terlalu  lama.  Ini  akan  menyukarkan  lagi keadaan.   Beg  plastik  atau  karung  kertas  akan  menyebabkan mangsa menggunakan udara yang sama untuk bernafas. Buka beg plastik  sekiranya   mangsa  mulai  bernafas  secara  normal.  Jika ketegangan berterusan,  biarkan mangsa menyedut semula udara hembusannya daripada beg plastik tersebut.




INPUT






2.11  SENGATAN SERANGGA DAN GIGITAN BINATANG



Kecederaan seperti ini sering terjadi semasa aktiviti kegiatan luar diadakan. Ancaman dari hidupan seperti ular, lipan, tebuan dan sebagainya tidak boleh dipadang ringan. Pengetahuan mengenai rawatan kecemasan adalah perlu agar
mangsa tidak terbiar kesakitan seorang diri.









2.11.1     Patukan Ular



Terdapat lebih kurang 136 jenis ular di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah  tersebut, 104 jenis adalah dari yang tiada bisa. Jenis ular yang berbisa adalah ular kapak, ular katam, ular tedung dan ular laut.


Jika seseorang itu menderita akibat gigitan ular, langkah-langkah berikut adalah disyorkan. Kejayaan cara begini selalunya bergantung kepada masa yang  berlaku  diantara  waktu  kena  gigit  dan  masa  pertolongan  cemas diberikan. Lebih singkat masa lebih berkesan rawatannya.




a.     Seseorang yang kena gigitan ular selalunya terkejut dan menderita kerana takut mati. Pulihkan rasa terkejut dan panaskan tubuh mangsa.
b.     Baringkan pesakit dan jangan biarkan ia bergerak selepas kena gigit.

Jangan benarkan pesakit berjalan atau menggunakan tenaga. Tempat yang digigit mestilah jangan digerakkan.
c.     Letakkan kedudukan gigitan dibawah paras jantung. d.    Cuci sekeliling tempat kena gigit.
e.     Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk, katam dan ular laut, tetapi tidak bagi ular kapak kerana ini akan menambahkan kelemayuh (gangrene) Alat penahan darah (pengikat tourniquet) boleh dibuat pada bahagian peha atau lengan bergantung pada kedudukan gigitan.  Biasanya  10  sentimeter  di  sebelah  atas  gigitan.  Kekuatan ikatan ini adalah sekadar menutup vena-vena  dan tidak terlalu ketat untuk    menghalang     pengaliran     darah    di    arteri-arteri.     Ini     boleh dipastikan dengan adanya nadi di arteri selepas ikatan.
f.     Alat penahan darah hendaklah dilonggarkan 60 saat setiap 30 minit

dan jangan digunakan lebih dari 8 jam.

g.     Tiub getah adalah alat yang terbaik untuk tujuan ini. Kaedah ini tidak akan berhasil jika dilakukan 30 minit selepas gigitan.
h.     Bawa pesakir terus ke hospital.

i.     Bunuh ular tersebut dan bawa ke hospital. Ini mungkin mustahak bagi mengenali jenis ular tersebut.


Anda juga boleh menggunakan kaedah dengan menghiris kawasan gigitan ular  menggunakan  pisau  yang  disterilkan,  kemudian  sedut  keluar  bisa tersebut dan ludah keluar dari mulut anda. Sebagai langkah keselamatan, anda mesti memastikan  bahawa tiada pendarah atau kelukaan di dalam mulut anda sebelum melakukan kaedah ini.


2.11.2     Sengatan serangga



Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan menyebabkan kesakitan dan kebengkakan pada tempat yang digigit. Ia juga kadangkala menimbulkan perasaan ketakutan kepada mangsa. Jika seseorang itu sensitif pada sengat atau disengat di dalam mulut, ia akan membengkak dengan cepat.


Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:



i.     Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.

ii.     Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit. Jika boleh  penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat.
iii.     Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau larutan

amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan.

iv.     Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, berilah mangsa seketul ais untuk dihisap.
v.     Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan perubatan.


2.11.3     Sengatan hidupan laut.



Apabila anda berkelah di tepi laut yang mempunyai ampai-ampai atau obor- obor, anda sebenarnya terdedah dengan sengatan obor-obor tersebut. Sengatan ikan sembilang juga menimbulkan kesakitan yang amat sangat berserta kebengkakan.


Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:



1.     Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.

2.     Curahkan  alkohol  atau  sebarang  minuman  beralkohol  atau  cuka makanan ke atas luka selama beberapa minit untuk melemahkan sel- sel penyengat.
3.     Sapukan krim  antihistamin. Jika  tiada  sapukan  sodium bicarbonate

(serbuk penaik) dan air pada luka.

4.     Taburkan serbuk bedak yang kering ke atas kulit. Serbuk pelembut daging yang digunakan dalam masakan “barbecue” adalah baik kerana ia mempunyai “papain” untuk mematikan bisa.


Bawa pesakit ke hospital sekiranya ia mengalami alahan yang teruk atau berterusan.


2.12  KERACUNAN



Kes  keracunan  biasanya  terjadi dengan  tidak  disengajakan. Keracunan  yang biasa terjadi adalah berpunca daripada makanan yang tercemar, sayuran atau buah-buahan yang beracun. Keracunan juga boleh berlaku melalui resapan pada kulit seperti racun rumpai atau racun serangga.


Keracunan jika tidak diubati boleh menyebabkan kerosakkan sementara atau kekal pada  tubuh badan. Racun boleh tertelan, tersedut, tersentuh, terserap dalam kulit, atau termasuk dalam mata.


2.12.1  Keracunan makanan



Tanda-tanda keracunan:



1.     Biasanya mangsa mengalami loya dan muntah.

2.     Sakit perut.

3.     Cirit birit.

4.     Pening kepala

5.     Mungkin merasa deman.

6.     Mangsa juga mungkin mengalami renjatan. Langkah rawatan adalah:
1.     Rehatkan mangsa.

2.     Beri mangsa minum air yang banyak. Meminum glukosa “isotonic” dan garam “oral rehydration” adalah ideal. Jus oren merupakan sumber kalium yang amat berguna.
3.     Dapatkan bantuan perubatan



2.12.2  Keracunan umum



Tanda-tanda keracunan umum adalah:



1.     Mangsa merasa sangat mengantuk atau tidak sedar.

2.     Mungkin terdapat botol atau bekas yang mengandungi bahan beracun, tablet ubatan atau tumbuh-tumbuhan disamping mangsa


3.     Terdapat tanda-tanda terbakar dan warna keputihan disekeliling bibir, mulut sekiranya mangsa tertelan raun yang mengakis
4.     Rasa sakit perut, cirit birit atau muntah.

5.     Sakit kepala dan pening

6.     Mungkin juga terdapat sesak nafas atau nafas terlalu cepat tetapi cetek dan pendek ataupun nafas menjadi lambat.
7.     Kemungkinan berlakunya renjatan



Langkah-langkah rawatan secara am:



1.     Jika mangsa  sedar, tanyakan apa yang telah diambilnya. Jika mangsa tidak sedar diri, periksa sekitar mangsa kerana ini mungkin dapat membantu untuk mengesan apa yang diambil mangsa
2.     Segera telefon ambulans

3.     Periksa nadi dan pernafasan mangsa. Bersedia untuk melakukan pemulihan bantuan pernafasan mulut kemulut.
4.     Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan

5.     Jika anda pasti pesakit tidak tertelan racun menghakis, tetapi hanya buah atau tablet, muntahkan dengan menggeletek anak lidah.
6.     Cairkan racun dengan memberikan minum air atau susu yang banyak.

Beri sedikit demi sedikit agar mangsa tidak muntah.

7.     Jangan muntahkan pesakit yang tertelan racun jenis mengakis seperti bahan peluntur, disinfektan dan pengilap lantai.
8.     Jika terkena bahan kimia, cuci dan bilas sisa bahan kimia pada kulit

dengan menggunakan air yang banyak dan mengalir.

9.     Bawa mangsa ke hospital bersama-sama pil, bekas kosong atau buah yang dijumpai berhampiran mangsa.







AKTIVITI 1d





UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA





Jawab soalan-soalan yang berikut:



2.15     Rakan anda disengat seekor lebah semasa menjalankan aktiviti merentas hutan. Apakah yang anda perlu lakukan?
2.16     Tangan rakan anda digigit seekor anjing liar semasa cuba untuk melarikan diri dari anjing liar tersebut. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan.









Jawapan :



MAKLUMBALAS 1d




2.15     Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah:



vi.     Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.

vii.     Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit.

Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat.
viii.     Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada  surgical spirit atau

larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan.

ix.     Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan  mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, berilah mangsa seketul ais untuk dihisap.
x.     Jika     ragu-ragu     dengan     keadaan     pesakit,     dapatkan     bantuan perubatan.


2.16     Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah:



i.     Cuci luka dengan bersih mengunakan air dan sabun.

ii.     Sekiranya luka adalah serius, kawal dan cegah pendarahan dengan menggunakan tekanan secara terus. Angkat bahagian luka agar lebih tinggi dari jantung mangsa.
iii.     Tutup luka dengan pembalut atau pad yang bersih.

iv.     Bawalah mangsa ke hospital.







PENILAIAN KENDIRI






Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba semoga berjaya !!!



1.         Kereta     A     telah     melanggar     kereta    B    diatas    lebuhraya.   Kemalangan menyebabkan  kereta  B  tercampak  ke  tiang  letrik  di  tepi  lebuhraya. Hentaman ini  telah  menyebabkan  talian  kuasa  jatuh  ke  atas  bumbung kereta B. Kereta A telah terbabas keluar dari jalan. Senaraikan perkara yang anda harus perhatikan semasa penilaian tempat kejadian.


2.     Apakah keperluan yang perlu ada sekiranya anda ingin menyediakan kotak pertolongan cemas untuk kegunaan aktiviti rekreasi anda?





1P





















2
3

4A












5
6
S













7


H



S










8
I

9














10
A




D

T













MELINTANG

2. Kecederaan terbakar anggota ini perlu diberi perhatian walaupun ianya kurang 10%

5. Bawalah ia bersama untuk membantu masalah cirit-birit

7. Pendarahan akibat benda tajam seperti pisau

8. Ia amat berguna digunakan untuk kes kecederaan lebam

9. Tindakan rawatan yang membabitkan tekanan bahagian dada. Jangan lakukan pada mereka yang sihat

10. Peperiksaan tempat ini menentukan peredaran darah seseorang itu masih beroperasi

KE BAWAH

1. Ramai yang menggunakannya untuk mengatasi kebanyakkan rasa tidak selesa. Tetapi ada juga orang yang alah dengannya

3. Ancamannya boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan seawal mungkin

4. Penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti nafas berbunyi, kulit lebam,hidung kembang dan pergerakan dada yang tersedut

6. Tindakan ini dilakukan semasa peringkat B dalam melakukan pemeriksaan ABC

7. Sekiranya tiada sebarang alat semasa kawan anda mengalami luka terhiris, anda perlu lakukan tindakan tekanan ini





MAKLUMBALAS



Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .


JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI





JAWAPAN :



1.     Pastikan  keselamatan  diri  anda  terjamin  dan  anda  tidak  menimbulkan sebarang bahaya dengan:
Letakkan kenderaan anda ditempat yang selamat dan nyalakan lampu kecemasan pada kenderaan anda.
Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat

kemalangan.

Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna cerah dan bawa lampu picit.
Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut:

Telefon     pusat     perkhidmatan     kecemasan     dengan     segera     dan maklumkan suasana  kejadian  terutama  keadaan  talian  kuasa  yang jatuh di atas kereta B dan bilangan mangsa.
Arahkan  orang     yang     menyaksikan  kemalangan  supaya     memberi

amaran kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain.

Arahkan  orang  yang  menyaksikan  kejadian  agar  berada  sekurang- kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian.
Letakkan  papan  tanda  tiga  segi  sejauh  kira-kira  200  meter  dari

kawasan kejadian.


Tutup suis enjin kenderaan A yang terlibat dalam kemalangan samada enjin masih hidup atau telah dimatikan. Jangan hampiri kenderaan B sehingga  anda  diberitahu  bahawa bekalan  kuasa  telah  diputuskan. Bahan-bahan    seperti    kayu    kering     atau  pakaian     tidak     berupaya melindungi anda daripada arus elektrik bervoltan tinggi. Bekalan kuasa harus  diputuskan dan  dipisahkan  sebelum mangsa  dalam kereta B didekati. Faktor ini amat penting terutama apabila talian kuasa elektrik laluan atas.
Pastikan  kenderaan  dalam  keadaan  stabil.  Jika  kenderaan  dalam

keadaan tegak, tarik brek neutral, atau gunakan  penghalang pada tayar.  Jika  kenderaan  terbalik  pada  sisinya,  biarkan  sahaja.  Cuba halang kenderaan itu daripada terbalik sepenuhnya.
Perhatikan bahaya fizikal yang lain. Adakah sesiapa yang merokok, membawa bahan kimia berbahaya, kerosakan talian bekalan elektrik, telefon bimbit.


2.     KOTAK PERTOLONGAN CEMAS

Keperluan pembebatan (dressing) dan balutan (bandages)

i.     White Open Wove (WOW)     - untuk memegang pembebatan bandage        pada tempatnya.
- 5cm x 5m, 7.5cm x 5m, 91cm x 5m ii.    Sterile stretch bandage     - untuk memegang pembebatan
pada tempatnya.


- 7.5 cm x 1.9 m , 11.4 cm x 3.7 m
iii.
Gauze ( kain kasa )
- rawatan luka melecur, bisul dsb
iv.
Sterile gauze
- rawatan luka melecur, bisul dsb.
v.
Kain tiga segi
- membalut anggota cedera
vi.

vii.
Pembalut crepe

Plaster pelbagai saiz
- untuk menahan darah keluar

- menutup luka kecil.
viii
Roll of surgical tape
- menetapkan pembebatan dan balutan


ix.
Gunting
- memotong pakaian , surgical tape
x.
Safety pin
- mengemaskan kedudukan balutan
xi.
Kapas
- membersihkan luka dan kotoran.



Keperluan untuk rawatan dan mencuci luka

Antiseptik cream     - Burnol , salvon
i.     Cecair antiseptik     - mencuci peralatan perubatan ii.    Cecair antiseptik     - mencuci kekotoran pada kulit
iii.
Eusol
- pencuci luka yang septic dan kudis
iv.
Hydrogen peroxide
- mencuci kekotoran seperti pasir



pada luka
v.
Acriflavine lotion
- ubat luka
vi.
Povidone iodine
- ubat luka
viii.
Normal saline
- pencuci luka, kudis dan bisul
ix.
Habitine (5% spirit )
- mencuci peralatan (basmi kuman)







Keperluan ubatan (drug) dan lain-lain


i.
PCM (Paracetamol )
- analgasic seperti pening
ii.
Gelusil / actal
- gastrik
iii.

iv.
Minyak LMS

Spray kekejangan
- minyak gosok

- meredakan sakit otot
v.

vi.
Spray antiseptik

Garam ORS
- meredakan luka kecil seperti calar

- meredakan sakit cirit-birit
vii.
Painkillers ( bawah kawalan)
- ubat tahan sakit.






P










C










M
U
K
A








L

S

O
R
S




A

F


A



T
E
R
H
I
R
I
S



E



S


A
I
S
C
P
R


I






A


K
A
R
O
T
I
D

T