January 10, 2013

BAB 7 UJIAN-UJIAN DAN TEKNIK DALAM PENGAUDITAN


BAB 7 UJIAN-UJIAN DAN TEKNIK DALAM PENGAUDITAN

 

Pengenalan

-          Dalam proses pengauditan terdapat dua tatacara utama yang dilaksanakan untuk mengumpul bukti-bukti yang akhirnya dijadikan sandaran untuk membuat laporan audit

-          Tatacara-tatcara tersebut adalah tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan

 

Tatacara Pematuhan

-          ia terdiri daripada ujian-ujian yang direka dengan tujuan untuk mencapai satu tingkat kemajuan bahawa kawalan-kawalan dalaman yang akan digunakan sebagai sandaran kerja nanti adalah sebenar-benarnya diamalkan dengan berkesan

-          tatacara-tatacara ini termasuklah ujian-ujian permohonan untuk memeriksa dokumen-dokumen yang menyokong satu urus niaga bagi mendapatkan bukti bahawa kawalan dalaman beroperasi dengan betul dan di luluskan untuk sesuatu niaga

-          ia juga melibatkan pertanyaan mengenai pemerhatian kawalan-kawalan yang tidak meninggalkan jejak audit

-          sebagai contoh,memastikan bahawa siapa sebenarnya melaksanakabn sesuatu tugas dan bukan hanya menentukan siapakah yang sepatutnya melakukan tugas tersebut

 

 

 

 

Ujian-ujian Yang Dijalankan

1.    Prosedur dalam memahami system kawalan dalaman

-          juruaudit mesti berpuas hati/ memberi perhatian kepada rekabentuk dan operasi system kawalan dalaman pelanggan

-          tujuan prosedur ini dilaksanakan untuk mendapatkan bukti bagi menyokong kerja-kerja audit

-          antara prosedur yang dijalankan:

i.              mendapatkan maklumat daripada juruaudit lepas

ii.            pertanyaan kepada kakitanagn entity

iii.           membaca polisi dan system manual entity

iv.           memeriksa dokumen dan rekod

 

2.    Ujian Pemeriksaaan

-          memeriksa dokumen-dokumen sokongan untuk dijadikan bukti audit

-          semua dokumen sokongan mesti diluluskan/mendapat pengesahan

-          ia adalah untuk memastikan butir-butir dalam dokumen betul

 

3.    Ujian Perlaksanaan Semula

-          ia melibatkan pengulangan semula kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh pelanggan

 

4.    Pertanyaan Dan Pemerhatian

-          ujian ini dijalankan untuk mencari bukti audit yang hanya boleh didapati hasil dari sama ada pertanyaan atau pemerhatian

-          contoh: pengasingan tugas antara pekerja

-          boleh dibuat dalam bentuk temu duga atau soal selidik

 

 

 

Tatacara Penyokongan

-          Tatacara penyokongan adalah  merupakan ujian-ujian yang direka bentuk untuk mengumpul bukti-bukti audit yang dapat memastikan samaada butir-butir mengenai maklumat yang dihasilkan dari sistem perakaunan itu adalah lengkap, tepat dan sah

-          Tatacara-tatacara ini merangkumi ujian-ujian terperinci ke atas urusniaga dan baki akaun, menganalisa nisbah-nisbah dan arah alir penting yang merangkumi hasil penyiasatan ke atas perubahan-perubahan item luar biasa

-          Kesilapan yang ditemui di dalam menjalankan tatacara penyokongan akan menyebabkan juruaudit perlu mengubahsuai penilaian yang telah dibuat ke atas kawalan adalah mencukupi

 

Ujian-ujian yang dijalankan

 

1.    Ujian jalan terus

-          Membuat pengesahan sama ada system yang diamalkan oleh pelanggan sama dengan system yang direkod oleh juruaudit

-          Juruaudit akan memilih beberapa urusniaga yang telah berlaku dan mengesan semula urusniaga dari mula sehingga selesai

 

2.    Prosedur analitikal

-          Ujian-ujian yang dibuat secara perbandingan – amaun sebenar dengan amaun jangkaan, tahun lepas dengan tahun semasa, industri dengan syarikat

-          Jika ada perbezaan yang ketara mungkin wujudnya fraud

 

 

 

 

 

 

 

3.    Ujian terperinci atas baki

-          Ia menfokuskan kepada pengesahan akaun di penyata kewangan

-          Objektif terperincinya :

·         Jumlah yang disenaraikan berpatutan

·         Jumlah yang disenaraikan wujud

·         Aset yang disenaraikan dimiliki

·         Jumlah yang wujud telah disenaraikan

·         Jumlah yang disenaraikan telah dinilai

·         Jumlah dalam imbangan duga diklasifikasikan dengan betul

·         Urusniaga yang hampir dengan tarikh KKK direkod dalam period ia berlaku

·         Penjelasan yang perlu dibuat

 

 

Teknik-teknik ujian audit

 

Terdapat 6 teknik utama dalam melaksanakan ujian audit;

i.              Pemeriksaaan

ii.            Pertanyaan

iii.           Pemerhatian

iv.           Pengesahan

v.            Tatacara semakan audit

vi.           Perlaksanaan semula

 

 

Pemeriksaan

-          Melibatkan penyemakkan semula/ penelitian rekod dan dokumen

-          Pemeriksaan aset nyata secara fizikal

-          Ia dapat memberi bukti tentang kewujudan aset dan dokumen

-          Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa catatan dan rekod menggambarkan urusniaganya yang sebenar telah berlaku, jumlah yang betul telah direkod dalam akaun yang betul.

Pertanyaan

-          Ia melibatkan proses pemerolehan maklumat yang berkaitan daripada seseorang didalam atau di luar syarikat

-          Ia boleh dibuat samada dalam bentuk formal atau tidak formal, secara bertulis atau lisan

-          Darjah kebolehpercayaan bergantung pada tanggapan juruaudit

-          Ia merupakan teknik yang lemah

Pemerhatian

-          Melalui ini juruaudit melihat sendiri sesuatu proses atau tatacara yang dilakukan oleh kakitangan syarikat pelanggan untuk memastikan samada proses/ tatacara dilaksanakan dengan  sempurna

-          Bukti yang didapati hanya boleh dipercayai semasa pemerhatian dibuat namun samada perlaksanannya sama sepanjang masa kurang diyakini

 

 

 

Pengesahan

-          Tatacara untuk mendapatkan pengakuan daripada pihak luar tentang kewujudan dan penilaian aset

-          Ia merujukan kepada situasi tertentu seperti aset yang disimpan oleh pihak ketiga

-          Pengesahan positif: pihak ketiga dikehendaki memberi maklum balas terhadap semua maklumat yang diminta

-          Pengesahan negative: pihak ketiga dikehendaki memberi maklum balas terhadap semua maklumat yang salah sahaja

Tatacara semakan analititk

-          Ia teknik mengkaji nisbah kewangan yang penting, arah aliran maklumat kewangan, memeriksaan sisihan luar biasa dan sisihan yang tidak dijangka

-          Sekiranya terdapat perbezaan ketara, juruaudit mesti siasat dan cari keterangan mengenainya

-          Apabila keterangan di perolehi, juruaudit mesti melihat samada ia selaras dengan keadaan perniagaan pelanggan dan keadaan keliling

-          Jika terdapat bukti wujudnya salahnyataan dalam penyata kewangan,juruaudit mesti melaksanakan ujian-ujian  tambahan

Perlaksanaan semula

-          Ia melibatkan proses mengulangi tugasan  yang telah dijalankan oleh pelanggan

-          Ia dapat memastikan  kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pelanggan betul