September 13, 2012

STRATEGI PENGIKLANAN (STRATEGI KREATIF PENGIKLANAN)


UNIT 3

STRATEGI PENGIKLANAN

(STRATEGI KREATIF PENGIKLANAN)



OBJEKTIF

Objektif Am  :-

Memahami pengertian dan konsep pengiklanan, asas pembinaan strategi kreatif dan menulis strategi kreatif.

Objektif  Khusus  :-  Di akhir unit ini anda akan dapat
  • Menjelaskan pengertian strategi pengiklanan
  • Menjelaskan konsep strategi pengiklanan
  • Membincangkan cara-cara menulis strategi kreatif
  • Menghuraikan cara untuk membina strategi kreatif




INPUT



  1. PENGENALAN
Pengiklanan yang kreatif akan dapat menarik minat pengguna dan akan sentiasa diingati.  Dalam membentuk iklan yang kreatif pelbagai langkah perlu dijalankan.

3.1 STRATEGI PENGIKLANAN
Apa yang diberitahu  oleh pengiklan tentang produk yang diiklankan dan formula mesej jualan yang dapat mengkomunikasikan faedah utama produk/jenama atau bagaimana ia dapat menyelesaikan masalah

Konsep Strategi Pengiklanan

Dalam membentuk strategi pengiklanan, pengiklan perlu mengambil lima langkah utama.

  • Mengklasifikasikan fakta utama (key fact)
Fakta utama dalam strategi pengiklanan adalah pendapat pengguna yang mengenalpasti alasan mengapa mereka membeli/tidak membeli produk dan perkhidmatan atau jenama/tidak memikirkan langsung berkaitan barangan.
Contoh  :  Pepsi menjalankan kajian mengapa pengguna membeli
produknya/tidak membeli/lebih gemar produk lain.


  • Masalah Utama Pemasaran
Langkah ini menyatakan masalah dari pandangan pemasar.  Masalah utama mungkin berkaitan imej, tanggapan terhadap produk/masalah persaingan
Contoh  :-  Pepsi menghadapi persaingan dari minuman berkarbonat lain, tanggapan pengguna yang mengatakan kandungan gula dalam minuman terlalu banyak gula dan tidak baik untuk kesihatan dan lain-lain

  • Objektif Komunikasi
Langkah ini adalah untuk menentukan apakah objektif pengiklanan yang diperlukan terhadap pasaran sasaran dan bagaimana ia dapat memujuk pengguna
     Contoh  :-  Pengiklanan sama ada ingin memberi kesedaran/
     mengingat/memberi keyakinan ataupun meggalakkan pengguna membuat
     tindakan belian.

  • Strategi Mesej Kreatif
Mesej yang kreatif adalah jantung dalam keseluruhan strategi pengiklanan.  Melaksanakan strategi mesej kreatif memerlukan perlaksanaan langkah-langkah berikut;-
a)  Kenalpasti sasaran pasaran
Boleh dikenalpasti menggunakan kaedah demografik, geografi, kebiasaan pengunaan media, paten penggunaan produk/jenama

  1. Kenalpasti pesaing utama
Perlu mengenalpasti pesaing utama, siapa, apa kekuatan dan kelemahan bagi membolehkan perletakan produk bertentangan dengan pandangan pengguna terhadap produk pesaing.


  1. Memilih janji yang diberikan kepada pengguna
Memilih faedah utama /idea penjualan utama (major selling idea).  Biasanya adalah janji penyelesaian masalah/ pemberian faedah kepada pengguna.

  1. Memberikan alasan
Fakta yang menyokong janji.  Merupakan maklumat yang benar, berkaitan dan menarik dan adakalanya memerlukan ‘authority figures’ seperti pakar/selebriti untuk menyokong janji apabila janji berbentuk simbolik atau psikologi

  • Keperluan Korporat
Langkah akhir melibatkan keperluan mandatori yang dimasukkan di dalam iklan iaitu aspek strategi pengiklanan yang teknikal dan tidak kreatif termasuklah slogan korporat, keperluan undang-undang seperti label dan lain-lain.






AKTIVITI



AKTIVITI 3A

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat orang ahli.  Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan soalan di bawah :-

1.      Pelajar dikehendaki mencari satu iklan samada dari media cetak atau  
elektronik.  Bincangkan berkaitan 5 langkah utama dalam konsep strategi pengiklanan berdasarkan iklan yang telah dipilih.
2.     Di dalam langkah strategi mesej kreatif terdapat beberapa perlaksanaan    
program yang perlu dilakukan.  Dengan memilih satu produk  sebagai contoh laksanakan program tersebut.
Pelajar dikehendaki membentangkan hasil dapatan perbincangan.


MAKLUMBALAS AKTIVITI





MAKLUMBALAS AKTIVITI 3A

1. Lima (5) langkah utama dalam Konsep strategi pengiklanan

  • Mengklasifikasi fakta utama
  • Masalah utama pemasaran
  • Objektif komunikasi
  • Strategi mesej kreatif
  • Keperluan korporat


2.Program strategi kreatif

  • Kenalpasti sasaran pasaran
  • Kenalpasti pesaing utama
  • Memilih janji yang akan diberikan
  • Memberi alas an yang menyokong janji







INPUT



  1. STRATEGI KREATIF
Elemen yang penting dalam penciptaan sesuatu iklan.  Langkah utama yang menerangkan dengan nyata apakah mesej/idea utama yang hendak disampaikan mengenai keluaran /perkhidmatan kepada pengguna dan mengaitkan maklumat keluaran/perkhidmatan dengan kehendak , keperluan dan harapan pengguna.

Ciri-ciri Strategi Kreatif
Mesej yang hendak disampaikan mestilah  :
a)   Mudah
     Mudah difahami pengguna, menggunakan bahasa yang jelas

  1. Khusus
Menyatakan sesuatu secara terus terang, jangan membuat pengguna mengagak/membuat pendirian tertentu

  1. Layak diiklankan
Tidak melanggar mana-mana etika pengiklanan/tipu pengguna/ beri maklumat yang tidak tepat.

  1. Tahan lama
Mesej bolah digunakan/disampaikan pada jangkamasa yang lama.  Menggunakan mesej yang sama walaupun bentuk iklan berlainan





Penulisan Strategi Kreatif
Terdapat 5 cara dalam penulisan strategi kreatif

  • Objektif
Tentukan tujuan kita membentuk sesuatu iklan
Contoh :-  Iklan VICO dibuat bertujuan adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna terhadap produk baru iaitu minuman berperisa coklat.

  • Audien Sasaran
Pasaran pengguna iklan hendak ditujukan.  Gunakan audien sasaran dalam iklan supaya boleh mengaitkan diri (relate).
Contoh  :-  Pasaran sasaran adalah suri rumah dan kanak-kanak maka gunakan mereka dalam iklan.

  • Faedah utama keluaran
Perlu terangkan sebab pengguna perlu buat pembelian.  Mesej utama yang perlu disampaikan.
Contoh  :-  Produk VICO lebih berkhasiat berbanding minuman berperisa coklat yang lain

  • Sandaran
Alasan pengguna harus percayai faedah yang dinyatakan.  Fakta yang menyokong faedah
Contoh  :-  Produk VICO menggunakan lebih banyak coklat/coco maka lebih berkhasiat

  • Arahan Kreatif
Kenyataan dibuat berdasarkan personaliti keluaran/ produk itu sendiri.
Contoh  :-  Mengaitkan produk VICO dengan aktiviti kecergasan atau kesukanan


Pembinaan Strategi Kreatif
Pembinaan strategi kreatif dapat membantu mesej yang hendak disampaikan.  Beberapa perkara perlu diambilkira dalam membina strategi kreatif

  • Latarbelakang keluaran
Maklumat tentang produk/perkhidmatan yang hendak diiklankan seperti aspek pengeluaran, kedudukan kewangan pengeluar, kemampuan pemasaran pengeluar, kemampuan pengeluar/kapasiti pengeluaran, proses pengeluaran jika berbeza, imej yang cuba ditonjolkan, bahan digunakan dan lain-lain lagi.  Perkara-perkara berikut boleh digunakan sebagai mesej utama
Contoh  :-  Minyak Seri Murni yang menjalani proses pemeringkatan dua kali berbeza dengan minyak jenama lain

  • Persaingan
Mesti mendapatkan maklumat pesaing yang berada dalam operasi yang sama.  Antara maklumat yang perlu diketahui ialah seperti keluaran pesaing samada dari segi rekabentuk, harga dan lain-lain, syer pasaran pesaing iaitu sejauh mana syarikat menguasai pasaran dari segi jualan, strategi kreatif syarikat pesaing bagi mengelakkan menggunakan mesej yang sama.
Contoh  :-  Serbuk pencuci Kao Attack menggunakan mesej penggunaan yang kurang, Breeze Color mengekalkan warna dan Ekonomi Handalan harga yang lebih jimat.




  • Pengguna
Perlu mengetahui siapa yang menggunakan produk bagi memudahkan mengatur strategi kreatif.  Siapa pengguna sebenar produk, yang mempengaruhi keputusan pembelian, bila dan bagaimana sesuatu produk itu digunakan dan bagaimana produk digunakan(idea/pengguna baru).
Contoh  :-  Planta menggunakan idea baru penggunaan bila ibu masak nasi campur planta.  KFC memasukkan ibubapa dalam iklan walaupun pengguna sebenar tertumpu kepada kanak-kanak kerana ibubapa mempengaruhi keputusan pembelian
Untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengguna maka perlu jalankan kajian.  Antara kajian yang boleh dijalankan adalah :

  • Kajian Pengguna Keluaran
Untuk kenalpasti siapa pengguna sebenar dan bukan pengguna.  Diukur berdasarkan :-
a)   sifat demografik  -  jantina, umur, agama, pendapatan dan lain-lain

  1. sifat psikografik  -  personaliti, kelas sosial, sikap dan sebagainya
  2. sifat am  -  pengetahuan dimiliki berkaitan jenama lain.

  • Kajian Persegmenan
Dibahagi kepada bahagian tertentu/segmen tertentu.  Digunakan bagi produk yang sesuai diguna oleh semua segmen.  Tujuan pembahagian segmen adalah untuk mengkaji minat  terhadap produk tersebut dan bagaimana pengguna menggunakan produk yang disegmenkan.
Contohnya Uphamol dimakan oleh orang yang sakit kepala dan kaum wanita juga guna pada waktu tertentu.





AKTIVITI



AKTIVITI 3B


Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan secara individu dan aktiviti ini berbentuk simulasi.

1  Pelajar dikehendaki bersedia untuk menghadiri temuduga kerja di sebuah syarikat  
yang menjalankan perkhidmatan penyelidikan pemasaran dan konsultan. Jalankan sedikit kajian terhadap syarikat yang bersesuaian bagi memudahkan pelajar menjawab soalan temuduga  dan antara soalan temuduga yang perlu anda jawab adalah berdasarkan lima cara penulisan kreatif.





MAKLUMBALAS AKTIVITI





MAKLUMBALAS AKTIVITI 3B

Jawapan adalah bergantung kepada soalan penemuduga dan antara jawapan yang mesti terkandung dalam sesi temuduga adalah berdasarkan 5 cara penulisan kreatif

  • Objektif pelajar menghadiri temuduga
  • Audiens sasaran pelajar ketika ditemuduga/audiens syarikat yang perlu pelajar ketahui
  • Faedah utama yang pelajar dapat beri kepada syarikat/faedah yang pelajar fikirkan akan diperolehi dari syarikat
  • Sandaran/alasan mengapa syarikat mesti memilih pelajar sebagai calon yang paling layak/ alasan kepada faedah yang syarikat boleh berikan
  • Arahan kreatif/ kenyataan yang pelajar boleh buat berdasarkan personaliti dirinya agar syarikat memilihnya bukan calon lain







PENILAIAN KENDIRI




PENILAIAN KENDIRI


   1.  Strategi kreatif adalah penting kerana ia akan memberi arah tuju bagi penciptaan   
        sesuatu iklan
    a)   Apakah yang dimaksudkan dengan strategi kreatif? (5 markah)
    b)   Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam strategi kreatif? (8 markah)
    c)   Terangkan 5 cara penulisan kreatif                         (12 markah)


    2. a)  Apakah yang dimaksudkan dengan strategi pengiklanan (5 markah)
        b)  Terangkan berkaitan Konsep strategi pengiklanan (20 markah)


    3.  Huraikan cara-cara membina strategi kreatif. (25 markah)


MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI




MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1
a)  Strategi kreatif ialah  adalah langkah yang menerangkan dengan nyata mesej/idea
utama yang hendak disampaikan mengenai keluaran/perkhidamatan dan mengaitkan maklumat ini dengan kehendak, keperluan dan harapan pengguna
b)  Ciri-ciri strategi kreatif

  • Mudah
  • Khusus
  • Layak diiklan
  • Tahan lama
c)  5 cara panulisan kreatif

  • Objektif   -  dalam penciptaan iklan
  • Pasaran sasaran  -  pengguna/ pembeli yang mempunyao potensi
  • Faedah utama keluaran  -  faedah yang akan ditawarkan/kelebihan keluaran
  • Sandaran  -  alasan supaya pengguna percaya dan mestilah benar
  • Arahan kreatif  -  keyataan yang dibuat berdasarkan personaliti produk juga mesti bersesuaian dan maklumat benar.





Jawapan 2
a)  Strategi pengiklanan ialah apa yang diberitahu oleh pengiklan tentang produk yang diiklan dan ia adalah formula mesej jualan utama yang mengkomunikasikan faedah utama produk/jenama atau bagaimana ia dapat menyelesaikan masalah pengguna.
b)  Konsep strategi pengiklanan

  • Mengklasifikasikan fakta utama
  • Masalah utama pemasaran
  • Objektif komunikasi
  • Strategi mesej kreatif
    • Kenalpasti sasaran pengguna
    • Kenalpasti pesaing utama
    • Memilih janji yang diberikan
    • Memberikan alasan yang menyokong janji

  • Keperluan korporat


Jawapan 3
Pembinaan strategi kreatif

  • Latarbelakang keluaran
  • Persaingan
  • Pengguna

Setiap jawapan pelajar mestilah berserta penerangan yang lengkap dan contoh yang bersesuaian.