September 13, 2012

STRATEGI PENGIKLANAN (TEKNIK DAN RAYUAN PENGIKLANAN)



UNIT 4

STRATEGI PENGIKLANAN

(TEKNIK DAN RAYUAN PENGIKLANAN)



OBJEKTIF



Objektif  Am

Mempelajari dan memahami teknik-teknik persembahan dan rayuan dalam strategi kreatif


Objektif Khusus  :-  Di akhir unit ini anda akan dapat

  • Menghuraikan rayuan pengiklanan
  • Menggunakan rayuan pengiklanan dalam membentuk iklan
  • Menerangkan teknik-teknik persembahan
  • Menggunakan teknik persembahan dalam membentuk iklan




INPUT




  1. PENGENALAN
Kita telah mempelajari cara penulisan dan pembinaan strategi kreatif. Sekarang kita akan mempelajari teknik persembahan mesej yang bersesuaian supaya iklan yang kita bentuk dapat menarik perhatian dan kekal dalam ingatan pengguna.
Persembahan mesej terbahagi kepada :-

  • Rayuan pengiklanan
  • Teknik Persembahan

  1. RAYUAN PENGIKLANAN
Rayuan pengiklanan juga adalah satu cara membentuk pengiklanan dan ia menimbulkan tindakbalas pengguna dari segi emosi dan pemikiran.  Terdapat tiga jenis rayuan yang boleh digunakan dalam pengiklanan

4.1.1 Rayuan berkaitan dengan produk atau perkhidmatan
Rayuan berdasarkan  ciri yang terdapat pada produk tersebut.

  • Rayuan ciri-ciri keluaran  -  mengkaitkan dengan prestasi produk atau ciri tertentu tanpa membuat perbandingan dengan produk lain dan yang penting menunjukkan ciri-ciri istimewa produk seperti Iklan Energizer, bateri tahan lama dan prestasi tinggi



  • Rayuan faedah bandingan keluaran  - merayu pengguna membuat pembelian berdasarkan perbandingan dengan produk lain yang tidak disebutkan jenamanya seperti iklan Ekonomi Handalan yang mempunyai kehebatan yang sama tetapi harga lebih murah.
  • Rayuan harga patut  -  menggunakan strategi jualan promosi seperti diskaun dan lain-lain.  Iklan Courts Mammoth keluarkan iklan setiap kali adakan jualan diskaun atau potongan harga.
  • Rayuan berita keluaran  -  maklumat terkini mengenai keluaran, keluaran baru, diubahsuai atau pembaikan dan lain-lain.  Iklan Pantene dengan pek baru dan penambahan produk contohnya Dove bukan lagi sabun mandi sahaja malahan ia telah memperkenalkan syampu Dove.
  • Rayuan keluaran kegemaran ramai  -  produk paling popular dan kena pastikan produk betul-betul lain dan digemari ramai berbanding produk lain.  Iklan susu pekat F&N menggunakan perkataan digemari ramai.
  • Rayuan generis  -  iklan keluaran tertentu dalam industri tertentu tanpa menyebut apa-apa jenama dan biasanya bukan dikeluarkan oleh pemasar sebaliknya oleh persatuan atau agensi kerajaan tertentu untuk galakkan penggunaan terhadap asas-asas produk seperti minyak kelapa sawit, nanas dan lain-lain


  1. Rayuan berkaitan dengan pengguna keluaran/perkhidmatan
Berkaitan denngan pengguna itu sendiri dengan menunjukkan kesan-kesan yang akan diperolehi selepas menggunakan produk / perkhidmatan.

  • Rayuan perkhidmatan pengguna  -  iklan memberitahu pengguna bagaimana cara mengguna produk supaya lebih berfaedah kepada penggguna biasanya dalam iklan masakan seperti iklan susu Ideal yang boleh digunakan di dalam minuman, buat kuih, masakan dan lain-lain.  Pengguna dapat lebih faedah/kelebihan
  • Rayuan berjimat cermat menerusi pengguna  -  pengguna dapat berjimat  cermat dalam pembelian barang-barang yang diiklankan.  Biasanya iklan pengurangan harga seperti iklan penjimatan hingga beratus ringgit dalam pembelian barangan di Courts.
  • Rayuan memperbaiki diri  -  menggunakan iklan  dengan menunjukkan bahawa dengan penggunaan barangan pengguna dapat memperbaiki diri supaya kelihatan lebih menarik, cantik dan lain-lain.  Iklan Fair & Lovely menunjukkan perubahan kulit lebih cerah jika menggunakannaya
  • Rayuan ketakutan  -  iklan cuba menimbulkan desakan ketakutan, gambarkan keadaan yang mencemaskan.  Menonjolkan mesej utama bahawa produk dapat membantu atasi rasa ketakutan itu.  Iklan insurans biasanya akan tunjukkan kebaikan sekiranya memiliki polisi.
  • Rayuan mencuba keluaran  -  biasanya dijalankan untuk produk baru dimana pengguna yang mencuba produk akan dapat tawaran/potongan harga atau insentif lain seperti sampel dan lain-lain



  1. Rayuan yang tiada kaitan dengan keluaran atau pengguna
Pemasar akan cuba menunjukkan aktiviti bukan perniagaan/ lain-lain aktiviti syarikat kepada masyarakat.  Tujuan ianya dijalankan adalah untuk mendapat sokongan daripada pengguna dan membina imej baik syarikat

  • Rayuan korporat  -   bertujuan menunjukkan gambaran yang baik tentang syarikat kepada orang ramai seperti syarikat-syarikat besar menaja aktiviti sukan.  Menggambarkan bahawa sekiranya arena sukan negara maju maka syarikat pun boleh maju.  Pepsi menaja Sukan Komanwel dan lain-lain
  • Rayuan pelaburan  -  iklan menunjukkan kepada pengguna tentang pelaburan syarikat dan keuntungan yang syarikat perolehi atau pengguna akan perolehi sekiranya melabur dalam syarikat seperti iklan Amanah Saham.




AKTIVITI



AKTIVITI 4A

Anda  dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi tiga hingga empat orang ahli.  Setiap kumpulan perlu mencipta satu iklan untuk satu produk dengan menggunakan teknik rayuan yang telah dipelajari.  Pelajar boleh memilih samada ingin membentu iklan cetak atau elektronik dan pelajar boleh menggunakan strategi kreatif yang telah dipelajari sebelumnya.

Anda  dikehendaki menulis dan membentangkan hasil dapatan pada pertemuan seterusnya.






MAKLUMBALAS AKTIVITI





MAKLUMBALAS AKTIVITI 4A

Pelajar boleh memilih antara rayuan berikut atau mencampurkan beberapa jenis rayuan.

  • Rayuan ciri keluaran
  • Rayuan faedah bandingan keluaran
  • Rayuan harga berpatutan
  • Rayuan berita mengenai keluaran
  • Rayuan keluaran kegemaran ramai
  • Rayuan generis
  • Rayuan pekhidmatan pengguna
  • Rayuan berjimat cermat melalui pengguna
  • Rayuan memperbaiki diri
  • Rayuan ketakutan
  • Rayuan mencuba keluaran
  • Rayuan korporat
  • Rayuan memohon pelaburan














INPUT




  1. TEKNIK-TEKNIK PERSEMBAHAN DALAM PENGIKLANAN
Pernahkah anda terfikir bagaimanakah persembahan dalam iklan dilakukan? Apakah teknik yang digunakan? Sebenarnya kita boleh menggunakan pelbagai teknik persembahan yang bersesuaian bagi membantu keberkesanan pengiklanan yang akan kita jalankan.

4.2.1 Teknik Persembahan di media cetak dan elektronik

  • Kenyataan fakta secara terus terang
Sampaikan fakta secara terus terang kepada pengguna biasanya produk yang memerlukan bantuan teknikal, barangan berbentuk teknikal, cara ia berfungsi dan penerangan lebih mendalam
Contoh  :-  Iklan-iklan Smart shop menyiarkan fakta dan cara penggunaan  barangannya

  • Kenyataan merangsang
Iklan dimulakan dengan soalan yang merangsang pemikiran   pengguna.  Biasanya bagi iklan media cetak.  Tanpa menunjukkan produk terlebih dahulu.
Contoh  :-  Tunjuk mukasurat berwarna hitam dan pada muka surat sebelah  baru tunjuk produk.



  • Perbandingan Keluaran
Membandingkan produk kita dengan produk pesaing dan tunjuk kelebihan produk berbanding dengan pesaing.
Contoh  :-  Iklan Ekonomi Handalan

  • Demonstrasi
Menunjukkan ciri-ciri tertentu sesuatu produk. Boleh ditunjukkan dalam 2 keadaan  :-

  • Keadaan sebenar -  menunjukkan keadaan sebenar bagaimana penggunaan produk.
  • Keadaan simulasi -  membuat demonstrasi dalam keadaan seolah-olah berada dalam keadaan sebenar
Contoh  :-  Iklan Pampers  -  curah air atas pampers dan kemudian tekan  dengan gelas kaca.  
Iklan kemalangan jalanraya menggunakan buah tembikai sebagai ganti kepala manusia.

  • Gambar pegun(terpaku)
Produk/sesuatu keluaran akan menjadi fokus atau tumpuan dalam iklan.  Terutamanya untuk iklan cetak
Contoh  :-  fokus bahagian dalam kereta/ bahagian-bahagian lain kereta untuk iklan kereta.

  • Kiasan/ibarat
Tunjukkan kesan yang dialami selepas guna sesuatu produk atau perkhidmatan
Contoh  :-  Iklan Proton Waja,  mengibaratkan memandu kereta tersebut  seperti memandu kereta buatan Jerman


  • Dramatis
Iklan penggunaan produk dalam bentuk drama/jalan cerita

  • Drama biasa -  menunjukkan keadaan biasa yang dialami oleh pengguna
  • Penyelesaian masalah -  watak utama dalam iklan selesaikan masalah
Contoh  :-  Iklan Horlicks -  boleh dikaitkan dengan kehidupan
harian/biasa.  Ibu yang bekerja buatkan anak minuman pagi.
Iklan sabun Trojan -  hero menyelesaikan masalah baju kotor dan berbau.

  • Jurucakap
Menggunakan individu untuk menerangkan tentang produk.  Tidak semestinya personaliti terkenal/pakar.  Personaliti mestilah sesuai dengan produk yang diiklankan.
Contoh  :-  Iklan Rejoice menggunakan Budak Sinki
Iklan Lux menggunakan Era Fazira dan Joanna Bassey.


4.2.2  Teknik Reka Letak  dalam Iklan Cetak

  • Unsur-unsur reka letak
Elemen-elemen/perkara yang akan dimasukkan dalam sesuatu iklan cetak

  • Illustrasi  -  gambar, lukisan, carta, peta, gambar produk graf pertambahan jualan dan lain-lain
  • Tipografi  -  rekabentuk perkataan (rupataip) iaitu saiz dan jenis huruf
  • Ruang putih dan ruang warna  -  bahagian iklan pada kertas yang tidak digunakan biasanya digunakan sebagai border
  • Slogan  -  dalam bentuk perkataaan/ ungkapan biasanya tidak terlalu panjang
  • Logotaip  -  boleh terdiri dari 2 jenis iaitu gambar seperti PUMA menggunakan gambar harimau kumbang  dan tulisan seperti KFC atau NESTLE
  • Harga  -  jualan murah,  dengan meletakkan harga sebenar dan harga promosi
  • Teks naskah  - penerangan ciri-ciri produk, cara penggunaan produk.  Saiz tipografi akan menjadi lebih kecil
  • Unsur tajuk -  menggunakan tajuk tertentu/tajuk utama

  • Corak reka letak
Cara meletakkan unsur reka letak dalam ruang tertentu

  • Mondrian  -  Anda boleh merujuk gambarajah 4.1 di mana gambar digabungkan berbentuk persegi yang diatur secara berkaitan/interlocking.  Disusun secara rapi dalam bentuk persegian lebih tersusun.  Gambar-gambar ditunjuk secara satu persatu atau sebahagiannya kemudian barulah gambar tersebut ditunjukkan sepenuhnya.





gambar
slogan

Teks naskhah



Logotype



        Gambarajah 4.1 Reka letak Mondrian

  • Tingkap gambar  -  Rekaletak paling popular sekali bagi media cetak.  (Rujuk gambarajah 4.2) Guna ruang yang paling besar dalam iklan cetak.  2/3 atau lebih halaman mukasurat digunakan untuk gambar.
Illustrasi





Teks naskhah


Gambarajah 4.2 Tingkap gambar

  • Padat bernaskah  -  ruang paling besar digunakan untuk teks naskah, saiz tajuk yang besar, saiz illustrasi kecil dan teks naskhah boleh diletakkan dimana-mana asalkan saiznya besar dan dapat tarik perhatian. Anda boleh merujuk gambarajah 4.3

Tajuk
Teks Naskhah




Logotype


Gambarajah 4.3 Reka letak padat bernaskah

  • Bingkai (susunan off-beat)  -  Mari kita lihat gambarajah 4.4 yang mana teks naskhah akan dikelilingi oleh illustrasi seolah-oleh membentuk bingkai gambar.


Teks
Naskhah





Gambarajah 4.4  Susunan Berbingkai

  • Sarkis/Bentuk omnibus  -  timbulkan suasana ceria dengan menggabungkan unsur reka letak kecil.  Saiz setiap unsur kecil dan tiada unsur-unsur sistematik dan banyak unsur.  Anda boleh merujuk gambarajah 4.5




 Teks                               Teks
Naskhah                  

                        Teks                                   Teks
                         Naskhah                             Naskhah

 
Teks naskhah
Illustrasi




Illustrasi




Gambarajah 4.5 Bentuk Sarkis



                      Teks Naskhah Teks naskhah





Teks Naskhah Teks naskhah

Multipanel (jalur komik/ comic stripe)  -   Gambarajah 4.6 menunjukkan  teknik mulitipanel dimana setiap kotak menceritakan secara bebas tentang sesuatu barangan.  Menggunakan konsep komik.



Illustrasi




Gambarajah 6.6
Gambarajah 4.6 Multipanel
  • Corak bebayang  -  teks naskah mengelilingi illustrasi dengan mewujudkan ruang warna dan ruang putih.  Anda boleh merujuk gambarajah 4.7
Ruang warna
Tajuk




Teks naskhah
(ruang hitam putih)








Gambarajah 4.7 Corak Bebayang

  • Corak huruftaip  -  Gambarajah 4.8 menunjukkan kepada kita corak huruftaip yang memfokus kepada bentuk huruf/tulisan.  Menggunakan tajuk yang besar untuk tarik perhatian.  Gambar/illustrasi dan teks naskhah yang kecil.  









Teks naskhah



Illustrasi





Gambarajah 4.8 Corak Huruftaip


  1. Jenis-Jenis Tajuk yang Boleh Digunakan
Adakah anda sudah membaca tajuk utama akhbar hari ini? Tajuk utama biasanya dapat menarik perhatian pelanggan begitu juga dengan tajuk iklan.  Mari kita lihat jenis-jenis tajuk yang boleh kita gunakan dalam pembentukan iklan.

  • Berita
Menyampaikan sesuatu yang terkini atau maklumat terbaru tentang produk.  Memulakan perkataan tertentu seperti ‘kini’, ‘sekarang’, ‘memperkenalkan’ Sesuai digunakan untuk produk baru



  • Dakwaan
Kenyataan tegas dan dapat dipercayai.  Dakwaan  yang dibuat mestilah betul dan tepat seperti ‘yang terbaik’, ‘yang terlaris’, ‘termurah’ dan sebagainya.


  • Nasihat
Menggunakan pakar untuk mengatakan sesuatu/ untuk memberi nasihat tentang sesuatu.  Biasanya iklan perkhidmatan awam seperti iklan jalanraya dan kesihatan

  • Tandatanya
Tajuk iklan dalam bentuk soalan atau pertanyaan.  Menanya kepada pengguna supaya pengguna berminat membeli sesuatu seperti ‘sudahkah anda memiliki…?’  ‘anda ingin memiliki…?’ dan sebagainya

  • Arahan/Cabaran
Memberi arahan kepada pengguna tentang sesuatu perkara seperti menggunakan perkataan ‘jangan lupa dapatkan…’, ‘dapatkan segera…’ dan lain-lain.

  • Nama Barangan
Biasanya digunakan oleh produk/jenama yang telah dikenali ramai bukan produk baru seperti ‘MILO’, ‘PAMPERS’ dan lain-lain

AKTIVITI



AKTIVITI 4B

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli.  Setiap kumpulan dikehendaki menghias sehelai kertas manila yang dianggapkan sebagai papan notis menggunakan salah satu teknik-teknik persembahan iklan cetak pengiklanan yang telah dipelajari.

Senang je nak hias papan notis ni…..kan dah belajar………


MAKLUMBALAS AKTIVITI





MAKLUMBALAS AKTIVITI 4B
Pelajar boleh mengikut mana-mana salah satu teknik persembahan pengiklanan yang telah dipelajari
  • Mondrian
  • Tingkap gambar
  • Padat bernaskah
  • Bingkai
  • Sarkis
  • Multipanel
  • Corak berbayang
  • Corak huruf type


PENILAIAN KENDIRI




PENILAIAN KENDIRI


  1. Terangkan berkaitan teknik persembahan yang boleh digunakan dalam iklan
(25 markah)

  1. Teknik di dalam iklan cetak berbeza sedikit daripada iklan elektronik kerana ia mempunyai 2 eleman penting iaitu unsur reka letak dan corak reka letak
    1. Bincangkan 6 ciri dalam unsur reka letak dalam iklan cetak
(12 markah)

  1. Dengan menggunakan illustrasi yang bersesuaian terangkan ciri 3 daripada corak reka letak
(13 markah)

  1. Bagi mendapatkan atau menimbulkan tindakbalas/mempengaruhi pengguna dari segi emosi dan pemikiran anda perlulah menyelitkan unsur rayuan di dalam iklan.  Bincangkan ketiga-tiga rayuan pengiklanan dalam membentuk iklan itu sendiri.
(25 markah)
Selamat Mencuba….!




MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI




MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


Jawapan Soalan 1
  • Kenyataan fakta secara terus terang
  • Kenyataan merangsang
  • Perbandingan keluaran
  • Demonstrasi
  • Gambar pegun
  • Kiasa/ibarat
  • Dramatis
  • Jurucakap


Jawapan Soalan 2
a)
  • Illustrasi
  • Tipografi
  • Ruang putih dnn warna
  • Slogan
  • Logotaip
  • Teks naskah
  • Harga
  • Unsur tajuk


b)  
  • Mondrian
  • Tingkap gambar
  • Padat bernaskah
  • Bingkai
  • Sarkis
  • Multipanel
  • Corak berbayang
  • Corak huruftype




Jawapan Soalan 3


  • Rayuan berkaitan produk/keluaran
  • Rayuan berkaitan pengguna
  • Rayuan yang tiada kaitan dengan produk dan pengguna