September 12, 2012

UNIT 1: SIFAT DAN BIDANG KAJIAN


UNIT 1: SIFAT DAN BIDANG KAJIAN



              OBJEKTIF






OBJEKTIF AM




Mempelajari ekonomi secara umum, menerangkan masalah-masalah asas serta menerangkan sistem-sistem ekonomi yang ada di dunia hari ini.


OBJEKTIF KHUSUS




Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

  • Mentakrifkankan ekonomi secara umum
  • Menyatakankan masalah-masalah ekonomi
  • Menerangkan sistem-sistem ekonomi yang ada di dunia serta keburukan dan kebaikan system ekonomi yang ada


















                          INPUT



1.0 EKONOMI SECARA UMUM

Kegiatan ekonomi wujud sejak adanya manusia dan pada peringkat awalnya berkisar tentang kegiatan isi rumah yang berusaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia yang tidak terbatas , sedang faktor  pengeluaran yang diperolehi adalah terhad.

Pengembangan dan kemajuan tamadun manusia telah mengubah dan mengembangkan lagi konsep ekonomi. Ekonomi telah di kaitkan dengan isu kekayaan , kebajikan dan kesejahteraan bukan sahaja pada peringkat isi rumah tetapi masyarakat dalam sesebuah negara atau peringkat antarabangsa.

a. Definisi Ekonomi.

Kehendak manusia yang tidak terbatas menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang di hasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada tidak dapat memenuhi semua kehendak tersebut. Oleh itu manusia, perlu membuat pilihan yang cekap supaya dapat menghasilkan barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak dan keperluan manusia pada peringkat yang maksimum.

Ilmu ekonomi dapat di definisikan sebagai sains sosial yang mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam mengagihkan faktor pengerluaran yang terhad untuk memenuhi  kehendak yang tidak terhad.   


b. Sumber Ekonomi ( Faktor Pengeluaran )

Faktor pengeluaran terdiri daripada modal , tanah , buruh dan pengusaha dan teknologi.

  1. Tanah  
Merujuk kepada anugerah alam meliputi sumber alam semulajadi sama ada dipermukaan atau di dalam perut bumi. Penawarannya bersifat tetap dari segi  lokasi dan geografinya. Nilainya berbeza bergantung kepada lokasi dan kualitinya. Pulangan kepada tanah dikenali sebagai sewa.



  1. Buruh  
Terdiri  daripada  buruh mahir  dan tidak mahir. Buruh menyumbangkan tenaga fizikal dan mental. Buruh mudah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia berbeza dari segi kecekapan daya pengeluaran. Pulangan kepada buruh di kenali sebagai upah.

  1. Modal
Merupakan ciptaan manusia yang meliputi wang , peralatan dan jentera dan bahan mentah yang di gunakan dalam proses pengeluaran. Modal mudah di pindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Serta mudah di tambah  dan di kurangkan. Pulangan modal ialah bunga.

  1. Pengusaha  
Merupakan kemahiran dan kebolehan seseorang dalam mengurus  sesuatu firma secara cekap dan menguntungkan. Ia berperanan sebagai pemimpin, perancang , penyelaras dan pengawal aktiviti firma. Pulangan kepada pengusaha ialah kesediaan mengambil risiko iaitu keuntungan.

  1. BIDANG KAJIAN EKONOMI

Bidang kajian ekonomi terbahagi kepada dua bahagian utama, seperti dijelaskan di bawah:

MIKROEKONOMI

MAKROEKONOMI

  • Juga di kenal sebagai teori harga
  • Membincangkan bagaimana pengeluaran harga barangan dan faktor pengeluaran seperti upah , sewa dan kadar bunga di tentukan.
  • Merupakan cabang ekonomi yang mengkaji sebahagian daripada keseluruhan ekonomi.  
  • Perlakuan isi rumah dan firma di bincang secara individu

  • Juga di kenal sebagai penentuan pendapatan

  • Membincangkan ekonomi di peringkat negara, terutamanya isu-isu  melibatkan inflasi , pengangguran , imbangan , pembangunan dan sebagainya.
  • Merupakan cabang ekonomi yang mengkaji ekonomi secara menyeluruh.

  • Perlakuan isi rumah dan firma di bincangkan secara agregat.



1.3 MASALAH EKONOMI; KEKURANGAN , PILIHAN , DAN KOS LEPAS.
Terdapat tiga permasalaha ekonomi iaitu:

a. Kekurangan.
Merujuk kepada kekurangan  barang dan perkhidmatan yang dapat di hasilkan berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Wujud akibat daripada faktor pengeluaran yang terbatas.

b. Pilihan
Masalah kekurangan menyebabkan timbulnya masalah pilihan. Manusia harus membuat pilihan antara barang dan perkhidmatan yang di kehendaki dan membuat pilihan antara penggunaan sekarang dengan masa depan.

Pengguna akan membuat pilihan yang cekap supaya dapat memaksimumkan kepuasan , manakala  pengeluar mula membuat pilihan atau keputusan yang cekap supaya dapat memaksimumkan keuntungan .

c. Kos Lepas
Masalah pilihan akan menyebabkan kos melepas . Kos melepas bermaksud barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan yang terbaik . Kos lepas timbul akibat daripada faktor-faktor  pengeluaran yang terhad .


Barang
    X

                   A

  • H
                                    .B
                  
                            
                                                   


                                                                       C
             0                                                          Barang Y







B












Rajah 1.1 : Keluk Kemungkinan Keluaran


Kekurangan di tunjukkan oleh sebarang kombinasi yang berada di luar Keluk Kemungkinan Keluaran (KKP). Misalnya, titik H , merupakan kombinasi keluaran yang tidak boleh di capai kerana faktor-faktor  pengeluaran yang tidak mencukupi.

Pilihan di tunjukan oleh pergerakkan di sepanjang KKP yang merupakan pilihan kecekapan. Konsep kecekapan merujuk kepada kecekapan teknologi dan ekonomi. Contohnya dari titik A ke B.

Masyarakat boleh memilih sama ada hanya menghasilkan satu barang sahaja seperti kombinasi  A, atau  C.ataupun kombinasi 2 barang seperti titik B. Pilihan masyarakat ini adalah penting untuk menentukan corak pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Kecekapan teknologi merujuk kepada penggunaan faktor pengeluaran yang dimiliki bagi menghasilkan output yang paling maksimum tanpa sebarang pembaziran. Masyarakat atau ekonomi dikatakan mencapai kecekapan teknologi jika ia menghasilkan output yang maksimum dengan menggunakan faktor pengeluaran yang minimum.

Kecekapan ekonomi melibatkan kecekapan dalam

  • pemilihan barang yang hendak dikeluarkan .
  • pemilihan faktor pengeluaran
  • pengagihan faktor pengeluaran yang terhad.

Pengagihan hasil yang dikeluarkan kepada pengguna. Kecekapan ekonomi tercapai apabila barang yang paling penting dan sesuai telah dipilih untuk dikeluarkan dengan cara pengeluaran yang paling murah dan cekap.

Masyarakat yang mengeluarkan kombinasi barangan di atas KKP dikatakan telah mencapai kecekapan teknologi dan ekonomi kerana

  • mencapai guna tenaga penuh.
  • Pengangguran dihapuskan.
  • Pengeluaran maksimum dengan kos yang minima.










1.4 MASALAH-MASALAH ASAS EKONOMI

Masalah ekonomi akan timbul akibat daripada kehendak manusia yang tidak terhad berbanding dengan faktor-faktor pengeluaran yang terhad.
Kehendak manusia yang tidak terhad dan sentiasa melebihi apa yang dapat diciptakan oleh faktor-faktor pengeluaran akan mewujudkan tiga masalah asas ekonomi iaitu :-


a. Apakah jenis barang yang harus dikeluarkan.

  • Masalah ini sangat berkaitan dengan konsep kos lepas. Ini kerana ia melibatkan pemilihan antara dua barang yang hendak dikeluarkan.
  • Oleh itu masyarakat terpaksa menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan dan jenis barang yang sanggup dilepaskan pada suatu ketika.
  • Ini disebabkan oleh ketidakmampuan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada untuk memenuhi kehendak kehendak manusia yang tidak terhad.
  • Selain membuat pilihan tentang jenis barang yang harus dikeluarkan, masyarakat juga terpaksa menetukan jumlah setiap jenis barang yang akan dikeluarkan.
  • Ini sangat penting kerana semakin banyak sesuatu barang yang dikeluarkan maka semakin kurang barang lain yang dapat diciptakan


b. Bagaimanakah cara hendak mengeluarkan barang tersebut ?

  • Apabila jenis barang yang hendak dikeluarkan telah ditentukan, masyarakat harus membuat pilihan bagaimana hendak mengeluarkannya.
  • Biasanya terdapat beberapa cara samaada dengan cara pengeluaran yang berintensifkan buruh atau berintensifkan modal dan teknologi.
  • Masyarakat juga harus menetukan sumber-sumber gabungan, sumbr-sumber ekonomi yang harus digunakan untuk mengeluarkan barang-barang itu.
  • Walaubagaimanapun masyarakat akan memilih cara paling cekap untuk mengeluarkan barang-barang itu supaya kos pengeluaran diminimumkan.




  1. Untuk siapakah barag-barang itu dikeluarkan ?

  • Masalah seterusnya ialah bagaimanakah barang-barang tersebut harus diagihkan kepada pelbagai golongan dalam masyarakat.
  • Biasanya ia diselesaikan melalui corak pengagihan kekayaan dan pendapatan.
  • Golongan berpendapatan tinggi cenderung menikmati lebih banyak barang berbanding golongan yang berpendapatan  rendah.Untuk menjamin seluruh masyarakat dapat menikmati barag-barang tersebut satu system pengagihan pendapatan yang optimum harus diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan.


Masalah-masalah asas ekonomi dihadapi oleh setiap masyarakat tetapi penyelesaiannya berbeza-beza antara sistem-sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara




























1. Oleh sebab _______________ yang ada adalah _______________ , maka  barangan dan perkhidmatan yang dapat dihasilkan adalah kurang daripada jumlah keperluan manusia.

  1. Bidang kajian ekonomi dibahagikan kepada ______________ dan _____________ .

  1. Nyatakan tiga masalah asas ekonomi

4. Mikroekonomi merupakan salah satu cabang ekonomi
   yang mengkaji mengenai perlakuan pengguna   dan     
    pengeluar menggenai penggunaan dan pengeluaran  
   barangan dan perkhidmatan.    (  Betul \ Salah )


        AKTIVITI 1A
Setelah mengikuti input ini, sila uji kefahaman anda dengan aktiviti berikut,…… ingat jangan cuba menipu diri. Ujilah kefahaman anda secara ikhlas dan jujur sebelum anda meneruskan input selanjutnya.















































MAKLUM BALAS AKTIVITI 1A
PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab kesmua soalan dalam aktiviti 1A

  1. Faktor pengeluaran,  terhad

  1. Makroekonomi dan mikroekonomi

3. i. Apakah jenis barang yang harus dikeluarkan
ii. Bagaimanakah cara hendak mengeluarkan barang tersebut ?

  1. Untuk siapakah barag-barang itu dikeluarkan ?

4. Betul












































1.5 SISTEM-SISTEM EKONOMI DUNIA.

a) Sistem Ekonomi Pasaran Bebas.

Kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi individu dan sector swasta bebas menjalankan kegiatan ekonomi. Sistem ini berfungsi dibwah makanisme harga , melalui perubahan harga pasaran, masalah lebihan permintaan dan lebihan penawaran diatasi.

Harga keseimbangan pasaran keluaran dan faktor tercapai apabila permintaan sama dengan penawaran. Masalah asas ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga.

Individu dibenarkan memiliki harta dan harta yang dimiliki itu boleh diwarisi. Dengan perkataan lain individu berhak memiliki dan menggunakan sumber ekonomi.

Kebebasan berusaha iaitu :-

  • Individu bebas mamilih pekerjaan tertakluk kepada undang-undang masyarakat.
  • Individu bebas menggunakan harta dan asset sendiri.
  • Pengusaha bebas menjalankn sebarang jenis perniagaan.

Persaingan bebas diantara firma-firma, pekerja dan para pengguna.
Kebebasan penggunaan, iaitu individubebas membeli barang mengikut citarasa dan kemampuannya.

Sebagai akibat kegiatan permintaan dan penawaran, ekonomi tersebut dapat menentukan jenis, kuantiti, harga barang yang dikehendaki masyarakat, ini adalah kerana bila permintaan barang dan perkhidmatan bertambah maka sector firma akan meminta lebih banyak faktor-faktor pengeluaran dari sector isi rumah.

Masalah apa yang dikeluarkan dan berapa banyak yang dapat diselesaikan oleh mekanisme pasaran melalui kuasa permintaan dan penawaran.Soalan bagaimana hendak dikeluarkan adalah ditentukan oleh persaingan diantara pengeluar.

Oleh sebab tujuan pengeluar ialah memaksimumkan keuntungan maka mereka akan memilih kaedah pengeluaran yang paling cekap dengan kos pengeluaran yang paling rendah.

Soalan tentang untuk siapa barang-barang dan perkhidmatan dikeluarkan adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Semakinkaya seseorang individu semakin besar kuasa belinya keatas barang dan perkhidmatan.


b. Sistem Ekonomi Campuran.

Sistem ekonomi campuran adalah satu sistem dimana pihak persendirian dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan kepada masalah ekonomi.

Walaupun begitu masyarakat masih mempunyai kebebasan yang cukup luas untuk membentukkan kegiatan ekonomi yang baik dapat dijalankan.Contohnya Negara yang mengamalkan kegiatan ekonomi campuran ialah Malaysia dan Singapura.

Tujuan campur tangan kerajaan adalah untuk :

  • Menjamin dan menjaga perkembangan ekonomi yang stabil.
  • Menjamin pengagihan pendapatan yang lebih rata dan menghindarkan penindasan yang tidak adil.
  • Menyediakan barangan awam secara cekap untuk mmpertinggikan kebajikan social dan kemakmuran masyarakat.
  • Mengawasi kuasa-kuasa luar yang merugikan masyarakat.
  • Mengawasi kuasa-kuasa monopoli.

Mekanisma harga masih memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Kerajaan akan campur tangan apabila wujudnya kelemahan mekanisma pasar.

Sektor swasta bebas memilih penggunaan teknik pengeluaran. Pengguna bebas memilih barang untuk dibeli. Walaubagaimanapun, kebebasan sector swasta dikawal oleh kerajaan melalui undang-undang.


  1. Sistem Ekonomi Perancangan Pusat.

Sistem ekonomi perancangan pusat diamalkan oleh Negara-negara komunis. Dalam sistem ini semua asset dan faktor-faktor pengeluaran adalah dimiliki oleh kerajaan yang menetukan segala kegiatan ekonomi.

Pihak individu tidak mempunyai kebebasan dan kuasa dalam menentukan segala kegiatan ekonomi. Agihan faktor pengeluaran akan mementingkan kebajikan masyarakat dam keselamatan negara.

Bagaimana sistem  ekonomi perancangan pusat menyelesaikan masalah asas ekonomi.

Apa dan berapa banyak dikeluarkan.
Masalah apa dan berapa banyak ditentukan oleh kerajaan dan pengguna tidak mempunyai kuasa membuat pilihan untuk memaksimunkan kepuasan.

Bagaimana cara mengeluarkan.
Ia adalah ditentukan oleh unit-unit pengeluaran kerajaan dengan berdasarkan faktor-faktor pengeluaran yang cekap dan murah.
Dengan memiliki semua tenaga buruh maka kerajaan akan memastikan tiada tenaga buruh yang tertindas dan pengangguran tidak akan berlaku.

Untuk siapa dikeluarkan.
Masalah untuk siapa ia dikeluarkan akan ditentukan berdasarkan pengagihan pendapatan. Kerajaan akan menentukan agihan berasaskan harga.


d. Sistem Ekonomi Islam.

Sistem ini beasanya diamalkan oleh negara yang beragama islam. Ia lebih mengkaji kehidupan manusia dalam masyarakat yang berkaitan denganislam sesuai dengan hokum agama.

  Ciri-ciri Sistem Ekonomi Islam:

Keseimbangan antara kepentingan individu dengan masyarakat. Sistem ini tidak mengorbankan kepentingan individu dami kepentingan ramai dan sebaliknya.

Terdapat hak milik individu dan hak milik umum.

  • Maka setiap individu mempunyai kebebasan dalam memiliki faktor pengeluarandan kekayaan ekonomi.
  • Ia juga menghadkan harga yang dikhususkan bagi kepentingan umum.
  • Harta demikian dikenali hak milik umum yang diuruskan oleh pihak kerajaan.

Kegiatan individu tertakluk kepada akidah, syariat islam dan akhlak.

  • Kegiatan ekonomi ini tidak semata-mata untuk mendapatka keuntungan tetapi juga untuk mencapai cita-cita luhur.

Kebebasan dalam membuat keputusan ekonomi.

  • Pihak kerajaan tidak akan mencampuri dalam kegiatan ini selagi ia tidak melibatkan segala jenis aktiviti dan barang haram oleh islam.

Terdapat persaingan bebas antara individu dalam ekonomi.

  • Pemilik faktor pengeluaran bebas bersaing dalam pasaran faktor untuk menjual faktor pengekuaran mereka.
  • Pengeluar juga mempunyai kebebasan untuk bersaing dalm pasaran barang dalampenjualan kereta mereka.



1.6 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SISTEM EKONOMI.


a. Kebaikan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas.

i. Pasar memberi maklumat yamg tepat kepada pengeluar.
Para pengeluar melakukan kegiatan pengeluaran dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Maka mereka harus pilih jenis barangan yang dapat dihasilkan secara menguntungkan. Dalam hal ini, pasar memberikan maklumat yang tepat tentang jumlah permintaan dan harga pelbagai jenis barang.

ii. Pasar menggalakkan penggunaan barangan dan faktor pengeluaran secara cekap.
Harga sesuatu barang dalam pasaran bebas ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran. Semakin tinggi permintaan atau semakin rendah penawaran akan menyebabkan semakin tinggi harga.



iii. Pasar memberikan kebebasan yang luas kepada anggota masyarakat melakukan kegiatan ekonomi.
Individu bebas membeli faktor pengeluaran kepada pengeluar dan mereka juga bebas membeli barang yang mereka kehendaki. Para pengeluar juga bebas memilih faktor pengeluar yang dikehendaki untuk menghasilkan barang yang dipilihnya.

iv. Pasar menggalakkan perkembangan teknologi dan inovasi.
Untuk menandakan pengeluaran dan keuntungan para pengeluar digalakkan untuk menggunakan teknologi yang lebih moden dan teknik serta pengurusan yang lebih cekap.

b. Keburukan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas.

i. Naik turun yang hebat dalam kegiatan ekonomi.
Pada masa tertentu inflasi akan berlaku tetapi pada masa berikut penguguran akan  terjadi. Ketidakstabilan ekonomi ini akan menyebabkan kerugian yang besar kepada masyarakat.   

ii. Kebebasan yang luas menyebabkan kerugian golongan tertentu.
Sistem ekonomi ini membawa kerugian kepada golongan yang lemah dan minority persaingan yang hebat menyebabkan firma besar menghalang firma kecil untuk berkembang dan golongan kaya menindas golongan miskin.

iii. Gagal menyediakan barangan mewah.
Barangan awam adalah barangan dan perkhidmatan yang harus ditawarkan kepada semua orang. Contohnya seperti pertahanan negara, perkhidmatan polis, pembinaan jalanraya dan sebagainya.

iv. Menyebabkan kesan luar yang merugikan.
Kesan luar yang wujud dalam sistem ini ialah pencemaran udara, kesesakkan lalulintas dan lain-lain.Kesan ini menjelaskan perbezaan antara keuntungan perseorangan dan social. Contohnya proses pengeluaran untuk memaksimunkan keuntungan mengakibatkan pencemaran maka keuntungan perseorangan adalah positif tetapi keuntungan social adalah negative yang merugikan.

v. Menggalakan kuasa monopoli.
Sistem ini akan menggalakkan firma besar menguasai pasaran dan dapat keuntungan yang besar. Contoh, beberapa perusahaan raksasa di A.Syarikat dan Jepun menguasai pasaran dan mempunyai kuasa yang besar dipasaran dalam menentukan harga dan jenis barang yang ditawarkan. Kadangkala kuasa monopoli mereka dalam ekonomi dapar mempengaruhi keputusan politik yang dibuat oleh kerajaan.





















        AKTIVITI 1B
.
Setelah mengikuti input ini, sila uji kefahaman anda dengan aktiviti berikut,…… ingat jangan cuba menipu diri. Ujilah kefahaman anda secara ikhlas dan jujur sebelum anda meneruskan input selanjutnya















  1. Sebutkan 4 jenis sistem Ekonomi

  1. Apakah sistem Ekonomi Perancangan Pusat

  1. Bagaimana makanisme harga berfungsi dalam ekonomi

4.      Nyatakan 3 kebaikan Sistem Ekonomi  Pasaran Bebas






























MAKLUMBALAS
AKTIVITI 1B

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat menjawab kesmua soalan dalam aktiviti 1B




















1. i.   Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
ii.  Sistem Ekonomi Campuran
iii. Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
      iv. Sistem Ekonomi Islam


  1. i.  Sistem ini di amalkan diamalkan oleh negara komunis
ii. Semua aset dan faktor pengeluaran dimiliki oleh kerajaan
iii, Individu tiada kebebasan menentukan kegiatan ekonomi.
iv. Agihan faktor pengeluaran memntingkan kebajikan
    masyarakat dan kepentingan negara

  1. Melalui interaksi permintaan dan penawaran dalam pasaran

4. i.  Maklumat tepat kepada pengeluar
ii. Menggalakan penggunaan barangan dan factor
    pengeluaran secara cekap
iii. Memberi kebebasan melakukan kegiatan ekonomi.
































PENILAIAN KENDIRI






  • ANDA HAMPIR MENUJU KEARAH KEJAYAAN. UNTUK MEMASTIKAN

  • MATLAMAT ANDA  TERCAPAI SILA JAWAB SOALAN DALAM

  • PENILAIAN KENDIRI DIBAWAH.

  • SILA BERHUBUNG DENGAN PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.

  • RUJUK KEPADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN B



SELAMAT MENCUBA

























Bahagian 1 – Soalan Betul atau Salah


Arahan : Tandakan  ( / )  bagi jawapan yang betul atau ( X ) bagi jawapan yang salah.

Bil
Kenyataan

Jawapan
1
Ilmu ekonomi dapat didefinisikan sebagai sains sosial yang mengkaji perlakuan individu sahaja
      
X
2
Kos lepas merupakan kos yang ditanggung oleh pengguna
X
3
Faktor Pengeluaran terdiri daripada  tanah, buruh modal dan Pengusaha
/
4
Masalah ekonomi akan timbul akibat kehendak manasia yang tidak terhad berbanding faktor pengeluar yang tidak terhad
X
5
Kerajaan tidak campurtangan dalam ekonomi pasaran bebas
/
6
Persoalan tentang  untuk siapa, barangan dan perkhidmatan dikeluarakan ditentukan oleh permintaan dan penawaran
/
7
Sistem Ekonomi tidak boleh diamalkan oleh orang bukan Islam
X
8
Aqidah, Syariat dan Ahlak Islam menjadi tunjang dalam system ekonomi Islam
/
9
Naik turun dalam kegiatan ekonomi disebabkan oleh makanisme harga
/
10
Ekonomi adalah satu disiplin Ilmu yang tidak penting
X











Bahagian 2 – Soalan Aneka Pilihan




1. Di dalam sistem pasaran ekonomi pasaran bebas, masalah ekonomi boleh
diselesaikan melalui
A. makenisme harga
B. keputusan kerajaan
C. keputusan pengeluar
D keputusan pengguna

2. Ekonomi campuran merujuk kepada suatu ekonomi
A sektor pertanian dan Industri
B perdagangan dalam dan luar negeri
C sektor kewangan dan sara diri
D milikan awam dan swasta

3. Kerajaan perlu campurtangan dalam ekonomi kerana kerajaan mempunyai
A kerajaan mempunyai kuasa
B kerajaan mempunyai kepentingan dalam sector tertentu
C keadaan ekonomi susah dipastikan
D sistem  pasar bebas gagal memperuntukkan sumber-sumber dengan cekap

4. Pilih satu kenyataan yang salah tentang sebab kerajaan camputangan dalam ekonomi
A. Menyediakan barang-barang dan perkhidmatan
B. Mengawal kewujudan industri monopoli
C Memperbaiki corak pengagihan pendapatan
D Memaksimumkan cukai pendapatan

5. Kelebihan sistem ekonomi perancangan pusat
I Pertumbuhan ekonomi pesat
II Kebajikan masyarakat terjejas
III Agihan pendapatan yang agak seimbang
IV Penggunaan sumber cekap
A I sahaja
B III sahaja
C I dan III sahaja
D II dan III sahaja







Bahagian 3 – Soalan Esei


Soalan 1

Terangkan apakah yang dimaksiudkan dengan sistem ekonomi berikut:

  1. sistem ekonomi campuran
  2. sistem ekonomi perancangan pusat


Soalan 2

Bagaimanakah masalah ekonomi diselesaikan di bawah sistem ekonomi pasaran

































MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


Bahagian 1 – Soalan Betul atau Salah




Bahagian 3 -  Soalan Esei
1.   Salah2.   Salah
3.   Betul
4.   Salah
5.   Betul
6.   Betul
7.   Salah
8.   Betul
9.   Betul
10. Salah

Bahagian   2 – Soalan Aneka Pilihan


1. A
2. B
3. D
4. D
5. B

Bahagian   3 – Soalan Esei


Soalan 1
a) Sistem ekonomi campuran

  • Campuran pelbagai sitem ekonomi contoh Malaysia
  • Sektor awam dan sektor swasta bersama membuat keputusan
  • Kerajaan campurtangan keran mekanisme harga kurang berfungsi
  • Wujud persaingan di antara pengeluar

b) Sistem ekonomi Perancangan Pusat

  • Kawalan kerajaan sepenuhnya
  • Semua masalah ekonomi diselesaikan oleh kerajaan
  • Juga dikenali sebagai sistem Sosialis

Soalan 2

Penyelesaian masalah asas ekonomi sistem pasaran bebas

  • Apa dan berapa banya hendak dikeluarkan – diselesaikan melalui mekanisme harga.
  • Bagaimana mengeluarkan – diselesaikan melalui harga factor di pasaran
  • Untuk siapa dikeluarkan – ditentukan oleh agihan pendapatan