PENGURUSAN
SUMBER
MANUSIA
|
OBJEKTIF
|
Objektif : Am |
Mengetahui dan memahami keperluan pengurusan sumber manusia |
Objektif : Khusus |
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
|
-
PENGENALAN
Penstafan
merupakan salah satu proses pengurusan yang melibatkan proses
pengambilan pekerja, pemilihan, orientasi, penilaian prestasi,
pertukaran tugasan, pampasan organisasi dan penamatan.
-
Proses Penstafan
Rajah 7.1 menunjukkan kepada kita bagaimana proses penstafan berlaku yang akan membantu organisasi memperkemaskan pengurusan sumber manusia.
Rajah 7.1 : Aliran Proses Penstafan
-
Pengambilan PekerjaPengambilan merupakan satu proses mengenalpasti dan menarik minat calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang kosong di dalam organisasi melalui aktiviti-aktiviti pengiklanan dan lawatan ke kampus pengajian. Proses pengambilan pekerja dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti :-
- Peraturan kerajaan
- Polisi syarikat
- Permintaan dan penawaran buruh
- Kemahiran dan kelulusan
Manakala calon-calon pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan kosong di dalam organisasi boleh diperolehi dari sumber-sumber berikut:-
- Sumber dalaman iaitu pekerja yang sedang bekerja dengan organisasi sekarang.
- Sumber
luaran iaitu individu-individu di luar organisasi seperti di
sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan buruh , organisasi
swasta dan orang perseorangan.
Kaedah yang biasa digunakan untuk mengambil pekerja ialah melalui :-
- Permohonan dan temuduga terus dari calon secara walk in atau write in.
- Maklumat atau pengiklanan melalui pekerja.
- Memaklumkan kepada agensi-agensi tertentu seperti jabatan buruh dan lain-lain.
- Membuat pengiklanan menerusi media cetak dan media elektronik.
- Peraturan kerajaan
-
Pemilihan
Pemilihan merupakan proses untuk memilih calon yang terbaik daripada sejumlah calon-calon yang memohon untuk mengisi kekosongan jawatan pada sesuatu masa yang tertentu. Prosedur pemilihan pekerja adalah seperti berikut:-
-
Borang permohonan
-
Ujian untuk proses pemilihanUjian-ujian tertentu seperti ujian kecerdasan, ujian bakat dan ujian personaliti dijalankan dalam proses pemilihan.
-
TemudugaCalon-calon yang berjaya melepasi dua prosedur pemilihan di atas akan dipanggil untuk ditemuduga supaya pihak pengurusan dapat memperolehi maklumat yang terperinci mengenai kelayakan calon. Manakala calon pula akan memperolehi maklumat berkaitan dengan syarikat.
-
Semakan rujukanPengurus akan mendapatkan maklumat tambahan calon daripada orang-orang yang tertentu yang dimaklumkan oleh calon dalam permohonan.
-
Pemeriksaan KesihatanCalon-calon yang berjaya disyaratkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan bekerja untuk memastikan tahap kesihatan calon memenuhi keperluan.
-
Tawaran pekerjaanCalon-calon yang berjaya melepasi prosedur pemilihan di atas akan menerima surat tawaran pekerjaan.
-
- Orientasi
Orientasi
merupakan proses untuk memperkenalkan, menyesuaikan dan membudayakan
pekerja baru dengan suasana pekerjaan organisasi. Orientasi bertujuan
untuk :-
- Menghasilkan pengharapan tugas yang realistik
- Menambahbaik produktiviti melalui pelaksanaan tugas dengan sempurna.
- Menjimatkan masa dan usaha dalam menyelia dan melatih pekerja baru
- Membaiki kedudukan pekerjaan dengan peningkatan keyakinan diri
- Mengurangkan konflik di kalangan pekerja lama.
-
Latihan dan Pembangunan
Program latihan dan pembangunan merupakan usaha-usaha yang berterusan yang diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. Latihan merupakan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran pekerja atau menumpukan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pekerja dan syarikat. Keperluan latihan kepada pekerja dikenalpasti melalui :-
- Penilaian prestasi.
- Analisis keatas keperluan pekerjaan.
- Analisis organisasi.
- Pandangan pekerja.
Jenis-jenis latihan yang biasa dilaksanakan ialah :-
- Latihan sambil bekerja
- Latihan di luar tempat kerja
- Latihan intensif
- Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari institusi khusus.
Pembangunan
pula merupakan program-program yang menekankan aspek kepimpinan ,
produktiviti dan isu-isu organisasi yang bertujuan untuk memberi
pengetahuan tentang konsep-konsep teoritikal, untuk memperkayakan
organisasi melalui program sumber manusia serta menyedarkan pengurus
terhadap tanggungjawab mereka. Diantara beberapa contoh pembangunan yang
biasa dilaksanakan ialah :-
- Latihan formal yang diadakan di bilik darjah dengan waktu yang ditetapkan mengikut kurikulum tertentu.
- Latihan formal off job seperti seminar atau bengkel yang dilaksanakan oleh institusi latihan.
- Pusingan tugas iaitu bertukar dari satu penempatan/kedudukan ke penempatan/ kedudukan lain.
- Development Position iaitu menempatkan pengurus yang kurang mahir bersama pengurus yang lebih mahir untuk sementara waktu.
-
Penilaian prestasi
Penilaian prestasi merupakan suatu proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja. Penilaian prestasi bertujuan untuk :-
- Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung dengan prestasi kerja mereka.
- Menyediakan langkah tertentu untuk membantu pekerja meningkatkan prestasi.
- Memberi asas kepada pengurusan dalam menentukan ganjaran kepada pekerja.
- Memberi maklumat berhubung dengan keberkesanan aktiviti-aktiviti pemilihan, latihan dan pembanguna pekerja.
- Memberi maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumber manusia yang ada untuk tujuan pertumbuhan atau pembesaran organisasi.
Penilaian prestasi boleh dibahagikan kepada dua kategori:
- Penilaian
tidak formal: proses memberi maklumbalas yang berpanjangan kepada
pekerja tentang apakah yang dicapai oleh mereka setakat ini dan
penilaian ini dilakukan setiap hari.
-
Penilaian formal: dilakukan setiap dua tahun seklai ataupun setahun sekali.
Kaedah penilaian yang biasa digunakan untuk menilai prestasi pekerja
adalah :-
- Senarai semakan (checklist) – cara yang termudah untuk menilai prestasi dengan berdasarkan kepada senarai
- Graphic rating scales – alat yang paling popular diguanakan dan boleh dikatakan sebagai senarai semakan yang lebih terperinci.
- Behaviourally anchored rating scales (BARS)
– cara yang lebih menumpukan kepada perkara yang sepatutnya dilakukan
oleh pekerja daripada menumpukan kepada ciri-ciri peribadi.
- Essay appraisal – satu esei yang mencirikan kelemahan, kekuatan, gelagat dan prestasi pekerja.
- Model MBO – teknik penilaian yang kompleks hasil daripada penerimaan program-program MBO.
-
Pertukaran Tugas
Pertukaran tugas bermaksud pekerja akan dipindahkan dari tugas asal ke suatu tempat tertentu sama ada disebabkan kenaikan pangkat, diturunkan pangkat atau ditukarkan ke tempat lain.
- Pampasan organisasi
Pampasan
organisasi merupakan sebarang bentuk ganjaran yang diterima oleh
pekerja daripada organisasi kerana sumbangan yang mereka berikan.
Ganjaran-ganjaran yang diterima terdiri daripada gaji dan upah, kenaikan
gaji, bonus, insentif dan lain-lain yang berkaitan dengan kewangan.
Objektif
sistem pampasan adalah untuk memberikan ganjaran kepada pekerja secara
adil dan setimpal dengan usaha mereka dan sebagai daya tarikan untuk
mengekalkan kerja yang cekap dan efektif.
Pampasan
terdiri daripada dua bentuk iaitu pampasan kewangan dan faedah
organisasi. Pampasan kewangan adalah seperti pencen, insuran ,
pendidikan, percutian dan pelbagai kemudahan sampingan termasuk rawatan
pergigian dan cuti bersalin.
Pampasan
dalam bentuk faedah organisasi terbahagi kepada dua iaitu berbentuk
kewangan seperti insuran keselamatan dan cuti bergaji. Manakala faedah
yang bukan berbentuk kewangan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup
pekerja seperti cuti bersalin, cuti melanjutkan pelajaran, pusat
perkhidmatan kanak-kanak dan perkhidmatan kaunseling.
-
Penamatan
Penamatan bermaksud pekerja meninggalkan organisasi yang disebabkan oleh perletakkan jawatan, dibuang kerja, bersara atau meninggal dunia.
7.2 Kesan Penstafan Terhadap Organisasi
- Pihak pengurusan boleh membuat pilihan ke atas calon yang layak dan yang diperlukan.
- Pihak
pengurusan boleh membuat pilihan calon yang terbaik dari kalangan
pemohon untuk mengisi kekosongan jawatan pada masa tertentu
- Pekerja-pekerja baru dapat bekerja dengan lebih baik dan selesa melalui proses orientasi.
- Kemahiran pekerja dapat ditingkatkan melalui program-program latihan yang diadakan.
- Ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran yang ada pada pekerja dapat membantu dalam peningkatan produkriviti organisasi.
-
Nyatakan maksud proses penstafan.
-
Nyatakan langkah-langkah dalam proses penstafan sesebuah organisasi
-
Mengapakah proses temuduga perlu diadakan dalam pengambilan pekerja baru.
-
Bezakan di antara latihan dan pembangunan
-
Sebutkan kaedah penilaian yang biasa digunakan dalam menilai prestasi pekerja
-
En. Zunuwanas telah berjaya membangunkan satu projek perisian. Syarikat tempat beliau bekerja telah menawarkan satu pakej pelancongan ke Jepun . Apakah jenis pampasan organisasi yang diperolehi oleh beliau.
-
Proses penstafan merupakan salah satu proses pengurusan yang melibatkan proses pengambilan pekerja, pemilihan, orientasi, latihan dan pembangunan, penilaian prestasi, pertukaran tugas, pampasan organisasi dan penamatan.
-
Pengambilan pekerja – pemilihan – orientasi – latihan dan pembangunan -penilaian prestasi – pertukaran tugas – pampasan organisasi – penamatan
Rekrut , Pemilihan, Orientasi , Latihan , Penilaian Prestasi, Ganjaran dan Pertukaran Jawatan , Perpisahan
-
Proses temuduga perlu diadakan supaya pihak pengurusan dapat memperolehi maklumat yang terperinci mengenai calon dan calon pula akan memperolehi maklumat berkaitan dengan syarikat atau organisasi.
-
Latihan merupakan usaha untuk meningkatkan kemahiran pekerja kepada perkara-perkara berkaitan dengan kerja yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan syarikat. Manakala pembangunan pula merupakan program yang menekankan aspek kepimpinan, produktiviti dan isu-isu organisasi yang bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang konsep-konsep teoritikal, untuk memperkayakan organisasi melalui program sumber manusia serta menyedarkan pengurus tentang tanggungjawab mereka.
-
Kaedah penilaian : senarai semakan, Graphic Rating Scales , Behaviorally anchored rating scales, Essay appraisal, model MBO.
7.6 Pampasan kewangan
SOALAN 7-1
Latihan
merupakan salah satu proses penstafan dalam sesebuah organisasi.
Berikan pendapat anda mengapakah seseorang pekerja itu memerlukan
latihan.
SOALAN 7 – 2
Huraikan kesan daripada proses penstafan terhadap organisasi..