UNIT 5
ETIKA KEPROFESIONALISME
5
Unit
OBJEKTIF AM
Memahami dan menghayati isu-isu moral dalam profesyen yang akan diceburi.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit anda dapat :
- menyatakan kod-kod etika keprofesionalan
- mengetahui kepentingan kod etika dalam dunia profesion
5.1 KOD ETIKA
INPUT
PENGENALAN
Pengertian etika menurut Kamus Dewan ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu, kumpulan, persatuan dan pekerjaan. Etika juga boleh di definisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu samada baik ataupun buruk. Etika dalam erti kata lain adalah mematuhi nilai moral. Kesimpulanya etika ialah satu kod peraturan (susunan undang-undang) yang bertujuan untuk mengatur dan memberi panduan tingkahlaku kepada individu, kumpulan atau sasaranya dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Etika keprofesionalan (kerjaya) bermaksud satu set peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan yang mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang bertujuan untuk memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat sasarannya. Contohnya Kod etika dalam bidang kehakiman, kedoktoran, pendidikan dan sebagainya.
5.1.1 KOD ETIKA KEDOKTORAN
Persatuan Perubatan Dunia telah menjadikan Deklarasi Geneva pada tahun 1947 sebagai etika dalam bidang perubatan iaitu :
- Doktor berikrar dengan sesungguhnya untuk mendidikasikan hidupnya untuk perkhidmatan kemanusiaan
- Doktor akan memberikan penghormatan kepada guru dan rasa terhutang budi kepada mereka.
- Doktor akan melaksanakan professionnya dengan ikhlas dan berintegrasi.
- Kesihatan pesakit adalah keutamaan.
- Doktor akan memelihara rahsia yang diamanahkan
- Doktor akan mengekalkan sedaya upaya dalam kekuasaan integriti dan tradisi professional perubatan
- Sahabat adalah saudara
- Doktor tidak akan membenarkan pertimbangan agama, kerakyatan, keturunan, parti politik atau kedudukan sosial mempengaruhi tanggungjawab terhadap pesakit.
- Doktor akan mengekalkan integriti kehidupan manusia sejak awal walaupun di bawah ancaman dan tidak akan menggunakan pengetahuan peribatan bertentangan dengan undang-undang kemanusian.
- Doktor melakukan janji ini dengan penuh ikhlas, bebas dan integriti.
Hasil Deklarasi Geneva pada tahun1947 tersebut akhirnya dijadikan sebagai asas kepada penggubalan kod etika perubatan dunia. Sebanyak enam kod etika perubatan yang diteripakai secara menyeluruh dalam bidang perubatan iaitu :
- Seorang doktor mestilah mengekalkan standard (tahap pencapaian) yang tinggi dalam tingkah laku profesional
- Seseorang doktor mestilah melaksanakan profesionalnya tanpa dipengaruhi oleh motif untuk mencari untung
- Berikut ini dikira sebagai tindakan beretika:
- Sebarang iklan peribadi kecuali yang diluluskan oleh kod etika
- Perubatan kebangsaan bersubahat dengan sebarang bentuk perkhidmatan perubatan di mana doktor tidak mempunyai kebebasan profesionalnya.
- Menerima sebarang wang yang dikenakan kepada pesakit selain dari bayaran profesional perubatan yang sebenarnya walaupun dengan pengetahuan pesakit
- Sebarang tindakan atau nasihat yang boleh melemahkan rangsangan fizikal dan mental manusia hanya boleh dilakukan untuk kepentingan pesakit.
- Seorang doktor dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan penemuan baru atau teknik-teknik rawatan baru.
- Seorang doktor diberikan kebenaran atau kuasa terhadap bidang kepakaran sahaja.
Etika Tanggungjawab Doktor Kepada Pesakit
- Seorang doktor mestilah sentiasa mempunyai sikap untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
- Seorang doktor mestilah mendedikasikan sepenuh tumpuan dan segala sumber ilmu pengetahuannya kepada pesakitnya. Apabila penghuraian atau rawatan diluar batas keupayaannya, ia mesti cuba mendapatkan bantuan perkhidmatan doktor yang memiliki keupayaan yang diperlukan.
- Seorang doktor mestilah memelihara sepenuhnya kerahsiaan semua perkara yang ia tahu berkaitan pesakitnya kerana kepercayaan yang di berikan kepadanya.
- Seorang doktor mestilah memberikan perhatian kecemasan sebagai tanggungjawab kemanusiaan kecuali ia yakin orang lain mahu dan boleh melakukannya.
Etika Tanggungjawab Doktor Sesama Doktor
- Seorang doktor berkewajiban melayani rakan sejawatnya sepertimana ia mengharapkan layanan yang sama dari orang lain
- Seorang doktor tidak boleh mengambil pesakit dari rakan-rakannya.
- Seorang doktor mestilah mematuhi prinsip Deklarasi Geneva.
5.1.2 KOD ETIKA PERGURUAN
Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membimbing pelajar untuk mencapai kemajuan sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Bagi menjamin matlamat tersebut tercapai para guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, mereka perlu mematuhi kod etika perguruan yang telah ditetapkan. Kod etika perguruan dirumuskan kepada empat perkara perkara pokok iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
A. Tanggungjawab Terhadap Pelajar
- Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami dari hal-hal lain.
- Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
- Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai pelajar, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
- Membimbing atau mengajar seoarang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran – mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
- Menunjukkan sesuatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar
- Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setingginya.
B. Tanggungjawab Terhadap ibu bapa
- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga
- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak membocorkannya kepada sesiapa, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya
- Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
C. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
- Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan rukun negara.
- Memupuk setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
- Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
- Memberi sumbangan yang cergas untuk meninggikan kehidupan moral kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat.
- Berpegang kepada tingkah laku bersopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
D. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan
- Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seoarang guru.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
- Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan iktisas dan sosial.
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami, terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan
- Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
- Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
Berdasarkan kepada kod etika perguruan yang telah disenaraikan tadi menunjukkan kepada kita betapa prihatinnya pihak-pihak yang terlibat untuk menjamin masa depan profesion perguruan berada pada tahap yang sepatutnya. Ukuran kejayaan seorang guru bukanlah hanya sekadar berjaya dalam pengajaranya tetapi haruslah juga mempunyai sahsiah yang mulia agar guru sentiasa dihormati oleh pelajar secara khususnya dan masyarakat amnya.
5.1.3 KOD ETIKA PERBANKAN / PERNIAGAAN
Bank merupakan sebuah institusi keewangan yang menjalankan operasinya berasaskan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapakan. Walaupun sesebuah bank bertaraf swasta dan mempunyai matlamat untuk mendapatkan keuntungan dalam operasinya, dimasa yang sama bank-bank tersebut terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan yang bertujuan untuk memastikan tidak berlakunya unsur-unsur penipuan dan penindasan kepada pelanggannya. Kod etika bank yang telah dibentuk adalah merangkumi :
- Kejujuran
- Keadilan
- Kerahsiaan
- Integriti
Etika Bank Elak Konflik Kepentingan
Sebagai jaminan supaya tidak berlakunya konflik kepentingan individu, kakitangan bank terikat dengan beberapa kod etika dalam menajalankan tugas mereka iaitu :
- Kakitangan bank tidak boleh berurusan dengan pelanggan yang mempunyai kepentingan samada sebagai pemilik tunggal, secara kongsi, pemilik saham, memberi pinjaman atau orang yang berhutang. Jika hal ini berlaku, ia perlu dilaporkan serta merta kepada pegawai atasan.
- Kakitangan juga tidak dibenarkan mendakwa pihak pengurusan atau dilantik sebagai pendakwa, pentadbir atau pemegang amanah harta pelanggan. Melainkan mendapat kebenaran dari lembaga pengarah atau sebagainya.
- Kakitangan bank tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja luar selain daripada tugas rasmi institusi keewangan di tempat ia bekerja pejabat waktu pejabat kecuali mendapat kebenaran daripada majikan.
- Kakitangan bank juga tidak boleh menerima pemberian yang mahal seperti hadiah dari pelanggan dan pembekal. Namun hadiah sempena perayaan yang tidak mempunyai nilai komersial dibenarkan jika tidak mempengaruhi tugas kerja.
- Kakitangan bank tidak meminta atau memaksa pelanggan supaya memberinya hadiah. Ini bertentangan dengan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Jika disabit kesalahan, seseorang itu boleh didenda tidak lebih daripada RM 10 juta atau dipenjara selama 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kewartawanan merupakan satu bidang kerja yang penting kerana ianya berkaitan dengan penyebaran maklumat. Justeru, bagi pihak yang terlibat dalam bidang ini haruslah sentiasa memastikan mereka tidak tergelincir dari landasan sebenar sebagai seorang wartawan. Pengabaian terhadap etika kewartawanan akan berlakunya penyebaran berita palsu atau fitnah yang akhirnya akan merugikan banyak pihak dalam sesebuah negara dan akan menyebabkan nilai-nilai kemanan dan kesejahteraan tergugat. Sehubungan dengan itu beberapa etika kewartawanan telah ditetapkan bagi memastikan profesion kewartawanan sentiasa berada pada kedudukan yang sebenarnya iaitu :
- Laporan harus benar-benar bijak dan tepat supaya peristiwa yang dilaporkan memberi erti atau sumbangan kepada kehidupan manusia.
- Orang ramai harus diberi kesempatan untuk menyampaikan fikiran , ulasan atau teguran.
- Liputan luas harus diberi mengenai kegiatan yang boleh dijadikan contoh oleh satu golongan dari hal golongan lain dalam masyarakat.
- Laporan harus meliputi tindak tanduk manusia yang boleh dihargai atau di teladani samada yang kebaikan atau keburukan dengan kesan dan akinatnya.
- Laporan luas patut dibuat tentang kwjayaan usaha manusia, hasil ciptaan atau kebijaksanaanya dari semasa kesemasa.
- Menghormati kebenaran dan hak orang ramai untuk membaca laporan yang benar
- Mempertahankan dua prinsip penting : kebebasan mencari dan mencetak laporan secara jujur dan hak mengulas dan menegur secara adil
- Laporan dibuat harus berdasarkan fakta-fakta yang jelas dari sumber yang jelas dan sah.
- Cara yang digunakan untuk mendapat berita, gambar dan dokumen penting hendaklah secara jujur dan adil.
- Setiap wartawan hendaklah sanggup menyiarkan kembali kenyataan yang benar jika kesilapan berlaku dalam laporan pertama.
- Berita yang didapati “persetujuan mendedahkan sumbernya” hendaklah dipelihara dengan teguh.
- Elakan kesalahan besar dengan sengaja termasuk plagiarisme, fitnah, umpat, tohmah, caci, tuduhan tanpa asas, rasuah dalam bentuk apa sekalipun dengan dorongan supaya dicetak atau disembunyikan sesuatu.
- Tindak-tanduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman untuk mempengaruhi keputusan terhadap laporan, cerita atau alasan yang difikirkan penting dan patut diketahui umum.
Untuk memastikan anda faham tajuk ini, sila lakukan aktiviti berikut …………….
AKTIVITI 5 A
Jawab soalan-soalan berikut :
5.1 Etika Keprofesionalisme bermaksud ___________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5.2 Senaraikan EMPAT profesion yang mempunyai etika profesionalnya yang tersendiri
1.___________________________ 3.______________________________
2.___________________________ 4.______________________________
5.3 Mengapakah Etika Profesionalisme itu penting kepada sesuatu profesion ?
Bolehkah anda menjawab soalan-soalan tadi… kalau tak boleh anda perlu membuat ulangkaji yang lebih …. OK mari kita semak jawapan anda…
MAKLUMBALAS AKTIVITI 5 A
5.1 Etika Profesionalisme bermaksud satu set peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan yang mempunyai hubungkait dengan satu-satu bidang kerjaya yang bertujuan untuk memastikan setiap bidang kerjaya tersebut mencapai matlamat sasarannya
5.2 EMPAT profesion yang mempunyai Etika Profesional:
1. Wartawan
2. Doktor
3. Guru
4. Perbankan
5.3 Etika Keprofesionalan penting kerana :
1. Menjadi garispanduan kepada sesuatu profesion
2. Untuk mencapai matlamat dan sasaran dalam kerjaya
3. Memastikan sesuatu profesion itu dihormati
4. Mengelakkan sebarang pertindihan kepentingan
5. Menjadikan sesuatu profesion itu “ baik ” dari perspektif moral
5.2 BUDAYA KERJA NEGATIF
Dalam suasana kerja yang semakin maju dan kompleks, kita akan dapati bahawa untuk berjaya dalam sesuatu kerja, seseorang itu memerlukan lebih daripada sekadar rajin dan tekun bekerja serta berdedikasi walaupun kita tidak dapat menafikan kepentingan kualiti-kualiti tersebut. Budaya seperti inilah yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah organisasi. Sebaliknya, terdapat juga budaya kerja negatif yang boleh menyekat kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Antara contoh budaya kerja negatif yang berlaku di pejabat-pejabat dan organisasi-organisasi ialah politik pejabat ( Office –Politics ), lompat kerja, budaya kiasu serta kronisme dan nepotisme.
5.2.1 OFFICE POLITICS ( POLITIK PEJABAT )
Mengikut pakar pengurusan, politik pejabat atau politik tempat kerja dimaksudkan sebagai memburu minat sendiri apabila menghadapi suatu tentangan yang nyata ataupun yang dibayangkan. Pada masa yang sama, politik juga tidak semestinya berupa penyimpangan , berunsur penipuan ataupun ketidakikhlasan. Pendek kata aktiviti politik pasti akan wujud dalam setiap proses pengurusan. Ada berbagai-bagai cara dan taktik yang akan digunakan oleh pekerja-pekerja “politikus” ini dalam mendapatkan cita-citanya. Antaranya ialah :
- Cuba menaikkan kedudukan dan reputasinya dengan mengumpan situasi yang boleh mendatangkan kehormatan atau nama baik dan tanggapan yang positif terhadap dirinya – contohnya mengaku atau menerima kehormatan atau kepujian bagi kerja-kerja yang dibuat oleh pekerja lain.
- Memuji secara berlebihan terhadap seseorang yang mempunyai kuasa untuk menentukan perkembangan kerjayanya pada masa hadapan.
- Taktik politik dua hala iaitu dengan menolong seseorang itu agar ia diyakini oleh pekerjanya ataupun ia menolong menutup atau mengelakkan seseorang yang telah melakukan kesilapan itu dari mendapat malu di khalyak pekerja lain.
- Cuba mewujudkan suasana berpuak-puak di mana satu puak mempunyai kuasa yang lebih daripada yang lain.
- Menjatuhkan nama baik dan maruah individu lain.
Budaya politik pejabat yang tidak sihat ini boleh mendatangkan kesan-kesan negatif kepada sesebuah organisasi , antaranya ialah :
- Mengganggu keberkesanan dan produktiviti organisasi apabila kehendak sendiri diutamakan berbanding kehendak organisasi.
- Boleh melumpuhkan seseorang pekerja itu untuk maju ke hadapan
- Mewujudkan budaya kerja yang tidak ikhlas
- Melemahkan kepercayaan antara satu sama lain
5.2.2 LOMPAT KERJA
Lompat kerja ialah suatu tindakan seseorang yang suka melakukan perpindahan kerja dari satu tempat kerja ke tempat yang lain. Ia sudah dianggap sebagai satu kebiasaan di dalam dunia pekerjaan pada hari ini. Perbuatan ini adalah didorong oleh beberapa faktor antaranya :
- Keinginan untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan
- Pengaruh rakan sebaya
- Kerja yang tidak sesuai dengan kebolehan diri
- Menambah pengalaman sedia ada
- Terdapat masalah dalaman yang berlaku di dalam sesebuah organisasi
Kesan daripada isu lompat kerja ini ialah sesebuah organisasi itu akan kehilangan tenaga-tenaga pakar dan profesional dan seterusnya akan mengganggu kelancaran organisasi tersebut. Tindakan mereka ini juga akan mendorong pekerja-pekerja lain untuk mengamalkan budaya lompat kerja ini.
5.2.3 KRONISME DAN NEPOTISME
Istilah “Kronisme” diambil dari perkataan Inggeris “ crony ” yang membawa maksud konco , sahabat ,teman atau kakitangan. Nepotisme juga berasal dari perkataan Inggeris “nepotism” yang bermaksud pilih keluarga atau yang ada hubungan persaudaraan. Budaya Kronisme dan Nepotisme boleh diertikan sebagai mengutamakan sahabat handai, “klik”, ahli keluarga atau yang mempunyai talian persaudaraan dalam sesuatu urusan dan pekerjaan yang hendak dilakukan. Antara punca amalan kronisme dan nepotisme ini berlaku ialah kerana hendak menjaga hubungan persahabatan atau persaudaraan yang telah sedia terjalin. Pihak pengurusan sudah semestinya bimbang akan perkara ini kerana ia kadangkala boleh memutuskan hubungan tersebut. Kesan daripada budaya ini ialah sesuatu pekerjaan itu tidak dapat dilakukan dengan cemerlang kerana kriteria utama dalam pemilihannya ialah kerana ada hubungan persahabatan atau persaudaraan dengan pihak pengurusan. Orang-orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut akan diabaikan kerana budaya negatif ini. Ini akan menyebabkan mereka akan hilang minat untuk memberikan sumbangan yang terbaik dalam organisasi tersebut. Selain daripada itu, budaya ini juga boleh melonggarkan hubungan antara staff atau kakitangan yang terbabit. Hasil kerja sesuatu organisasi juga akan terjejas sekiranya ia dilakukan oleh oleh orang-orang yang tidak berkelayakan.
5.2.4 BUDAYA KIASU
Budaya Kiasu bermaksud kegilaan atau kerakusan dalam mengejar kemewahan tanpa menghiraukan orang lain. Budaya ini mempunyai banyak perkaitan dengan sikap materialistik atau mementingkan kebendaan. Perlakuan ini adalah fitrah semulajadi manusia, namun ia akan berubah menjadi berbahaya jika tidak dikawal dan dibendung. Punca utama terjadinya budaya ini ialah kerana ingin menikmati kemewahan yang lebih. Dorongan nafsu yang kuat mendorong seseorang menindas dan menganiayai orang lain demi untuk mengejar kemewahan duniawi. Walaupun hati mengakui perbuatan itu salah namun akal tidak mampu untuk mengalahkan keinginan nafsu yang telah menguasai pemikiran individu tersebut. Contohnya, walaupun tahu berzina itu perbuatan terkutuk ,namun ia masih dilakukan demi untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup tanpa menghiraukan pertimbangan agama, moral dan masyarakat.
Kesan budaya kiasu ialah berlakunya penindasan ke atas hak orang lain. Ia juga boleh membawa kepada hubungan yang tidak sihat di kalangan ahli sesebuah organisasi. Selain itu, ia juga boleh melalaikan seseorang daripada tugasan utamanya kerana terlalu asyik mengejar kemewahan.
AKTIVITI 5 B
Jawab soalan-soalan berikut :
5.4 Berikan pengertian ringkas istilah-istilah berikut :
a) “Office Politics” ( Politik Pejabat )
b) Lompat Kerja
c) Budaya Kiasu
5.5 Bezakan antara Kronisme dan Nepotisme.
5.6 Berikan TIGA sebab mengapa seseorang itu mengamalkan budaya kiasu.
Mari kita semak jawapan anda…..
MAKLUMBALAS AKTIVITI 5 B
5.4 Pengertian istilah istilah :
a) Office Politics ialah satu bentuk etika kerja yang negatif seperti mengampu
majikan, memfitnah rakan-rakan, suka bermuka-muka atau berpura-pura di hadapan
ketua.
b) Lompat kerja ialah suatu tindakan seseorang yang suka melakukan perpindahan
kerja dari satu tempat kerja ke tempat yang lain.
c) Budaya Kiasu ialah kegilaan atau kerakusan dalam mengejar kemewahan tanpa
menghiraukan orang lain. Budaya ini mempunyai banyak perkaitan dengan sikap
materialistik atau mementingkan kebendaan
- Kronisme bermaksud mengutamakan sahabat handai dan konco-konco dalam
sesuatu
urusan atau pekerjaan yang hendak dilakukan manakala Nepotisme pula
mengutamakan ahli keluarga atau yang mempunyai hubungan persaudaraan .
5.6 Tiga sebab mengapa seseorang itu mengamalkan Budaya Kiasu :
a) Ingin menikmati kemewahan yang lebih
b) Dorongan nafsu yang kuat mengatasi pertimbangan akal
c) Kurang pegangan agama dan nilai-nilai moral
5.3 PERANAN INDIVIDU DALAM KERJAYA
Alam pekerjaan merupakan suatu alam yang mencabar seseorang. Seseorang pekerja itu perlu menguasai dan mendalami kemahiran-kemahiran tertentu sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Teori-teori yang diperolehi semasa menuntut di kolej atau universiti adalah tidak memadai jika tidak disertai dengan kemahiran-kemahiran untuk membolehkannya menjadi seorang pekerja yang cekap dan berjaya. Antara kemahiran –kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pekerja ialah hubungan atau interaksinya dengan pihak-pihak lain seperti majikan ( ketua ) , rakan sekerja dan juga pelanggan.
i. Hubungan Dengan Majikan
Hubungan yang baik dengan majikan adalah penting kerana mereka merupakan orang pertama yang akan dihubungi oleh seseorang pekerja apabila berhadapan dengan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pekerjaannya. Budaya menghormati majikan perlu diwujudkan supaya setiap arahan yang diberikan akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Selain itu, perjumpaan dengan ketua juga penting untuk mewujudkan komunikasi dua hala bagi mendapatkan maklumat-maklumat mutakhir organisasi.
ii. Hubungan Dengan Rakan Sekerja
Rakan sekerja merupakan orang yang sentiasa berada di sekeliling kita dalam menjalankan kerja-kerja kita seharian. Oleh itu, seseorang pekerja harus menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan sekerjanya . Jika wujud hubungan yang tidak baik di kalangan rakan sekerja, maka akan berlaku suasana tidak harmoni di tempat kerja. Kesannya, matlamat organisasi tersebut tidak akan dapat dicapai dengan sempurna. Oleh itu , sikap hasad dengki, ego , mementingkan diri sendiri dan tidak menghormati rakan sekerja perlu dikikis untuk kejayaan sesebuah organisasi.
iii.Hubungan Dengan Pelanggan
Setiap organisasi mempunyai piagam pelanggannya yang tersendiri yang berperanan untuk menentukan garis panduan ketika berurusan dengan pelanggan. Pelanggan amat penting kepada sesebuah organisasi kerana merekalah yang akan menentukan keberkesanan sesuatu projek atau produk yang dihasilkan . Oleh itu, seseorang pekerja yang berurusan dengan pelanggan perlu mematuhi piagam pelanggan yang telah ditetapkan untuk menjadikan organisasinya dihormati dan mendapat penghargaan pelanggan.
5.3.1 CIRI-CIRI PEKERJA YANG BAIK
Dalam menempuh alam pekerjaan di zaman ini, kita akan dapati bahawa untuk berjaya dalam pekerjaan, seseorang memerlukan lebih daripada sekadar rajin dan tekun bekerja dan berdedikasi walaupun tidak dapat dinafikan kepentingan kualiti-kualiti tersebut. Bagi seseorang pekerja yang ingin berjaya dan kreatif dalam kerjaya, beliau perlu menghadapi cabaran. Cabaran perlu untuk mendorong kita berusaha untuk mencapai hasil dalam masa yang ditentukan atau mencapai hasil yang baik dengan masa yang sedikit.
Perbezaan antara pekerja yang cekap dan berkesan ialah dari segi melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan . Kecekapan dalam kerja bermakna melaksanakan kerja dengan betul seperti yang dikehendaki manakala keberkesanan ialah melaksanakan kerja yang diberikan dengan tepat.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh seorang pekerja ialah objektif dan hasil sesuatu tugas itu. Perkara ini penting dalam kerja seharian kita , terutama sekali apabila kita menghadapi tekanan kerana terlalu banyak kerja yang perlu diuruskan. Sesuatu kerja akan menjadi kelam kabut dan tidak menentu apabila tiada panduan dari segi objektif dan hasil yang perlu diusahakan.
Di samping memberikan perhatian kepada objektif dan hasil kerja, pekerja juga harus melihat dan menilai kembali objektifnya sekerap yang mungkin. Ini disebabkan objektif dan hasil yang diharapkan oleh pihak pengurusan akan berubah-ubah mengikut keadaan. Pekerja yang bijak dan cekap selalunya produktif. Mereka tahu perkara yang penting dalam kerja mereka bukanlah bilangan kerja yang dapat mereka uruskan, tetapi yang menentukan kejayaan dan produktiviti dalam kerja ialah kerja yang dapat disiapkan dan yang boleh menunjukkan hasil.
5.4 JENAYAH KOLAR PUTIH
Dalam sesebuah masyarakat, baik di mana mereka berada, di Timur atau di Barat , kejadian jenayah adalah suatu perkara yang tidak boleh dielakkan. Jenis-jenis jenayah yang dilakukan oleh individu adalah berbeza-beza mengikut kaum, bangsa, status sosial, umur dan jantina. Dalam sesebuah masyarakat, jenayah bukan saja dilakukan oleh individu yang tidak berpelajaran atau berpendidikan, tetapi di kalangan pekerja yang berpendidikan tinggi pun jenayah tetap berlaku. Hanya jenayah yang mereka lakukan sahaja lebih canggih dan sukar dikesan.
Jenayah yang sering dilakukan oleh golongan berpendidikan tinggi, berpengaruh dan dihormati adalah jenayah yang dikenali sebagai “ Jenayah Kolar Putih “. Jenayah ini selalunya dilakukan untuk mengaut keuntungan peribadi. Antara contoh jenayah ini ialah seperti :
- Seorang eksekutif di sesebuah syarikat yang memberikan pinjaman kepada individu tertentu di mana beliau sendiri adalah rakan kongsi dalam perniagaan itu.
- Doktor yang melakukan pembedahan yang tidak perlu , hanya untuk mendapatkan wang.
- Ahli perniagaan yang dengan sengaja membesar-besarkan perbelanjaannya.
5.4.1 RASUAH
Antara bentuk-bentuk jenayah kolar putih yang sering berlaku (major ) di kalangan masyarakat kita ialah rasuah atau korupsi. Ia bermaksud suatu perbuatan atau tindakan seseorang atau kumpulan yang memberi atau menerima sesuatu bagi mendapatkan sesuatu keistimewaan. Rasuah yang salah di sisi undang-undang ialah perbuatan yang melanggar peraturan atau undang-undang. Rasuah boleh berlaku dalam banyak cara. Antara bentuk-bentuk rasuah ialah :
- Wang dan harta
- Kedudukan dan pengaruh
- Balasan,ganjaran, diskaun, komisen dan bonus
- Tawaran dan akujanji
- Perkhidmatan dan pertolongan
- Peluang dan kesempatan
- Kepentingan, keistimewaan dan hak milik
Tahukah anda bagaimana rasuah itu berlaku …….. Sebenarnya kita boleh mengkategorikan rasuah seperti berikut….
- KATEGORI RASUAH
Secara umumnya rasuah boleh dikategorikan seperti berikut :
Politik Wang
Rasuah
Pecah AmanahSalahguna Kuasa
Penipuan
Pecah amanah bermaksud seseorang yang menyalahgunakan kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya untuk kepentingan peribadinya ataupun orang lain yang ada hubungan dengannya. Contohnya seperti pegawai-pegawai yang sanggup melakukan bermacam-macam aktiviti yang tidak beretika kerana lebih mengutamakan arahan ketua daripada undang-undang kerajaan.
Penipuan bermaksud suatu perbuatan curang atau dalam bentuk kata-kata dusta dengan tujuan untuk memperdaya orang lain. Contohnya , seorang pegawai yang menipu ketuanya dengan tujuan untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan tertentu dalam organisasinya.
Salahguna kuasa pula bermaksud seseorang yang menggunakan kedudukan dan pangkat yang ada padanya untuk kepentingan peribadi. Perbuatan ini dilakukan oleh golongan yang mempunyai pangkat dan pengaruh dalam sesebuah organisasi. Contohnya, seseorang pegawai yang meluluskan kontrak kepada pihak-pihak tertentu dan menerima wang atau keistimewaan-keistimewaan tertentu sebagai balasannya.
Politik wang pula bermaksud pemberian sogokan ( rasuah ) dalam konteks politik dalam bentuk wang ringgit, lesen, tender, saham, kemudahan istimewa, jawatan, percutian dan sebagainya.
5.4.3 JENAYAH KOMPUTER
Pengetahuan terhadap penggunaan komputer bukan lagi satu perkara yang menghairankan dalam masyarakat kita. Sebaliknya sudah agak ketara sekarang bahawa kita sudah bergantung secara total terhadap komputer untuk terus hidup dalam masyarakat moden ini. Maka kewujudan komputer dalam bidang pekerjaan juga tidak dapat dinafikan. Jenayah komputer bermaksud sebarang perbuatan yang salah di sisi undang-undang dengan menggunakan sistem komputer seperti mencuri maklumat atau wang. Secara tidak langsung, jika tiada satu tindakan awal tidak digubal untuk mematahkan komplot jenayah komputer ini, ia boleh menjadi satu aktiviti yang utama pada masa akan datang. Bermacam-macam cerita pernah didengar tentang program yang tersilap dalam komputer. Contohnya seperti jumlah akaun simpanan wang yang bertukar jumlahnya dan ada kalanya hilang terus . Kadang-kadang memori komputer terhapus , bayaran yang telah dijelaskan timbul semula dan sebagainya. Jenayah komputer agak sukar untuk dikesan. Contohnya di Amerika, seorang teller wang yang telah menggelapkan wang sebanyak 1.5 juta , mengambil masa tiga tahun sebelum pihak pengurusan dapat mendedahkan kes itu.
Jenayah seperti ini sudah tentu dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sistem dan program komputer. Jenayah komputer boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk sama ada manipulasi, membuang, menukar , mengubahsuai atau merosakkan data dan maklumat dalam komputer. Komputer telah digunakan untuk melesap, memanipulasi, mencuri wang atau barang lain dan maklumat rahsia. Oleh itu komputer juga boleh dijadikan sahabat setia dalam sebarang angkara komputer.
- FAKTOR-FAKTOR JENAYAH KOLAR PUTIH
Secara umumnya, faktor-faktor yang menggalakkan berlakunya jenayah kolar putih ini boleh dikategorikan kepada tiga faktor asasi ( utama ) iaitu :
- Kelemahan kawalan dalam diri
- Kelemahan kawalan dalam organisasi ( jabatan )
- Wujudnya peluang
Kurang pegangan agama
Ego untuk menunjukkan kekayaan
Suka berjudi dan berhutang
Kelemahan kawalan
dalam diri
Tamak untuk mengumpul harta dgn cepat
Ingin hidup mewah dengan cepat
Rajah di atas menunjukkan kelemahan-kelemahan yang ada pada seseorang yang boleh mendorongnya untuk melakukan jenayah kolar putih.
Kelemahan kepimpinan
Kurang publisiti terhadap perkhidmatan jabatan
Kelemahan kawalan dalam jabatan
Kurang ketelusan dalam menjalankan tugas
Tiada saluran pengaduan pelanggan
Arahan yang tidak jelas
Rajah di atas menunjukkan kelemahan-kelemahan yang ada dalam sesebuah organisasi dan jabatan yang membuka ruang kepada individu-individu yang berkepentingan untuk melakukan amalan rasuah dan korupsi.
Pembangunan yang tidak seimbang antara fizikal dan spiritual
Budaya tersirat golongan-golongan tersirat
Kelemahan dalam sistem pentadbiran
Wujudnya Peluang-peluang
Amalan tradisi dan budaya masyarakat yang suka memberi hadiah
Kelemahan peruntukan undang-undang
Rajah di atas pula menunjukkan bahawa adanya peluang-peluang dan ruang-ruang tertentu yang terdapat dalam sistem pentadbiran negara, perkhidmatan awam, peruntukan undang-undang dan juga budaya masyarakat yang boleh mendorong masyarakat untuk terjebak dalam jenayah kolar putih.
- BAHAYA DAN KESAN JENAYAH KOLAR PUTIH
Jenayah Kolar Putih boleh mendatangkan kesan yang buruk dan membahayakan individu, masyarakat dan juga negara. Antara kesan-kesannya ialah :
- Mengakibatkan kerosakan dan mencemarkan maruah, bangsa dan negara
- Ketidakadilan dalam pengagihan peluang dan sumber negara di kalangan rakyat
- Meningkatkan lagi inflasi dan kos hidup melalui naiknya harga barang dan perkhidmatan
- Mengundang pelbagai masalah dan penyakit sosial serta penyelewengan
- Mengancam keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
- LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Jenayah Kolar Putih perlu dibendung dengan segera agar kestabilan dan keharmonian masyarakat negara ini dapat dipelihara. Antara cadangan langkah-langkah yang boleh dibuat ialah :
- Memantapkan lagi pendidikan agama dan moral di dalam institusi keluarga, sekolah dan masyarakat
- Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.
- Mengadakan kempen-kempen kesedaran melalui seluruh media massa dan jentera pentadbiran negara
- Menghidupkan budaya nasihat-menasihati dan tegur-menegur.
Kesimpulannya jenayah kolar putih boleh meruntuhkan sistem kehidupan harmoni sesebuah negara dan mengundang pelbagai penyakit soaial dalam masyarakat. Pendidikan agama dan nilai-nilai mulia akan mampu membina kekuatan dalaman seseorang bagi mengawal diri daripada terjebak dalam gejala ini. Setiap individu pula hendaklah memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dalam memerangi jenayah ini dengan apa cara sekalipun.
AKTIVITI 5 C
Jawab soalan-soalan berikut :
5.7 Berikan pengertian Jenayah Kolar Putih serta nyatakan contohnya.
5.8 Apakah faktor-faktor berlakunya Jenayah Kolar Putih?
5.9 Apakah yang dimaksudkan dengan Jenayah Komputer serta berikan contohnya?
5.10 Nyatakan EMPAT bentuk Rasuah .
Bolehkah anda menjawab soalan-soalan tadi… kalau tak boleh anda perlu membuat ulangkaji yang lebih …. OK mari kita semak jawapan anda…
MAKLUMBALAS AKTIVITI 5 C
5.7 Jenayah Kolar Putih bermaksud Jenayah yang sering dilakukan oleh golongan
berpendidikan tinggi, berpengaruh dan dihormati . Contohnya ialah seperti seorang
eksekutif di sesebuah syarikat yang memberikan pinjaman kepada individu tertentu di
mana beliau sendiri adalah rakan kongsi dalam perniagaan itu.
5.8 Faktor-faktor berlakunya Jenayah Kolar Putih :
i. Kelemahan kawalan dalam diri
ii. Kelemahan kawalan dalam organisasi ( jabatan )
iii.Wujudnya peluang
5.9 Jenayah Komputer bermaksud sebarang perbuatan yang salah di sisi undang-
undang dengan menggunakan sistem komputer seperti mencuri maklumat atau wang.
Contohnya seperti manipulasi, membuang, menukar , mengubahsuai atau
merosakkan data dan maklumat dalam komputer.
5.10 Empat bentuk Rasuah :
- Wang dan harta
- Kedudukan dan pengaruh
- Balasan,ganjaran, diskaun, komisen dan bonus
- Tawaran dan akujanji
PENILAIAN KENDIRI
Jawab soalan-soalan berikut :
Soalan Satu.
Antara faktor-faktor berlakunya Jenayah Kolar Putih ialah kelemahan kawalan dalaman diri. Huraikan.
Soalan Dua.
Amalan Rasuah semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Berikan pandangan anda untuk membendung gejala ini.
Soalan Tiga
Office Politics ( Politik Pejabat ), Lompat Kerja dan Budaya Kiasu adalah bentuk-bentuk etika kerja yang negatif. Jelaskan faktor-faktor berlakunya gejala ini.
Mari kita semak jawapan anda………..
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
1. Kelemahan kawalan diri :
i. Kelemahan dan kekurangan iman dan nilai-nilai kebaikan
ii. Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan
iii.Tamak untuk mengumpul harta dan cepat kaya
iv. Keegoan untuk menunjukkan kekayaan
2. Langkah-langkah membendung gejala Rasuah :
- Memantapkan lagi pendidikan agama dan moral di dalam institusi keluarga, sekolah dan masyarakat
- Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.
- Mengadakan kempen-kempen kesedaran melalui seluruh media massa dan jentera pentadbiran negara
- Menghidupkan budaya nasihat-menasihati dan tegur-menegur.
3. Faktor-faktor berlakunya budaya Office Politics, Lompat Kerja dan Budaya Kiasu :
i. Ingin hidup mewah dengan cepat
ii. Kurang pengetahuan agama dan nilai-nilai murni
iii. Dorongan nafsu yang mengatasi pertimbangan akal