June 15, 2014

BAB 10: LAPORAN AUDIT

Pengenalan
- Juruaudit perlu menyemak semula dan menilai rumusan-rumusan yang dibuat hasil bukti-bukti yang diperolehi yang akan digunakan sebagai asas untuk melahirkan pendapat ke atas penyata kewangan
- Penyemakkan semula dan penilaian yang dibuat melibatkan pembentukkan rumusan yang menyeluruh samada;
i. Penyata kewangan telah disediakan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum dan ianya telah diamalkan secara tekal
ii. Penyata kewangan telah memenuhi peraturan-peraturan dan peruntukkan undang-undang
iii. Semua perkara yang material telah dibentangkan dengan secukupnya dalam penyata kewangan
Definisi
- Pendapat juruaudit tentnag persembahan penyata kewangan yang telah disediakan oleh entity yang diaudit
- Laporan mestilah ditulis dengan jelas mengenai pendapat yang dilahirkan oleh juruaudit
Unsur-unsur Asas

BAB 9: BUKTI AUDIT

Definisi
Bukti audit sedia
- Satu benda dapat dilihat dan disentuh, suatu tindakan yang dapat diperhatikan atau sesuatu keadaan yang boleh difahami yang berkaitan dengan pembentukkan pendapat keatas penyata kewangan
Benda yang dapat dilihat dan disentuh
- Asset-aset nyata, dokumen-dokumen laporan perniagaan, rekod perakaunan
Tindakan yang dapat diperhatikan
- Tatacara system perakaunan, tatacara pembayaran gaji, penyediaan pesanan belian
Keadaan yang boleh difahami
- Kakitangan yang kelihatan cekap dan berkebolehan, asset-aset yang kelihatan mempunyai mutu yang baik

BAB 8 PENYEDIAAN PROGRAM AUDIT, KERTAS KERJA AUDIT DAN FAIL AUDIT


PROGRAM AUDIT
Pengenalan
- Program audit tidak mungkin dapat disediakan untuk semua audit
- Namun program yang dirancang dengan baik meliputi sejumlah besar perkara yang boleh digunakan dalam setiap audit dalam setiap hal
- Juruaudit harus memberi pertimbangan terhadap sifat perniagaan semasa menyediakan program audit
Definisi
- Satu garis panduan yang terperinci bagi kerja audit yang dilakukan oleh firma bagi tujuan pengauditan
- Ia merupakan satu jadual tatacara audit yang perlu diikuti dalam melaksanakan kerja-kerja audit
- Dia akan dimasukan dalam fail semasa dan boleh dirujuk oleh pembantu audit untuk melaksakan proses audit
- Program audit disediakan diawal pemeriksaan audit dan juruaudit mesti mengikuti setiap langkah dalam program
- Setelah menyelesaikan semua langkah yang telah ditetapkan, juruaudit mesti mendatangani program sebagai bukti bahawa langkah itu telah dipatuhi
- Program audit berbeza untuk urusniaga dan jenis perniagaan
Jenis

BAB 7 UJIAN-UJIAN DAN TEKNIK DALAM PENGAUDITAN

Pengenalan
- Dalam proses pengauditan terdapat dua tatacara utama yang dilaksanakan untuk mengumpul bukti-bukti yang akhirnya dijadikan sandaran untuk membuat laporan audit
- Tatacara-tatcara tersebut adalah tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan
Tatacara Pematuhan
- ia terdiri daripada ujian-ujian yang direka dengan tujuan untuk mencapai satu tingkat kemajuan bahawa kawalan-kawalan dalaman yang akan digunakan sebagai sandaran kerja nanti adalah sebenar-benarnya diamalkan dengan berkesan
- tatacara-tatacara ini termasuklah ujian-ujian permohonan untuk memeriksa dokumen-dokumen yang menyokong satu urus niaga bagi mendapatkan bukti bahawa kawalan dalaman beroperasi dengan betul dan di luluskan untuk sesuatu niaga
- ia juga melibatkan pertanyaan mengenai pemerhatian kawalan-kawalan yang tidak meninggalkan jejak audit

BAB 5 KAWALAN DALAMAN DAN KEGUNAANYA DALAM SISTEM PERAKUANAN


Pengenalan
- Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk mengekalkan satu system perakaunan yang mencukupi yang menghubungkan pelbagai kawalan dalaman yang sesuai dengan saiz dan bentuk perniagaan
- Juruaudit memerlukan kepastian bahawa system perakaunan adalah mencukupi dan semua maklumat perakaunan yang sepatutnya direkod telahpun direkodkan
- Apabila juruaudit membuat keputusan untuk bersandar kepada satu kawalan dalaman, maka tatacara penyokongan yang biasanya dilaksanakan dapat dikurangkan dari segi bentuk dan pemasaan
System Perakaunan Dan Kawalan Dalaman
System perakaunan
- Ditakrifkan sebagai satu siri tugas di dalam entity di mana urusniaga-urusniaga perniagaan diproses sebagai satu cara menyelenggara rekod-rekod kewangan
- System ini perlu mengenali, mengira, mengklasifikasi, mengepos, meringkas dan melapor transaksi
System kawalan dalaman
- Merupakan keseluruhan perancangan organisasi
- Ia termasuk kaedah dan tatacara yang digunakan oleh pihak pengurusan sesebuah entity dalam membantu pihak pengurusan:

BAB 4 : TATACARA PENGAUDITAN

 
Dalam melaksanakan sesuatu audit, terdapat enam proses utama yang akan terlibat iaitu :
i. Menentukan objektif dan skop pengauditan ke atas penyata kewangan
ii. Surat ikatan audit
iii. Perancangan audit
iv. Kajian dan penilaian ke atas system perakauanan dan system kawalan dalaman
v. Kawalan kualiti ke atas kerja-kerja audit
vi. Laporan audit
Menentukan objektif dan skop pengauditan ke atas penyata kewangan
Objektif Audit
- Membolehkan seseorang juruaudit melahirkan pendapat ke atas penyata kewangan
- Pendapat juruaudit : mengukuhkan kebolehpercayaan atau kredibiliti penyata kewangan
- Namun begitu ia tidak menjadi jaminan kepada kejayaan organisasi pada masa akan datang atau sebagai satu pendapat mengenai kecekapan dan keberkesanan pihak pengurusan yang menjalankan aktiviti entiti tersebut
Tanggungjawab Terhadap Penyata Kewangan
- Juruaudit : tanggungjawab untuk membentuk dan melahirkan pendapat ke atas penyata kewangan
- Pihak pengurusan : menyimpan rekod-rekod perakaunan yang mencukupi dan system kawalan dalaman yang sesuai, pemilihan dan penggunaan polisi-polisi perakauanan yang sesuai, menjaga dan melindungi keselamatan asset-aset syarikat
- Audit penyata kewangan tidak akan melepaskan tanggungjawab pihak pengurusan
Skop Audit

BAB 3 : AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR


Definisi

Audit dalam
clip_image002 Suatu fungsi penilaian bebas yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi yang dijalankan oleh kakitangan syarikat sendiri
Audit luar
clip_image002[1] Pemeriksaan secara kritis ke atas penyata kewangan yang dilakukan oleh juruaudit yang layak dan bebas untuk tujuan memberikan pendapat terhadap penyata kewangan tersebut.

Matlamat utama
Audit dalam
v Menyakinkan pihak pengurusan bahawa semakan dalaman dan system perakaunan adalah berkesan dari segi reka bentuk dan operasi dan bahawa penyata kewangan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan boleh dipercayai
v Memastikan dan melaporkan sama ada sistem perakaunan dan Sistem Kawalan Dalaman mencukupi dan sentiasa dipatuhi
v Memastikan kewujudan autoriti yang sempurna bagi urusniaga dan bahawa liability hanya ditanggung bagi operasi perniagaan yang sah sahaja
v Mencegah dan mengesan sebarang kesilapan atau fraud di peringkat awal dengan membuat pemeriksaan harian yang berterusan terhadap akaun dan rekod
v Memudahkan dan mempercepatkan audit tahunan dan untuk memberi maklumat dan kerjasama kepada juruaudit luar

BAB 1 : PENGENALAN

 
Definisi pengauditan

Shaari Isa
clip_image001 Pemeriksaan secara kritis tentang penyata kewangan yang dibuat oleh seseorang akauntant bertujuan membolehkan pendapat diberikan kepada tuan punya atau pihak ke-3 sama ada penyata kewangan menunjukkan keadaan benar dan saksama.
Arens & Loebbecke
clip_image001[1] Proses pengumpulan dan penilaian bukti yang dilakukan oleh seseorang yang berkelayakan dan bebas, berkaitan suatu entiti ekonomi yang khusus, bertujuan menentukan dan melaporkan darjah persetujuan antara maklumat yang diukur dengan kriteria yang ditetapkan.
Technorati Tags:
Tujuan Pengauditan

Pengauditan perlu supaya juruaudit dapat memberikan pandangan dari laporan tentang sama ada penyata kewangan disediakan dengan sempurna mengikut Akta Syarikat 1965 dan memberi gambaran benar dan saksama tentang penyata kewangan serta untung/ rugi untuk tahun kewangan itu.


Gambaran Benar dan Saksama

Gambaran benar dan saksama wujud hanya jika juruaudit berpuashati tentang perkara-perkara berikut :