November 4, 2013

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 3


PENGURUSAN
SUMBER
MANUSIA

 


OBJEKTIF 

Objektif :

Am

Memahami keperluan pengurusan sumber manusia


Objektif : Khusus

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :


  1. Menerangkan keperluan peningkatan Kemahiran dan Latihan









  1. PENGENALAN  
Sebelum kita memahami keperluan peningkatan kemahiran dan latihan dalam pengurusan sumber manusia, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui dan memahami perkataan Latihan dan kemahiran itu sendiri.
Apa itu latihan ?
Latihan merupakan satu proses memberi dan menambahkan pengetahuan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia.
Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti keperluan latihan untuk pekerja sesebuah organisasi diantaranya :
  1. penilaian prestasi
  2. analisis ke atas keperluan pekerja
  3. analisis organisasi
  4. pandangan pekerja
Apa yang anda tahu tentang kemahiran ?
Kemahiran ialah kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang. Kemahiran boleh dikategorikan kepada dua bentuk iaitu:
  1. Kemahiran teknik seperti kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pengeluaran, kewangan dan pemasaran yang mana bidang ini memerlukan latihan sebelum dapat menjalankan pekerjaan.
  1. Kemahiran pengurusan adalah kebolehan mengurus yang berkaitan dengan proses pengarahan, penyelarasan dan pengawasan pekerjaan orang lain.
  1. KEPERLUAN PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN
    Kenapa kita perlukan peningkatan kemahiran dan latihan ?
    Sebenarnya latihan dan kemahiran dapat mempengaruhi atau merubah gelagat pekerja menjadi lebih produktif dan seterusnya dapat memberi sumbangan ke arah pencapaian matlamat organisasi . Disamping itu , ia juga dapat meningkatkan kemahiran atau kebolehan seseorang pekerja.
    Sebelum sesuatu latihan diadakan, pihak pengurusan mestilah menentukan bidang kemahiran yang perlu diterapkan kepada pekerja di dalam organisasi.
    Contohnya :
    Nikkey merupakan pekerja baru sebagai Pembantu Teknik di sebuah syarikat pemasangan barang-barang elektrik , perlu diberi kursus atau latihan yang berkaitan supaya beliau dapat memahami organisasi dan perjalanan syarikat dan tugas-tugasnya sebagai Pembantu Teknik .
    Keperluan latihan bukan hanya penting untuk pekerja-pekerja baru, malah ianya perlu berterusan agar kecekapan dan keberkesanan kerja dapat dipertingkatkan.
    Contohnya :
    Shida telah berkhidmat sebagai kerani akaun dengan syarikat O’connors selama 5 tahun dan pada peringkat itu, beliau perlu memahirkan dirinya dalam pengguanaan komputer untuk meningkatkan prestasi kerja selaras perkembangan IT yang sedang meningkat.


Arahan : Isikan tempat kosong
  1. Latihan merupakan satu proses_______________________________________
    ________________________________________________________________
  2. Nyatakan EMPAT cara mengenalpasti keperluan latihan dan kemahiran.
    1. ____________________
    2. ____________________
    3. ____________________
    4. ____________________
  1. Bezakan antara kemahiran teknik dan kemahiran pengurusan.
    i.Kemahiran teknik :_________________________________________________
                ___________________________________________________
                ___________________________________________________
    ii.Kemahiran pengurusan :________________________________________
                    ____________________________________________
                    ____________________________________________
8.4 Latihan dan kemahiran dapat__________________________pekerja menjadi lebih_______________ dan seterusnya dapat memberi sumbangan ke arah _______________ ________________ __________________.

8.1    Memberi dan menambahkan pengetahuan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia
8.2
  1. Penilaian prestasi
  2. Analisis ke atas keperluan pekerja
  3. Analisis organisasi
iv.    Pandangan pekerja
  1. i. Kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pengeluaran, kewangan dan pemasaran yang mana bidang ini memerlukan latihan sebelum dapat menjalankan pekerjaan.
    ii. Kebolehan mengurus yang berkaitan dengan proses pengarahan, penyelarasan dan pengawasab pekerjaan orang lain.
  1. mempengaruhi gelagat
    produktif
    pencapaian matlamat organisasi.

8.1.1    CARA-CARA MENGENALPASTI KEPERLUAN LATIHAN
    Setelah kita mengenalpasti keperluan-keperluan latihan dalam sumber
pengurusan manusia seperti yang dinyatakan di atas, kita akan menghuraikannya cara-cara mengenalpasti keperluan latihan tersebut.
  1. Penilaian Prestasi
    Apa yang anda tahu tentang penilaian prestasi ? Ia merupakan proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja dalam melakukan kerjanya.

    Daripada penilaian prestasi yang dijalankan, kita akan dapat mengambil langkah-langkah yang boleh meningkatkan prestasi kerja


  2. Analisis ke atas Keperluan Pekerjaan
    Kenapa kita perlu membuat analisis keperluan pekerjaan ? Analisis ini perlu dilaksanakan untuk memastikan kemahiran dan kebolehan yang ada pada setiap pekerja bersesuaian dengan tugas yang diberikan kepadanya. Jika tidak, latihan perlu diberikan kepada pekerja tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.


  1. Analisis Organisasi
    Pihak atasan boleh menentukan keperluan latihan dengan mengambilkira perancangan jangka panjang organisasi yang telah dibuat.


    Contohnya :-

    Sebuah syarikat minuman kordial mempunyai strategi untuk mengeluarkan produk baru iaitu makanan bijian berasaskan kacang tanah dalam masa 3 tahun dari sekarang, pengurusan syarikat tersebut sudah pasti akan mengkaji atau mengenalpasti kemahiran yang diperlukan oleh pekerja yang terlibat dalam pengeluaran produk tersebut. Oleh yang demikian latihan yang berkaitan boleh dirangka dan diberikan kepada pekerja yang berkenaan.


  2. Pandangan Pekerja
    Organisasi boleh mendapat maklumbalas daripada pekerja dengan lebih jelas tentang jenis-jenis latihan yang diperlukan untuk menghasilkan kerja dengan lebih berkesan.


    Contohnya :-

    Pegawai Eksekutif A boleh memaklumkan kepada pihak atasan tentang keperluannya terhadap kemahiran menggunakan komputer atau kemahiran komunikasi



  1. JENIS-JENIS LATIHAN  

    Selepas mengenal pasti siapakah yang patut menerima latihan, pengurus kemudiannya perlu menentukan bentuk-bentuk latihan yang sesuai dengan keperluan individu dan pekerjaan.


    Terdapat beberapa jenis latihan yang biasa dilaksanakan:-

    1. Latihan sambil bekerja (On Job Training)
    2. Latihan yang dibuat di luar tempat kerja seperti di pusat pengajian, bengkel/seminar anjuran organisasi atau organisasi lain.
    3. Latihan intensif yang dilaksanakan di satu tempat yang berhampiran dengan tempat kerja.
    4. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari institusi khusus untuk program latihan.





  1. Terangkan maksud penilaian prestasi.

  1. Mengapa analisis ke atas keperluan pekerjaan perlu dilakukan?

  1. Nyatakan jenis-jenis latihan yang biasa dilaksanakan.




























  1. Proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja dalam melakukan kerjanya.
  1. Analisis ini perlu dilaksanakan untuk memastikan kemahiran dan kebolehan yang ada pada setiap pekerja yang bersesuaian dengan tugas yang diberikan kepadanya.
8.7    Terdapat beberapa jenis latihan yang biasa dilaksanakan:-
  1. Latihan sambil bekerja (On Job Training)
  2. Latihan yang dibuat di luar tempat kerja seperti di pusat pengajian, bengkel/seminar anjuran organisasi atau organisasi lain.
  3. Latihan intensif yang dilaksanakan di satu tempat yang berhampiran dengan tempat kerja.
  4. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari institusi khusus untuk program latihan.


SOALAN 8-1
Mengapakah terdapat sesetengah kakitangan memberi tindakbalas yang negatif apabila hasil tugas mereka diberi komen yang tidak baik oleh pegawai penilai dalam penilaian prestasi. Beri pendapat anda.
SOALAN 8 – 2
Mengapakah seseorang pekerja baru perlu diberi kursus induksi. Huraikan.