June 15, 2014

BAB 8 PENYEDIAAN PROGRAM AUDIT, KERTAS KERJA AUDIT DAN FAIL AUDIT


PROGRAM AUDIT
Pengenalan
- Program audit tidak mungkin dapat disediakan untuk semua audit
- Namun program yang dirancang dengan baik meliputi sejumlah besar perkara yang boleh digunakan dalam setiap audit dalam setiap hal
- Juruaudit harus memberi pertimbangan terhadap sifat perniagaan semasa menyediakan program audit
Definisi
- Satu garis panduan yang terperinci bagi kerja audit yang dilakukan oleh firma bagi tujuan pengauditan
- Ia merupakan satu jadual tatacara audit yang perlu diikuti dalam melaksanakan kerja-kerja audit
- Dia akan dimasukan dalam fail semasa dan boleh dirujuk oleh pembantu audit untuk melaksakan proses audit
- Program audit disediakan diawal pemeriksaan audit dan juruaudit mesti mengikuti setiap langkah dalam program
- Setelah menyelesaikan semua langkah yang telah ditetapkan, juruaudit mesti mendatangani program sebagai bukti bahawa langkah itu telah dipatuhi
- Program audit berbeza untuk urusniaga dan jenis perniagaan
Jenis

i. Program audit standard
- Program khas yang disediakan khas untuk diikuti/dilaksanakan oleh firma yang berkaitan (semua jenis industry. Cth, program audit untuk aset tetap)
ii. Program audit umum
- Program yang disediakan terhadap audit yang lebih khusus (Cth, audit industry kereta, audit industry bank)
Objektif
1. Sebagai bukti bahawa perancangan audit telah dilaksanakan
2. Sebagai panduan kepada pembantu audit yang kurang berpengalaman
3. Sebagai kawalan kerja-kerja audit (setakat mana kerja audit telah selesai)
4. Sebagai pengawalan masa terhadap perlaksanaan audit (setiap langkah telah ditetapkan masa perlaksanaan)
5. Sebagai bukti bahawa kerja-kerja audit telah dilaksanakan kerana setiap langkah yang telag selesai perlu ditandatangani oleh juruaudit
Kandungan
1. Pernyataan tentang prosedur perakaunan secara terperinci
2. Senarai kelemahan kawalan dalaman yang berkaitan
3. Program untuk pemeriksaan prosedur perakauanan seperti yang dinyatakan
4. Program untuk penentusahan butiran kunci kira-kira
5. Program untuk menganalisa penyata kewangan
6. Program sebagai memeriksa rekod yang ada kaitan tetapi tidak merupakan sebahagian daripada system perakaunan secara langsung(cth; alat tulis)
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
1. Sebelum memulakan sebarang bahagian audit,juruaudit mesti meneliti terlebih dahulu prosedur kawalan dalaman – sebarang perubahan kawalan dalaman yang berlaku sejak ujian audit yang lalu perlu dipertimbangkan kesannya
2. Keperluan untuk melaporkan secara bertulis kepada pelanggan dengan segera tentang kelemahan – kelemahan kawalan dalaman yang ditemui (melalui surat pengurusan)
3. Keperluan untuk mengubah program audit bagi menghadapi keadaan tertentu sebaik sahaja keadaan tersebut timbul
4. Keperluan untuk merekod ujian audit yang terperinci dalam dilaksanakan dengan serta merta ke dalam kertas kerja bersama-sama dengan butir-butir sebarang kesilapan,pengabaian atau pemesongan daripada kawalan dalaman atau prosedur perakauan yang telah ditentukan
Kebaikan
  1. Dapat memastikan semua kerja yang paling penting dilaksanakan dan meminimumkan kemungkinan meninggalkan prosedur yang sepatutnya dilaksanakan
  2. Rakan kongsi audit boleh mengetahui kedudukan audit yang sebenar pada bila-bila masa sahaja
  3. Merupakan rancangan tindakan yang ringkas dan membahagikan tugas kepada berbagai-bagai peringkat staf
  4. Tanggungjawab dinyatakan dengan jelas kerana setiap pembantu audit perlu menurunkan tandatangan ringkas pada program bagi bahagian kerja yang tekah dilaksanakannya
  5. Menjadi bukti yang bernilai bagi tindakan undang-undang terhadap juruaudit
  6. Membantu mengurangkan kekeliruan sekiranya berlaku pertukaran pembantu audit
Kelemahan
  1. Tidak dapat membezakan bila sepatutnya menggunakan prosedur yang terperinci dan sebaliknya
  2. Pembantu audit cenderung untuk menganggap kerja rutin sebagai kerja maksimum yang perlu dibuat
  3. Tidak menggalakkan penggunaan kretiviti profesioanal juruaudit
  4. Pengauditan menjadi terlalu streteotaip - sukar diganti dengan satu bentuk sistem lain walau sebesar mana pun saiz perniagaan
  5. Peluang menipu oleh syarikat pelanggan kerana prosedur audit yang lazim telah diketahui oleh kakitangan syarikat
Kertas kerja
Pengenalan
- Prinsip dokumentasi merupakan prinsip asas pengauditan diaman menurut prinsip ini, segala perkara penting yang diperlukan sebagai bukti audit perlu didokumenkan
- Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa audit dilaksanakan mengikut piawai pengauditan diterima umum
Definisi
- Rekod-rekod yang dikumpulkan oleh juruadit untuk mendokumenkan semua kerja audit dengan memperincikan ujian-ujian yang dijalankan semasa proses audit, masa audit dijalankan, nama juruaudit yang menjalankan kerja, penemuan yang diperolehi dan kesimpulan tentang hasil ujian audit
- Kertas kerja mesti disediakan dengan sempurna dan sistematik – menjadi bukti bahawa sesuatu audit telah dijalankan secara professional dan mengikut piawai audit yang telah diluluskan
Kegunaan
  1. Membantu perancangan dan perlaksanaan audit
- Ia dapat menyelaras dan menyusun kerja audit di semua fasa
- Semua fakta audit yang ditemui di rekod untuk memudahkan penyelarasan apabila terdapat penemuan baru
- Ia dapat membantu audit bagi cawangan
  1. Membantu penyeliaan dan penyemakkan semula kerja audit
- Rakan kongsi audit dapat menentukan samada;
i. Kerja audit dilaksanakan mengikut piawai firma audit dan piawai professional
ii. Kerja audit yang dilaksanakan dan hasil kerja yang diperoleh di dokumen kan secukupnya
iii. Perkara-perkara penting tentang audit telah diberi perhatian
iv. Objektif tatacara audit dapat dicapai dan kesimpulan yang dibuat adalah selaras dengan hasil kerja yang dilaksanakan – bagi menyokong pendapat juruaudit
  1. Memberi bukti perlaksanaan kerja audit sebagai sokongan kepada pendapat juruaudit
- Membantu juruaudit untuk kendalikan pemeriksaan
- Beri bukti sebagai sokongan kepada pendapat juruaudit
  1. Bahan untuk menilai kakitangan juruaudit
  2. Sebagai asas unntuk perancangan audit masa hadapan
Sistem Mengindeks
- Merupakan satu cara meletakkan tanda rujukan pada kertas kerja termasuk setia angka dalam imbangan duga
- Bertujuan untuk memudahkan penggunaan fail kertas dan mencari lokasi jadual atau kertas kerja sokongan dalam fail
- Biasanya firma audit mempunyai system mengindeks yang seragam
Tanda Audit
- Juruaudit akan menggunakan berbagai-bagai symbol di dalam kertas kerja untuk menerangkan tentang kerja audit yang telah dilaksanakan
- Setiap firma mempunyai tanda symbol yang berlainan antara satu sama lain
- Apabila memberikan tanda pada rekod perakaunan yang diperiksa, juruaudit menggunakan warna dakwat yang berlainan daripada warna yang digunakan oleh pelanggan
- Ini dapat membezakan hasil kerja pelanggan dengan hasil kerja juruaudit
Bentuk dan Kandungan Kertas Kerja
- Kertas kerja audit adalah satu dokumen audit yang amat penting, jadi ia perlu disediakan dengan cara yang tersusun dan lengkap
- Penyediaan kertas kerja yang baik dapat menjadi ukuran bahawa pengumpulan bukti audit yang adalah mencukupi
- Keseluruhan kandungan kertas kerja mestilah dapat menggambarkan kajian dan penilaian terhadap system kawalan dalaman dan system perakaunan
- Biasanya, semua firma audit menyediakan satu kertas kerja yang standard yang diikuti oleh semua kakitangan
- Kertas kerja yang baik harus terdiri daripada perkara-perkara berikut :
i. Perancangan juruaudit
ii. Bentuk audit
iii. Masa liputan kerja
iv. Liputan tatacara
- Factor-faktor yang mempengaruhi bentuk dan kandungan kertas kerja :
i. Bentuk ikatan janji antara juruaudit dan pelanggan
ii. Bentuk laporan juruaudit yang perlu disediakan daripada ikatan janji tersebut
iii. Bentuk kecanggihan perniagaan pelanggan
iv. Bentuk dan keadaan rekod-rekod pelanggan serta darjah kesandaran terhadap system kawalan dalaman
v. Keperluan untuk pengawasan dan penyemakan semula kerja yang dilaksanakan oleh pembantu audit
Maklumat yang perlu ada dalam kertas kerja
  1. Struktur organisasi dan struktur perundangan entity
  2. Petikan dan salinan dokumen penting
  3. Bukti proses perancangan audit dan program audit
  4. Rekod tentang kajian dan penilaian system kawalan dalaman dan system perakaunan
  5. Analisis tentang urusniaga dan baki akaun
  6. Analisis tentang nisbah dan arah aliran yang berkaitan dengan maklumat kewangan pelanggan
  7. Rekod tentang bentuk, masa, liputan tatacara audit
  8. Bukti bahawa kerja yang dilaksanakan oleh pembantu audit diawasi dan disemak semula
  9. Nama personal yang melaksanakan kerja dan tarikh kerja disiapkan
  10. Salinan komunikasi antara juruaudit
  11. Salinan surat atau nota tentang maklumat yang diperolehi dari pelanggan (hasil perbincangan)
  12. Surat perakuan yang diterima oleh pelanggan atau pihak ketiga
- Kebolehan juruaudit untuk mendokumentasikan kertas kerja merupakan satu pengikhtirafan kepada juruaudit yang berkebolehan
- Kertas kerja tidak memerlukan maklumat yang sangat terperinci, cukup sekadar untuk membayang keseluruhan kerja audit
Hak kertas kerja
- Kertas kerja adalah hak juruaudit
- Juruaudit perlu menyimpan kertas kerja dalam satu tempoh yang munasabah untuk membayangkan keseluruhan kerja audit
Fail audit
- Terdapat 2 jenis fail yang digunakan juruaudit iaitu fail kekal/tetap dan fail semasa
Fail tetap/ kekal
- Merupakan fail asal yang dibuka oleh juruaudit apabila mereka mula-mula dilantik oleh pelanggan
- Tujuanya adalah untuk menyimpan semua maklumat asas yang penting mengenai pelanggan
- Isi kandungan fail akan sentiasa dikemaskini dengan dokumen-dokumen yang penting dari masa ke semasa selagi pelanggan masih bersama firma audit
- Antara dokumen yang difailkan di dalam fail kekal/tetap;
i. Sejarah penubuhan syarikat dan jenis perniagaan pelanggan
ii. Alamat pejabat yang didaftarkan, pejabat, kilang, syarikat induk, anak syarikat/ syarikat bersekutu
iii. Carta organisasi, senarai lembaga pengarah, aliran dan bidang kuasa
iv. Salinan perjanjian-perjanjian penting, surat persetujuan
v. Maklumat terperinci tentang system perakuanan syarikat, pegawai yang berkuasa dan contoh tandatangan mereka
vi. Modal, rizab, liability, dan asset syarikat secara terperinci
vii. Perlindungan insurans, peguam, perkhidmatan bank
Fail semasa
- Mengandungi maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan oleh juruaudit ketika menjalankan tugas mereka pada setiap tahun semasa
- Isi kandungan fail adalah lebih terperinci kerana mengandungi segala bukti-bukti audit semasa yang akan digunakan bagi menyokong pendapat audit
- Antara dokumen-dokumen yang difailkan di dalam fail semasa;
i. Salinan minit mesyuarat Lembaga Pengarah yang berkaitan dengan perakauanan syarikat/ polisi pengurusan
ii. Program audit tentang prosedur yang perlu dijalankan
iii. Kertas kerja tentang pengesahan butiran dalam penyata kewangan
iv. Penemuan-penemuan audit seperti kelemahakelemahan dan cadangan pembaikannya
v. Indeks bagi kertas kerja
vi. Jadual statistic tentang nisbah-nisbah yang dianalisa
vii. Salinan imbangan duga dan catatan jurnal
viii. Soalan-soalan kepada pengurusan
ix. Salinan surat pengesahan daripada pelanggan tentang butir-butir dalam kunci kira-kira
x. Surat-surat peguam, pekeliling penghutang/pemiutang untuk mengesahkan baki