November 4, 2013

PENGURUSAN ERA EKONOMI BERDIGIT





 
 
PENGURUSAN ERA EKONOMI BERDIGIT
 

OBJEKTIF 

Objektif : Am

Memahami Pengurusan Era Ekonomi Berdigit
Objektif : Khusus
Di akhir unit ini anda seharusnya dapat :


  1. Menerangkan proses pencapaian maklumat.

  1. Menerangkan proses penyaringan maklumat








 
17.0 PENGENALAN
Pengurusan era ekonomi adalah merupakan pengurusan berasaskan sistem digital. Pengurusan ini melibatkan keupayaan sesuatu di dalam pencapaian maklumat dan jaringan maklumat. Pencapaia\n maklumat boleh diperolehi di dalam pengkongsian perniagaan e-commerce, perbankkan di dalam internet dan sebagainya. Manakal penjaringan maklumat pula melibatkan penggunan rangkaian perhubungan data (RPD) yang dapat dihubungkan terus dengan pengguna melalui komputer dengan pangkalan data walaupun di mana berada. Dengan adanya kemudahann ini ia akan dapat membuka ruang niaga berasaskan era ekonomi berdigital bagi merealisasikan Teknologi Maklumat (IT).
 
Maklumat boleh didefinasikan sebagai pengetahuan baru yang berguna kepada sesiapa ( manusia dan mesin) yang menerima dan memahaminya. Maklumat-maklumat ini diwakili oleh data bagi tujuan untuk disimpan, dihantar dan diproses. Pemprosesan data ialah satu operasi yang dilakukan untuk memperolehi maklumat melalui data-data yang diterima untuk menjalankan dan menguruskan keputusan. Pemprosesan maklumat pula ditakrifkan sebagai cara dan kaedah bagaimana data-data diterima, disusun atur dan dipersembahkan oleh komputer.
 
 
 
 
  1. PENCAPAIAN MAKLUMAT
    Pencapaian maklumat adalah sesuatu bentuk mekanisma yang berfungsi bagi menyediakan berbagai maklumat yang diperlukan bagi menjalankan sesuatu tugas. Maklumat biasanya dapat dicapai melalui beberapa kaedah yang tertentu seperti melalui halaman-halaman Web yang telah sedia ada dalam rangkaian elektronik. Selain dari itu dengan perubahan teknologi dari masa ke semasa menyebabkan kerajaan turut melaksanakan perubahan ke arahnya seperti kerajaan elektronik, MSC dan sebagainya.
     
    1. Era Digital
      Dalam era digital, penampilan maklumat adalah dalam bentuk bit-bit komputer, dan bentuk fizikal bila pengguna membawa maklumat ke alam nyata. Contohnya perjalanan kapal terbang kini telah diterbitkan dalam bentuk bit data yang boleh disalurkan menerusi internet dan pengguna boleh mendapatkannya dalam talian. Kaedah ini akan menjimatkan masa serta boleh dikemaskini dan dapat dicetak sendiri oleh pengguna.
       
      Penggunaan rangkaian antara komputer digunakan untuk memudahkan penyebaran dokumen dalam bentuk digital dengan kos yang lebih murah. Contoh mudah ialah sebuah syarikat boleh menghsasilkan dan menerbitkan dokumen mereka menerusi internet. Sesetengah dokumen mungkin ditunjukkan kepada khalayak tertentu yang sanggup membayar atau secara percuma.
       
      Komunikasi yang dilaksanakan menerusi talian digital dapat memudahkan urusan seharian seperti pertukaran barang secara maya. Dalam dunia ini, matawang adalah dalam bentuk digital yang sekali gus menghapuskan matawang fizikal. Begitu juga dengan proses pengenalan diri akan digunakan melalui tandatangan digital dan pengecaman kad pintar. Ini akan memberikan gambaran bahawa proses komunikasi seharian manusia di alam digital akan melibatkan sepenuhnya perhubungan secara digital dan mengubah gaya hidup masyarakat dunia.
       
    2. Kerjaaan Elektronik
      Perkhidmatan kerajaan elektronik adalah bertujuan memudahkan rakyat menangani kehidupan seharian disamping mendapat pilihan perkhidmatan dan maklumat yang luas dari kerajaan dengan hanya menerusi sebuah tetingkap maya. Ini menyebabkn kerajaan berusaha menterjemahkan semula konsep birokrasi dan penyaluran sumber-sumber bagi membantu rakyat berurusan dengan masalah isu tertentu dengan kehadiran serentak kemajuan di bidang komunikasi , pengkomputeran dan teknologi maklumat.
       
      Pembangunan aplikasi internet, kios elektronik, kad pintar dan pusat panggilan automasi membolehkan kerajaan memfokuskan kepada keperluan rakyat dan urusan perniagaan. Kebaikan penggunaan kemudahan elektronik diantaranya ialah mengurangkan karenah pentadbiran dan penggunaan kertas, memfokuskan tumpuan kakitangan terhadap keperluan orang ramai, mengelakkan penduaan rekod, mengurangkan urusan tidak perlu dan memelihara kerahsiaan serta keselamatan. Impak yang diterima dari pihak kerajaan ialah akan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan intensif.
       
    3. Pencapaian maklumat melalaui rangkaian elektronik
      Keupayaan mengakses maklumat adalah faktor penting dalam dunia rangkaian elektronik pada masa kini. Rangkaian, terutamanya internet merupakamn peralatan utama untuk melaksanakan tugas-tugas penyebaran maklumat. Internet pada hari ini bukan sekadar mengandungi prasarana maklumat sesebuah negara seperti rangkaian jaring yang dibangunkan oleh Mimos, tetapi turut mengandungi sistem telefon dan penyiaran serta prasarana maklumat global. Prasarana inilah yang memastikan sesebuah negara membangun seperti Malaysia untuk bersedia menerima kehadiran era maklumat.
      Contohnya sesebuah syarikat yang sudah mempunyai sambungan ke internet akan mendapat kelebihan dari sudut penggunaan kemudahan telekomunikasi berkelajuan tinggi dan berpeluang untuk belajar secara langsung bagaimana untuk mengurus sesebuah organisasi yang terangkai. Seterusnya organisasi dapat memanfaatkan teknologi multimedia untuk mempercepatkan pengagihan maklumat.
       
      Rangkaian tidak menjadi satu isu penting kepada para pengguna kerana ianya digunakan dalam pejabat, syarikat besar dan IPT. Rangkaian memudahkan komputer disambung antara satu sama lain untuk perkongsian maklumat dan data. Rangkaian bukan sahaja melibatkan komputer tetapi perkakasan lain seperti kad rangkaian dan talian serta perisian.
       
      Teknologi aliran data semakin maju kerana data-data dihantar dengan cepat dan selamat melalui penggunaan ISDN, Ethernet, ATM, WAN tanpa wayar dan bingkai penyampai. Gabungan kedua-dua teknologi dipanggil Intranet dimana pengguna rangkaian akan menggunakan antaramuka internet untuk mencapai data.
       
      1. Perkongsian Perniagaan
        Perkembangan penyediaan komersial dan meningkatnya penggunaan akademik ke atas rangkaian akan menjadi pemangkin kepada sistem maklumat. Dasar persaingan terbuka di kalangan entiti komersial akan menggerakkan perkembangan teknologi dan perkhidmatan maklumat merentasi internet. Faktor galakan yang turut memberi kesan ialah penggabungan rangkaian telekomunikasi dan rangkaian elektronik yang merangkumi kepakaran teknikal dan penggunaan sektor korporat. Pakar dalam bidang teknologi akan terus mencari penemuan terbaru dan sektor korporat menggunakan kaedah yang memudahkan urusan antara pengguna dan peniaga. Dengan ini mewujudkan perkongsian perniagaan baru dan menghasilkan pelaburan bagi membentuk lebuhraya maklumat. Selaras dengan itu perkhidmatan pengeluaran produk menjadi semakin meningkat.
       
      1. E-Comerce
        E-comerce atau perdagangan elektronik bermaksud melakukan urusniaga dalam talian menerusi kemudahan internet. Ia termasuklah membeli barangan menerusi perkhidmatan dalam talian (online) atau internet.
         
        Contohnya pertukaran data secara elektronik membolehkan komputer sebuah syarikat membuat tempahan dan pembelian barangan melalui syarikat pembekal. Manakala urusniaga di peringkat rendah hanya melibatkan pertukaran wang dalam jumlah yang kecil dalam perdagangan elektronik disebut sebagai microcommerce (perdagangan mikro. Contohnya urusniaga yang berkenaan termasuklah pembelian artikel daripada akhbar dan pencarian perkataan atau individu menerusi laman web.
       
      1. Perbankan Dalam Internet
        Kebanyakan bank-bank sekarang sudah menjalankan urusniaga melalui Internet. Pihak bank telah menyediakan laman web untuk dilayari oleh pelanggan jika ingin melakukann urusniaga. Pelanggan akan memasukkan nombor pengenalan peribadi (PIN) seperti yang biasa dilakukan jika ingin mengambil wang di mesin ATM. Walau bagaimanapun, sesebuah laman web yang disediakan oleh pihak bank memerlukan tahap keselamatan yang tinggi bagi menjamin urusniaga yang dijalankan.
       
      Selain daripada laman web, terdapat juga perisian pengendalian peribadi seperti Microsoft Money, Managing Money, Simply Money dan lain-lain yang berupaya membuat penyambungan terus kepada Internet yang membenarkan pengguna berhubung dengan pihak bank.
       
      Kebaikan perbankan dalam Internet ialah memberikan keselesaan, keselamatan dan kepantasan kepada pengguna untuk berurusniaga. Di antara kemudahan perbankan yang diperolehi ialah kepelbagaian akaun, pembayaran secara elektronik, pemindahan dana, pednyata saham, pexngemaskinian pelaburan dan permintaan buku cek.
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       

 
  1. Pengurusan era ekonomi berdigit berasaskan kepada sistem _____________________.
 
  1. Pemprosesan data ialah ____________________________________________
_______________________________________________________________
 
  1. Pemprosesan maklumat ditakrifkan sebagai ___________________________
_______________________________________________________________
 
  1. Nyatakan kebaikan dalam sistem perbankan melalui internet.
 
  1. Apakah faktor yang menggalakkan perkongsian perniagaan melalaui Internet?
 
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan e-commerce?
     
     
     
     
     
     
     
     
     

  1. Digital
  2. Satu operasi yang dilakukan untuk memperolehi maklumat melalui data-data yang diterima
  3. Cara dan kaedah bagaimana data-data diterima, disusun atau dan di persembahkan oleh komputer
  4. Memberikan keselesaan, keselamatan dan kepantasan kepada pengguna untuk berurusniaga
  5. Pengganbungan rangkaian telekomunikasi dan rangkaian elektronik yang merangkumi kepakaran teknikal dan penggunaan sektor korporat.
  6. E-commerce atau perdangangan elektronik bermaksud melakukan urusniaga dalam talian menerusi kemudahan internet. Ia termasuklah membeli barangan menerusi perkhidmatan dalam talian (on-line) atau internet.
 
 

 
 
 
  1. PENYARINGAN MAKLUMAT
     
    Proses penyaringan maklumat merupakan bagaimana maklumat disaringkan sedia ada sekarang telah membolehkan proses penyaringan maklumat dilakukan dengan mudah, tepat, selamat dan ekonomik kepada semua pengguna.
     
    Dengan penyaringan maklumat, kita dapat mengetahui tentang kepentingan keselamatan undang-undang maklumat berdigital, komunikasi melalui internet, E-Dagang, Enskripsi e-mel dan sebagainya. Oleh itu pengguna perlu menerima revolusi penyaringan maklumat seiringan dengan kemajuan teknologi maklumat.
 
  1. Teknologi Rangkaian Maklumat
    Rangkaian komputer
    adalah antara teknologi utama dalam teknologi maklumat pada masa kini. Teknologi tersebut pada awalnya hanya digunakan dikalangan masyarakat yang berminat kepada teknologi baru, tetapi hari ini ia-nya menjadi antara teknologi yang mendapat tempat di kalangan lapisan masyarakat. Malah masyarakat perniagaan dan industri juga menggunakan dan menfaatkan teknologi tersebut secara meluas.
     
    Sebelum rangkaian teknologi maklumat diperkenalkan serta digunakan secara meluas, kebanyakan komputer peribadi berfungsi sebagai sebuah komputer tunggal. Bagi pengguna yang hanya menggunakan komputer tunggal akan mengalami kesukaran untuk berkongsi perisian dan fail. Perkongsian tersebut hanya dapat dilakukan dengan menggunakan media storan yang dapat dialihkan seperti disket. Tetapi kini, dengan adanya teknologi rangkaian maklumat segala perkongsian dapat dpat dilakukan dengan cepat dan mudah. Perkongsian, penyalinan dan penghantaran perisian dan fail dapat dilakukan secara talian tau rangkaian.
     
    Dalam teknologi rangkaian maklumat terdapat dua jenis rangkaian yang digunakan iaitu Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN). LAN biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil. Misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah pejabat, bangunan atau kampus. Manakala WAN biasanya membabitkan rangkaian dalam linkungan geografi yang luas. Contohnya di antara dua bandar atau negeri atau negara.
     
  2. Teknologi Penghantaran Maklumat
    Kini dunia internet telah mengalami beberapa perkembangan dari segi pembangunan aplikasi, peningkatan pengguna dan teknologi penghantaran maklumat. Dengan jumlah bilangan pengguna yang kain bertambah maka keperluan kepada lebar jalur yang pantas dan besar adalah diperlukan untuk mengatasinya. Dua perkembanga penting dalam proses penghantaran maklumat ialah :
     
    1. Teknologi Pengedaran Dalam Pelbagai Saluran (MMDS)
      Dengan kebolehan membawa maklumat diantara 35 – 100 kali lebih pantas berbanding dengan menggunakan sistem wayar, teknologi pengedaran pelbagai saluran atau sistem Multi-Point Multi Distribution (MMDS) merupakan saluran penghantaran data berkelajuan tinggi yang memberikan banyak kemudahan dan kebaikan. Sistem MMDS mempunyai kebolehan menghantar sebanyak 15 klip video secara langsung pada kelajauan yang pantas secara serentak.
     
    MMDS adalah merupakan teknologi tanpoa wayar yang lebih murah berbanding dengan talian telefon. Penggunaan yang paling ketara ialah bagi pendidikan di sekolah-sekolah di Malaysia . Menurut Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, semasa menghadiri satu sesi pertunjukan sistem MMDS di Kuala Lumpur, beliau menyatakan “Teknologi tanpa wayar adalah sesuai untuk sekolah Bestari kerana ia membenarkan sidang video secara langsung di antara pelajar dan pensyarah pada banyak tempat yang berbeza termasuk kawasan pendalaman”.
     
    Kebanyakkan sistem ini menggunakan kaedah pancaran digital. MMDS beroperasi pada spektrum frekuensi antara 2.5 GHz – 2.68 GHz dengan kuasa antara 2 – 100 watt. Kelebihannya ialah ia mempunyai frekuensi yang tinggi dari frekuensi penghantaran isyarat televisyen. Disamping itu MMDS menawarkan beberapa kelebihan lain seperti penyelarasan pantas, capaian yang lebih baik, kos prasarana yang murrah dan penghantaran data yang pantas.
     
    Teknoloogi ini juga membenarkan perkhidmatan perkhidmatan seperti CATV, Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN) tanpa wayar, penyiaran data, sidang video dan audio, Rangkaian Maya Persendirian (VPN) dan pembelajaran jarak jauh. Teknologi berinovasi ini dipelopori oleh Mega TV, TV3 dan Mimos Berhad.
     
    1. Prasarana Tulang Belakang Internet Terpantas
      Perkembangan yang mendapat perhatian dalam komuniti internet, terutamanya kepada sesebuah organisasi ialah perletakan dan siapnya prasarana tulang belakang yang terpantas di dunia. Di Malaysia, SuperJaring yang mempunyai kepantasan membawa beban pada kadar 2.5 Gbps yang dapat menjadikan Malaysia bersedia menerima ekonomi digital di alaf baru.
     
    SuperJaring merupakan rangkaian gentian menerusi IP (Internet Protocol) yang merentasi Semenanjung Malaysia, bermula dari Pulau Pinang , Kuala Lumpur dan berakhir di Johor Bharu sepanjang 700 km. Antara yang penting SuperJaring ialah berupaya menyediakan perkhidmatan bagi generasi akan datang seperti telefon internet, rangkaian persendirian maya IP, pembelajaran jarak jauh dan teleperubatan. Dengan ini masyarakat dunia dapat menggunakan kemudahan ini secara terbaik dan memperolehi manfaat dengan sebaik mungkin.
     
  3. Keselamatan Maklumat Digital
    Maklumat merupakan satu aset yang terpenting bagi setiap individu seperti ahli perniagaan, broker saham, ahli politik dan penulis. Maklumat juga dianggap kritikal ketika membuat keputusan atau penyelesaian masalah agar keputusan yang dibuat lebih baik dan sesuai dengan keadaan. Malahan di zaman moden ini maklumat diibaratkan sebagai kuasa yang dapat menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Manakala internet adalah teknologi yang dapat menyalurkan maklumat dengan pantas dan terkini kepada seluruh pelusuk dunia.
    Secara umumnya maklumat digital boleh dikategorikan sebagai maklumat ilmiah, maklumat umum, maklumat peribadi dan maklumat perdagangan. Antar kempat-emapt maklumat tersebut, maklumat perdaganganlah yang dianggap maklumat sulit dan penting seperti maklumat urusniaga dan nombor kad kredit. Maklumat-maklumat seperti ini sewajarnya dijaga dengan teliti dengan menggunakan sistem kawalan yang boleh dipercayai.
     
    1. Keselamatan E-Dagang
      Suatu ketika dahulu, seorang penggondam komputer (Hacker) telah berjaya memecah masuk ke dalam sebuah sistem jualan internet yang dikawal rapi dan mengambil ratusan nombor kad kredit milik pengguna. Secara langsung pihak media telah memperbesarkan isu ini dan orang ramai yang tertanya-tanya adakah selamat untuk memberikan nombor kad kredit mereka menerusi talian internet.
     
    Sebenarnya tiada perbezaan antara pemberian nombor telefon kepada seseorang dan memasukkan nombor kad kredit menerusi sebuah laman web. Setiap urusniaga melaluyi internet memerlukan nombor kad kredit ahli yang kemudiannya disimpan dalam sebuah pangkalan data di mana jumlahnya meningkat dari masa ke semasa.
     
    Konsep e-kredit dan e-tunai boleh dikatakan serupa dan ia memerlukan pengguna memiliki sebuah akaun dengan syarikat penyedia e-tunai tersebut dan membeli barangan melalui peniaga yang berdaftar dengan mereka. Jika pengguna membuat pembelian menerusi talian, bayaran akan dikenakan menerusi kad kredit mereka dan pihak penyedia akan menyediakan kawalan khusus untuk keselamatan maklumat kad kredit tersebut. Ciri keselamatan itu dibekalkan dalam pelbagai bentuk dan ia boleh mengenkripsikan maklumat kad kredit pengguna apabila ia dialirkan daripada komputer menerusi Web dengan perlindungan kod-kod keselamatan. Apabila pengguna mendaftarkan diri, maka sebuah kata laluan akan diberikan dan pengguna akan memiliki sebuah dompet maya yang dipenuhi dengan kad kredit. Jika pengguna berurusniaga menerusi talian, pengesahan identiti mereka akan akan dilakukan menerusi kata laluan tersebut sebelum mendapat kelulusan dan keizinan pihak bank terbabit untuk meneruskan proses urusniaga.
     
    Satu lagi kaedah ialah penggunaan kunci keselamatan yang lebih ketat lagi bagi makulmat-maklumat pengguna selain bertindak sebagai orang tengah ketika para pengguna membeli-belah. Melalui kaedah ini nombor kad kredit pengguna tidak akan mengalir dalam dunia siber dan terhindar dari ancaman para penggondam. Kaedah ini dilakukan dengan mendaftarkan nombor kad kredit kepada First Virtual melalui telefon dan anda akan menerima nombor Virtual Pin.
     
    Apabila pengguna membeli-belah, mereka hanya perlu memasukkan nombor PIN tersebut sahaja. Pihak peniaga pula akan mengesahkannya dengan pihak First Virtual sebelum proses urusniaga dijalankan. Sistem ini dikatakan baik kerana ia tidak perlu memasukkan nombor kad kredit pengguna menerusi talian dan ini dapat mengelakkan maklumat tersebut daripada dicuri.
     
    Walaupun perdagangan elektronik (e-dagang) masih belum dilaksanakan secara meluas, namun ianya mempunyai potensi dan prospek yang baik di masa hadapan. Manakala penggunsaan kad kredit elektronik akan mendapat perhatian dengan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti penggunaan kod mesej, nombor rahsia dan pengenalan pembeli secara elektronik. Verisign dan Secure Electronic Transaction (SET), asing-masing merupakan sebuah perisian penyelesaian dan sebuah piawaian keselamatan bagi urusniaga yang menggunakan kad menerusi rangkaian terbuka seperti internet. Piwaian SET telah dibangunkan oleh Visa dan MasterCard melalui kerjasama pihak Microsoft dan IBM. Melalui kaedah ini nombor kad kredit pengguna tidak lagi dialirkan melalui Internet sebaliknya ia akan diwakili oleh kod-kod tertentu sahaja.
     
    1. Enskripsi e-mel
      Anda tentu tidak suka jika e-mail anda dibaca oleh orang lain, lebih-lebih lagi jika ia bersifat privacy. Bagi pengguna yang mementingkan privacy dan keselamatan yang menyeluruh bagi e-mail mereka, kini terdapat penyelesaiannya di mana Pretty Good Privacy (PGP) boleh digunakan. PGP ini akan membenarkan pengguna untuk mengubah kandungan e-mail mereka agar ia tidak boleh dibaca secara langsung kerana telah dienkripsikan.
       
    1. Keselamatan Rangkaian
      Keselamatan rangkaian juga merupakan isu yang penting di dalam teknologi penghantaran maklumat. Kebanyakan sistem komputer sekarang menggunakan penyelesaian popular seperti Windows NT, Novell Netware dan Lotus Notes. Bagi sesebuah rangkaian yang melibatkan capaian internet, penyelesaian linux selalunya digunakan bagi memudahkan komputer-komputer memiliki IP yang sama. Bagaimanapun sebuah sistem Firewall perlu dipasangkan untuk menghalang penggondam memasuki sistem rangkaian. Di samping itu terdapat pelbagai jenis perisian pelayan internet seperti Apache yang boleh digunakan untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan.
 
 
 
 

  1. Penyaringan maklumat madalah melibatkan rangkaian __________________ yang dihubungkan terus dengan pengguna melalui komputer
 
  1. Bezakan di antara LAN dan WAN
 
  1. Nyatakan ciri-ciri keselamatan yang boleh digunakan untuk melindungi data-data pada masa sekarang
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  1. pangkalan data
    1. LAN – digunakan di bilik, bangunan atau kawasan sekolah, universiti ata jarak geografi yang dekat.
      WAN – meliputu kawasan bandar-bandar atau jarak geografi yang jauh
  2. kunci keselamtan, enskripsi dan firewall
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SOALAN 17-1
 
Bincangkan secara lebih terperinci bagaiamana proses pencapaian maklumat dan penyaringan maklumat dilaksanakan.