UNIT 4
ISU-ISU MORAL SEMASA ( DUNIA)
OBJEKTIF AM
Mengetahui isu-isu moral semasa yang berlaku di dunia , faktor-faktor dan juga langkah-langkah penyelesaiannya
4
Unit
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit anda dapat :
- menyatakan kesan-kesan peperangan kepada manusia dan alam
- mengenalpasti isu-isu moral pendatang asing dan cadangan langkah-langkah penyelesaian
- menerangkan tentang konsep globalisasi dan kesannya kepada dunia.
PENGENALAN
Dunia pada hari ini berhadapan dengan berbagai-bagai isu yang boleh menggugat dan mengancam populasinya. Isu-isu seperti peperangan kimia dan biologi dan perlumbaan senjata di kalangan negara-negara berteknologi tinggi terutamanya boleh mengancam alam buana ini. Di sesetengah negara, terutamanya negara-negara dunia ketiga, isu pendatang asing menjadi antara permasalahan utama. Kebanjiran mereka telah mengundang berbagai-bagai masalah dari sudut soaial, ekonomi dan politik. Globalisasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan juga telah mengundang berbagai-bagai isu yang menggugat kestabilan umat manusia. Apabila teknologi disalahguna , maka kehancuran yang bakal menanti.
4.1 PEPERANGAN
INPUT
Menurut Kamus Dewan, istilah ‘perang ‘ bermaksud perkelahian , pertempuran dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri . Peperangan biasanya menggunakan peralatan dan senjata yang bertujuan untuk membunuh atau mematikan pihak yang satu lagi. Peralatan peperangan ini semakin canggih dari hari ke hari selaras dengan kemajuan sains dan teknologi. Berbagai-bagai bentuk senjata dicipta yang menggunakan tenaga nuklear, biologi dan kimia yang boleh mendatangkan kemusnahan yang besar kepada nyawa manusia dan alam ini. Sebagai contoh, pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Ke Dua telah mengorbankan banyak jiwa dan mendatangkan kesan yang amat teruk kepada persekitaran hinggalah ke hari ini.
4.1.1 BENTUK-BENTUK PEPERANGAN
Terdapat beberapa bentuk peperangan di dunia ini iaitu :
- Perang Kimia & Biologi – peperangan yang menggunakan bahan kimia dan biologi untuk dijadikan senjata atau menghasilkan senjata.
- Perang Saraf – bentuk peperangan tanpa berlaku pertempuran ,hanya di peringkat gertak-menggertak antara satu sama lain dalam usaha untuk melemahkan moral pihak musuh .
- Perang Ekonomi – permusuhan atau persengketaan yang melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi seperti penyekatan eksport dan import barangan dengan tujuan hendak menghancurkan pihak musuh.
- Perlumbaan Senjata – merujuk kepada sikap menghasilkan senjata canggih dan dibuktikan kecanggihannya melalui ujian-ujian tertentu bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya kepada pihak lain.
Peperangan-peperangan ini walaupun ada yang tidak mengakibatkan kemusnahan jiwa , ianya tetap memberi kesan yang negatif kepada alam ini dari segi ekonomi, hubungan persaudaraan dan sebagainya.
Tahukah anda faktor-faktor berlakunya peperangan …….
4.1.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKU PEPERANGAN
Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya peperangan di antara negara- negara di dunia ini. Secara ringkas ianya boleh disimpulkan seperti berikut:
- Keinginan untuk menjadi sebuah negara yang kuat digeruni dan mahu dunia tunduk di bawah telunjuknya
- Permusuhan antara agama, kaum dan bangsa
- Memenuhi keperluan dalam negara seperti memperolehi bahan-bahan mentah
- Ingin menjadi jaguh dan polis antarabangsa
- Cemburu dan irihati dengan persenjataan canggih negara-negara lain.
4.1.3 KESAN-KESAN PEPERANGAN
Peperangan banyak mendatangkan kesan negatif kepada alam dan manusia antaranya.........
Kesan-kesan Peperangan Terhadap Manusia dan Alam :
Kesan Peperangan Terhadap Manusia
- Manusia yang tidak terlibat akan kehilangan nyawa
- Mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser, kecacatan keturunan akibat radiasi
- Kebuluran, kemiskinan,kelaparan,kematian dan kecederaan global menyerang umat manusia
- Pelarian perang akan tersebar di merata-rata dunia
- Kehidupan manusia menjadu huru-hara dan tiada lagi keamanan
Kesan Peperangan Terhadap Alam
- Memusnahkan tumbuhan, haiwan dan sistem alam
- Berlaku perubahan iklim,ekosistem dan kerosakan sistem cakerawala alam ke arah kemusnahan
- Lapisan ozon dan atmosfera akan menjadi nipis yang menyebabkan suhu dunia bertambah panas
- Kebakaran hutan secara besar-besaran
- Ruang udara tercemar dengan partikel-pertikel yang beracun
4.1.3 LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA
Di sini marilah kita sama-sama memikirkan langkah-langkah untuk mencegah dan mengawasi isu peperangan ini demi kebaikan bersama dan keamanan sejagat………
Cadangan-cadangan :
- Undang-undang persenjataan Global hendaklah digubal dan mengenepikan kepentingan mana-mana pihak
- PBB sebagai badan bertanggungjawab dalam urusan global perlu menubuhkan badan pengawasan tertinggi untuk mengawas dan menghakimi jenayah perang dan senjata tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.
- Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan bencikan peperangan diperingkat kanak-kanak dan orangramai melaui program-program tertentu
- Media massa perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha menyedarkan rakyat tentang kesan-kesan buruk peperangan
Cadangan Langkah-langkah pencegahan dan pengawasan peperangan :
AKTIVITI 4 A
4.1. Secara amnya, peperangan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk antaranya
ialah :
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4.2. Nyatakan 3 faktor yang boleh menyebabkan berlakunya peperangan .
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4.3. Berikan tiga kesan peperangan terhadap kehidupan manusia
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4. 4. Apakah cadangan-cadangan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi dari
berlakunya peperangan
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
MAKLUMBALAS AKTIVITI 4 A
4.1 Tiga bentuk peperangan secara umum :
- Perang Kimia dan Biologi
- Perang Saraf
- Perang Ekonomi
4.2. Tiga faktor berlakunya peperangan :
- Keinginan untuk menjadi sebuah negara yang kuat dan digeruni serta mahu dunia tunduk di bawah telunjuknya
- Permusuhan antara agama, kaum dan bangsa
- Memenuhi keperluan dalam negara seperti memperolehi bahan-bahan mentah.
4.3. Kesan peperangan terhadap kehidupan manusia :
- Manusia yang tidak terlibat akan kehilangan nyawa
- Mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser, kecacatan keturunan akibat radiasi
- Kebuluran, kemiskinan,kelaparan,kematian dan kecederaan global menyerang umat manusia.
4.4. Cadangan langkah untuk mengatasi berlakunya peperangan :
- Undang-undang persenjataan Global hendaklah digubal dan mengenepikan kepentingan mana-mana pihak
- PBB sebagai badan bertanggungjawab dalam urusan global perlu menubuhkan badan pengawasan tertinggi untuk mengawas dan menghakimi jenayah perang dan senjata tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.
- Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan bencikan peperangan diperingkat kanak-kanak dan orangramai melaui program-program tertentu
4.2 ISU-ISU MORAL PENDATANG ASING
INPUT
PENGENALAN
Pendatang asing ialah orang mendatang iaitu orang asing yang datang atau memasuki sesebuah negeri yang lain secara sah atau tidak sah ( pendatang haram ). Di Malaysia kebanjiran pendatang asing terutamanya di sektor pembinaan dan perindustrian bermula sekitar tahun 1970-an. Selain implikasi demografi yang jelas, penghijrahan ini mempunyai kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan hubungan antarabangsa. Pada dasarnya penghijrahan ini dilihat sebagai satu proses yang membawa faedah ekonomi bersama atau sebagai suatu masalah ekonomi dan perubahan sosial kepada kedua-dua negara. Sejauh mana keadaan ini tercapai adalah bergantung kepada cara dan jenis penghijrahan, status buruh asing dari segi undang-undang dan juga tempoh tinggal di negara terbabit.
Buruh asing yang terdapat di negara kita sekarang boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :
- Golongan bukan warganegara Malaysia yang telah menetap di sini serta mempunyai kad pengenalan warna merah. Mereka ini terdiri daripada berbagai-bagai keturunan dari berbagai-bagi negara seperti Indonesia, Thailand, Myanmar, Bangladesh ,India dan lain-lain. Di bawah Akta Sekatan Kerja 1968, mereka tidak dibenarkan bekerja makan gaji melainkan mempunyai permit kerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Buruh. Undang-undang yang membenarkan mereka ini mendapat pas kerja adalah tertakluk kepada alasan-alasan tertentu.
- Golongan bukan warganegara yang masuk ke negara ini dengan menggunakan pasport yang sah. Golongan ini dibenarkan bekerja dalam jangka masa tertentu ( dua tahun ) dalam bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tidak ada pada pekerja tempatan. Apabila habis tempoh , pas atau permit mereka tidak akan disambung kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.
- Buruh asing yang masuk secara haram dan kebanyakan mereka bekerja di sektor perladangan, perindustrian dan pembinaan.
4.2.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENDATANG ASING DATANG BEKERJA DI MALAYSIA
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pendatang asing terutamanya dari negara jiran berminat untuk datang bekerja di Malaysia iaitu :
- Pendapatan yang tinggi
- Peluang pekerjaan yang banyak – rakyat Malaysia terlalu memilih pekerjaan
- Sistem politik yang stabil dan ekonomi yang berkembang
- Budaya dan kehidupan sosial yang lebih dekat kepada negara asal mereka
- Persisiran pantai yang panjang dan luas – mudah untuk menyusup masuk
- Undang –undang yang tidak ketat – hanya dihantar balik ke negara asal.
Di samping itu, terdapat pula faktor pendorong ( penolak ) dari negara asal mereka seperti :
- Keadaan politik yang tidak stabil
- Ekonomi yang tidak berkembang dan kadar pengangguran yang tinggi
- Peluang pekerjaan yang terdapat di negara mereka adalah rendah
- Kemudahan untuk datang secara haram ke Malaysia melalui orang tengah.
Apakah kesan kedatangan pendatang asing ke negara kita ….. Bincangkan ?
4.2.2 KESAN KEDATANGAN PENDATANG ASING
Hakikatnya, kedatangan pendatang asing ke negara ini memberikan kesan-kesan yang positif dan negatif kepada kita antaranya :
Menyelesaikan masalah kekurangan pekerja
Menjayakan projek-projek mega (KLIA, Bakun)
Kesan Positif
Membantu pembangunan negara
Kesan Dari Segi Sosial :
- Masalah pengangguran rakyat
- Mewujudkan pelbagai kegiatan tidak sihat
- Merebaknya pelbagai jenis penyakit seperti Aids, batuk kering hepatitis B.
- Penduduk tempatan kehilangan hak-hak tertentu
Kesan-kesan Negatif Pendatang Asing.
Kesan Dari Segi Ekonomi :
- Pengaliran wang keluar negara
- Kejatuhan upah buruh negara – persaingan akan menyebabkan kadar upah pekerja tempatan menjadi rendah
- Beban ekonomi kepada negara – kerajaan terpaksa menyediakan tempat perlindungan dan lain-lain.
Kesan Dari Segi Politik :
- Boleh mengakibatkan krisis antara kedua-dua negara terbabit
- Kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang khusus untuk pembiayaan pendatang asing
- LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
4.2.3 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU PENDATANG ASING
Langkah-langkah Mengatasi Isu Pendatang Asing :
- Menyekat kemasukan pendatang asing dari persisiran pantai
- Menetapkan cukai yang sewajarnya supaya pendatang asing tidak menggunakan kemudahan awam tanpa bayaran dan mengambil hak asasi rakyat Malaysia
- Mengetatkan undang-undang kemasukan pendatang
- Mengenakan hukuman yang berat ke atas pendatang yang melakukan jenayah
Untuk menguji kefahaman anda, sila lakukan aktiviti berikut
AKTIVITI 4 B
4.5. Mengapakah pendatang asing berminat untuk datang bekerja di Malaysia?
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4.6. Apakah kesan-kesan positif kedatangan pendatang asing ke Malaysia ?
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4.7. Berikan tiga contoh negara asal pendatang asing yang berada di Malaysia ?
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
4.8. Apakah kesan negatif terhadap perkembangan ekonomi apabila kebanjiran
pendatang asing tidak dikawal dengan baik ?
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
MAKLUMBALAS AKTIVITI 4 B
4.5. Pendatang asing berminat untuk datang bekerja di Malaysia kerana :
- Pendapatan yang lumayan
- Peluang pekerjaan yang banyak
- Sistem politik yang stabil dan ekonomi yang berkembang pesat
4.6. Kesan-kesan positif kedatangan pendatang asing ke Malaysia :
1.Membantu pembangunan negara kita
2. Menyelesaikan masalah kekurangan pekerja
3. Menjayakan projek-projek mega kerajaan seperti KLIA, Menara berkembar
dll.
4.7. Contoh negara asal pendatang asing yang sedang berada di Malaysia :
Indonesia, Thailand, dan Bangladesh
4.8. Kesan dari segi ekonomi :
- Pengaliran wang keluar negara
- Kejatuhan upah buruh negara – persaingan akan menyebabkan kadar upah pekerja tempatan menjadi rendah
- Beban ekonomi kepada negara – kerajaan terpaksa menyediakan tempat perlindungan dan lain-lain.
PENILAIAN KENDIRI
UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.
Soalan Satu :
1. Tindakan pihak pentadbiran Amerika Syarikat mengishtiharkan perang ke atas Iraq baru-baru ini tanpa mendapat kebenaran dunia khususnya PBB telah mendapat tentangan dari serata penduduk dunia. Ini adalah kerana peperangan boleh mengakibatkan banyak jiwa yang tidak berdosa akan terkorban. Di samping itu terdapat berbagai-bagai lagi kesan negatif peperangan. Sebagai seorang pelajar yang prihatin, cadangkan beberapa langkah yang boleh mengelak perkara ini dari berlaku lagi.
Soalan Dua
2. Kedatangan pendatang asing ke negara telah mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada kerajaan. Bincangkan implikasi kedatangan pendatang asing dari aspek sosial dan ekonomi .
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
1. Cadangan langkah-langkah untuk mengelakkan peperangan :
- Undang-undang persenjataan global hendaklah digubal dan mengenepikan kepentingan mana-mana pihak.
- PBB sebagai badan bertanggungjawab dalam urusan global perlu menubuhkan badan pengawasan tertinggi untuk mengawas dan menghakimi jenayah perang dan senjata tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.
- Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan bencikan peperangan diperingkat kanak-kanak dan orangramai melaui program-program tertentu
- Media massa perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha menyedarkan rakyat tentang kesan-kesan buruk peperangan
2. Implikasi kedatangan asing :
Dari segi sosial :
- Masalah pengangguran rakyat
- Mewujudkan pelbagai kegiatan tidak sihat
- Merebaknya pelbagai jenis penyakit seperti Aids, batuk kering hepatitis B.
- Penduduk tempatan kehilangan hak-hak tertentu
Dari segi ekonomi :
- Pengaliran wang keluar negara
- Kejatuhan upah buruh negara – persaingan akan menyebabkan kadar upah pekerja tempatan menjadi rendah
- Beban ekonomi kepada negara – kerajaan terpaksa menyediakan tempat perlindungan dll.