PERDAGANGAN
P5126
ASPEK PEMASARAN ANTARABANGSA
P5126 Aspek Pemasaran Antarabangsa
UNIT 1 : ORIENTASI, SKOP DAN CABARAN PEMASARAN ANTARABANGSA
- Definisi pemasaran antarabangsa
- Unsur-unsur pemasaran boleh kawal dan tidak boleh kawal
- Tahap-tahap perkembangan pasaran dunia dan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan tersebut
- Konsep pemasaran antarabangsa
- Perubahan dalam orientasi pemasaran antarabangsa
UNIT 2 : PERSEKITARAN PERNIAGAAN GLOBAL
- Perkembangan perdagangan antarabangsa
- Imbangan pembayaran
- Aspek-aspek perlindungan
- Cara-cara mengurangi halangan perdagangan
UNIT 3 : PERSEKITARAN PASARAN GLOBAL
- Aspek-aspek budaya dalam menilai pasaran global
- Kelaziman dan amalan dalam menjalani pemasaran global
UNIT 4 : PERSEKITARAN PASARAN GLOBAL
- Pertimbangan politik di dalam memasuki pasaran asing
- Persekitaran perundangan antarabangsa
UNIT 5 : PENGURUSAN PEMASARAN GLOBAL
- Perbandingan antara pengurusan global dan pemasaran antarabangsa
- Kebaikan orientasi global
- Perancangan strategik
- Strategi kemasukan ke pasaran asing
- Pengorganisasian secara pemusatan dan pemencaran
UNIT 6 : PEMBENTUKAN STRATEGI PEMASARAN GLOBAL
- Mekanisma dan logistik perdagangan ekspot
UNIT 7 : PEMBENTUKAN STRATEGI PEMASARAN GLOBAL
- Pembentukan produk pengguna bagi pasaran global
- Perkembangan produk industri dan perkhidmatan perniagaan
UNIT 8 : PEMBENTUKAN STRATEGI PEMASARAN GLOBAL
- Sistem agihan antarabangsa
UNIT 9 : PEMBENTUKAN STRATEGI PEMASARAN GLOBAL
- Usaha promosi dan pengiklanan secara global
UNIT 10 : PEMBENTUKAN STRATEGI PEMASARAN GLOBAL
- Perletakan harga dalam pasaran antarabangsa
UNIT 11 : PEMBAYARAN DAN PEMBIAYAAN PEMASARAN
ANTARABANGSA
- Keperluan pembiayaan dalam pemasaran antarabangsa
- Sumber-sumber pembiayaan ekspot
- Kaedah-kaedah pembayaran yang digunakan dalam perdagangan
antarabangsa
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
- Modul ini dibahagikan kepada 11 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama.
- Muka surat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, unit dan halaman.
Contoh : P 5126 / UNIT 1 / 1
modul
unit 1
halaman 1
- Pada permulaan setiap unit, objektif am dan objektif khusus dinyatakan.
- Setiap unit mengandungi urutan aktiviti yang akan disimbolkan seperti berikut :-
OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan objektif khusus untuk setiap pembelajaran.
INPUT
Bahagian ini mengandungi maklumat-maklumat yang akan anda pelajari.
AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu mengikuti dengan teliti dan melaksanakan segala arahan yang diberi.
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
Bahagian ini mengandungi jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan dalam ruangan penilaian kendiri.
PENILAIAN KENDIRI
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan untuk menguji kefahaman anda dalam setiap unit.
- Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.
- Anda boleh meneruskan unit yang selanjutnya setelah anda berjaya melalui unit
sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.
PERNYATAAN TUJUAN
Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 6 yang mengikuti kursus Diploma pemasaran di politeknik-politeknik di Malaysia yang menawarkan kursus ini. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang konsep sesuatu unit ke arah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah.
PRA SYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN
Pra syarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam subjek-subjek Pemasaran di semester 1, 2, 3 dan 5.
OBJEKTIF AM
Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat :
- Memperkenalkan para pelajar kepada aspek pemasaran antarabangsa secara mudah dan menyeluruh. Pendedahan matapelajaran ini diharap dapat menimbulkan minat mereka yang ingin menceburi bidang ini.
- Memperkenalkan teknik-teknik dan konsep yang telah dipelajari dalam pendekatan domestik kepada pendekatan pemasaran global.
- Membezakan perancangan pemasaran di peringkat nasional dan multinasional.
- Menyediakan para pelajar dengan kerja-kerja amali dan projek-projek kecil yang berkaitan.
PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA MODUL
- Audio visual
- Globe
- Peta dunia
- Alat-alat tulis
- Bahan-bahan bercetak
- Contoh-contoh produk
RUJUKAN
- Czinkota, Michael R & Ronkainen Iikka, International Marketing, 5th Ed., The Dryden Press, 1998.
- Ling Ten Ing, Fundamentals of International Marketing : A Singapore Perspective, Longman, Singapore Publishers Ltd., 1990.
- Philip Cateora, International Marketing, ( Richard Irwin Inc., ) , 1997.
- Shivpuri, R.N.< Handbook of Export Practice and Procedures – A Practical Guide for Malaysian Exporters, MEXPO, Ministry of Trade and Industry, Mlaysia, 1980.
- Vern Terpstra, International marketing, 7th Edition, ( The Dryden Press ) 1997.