April 30, 2012

A1001_Pendidikan Islam 1_UNIT4

UNIT  
4
UNIT  5
KONSEPSYAHADAH



OBJEKTIF



OBJEKTIF AM
  1. Mengetahui dan memahami konsep dan tuntutan syahadah.
  2. Memahami implikasi ucapan dua kalimah syahadah dalam kehidupan.
    3.    Mengaplikasi tuntutan syahadah dalam kehidupan harian.


OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
  1. menghuraikan konsep syahadatain.
  2. membezakan tauhid Uluhiyyah dan tauhid Rububiyyah.
  3. menghuraikan faktor-faktor yang boleh membatalkan syahadah.
  4. memberi contoh-contoh tingkah laku yang membatalkan syahadah.







INPUT
(KONSEP SYAHADAH)



4.0    PENGENALAN.

Perkataan syahadah adalah dijelmakan dari bahasa Arab yang bermaksud pengetahuan, penyaksian, pengkhabaran dan pegangan. Oleh itu, syahadah boleh disimpulkan sebagai suatu kesaksian atau ikrar berlandaskan apa yang diketahui. Kesaksian ini boleh dilakukan sama ada dalam bentuk lisan mahupun perbuatan.

Fiman Allah SWT :





Maksudnya :
Tiadalah orang-orang musyrik itu berhak meramaikan masjid-masjid Allah sedang mereka telah mengakui bahawa mereka sendiri tidak beriman, itulah orang-orang yang pekerjaan mereka terbuang percuma sahaja, dan mereka kekal di neraka”
                        ( at-Taubah : 17)

Seandainya syahadah lidahnya itu berlawanan dengan apa yang dipercayai oleh hatinya maka syahadah itu dinamakan syahadah dusta (pengakuan dusta) kerana mengkhabarkan sesuatu yang berlawanan dengan kepercayaannya. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya :










Maksudya :
Apabila orang-orang munafiq datang kepada kamu, mereka berkata : Kami mengakui bahawa engkau sesungguhnya utusan Allah. Dan Allah mengetahui, bahawa kamu sesungguhnya utusanNya, dan Allah mengakui bahawa sesungguhnya orang-orang munafiq itu dusta.”
                        ( al-Munafiquun : 1)

Dalam aqidah Islam terdapat 2 syahadah iaitu syahadah kepada Allah dan syahadah kepada Rasul. Ini dibuktikan dengan untaian kalimah syahadah itu sendiri yang sering diucapkan oleh setiap muslim.



Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad Pesuruh Allah.”


4.1    Pengertian Syahadah dan Tuntutannya.   

4.1.1    Syahadah Kepada Allah.

Syahadah ini bermaksud mentauhidkan Allah dengan tauhid Rububiyyah, tauhid Uluhiyyah, tauhid al Asma’, as Sifah wa al Af`al serta tidak menghadapkan sembahan kepada sesuatu yang lain selain dari Allah SWT.

Di dalam kalimah La Ilaha Illallah  terdapat dua perkara rukun iaitu nafi  (penafian) dan ithbat ( penegasan ). Nafi dapat diperhatikan pada kalimah ( La Ilaha ) yang bererti menolak sebarang bentuk pengabdian selain daripada Allah. Penegasannya dapat diperhatikan pada kalimah ( Illallah ) yang bererti menegaskan tentang hakikat ketuhanan Tuhan yang maha Esa lagi tunggal ( Allah ).

4.1.2    Syahadah Kepada Rasul.

Syahadah ini bermaksud ikrar dan tasdiq dengan segala syariat yang dibawa oleh Nabi atau Rasulullah SAW dan segala pemberitahuan mengenai perkara ghaib semuanya datang dari Allah serta menerima semua akhlak dan sifat kerasulan seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

Syahadah ini merupakan teras Islam yang kedua. Syahadah ini menuntut manusia mengetahui, membenar dan meyakini dengan tuntas bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah serta membuktikannya dengan perkataan dan perbuatan secara sekaligus.

Pembuktian dengan perkataan ialah melafazkan kalimah syahadah itu dengan lidah. Manakala pembuktian dengan perbuatan ialah menegakkan tingkah laku dan seluruh tindak tanduk yang bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW serta menurut jejak langkah baginda.

Pada dasarnya pengutusan para rasul bertujuan untuk mengesakan Allah. Dialah Tuhan Rabb al-‘Alamin dan Tuhan para rasul tersebut. Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah.

Tidak diragukan lagi untuk mencapai kesempurnaan hidup, manusia bukan sahaja berkehendakkan kepada perkara-perkara asasi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan jasmani yang lain, tetapi manusia juga berkehendakkan sesuatu untuk memenuhi tuntutan roh. Dengan memenuhi tuntutan roh, manusia akan mencapai taraf kesempurnaan sebagai manusia yang mulia dan berbeza dengan makhluk yang lain.

Tugas Rasulullah SAW adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Allah SWT adalah penciptanya yang layak disembah dan Dialah yang meletakkan manusia ke jalan yang lurus. Dengan keyakinan ini barulah manusia dapat sampai ke jalan kebahagiaan dan kesempurnaan sebenar.

Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta dan Sirat al-Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah dan terhad. Manusia sering kali melakukan kesilapan. Oleh itu pengutusan para rasul menunjukkan kebijaksanaanNya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia.

Sebagai kesimpulannya, adalah tidak sepatutnya manusia mengingkari rasul Allah . Firman Allah SWT :



Maksudnya :
“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya ketika mana mereka berkata : Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia.”                                               
(  al-An’am : 91)

4.1.3    Mengingkari Kenabian Rasulullah.

Mengingkari kenabian Nabi Muhammad SAW setelah nyata dalil-dalil mengenai kebenaran dan kenabiannya bererti merendah dan melemahkan akal manusia. Sikap seperti ini merupakan keingkaran yang sangat buruk, kedegilan yang sangat tebal dan dosa yang sangat besar. Menolak Sunnah Rasulullah SAW juga adalah merupakan keingkaran terhadap kenabiannya seperti golongan anti hadis dan sebagainya.

4.1.4      Kesan Dan Implikasi Beriman Dengan Rasulullah SAW.

Beriman dengan nabi Muhammad SAW bererti mengimani secara mutlak, tuntas dan sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan oleh baginda adalah datangnya dari Allah SWT. Beriman dengan Rasulullah tidak boleh sama sekali dengan cara mempercayai dan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian dari ajarannya. Sikap yang sebegini bukanlah merupakan keimanan yang mutlak terhadap kenabian Rasulullah SAW. Al Qur’an banyak menyatakan dalil-dalil tentang kesan keimanan kepada nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah Firman Allah SWT :




Maksudnya :
“Dan taatilah Allah dan rasul, supaya kamu diberikan rahmat.”
                       
( Ali ‘Imran: 132)

Firman Allah SWT :



Maksudnya :
“Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.”   
( Ali ‘Imran : 31)

Firman Allah SWT :






Maksudnya :
“Apa yang diberikan rasul kepadamu terimalah dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah.”   
                               ( al-Hasyr : 7)
Dalil-dalil seperti yang dinyatakan tadi sememangnya banyak di dalam al Qur’an mengingatkan orang-orang beriman akan tanggungjawab mereka selepas beriman kepada Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul. Antaranya :
  • Dalil-dalil tersebut menyuruh manusia mentaati Nabi Muhammad SAW kerana taatkan baginda bererti taatkan Allah SWT. Balasan bagi orang yang mentaati Allah ialah syurga al Na’im dan balasan bagi yang mengingkarinya ialah neraka.
  • Dalil-dalil tersebut menjelaskan kepada orang mukmin bahawa beriman kepada Rasulullah SAW bererti mengikuti apa yang disuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarang.

4.2    Tauhid Rububiyyah Dan Tauhid Uluhiyyah.

Tauhid al Rububiyyah bermakna mempercayai bahawa Allah SWT sebagai Rabb atau Pencipta, bersifat Esa, Penguasa dan Tuan bagi sekelian alam dan menafikan sekutu daripada Allah SWT dalam sifat-sifat RububiyyahNya yakni, penciptaan, pemberian rezeki, penguasaan dan sebagainya. Tauhid al Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.

4.2.1    Tauhid al Rububiyyah.

Perkataan ‘Rabb’ ada mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah :
  1. As-Sayyid (Tuan).
  2. Al-Malik (Yang Memiliki sesuatu).
  3. Pencipta.
  4. Penguasa.
  5. Pendidik.
  6. Pengasuh.
  7. Penjaga.
  8. Pengislah.


Oleh itu, Tauhid al Rububiyyah ialah ‘itikad atau keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai sifat yang sempurna. Segala sesuatu yang ada di dalam alam ini adalah milik Allah SWT. Dialah Rabbul ‘Alamin. Dialah yang berkuasa, menghidup dan mematikan. Dialah juga yang berkuasa memberikan manfaat dan mudharat. Jika Allah mahu memberikan manfaat kepada seseorang, maka tiada siapa yang mampu menghalangnya dan begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian, hanya Allah sahaja berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudharat. Firman Allah SWT :







Maksudnya :
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.”
                            ( al-An’am : 17)


Dengan itu, semua makhluk bergantung kepadaNya, memerlukan pertolonganNya serta berharap kepadaNya. Apa yang dimiliki makhluk hanya bersifat sementara dan pinjaman. Oleh itu jika manusia mempunyai sifat berkuasa dan memiliki, maka sifat itu hanya sementara kerana segala sesuatu di alam ini adalah kepunyaan Allah SWT.

Begitu juga dengan kepandaian dan kebijaksanaan yang dimiliki manusia, semuanya datang dari Allah SWT. Ini kerana hakikat sebenarnya ialah manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidak mempunyai apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk serta gerak nafasnya datang dari Allah SWT. Dengan keyakinan itu, maka timbul kesan syahadah tauhid dalam diri seseorang muslim. Dia hanya takut kepada Allah SWT dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu juga kerana keyakinannya kepada Allah.

Natijah keyakinan ini dapat disorot kembali dalam kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat. Sebelum keluar berhijrah ke Madinah al Munawwarah, Rasulullah SAW telah memerintahkan Saidina Ali KW untuk tidur di atas katilnya sedangkan ketika itu puak musyrikin sedang mengintip untuk membunuh Rasulullah SAW. Bagaimanapun, kerana keyakinannya kepada kekuasaan Allah menyebabkan dia sanggup mengikut perintah Rasulullah SAW. Walaupun dari segi logik akal yang cetek, risikonya adalah tinggi.

Natijah yang sama juga dapat dilihat pada Saidina Bilal bin Rabah yang dijemur di bawah pancaran matahari terik dan diheret di padang pasir serta diseksa dengan meletakkan batu besar di atas dadanya. Bagaimanapun dia tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah.

4.2.1.1    Fitrah Manusia Mengakui Sifat Rububiyyah Allah SWT.

Hakikat ini dapat dibuktikan secara jelas dengan pengiktirafan orang-orang kafir Quraish semasa al Qur’an diturunkan dan menyeru mereka supaya menyembah Allah SWT. Mereka mengaku bahawa tidak layak bagi manusia lebih-lebih lagi patung dan berhala bersifat dengan salah satu sifat rububiyyah Allah SWT. Sebagai contoh berhala yang mereka sembah itu sendiri tidak mempunyai sifat penguasa yang mutlak dan pencipta yang mutlak kerana berhala-berhala tadi juga diciptakan oleh manusia. Allah SWT telah telah mengabadikan pengakuan mereka itu di dalam al Qur’an. Antaranya ialah Firman Allah SWT :



Maksudnya :
“Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka”, nescaya mereka menjawab: “Allah”.   
( az-Zukhruf: 87)
Firman Allah SWT lagi :




Maksudnya :
“Dan jika kanu bertanyakan mereka tentang : Siapakah pencipta langit dan bumi ? Nescaya mereka menjawab : Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.             ( az-Zukhruf : 9)

Berdasarkan kepada ayat di atas dapat disimpulkan bahawa tidak susah untuk membuktikan Rububiyyah Allah SWT. Ianya dapat dibuktikan melalui fitrah manusia itu sendiri. Manusia yang mensyirikkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah Yang Maha Pencipta.

Al Qur’an juga mengiktiraf adanya tauhid Rububiyyah di dalam jiwa manusia. Ini dapat diperhatikan pada firman Allah  SWT :








Maksudnya :
“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini (kebenaran)nya”.
( an-Naml : 14)

Keengganan dan kesombongan sebahagian manusia untuk mengakui kewujudan Allah sebagai Pencipta, sebenarnya didorong oleh perasaan sombong, degil dan keras hati. Hakikatnya, fitrah manusia tidak boleh kosong dari memiliki perasaan mendalam yang mengakui kewujudan Pencipta. Tabiat manusia apabila berada di saat genting dan kesusahan tidak akan terlintas sesuatu di dalam hatinya kecuali Allah sahaja. Di saat itu segenap perasaan dan fikirannya di pusatkan kepada Allah SWT sahaja. Ini dibuktikan melalui firman Allah SWT :







Maksudnya :
“Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepadaNya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang mengingkari ayat-ayat kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar.”  
( Luqman : 32)

4.2.2 Tauhid Uluhiyyah Dan Pengertiannya.

Tauhid Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah SWT dalam peribadatan dan penyembahan kepada Allah menurut cara-cara atau kaedah-kaedah yang telah disyariatkan yang berupa amalan-amalan hati dan anggota lahiriah. Dengan tujuan inilah Allah SWT mengutuskan rasul untuk menyeru manusia menerima Tauhid Uluhiyyah. Firman Allah SWT:




Maksudnya :
Dan Kami tidak mengutuskan rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku”.          
         ( al-Anbiya’ : 25)
   
Firman Allah SWT :





Maksudnya :
“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru) : Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”
( an-Nahl : 36)


Makna Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah. Apa yang kita puja dan sembah ia adalah Ilah kita. Orang yang beriman dengan keimanan yang tuntas hanya menjadikan Allah sebagai Ilahnya kerana Allah sahaja yang layak disembah dan diberi ketaatan sepenuhnya. Itulah makna Tauhid al Uluhiyyah.


4.2.3   Hubungan Antara Tauhid Rububiyyah Dengan Tauhid Uluhiyyah.

Tauhid Rububiyyah akan melahirkan keimanan kepada tauhid Uluhiyyah. Tauhid Uluhiyyah pula mengesakan Allah dalam pengabdian berbentuk amal perbuatan dan tingkah laku para hamba dan amal perbuatan ini membezakan di antara muslim dan bukan muslim. Al Qur’an terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy agar mengakui Tauhid al Rububiyyah. Apabila mereka menerima Tauhid al Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan yang menghubungkan mereka dengan tauhid al Uluhiyyah. Firman Allah SWT :









Maksudnya :
Hai manusia, telah dibuat perumpamaan maka dengarlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan sesekor lalat, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tidak mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah.”
 ( al-Hajj :73)


Ayat di atas mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu hakikat yang nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak berkuasa untuk mencipta sesuatu walaupun seekor lalat. Jika lalat itu mengambil atau merampas sesuatu dari mereka, maka mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali. Ini menandakan kelemahan mereka. Oleh itu akal yang sejahtera tidak boleh menerima penyembahan selain daripada Allah SWT.















AKTIVITI
4A
         





Arahan:
Jawab semua soalan di bawah:

4.1.    Pengakuan terhadap kekuasaan Allah yang Esa disempurnakan dengan kepercayaan terhadapNya dari sudut tauhid Uluhiyyah dan tauhid Rububiyyah.
    Apakah yang dimaksudkan dengan Tauhid Uluhiyyah?
  1. Hanya Allah yang layak disembah.
  2. Allah adalah pencipta dan pemilik alam ini.
  3. Hanya Allah yang berkuasa menghidup dan mematikan makhluk.
  4. Allah berhak memberi rezeki dan manfaat kepada sesiapa yang dikehendakkiNya.

4.2.    Pilih kenyataan yang SALAH dari beberapa kenyataan berikut:
  1. Dosa yang paling besar ialah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah.
  2. Orang-orang Islam mesti mendahulukan akal fikirannya dalam membuat keputusan.
  3. Orang yang memesongkan hukum Allah ialah orang yang sengaja mengada-adakan pembohongan terhadap Allah.
  4. Mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah adalah termasuk dalam perkara yang dianggap sebagai perbuatan kufur.


4.3.    Huraikan secara ringkas tentang konsep syahadah:

    ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
MAKLUM BALAS AKTIVITI 4A



4.1.    A

4.2.    B

4.3.    Perkataan syahadah adalah dijelmakan dari bahasa Arab yang bermaksud pengetahuan, penyaksian, pengkhabaran dan pegangan. Oleh itu, syahadah boleh disimpulkan sebagai suatu kesaksian atau ikrar berlandaskan apa yang diketahui. Kesaksian ini hendaklah dilakukan dalam bentuk lisan mahupun perbuatan.

Dalam aqidah Islam terdapat 2 syahadah iaitu syahadah kepada Allah dan Syahadah kepada Rasul. Ini dibuktikan dengan untaian kalimah syahadah itu sendiri yang sering diucapkan oleh setiap muslim.

Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad Pesuruh Allah.

Seandainya syahadah lidahnya itu berlawanan dengan apa yang dipercayai oleh hatinya maka syahadah itu dinamakan syahadah dusta (pengakuan dusta) kerana mengkhabarkan sesuatu yang berlawanan dengan kepercayaannya.










INPUT
KONSEP SYAHADAH : SAMBUNGAN


    1.    PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH.

Perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian:

Pertama: Iktikad. Kepercayaan yang bertentangan dengan dasar Islam iaitu, contohnya:
  1. Iktikad bahawa alam ini qadim, tidak ada pencipta atau alam ini kekal selama-lamanya.
  2. Iktikad bahawa pencipta alam ini baru, atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baru ataupun mempunyai anak isteri atau berbilang-bilang atau menerima mati.
  3. Iktikad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Iktikad bahawa Rasulullah SAW sebenar ialah yang disebutkan sebagai Muhammad batin, bukan Muhammad yang zahir, atau iktikad bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW hanya untuk orang-orang Arab sahaja, atau iktikad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ialah hukum-hukum yang lapok dan tidak praktikal untuk digunakan pada zaman moden.

Kedua: Perkataan. Iaitu tiap-tiap yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan hukum-hukumNya serta hukum-hukum yang diterang oleh RasulNya. Juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama’ mengistinbatkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:
  1. Hukum apa ini ?
  2. Hukum ini sudah lapok.
  3. Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan.


Ketiga: Perbuatan. Iaitu:
  1. Tiap-tiap perbuatan dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walaupun tidak dengan niat menghormatinya sama seperti Tuhan atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai kepada had sekurang-kurangnya rukuk sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah.
  2. Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang  disembah oleh   orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
  3. Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah.

Di antara contoh-contohnya perbuatan seperti yang dinyatakan di atas ialah menyembah berhala, bertenung nasib, murtad dan lain-lain lagi.

4.4.1    DUA PULUH PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH.

Sekiranya seseorang itu melakukan salah satu daripada 20 perkara berikut maka batallah iman (syahadah) mereka:-
Bil
Per. yang membatalkan
Contoh/Huraian
Banyak juga nak difahamkan

1
Bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah
Bergantung kepada sebab-sebab dan melupakan bahawa yang mengizinkan sebab itu berkesan adalah Allah, dikira maksiat. Bergantung kepada sebab dan yakin pula bahawa sebab-sebab itu tidak ada hubungan dengan Allah, maka dikira syirik dan merosakkan syahadah. Di dalam Al-Quran banyak disebutkan tentang masalah ini.
Firman Allah:
Maksudnya :“Dan tidak ada pertolongan melainkan dari pihak Allah yang Maha Gagah lagi Maha Bijaksana menyembuhkan.”

(Ali-‘Imran: 126)
2
Mengingkari nikmat Allah, sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus.
Firman Allah:
Maksudnya:“Dia memberikan kamu daripada setiap apa yang kamu minta, dan jika kamu menghitung nikmatNya, kamu tidak akan mampu menghitungNya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi kufur.”
(Ibrahim: 34)

Maksudnya :“Sesuatu bahaya tidak akan menimpa kecuali dengan izin Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah nescaya Allah memimpinnya. Dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.”
(At-Taghaabun: 11)
3
Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah. Hal ini sangat dimurkai oleh Allah.
Firman Allah:
Maksudnya :“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan sekelian alam.”
(Al-An’aam: 162)
Berdasarkan ayat tersebut, ditegaskan dengan penuh yakin bahawa tidak ada ibadat atau perhambaan yang ditujukan kecuali kepada Allah.
*
4
Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah.
Undang-undang Negara ini…ana yang punyaaa…ha..ha
Perbuatan seperti ini dikira melawan Allah, kerana Allahlah yang mempunyai hak menentukan undang-undang bagi kehidupan manusia, sama ada halal atau haram, kehakiman atau segala bentuk perintah dan larangan.

Firman Allah:
Maksudnya :“Bukankah semua ciptaan dan kekuasaan itu kepunyaanNya ? Maha Tinggi Allah Pengurus sekalian alan.”
(Al-A’raf: 54)

Maksudnya: “Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum, ia menerangkan kebenaran, dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.”
(Al-An’aam: 57)

Termasuk dalam kategori perbuatan yang merosakkan syahadah ialah orang yang tidak mahu menerima tugas yang diperintahkan oleh Allah kepadanya. Tugas itu ialah melaksanakan hukum Allah di bumi ini sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW.

Hidup ini umpama belayar di laut. Salah haluan tenggelamlah….
Iman kita juga begitu !!!
5
*
Mentaati selain Allah tanpa keredhaanNya
Antara lain bermakna syahadah ialah “Tidak ada yang layak dipatuhi melainkan Allah.” Taat yang dibenarkan dan dikehendaki oleh Allah ialah taat kepada RasulNya. Ini disebabkan mentaati Rasul bermakna mentaati Allah.
Firman Allah:
Maksudnya:“Sesiapa yang mentaati Rasul, maka ia mentaati Allah.”
(An-Nisa’: 80)

Taat kepada pemimpin atau pemerintah hanya dibenarkan selagi mereka tetap mematuhi dan melaksanakan Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah. Jika mereka telah keluar dari keduanya, maka tidak boleh taat kepada mereka. Mereka ketika itu telah melakukan maksiat sama ada mereka itu ulamak atau bukan ulamak.

Sabda Nabi S.A.W. :
Maksudnya :“Tidak ada bentuk ketaatan kepada makhluk di dalam hal durhaka dan maksiat kepada Allah.”
(Riwayat Ahmad dan Hakim)








6
Menjalankan hukum selain daripada hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masalah.

Firman Allah:
Maksudnya :“Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum-hukum yang telah diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang kafir.”
(Al-Maidah: 44)

Maksudnya :“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang  mengaku telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelummu ? Mereka ingin berhakim kepada taghut padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari taghut. Syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah  kamu tunduk kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul, kamu lihat orang-orang munafik menghalangi manusia dengan sekuat-kuatnya darimu.”
(An-Nisa’: 60-61)
7
Benci kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya
Firman Allah:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu. Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka. Yang demikian itu kerana mereka membenci apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menggugurkan amalan mereka.”
(Muhammad: 7-8)
Termasuk di dalam kategori ini ialah membenci atau tidak bersetuju terhadap salah satu daripada hukum Islam sama ada ibadat, muamalat, politik, undang-undang ketika aman mahupun darurat.  Begitu juga terhadap akhlak, cara bermasyarakat dan adab berilmu.
Apa sahaja bentuk kebencian atau penentangan terhadap sesuatu yang terkandung di dalam Al Qur’an atau al Sunnah sama ada kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda, adalah terkeluar dari Islam.
8
Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya.
Firman Allah:
Maksudnya : “Dialah Allah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan celakalah bagi orang-orang kafir kerana seksaan yang amat pedih, iaitu orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari kehidupan akhirat dan menghalang manusia dari jalan Allah, mereka menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada di dalam kesesatan yang jauh.”
(Ibrahim: 2-3)
Maksudnya : “Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka itu di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.”
(Hud: 15-16
9
Menghina salah satu dari ajaran Al Qur’an atau al Sunnah, mempersendakan orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah.
Firman Allah:
Maksudnya : “Orang-orang munafik ini takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka, teruskanlah ejekan-ejekan (terhadap Allah dan RasulNya). Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takutkan itu. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab; Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah ; Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok ? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.”
(At-Taubat: 64-66)
10
Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkanNya.
Firman Allah:
Maksudnya : “Sesungguhnya yang mengadakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang yang berdusta.”
(An-Nahl: 105)
Di antara dusta yang paling besar ialah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.

Firman Allah:
Maksudnay : “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebutkan oleh lidahmu secara dusta. Ini halal dan ini haram untuk mengadakan kebohongan terhadap Allah.  Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung. (Itu adalah) kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab yang amat pedih.”
(An-Nahl: 116-117)

Mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah adalah termasuk perbuatan kufur. Sikap mudah menghalalkan sesuatu atau sebaliknya memberi akibat ynag buruk kepada kalimah syahadah yang telah diucapkan. Orang Islam tidak boleh mendahulukan akal fikirannya sehingga mengatasi Allah dan RasulNya.
11
Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al Qur’an dan al Sunnah.

Firman Allah:
Maksudnya : “Apakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain. Tiada balasan bagi orang yang berbuat demikian melainkan kerugian di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah: 85)
Ya Allah, selamatkanlah imanku….
12
Mengangkat orang-orang kafir dan munafiq sebagai pemimpin serta tidak  mencintai orang-orang Islam dan orang-orang mukmin.
Firman Allah:
Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman,  janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin (kamu), sebahagian mereka adalah ketua sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya (orang-orang munafiq) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata; Kami takut akan mendapat bencana. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya), atau sesuatu keputusan dari sisiNya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahsiakan dalam diri mereka. Dan orang-orang yang beriman akan mengatakan: Inilah orang-orang yang bersumpah sungguh-sungguh dengan nama Allah, bahawasanya mereka benar-benar bersertamu ? Rosak binasalah segala amalan mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang rugi.”
(Al-Maidah: 51-53)
13
Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah S.A.W.

Firman Allah:
Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih dari suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain supaya tidak terhapus (pahala) amalan kamu sedang kamu tidak menyedarinya.
(Al-Hujarat: 2)

14
Rasa takut dan lemah  hati dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik.
Firman Allah:
Maksudnya : “Dan apabila hanya nama Allah sahaja yang disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat dan apabila nama sembahan selain Allah disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati.”
(Az-Zumar: 45)
15
Menyatakan bahawa Al Qur’an terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya.

Jika seseorang berpendapat seperti di atas, maka syahadahnya terbatal. Begitu juga sekiranya beliau berpendapat makna yang tersirat di dalam sesuatu ayat hanya boleh difahami oleh golongan tertentu melalui ilham.
FirmanNya:
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan berupa Al-Quran dengan bahasa Arab agar kamu memahaminya.”
(Yusof: 2)
16
Tidak mengetahui makrifat Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat ketuhananNya atau mengingkari nama-namaNya.

Firman Allah:
Maksudnya : “Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-namaNya itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka lakukan.”
(Al-A’raaf: 180)

17
Tidak mengetahui Rasulullah secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut atau tidak meyakini bahawa Rasulullah SAW adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia.
Firman Allah:
Maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.”
(Al-Ahzaab: 21)
18
Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.
Di dalam satu kaedah ada menyatakan : Sesiapa yang mengkafirkan seseorang mukmin, maka ia kafir. Sebaliknya orang yang tidak mengkafirkan orang kafir, ia menjadi kafir. Begitu juga ia ragu terhadap kekafiran seorang kafir atau seorang mukmin yang telah murtad ia juga dikira kafir.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
Janganlah berlaku sesudahku nanti kekafiran yang memukul sebahagian dari kamu terhadap sebahagian yang lain.”
(Al-Bukhari & Muslim)

19
Mengerjakan sesuatu ibadat bukan kerana Allah seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau ruku’ bukan kepada kepada Allah atau tawaf di sekeliling sesuatu yang lain dari Ka’bah dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.
Firman Allah:
Maksudnya :“Katakanlah sesungguhnya Solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan bagi sekelian alam, tidak ada sekutu baginya dan begitulah sebagaimana aku diperintahkan.”
(Al-An’aam: 162)
20
Berperasaan riya’.

Terdapat bermacam-macam jenis syirik di dalam amalan seharian. Ada di antaranya dinamakan syirik kecil. Sebagai contoh, mengerjakan solat kerana Allah di samping ingin dipuji. Bersedekah kerana sungutan orang atau mahukan orang mengelilinginya memohon itu dan ini.  Atau berjihad agar dikenang sepanjang zaman.  Syirik seperti ini jika datang dalam bentuk was-was atau secara tidak langsung yang bukannya tujuan sebenarnya beramal,  maka ia tidak membatalkan syahadah. Masalah ini dapat dihilangkan dengan berdoa atau memohon ampun kepada Allah. Tetapi kalau itulah tujuan atau cita-cita sebenar, maka batallah syahadahnya.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“Allah telah berfirman yang maksudnya: Akulah yang paling tidak memerlukan kepada sekutu-sekutunya, sesiapa yang melakukan amalan yang menyekutukan Aku dengan yang lain, Aku akan membiarkan dia dengan benda yang disekutukannya itu.”
(Riwayat Muslim)
*
Dah selesai dah unit ini. Bolehlah ikat buku……







AKTIVITI
4B
         






Arahan:
Jawab semua soalan di bawah.

4.4.    Iman dan Islam seseorang boleh rosak melalui iktikad, perkataan dan perbuatan. Di antara berikut manakah kepercayaan yang boleh merosakkan  aqidah seorang muslim ?

i.   Iktikad alam  ini baharu.
ii.  Iktikad bahawa alam ini qadim.
iii. Iktikad bahawa ajaran Nabi Muhammad SAW telah diselewengkan.
iv. Menolak perkara yang telah sekata para alim ulamak mengisbatkannya.
    1. i,ii dan iii.
    2.   ii,iii dan iv.
    3.   i,iii dan iv.
    4.   i,ii,iii dan iv.


4.5. Salman adalah seorang pegawai berpangkat tinggi. Beliau pernah berkata kepada Salleh pekerja bawahannya, bahawa halal baginya meminum arak disebabkan kedudukannya yang terpaksa menghadiri majlis sosial.
Dengan kata-kata itu Salman boleh dianggap……
  1. Syirik.
  2. Munafik.
  3. Rosak syahadah dengan iktikad.
  4. Rosak syahadah dengan perkataan.
    1. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah boleh membatalkan syahadah seseorang.
Ini menunjukkan bahawa manusia….
  1. Bekerja dan beribadat hanya kerana Allah.
  2. Diberi pilihan untuk melakukan sebarang pekerjaan.
  3. Dijadikan Allah untuk berusaha bagi mencapai kejayaan.
  4. Berkhidmat untuk kejayaan agama, bangsa dan negara dengan baik.
    MAKLUM BALAS AKTIVITI 4B




    4.4. D


    4.5. D


    4.6. A



















    PENILAIAN KENDIRI


      1. Dalam akidah Islam terdapat dua syahadah iaitu syahadah kepada Allah dan Syahadah  kepada Rasul
        Apakah yang dimaksudkan dengan syahadah  kepada Allah ?
    1. Menolak segala bentuk pengabdian.
    2. Tidak menyembah selain daripada Allah.
    3. Mentauhidkan Allah dengan tauhid Rububiyyah dan tauhid Uluhiyyah.
    4. Beriman dengan nama-nama Allah, sifat-sifatnya dan af’alnya.
    1. i,ii dan iii.
    2. i,iii dan iv.
    3. ii,iii dan iv.
    4. i,ii,iii dan iv.

    2.     Tauhid Rububiyyah akan melahirkan keimanan kepada tauhid Uluhiyyah.
        Tauhid Uluhiyyah ialah meyakini bahawa…..
    1. Hanya Allah yang layak disembah.
    2. Allah adalah pencipta  dan alam.
    3. Allah berhak memberi rezeki dan manfaat  kepada sesiapa yang dikehendakinya.
    4. Hanya Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan makhluk.


    3.     Diantara perkara yang membatalkan syahadah ialah bertawakkal dan bergantung selain   Allah.
        Ini dapat kita fahami bahawa bertawakkal kepada Allah ialah ….
    1. Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah.
    2. Allah maha mengetahui segala sesuatu.
    3. Allah sahajalah tempat berserah dan bergantung harap.
    4. Allah yang menentukan undang-undang kepada manusia.
    MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI




    1. D


    2. A


    Yahoo……berjaya jugak saya akhirnya…..
    3. C