UNIT
10
AKHLAK ISLAM
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
- Menjelaskan konsep akhlak.
- Mengetahui dan memahami akhlak terhadap Allah dan makhluk.
- Mendedahkan punca keruntuhan akhlak dan cara mengatasinya.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
- mengimplimentasikan konsep akhlak Islam di dalam kehidupan seharian anda.
- melakukan apa sahaja amalan dengan niat hanya kerana Allah S.W.T.
- membuat perbandingan di antara akhlak mahmudah dengan akhlak mazmumah.
- membuat huraian kenapa kita perlu berakhlak kepada Allah, Rasul, ibu bapa, guru dan rakan
INPUT
AKHLAK ISLAM
|
AKHLAK ISLAM
- Akhlak terhadap Allah
- Akhlak terhadap Rasul
- Akhlah terhadap sesama manusia
3.1 Ibubapa
3.2 Guru
3.3 Rakan
- Isu-isu berkaitan akhlak
PENGENALAN.
Akhlak
merupakan salah satu pokok ajaran Islam. Nabi Muhammad SAW adalah
sebagai modelnya. Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia. Sejak awal dakwah lagi Rasulullah berseru kepada pembentukan
akhlak yang mulia. Rasulullah sendiri sebelum dilantik sebagai rasul
adalah seorang yang terkenal dengan akhlak yang baik sehinggakan beliau
digelar al Amin.
Akhlak
Islam adalah suatu akhlak yang syumul, merangkumi segala aspek
kehidupan. Tidak ada suatupun yang terlepas daripada akhlak Islam sama
ada berhubung dengan diri sendiri, orang lain ataupun berhubung dengan
Pencipta.
Sebabbb…Allahlah yang telah menjadikan seluruh alam ini…bagi rezeki kat kita….jadi kita kenalah taat dan bersyukur kepada Dia...Ayah….kenapa kita perlu taat pada perintah Allah ayah….?
Makkkk…kite nak susu makkkk…..
10.1 AKHLAK TERHADAP ALLAH.
Pada dasarnya, akhlak kepada Allah SWT itu ialah bahawa manusia hendaklah :
- Beriman kepada Allah.
- Beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah dengan tulus ikhlas.
Beriman
kepada Allah ialah mengakui, mempercayai atau meyakini bahawa Allah itu
ada dan bersifat dengan segala sifat yang baik dan Maha Suci dari
segala sifat yang buruk. Tetapi beriman kepada Allah, tidak cukup hanya
sekadar mempercayai akan adanya Allah sahaja, melainkan harus juga
diikuti dengan beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah dalam
kehidupan sehari-hari, mengamalkan segala perintah Allah dan dijauhinya
segala larangan Allah. Semua ini dikerjakan dengan tulus ikhlas,
semata-mata hanya kerana Allah sahaja. Akhlak juga boleh diterangkan
seperti berikut:
- Tidak Mempersekutukan Allah Dengan Apa Juga.
Mempersekutukan
Allah maksudnya ialah mempertuhankan sesuatu yang bukan Tuhan, sehingga
selain Tuhan yang sejati ( Allah ) dianggap ada lagi Tuhan yang lain.
Perbuatan demikian disebut syirik, dan orang yang melakukannya dinamakan
sebagai Musyrik.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu)
dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari itu bagi siapa
yang dikehendakiNya. Barangsiapa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah,
sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”
( An-Nisaa’ : 116 )
Kita hanya perlu takut pada Allah aje Leman…sebab Dialah Tuan dan Tuhan kita..
10.1.2. Takut Kepada Allah.
Agama
Islam memang mengajar umatnya takut kepada Allah. Takut di sini
bermakna taat dan patuh pada segala perintah dan larangan Allah SWT,
bukan bermaksud lari daripada Allah.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“ Orang yang patuh kepada Allah dan RasulNya, takut dan bertakwa kepadaNya, itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan.”
( An-Nur : 52 )
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Ada tiga perkara yang dapat menyelamatkan manusia, iaitu:
- Takut kepada Allah di tempat yang tersembunyi mahupun di tempat yang terang .
- Berlaku adil pada waktu rela atau waktu marah.
- Hidup sederhana pada waktu miskin mahupun pada waktu kaya.”
10.1.3 Cinta Kepada Allah.
Sebagai manusia, selain harus bertakwa dan takut kepada Allah, mereka harus cinta dan kasih kepadaNya.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Dan
di antaranya manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan
selain Allah. Mereka menyintainya sebagaiman mereka menyintai Allah.
Adapun orang-orang beriman sangat menyintai Allah.”
( Al-Baqarah : 165 )
Seseorang yang cinta kepada Allah, tentu ada tanda-tandanya. Siti Aisyah r.a. berkata yang bermaksud:
“Barang
siapa cinta kepada Allah SWT, ia akan memperbanyakkan ingat (zikir)
kepadaNya, dan sebagai ganjarannya Allah akan ingat pula kepadanya
dengan rahmat dan ampunanNya, memasukkannya ke dalam syurga bersama
Nabi-nabinya dan hamba-hamba kecintaanNya dan memberi kehormatan melihat
keagunganNya. Dan barang siapa menyintai Nabi Muhammad SAW, ia akan
memperbanyakkan bacaan selawat kepada baginda, dan sebagai ganjarannya
orang itu akan memperolehi syafaat baginda dan menemani baginda di
syurga.”
Uuuwaaaa…Pak Mat…basikal saya dah kena curi Pak Mat….
Banyak-banyaklah bersabar……semua tu dugaan Allah…..ada hikmahnya…
- Redha dan Ikhlas Kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT.
Qadha’
dan Qadar (Takdir) apa pun yang telah ditentukan kepada kita wajib kita
menerimanya dengan redha dan ikhlas, walaupun yang ditakdirkan untuk
kita itu mungkin merugikan atau menyedihkan kita, sebab kita menerima
(dengan baik) atau tidak, takdir Allah itu pasti terjadi juga dan tentu
berlaku pada diri kita. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya
besarnya pahala itu mengikuti besarnya cubaan. Dan sesungguhnya Allah
apabila senang pada suatu golongan, dicubanya golongan itu (dengan
sesuatu cubaan). Siapa yang redha terhadapnya, ia akan mendapat
keredhaan Allah, dan siapa yang marah, ia juga akan memperolehi
kemurkaan Allah.”
- Bertaubat Kepada Allah SWT.
Erti taubat dari segi bahasa ialah: kembali.
Dari
segi istilah: kembali taat kepada Allah setelah sebelumnya durhaka
kepadaNya. Imam Al-Ghazali berkata, bahawa taubat itu ialah kembali
mengikuti jalan yang benar dari jalan sesat yang telah ditempuhnya.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“ Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.”
( An-Nur : 31 )
Aduh….adoi…sakitnya….Ya Allah…tolonglah aku….sakitnya….Ha….itulah awak…bila dah sakit macam ni baru nak ingat Tuhan….
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya aku sendiri bertaubat dalam seharinya 100 kali.”
Abu Zakaria Muhyidin Yahya An-Nawawi di dalam bukunya “ Riyadhu-as-Salihin “ menerangkan, bahawa taubat itu hendaknya dilakukan dengan mengerjakan rukun-rukun taubat yang terdiri dari :
- Berhenti dari maksiat.
- Menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan.
- Berjanji dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi berbuat dosa.
- Dalam hal dosa itu ialah dosa kepada orang lain hendaklah ditambah dengan menyelesaikan persoalan dengan orang lain yang bersangkutan.
- Bersyukur kepada Allah SWT.
Bersyukur adalah satu hal yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“ Dan
sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu:
Bersyukurlah kepada Allah. Barangsiapa bersyukur (kepada Allah),
sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barangsiapa tidak
bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
( Luqman : 12)
Eh…bersyukurlah sikit….nipun nasib baik makan maggi.. daripada makan rumput macam kat Afgahnistan tu….
Syukur
boleh diertikan sebagai mempergunakan nikmat atau pemberian yang ada di
tangan kita, sesuai dengan yang dikehendaki oleh yang memberi
kenikmatan itu. Syukur juga boleh diertikan seperti berikut:
- Merasa gembira atas sesuatu pemberian/kebaikan orang lain yang kita terima.
- Menyatakan kegembiraan itu dengan ucapan dan perbuatan.
- Memelihara pemberian/kebaikan itu dengan sebaik-baiknya dan mempergunakannya sesuai dengan yang dikehendaki oleh si pemberi kebaikan itu.
- Membalas pemberian / kebaikan itu. Membalas pemberian Allah ialah dengan mempergunakan kurnia Allah itu menurut yang diredhai oleh Allah, sedangkan membalas pemberian manusia ialah dengan membalas pemberian itu dengan pemberian pula, sekurang-kurangnya dengan doa.
10.2 AKHLAK TERHADAP RASUL.
Sebagai
seorang nabi dan utusan Allah kepada sekalian umat manusia di dunia
ini, maka setiap individu muslim perlu mempunyai akhlak yang perlu
dipelihara sesuai dengan martabat baginda.
Antara akhlak yang perlu ada pada setiap individu muslim kepada nabi Muhammad SAW ialah :
- Beriman Kepada Rasullullah SAW.
Seperti
juga akhlak kepada Allah, maka akhlak manusia kepada Nabi Muhammad SAW
yang pertama sekali ialah beriman kepada baginda SAW, iaitu percaya
bahawa baginda adalah Nabi dan Rasul ( utusan ) Allah kepada seluruh
manusia dan mempercayai segala ajaran yang disampaikan oleh baginda
adalah merupakan wahyu Allah SWT yang benar. Kepercayaan yang sepenuh
hati tanpa ada sedikit keraguan yang boleh menjejaskan keimanan
seseorang muslim. Tanpa keimanan yang sepenuhnya kepada baginda SAW
tidak mungkin seseorang itu menjadi muslim dan tidak sah serta
terbatallah keislamannya.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Katakanlah
hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semuanya,
iaitu Tuhan yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Tiada Tuhan selain
daripadaNya, yang menghidupkan
dan mematikan. Sebab itu, hendaklah kamu beriman kepada Allah dan
UtusanNya, Nabi yang ummi yang percaya kepada Allah dan
perkataan-perkataanNya. Ikutilah ia supaya kamu mendapat petunjuk.”
( Al-A’raaf : 158 )
- Tunduk dan Patuh Kepada Rasullullah SAW.
Beriman
kepada Nabi Muhammad membawa kepada tunduk dan patuh kepadanya.
Ketaatan yang sepenuhnya kepada baginda adalah kewajipan yang perlu
dibina dalam diri individu muslim. Tunduk dan patuh juga memberi makna
menjadikan Rasulullah SAW sebagai manusia pertama yang perlu ditaati
berbanding sekalian manusia dan makhluk yang wujud di muka bumi ini dan
menerima segala apa yang disampaikan baginda dengan ketaatan yang
sepenuhnya serta tidak membantah, mempertikaikan, menghina, mempersenda,
memperolok-olokkan atau memperkecilkan walaupun satu daripada
percakapan, sifat, tingkahlaku, pengakuan dan segala apa yang
disampaikan oleh baginda di samping meninggalkan segala tegahan dan
larangannya. Dalam erti kata lain meletakkan ketaatan kepada segala
suruhan dan meninggalkan segala larangan baginda lebih utama berbanding
yang lain selepas Allah dengan hati yang penuh ikhlas .
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Apa yang dibawa oleh Rasul kepadamu hendaklah kamu terima, dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi.”
( Al-Hasyr : 7 )
- Cinta Kepada Rasulullah SAW.
Sebagai
seorang Nabi dan Rasul Allah yang telah bersusah payah menyampaikan
ajaran Allah yang membawa manusia kepada jalan yang benar dan kebahagian
yang hakiki, maka setiap umat Muhammad SAW bukan sahaja perlu berterima
kasih kepada baginda tetapi perlu menyayangi dan mencintai baginda.
Seperti kecintaan kepada Allah SWT, kasih dan sayang umat kepada
baginda hendaklah di tahap cinta yang tertinggi setelah rasa cinta
kepada Allah SWT. Cinta kepada Allah SWT dan RasulNya tidak boleh
dikalahkan oleh cinta kepada apa jua. Sabda Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud :
“ Tidak
beriman salah seorang di antara kamu, sehingga aku lebih dicintai
olehnya daripada dirinya sendiri, orang tuanya, anaknya dan manusia
semuanya.”
Cinta
kepada Nabi Muhammad SAW tidak cukup sekadar dilahirkan dalam bentuk
pengakuan kata-kata, tetapi perlu dibuktikan dalam bentuk perbuatan
yang nyata, antara lain dengan:
- Mengamal dan mematuhi agama Islam yang diajarkannya, baik yang terdapat dalam Al-Quran mahupun dalam hadis atau sunnahnya.
- Berjuang menegakkan, mengembangkan dan membela ajaran-ajarannya, termasuk juga menjaga kemurniannya dari segala bid’ah dan khurafat.
- Memuliakan Nabi Muhammad SAW dan memperbanyakkan berselawat kepadanya.
- Memuliakan keluarga dan sahabat-sahabatnya.
- Berselawat Kepada Rasullulah SAW.
‘Selawat’ adalah dari perkataan ‘solat’ yang mempunyai dua erti, iaitu doa dan keberkatan. ’Solat’ atau ’Selawat’
dalam erti doa ialah ibadat sembahyang, manakala dalam erti yang kedua
(keberkatan) ialah nama permohonan keberkatan untuk Nabi Muhammad SAW.
Kerana itu berselawat kepada Nabi ialah menyampaikan permohonan
keberkatan kepada Allah untuk Rasulullah SAW. Berselawat kepada Nabi
Muhammad SAW merupakan penghormatan kepada baginda dan suatu perkara
yang sangat penting dalam Islam. Setiap muslim yang mempunyai kesempatan
untuk berselawat, diminta berselawat contohnya ketika menyebut nama
Nabi Muhammad SAW atau ketika mendengar namanya disebut orang lain.
Malah pada ketika tertentu berselawat ke atas baginda menjadi wajib
seperti ketika sembahyang, berkhutbah dan sebagainya.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Hai
orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu dan sampaikan salam
kepadanya dengan sepenuh penghormatan.”
( Al-Ahzab : 56 )
♪♪Sayang sayang Allah…..Sayang sayang Nabi…..Sayang sayang Ayah….Sayang sayang Ummi…Allahhhhhhhhh♫
AKTIVITI
10A
|
Arahan :
Jawab semua soalan .
- Sebutkan LIMA tanda-tanda seseorang itu berakhlak terhadap Allah SWT.
1
|
_________________________________________________________
|
2
|
_________________________________________________________
|
3
|
_________________________________________________________
|
4
|
_________________________________________________________
|
5
|
_________________________________________________________
|
- Berikan definisi taubat dari segi bahasa dan istilah.
Bahasa :......................................................................................................................
Istilah :.......................................................................................................................
- Sebutkan EMPAT cara bagaimana seseorang muslim itu menyatakan kesyukurannya kepada Allah SWT.
1
|
__________________________________________________________
|
2
|
__________________________________________________________
|
3
|
__________________________________________________________
|
4
|
__________________________________________________________
|
- Apakah erti beriman kepada Rasul ?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________
MAKLUM BALAS AKTIVITI 10A
|
10.1 Tanda berakhlak kepada Allah SWT ialah :
1. TidakmMempersekutukan Allah dengan apa juga.
2. Takut kepada Allah
3. Redha dan Ikhlas Kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT.
- Cinta kepada Allah
- Bersyukur kepada Allah
10.2
Erti taubat dari segi bahasa ialah: kembali
Dari segi istilah: kembali taat kepada Allah setelah sebelumnya durhaka kepadaNya.
10.3
Beriman
kepada Nabi Muhammad membawa kepada tunduk dan patuh kepadanya.
Ketaatan yang sepenuhnya kepada baginda adalah kewajipan yang perlu
dibina dalam diri individu muslim. Tunduk dan patuh juga memberi makna
menjadikan Rasulullah SAW sebagai manusia pertama yang perlu ditaati
berbanding sekalian manusia dan makhluk yang wujud di muka bumi ini dan
menerima segala apa yang disampaikan baginda dengan ketaatan yang
sepenuhnya serta tidak membantah, mempertikaikan, menghina, mempersenda,
memperolok-olokkan atau memperkecilkan walaupun satu daripada
percakapan, sifat, tingkahlaku, pengakuan dan segala apa yang
disampaikan oleh baginda di samping meninggalkan segala tegahan dan
larangannya. Dalam erti kata lain meletakkan ketaatan kepada segala
suruhan dan meninggalkan segala larangan baginda lebih utama berbanding
yang lain selepas Allah dengan hati yang penuh ikhlas .
INPUT
(AKHLAK ISLAM – SAMBUNGAN )
|
10.3 AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA.
10.3.1 Ibubapa.
Ibubapa
adalah insan yang wajib ditaati selepas Allah SWT dan RasulNya. Tidak
ada seorang pun yang menyamai kedudukan ibubapa yang sangat terhormat
ini, apa lagi menandinginya. Jasa ibubapa yang sangat besar kepada kita
iaitu menghamilkan, melahirkan, membesarkan, mendidik dan dicukupi
segala keperluan hidup dengan penuh kasih sayang, tanggung jawab dan
keikhlasan yang mana semua jasa mereka ini tidak akan dapat terbalas.
Demikian keistimewaan dan terhormatnya kedudukan ibubapa sehingga Nabi
Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:
Belajar rajin-rajin ye Leman…kalau Leman dapat nombor satu..nanti ayah belikan basikal baru…
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” ( Riwayat Tirmidzi )
Ayah…Leman pergi sekolah dulu ye ayahhhh….
Wajib
berbuat baik atau berbakti kepada ibubapa hendaklah diberi keutamaan
yang pertama daripada berbuat baik kepada manusia lain selain Nabi
Muhammad SAW. Berbuat baik ini meliputi apa sahaja pekerjaan yang dapat
disebut ‘baik’ yang berupa perkataan, perbuatan dan lain-lain.
Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri dengan kasih
sayang, berdoa kebaikan untuk kedua-duanya, mengikuti dan taat segala
perintah dan larangannya selagi mana tidak bercanggah dengan syariat
Islam dan sebagainya.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“Kami
perintahkan kepada kamu jangan menyembah selain Dia dan supaya kamu
berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau
kedua-duanya ada dekat denganmu (dalam pemeliharaanmu) hingga berumur
lanjut, sekali-kali janganlah kamu berkata kepada keduanya “ah” jangan
pula kamu bentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang
hormat Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih
sayang dan katakanlah “ Wahai Tuhanku, kasihanilah keduanya, sebagaimana
keduanya mengasihani aku ketika aku masih kecil”.
( Al-Isra’ : 23-24 )
Berbuat
baik tidak sahaja ketika mereka masih hidup tetapi juga setelah mereka
meninggal dunia. Antara perkara yang boleh dilakukan kepada ibubapa yang
telah meninggal dunia ialah :
- Mengerjakan solat jenazah.
- Berdoa untuk al-marhum, memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa-dosanya.
- Melaksanakan dan menyempurnakan hutang, janji, nazar dan segala perkara yang tidak dapat disempurnakan oleh al-marhum.
- Memuliakan dan meneruskan silaturrahim dengan sahabat-sahabat baik al-marhum.
- Memberi pertolongan kepada mereka yang hidupnya bergantung kepada al-marhum.
Kewajiban
berbuat baik kepada mereka berdua adalah sangat ditekankan dalam Islam
dan menduduki tempat kedua sesudah kewajiban untuk mentaati Allah dan
RasulNya. Sesuai dengan itu, pelanggaran atas kewajiban tersebut membawa
kedurhakaan kepada mereka yang membawa akibat bukan sahaja balasan
buruk di akhirat tetapi juga di dunia. Antara akibat penderhakaan
kepada ibubapa :
- Merupakan dosa besar yang menyebabkan mendapat azab seksaan di neraka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“
Sebesar-besar dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, membunuh orang,
durhaka kepada ibubapa dan berkata dusta ( menjadi saksi palsu ).
( Riwayat Bukhari )
- Semua amal menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“
Tiga perkara yang menyebabkan segala amal tidak bermanfaat lagi ialah
menyekutukan Allah, durhaka kepada ibubapa dan lari dari medan perang.”
( Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir )
- Akan disegerakan pembalasannya oleh Allah SWT di dunia di samping kemungkinan masih ada pembalasannya lagi di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Dua kejahatan akan disegerakan pembalasannya di dunia ini juga, iaitu zina dan derhaka kepada ibubapa.”
( Riwayat Thabrani )
10.3.2 Guru.
Guru
ialah orang yang memberi pengajaran dan pendidikan sama ada secara
formal atau tidak formal. Sesuai dengan pengertian ini, pelajar
merupakan orang yang memperolehi pendidikan dan pengajaran dari orang
lain baik formal mahupun tidak formal. Islam mengajar umatnya agar
memelihara akhlak bersama guru dengan menghormati dan memuliakan
mereka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya.”
( Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi )
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :
“Muliakanlah guru-guru agama, kerana barang siapa memuliakan mereka, bererti ia memuliakan aku.”
( Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi )
Penekanan
akhlak seorang pelajar kepada gurunya diambil perhatian dalam Islam
agar ilmu yang diperolehi akan mendapat keberkatan dan seterusnya
membimbing pelajar tersebut kepada jalan yang benar dan mendapat
kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Seorang pelajar perlu memelihara
adab dalam tingkah laku, percakapan, pergaulan dan sebagainya sama ada
di hadapan mahupun di belakang gurunya. Di samping itu, anjuran Islam
agar seorang murid menghormati gurunya adalah kerana :
Saya ingat nak bagi beliau sepasang baju kebarung dan tudung sebagai menghargai jasa beliau….- Guru adalah orang yang sangat mulia.
Noraini…Hari Guru nanti awak nak bagi apa untuk cikgu Zarina ?
Kemuliaan
guru adalah kerana pekerjaan mengajar atau mendidik. Selain itu
kemuliaan guru disebabkan juga kerana kealiman dan kepandaiannya.
Rasulullah SAW dalam hadith-hadithnya menerangkan bahawa orang alim
adalah pewaris para nabi. Kelebihan orang alim atas orang yang beribadah
seperti bulan purnama di antara sekalian bintang-bintang. Dan bahawa
matinya satu kabilah dipandangnya lebih ringan daripada meninggalnya
seorang yang berilmu pengetahuan. Memelihara akhlak dan menghormati guru
mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud :
“ Barang siapa memuliakan orang alim, bererti memuliakan Tuhannya.”
( Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi )
- Guru adalah orang yang sangat besar jasanya.
Pekerjaan
guru adalah menyampaikan ilmu, sedangkan ilmu adalah satu mekanisma
yang sangat penting dalam kehidupan manusia, bahkan juga membezakan
manusia dari haiwan. Dengan ilmu pengetahuan, kehidupan
manusia
di dunia akan maju, mempunyai peradaban yang tinggi dan pelbagai
kesulitan yang mengancam hidupnya dapat diatasi. Seterusnya dengan ilmu
manusia dapat menduduki berbagai kedudukan yang mulia dan terhormat.
Bahkan nasib kehidupan manusia di akhirat nanti antara lain juga
ditentukan oleh ilmu pengetahuan. Sabda Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud :
“ Siapa
menghendaki dunia, wajib ia mempunyai ilmu. Siapa menghendaki akhirat,
wajib mempunyai ilmu. Dan siapa menghendaki dunia dan akhirat
kedua-duanya, wajib juga ia mempunyai ilmu.”
10.3.3 Rakan.
Pergaulan
yang baik bersama rakan-rakan merupakan hasil daripada kemurniaan budi
pekerti dan ia dapat memenuhi tuntutan jiwa manusia untuk melengkapkan
hidupnya, kerana sebagai manusia kita tidak dapat hidup tanpa
pertolongan orang lain.
Kawan-kawan….marilah kita sama-sama kembali ke jalan yang benar….tinggalkan segala perkara lagha ni….
Sifat yang harus diperhatikan dalam memilih kawan: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan)”
Rakan-rakan
yang dipilih hendaklah memiliki beberapa sifat seperti waras fikiran,
baik budi pekerti, tidak fasik dan tidak mementingkan hal-hal keduniaan.
Abu
Sulaiman Ad-Darani rahimahullah berkata: Jangan sekali-kali engkau
bersahabat melainkan dengan salah seorang dari dua orang berikut:
- Orang yang engkau merasa senang dengannya dalam menguruskan hal-ehwal keduniaanmu.
- Orang yang engkau dapat menambah faedah dan manfaat dalam hal-ehwal keakhiratanmu.
Adab bersama rakan:
Di antara adab pergaulan bersama rakan ialah:
- Mengamalkan sikap tolong menolong.
Kita
hendaklah memenuhi hajat dan keperluan rakan bila ia meminta dan
hendaklah memberi dengan muka yang manis dan rasa senang, serta
melahirkan tanda kegembiraan, kerana kawan itu sanggup menerima
bantuannya.
Tak tahulah…..jiwa aku ni rasa tak tenang je….makan tak kenyang…tido aku pun tak lena….mandi pun tak berape basah…kenape ye…??
Kenapa muka engko nampak sepesen je…ada problem ke? Slow talk la kat aku…kot-kot aku boleh tolong…..
Al-Atha’ berkata : Perhatikanlah sahabat-sahabatmu itu di dalam tiga persoalannya iaitu :
- Jika mereka sakit, hendaklah segera menziarahi mereka.
- Jika mereka terlalu sibuk dengan urusan-urusan maka berilah bantuan.
- Jika mereka terlupa maka hendaklah mengingatkan mereka.
Kita
juga hendaklah menjadikan hajat dan keperluan kawan seperti hajat dan
keperluan sendiri dan menunjukkan perasaan simpati dan
hormat-menghormati dan kasih-mengasihi antara sesama rakan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Tidak beriman seseorang itu sehingga ia menyintai saudaranya seperti ia menyintai dirinya sendiri.”
- Memelihara lidah.
Di
dalam pergaulan bersama rakan kita hendaklah memelihara lidah dari
menyebut keburukkan kawan, mencela atau membocorkan rahsia kawan kepada
orang lain.
Al-Abbas, bapa saudara nabi pernah berpesan kepada puteranya Abdullah : maka peliharalah nasihatku yang lima:
- Janganlah engkau bocorkan rahsianya sama sekali.
- Janganlah engkau mencaci orang lain di hadapannya.
- Janganlah engkau membiasakan bohong kepadanya .
- Janganlah engkau melanggar perintahnya.
- Janganlah sampai ia melihat sesuatu pengkhianatan berlaku daripadamu.
- Memaafkan kesalahan.
Sekiranya
terdapat keterlanjuran daripada rakan hendaklah kamu memaafkannya atau
menanggung dengan sedaya upaya keterlanjurannya, malah harus dibalas
dengan cara yang baik.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:
“ Moga-moga Allah akan menukarkan keadaan kamu bermusuhan itu dengan kasih sayang.”
( Al- Mumtahinah : 7 )
Kitorang ok jer…manusia tu yang selalu dan suka sangat dok bergaduh….
Kawan baik-baik noooo…jangan gaduh-gaduh tau…nanti Tuhan marah kalau gaduh-gaduh…Allahumma….ampunilah segala kesalahan sahabat ku ini…golongkanlah beliau bersama-sama para nabi-nabi Mu ya Allah…
Mendoakan rakan.
Sewajarnya,
seorang rakan mendoakan rakannya dengan doa yang baik-baik, bagi diri
sahabat itu dan ahli keluarganya sebagaimana dia mendoakan bagi dirinya
sendiri; sama ada sahabat itu masih hidup atau sudah mati.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bila
seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada
bersamanya, maka Malaikat akan berkata:Dan engkau juga akan menerima
sepertinya juga.”