January 10, 2013

BAB 2 : PENGAUDITAN


BAB 2 : PENGAUDITAN

 

Pengenalan

Juruaudit syarikat perlu mempunyai kelayakan yang diperlukan oleh Seksyen 15 Akta Akauntant 2000 (disemak 1972)

Bahagian I dan II Jadual Pertama : ahli badan perakaunan yang diiktiraf berikut layak memohon lessen untuk menjadi juruaudit syarikat :

a.    Malaysian Institute of certified Public Acccountant (MICPA)

b.    Institute of Chartered Accountants of Scotland

c.    Institute of Chartered Accountants in England & Wales

d.    Institute of Chartered Accountants in Ireland

e.    Institute of Chartered Accountants (United Kingdom)

f.     Institute of Chartered Accountants in Australia

g.    Australian Society of Accountants

h.    New Zealand Society of Chartered Accountants

i.      Canadian Institute of Accountants

j.      Institute of Chartered Accountants of India

 

 

 

 

 

 

 

Seseorang juruaudit perlu :

-          Mempunyai kemahiran dalam profesion – ijazah perakauanan dari university yang diiktiraf, lulus semua peperiksaan MICPA dan pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang perakauanan

-          Berwibawa dan jujur

-          Pertimbangan yang waras

-          Pemikiran yang kritikal dan analitis terhadap bukti audit

-          Berhati-hati tetapi tegas

-          Merahsiakan maklumat sulit yang diterima, mendedahkan maklumat penting berkenaan audit

Juruaudit boleh mengamal secara individu atau perkongsiaan

 

Kebebasan Juruaudit

 

Konsep kebebasan dilihat dari 2 sudut :

i.              Secara nyata

-          Pendapat yang objektif

-          Tidak dipengaruhi

-          Kebebasan pemprograman

-          Kebebasan pemeriksaan

-          Kebebasan melapor

 

ii.            Pada rupa

-          Situasi / hubungan

-          Timbulkan konflik

 

Kelayakan juruaudit

a.    Ahli badan professional perakaunan yang diiktiraf

b.    Mendaftar sebagai akauntant awam bertauliah dengan MIA  (Sek 22 Akta Akauntant)

-          Adalah menjadi tanggungjawab pengarah / pengurus syarikat untuk pastikan rekod-rekod perakaunan disimpan dengan sempurna supaya penyata kewangan dapat disediakan dan rekod-rekod dapat diaudit

 

Syarat-syarat Perlantikan

a.    Akauntant bertauliah

b.    Memohon kelulusan Menteri Kewangan ( Sek 8 (10 Akta Ssyarikat)

c.    Membayar yuran pendaftaran bila mendapat kelulusan Menteri ( Sek 8 (2) Akta Syarikat)

d.    Tertakluk kepada Sek 9 (1) dan sek 9 (2) Akta Syarikat – untuk menjamin kebebasan juruaudit

 

Orang-orang yang tidak layak dilantik sebagai juruaudit :

 

i.              Bukan juruaudit yang sah

ii.            Berhutang lebih RM2500 dengan syarikat yang diaudit

iii.           Pegawai syarikat yang diaudit

iv.           Pekongsi pegawai syarikat diaudit

v.            Majikan pegawai syarikat diaudit

vi.           Pekerja atau kakitangan pegawai syarikat diaudit

vii.          Pekongsi bagi pekerja pegawai syarikat diaudit

viii.        Pekerja bagi pekerja pegawai syarikat diaudit

ix.           Pemegang syer / isteri / saudara

x.            Pemegang buku daftar ahli syarikat / buku daftar debenture

xi.           Pernah menjadi pegawai syarikat dalam tempoh 12 bulan terdahulu

Prosedur Perlantikan

 

*      Akta Syarikat : juruaudit pegang jawatan untuk tempoh setahun – perlu resolusi AGM untuk lantik semula Juruaudit Awam

*      Perlantikan juruaudit awam melalui AGM boleh jika :

a.    Seorang juruaudit awam bertanding semula / sedang sandang jawatan juruaudit awam

b.    Calon yang baru dicadang untuk bertanding sebagai juruaudit awam

*      Syarat-syarat :

a.    Sek 172 (11) akta syarikat : calon baru – notis pencalonan diterima sekurang-kurangnya 21 hari AGM

b.    Sek 172 (12) Akta Syarikat : calon lama – notis pencalonan diterima sekurang-kurangnya 7 hari sebelum AGM

*      Bagi calon baru, selepas notis diterima, syarikat perlu buat salinan notis dan hantar dalam tempoh 7 hari sebelum AGM kepada :

a.    Juruaudit awam yang dicalonkan

b.    Setiap juruaudit sedia ada

c.    Orang-orang yang layak terima notis AGM

 

 

 

 

 

 

 

 

Siapa lantik Juruaudit awam?

 

Ø  Secara am : syarikat dalam AGM – Sek 172 (2) Akta Syarikat

Ø  3 pihak lain yang boleh lantik juruaudit awam

a.    Pengarah – dalam 2 situasi :

i.      Juruaudit awam pertama pada bila-bila masa sebelum AGM pertama dan sehingga habis AGM pertama – Sek 172 (1)

ii.            Untuk isi kekosongan mengejut juruaudit awam syarikat – Sek 172 (3)

 

b.    Ahli-ahli syarikat – Sek 172 (2)

 

c.    Pendaftar atas permohonan bertulis ahli syarikat jika tiada perlantikan juruaudit awam dibuat oleh pengarah/ syarikat – sek 172 (14)

 

Perletakan jawatan

 

§  Boleh letak jawatan jika :

a.    Dia bukan juruaudit tunggal syarikat – boleh letak jawatan pada bila-bila masa tapi berkuatkuasa sehingga perlantikan baru dibuat dalam AGM khas untuk lantik juruaudit awam baru

b.    Dalam AGM dan tidak secara lain – sek 174 (14)

 

 

 

 

 

Pemecatan

 

*      Bila juruaudit dilucutkan jawatan oleh syarikat sebelum tamat tempohnya

*      Cara :

a.    Melalui resolusi syarikat pada 1 AGM di mana 1 notis khas telah diberi terlebih dahulu dan bukan sebaliknya ( ie pengarah boleh cadangkan sahaja, tidak boleh singkirkan) – sek 172 (4)

 

b.    Prosedur penyingkiran – bila notis khas telah diterima oleh syarikat :

i.        1 salinan notis untuk juruaudit awam berkenaan dan 1 salinan untuk Pendaftar

ii.    Dalam masa 7 hari selepas terima notis, juruaudit awam boleh buat penjelasan bertulis kepada syarikat dan mohon 1 salinan penjelasan tersebut dihantar kepada setiap ahli syarikat sebelum mesyuarat di mana resolusi itu akan dipertimbangkan – sek 172 (5)

 

c.    Melainkan Pendaftar memutuskan sebaliknya ( atas permohonan ahli syarikat), syarikat hendaklah hantar 1 salinan penjelasan berkenaan kepada ahli-ahli seperti diminta – sek 172 (6)

 

 

 

 

 

 

 

Surat Persetujuan

 

v  Sek 9 (6) Akta Syarikat – selepas terima tawaran perlantikan, juruaudit perlu buat pengesahan bertulis kepada syarikat – surat persetujuan

v  Isi kandungan surat :

i.              Objektif audit

ii.            Tanggungjawab pihak pengurusan

iii.           Skop audit

iv.           Bentuk laporan

v.            Risiko

vi.           Pemberitahuan untuk dapatkan apa-apa rekod, dokumen

v  Hantar kepada pengarah, pengarah tandatangan dan kembalikan salinan kepada

juruaudit awam

 

Komunikasi Dengan Juruaudit Terdahulu

 

*      Sebelum terima perlantikan, juruaudit awam baru mesti hubungi juruaudit awam lama untuk dapatkan kepastian mengapa berlakunya perubahan juruaudit awam

*      Walau bagaimanapun, juruaudit awam baru perlu mendapatkan kebenaran daripada syarikat terlebih dahulu

*      Juruaudit awam tidak boleh mendedahkan maklumat sulit tanpa izin syarikat ( etika kerahsiaan)

*      Juruaudit awam berhak menolak perlantikan jika syarikat tidak membenarkan juruaudit awam lama menghubunginya/ dedah maklumat)

*      Tujuan :

i.              Tahu latar belakang dan wibawa syarikat

ii.            Tahu apa-apa pertelingkahan antara juruaudit awam dengan syarikat

iii.           Tahu kekurangan/ kelemahan Sistem Kawalan Dalaman, Sistem Perakaunan – bantu perancangan pelaksaan audit

Hak & kuasa

a.    Dapatkan semua rekod-rekod perakauanan lain, dokumen, baucer, maklumat dan apa-apa penjelasan yang perlu dari pegawai syarikat induk, anak syarikat, syarikat berkaitan – sek 174 (4 &5)

b.    Sek 174 (7) – juruaudit berhak :

i.              Hadir semua AGM syarikat

ii.            Terima semua notis tentang AGM

iii.           Diperdengarkan dalam semua AGM tentang apa-apa sahaja berkaitan tugasnya sebagai juruaudit awam

iv.           Membuat rayuan bertulis tentang pemecatannya

c.    Laporan bertulis kepada Pendaftar tentang syarikat yang tidak patuh akta dan apa-apa yang tidak dapat diselesaikan melalui laporkannya – sek 174 (8)

 

Tanggungjawab

 

a.    Sek 174 (1)

 

i.              Laporkan kepada ahli-ahli syarikat tentang penyata kewangan

ii.            Dalam laporan audit, juruaudit awam beri pendapat samada penyata kewangan dan laporan pengarah mengikut Akta atau tidak, rekod-rekod perakaunan disimpan dengan baik atau tidak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

b.    Sek 174 (2)

 

i.              AUR dan KKK dan nota akaun syarikat disediakan dengan betul atau tidak mengikut sek 169

ii.            Rekod-rekod perakaunan disimpan dengan rapi oleh syarikat

iii.           Akaun gabungan

-                      Nama anak-anak syarikat yang tidak audit

-                      Puashati dengan penyediaan AK gabungan

-                      Telah terima maklumat dan penjelasan yang perlu

-                      Kekurangan / ketidaklaziman dalam Ak Gabungan

 

c.    Sek 174(3) : laporkan jika :

 

i.              Telah menerima maklumat dan penjelasan yang diperlukan dari pegawai syarikat

ii.            Penyata-penyata pejabat cawangan yang diterima (tidak dilawati) untuk diaudit memadai atau tidak

iii.           Prosedur yang digunakan oleh syarikat induk / anak syarikat untuk Ak Gabungan sesuai atau tidak