January 10, 2013

BAB 6 : TEKNIK-TEKNIK PERSAMPELAN


BAB 6 : TEKNIK-TEKNIK PERSAMPELAN

 

Pengenalan

-       Sampel merupakan bukti audit yang dikaji dengan mendalam supaya kesimpulan ke atasnya dapat dijadikan asas untuk mengeluarkan laporan audit

-       Bukti-bukti yang dikumpulkan melalui ujian-ujian yang dijalankan hendaklah mencukupi dan munasabah supaya juruaudit dapat bersandar padanya di dalam membuat laporan audit

-       Juruaudit tidak melakukan pemeriksaan ke atas semua maklumat yang sedia ada kerana beliau dapat membuat kesimpulan mengenai baki akaun, kelas-kelas akaun dan transaksi serta system kawalan dalaman syarikat melalui ujian ke atas sampel

 

Definisi

Secara umum

-       Ditakrifkan sebagai satu proses memperoleh maklumat tentang ciri-ciri populasi yang terdiri daripada butiran melalui pemeriksaan terhadap sebahagian daripada butiran populasi tersebut

 

 

 

 

 

 

 

Persampelan Audit

-       Satu pelaksanaan tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan terhadap butiran yang kurang daripada seratus peratus

-       Dalam bentuk baki akaun atau kelas-kelas urusniaga

-       Juruaudit dapat memperoleh bukti audit dan menilainya bagi sesuatu ciri untuk membuat kesimpulan tentang ciri-ciri tersebut

-       Pelaksanaan 100% perlu jika : -

·         Mengaudit bahagian yang melibatkan bilangan yang kecil tetapi penting

·         Mengaudit bahagian yang mempunyai kepentingan khusus

·         Mengaudit perkara-perkara luar biasa

·         Menghadapi keadaan yang membawa kecurigaan kepada juruaudit

 

Istilah-istilah

1.    Risiko persampelan

 

-       Risiko atau kemungkinan juruaudit membuat kesimpulan berdasarkan persampelan mungkin berbeza dari kesimpulan yang dicapai dari ujian 100% ke atas populasi

 

2.    Risiko bukan persampelan

 

-       Kemungkinan perancangan yang tidak teratur

-       Pemilihan prosedur audit yang tidak tepat

-       Membuat kesilapan semasa memeriksa dokumen

-       Kesilapan semasa melaksanakan prosedur

 

 

 

 

3.    Kesilapan dan kesilapan boleh terima

 

-       Kesilapan : kawalan penyimpangan semasa mengadakan ujian kawalan atau salah nyataan dalan transaksi atau baki akaun

-       Kesilapan boleh terima : kadar kawalan penyimpangan maksimum yang mana juruaudit boleh terima dan prosedur kawalan masih boleh dipercayai

 

4.    Unit persampelan

 

-       Item individu dalam populasi

 

Jenis-jenis Persampelan

1.    Persampelan Pertimbangan

 

-       Cara memilih sampel dengan saiz yang sesuai berasaskan pertimbangan juruaudit

-       Direkabentuk dan dilaksanakan mengikut pertimbangan juruaudit sendiri

-       Tidak menggunakan teori atau pembuktian secara matematik

-       Penemuan ditafsirkan oleh juruaudit secara subjektif mengikut pertimbangan profesionalnya

-       Kebaikan :

ü  Ia telah lama digunakan jadi juruaudit benar-benar memahaminya

ü  Peluang kepada juruaudit menggunakan kemahiran dan kebijaksanaan mereka untuk membuat pertimbangan

ü  Masa dapat dijimatkan dengan penggunaan formula tertentu

ü  Juruaudit tidak memerlukan pengetahuan statistic

 

 

 

-       Kelemahan :

*      Ia tidak saintifik

*      Saiz sampel biasanya besar – menyebabkan pembaziran sampel

*      Hasil tidak dapat ditentukan secara kuantitatif

 

2.    Persampelan berstatistik

 

-       Cara penentuan sampel berasaskan teori matematik

-       Membekalkan juruaudit dengan struktur yang formal untuk memilih sampel

-       Pelaksanaan pertimbangan juruaudit untuk menentukan saiz sampel, pemilihan butiran yang diambil sebagai sampel dan akhirnya membuat kesimpulan bagi keseluruhan populasi

-       Hanya boleh digunakan jika :

·         Bilangan item yang diperiksa banyak

·         System yang mengeluarkan rekod yang akan diuji mestilah boleh dipercayai

·         Semua item mesti homogeny

·         Semua item mesti boleh dikenalpasti dan mudah diperoleh

 

Rekabentuk sampel

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam merekabentuk sampel.

Antaranya adalah :

1.    Objektif audit

 

-       Juruaudit perlu memastikan apakah bentuk bukti audit yang dicari

-       Ia dapat membantu juruaudit untuk menentukan tatacara audit

-       Contoh : ujian pematuhan ke atas tatacara belian

 

 

2.    Populasi

 

-       Semua item yang sama sifatnya yang akan diperiksa oleh juruaudit untuk menilai sifat item tersebut

-       Populasi mesti sesuai dengan objektif audit

-       Contoh : objektif audit adalah untuk menentukan lebihnyataan Akaun Belum Terima – maka populasinya adalah urusniaga-urusniaga yang terlibat dalam Akaun Belum Terima

 

3.    Kadar ralat

 

-       Terdapat 2 jenis ralat yang biasa berlaku iaitu ralat penyimpangan dan ralat pengkeranian

-       Ralat penyimpangan : penyimpangan daripada tatacara kawalan dalaman yang dianggap boleh diterima untuk tingkat kepercayaan tertentu. Ralat ini juga boleh menghasilkan ralat yang material

-       Ralat pengkeranian : ralat yang member kesan terhadap item tertentu dalam penyata kewangan

 

4.    Ralat tertanggung

 

-       Ralat maksimum yang boleh diterima oleh juruaudit dan masih merumuskan bahawa keputusan daripada sampel itu dapat mencapai objektif

-       Semakin kecil ralat tertanggung, semakin besar saiz sampel yang diperlukan oleh juruaudit

 

5.    Ketepatan

 

-       Darjah kebolehpastian andaian bahawa kadar ralat dalam sampel wujud secara berkadar dengan populasi secara keseluruhannya

 

6.    Tingkat keyakinan

 

-       Tahap kepercayaan juruaudit yang menjangka bahawa ciri populasi yang sedang dipertimbangkan terletak dalam had ketepatan yang ditentukannya

-       Merupakan ukuran yang menunjukkan setakat mana juruaudit mempertahankan untuk mempercayai bahawa sampel yang dipilih menggambarkan ciri-ciri populasi yang diwakilinya

 

Pemilihan Sampel

-       Saiz sampel dipilih biasanya dalam bentuk bilangan item atau peratusan daripada jumlah populasi

-       Saiz sampel hanya akan bertambah sedikit walaupun saiz populasi bertambah dengan banyak

-       Beberapa kaedah pemilihan secara rawak:

  1. Menggunakan jadual angka rawak

-       Pemilihan melalui satu jadual yang menyenaraikan semua item yang akan dipilih secara rawak

-       Kaedah ini dapat menghindarkan pengaruh sikap peribadi seperti pendapat,kepercayaan dan pengalaman semasa prosess pemilihan

  1. Secara bersistematik dan berjarak

-       Berasaskan kaedah ini,butiran dipilih daripada populasi dengan mengambil satu item daripada populasi pada jarak yang seragam diantara satu item yang dipilih dengan yang lain

 

 

  1. Secara berstrata

-       Kaedah ini sesuai digunakan apabila populasi yang diperiksa itu dibahagi kepada beberapa strata atau peringkat yang akan diuji secara berasingan

  1. Secara berkelompok

-       Kaedah ini sesuai jika maklumat yang akan diperiksa disimpan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu

-       Kaedah ini sesuai sekiranya populasi yang terlibat dalam pemeriksaan adalah banyak dan berselerak

-       Ia lebih berkesan sekiranya maklumat untuk semua kumpulan itu adalah sama dan setiap kumpulan mengandungi berbagai-bagai maklumat yang berkaitan

  1. Menggunakan computer

-       Sesuai digunakan sekiranya maklumat yang terlibat untuk dipilih banyak

 

Kebaikan teknik persempelan

  1. Menjimatkan masa
  2. Mengurangkan prosedur yang merumitkan
  3. Berkesan untuk pengauditan item-item yang banyak
  4. Pemilihan sampel terhadap item-item penting
  5. Perkara luar biasa dalam populasi dapat diberi perhatian

 

 

 

Keburukan teknik persampelan

  1. Wujud salah nyata
  2. Sesetengah item tidak dapat diaudit
  3. Bukti audit yang didapati mungkin meragukan
  4. Hanya ikut pertimbangan juruaudit untuk memilih sampel
  5. Risiko mungkin tidak dapat dikesan