Definisi pengauditan
Shaari Isa
Arens & Loebbecke
Technorati Tags: P4202 Pengauditan
Tujuan Pengauditan Pengauditan perlu supaya juruaudit dapat memberikan pandangan dari laporan tentang sama ada penyata kewangan disediakan dengan sempurna mengikut Akta Syarikat 1965 dan memberi gambaran benar dan saksama tentang penyata kewangan serta untung/ rugi untuk tahun kewangan itu.
Gambaran Benar dan Saksama
Gambaran benar dan saksama wujud hanya jika juruaudit berpuashati tentang perkara-perkara berikut :
i. Aset
- wujud dan dimiliki
- tidak dicagar – jika dicagar, mesti dilaporkan dalam akaun
- jumlah aset mengikut dasar perakauanan dan tekal
ii. Liabiliti
- diambilkira hanya sehingga tarikh kunci kira-kira sahaja
- peruntukan yang cukup untuk liabiliti dan kerugian luar jangka
- nota kepada akaun untuk liabiliti luar jangka
- jumlah liabiliti selaras dengan dasar perakaunan dan tekal
iii. Hasil / Belanja
- untuk tahun yang berkenaan sahaja
- ikut dasar perakaunan dan tekal
iv. Pembentangan
- lengkap dan betul
- maklumat bagi item yang ada kesan material dibentangkan
- keterangan tentang angka-angka dalan akaun
- amaun baki akaun dan ringkasan maklumat seimbang
Gambaran benar dan saksama tidak wujud jika :
i. angka-angka terlebih atau terkurang jumlah yang material
ii. maklumat penting tidak didedahkan
iii. angka yang dipaparkan mengelirukan
iv. akaun tidak selaras dengan dasar perakaunan
v. cara pembentangan akaun mengelirukan
Perakauanan VS Pengauditan
Perakaunan | Pengauditan |
- proses merekod, mengelas dan meringkas maklumat dalam bentuk kuantitatif untuk pembuatan keputusan - merujuk piawai/ criteria/ asas tertentu dalam penyediaan maklumat. Cth : Akta syarikat, GAAP, standard MASB - hasil akhir adalah penyata kewangan | - menentukan perekodan yang betul bagi maklumat kewangan yang dipersembahkan - merujuk piawai tertentu dalam pengauditan tetapi mesti menguasai semua piawai dalam perakaunan - hasil akhir adalah laporan audit |
Jenis-jenis Audit
Audit Penyata Kewangan | Audit Pematuhan | Audit Operasi | |
1. Memeriksa | Kesahihan penyata kewangan | Tindakan entiti / individu | Seluruh/ sebahagian aktiviti organisasi |
2. Tujuan | Tentukan samada keseluruhan penyata kewangan dipersembahkan mengikut criteria yang spesifik | Tentukan samada prosedur, polisi, undang-undang, peraturan yang ditetapkan oleh pihak tertentu dipatuhi | Menilai kecekapan dan keberkesanan organisasi |
3. Kriteria | Prinsip-prinsip perakaunan (GAAP, Akta Syarikat) | Peraturan dan undang-undang (Akta Cukai, Rasuah) | Objektif-objektif tertentu organisasi |
4. Laporan | Gambaran benar dan saksama | Pematuhan kepada kriteria-kriteria | Cadangan-cadangan pembaikan |
5. Contoh | Memeriksa secara terperinci butir-butir penyata kewangan Golden Hope Bhd | Memeriksa samada kadar upah pekerja di Kilang Papan Weng Hup mengikut Undang-undang Buruh | Menilai kecekapan dan tahap kepuasan pelanggan terhadap servis pengedaran surat dan bungkusan yang dikendalikan oleh Pos Malaysia |
Audit Tradisional VS Audit Moden
Audit Tradisional | Audit Moden | |
Objektif | Kesan kesilapan dan penipuan | - penyata kewangan benar dan saksama - kawalan dalaman, sistem perakaunan dan sistem operasi berkesan dan cekap - kesan kesilapan dan penipuan |
Pendekatan | Audit terperinci | Teknik persampelan – audit terperinci adalah untuk kes-kes tertentu sahaja. |
Audit persendirian vs audit berkanun
Audit Persendirian
Ø Dibuat atas kehendak pemilik tunggal dan perkongsian sahaja
Ø Bukan atas arahan undang-undang ( tidak wajib dibuat)
Ø Tujuan : kebenaran dan kesaksamaan maklumat penyata kewangan
Audit Berkanun
Ø Diwajibkan oleh undang-undang ke atas semua syarikat awam berhad dan sendirian berhad
Ø Tujuan : memeriksa penjagaan harta syarikat, pengendalian operasi, elak penyelewengan oleh pihak pengurusan, rekod-rekod perakaunan diselenggaran dengan sempurna
Profesion Perakaunan
Ø Tertakluk di bawah Akta Akauntant 1967
Ø Telah menyebabkan tertubuhnya MIA
Institut Akauntant Malaysia / Malaysian Institute of Accountants (MIA)
ü Institut yang bertanggungjawab untuk mengawal selia profesion perakaunan di Malaysia
ü Hanya ahli penuh MIA layak bergelar akauntant
ü Fungsi MIA :
i. Menentukan kelayakan untuk menjadi ahli
ii. Menyediakan latihan, pendidikan dan peperiksaan samada oleh institute atau badan lain
iii. Mengawal selia profesion perakaunan di Malaysia
iv. Meningkatkan dan memaparkan profesion perakaunan
ü Keahlian MIA terbahaigi kepada 3 :
i. Chartered Accountants
ii. Associate Members
iii. Licensed Accountants
Garispanduan Perakauanan
Lembaga Piawai Perakauanan Malaysia / Malaysian Accounting Standard Board (MASB) bertanggungjawab mengisu piawai-piawai perakauanan – tertakluk di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997
Piawai Pengauditan
Garispanduan Audit Dalaman
Institute Akauntant-akauntant Awam Bertauliah Malaysia / Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
i. Memperluaskan penggunaan teori dan amalan perakaunan dalam pelbagai aspek perniagaan
ii. Pengambilan, pendidikan, latihan, penilaian ke atas akauntant-akauntant bertauliah
iii. Memastikan profesionalisme akauntant
iv. Memastikan amalan professional akauantant berkualiti tinggi
Firma Akauntant Awam
i. Big Four International Firms
ii. Medium sized firms
iii. Small firms
Big Four – KPMG Peat Marwick, Price Waterhouse Coopers, Deloitte Touche Tonmatsu, Ernast & Young.
Aktiviti firma akauntant
i. Perkhidmatan perakaunan dan simpankira
ii. Perkhidmatan cukai
iii. Perkhidmatan perundingan pengurusan