October 1, 2012

UNIT 1 BERKAWAD

OBJEKTIF




Mengetahui istilah-istilah asas dalam kawad kaki Memahami bahasa hukuman yang diberikan Aplikasi bahasa hukum kepada bentuk perbuatan




Objektif  khusus     :



Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-



Ø  menyatakan arahan atau hukuman untuk sesuatu pergerakan kawad

Ø  mengenal kesalahan yang berlaku semasa kawad kaki

Ø  melaksanakan hukuman/arahan yang diberi dengan betul dan pantas

Ø  memberi hukuman/arahan kepada skuad




INPUT








1.0     ASAS KAWAD KAKI



Kawad kaki merupakan satu aktiviti wajib bagi setiap pasukan beruniform. Satu- satu pasukan akan dianggap berdisiplin, bersatu-hati dan bekerjasama sekiranya dapat melakukan aktiviti kawad kaki dengan seragam dan serentak.


Semasa kawad kaki, pelajar hendaklah melakukan perkara berikut :



i.     Apabila hentak kaki, bengkokkan lutut, peha paras (sama paras dengan bumi), hujung kaki menjunam ke bumi dan badan hendaklah tegak semasa pergerakan dilakukan. Rujuk rajah 1
ii.     Jangan menyeret tapak kaki ke bumi semasa berjalan.

iii.     Jangan berjalan dengan menjengket-jengket tumit.

iv.     Tangan     diluruskan     paras     kehadapan     semasa     berjalan.     Tangan hendaklah sentiasa digenggam dan ibu jari menunjuk ke bawah.
v.     Tangan yang dihayun ke belakang hendaklah dihayun sejauh yang mungkin. Tangan juga mestilah digenggam.
vi.     Kepala  sentiasa  ditegakkan  dan  mata  memandang  100  meter  di hadapan dan bukannya memandang bumi atau tempat yang hendak dipijak.




1.1     SEDIA



Sedia merupakan kedudukan dimana anggota badan dalam kedudukan berdiri tegak dan  tidak boleh melakukan sebarang pergerakan atau bercakap-cakap. Kedudukan    ini    biasanya    dilakukan     semasa     menyanyi     lagu     kebangsaan, pemeriksaan pebarisan  dan sebelum arahan pergerakan lain diberikan. Rujuk rajah 3.




Rajah 3: Kedudukan Sedia



Bahasa Hukuman adalah Skuad... Sedia. Kedudukan anggota berkeadaan tumit rapat  sebaris,  buka  hujung  kaki  300. lutut ditegangkan,  badan  tegak,  bahu dibawa ke belakang, tangan lurus ke bawah, siku rapat di rusuk badan, tangan digenggam  dengan  ibu  jari  tegak  lurus  menghala  ke  bumi  dan  berada  ke belakang sedikit dari garisan jahitan  seluar, kepala tegak, tengkok kena kolar


baju dan memandang terus ke hadapan. Lihat rajah 3. Kedudukan ini adalah untuk pertunjukan dan penerangan


1.2     SENANG DIRI



Senang diri merupakan kedudukan dimana anggota badan dalam kedudukan tangan dibawa ke belakang dan kaki dijarakkan sekitar 12 inci atau sama paras dengan  bahu.  Dalam  kedudukan  ini  anggota  masih  tidak  boleh  melakukan sebarang pergerakan atau  bercakap-cakap. Kedudukan ini biasanya dilakukan semasa pegawai hendak menyampaikan ucapan atau sebagai persediaan untuk menerima arahan seterusnya. Rujuk rajah 4.




Bahasa hukuman adalah Skuad, Senang… diri. Pergerakan anggota adalah dari keadaan sedia ke kedudukan senang diri. Pergerakan dilakukan dengan kaki kanan dalam keadaan  diam, angkat kaki kiri kehadapan, lutut bengkok, peha paras, hujung kaki menjunam ke bawah dan bawa ke sebelah kiri. Hentak kaki kiri ke bumi supaya jarak kedua-dua kaki adalah 12 inci.  Pada masa yang sama bawa tangan kanan dan kiri ke belakang. Tangan kanan di dalam tapak tangan kiri,  ibu-ibu jari bersilang, jari    dan  tangan  lurus  menunjuk ke  arah  tanah. Kedudukan ini adalah untuk pertunjukan dan penerangan. Lihat rajah 4


Peringatan     : Skuad hendaklah berteriak ‘UP’ sebelum melakukan pergerakan.




1.3     REHATKAN DIRI



Kedudukan rehatkan diri merupakan kedudukan yang sama dengan kedudukan senang diri. Dalam keadaan rehatkan diri anggota boleh menggerakkan anggota badan dari pinggang ke atas dengan pergerakan yang tidak ketara.


Bahasa hukuman adalah Skuad Rehatkan diri. Dari kedudukan senang diri kira masa (1,2,3, Rehat). Sela masa pengiraan sekitar satu saat. Kedudukan sama seperti senang diri. Kendurkan anggota-anggota badan, bahagian pinggang ke atas tanpa menggerakkan kaki. Kedudukan ini adalah untuk pertunjukan dan penerangan.






AKTIVITI 1a







UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA









Jawab soalan-soalan yang berikut:



1.1.     Cuba anda berdiri dalam keadaan sedia. Lihat diri anda melalui cermin.



1.2.     Lakukan kedudukan senang diri dari keadaan sedia. Berikan arahan

Skuad sedia sebelum melakukan senang diri.





Jawapan :





MAKLUMBALAS 1a






1.1.     Kedudukan anda adalah dengan keadaan tumit anda rapat sebaris, buka hujung   kaki   300.  lutut  ditegangkan,  badan  tegak,  bahu  dibawa  ke belakang,  Tangan  lurus  ke  bawah,  siku  rapat  dirusuk  badan,  tangan digenggam dengan ibu jari tegak lurus menghala ke bumi dan berada ke belakang sedikit dari garisan jahitan  seluar, kepala tegak, tengkok kena kolar baju dan memandang terus ke hadapan.




1.2.     Skuad, Senang… diri. Pergerakan anda adalah dari keadaan sedia ke kedudukan  senang diri. Pergerakan dilakukan dengan anda membiarkan kaki kanan dalam keadaan diam tidak bergerak, kemudian angkat kaki kiri kehadapan, lutut bengkok, peha paras, hujung kaki menjunam ke bawah dan bawa ke sebelah kiri. Hentak kaki kiri ke bumi supaya jarak kedua-dua kaki adalah 12 inci.  Pada masa yang sama bawa tangan kanan dan kiri ke belakang. Tangan kanan di dalam tapak tangan kiri, ibu-ibu jari bersilang, jari dan tangan lurus menunjuk ke arah tanah.



1.4     BERBARIS DALAM TIGA BARISAN



Pada kebiasaannya, kawad kaki dijalankan dalam keadaan semua anggota skuad berbaris dalam tiga barisan. Hukuman ini diberikan pada peringkat awal sebelum aktiviti kawad  dijalankan supaya semua anggota skuad yang berada di sekitar kawasan latihan berlari-lari  anak  dan  terus berbaris  bertiga-tiga  di  hadapan ketua skuad yang memanggil mereka. Ketua skuad yang memanggil hendaklah dalam keadaan sedia.


Bahasa hukuman adalah Skuad…Tiga barisan di hadapan saya gerak . Apabila semua  skuad mendengar arahan tersebut, skuad yang berada di tepi padang hendaklah bersedia dan berlari masuk ke dalam padang kawad. Skuad hendaklah  masuk  ke  padang  kawad  dan  membuat  barisan  bertiga-tiga  dari sebelah kanan ke kiri.  Jarak antara anggota adalah satu tangan dan jarak antara baris sekitar satu    tangan. Anggota yang pertama sampai akan  terus berdiri dalam keadaan rehatkan diri. Anggota yang kedua sampai pula akan berdiri dibelakang anggota yang pertama. Anggota yang ketiga pula akan berdiri di belakang anggota yang kedua tadi. Anggota keempat akan berdiri di sebelah kiri anggota yang  pertama.  Anggota yang kelima akan berdiri dibelakang anggota yang keempat. Anggota keenam akan berdiri dibelakang anggota yang kelima. Anggota ke tujuh akan berdiri  disebelah kiri anggota yang kedua. Begitulah seterusnya sehingga semua anggota berada dalam tiga barisan. Semua anggota

berdiri dalam keadaan rehatkan diri apabila berada dikedudukan mereka tanpa menunggu arahan dari ketua skuad.

Rajah 5 menunjukkan kedudukan anggota dalam barisan tiga baris. Anggota pertama  yang sampai dikenali sebagai penanda kanan kerana ia merupakan anggota yang berada disebelah kanan sekali dibarisan hadapan.


1.5     LURUSKAN BARISAN



Selepas semua anggota skuad dipanggil masuk berbaris dalam tiga barisan, ia akan disusuli dengan arahan atau hukuman Skuad..sedia. Apabila semua skuad sudah dalam keadaan  sedia, barulah arahan untuk skuad meluruskan barisan diberikan.


Bahasa hukuman untuk luruskan barisan adalah Kekanan Lurus. Kiraan untuk melakukan  pergerakan  ini  adalah 1-2-1,2. Pada  kiraan  1,  Semua  anggota kecuali  anggota  yang  berada  disebelah  kanan  sekali  angkat  tangan  kanan separas bahu sendiri, jari-jari digenggam, bahagian belakang tangan menghala ke atas. Dalam masa yang sama  pusingkan  kepala dan muka dengan pantas


memandang orang  disebelah kanan. Anggota di baris  hadapan  yang berada disebelah  kanan  sekali  tidak  melakukan  sebarang  pergerakan  dan  sentiasa berada dalam keadaan  sedia. Anggota di sebelah kanan sekali di baris kedua (tengah) dan baris ketiga (belakang) akan mengangkat tangan kanan menghala ke anggota dihadapan mereka.


Pada  kiraan  2,  tiada  sebarang  pergerakan  berlaku.  Pada  kiraan  1,2

Hentakkan kaki kanan dan kiri (hentak kaki kiri serentak dengan sebutan 1 dan kaki kanan serentak dengan sebutan 2) dan teruskan hentak kaki berturut-turut, pendek-pendek  dalam  masa  yang  sama  terus  bergerak  ke  kanan  sehingga penggenggam tangan kena bahu orang di sebelah kanan. Anggota di sebelah kanan sekali pada barisan kedua (tengah) dan  ketiga (belakang),     pada masa yang sama bergerak pada jarak satu tangan dengan anggota dihadapan mereka. Berhenti  hentak  kaki  apabila  tangan  kanan  telah  menyentuh  bahu  anggota
disebelah kanan anda.



Hukuman  untuk  luruskan  barisan  hendaklah  segera  disusuli  dengan  arahan pandang hadapan kerana hukuman ke kanan lurus berakhir dengan keadaan semua skuad mengangkat tangan kanan dan muka memandang ke kanan.


Apabila barisan telah lurus dan ketua skuad berpuas hati barulah diberi hukuman pandang depan. Bahasa hukuman adalah Skuad Pandang Hadapan. Semua anggota Skuad  hendaklah pusing kepala dan muka dengan pantas kehadapan dan jatuhkan tangan ketepi badan seperti kedudukan sedia.


Dalam masa tertentu, terdapat juga keadaan dimana ada anggota skuad yang tidak    menghadirkan     diri     dalam     latihan.     Rajah     7     menunjukkan     keadaan kedudukan skuad sekiranya seorang anggota tidak hadir latihan. Rajah 8 pula menunjukkan  keadaan kedudukan skuad sekiranya  dua  orang anggota  tidak hadir latihan



1.6     NOMBOR DAN NYATAKAN



Tujuan hukuman ini adalah untuk mengira jumlah anggota skuad dalam barisan. Bahasa  hukuman Nombor. Pergerakan anggota sebelah kanan sekali barisan hadapan menyebut  angka satu, disusuli dengan orang yang kedua menyebut angka dua dan seterusnya. Barisan hadapan sahaja yang perlu mengira nombor. Bahasa hukuman Semula akan hanya  dilakukan sekiranya berlaku kesilapan mengira oleh anggota dalam barisan. Sekiranya ingin memulakan dari kiri bahasa hukuman adalah dari kiri nombor.






AKTIVITI 1b





UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA



Jawab soalan-soalan yang berikut:



1.3.     Buat 15 keping kad dari manila kad bersaiz 2 inci x 2 inci. Tandakan setiap kad dengan nombor 1 hingga 15. Anggaplah kad tersebut akan mewakili rakan-rakan anda dalam polibriged.


i.     Aturkan kad tersebut dalam tiga barisan dengan beranggapan bahawa No. 1 adalah anggota yang pertama sampai ,diikuti dengan No. 2 dan seterusnya hingga No. 15.
ii.     Rakan anda yang diwakili nombor 15 tidak menghadiri latihan iii.    Rakan anda yang diwakili nombor 4 tidak menghadiri latihan iv.    Rakan anda yang diwakili nombor 15 dan 10 tidak menghadiri
latihan

v.     Rakan anda yang diwakili nombor 1 dan 3 tidak menghadiri latihan





1.4.     Anda berada di posisi ke tiga dari kanan barisan hadapan. Lakukan pergerakan ke kanan lurus sehingga pandang depan. Anda hendaklah memberi arahan kepada diri anda sebelum perbuatan dilakukan.


1.5.     Anda berada di posisi ke empat dari kanan barisan tengah. Lakukan pergerakan ke kanan lurus sehingga pandang depan.


1.6.     Anda berada di posisi paling kanan di barisan belakang. Lakukan pergerakan ke kanan lurus sehingga pandang depan.



1.4     Bahasa hukuman untuk luruskan barisan adalah Kekanan Lurus.

Kiraan untuk melakukan pergerakan ini adalah 1-2-1,2.

Pada kiraan 1, anda angkat tangan kanan separas bahu sendiri, jari-jari digenggam,  bahagian belakang tangan menghala ke atas. Dalam masa yang sama pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke sebelah kanan. Pada kiraan 2, anda tidak perlu melakukan sebarang pergerakan.
Pada kiraan 1,2 Hentakkan kaki kanan dan kiri anda (hentak kaki kiri serentak dengan sebutan 1 dan kaki kanan serentak dengan sebutan 2) dan  teruskan  hentak  kaki  berturut-turut,  pendek-pendek  dalam  masa yang sama terus bergerak ke kanan sehingga  penggenggam tangan kena bahu orang di sebelah kanan (anda  perlu bayangkan bahawa disebelah kanan  anda  adalah  kawan  anda).  Berhenti  pergerakan  setelah  anda berada pada posisi kanan kawan bayangan anda.
Apabila  anda  berpuas  hati  barulah  diberi  hukuman  pandang  depan. Bahasa  hukuman adalah Skuad Pandang Hadapan. Anda hendaklah pusing kepala dan muka dengan pantas kehadapan dan jatuhkan tangan ketepi badan seperti kedudukan sedia.


1.5     Bahasa hukuman untuk luruskan barisan adalah Kekanan Lurus.

Kiraan untuk melakukan pergerakan ini adalah 1-2-1,2.

Pada kiraan 1, anda angkat tangan kanan separas bahu sendiri, jari-jari digenggam,  bahagian belakang tangan menghala ke atas. Dalam masa yang sama pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke sebelah kanan. Pada kiraan 2, anda tidak perlu melakukan sebarang pergerakan.
Pada kiraan 1,2 hentakkan kaki kanan dan kiri anda (hentak kaki kiri

serentak dengan sebutan 1 dan kaki kanan serentak dengan sebutan 2) dan  teruskan  hentak  kaki  berturut-turut,  pendek-pendek  dalam  masa yang sama terus bergerak ke kanan sehingga  penggenggam tangan kena bahu orang di sebelah  kanan (anda perlu bayangkan bahawa disebelah


kanan  anda  adalah  kawan  anda).  Berhenti  pergerakan  setelah  anda berada pada posisi kanan kawan bayangan anda.
Apabila  anda  berpuas  hati  barulah  diberi  hukuman  pandang  depan. Bahasa  hukuman adalah Skuad Pandang Hadapan. Anda hendaklah pusing kepala dan muka dengan pantas kehadapan dan jatuhkan tangan ke tepi badan seperti kedudukan sedia.


1.6     Bahasa hukuman untuk luruskan barisan adalah Kekanan Lurus.

Kiraan untuk melakukan pergerakan ini adalah 1-2-1,2.

Pada  kiraan  1,  anda  angkat  tangan  kanan  separas  bahu  sendiri menghala  ke  hadapan, jari-jari digenggam, bahagian belakang tangan menghala ke atas. Kepala anda tetap pandang ke hadapan.
Pada kiraan 2, anda tidak perlu melakukan sebarang pergerakan.

Pada kiraan 1,2 Hentakkan kaki kanan dan kiri anda (hentak kaki kiri serentak dengan sebutan 1 dan kaki kanan serentak dengan sebutan 2) dan  teruskan  hentak  kaki  berturut-turut,  pendek-pendek  dalam  masa yang sama terus bergerak  ke hadapan sehingga     penggenggam tangan kena  bahu  orang  di  hadapan  anda  (anda  perlu  bayangkan  bahawa disebelah   hadapan  anda  adalah  kawan  anda).  Berhenti  pergerakan setelah anda berada pada posisi belakang kawan bayangan anda.
Apabila  anda  berpuas  hati  barulah  diberi  hukuman  pandang  depan.

Bahasa hukuman adalah Skuad Pandang Hadapan. Anda hendaklah dengan pantas jatuhkan tangan ketepi badan seperti kedudukan sedia.







INPUT








1.7     BUKA DAN TUTUP BARISAN



Pergerakan ini biasanya dilakukan semasa awal perbarisan. Tujuan arahan ini dilakukan  adalah untuk memeriksa anggota skuad oleh ketua skuad atau oleh pegawai sebelum aktiviti lain diteruskan.


Bahasa hukuman adalah Buka barisan, gerak. Pergerakan anggota di barisan hadapan ialah melangkah  kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, kemudian langkah kaki kanan  kehadapan  sejauh 30 inci, kemudian langkah kaki kiri kehadapan sejauh 15 inci dan  hentak, kemudian  angkat kaki kanan ke hadapan (lutut bengkok  peha  paras)  dan  hentak  di  sebelah  kaki  kiri  supaya  sama  seperti kedudukan sedia. Anggota di barisan  tengah tidak perlu melakukan sebarang pergerakan.
Anggota di barisan belakang akan melangkah kaki kiri ke belakang     sejauh 15

inci,  kemudian  langkah  kaki  kanan  ke  belakang     sejauh  30  inci,  kemudian langkah kaki kiri ke belakang     sejauh 15 inci dan hentak, kemudian angkat kaki kanan ke  hadapan (lutut     bengkok peha paras) dan hentak disebelah kaki kiri supaya sama seperti kedudukan sedia.


Bahasa hukuman adalah Tutup barisan, gerak. Pergerakan anggota di barisan hadapan  melangkah kaki kiri ke belakang  sejauh 15 inci, kemudian langkah kaki kanan ke belakang sejauh 30 inci, kemudian langkah kaki kiri ke belakang sejauh
15 inci dan hentak, kemudian angkat kaki kanan ke hadapan (lutut     bengkok


peha paras) dan hentak di sebelah kaki kiri supaya sama seperti kedudukan sedia.  Barisan  tengah     tidak perlu melakukan sebarang pergerakan.     Barisan hadapan melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, kemudian langkah kaki kanan kehadapan sejauh 30 inci, kemudian langkah kaki kiri kehadapan  sejauh
15 inci dan hentak, kemudian angkat kaki kanan ke hadapan (lutut     bengkok peha paras)  dan  hentak disebelah kaki kiri supaya sama seperti kedudukan sedia.


1.8     BERPUSING/SEPARUH BERPUSING



Hukuman  berpusing/separuh  berpusing  bergantung  kepada  arah  kedudukan skuad semasa dalam barisan. Terdapat empat kedudukan skuad semasa dalam barisan.
a.  Hadapan b.  Belakang c.  Kanan
d. Kiri

Catatan:

Menghadap hadapan adalah kedudukan dimana skuad menghadap ke ketua skuad.
Menghadap belakang adalah kedudukan dimana skuad menghadap

membelakangkan  ketua skuad.

Menghadap kanan adalah kedudukan skuad menghadap ke arah penanda kanan iaitu anggota yang paling kanan dalam barisan.
Menghadap kiri adalah kedudukan skuad menghadap ke arah penanda kiri iaitu anggota yang paling kiri dalam barisan.






Skuad akan Menghadap Belakang






Bergerak ke kanan bertiga-tiga
Bergerak ke kiri bertiga-tiga









Skuad akan Menghadap Hadapan



Rajah 9: Empat arah pergerakan



a)     Skuad dalam kedudukan menghadap kehadapan.



i)     Mengarahkan skuad untuk berpusing ke kanan dari kedudukan menghadap kehadapan.


Bahasa hukuman ialah Bergerak ke kanan bertiga-tiga  ke kanan pusing.  Pergerakan anggota ialah dalam kiraan (1-2-1). Semasa kiraan satu  Skuad hendaklah berpusing ke kanan (90%), tumit kaki kanan tetap pada kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kanan), manakala hujung kaki kiri tetap pada kedudukannya (paksi putaran untuk kaki kiri ). Seluruh tapak kaki kanan berada di atas bumi, manakala tumit kaki kiri diangkat sedikit. Anggota badan dari pinggang ke atas adalah tegak. Tangan masih di kedudukan seperti sedia. Kiraan Dua, kaki kiri  dibawa ke hadapan,


lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi, kaki kiri dihentakkan disebelah kaki kanan. Keadaan akhir seperti kedudukan sedia.


ii)     Mengarahkan skuad untuk berpusing ke kiri dari kedudukan menghadap kehadapan.


Bahasa hukuman ialah Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke kiri pusing. Pergerakan  anggota dalam         kiraan (1-2-1). Semasa kiraan satu     Skuad hendaklah    berpusing     ke     kiri     (90%),     tumit     kaki     kiri     tetap       pada kedudukannya  (paksi  putaran  untuk  kaki  kiri),  manakala  hujung  kaki kanan  tetap  pada  kedudukannya  (paksi  putaran  untuk  kaki  kanan  ). Seluruh tapak kaki kiri berada di atas bumi, manakala tumit kaki kanan diangkat sedikit. Anggota  badan dari pinggang  ke  atas adalah  tegak. Tangan  masih  di  kedudukan  seperti  sedia.  Kiraan  Dua,  kaki  kanan dibawa kehadapan, lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi, kaki  kanan  dihentakkan  disebelah  kaki  kiri.  Keadaan   akhir  seperti kedudukan sedia.


iii)     Mengarahkan skuad untuk berpusing ke belakang dari kedudukan menghadap kehadapan.


Bahasa  hukuman  ialah Skuad  akan  menghadap  ke  belakang,  ke belakang  pusing.  Pergerakan  anggota  dalam  kiraan  (1-2-1).  Skuad hendaklah berpusiang  arah jam. Semasa kiraan satu     Skuad hendaklah berpusing    ke     belakang    (180%),    tumit     kaki     kanan     tetap     pada kedudukannya (paksi  putaran untuk kaki kanan), manakala hujung kaki kiri tetap pada kedudukannya  (paksi putaran untuk kaki kiri ). Seluruh tapak kaki kanan berada di atas bumi, manakala tumit kaki kiri diangkat sedikit. Anggota badan dari pinggang ke atas adalah tegak. Tangan masih di kedudukan seperti sedia. Kiraan Dua, kaki kiri dibawa  kehadapan,

lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi, kaki kiri dihentakkan di sebelah kaki kanan. Keadaan akhir seperti kedudukan sedia.



Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang pusing





Bergerak ke kanan bertiga-tiga ke kanan pusing.
Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing.










Rajah 10: Bahasa hukuman pergerakan semasa skuad menghadap ke hadapan


b)     Skuad dalam kedudukan menghadap ke belakang.





Skuad akan bergerak ke kiri, ke kiri pusing
Skuad akan bergerak ke kanan, ke kanan pusing







Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing




Rajah 11: Bahasa hukuman pergerakan semasa skuad menghadap ke belakang


c)     Skuad dalam kedudukan menghadap ke kanan.


Skuad akan menghadap ke belakang,ke kiri pusing






Rajah 12:
Bahasa hukuman pergerakan
semasa skuad menghadap ke kanan

Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing.







Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing




d)     Skuad dalam kedudukan menghadap ke kiri.



Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan  pusing




Bergerak ke kanan bertiga-tiga ke belakang pusing.
Rajah 13:
Bahasa hukuman pergerakan
semasa skuad menghadap ke kiri







Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing.




Walaupun ada banyak hukuman berpusing. Tetapi hanya ada tiga pergerakan

asas berpusing iaitu ke kiri , ke kanan dan ke belakang pusing.


1     2     3     4     1     2     3     4


Rajah 14 : Berpusing ke kanan dan berpusing ke belakang






AKTIVITI 1c







UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA







Jawab soalan-soalan berikut:



1.7.     Cuba anda lakukan pergerakan berpusing ke kanan, ke kiri dan ke belakang di hadapan cermin.


1.8.     Anda adalah ketua skuad yang sedang memberi latihan kepada skuad anda. Berikan bahasa hukuman sekiranya:


i.     Skuad anda menghadap anda. Anda ingin mereka melakukan pergerakan berpusing ke kiri.
ii.     Skuad anda menghadap ke kiri. Anda ingin mereka supaya

menghadap kepada anda.

iii.     Skuad anda menghadap ke kanan. Anda hendak mereka supaya menghadap ke kiri.
iv.     Skuad anda menghadap ke kanan. Anda hendak mereka supaya

melakukan pergerakan berpusing ke belakang


v.     Skuad anda menghadap ke belakang. Anda hendak mereka supaya menghadap anda.
vi.     Skuad anda menghadap ke belakang. Anda hendak mereka supaya menghadap ke kanan.
vii.     Skuad anda menghadap ke belakang. Anda hendak mereka supaya berpusing ke kiri.












Jawapan :





MAKLUMBALAS 1c




1.7     Berpusing ke kanan



Pergerakan anda adalah dalam kiraan (1-2-1). Semasa kiraan satu anda hendaklah  berpusing  ke  kanan  (90%),  tumit  kaki  kanan  tetap  pada kedudukannya (paksi  putaran untuk kaki kanan), manakala hujung kaki kiri tetap pada kedudukannya  (paksi putaran untuk kaki kiri ). Seluruh tapak kaki kanan berada di atas bumi, manakala tumit kaki kiri diangkat sedikit. Anggota badan anda dari pinggang ke atas adalah tegak. Tangan masih dikedudukan seperti sedia. Kiraan Dua, kaki kiri anda  diangkat kehadapan, lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi, hentak kaki  kiri disebelah kaki kanan. Keadaan akhir anda seperti kedudukan sedia.


Berpusing ke kiri



Pergerakan  anggota  dalam        kiraan (1-2-1). Semasa  kiraan satu  anda hendaklah    berpusing     ke     kiri     (90%),     tumit     kaki     kiri     tetap     pada kedudukannya  (paksi  putaran  untuk  kaki  kiri),  manakala  hujung  kaki kanan  tetap  pada  kedudukannya  (paksi  putaran  untuk  kaki  kanan  ). Seluruh tapak kaki kiri berada di atas bumi, manakala tumit kaki kanan


diangkat sedikit. Anggota badan anda dari pinggang ke atas adalah tegak. Tangan  masih  dikedudukan  seperti  sedia.  Kiraan  Dua,  Kaki  kanan dibawa kehadapan, lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi, kaki  kanan  dihentakkan   disebelah  kaki  kiri.  Keadaan  akhir  seperti kedudukan sedia.




Berpusing ke belakang



Pergerakan anda adalah sama dengan pergerakan ke kanan pusing kerana  untuk  berpusing  ke  belakang  mestilah  pusing  mengikut  jam. Pergerakan anda adalah dalam kiraan (1-2-1). Semasa kiraan satu anda hendaklah berpusing ke  belakang (180%), tumit kaki kanan tetap pada kedudukannya (paksi putaran untuk  kaki kanan), manakala hujung kaki kiri tetap pada kedudukannya (paksi putaran  untuk kaki kiri ). Seluruh tapak kaki kanan berada di atas bumi, manakala tumit kaki kiri diangkat sedikit. Anggota badan anda dari pinggang ke atas adalah tegak. Tangan masih di kedudukan seperti sedia. Kiraan Dua, kaki kiri anda diangkat ke hadapan, lutut bengkok, peha paras. Kiraan satu sekali lagi, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan. Keadaan akhir anda seperti kedudukan sedia.



1.8
i.

ii.
Bergerak ke kiri bertiga-tiga. Ke kiri pusing.

Skuad akan menghadap ke hadapan. Ke kiri pusing.

iii.

iv.
Bergerak ke kiri bertiga-tiga. Ke belakang pusing.

Bergerak ke kiri bertiga-tiga. Ke belakang pusing.

v.
Skuad akan menghadap ke hadapan. Ke belakang pusing.

vi.
Skuad akan bergerak ke kiri. Ke kiri pusing.

vii.
Skuad akan bergerak ke kiri. Ke kiri pusing.








INPUT






1.9     BERJALAN DAN BERHENTI



Skuad biasanya berjalan sebanyak 116-120 langkah seminit. Arahan berjalan diberi semasa skuad dalam keadaan kedudukan sedia. Jarak langkah adalah 30 inci.
Arahan kiri atau kanan bergantung pada kedudukan skuad sebelum berjalan.

Sekiranya  skuad  dalam  keadaan  menghadap  menghadap  ke  kanan  arahan diberikan : dari kiri cepat jalan. Sekiranya skuad dalam keadaan menghadap ke kiri arahan diberikan  : dari kanan cepat jalan.


Bahasa hukuman ialah Dari kiri/kanan cepat jalan. Anggota dalam skuad memulakan langkah dengan kaki kiri kehadapan , jarak langkah sejauh 30 inci dengan keadaan tumit  terpacak.     Tapak kaki kanan di belakang rata dengan bumi.    Dalam masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan paras dengan bahu  dan lenggangkan  tangan  kiri  ke  belakang sejauh yang  boleh, muka terus pandang ke hadapan.     Begitu jugalah sebaliknya apabila kaki kanan melangkah ke hadapan.




Bahasa hukuman ialah Skuad henti. Perkataan skuad..henti diucap semasa kaki kiri melalui kaki kanan. Anggota dalam barisan akan menyebut perkataan Check, satu, dua. Check bermakna anggota akan menggerakan     kaki kanan kehadapan sejauh 30 inci, tangan kiri lenggang paras kehadapan, tangan kanan lenggang ke  belakang. Satu bermakna anggota akan menggerakan     kaki kiri


kehadapan sejauh 15 inci, bengkok lutut kaki kiri, peha paras dan hentak ke bumi. Tangan kanan lenggang kehadapan, tangan kiri lenggang ke belakang.
Dua bermakna anggota akan membengkokan lutut kaki kanan, peha paras dan hentak di sebelah kaki kiri. Seperti kedudukan sedia.


1.10  KELUAR BARIS DAN BERSURAI



Keluar baris adalah hukuman untuk berehat.     Bersurai adalah hukuman telah tamat latihan pada hari tersebut.  Sekiranya ada pegawai semasa bersurai, skuad hendaklah  memberi hormat kehadapan selepas berpusing ke kanan dan baru bergerak tiga langkah.
Bahasa hukuman ialah Keluar baris  atau Bersurai. Anggota akan membuat pergerakan berpusing ke kanan semasa berhenti kemudian berjalan dalam masa
cepat tiga langkah ke hadapan barulah bersurai atau keluar dari barisan.




Rajah 15: Cara hormat







AKTIVITI 1d







UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA







Jawab soalan berikut



1.9     Cuba anda berjalan dan berhenti dalam masa sendiri










Jawapan :





MAKLUMBALAS 1d




1.9  Bahasa hukuman ialah Skuad henti. Perkataan skuad..henti diucap semasa kaki kiri melalui kaki kanan. Anda perlu menyebut Check, satu, dua.
Semasa anda menyebut Check gerakan kaki kanan selangkah kehadapan sejauh  30  inci,  tangan  kiri  lenggang  paras  kehadapan,  tangan  kanan lenggang  ke  belakang.  Semasa  anda  menyebut Satu  gerakan  kaki  kiri selangkah kehadapan sejauh 15  inci,  bengkok lutut kaki kiri, peha paras dan  hentak  ke  bumi.  Tangan  kanan  lenggang  kehadapan,  tangan  kiri lenggang ke belakang.
Semasa anda menyebut Dua anda perlu membengkokan lutut kaki kanan, peha paras dan hentak di sebelah kaki kiri. Kedudukan akhir anda adalah seperti kedudukan sedia.






PENILAIAN KENDIRI






Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba semoga berjaya !!!



1)     Berikan  bahasa hukuman sekiranya skuad dalam kedudukan menghadap ke kiri.
i)     Menjadikan  skuad anda menghadap ke belakang. ii)    Mengarahkan skuad anda berpusing ke belakang. iii)    Berjalan .


2)     Nyatakan tiga hukuman yang tiada pergerakan iaitu  hanya pertunjukkan dan penerangan.


3)     Berapakah pergerakan yang perlu dilakukan bagi . i)    Berpusing kekiri
ii)     Berpusing ke belakang iii)    Buka  barisan


4)     Apakah hukuman yang hanya ada penerangan sahaja.



5)     Skuad sedang berjalan dari arah kiri ke kanan. Berikan bahasa hukuman agar skuad berpusing  untuk bertukar haluan dari kanan ke kiri pula.


6)     Anda ingin merehatkan skuad anda minum pagi . Berikan bahasa hukuman dan pergerakan yang perlu.


7)     Semasa perbarisan tamat latihan, anda dipanggil untuk menerima hadiah sebagai peserta terbaik. Bagaimana pergerakan anda untuk menerima hadiah tersebut.


8) Hitamkan perkataan-perkataan di bawah

KAWAD KAKI     CEKAL BUDI PANDANG KANAN     BENGKUK LUTUT KE KANAN LURUS     SENANG DIRI CHECK UP     UNIFORM
KELUAR  BARIS     BELAKANG PUSING POLIBRIGED    DISIPLIN
SKUAD HENTI     REHATKAN DIRI PEHA PARAS


K
C
I
T
I
T
E
S
L
P
C
E
K
A
L
B
U
D
I
B
E
A
N
A
N
G
P
E
I
A
R
L
I
N
T
E
R
N
A
E
S
I
W
O
N
A
L
C
O
R
R
P
T
O
W
N
P
E
N
N
A
N
G
A
H
I
L
L
C
I
A
T
Y
S
I
P
O
H
P
G
O
L
I
T
D
E
K
N
I
K
U
B
N
E
G
K
U
O
M
K
A
R
P
O
L
K
I
S
A
S
P
K
R
N
B
P
P
R
D
U
G
P
O
L
I
M
A
A
S
P
O
L
I
A
K
O
T
E
A
K
K
N
E
M
E
N
T
K
R
I
A
N
P
N
U
E
N
H
D
L
I
D
I
I
K
A
N
M
I
M
A
L
A
G
S
L
I
E
A
U
M
U
A
S
P
C
H
A
N
G
S
E
K
D
S
I
E
T
O
T
A
S
L
M
U
L
A
D
I
S
U
K
A
I
M
I
K
K
R
U
K
T
A
E
A
P
M
O
E
D
U
L
K
R
O
K
O
A
A
T
A
P
S
R
G
E
G
T
G
G
G
G
C
I
R
D
D
N
N
A
N
A
E
O
I
E
T
N
G
H
I
I
D
R
I
S
H
D
G
S
A
Z
O
H
P
K
I
E
A
A
U
R
Y
A
Z
I
D
I
U
I
N
H
F
K
A
L
I
D
U
K
I
O
B
I
Q
J
I
R
T
H
T
A
G
O
P
P
P
D
H
S
A
J
W
I
A
H
I
I
A
T
A
M
H
S
T
E
A
F
B
R
I
L
V
I
L
G
P
S
N
E
K
D
I
K
A
E
B
R
B
Y
T
J
E
M
R
O
F
I
N
U
S
D
T
M
N
C
Q
F
A
U
N
J
F
B
A
G
P
D
G
U
E
A
U
E
G
E
H
G
D
S
E
K
H
A
L
I
L
D
H
M
D
N
I
R
T
D
S
E
D
I
H
M
A
S
I
H
D
G
U
A
A
E
O
B
U
Y
R
U
C
I
D
B
U
J
A
N
G
H
T
S
P
D
P
A
L
I
F
H
D
K
A
C
I
K
T
O
O
K
A
D
K
E
K
A
N
A
N
L
U
R
U
S
U
P
I
B
D
I
N
F
C
H
E
M
O
H
D
B
I
N
K
P
I
S
M
A
I
L
G
A
P
N
Y
U
S
M
A
B
I
N
S
T
I
Y
U
S
O
F
U
F
H
A
Z
M
A
H
N
I
B
N
A
R
I
H
A
Z
A
M
O
M
A
D
E
N
G
D
A
A
N
A
N
A
K
G
N
A
D
N
A
P
A
D
N
A
N
B
I
N
A
R
E
F
D
A
N
G
D
U
T
I







MAKLUMBALAS







Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .


JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI




1)
i.
Skuad akan menghadap ke belakang ke kanan pusing.

ii.
bergerak ke kanan bertiga-tiga ke belakang pusing.

iii.
Dari kanan cepat jalan.



2)     Sedia, senang diri, rehat diri, berbaris dalam tiga barisan.


3)
i.
Dua pergerakan

ii.
Dua pergerakan

iii.
Tiga pergerakan



4)     Nombor/dari kanan nombor.



5)     Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke belakang pusing.



6)     Keluar baris.



7)     Lakukan pergerakan cepat jalan. Lakukan pergerakan berhenti dalam masa sendiri tiga  langkah dihadapan pegawai berkenaan . Lakukan pergerakan


hormat  kehadapan. Buat  satu  langkah  kehadapan.  Hulur  tangan  untuk mengambil hadiah. Pegang hadiah menggunakan tangan kiri. Hulur tangan kanan untuk bersalam. Buat pergerakan satu langkah ke belakang. Lakukan pergerakan  hormat  kehadapan.  Pusing  ke  kiri  atau  ke  kanan  .  Terus berjalan menuju ke tempat perbarisan. Tangan kiri jangan di hayun kerana memegang hadiah.