June 15, 2014

BAB 1 : PENGENALAN

 
Definisi pengauditan

Shaari Isa
clip_image001 Pemeriksaan secara kritis tentang penyata kewangan yang dibuat oleh seseorang akauntant bertujuan membolehkan pendapat diberikan kepada tuan punya atau pihak ke-3 sama ada penyata kewangan menunjukkan keadaan benar dan saksama.
Arens & Loebbecke
clip_image001[1] Proses pengumpulan dan penilaian bukti yang dilakukan oleh seseorang yang berkelayakan dan bebas, berkaitan suatu entiti ekonomi yang khusus, bertujuan menentukan dan melaporkan darjah persetujuan antara maklumat yang diukur dengan kriteria yang ditetapkan.
Technorati Tags:
Tujuan Pengauditan

Pengauditan perlu supaya juruaudit dapat memberikan pandangan dari laporan tentang sama ada penyata kewangan disediakan dengan sempurna mengikut Akta Syarikat 1965 dan memberi gambaran benar dan saksama tentang penyata kewangan serta untung/ rugi untuk tahun kewangan itu.


Gambaran Benar dan Saksama

Gambaran benar dan saksama wujud hanya jika juruaudit berpuashati tentang perkara-perkara berikut :

i. Aset
- wujud dan dimiliki
- tidak dicagar – jika dicagar, mesti dilaporkan dalam akaun
- jumlah aset mengikut dasar perakauanan dan tekal
ii. Liabiliti
- diambilkira hanya sehingga tarikh kunci kira-kira sahaja
- peruntukan yang cukup untuk liabiliti dan kerugian luar jangka
- nota kepada akaun untuk liabiliti luar jangka
- jumlah liabiliti selaras dengan dasar perakaunan dan tekal
iii. Hasil / Belanja
- untuk tahun yang berkenaan sahaja
- ikut dasar perakaunan dan tekal
iv. Pembentangan
- lengkap dan betul
- maklumat bagi item yang ada kesan material dibentangkan
- keterangan tentang angka-angka dalan akaun
- amaun baki akaun dan ringkasan maklumat seimbang
Gambaran benar dan saksama tidak wujud jika :
i. angka-angka terlebih atau terkurang jumlah yang material
ii. maklumat penting tidak didedahkan
iii. angka yang dipaparkan mengelirukan
iv. akaun tidak selaras dengan dasar perakaunan
v. cara pembentangan akaun mengelirukan
Perakauanan VS Pengauditan

Perakaunan Pengauditan
- proses merekod, mengelas dan meringkas maklumat dalam bentuk kuantitatif untuk pembuatan keputusan
- merujuk piawai/ criteria/ asas tertentu dalam penyediaan maklumat. Cth : Akta syarikat, GAAP, standard MASB
- hasil akhir adalah penyata kewangan

- menentukan perekodan yang betul bagi maklumat kewangan yang dipersembahkan
- merujuk piawai tertentu dalam pengauditan tetapi mesti menguasai semua piawai dalam perakaunan
- hasil akhir adalah laporan audit


Jenis-jenis Audit

Audit Penyata Kewangan Audit Pematuhan Audit Operasi
1. Memeriksa Kesahihan penyata kewangan Tindakan entiti / individu Seluruh/ sebahagian aktiviti organisasi
2. Tujuan Tentukan samada keseluruhan penyata kewangan dipersembahkan mengikut criteria yang spesifik Tentukan samada prosedur, polisi, undang-undang, peraturan yang ditetapkan oleh pihak tertentu dipatuhi Menilai kecekapan dan keberkesanan organisasi
3. Kriteria Prinsip-prinsip perakaunan (GAAP, Akta Syarikat) Peraturan dan undang-undang (Akta Cukai, Rasuah) Objektif-objektif tertentu organisasi
4. Laporan Gambaran benar dan saksama Pematuhan kepada kriteria-kriteria Cadangan-cadangan pembaikan
5. Contoh Memeriksa secara terperinci butir-butir penyata kewangan Golden Hope Bhd Memeriksa samada kadar upah pekerja di Kilang Papan Weng Hup mengikut Undang-undang Buruh Menilai kecekapan dan tahap kepuasan pelanggan terhadap servis pengedaran surat dan bungkusan yang dikendalikan oleh Pos Malaysia

Audit Tradisional VS Audit Moden

Audit Tradisional Audit Moden
Objektif Kesan kesilapan dan penipuan - penyata kewangan benar dan saksama
- kawalan dalaman, sistem perakaunan dan sistem operasi berkesan dan cekap
- kesan kesilapan dan penipuan

Pendekatan Audit terperinci Teknik persampelan – audit terperinci adalah untuk kes-kes tertentu sahaja.

Audit persendirian vs audit berkanun
Audit Persendirian
Ø Dibuat atas kehendak pemilik tunggal dan perkongsian sahaja
Ø Bukan atas arahan undang-undang ( tidak wajib dibuat)
Ø Tujuan : kebenaran dan kesaksamaan maklumat penyata kewangan
Audit Berkanun
Ø Diwajibkan oleh undang-undang ke atas semua syarikat awam berhad dan sendirian berhad
Ø Tujuan : memeriksa penjagaan harta syarikat, pengendalian operasi, elak penyelewengan oleh pihak pengurusan, rekod-rekod perakaunan diselenggaran dengan sempurna

Profesion Perakaunan

Ø Tertakluk di bawah Akta Akauntant 1967
Ø Telah menyebabkan tertubuhnya MIA
Institut Akauntant Malaysia / Malaysian Institute of Accountants (MIA)

ü Institut yang bertanggungjawab untuk mengawal selia profesion perakaunan di Malaysia
ü Hanya ahli penuh MIA layak bergelar akauntant
ü Fungsi MIA :
i. Menentukan kelayakan untuk menjadi ahli
ii. Menyediakan latihan, pendidikan dan peperiksaan samada oleh institute atau badan lain
iii. Mengawal selia profesion perakaunan di Malaysia
iv. Meningkatkan dan memaparkan profesion perakaunan
ü Keahlian MIA terbahaigi kepada 3 :
i. Chartered Accountants
ii. Associate Members
iii. Licensed Accountants
Garispanduan Perakauanan

Lembaga Piawai Perakauanan Malaysia / Malaysian Accounting Standard Board (MASB) bertanggungjawab mengisu piawai-piawai perakauanan – tertakluk di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997
Piawai Pengauditan

clip_image002 Jawatankuasa Perakaunan dan Pengauditana / The Accouting and Auditing Committee (AAC) MIA bertanggungjawab mengisu hal-hal berkaitan pengauditan
clip_image002[1] Disebut sebagai Piawai Audit yang Diluluskan / Malaysian Approved Standards on Auditing (MASA)
Garispanduan Audit Dalaman

clip_image002[2] Diisukan oleh jawatankuasa Audit Dalaman / Internal Audit Committee (IAC)
clip_image002[3] Menggalakan penggunaan teknologi maklumat, penyelidikan dan pembangunan dalam audit dalaman dilakukan secara meluas
Institute Akauntant-akauntant Awam Bertauliah Malaysia / Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
clip_image003 Ditubuhkan pada 26 Julai 1958 di bawah Ordinan Syarikat 1940 – 46
clip_image003[1] Ditukar kepada MACPA pada 6 Julai
clip_image003[2] Ditukar semula kepada MICPA pada 2001
clip_image003[3] Objektif :
i. Memperluaskan penggunaan teori dan amalan perakaunan dalam pelbagai aspek perniagaan
ii. Pengambilan, pendidikan, latihan, penilaian ke atas akauntant-akauntant bertauliah
iii. Memastikan profesionalisme akauntant
iv. Memastikan amalan professional akauantant berkualiti tinggi

Firma Akauntant Awam
clip_image004 Menjalankan audit penyata kewangan
clip_image004[1] Tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965
clip_image004[2] Lebih 1000 firma wujud di Malaysia sekarang
clip_image004[3] 3 kategori firma di Malaysia :
i. Big Four International Firms
ii. Medium sized firms
iii. Small firms
Big Four – KPMG Peat Marwick, Price Waterhouse Coopers, Deloitte Touche Tonmatsu, Ernast & Young.
Aktiviti firma akauntant
i. Perkhidmatan perakaunan dan simpankira
ii. Perkhidmatan cukai
iii. Perkhidmatan perundingan pengurusan