P RINSIP EKONOMI P1106/UNIT12/1
U NIT 12 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
Pelajar dapat mengetahui kepentingan perakaunan pendapatan negara
kepada sesebuah negara
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :
Menjelaskan konsep-konsep penting dalam perakaunan
pendapatan negara
Mengetahui cara menghitung pendapatan negara melalui
kaedah keluaran, kaedah pendapatan dan kaedah
perbelanjaan
INPUT
PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
12.1 KONSEP-KONSEP PENTING DALAM PERAKAUNAN PENDAPATAN
NEGARA
Pendapatan negara
Ia juga dikenali sebagai Keluaran Negara Bersih (KNB) mengikut kos Faktor.Pendapatan negara boleh di perolehi dengan mencampurkan sewa kepada bangunan dan tanah,bunga,upah dan gaji,pendapatan perusahaan persendirian serta keuntungan perusahaan .KNB jelas menunjukan bahawa nilai pendapatan negara tidak ermasuk susut nilai(kerana ia adalah keluaran bersih) dan cukai tak langsung (kerana ia dinilai mengikut kos faktor) tetapi tidak termasuk subsidi (kerana ia di nilai mengikut kos faktor)
Pendapatan persendirian
Ia adalah jumlah pendapatan yang diterima oleh individu baik untuk bayaran kepada faktor faktor pengeluaran ataupun tidak.Pendapatan persendirian terdiri daripada:
Pendapatan negara ditolak keuntungan syarikat yang tidak di bahagikan ,cukai keuntungan syarikat dan caruman atas kumpulan simpanan pekerja.
Bayaran pindahan termasuk bayaran kepada pesara,bayaran kepada penganggur dan bayaran kepada orang yang cacat dan orang tua.
Bunga ke atas pinjaman kerajaan dan bunga ke atas pinjaman pengguna.
Oleh itu ia dapat di katakan bahawa pendapata negara adalah tidak sama dengan pendapatan persendirian.
Pendapatan boleh guna
Ia adaalh jumlah pendapatan yang di terima dan di belanjakan oleh individu ke atas barang barang dan perkhidmatan perkhidmatan yang di hasilkan dalam ekonomi.Pendapatan persendirian yang di terima oleh individu bukan semuanya boleh digunakan untuk perbelanjaan.Kebanyakan individu menggunakan sebahagian daripada
Pendapatan mereka untuk membayar cukai pendapatan yang di kenakan oleh kerajaan.Dengan itu ,pendapatan persendirian di tolak cukai pendapatan individu akan memperolehi pendapatan boleh guna.
Pendapatan perkapita
Adalah pendapatan purata penduduk sesuatu negara .Pendapatan perkapita di perolehi dengan membahagikan nilai pendapatan negara pada satu tahun tertentu denganjumlah peenduduk pada tahun tersebut.Pendapatan perkapita yang sedemikian di ukur mengikut harga semasa.Oleh itu ,ia dipengaruhi oleh tingkat harga umum dan tidak sesuai untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara menerusi masa.
Pendapatan perkapita benar
Ia adalah pendapatan perkapita yang di perolehi dengna nilai pendapatan negara yang di kira mengikut harga tetap.Jadi ia adalah lebih tepat bagi mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuh negara.
Pendapatan negara harga semasa dan pendapatan negaran benar
Pendapatan negara harga semasa ; pendapatan negara pada harga semasa adalah nilai keluaran sesebuah negara yang dihitung mengikut harga-harga pada tahun yang berkenaan. Maka apabila pendapatan negara harga semasa untuk dua tahun yang berbeza dibandingkan , pertambahan nilainya disebabkan oleh dua faktor :
pertambahan dalam jumlah keluaran fizikal dan
kenaikan harga-harga
perkembangan sesuatu ekonomi diukur berasaskan pertambahan dalam jumlah keluaran yang dicapai. Maka untuk mengira pertambahan jumlah barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dari tahun ke tahun , perlulah pendapatan negara dikira mengikut harga-harga tetap. Nilai pendapatan negara yang diperolehi dalam pengiraan secara ini dinamakan pendapatan negara mengikut harta tetap atau pendapatan negara benar.
Keluaran dalam negara kasar pada harga pasaran
KDNK pada harga pasaran adalah satu ukuran nilai pasaran semua barangan dan perkhimatan akhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu. Dalam pengiraan KDNK bayaran pindahan tidak di masukkan. Bayaran perkhidmatan bank akan ditolak daripada KDNK pada harga pasaran manakala cukai import akan di campurkan kepada KDNK pada harga pasaran jika KDNK pada harga pasaran dikira mengikut keadah keluaran.
Keluaran negara pada harga pasaran
KNK pada harga pasaran dapat di cari apabila KDNK pada harga pasaran di tambahkan dengan bayaran faktor bersih (pendapatan faktor dari luar negara tolak pendapatan ke luar negara). Pendapatan faktor adalah pulangan dalam bentuk untung , sewa, bunga atau pemilikan harga atau aset di luar negara.
Keluaran negara bersih pada harga pasaran
KNK pada harga pasaran adalah KNK pada harga pasaran ditolak susut nilai.Manakala KNK pada kos faktor adalah KNB paga harga pasaran di tolak cukai tak langsung di tambahkan subsidi. KNB pada kos faktor adalah KNB pada harga pasaran di tolak cukai tak langsung ditambahkan subsidi.
Konsep harga pasaran dan harga faktor
Harga pasaran = barang-barang dinilaikan mengikut harganya dalam pasaran termasuklah cukai tak langsung tetapi termasuk bayaran subsidi.
Harga faktor = barang-barang dinilaikan mengikut sumbangan faktor-faktor pengeluaran ke atas pengeluaran.
AKTIVITI 12A
Arahan : Pilih jawapan yang betul
12.1 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar dengan Keluaran Negara Bersih adalah bersamaan dengan nilai
A.Pelaburan kasar
B.Pelaburan bersih
C.Cukai tak langsung
D.Susutnilai
E.Tabungan persendirian
Apabila sesebuah ekonomi terbuka menerima pendapatan faktor dari luar negeri lebih daripada pembayaran faktor ke luar negeri, maka
A.Keluaran Negara Kasar lebih besar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
B.Keluaran Dalam Negara Kasar lebih besar daripada Keluaran Negara Kasar
C.Keluaran Dalam Negara Kasar nominal lebih besar daripada keluaran Dalam
Negara Kasar Benar
D.Keluaran Dalam Negara menurut harga pasaran lebih besar daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar pada harga faktor
E.Keluaran Dalam Negara Kasar lebih besar daripada Keluaran Dalam Negara
Bersih
Apakah pendapatan bolehguna ? Bagaimanakah pendapatan bolehguna penduduk
sesebuah negara dihitung ?
Terangkan perbezaan antara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga
pasar dan Keluaran Negara Bersih (KNB) pada harga faktor.
MAKLUMBALAS
AKTIVITI 12A
12.1D
12.2B
12.3 Pendapatan bolehguna adalah bahagian pendapatan individu yang boleh
dibelanjakan ke atas barabg-barabg dan perkhidmatan. Secara formula,
pendapatan bolehguna ialah :
Pendapatan bolehguna =Pendapatan persendirian – cukai pendapatan
perseorangan
12.2 KAEDAH PERBELANJAAN
Kita harus mencampurkan nilai perbelanjaan masyarakat atas barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan. Pengiraan pendapatan negara dengan mencampurkan nilai barang akhir supaya tidak berlaku pengiraan dua kali.
Contohnya seorang tukang jahit menggunakan kain yang bernilai RM 30. Tukang jahit menggunakan kain tersebut untuk mengeluarkan baju yang cantik dan berharga RM 60. Jadi, nilai urusniaga kain dan baju adalah RM 30 + RM 60 = RM 90. Akan tetapi nilai barang akhir yang ada dalam ekonomi adalah RM 60.
Sektor perbelanjaan ekonomi digolongkan kepada 4 sektor iaitu:
Perbelanjaan isi rumah
-perbelanjaan yang dibuat oleh sektor isi rumah atas barang-barang akhir dan perkhidmatan adalah tergolong dalam perbelanjaan ini
Perbelanjaan penggunaan kerajaan
-perbelanjaan ini termasuk pembelian barang-barang akhir dan perkhidmatan oleh kerajaan.
pelaburan kasar
-perbelanjaan ini meliputi perbelanjaan yang dibuat oleh para pengusaha dan kerajaan untuk membeli barang-barang modal bagi perusahaan.
-contoh pembelian mesin.
Eksport bersih
-Nilai eksport ditolak dengan nilai import akan memperolehi nilai eksport bersih.
PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT KAEDAH PERBELANJAAN
JENIS PERBELANJAAN RM(JUTA)
Perbelanjaan Isi Rumah 2500
(+) Perbelanjaan Kerajaan 350
(+) Pelaburan Kasar 350
(+) Perubahan Stok 100
Eksport Barang Dan Perkhidmatan 600
(-) Import Barang Dan Perkhidmatan 500
(+) Eksport Bersih 100
KDNK pada harga pasar3400
(+) Pendapatan faktor pengeluar dari luar negeri 800
(-) Pendapatan faktor pengeluar ke luar negeri 700
KNK pada harga pasar3500
(-) Cukai Tak Langsung 300
(+) Subsidi 150
KNK pada kos faktor3350
(-) Susut Nilai 50
KNB kos faktor/ Pendapatan Negara3300
KAEDAH PENDAPATAN
Faktor-faktor pengeluaran terdiri daripada tanah, buruh, modal, dan pengusaha.
Faktor-faktor pengeluaran memperolehi pendapatan tertentu iaitu :
Tanah – sewa
Buruh – upah dan gaji
Modal – bunga
Pengusaha – untung
Untuk memperolehi jumlah pendapatan negara, kita harus mencampurkan semua nilai pendapatan faktor-faktor pengeluar.
Dalam pengiraan pendapatan negara dalam kaedah pendapatan, pendapatan faktor-faktor pengeluaran digolongkan kepada:
Upah dan gaji
b) Bunga bersih (diperolehi apabila bunga kasar – bunga keatas pinjaman
pengguna dan ditokok dengan bunga keatas pinjaman negara).
Pendapatan dari sewa
Pendapatan perusahaan persendirian
Keuntungan perusahaan
Pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan.
JENIS PENDAPATAN RM(JUTA)
Upah dan gaji 2 000
(+) Bunga bersih 290
Bunga kasar 460
Bunga atas pinjaman pengguna (-) 60
Bunga atas pinjaman nagara ( - ) 110
(+) Pendapatan dari sewa 110
(+) Pendapatan perusahaan persendirian 400
(+) Keuntungan perusahaan 500
Dividen 120
Keuntungan yang tidak dibahagi 170
Cukai pendapatan perusahaan 210
KNBkf (PN)3 300
KAEDAH KELUARAN (NILAI DITAMBAH)
Dalam pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran, kita harus mencampurkan nilai yang diwujudkan oleh berbagai sector ekonomi.
Nilai yang di tambah adalah kenaikan nilai sesuatu barang setelah melalui proses pengeluaran.
Sebagai contoh, dalam proses membuat baju kain yang dihasilkan dan mempunyai nilai keluaran sebesar RM 300 telah di gunakan untuk mengeluarkan baju. Baju-baju itu dijual dikedai dengan nilai keluaran akhir sebesar RM 500 ini bermakna nilai yang di tambah adalah nilai keluaran kain RM 300 ditambah nilai keluaran baju RM 200, iaitu RM 500.
Dengan menggunakan cara nilai ditambah atau nilai keluran barang akhir, nilai sesuatu barang yang dihasilkan adalah sama.
Menurut kaedah keluaran, pendapatan negara adalah jumlah nilai-nilai ditambah yang diciptakan dalam satu jangkamasa tertentu.
(KDNKhp)diperolehi dengan mencampurkan nilai-nilai tambahan yang di hasilkan oleh setiap sector ekonomi tersebut.
(KDNKkf) diperolehi denganKDNKhp– cukai tak langsung + subsidi.
KNKkf diperolehi dengan pembayaran faktor-faktor pengeluaran dari luar negeri harus dicampurkan dan pembayaran pendapatan faktor – faktor pengeluaran keluar negeri harus ditolakkan dariKDNKkf.
Perbezaan di antara kedua-dua jumlah pembayaran tersebut ialah pendapatan faktor bersih dari luar negeri.
Perbezaan diantara keluaran negara bersih pada kos faktor(KNBkf)dengan(KNKkf)adalah susut nilai. Oleh sebab itu untuk memperolehi KNBkf kita harus menolak susut nilai daripadaKNKkf.
PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT KAEDAH KELUARAN
Sektor – sektor ekonomi RM(JUTA)
1. Pertanian, perikanan, ternakan dan hutan (+) 1200
2. Perlombongan dan kuari (+) 700
3. Perkilangan (+) 680
4. Pembinaan (+) 450
5. Kuasa elektrik, gas dan air (+) 80
6. Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan (+) 70
7. Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran (+) 60
8. kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan (+) 40
9. perkhidmatan kerajaan (+) 70
10. Perkhidmatan lain (+) 50
KDNKhp3400
11. Cukai tak langsung (-) 300
12. Subsidi (+) 150 -150
KDNKkf3250
13. Pendapatan faktor pengeluaran dari luar negeri (+) 800
14. Pendapatan faktor pengeluaran keluar negeri (-) 700
Pendapatan faktor bersih dari luar negeri ( 800-700) 100
KNKkf3350
15. Susut nilai (-) 50
KNBkf ( PN)3300
AKTIVITI UNIT 12B
MAKLUMBALAS AKTIVITI 12B
RM juta
Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) pada harga factor 8000
+ Cukai tidak langsung RM3000
- Subsidi 20001000
Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) pada harga pasar 9000
+ Pendapatan factor bersih dari
luar negeri1000
Keluaran Negara Kasar (KNK) 10000
Pada harga pasar
- susutnilai500
Keluaran Negara Bersih (KNB)9500
Butir | | RM juta |
Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga factor + Cukai tidak langsung - Subsidi | 500 | 10000 1000 500 |
Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga pasar + Pendapatan factor bersih dari luar negeri | | 10500 2500 |
Keluaran Negara Kasar pada harga pasar | | 13000 |
ANDA HAMPIR MENUJU KEJAYAAN. UNTUK MEMASTIKAN MATLAMAT ANDA TERCAPAI SILA JAWAB SOALAN DALAM PENILAIAN MENDIRI DI BAWAH.
SILA BERHUBUNG DENGAN PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.
RUJUK KEPADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
BAHAGIAN I : SOALAN ESEI
Arahan : Jawab semua soalan berikut
Huraikan cara penghitungan Pendapatan Negara sesebuah negara mengikut kaedah
pendapatan . Dengan menggunakan kaedah ini, tunjukkan cara menghitung
Keluaran Negara Kasar pada harga pasar.
Bagaimana anda mentakrifkan dan mengukur Pendapatan Negara
Terangkan bagaimana Keluaran Negara Kasar pada harga pasar dihitung
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
12.1.Pendapatan negara ialahnilai barang-baranga akhir dan perkhidmaytan yng dikeluarkan oleh sector-sektor ekonomi sesebuah negara pada suatu jangka masa tertentu dan biasanya satu tahun. Nilai pendapatan negara boleh diukur melalui tiga cara iaiatu kaedah keluaran, kaedah pendapatan dan kaedah perbelanjaan. Mengikut kaedah pendapatan, pendapatan negara dikira dengan mencampurkan semua jenis pendapatan yang diterima oleh factor-faktor pengeluaran sesebuah negara iaitu upah dan gaji oleh pekerja-pekerja, sewa oleh tanah, bunga oleh modal dan untung oleh pengusaha-pengusaha.
RM Juta
1. Upah dan gaji 4000
2. Bunga bersih 1000
3. Sewa 500
4. Pendapatn perusahaan persendirian 600
5. Pendapatan perusahaan syarikat2000
Pendapatan negara8100
RM juta
Pendapatan negaraa = keluaran 8100
Negara bersih pada harga factor
+ susutnilai100
Keluaran negara Kasar (KNK)
Pada harga factor 8200
+ cukai tak langsung 2000
-subsidi10001000
keluaran Negara Kasar (KNK)
pada harga pasar9200
12.2 Pendapatan negara adalah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarakn oleh factor-faktor penegaluaran sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya satu tahun.
Nilai pendapatan negara boleh diukur melalui kaedah iaitu kaedah pendapatan, kaedah perbelanjaan, dan kaedah perbelanjaan.
Kaedah Perbelanjaan
PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT KAEDAH PERBELANJAAN
JENIS PERBELANJAAN RM(JUTA)
Perbelanjaan Isi Rumah 2500
(+) Perbelanjaan Kerajaan 350
(+) Pelaburan Kasar 350
(+) Perubahan Stok 100
Eksport Barang Dan Perkhidmatan 600
(-) Import Barang Dan Perkhidmatan 500
(+) Eksport Bersih 100
KDNK pada harga pasar3400
(+) Pendapatan faktor pengeluar dari luar negeri 800
(-) Pendapatan faktor pengeluar ke luar negeri 700
KNK pada harga pasar3500
(-) Cukai Tak Langsung 300
(+) Subsidi 150
KNK pada kos faktor3350
(-) Susut Nilai 50
KNB kos faktor/ Pendapatan Negara3300
2. Kaedah pendapatan
Pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan.
JENIS PENDAPATAN RM(JUTA)
Upah dan gaji 2 000
(+) Bunga bersih 290
Bunga kasar 460
Bunga atas pinjaman pengguna (-) 60
Bunga atas pinjaman nagara ( - ) 110
(+) Pendapatan dari sewa 110
(+) Pendapatan perusahaan persendirian 400
(+) Keuntungan perusahaan 500
Dividen 120
Keuntungan yang tidak dibahagi 170
Cukai pendapatan perusahaan 210
KNBkf (PN)3 300
3. Kaedah keluaran
PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA MENGIKUT KAEDAH KELUARAN
Sektor – sektor ekonomi RM(JUTA)
1. Pertanian, perikanan, ternakan dan hutan (+) 1200
2. Perlombongan dan kuari (+) 700
3. Perkilangan (+) 680
4. Pembinaan (+) 450
5. Kuasa elektrik, gas dan air (+) 80
6. Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan (+) 70
7. Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran (+) 60
8. kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan (+) 40
9. perkhidmatan kerajaan (+) 70
10. Perkhidmatan lain (+) 50
KDNKhp3400
11. Cukai tak langsung (-) 300
12. Subsidi (+) 150 -150
KDNKkf3250
13. Pendapatan faktor pengeluaran dari luar negeri (+) 800
14. Pendapatan faktor pengeluaran keluar negeri (-) 700
Pendapatan faktor bersih dari luar negeri ( 800-700) 100
KNKkf3350
15. Susut nilai (-) 50
KNBkf ( PN)3300
Keluaran neagara kasar pada harga pasar boleh dikesan melalui kaedah perbelanjaan melalui langkah-langkah berikut :
RM juta
1. Perbelanjaan Penggunaan isi rumah 5000
+ 2. Perbelanjaan Penggunaan kerajaan 4000
+ 3. Pembentukan modal Kasar 1000
+ 4. Eksport 2400
- 5. Import 400
Keluaran Dalam Negara Kaar (KDNK)
Pada harga pasar 12000
+ Pendapatan factor bersih dari luar negeri 2000
Keluaran Negara Kasar (KNK) RM14000
Pada harga pasar