OBJEKTIF
UNIT 13 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
Objektif Am
Pelajar dapat mengetahui mengenai masalah, faktor, dan kegunaan data pendapatan negara dalam perakaunan pendapatan negara.
Objektif Khusus
Di akhir unit ini, pelajar-pelajar dapat :
- Mengenalpasti masalah-masalah yang wujud dalam pengiraan pendapatan negara
- Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pendapatan negara
- Menyenaraikan data pendapatan negara
INPUT
- Masalah Pengiraan Pendapatan Negara
Masalah Mengumpul Maklumat
Kebanyakan negara khususnya negara-negara membangun tidak mempunyai rekod yang baik tentang aktiviti-aktiviti ekonominya. Maklumat yang penting agak sukar untuk diperolahi malahan rekod yang ada mempunyai maklumat yang kurang tepat akibat kesilapan dalam proses pengiraan. Di samping itu , barangan yang digunakan oleh individu dan digunakan oleh diri sendiri mungkin tidak mempunyai rekod yang jelas tentang hal hal yang sedemikian. Pada hakikatnya, jumlah barangan yang digunakan oleh diri sendiri harus dinilai pada harga pasar dan dikira dalam pendapatan negara.
Kegiatan-Kegiatan Haram Tetapi Produktif tidak dapat Di Kira
Dalam Pendapatan Negara
Pada hari ini terdapat banyak kegiatan yang produktif tetapi diharam oleh undang-undang. Misalnya kegiatan-kegiatan seperti perjudian, pelacuran dan sebagainya. Kerajaan tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang perdapatan yang terlibat dari kegiatan-kegiatan yang diharamkan ini. Di negara di mana kegiatan perjudian dibenarkan maka kegiatan yang diperolahi akan dimasuk di dalam keluaran negara. Sebaliknya di negara-negara yang perjudian diharamkan maka pendapatan yang diperolahi tidak dimasukkan di dalam pengiraan pendapatan negara.
Masalah dalam Pengiraan susutnilai
Penggunaan kelengkapan-kelengkapan tahan lama seperti mesin, alat-alat dan bangunan dalam proses pengeluaran akan mengalami kehausan. Penyusutan nilai sedemikian dikenali sebagai susutnilai. Susutnilai adalah sukar ditentukan. Dengan perkataan lain adalah tidak mungkin bagi kita menentukan dengan tepat jumlah perbelanjaan yang perlu untuk menggantikan kelengkapan tahan lama yang haus. Oleh sebab itu adalah sukar untuk memperolahi keluaran negara bersih.
Masalah dalam Pengiraan Kegiatan-Kegiatan Yang Di Bayar Dalam Bentuk Bayaran Pindaan
Terdapat pelbagai perbelanjaan kerajaan yanh tidak harus dicampurkan dalam keluaran negara. Di antara perbelanjaan kerajaan yang tidak harus dikira dalam keluaran negara ialah perbelanjaan atas pertahanan dan keselamatan dan perbelanjaan atas perkhidmatan sosial yang disediakan oleh kerajaan melalui cukai tetapi juga dibayar bersama-sama oleh orang ramai. Ramai ahli ekonomi berpendapat bahawa bayaran tersebut adalah bayaran pindaan dan tidak boleh dikira dalam keluaran negara.
Selain itu , kerajaan juga meminjam dari orang ramai dan institusi kewangan baik dalam negara mahupun dari luar negara. Jumlah pinjaman kerajaan ini dikenali sebagai hutang negara dan kerajaan harus membayar bunga. Sebenarnya kerajaan harus membayar bunga atas pinjaman tersebut melalui hasil cukai yang dipungutnya. Ini bermakna bahawa orang yang sebenarnya menanggung beban adalah pembayar cukai. Maka bunga yang dibayar oleh kerajaan tersebut merupakan bayaran pindaan dan tidak harus ducampurkan dalam pemgiraan keluaran negara.
Masalah Pengiraan Dua kali
Dalam pengiraan pendapatan negara atau keluaran negara kita hanya mencampurkan nilai barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh berbagai sektor ekonomi yan g produktif. Barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh proses pengeluaran selanjutnya tidak akan dikira masuk dalam pendapatan negara. Barangan yang dikeluarkan berbagai sektor ekonomi yang produktif dapat dibezakan menjadi barangan akhir dan barangan perantaraan. Barangan akhir ialah barangan yang digunakan untuk memenuhi keperluan orang ramai tanpa melalui proses pengeluaran yang selanjutnya. Sedangkan barang perantaraan ialah barang yang harus digunakan untuk proses pengeluaran yang selanjutnya sebelum ianya digunakan oleh orang ramai. Di dalam proses pengeluaran, kebanyakan barang sebelum menjadi barang akhir akan melalui beberapa peringkat pengeluaran. Maka sebelum menjai barang akhir barang tersebut telah beberapa kali diperdagangkan di dalam pasaran. Apabila semua nilai tersebut dicampurkan kedalam keluaran keluaran negara maka nilai yang diperolahi adalah lebih besar nilai keluaran yang diciptakan
- PERBANDINGAN PENDAPATAN NEGARA MELALUI MASA
Perbandingan pendapatan negara melalui masa bagi sesuatu negara akan menghadapi masalah. Ini adalah kerana banyak perkara akan berubah melalaui masa.
Perubahan Dalam Tingkat Harga Umum
Perbandingan pendapatan negara sesebuah negara melalui masa bukan saja mengira jumlah nilai keluaran tersebut tetapi juga harus mengambil kira tentang perubahan dalam tingkat harga umum. Ini adalah kerana kenaikan jumlah nilai keluaran boleh disebabkan oleh kenaikan dalam jumlah fisikalnya atau kenaikan dalan tingkat harga umum (THU) atau kedua-duanya. Oleh sebab itu, perbandingan pendapatan negara melalui masa harus menolak kesan kenaikan THU ke atas nilai keluyaran negara.
Perubahan Dalam Kualiti Barang Dan Perkhidmatan
Perbandingan pendapatan negara melalui masa tanpa mengambilkira perubahan dalam kualiti barangan adalah kurang tepat. Melalui masa, Kebanyakan kualiti barangan yang dihasilkan oleh sektor-sektor ekonomi akan bertambah baik. Kenaikan kualiti barangan akan menyebabkan harga barangan meningkat juga. Oleh itu, perubahan harga umum yang disebabkan oleh perubahan dalam kualiti barangan harus diambil kira bila membandingkan pendapatan per kapita melalui masa bila mengukur taraf hidup penduduk sesebuah negara.
Perubahan Dalam Pengagihan Pendapatan
Semasa membuat perbandingan pendapatan negara melalui masa, kita bukan sahaja mengira pertambahan dalam KNK tetapi juga harus mengambil kira tenteng corak pengagihan pendapatan negara tersebut. Jika sesebuah negara menikmati kenaikan KNK sebanyan 80% dalam dua tempoh masa yang berlainan, Ini tidak bermakna taraf hidup penduduk telah meningkat sebesar 80%. Ia bergantung kepada pengagihan pendapatan dalam tempoh-tempoh masa tersebut. Jika faedah-faedah yang diperolahi adalah dinikmati oleh semua rakyat dan pendapatan yang dihasilkan adalah diagih secara setara, maka taraf hidup masyarakat secara keseluruhan telah meningkat.
Perubahan Dalam Komposisi Penduduk
Kenaikan pendapatan negara melalui masa tidak bermakna kenaikan dalam pendapatan per kapita benar jika terdapat kenaikan dalam jumlah penduduk. Ini bermakna , jika kenaikan pendapatan negara di ikutu oleh kenaikan jumlah penduduk yang lebih pesat, maka terdapat penurunan pendapatan per kapita benar sesebuah negara. Keadaan ini menunjukkan bahawa pendapatan per kapita meningkat tetapi taraf hidup penduduk tidak semestinya meningkat, malahan mungkin menurun.
Melalui masa juga biasanya komposisi penduduk akan berubah. Biasanya melalui masa , bilangan kanak-kanak dan orang tua merupakan komposisi yang lebih besar dalam sesuatu masyarakat. Oleh yang demikian, wujudnya kumpulan tidak produktif yang lebih besar dan kumpulan produktif yang lebih kecil untuk menghasilkan pendapatan negara.
3.1.3 Masalah Membandingkan Pendapatan Negara Antara Negara
Perbandungan pendapatan negara di antara negara-negara menghadapi banyak masalah, terutamanya di antara negara maju dengan negara membangun. Negara-negara maju mempunyai pendapatan per kapita yang lebih tinggi daripada negara-negara membangun. Tetapi ini tidak bermakna taraf hidup negara maju adalah lebih tinggi daripada negara membangun. Ini adalah kerana pendapatan negara yang dikira oleh negara-negara maju dan negara-negara membangun mungkin berdasarkan faktor-faktor yang berlainan.
Perbezaan dalam mentafsif butur-butir dalam pengiraan.
Negara-negara yang berlaianan mentafsif butir-butir pengiraan pendapatan negara dengan cara yang berlainan . Di negara-negara di mana kegiatan perjudian dan pelacurab dibenarkan , pendapatan daripada kegiatan tersebut akan dikira dalam pendapatan negara. Tetapi bagi negara yang tidak membenarkan kegiatan tersebut, pendapatan dari sumber tersebut tidak akan dicampur dalam pendapatan negara.
Selain itu terdapat berbagai jenis perbelanjaan kerajaan yang dianggap sebagai bayaran pindaan oleh negara-negara tertentu tetapi disifatkan sebagai perbelanjaan produktif oleh negara-negara lain. Perbezaan tefsiran ini menyifatkan nilai yang diambil kira dalam pendapatan negara sangat berbeza antara satu neara dengan negara yang lain. Maka adalah sukar untuk membandingkan PN di antara negara-negara yang berlainan.
Perbezaan dalam corak perbelanjaan
Membandingkan PN antara negara-negara bukanlah cara yang terbaik untuk menentukan taraf hidup penduduk sesuatu negara. Ini adalah kerana, negara-negara yang mempuntui pendapatan perkapita yang tinggi , seperti Amerika syarikat dan Eropah, membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan negara mereka ke atas pertahanan . Perbelanjaan sedemikian tidak membawa kebajikan kepada rakyat. Sebaliknya, negara-negara membangun yang mempunyai pendapatan perkapita yang rendah menggunakan sebahagian besar pendapatan negara mereka ke atas barang-barang penggunaan dan modal. Perbelanjaan ini memberi kebajikan dan kemakmuran kepada rakyat. Dengan itu walaupun pendapatan perkapita negara-negara membangun adalah rendah tetapi ini tidak menunjukkan taraf hidup mereka juga rendah.
Perbezaan dalam pengagihan pendapatan
Pendapatan per kapita sesebuah negara tidak bermakna bahawa setiap penduduk negara tersebut akan menerima pendapatan perkapita yang ditunjukkan. Besar atau kecil pendapatan per kapita yang seseorang individu bergantung kepada pengagihan pendapatan negara tersebut. Semakin rata pengagihan pendapatan negara , semakin tinggilah taraf hidup penduduk negara tersebut. Jika negara-negara maju mempunyai pendapatan perkapita yang tinggi tetapi tidak mempunyai pengagihan pendapatan yang setara , maka taraf hidup penduduknya mungkin lebih rendah daripada negara-negara yang mempunyai pengagihan pendapatan yang lebih setara.
Perbezaan dalam jumlah masa rehat
Negara-negara yang berlainan mempunyai jumlah masa rehat yang berlainan. Bagi negara penduduknya bekerja lebih masa, pendapatan perkapita adalah lebih tinggi. Sebaliknya bagi negara yang penduduknya lebih mengutamakan masa rehat dan kurang bekerja, pendapatan perkapita adalah lebih rendah. Jadi dengan menggunakan pendapatan perkapita untuk membandingkan taraf hidup penduduk di antara adalah kurang tepat kerana masa rehat juga menunjukkan taraf hidup dan kebajikan masyarakat sesebuah negara.
Turun naik dalam kadar pertukaran asing
Perbandingan pendapatan negara di antara negara-negara harus menggunakan mata wang yang diterima umum. Ini adalah kerana turun naik dalam kadar tukaran asing akan menyebabkan perubahan pendapatan perkapita sesebuah negara. Perubahan pendapatan per kapita akibat perubahan kadar tukaran asing tidak menggambarkan perubahan taraf hidup penduduk sesebuah negara. Jadi, adalah tidak tepat untuk membandingkan pendapatan perkapita di antara negara-negara untuk menunjukkan tafaf hidup penduduk negara-negara tersebut.
Setelah mengikuti input ini, sila uji kefahaman anda dengan aktiviti berikut… ingat jangan cuba meniru. Ujilah kefahaman anda secara ikhlas dan jujur sebelum anda meneruskan input selanjutnya.
AKTIVITI 13A
6.1Keluaran Negara Kasar mencerminkan kebajikan sesebuah negara . Bincangkan.
6.2 Nyatakan masalah utama yamg dihadapi
a.Di dalam menghitung pendapatan negara pada satu-satu tahun tentu
b.Di dalam membandingkan negara dari tahun ke tahun
PERHATIAN
Anda hanya boleh perpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab semua soalan dalam aktiviti 13A
MAKLUMBALAS
AKTIVITI 13A
- Keluaran Negara Kasar tidak dapat mencerminkan kebajikan sesebuah negara
dengan tepat kerana wujud masalah-masalah semasa ukurannya.
- Masalah pengiraan dua kali
- Kegiatan-kegiatan ekonomi yang tidak dibayay dengan wang
- Kegiatan-kegiatan ekonomi yang haram
- Perubahan harga
- Anggaran susutnilai
- Perbelanjaan kerajaan
- Agihan pendapatan
- .Di antara masalah-masalah utama ynng dihadapi di dalam menghitung
pendapatan negara pada satu-satu tahun tertentu ialah
- Masalah pengiraan dua kali
- Masalah kegiatan ekonomi yang tidak dibayar dengan wang
- Masalah kegiatan-kegiatan ekonomi yang haram
- Masalah perubahan harga
- Masalah anggaran susutnilai
- Perbelanjaan kerajaan
- Masalah agihan pendapatan
- b. Masalah -masalah utama semasa membuat perbandingan pendapatan negara dari
tahun ke tahun lain adalah seperti berikut :
- Perubahan dalam tingkat harga umum
- Perubahan dalam saiz penduduk
- Perubahan di dalam kandungan keluaran negara
- Perubahan di dalam agihan pendapatan
- Perubahan dalam masa rehat
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pendapatan Negara
Kepunyaaan faktor-faktor pengeluaran sesebuah negara
Kuantiti dan kualiti faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh sesebuah negara dapat menentukan tingkat pendapatan sesebuah negara. Semakin banyak faktor pengeluaran , semakin tinggi pendapatan negara sesebuah negara. Kuantiti dan kualiti faktor-faktor pengeluaran yang besar membolehkan sesebuah negara memproses lebih banyak keluaran dan ini akan meningkatkan tingkat pendapatan neara itu. Faktor-faktor pengeluaran yang utama termasuklah buruh, modal, tanah dan pengusaha.
Buruh yang mahir dan mempunyai pengetahuan yang moden menjaminkan kenaikan keluaran yang banyak. Tanah yang subur dan luas membolehkan keluaran pertanian dihasilkan dengan banyaknya. Tanah yang subur dan luas membolehkan keluaran pertanian dihasilkan dengan banyaknya. Tanah yang luas juga menyediakan tapak bagi perindustrian dan ini membolehkan kenaikan keluaran pertanian Pengusaha yang berpengalaman dan bijak akan menggunakan teknik dan teknologi yang moden dalam kegiatan-kegiatan ekonomi. Pengusaha akan menggunakan kombinasi faktor-faktor pengeluaran yang paling baik bagi kegiatan mereka bagi memperolagi keuntungan yang maksimun.
Penggunaan Pengetahuan teknik dan teknologi moden
Tingkat pendapatan negara sesebuah negara juga dipengaruhi oleh penggunaan pengetahuan teknik dan teknologi baru. Katakan dua buah negara mempunyai kuantiti dan kualiti faktor -faktor pengeluaran yang sama, tetapi negara yang mempunyai tengkat pengetahuan teknik dan teknologi yang lebih tinggi dalam proses proses pengeluaran akan menghasilkan tingkat pendapatan yang lebih tinggi daripada negara yang satu lagi. Satu contoh yang baik ialah Jepun yang mempunyai KNK yang tinggi kerana penggunaan teknik dan teknologi yang moden dalam pengeluaran.
Suasana Politik Yang Baik Dan Stabil
Suasana politik sesebuah negara akan mempengaruhi tingkat pendapatan negara tersebut. Negara-negara yang mempunyai suasana politik yang stabil akan menggalakkan lebih banyak modal asing. Ini kerana pelabur-pelabur asing mempunyai keyakinan bahawa perkembangan ekonomi di negara-negara tersebut akan lebih pesat. Dengan pengaliran masuk modal-modal asing beserta modal tempatan membolehkan negara-negara tersebut mencapai perkembangan ekonomi yang lebih cepat dan seterusnya meninggikan pendapatan negara. Contoh yang baik ialah singapura, Malaysia dan Taiwan.Sebaliknya negara-negara yang menghadapi keadaan politik yang tidak stabil tidak akan dapat menggalakkan modal asing yang banyak. Ini adalah kerana pelabur-pelabur asing akan menghadapi risiko yang lebih tinggi jika melabur di negara-negara tersebut. Sebagai contoh Afrika dan Vietnam yang mempunyai suasana politik yang tidak stabil mempunyai pendapatan negara yang sangat rendah malahan semakin merosot.
Tingkat pengkhususan dalam kegiatan ekonomi
Tingkat pendapatan negara sesebuah negara dapar ditingkatkan dengan meninggikan tingkat produktiviti pekerja. Untuk mencapai tingkat produktiviti yang lebih tinggi, kegiatan-kegiatan ekonomi harus melaksanakan pengkhususan dalam proses pengeluaran. Ini adalah kerana pengkhususun membolehkan kenaikan tingkat produktiviti setiap pekerja. Oleh sebab itu semakin banyak pengkhususan dilaksanakan dalam kegiatan ekonomi, semakin tingginya produktiviti pekerja. Kesan akhirnya ialah kenaikan keluaran negara dan pendapatan negara.
13.3 Kegunaan Data pendapatan Negara
Kebanyakan negara di dunia mengumpul data-data pendapatan negara masing-masing untuk beberapa tujuan utama. Di antaranya :
Mengukur jumlah keluaran sektor-sektor ekonomi dalam keluaran negara.
Pengiaran pendapatan negara mengikut kaedah keluaran membolehkan setiap negara mengukur sumbangan setiap sektor perkilangan kepada KNK . Dengan adanya data-data ini kerajaan sesebuah negara dapat menilai dasar-dasar yang dijalankan dan mengenakan dasar-dasar baru untuk memperbaiki sektor-sektor ekonomi yang kurang memuaskan.
Mengukur kadar pertumbuhan KNK sesebuah ekonomi.
Data-data pendapatan negara yang dikumpulkan menerusi masa membolehkan sesebuah negara membuat perbandingan dalam kadar pertumbuhan KNK bagi tiap-tiap tahun. Sungguhpun data-data pendapatan negara adalah dipengaruhi oleh tingkat indeks harga, kerajaan boleh menggunakan data-data tersebut dengan mengambil kira pengaruh tingkat harga atas keluaran negara. Dengan perkataan lain, kerajaan boleh menggunakan pendapatan negara benar untuk mengukur kadar pertumbuhan KNK negara.
Mengukur taraf hidup umum sesebuah negara
Sungguhpun pendapatan perkapita bukan pengukur taraf hidup umum yang baik tetapi ia masih dapat digunakan bersama-sama dengan data -data yang lain untuk menunjukkan taraf hidup umum sesebuah negara. Oleh iti, data-data pendapatan negara masih banyak untuk mengukur taraf hidup umum sesebuah negara.
Membuat perancangan ekonomi
Data-data pendapatan negara memberi maklumat yang sangat penting bagi sesebuah negara untuk membuat perancangan ekonomi bagi jangka panjang. Maklumat-maklumat seperti jumlah pelaburan , tabungan, penggunaan dan keluaran sektor-sektor ekonomi yang diperolahi dari data-data pendapatan negara membolehkan agensi-agensi dan kekenterian-kementerian kerajaan membuat dasar-dasar penting bagi perkembangan ekonomi jangka panjang.
PENILAIAN KENDIRI
ANDA HAMPIR MENUJU KE ARAH KEJAYAAN. UNTUK MEMASTIKAN MATLAMAT ANDA TERCAPAI SILA JAWAB SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.
SILA BERHUBUNG DENGAN PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.
RUJUK KEPADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
SELAMAT MENCUBA
BAHAGIAN 1 : SOALAN ANEKA PILIHAN
1.Yang manakah di antara berikut bukan kegunaan data pendapatan negara ?
A. Mengukur jumlah keluaran sector-sektor ekonomi dalam keluaran negara
- Mengukur kadar pertumbuhan KNK sesebuah ekonomi
- Mengukur taraf hidup umum sesebuah negara
- Membuat perancangan ekonomi
- Membuat perbezaan dalam mentaksir butir-butir dalam pengiraan pendapatan negara
2. .Perbandingan pendapatan negara melalui masa mengambil kira beberapa perkara kecuali,
- Perubahan dalam tingkat harga umum
- Perubahan dalam kualiti barang dan perkhidmatan
- Perubahan dalam pengagihan pendapatan
- Perubahan dalam jumlah dan komposisi penduduk
- Perubahan turun naik dalam kadar pertukaran asing
3.Di anatara yang berikut yang manakah merupakan masalah dalam mengira pendapatan negara
A.Masalah mengumpul maklumat
B.Masalah dalam tingkat pengkhususan
C.Masalah pengetahuan teknik dan teknologi maden
D.Masalah kepunyaan factor-faktor pengeluaran sesebuah negara
E.Masalah suasana politik yang tidak baik
BAHAGIAN 11 : SOALAN ESEI
- Senaraikan factor-faktor yang mempengaruhi pendapatan negara sesebuah negara.
- Apakah masalah-masalah dalam mengira pendapatan negara ?
MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI
BAHAGIAN 1 : SOALAN ANEKA PILIHAN
1.E
2. E
- A
BAHAGIAN 11 : SOALAN ESEI
1..Di antara factor-faktor yang mempengaruhi pendapatan negara ialah :
a.Kepunyaan factor-faktor pengeluaran sesebuah negara
b.Penggunaan pengetahuan teknik dan teknologi maden
c. Suasana politik yang baik
d. Tingkat pengkhusususan dalam kegiatan ekonomi
2..Di antara masalah dalam mengira pendapatan negara ialah :
- Masalah mengumpul maklumat
- Masalah kegiatan produktif yang tidak boleh dikira dalam pendapatan negara
- Masalah kegiatan yang tidak dibayar dalam bentuk wang
- Masalah pengiraan dua kali
- Masalah pembayaran kerajaan yang berbentuk bayaran pindaan
- Masalah kenaikan harga dan perubahan kualiti barang.
- Masalah menentukan susutnilai