June 15, 2014

BAB 10: LAPORAN AUDIT

Pengenalan
- Juruaudit perlu menyemak semula dan menilai rumusan-rumusan yang dibuat hasil bukti-bukti yang diperolehi yang akan digunakan sebagai asas untuk melahirkan pendapat ke atas penyata kewangan
- Penyemakkan semula dan penilaian yang dibuat melibatkan pembentukkan rumusan yang menyeluruh samada;
i. Penyata kewangan telah disediakan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum dan ianya telah diamalkan secara tekal
ii. Penyata kewangan telah memenuhi peraturan-peraturan dan peruntukkan undang-undang
iii. Semua perkara yang material telah dibentangkan dengan secukupnya dalam penyata kewangan
Definisi
- Pendapat juruaudit tentnag persembahan penyata kewangan yang telah disediakan oleh entity yang diaudit
- Laporan mestilah ditulis dengan jelas mengenai pendapat yang dilahirkan oleh juruaudit
Unsur-unsur Asas

1. Tajuk
- Tajuk “Laporan Audit” adalah biasa digunakan
- Tujuanya adalah untuk membantu pembaca mengenali laporan audit dan dapat membezakan dengan mudah dari laporan-laporan yang diterbitkan oleh pihak lain
2. Kepada Pihak yang Ditujukan
- Menstilah ditujukan kepada pihak tertentu seperti pemegang saham atau lembaga pengarah entity
3. Mengenalpastian penyata kewangan
- Nama entity, tarikh dan jangka masa yang diliputi oleh penyata kewangan
4. Rujukan kepada standard atau amalan perakaunan yang diikuti
- Merujuk kepada panduan pengauditan antarabangsa atau kepada standard atau amalan yang telah mmenjadi mantapdisesebuah Negara
- Para pembaca memerlukannya sebagai kepastian bahawa suatu pengauditan telah dijalankan selaras dengan standard dan amalan pengauditan
5. Pendapat keatas penyata kewangan
- Laporan hendaklah menyatakan pendapat juruaudit tentang persembahan penyata kewangan entity mengenai kedudukan kewangan dan hasil kendalian operasi entity itu
6. Tandatangan
- Laporan hendaklah ditandatangani oleh firma audit, nama juruaudit atau kedua-duanya
7. Alamat jururaudit
- Mesti menyatakan lokasi tertentu yang biasanya bandar di mana juruaudit menempatkan pejabatnya
8. Tarikh laporan
- Tarikh yang digunakan adalah tarikh dimana selesainya kerja-kerja audit dilaksanakan
- Tujuanya adalah untuk memaklumkan kepada para pembaca bahawa juruaudit mengambil kira kesan keatas penyata kewangan hasil dari peristiwa-peristiwa dan urusniaga-urusniaga yang diketahui oleh mereka terjadi sehingga ke tarikh berkenaan
Jenis-jenis pendapat
1. Pendapat ke atas syarat
- Juruaudit berpuas hati dalam semua aspek material
- Laporan audit mestilah dalam bentuk yang jelas melahirkan kepuasan
2. Pendapat bersyarat
- Juruaudit membuat kesimpulan bahawa ia tidak boleh mengeluarkan pendapat tanpa syarat
- Walaupun begitu, kesan dari sebarang ketidak setujuan, ketidakpastian, atau batasan keatas skop kerja adalah tidak begitu penting
- Keadaan yang boleh menyebabkan pendapat bersyarat :
clip_image001 Batasan keatas skop kerja juruaudit
- Timbul batasan keatas skop kerja, contohnya, apabila syarat-syarat ikat janji menyekat juruaudit dari menjalankan sesuatu tatacara yang pada pendapat juruaudit adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan untuk audit tersebut
- Laporan juruaudit harus menerangkan batasan-batasan berkenaan dengan cara penyusunan kata-kata untuk menyampaikan pendapat tersebut
clip_image001[1] Tiada persetujuan diantara juruaudit dengan pihak pengurusan iaitu :
a. Kebolehterima prinsip-prinsip perakaunan yang dipilih oleh pelanggan
b. Kaedah penggunaan prinsip perakaunan tersebut merangkumi kecukupan pembentangan maklumat didalam penyata kewangan
c. Pematuhan penyata kewangan kepada peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak undang-undang yang berkaitan
clip_image001[2] Ketidakpastian
- Ketidak pastian yang wujud yang memberikan kesan material kepada penyata kewangan
- Laporan perlu menerangkan keadaan ketidakpastian tersebut serta membuat rujukan di dalam nota kepada penyata kewangan yang akan membincangkannay dengan lebih lanjut
3. Pendapat bertentangan
- Dikeluarkan apabila kesan dari ketidakpastian adalah terlalu menyerap kepada penyata kewanagn sehingga juruaudit memutuskan bahawa suatu syarat dalam laporan audit tidak cukup untuk membentangkan penyata kewangan yang mengelirukan atau tidak lengkap
4. Pendapat penafian
- Dikeluarkan apabila didapati yang kemungkinan kesan dari batasan skop kerja atau ketidakpastian secara keseluruhannya adalah sangat material sehingga menyebabkan juruaudit tidak berupaya untuk member pendapat keatas penyata kewangan