June 15, 2014

BAB 3 : AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR


Definisi

Audit dalam
clip_image002 Suatu fungsi penilaian bebas yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi yang dijalankan oleh kakitangan syarikat sendiri
Audit luar
clip_image002[1] Pemeriksaan secara kritis ke atas penyata kewangan yang dilakukan oleh juruaudit yang layak dan bebas untuk tujuan memberikan pendapat terhadap penyata kewangan tersebut.

Matlamat utama
Audit dalam
v Menyakinkan pihak pengurusan bahawa semakan dalaman dan system perakaunan adalah berkesan dari segi reka bentuk dan operasi dan bahawa penyata kewangan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan boleh dipercayai
v Memastikan dan melaporkan sama ada sistem perakaunan dan Sistem Kawalan Dalaman mencukupi dan sentiasa dipatuhi
v Memastikan kewujudan autoriti yang sempurna bagi urusniaga dan bahawa liability hanya ditanggung bagi operasi perniagaan yang sah sahaja
v Mencegah dan mengesan sebarang kesilapan atau fraud di peringkat awal dengan membuat pemeriksaan harian yang berterusan terhadap akaun dan rekod
v Memudahkan dan mempercepatkan audit tahunan dan untuk memberi maklumat dan kerjasama kepada juruaudit luar

v Memastikan bahawa dasar dan keputusan dilaksanakan dengan cara yang cekap dan cepat
Audit luar
· Memberi pendapat samada penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat menggambarkan keadaan benar dan saksama
· Memastikan rekod-rekod perakaunan disediakan mengikut prinsip-prinsip perakaunan seperti mana yang tertakluk dalam peruntukan undang-undang ( Akta Syarikat 1965)
Juruaudit Dalaman
- Merupakan pihak yang diminta oleh pihak pengurusan untuk mengaudit system kawalan dalaman dan sistem perakaunan syarikat
- Merupakan kakitangan dalam syarikat tersebut yang ditugaskan khusus untuk menjalankan pengauditan
- Mereka memeriksa, menganalisia dan melaporkan secara kritikal sesuatu kawalan dalaman dan pengoperasian syarikat supaya semua sumber-sumber dalam syarikat digunakan dengan betul, ekonomik, cekap dan berkesan
Elemen-elemen Bagi Juruaudit Dalaman
a. Bebas
b. Penstafan – bilangan, kelulusan, pengalaman
c. Latihan – terlatih sepenuhnya
d. Perhubungan - juruaudit dalaman sepatutnya membina hubungan kerja, pemahaman terhadap pengurusan, juruaudit luar, agensi-agensi luar
e. Berhati-hati – dari segi teknik, keupayaan dan pertimbangan, perlu mempunyai pengetahuan teknikal yang terkini, jujur dan berwibawa sama seperti juruaudit luar
Hubungan Di Antara Audit Dalam Dan Audit Luar
Ø Audit dalaman mengawasi kawalan dalaman dan system perakaunan sesebuah organisasi. Keadaan ini dapat menghasilkan maklumat perakaunan yang lebih tepat dan boleh dipercayai
Ø Oleh itu, juruaudit luar mungkin meletakkan kesandaran kepada kerja juruaudit dalam untuk tujuan membentuk pendapatnya terhadap penyata kewangan
Ø Walau bagaimanapun, juruaudit luar perlu mengkaji aspek-aspek berikut bagi memastikan kerja-kerja juruaudit dalaman itu boleh dipercayai atau sebaliknya :
i. Kebolehan juruaudit dalaman
· Berdasarkan latihan, pengalaman dan tanggapan yang diperolehi melalui perbincangan dengan mereka
ii. Kedudukan juruaudit dalaman
· Dari segi kebebasan dan penglibatannya dengan tanggungjawab kendalian yang lain
iii. Liputan dan kecukupan kerja juruaudit dalaman
· Berdasarkan kertas kerja audit yang dibuat - juruaudit luar perlu memastikan tiada bahagian yang terlepas perhatian atau tidak menerima perhatian yang mencukupi daripada juruaudit dalam
iv. Perancangan yang sempurna telah dibuat dan tatacara yang sesuai telah digunakan
· Melalui penyemakan kertas kerja dan laporan yang disediakan yang merupakan bukti tentang perancangan kerja, kecukupan tatacara dan kawalan yang diamalkan
Bidang Kerjasama Audit Dalam Dan Audit Luar

1. Juruaudit luar boleh bergantung kepada juruaudit dalaman di dalam menentukan ssistem semakan
2. Program juruaudit dalaman membantu juruaudit luar
3. Pengalaman luas juruaudit luar boleh digunakan untuk member nasihat kepada juruaudit dalaman
Persamaan Audit Dalam Dan Audit Luar

1. Mewujudkan sistem semakan dalaman yang efektif
2. Pematuhan kepada prinsip-prinsip perakaunan dan keberkesanan operasi
3. Kecukupan system perakaunan
4. Penjagaan aset-aset
Perbezaan Juruaudit Dalaman Dan Juruaudit Luaran
Juruaudit Dalaman Juruaudit Luaran
Skop kerja Bidang liputan yang dijalankan ditetapkan oleh pihak pengurusan Bidang liputan berdasarkan peruntukan undang-undang
Pendekatan Memastikan Sistem Perakaunan mencukupi dan Sistem Kawalan Dalaman berkesan Untuk memuaskan hatinya bahawa akaun yang dibentang adalah benar dan saksama
Tanggungjawab Kepada pihak pengurusan Terhadap pemegang saham dan pihak ketiga yang lain
Juruaudit Kakitangan syarikat Individu yang bebas dan berkelayakan
Kebebasan Bebas memberi pendapat tetapi perlu bersedia dalam memenuhi kehendak pengurusan Bebas dari segi pemikiran dan kelakuan
Tempoh Pemerikasaan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun Biasanya setelah selesai satu-satu tempoh perakauanan

Kesan Audit Dalam Terhadap Audit Luar
clip_image001 Melahirkan keboleh percayaan juruaudit luar dari segi membuat keputusan
clip_image001[1] Menjimatkan masa
clip_image001[2] Membolehkan kerja audit luaran dijalankan dengan minimum
clip_image001[3] Mudah mendapatkan maklumat