September 13, 2012

PERNIAGAAN PENGIKLANAN (HUBUNGAN PENGIKLAN DAN AGENSI SERTA PEMBEKAL PENGIKLANAN)


UNIT 6

PERNIAGAAN PENGIKLANAN

(HUBUNGAN PENGIKLAN DAN AGENSI SERTA PEMBEKAL PENGIKLANAN)



OBJEKTIF




Objektif  Am

Mempelajari dan memahami peranan pengiklan dan hubungannya dengan  agensi dan pengiklanan.


Objektif Khusus  :-  Di akhir unit ini anda akan dapat:-


  • Menerangkan hubungan antara pengiklan dengan agensi.
  • Menjelaskan peranan studio seni
  • Menerangkan peranan syarikat percetakan dan produksi.
  • Mengkaji peranan syarikat penyelidikan pemasaran
  • Menghuraikan peranan agensi mencari  bakat.


INPUT




  1. PENGENALAN
Dalam perniagaan hubungan yang baik merupakan satu aset penting dalam memajukan perniagaan.  Dalam industri pengiklanan hubungan antara agensi dengan kliennya/pemasar sangat penting.  Dengan hubungan seperti inilah maka agensi seperti Mc Caan Erikson telah menjadi agensi pengiklanan bagi Coca Cola untuk sekian lama.

6.1  Sumber Klien
Sekiranya anda berkerja di agensi pengiklanan dan ditugaskan untuk mencari klien baru, apakah  yang akan anda lakukan? Terdapat pelbagai cara untuk anda mencari pelanggan baru antaranya :-

  • Melalui rujukan
Agensi boleh membuat rujukan kepada agensi pengiklanan lain mengenai pelanggan baru. Contohnya agensi tidak dapat menerima klien baru yang bersaing dengan klien sedia ada sebagai contoh Mc Cann Erikson tidak boleh terima Pepsi Cola sebagai klien kerana telah ada Coca Cola.

  • Mencari klien baru.
Agensi pengiklanan boleh mencari kliennya sendiri melalui :-

  1. berjumpa sendiri dengan pelanggan prospek.
Semasa proses ini wakil agensi perlu bijak menyampaikan maklumat agensi termasuk tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

  1. melalui halaman kuning (Yellow Pages)
Mencari pelanggan melalui buku panduan telefon, direktori, majalah perniagaan dan sebagainya

  1. menghantar surat kepada klien-klien yang berpotensi
Surat mengandungi latarbelakang syarikat produk yang ditawar, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi dan sebagainya.

  • Melalui Persembahan.
Membuat persembahan di hadapan pelanggan berpotensi seperti tayangan video, slide, menunjukkan hasil produk iklan agensi dan lain-lain sebagai bukti agensi sebuah syarikat pengiklanan yang baik dan boleh dipercayai.  Agensi juga boleh mengemukakan cadangan iklan atau kempen cadangan iklan (pitching) kepada syarikat pemasar.

  1. Pertimbangan Mencari Klien.
Dalam meluaskan pasaran iklan, sesebuah agensi pengiklanan tidak boleh membuat keputusan memilih klien sesuka hati.  Klien-klien baru yang dipilih adalah :-

  • Klien yang tiada konflik dengan klien sedia ada atau klien baru bukanlah saingan dengan klien sedia ada.
  • Bukan transien (suka bertukar).  Klien yang suka bertukar agensi @ pembekal perlu dielakkan bagi menjaga rahsia syarikat.
  • Klien yang tidak ada hubungan perniagaan dengan agensi pengiklanan yang lain bagi mengelakkan kebocoran rahsia syarikat.
  • Klien yang tidak akan menyebabkan hubungan dengan klien sedia terjejas dari segi keuntungan.  Agensi mestilah memilih klien yang menawarkan produk bukan pengganti kepada produk klien sedia ada.  Sebagai contoh Bloomingdale Advertising yang mengeluarkan iklan kereta Citroen ZX tidak boleh menerima klien yang mengeluarkan motorsikal (produk pengganti tidak langsung bagi kereta).

  1. Bagaimana Mengekalkan Hubungan Baik dengan Klien
Mengekalkan hubungan baik dengan klien adalah satu tugas yang berat bagi agensi pengiklanan.  Bagaimanakah anda sebagai eksekutif di agensi pengiklanan  dapat mengekalkan hubungan baik ini?  Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:-

  • Memastikan tidak ada 2 klien yang bersaing di bawah agensi yang sama.
  • Agensi perlu bijak menguruskan hal-hal berkaitan pembayaran iklan, penetapan komisen dan memastikan tiada kerja yang tertangguh.
  • Agensi perlu mengekalkan rekod prestasi yang baik, sentiasa memberikan perkhidmatan yang baik kepada  pelanggan dan pihak media.
  • Agensi sentiasa mempunyai idea-idea terkini, pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengiklanan untuk mencapai kehendak pelanggan dan menjaga kualiti produk serta reputasi syarikat.







AKTIVITI



AKTIVITI 6A


Arahan  :  Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi 4 hingga 5 orang ahli.  Anda perlu menjawab soalan tugasan di bawah dan membentangkan hasil dapatan pada pertemuan seterusnya.

Anda dan rakan anda adalah eksekutif yang telah ditugaskan oleh agensi  untuk mencari klien baru bagi memperkembangkan lagi syarikat.  Huraikan cara yang boleh anda lakukan untuk mencari klien baru ?  Bagi setiap cara anda perlu mengandaikan anda berada di dalam situasi sebenar.  

MAKLUMBALAS AKTIVITI





MAKLUMBALAS AKTIVITI 6A

Cara –cara mencari klien baru:-

  • Berjumpa sendiri dengan prospek pelanggan
  • Melalui halaman kuning (yellow pages)
  • Menghantar surat kepada klien berpotensi




INPUT


  1. PEMBEKAL PENGIKLANAN
Apakah yang anda faham tentang pembekal pengiklanan ?  Adakah ianya sama penting dengan pembekal produk ? Peranan pembekal pengiklanan  amat penting di dalam membantu menjayakan aktiviti pengiklanan.  Tanpanya syarikat-syarikat akan mengalami masalah di dalam melariskan produk jualan. Siapakah pembekal pengiklanan ? Mari kita lihat siapakah pembekal pengiklanan dan perkhidmatan yang mereka tawarkan :-

  1. Perkhidmatan pembekal pengiklanan
Perkhidmatan- perkhidmatan pengiklanan seperti menyediakan studio seni, khidmat percetakan untuk iklan-iklan di majalah, penyelidikan pemasaran dan syarikat produksi.

(a) Studio Seni.
Iaitu tempat dimana pekerja-pekerja bertugas mencipta dan membuat kerja-kerja lukisan dan illustrasi sebelum menghasilkan iklan yang sebenar.  Pekerja disini terdiri daripada pelukis-pelukis yang mahir dan juga terdapat ramai pakar-pakar seperti  pengarah seni , pelukis grafik dan sebagainya.
Contohnya :- New Straits Times Press dan Syarikat Karangkraf mempunyai studio seni untuk membuat kerja-kerja pengiklanan bagi pihak pemasar @ agensi.

  1. Syarikat Pencetak.
Menjalankan kerja-kerja pencetakan di kilang-kilang  menghasilkan iklan dalam bentuk percetakan . Biasanya syarikat ini mempunyai peralatan yang lengkap dan canggih bagi menghasilkan output yang berkualiti.  Sebagai contoh brosur, kad perayaan, katalog dan sebagainya.
Contohnya :  Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.  Menerbitkan majalah Nona, Impiana dan Remaja.  Kumpulan Utusan menerbitkan Majalah Wanita, URTV dan lain-lain.

  1. Syarikat Produksi / Penerbitan.
Syarikat yang menjalankan aktiviti membuat iklan di televisyen.  Di syarikat ini terdapat studio yang dikhaskan bagi sesi penggambaran iklan.  Ada pekerja yang pakar di dalam produksi filem dengan ini mampu memaparkan iklan yang berkesan.

  1. Syarikat Penyelidikan Pemasaran.
SRM adalah singkatan untuk Survey Research Management, iaitu merupakan sebuah badan yang pakar didalam bidang penyelidikan pemasaran.  Terdiri daripada penganalisis yang akan mengkaji atau menganalisa data-data.  Antara badan penyelidikan lain ialah AC Nielsen, Oracle dan lain-lain lagi


Antara contoh kajian yang dibuat ialah mengenai :-

  • Kajian mengenai demografik
  • Kajian mengenai potensi produk.
  • Kajian mengenai produk baru yang perlu diwujudkan di pasaran.
  • Kajian psikografik
  • Kajian gelagat pengguna

  1. Agensi mencari bakat (Talent agency)
Sebuah agensi yang membekalkan tenaga manusia yang pakar dalam bidang tertentu contohnya :- model-model, pelakon iklan, pelakon tambahan, penyanyi lagu iklan dan lain-lain



AKTIVITI



AKTIVITI 6B
Arahan  :  Anda dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi empat atau lima orang ahli bagi menjawab soalan tugasan dibawah.  Anda dikehendaki menyerahkan tugasan ini pada pertemuan seterusnya

Andaikan anda berada di sebuah studio seni.  Cuba rangkakan contoh iklan
mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan-bahan seperti  kertas warna, gambar, gam , blok tulisan dan sebagainya bagi membantu penghasilan iklan yang menarik untuk di siarkan di majalah.
Ooo.. kengkawan… jom buat iklan ni…



MAKLUMBALAS AKTIVITI




MAKLUMBALAS AKTIVITI 6B

Tunjukkan contoh iklan yang sebenar .









AKTIVITI



AKTIVITI 6C

Arahan: Bentukkan kumpulan yang terdiri dari empr atau lima orang ahli. Persembahkan tugasan yang diberi ini pada pertemuan seterusnya.

Pelajar-pelajar dikehendaki mencipta lirik lagu untuk iklan di radio atau televisyen. Kemudian lirik tersebut hendaklah digubah dan dipersembahkan dalam bentuk nyanyian. Gubahan boleh diciplak dari lagu yang sedia ada atau pelajar menggubah sendiri lagu tersebut. Pelajar-pelajar diminta mempersembahkan lagu iklan tersebut tidak lebih dari satu minit.



Ini nak belajar iklan ke nak jadi penyanyi…
SELAMAT MENCUBA






MAKLUMBALAS AKTIVITI




MAKLUMBALAS AKTIVITI 6C
Lirik di tulis dalam sehelai kertas dan diserahkan kepada pensyarah dan pelajar mempersembahkan lagu iklan berdasarkan lirik tersebut tidak lebih dari satu minit.




PENILAIAN KENDIRI




PENILAIAN KENDIRI


1. a)  Terangkan perbezaan antara fungsi agensi pengiklanan dengan fungsi
        jabatan pengiklanan syarikat pengiklanan.
(10 markah)
  b)  Apakah pertimbangan yang perlu dibuat untuk memilih klien?
(15 markah)

2. a)  Bezakan antara studio seni dengan syarikat produksi?

(12 markah)

  1. Jelaskan peranan syarikat penyelidikan pemasaran dalam menjayakan sesuatu  
iklan dan agensi mencari bakat
(13 markah)



                      MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI



Maklumbalas Penilaian Kendiri
Jawapan 1
a)  Perbezaan
Agensi pengiklanan
  • Memberi khidmat pengiklanan pada pemasar dan pencipta iklan
  • Membuat pembelian media untuk iklan
  • Menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti promosi yang lain
  • Menyediakan rancangan-rancangan pengiklanan dan alat-alat promosi yang lain
Jabatan Pengiklanan

  • Sebagai pendapatan kepada syarikat
  • Mencari klien baru
  • Bertanggungjawab dalam semua hal-hal berkaitan pengiklanan
  • Mengurus hal-hal pembayaran iklan untuk pihak media

b)  Pertimbangan yang perlu dibuat
  • Tiada konflik
  • Tidak bersaing
  • Tidak berhubungan dengan agensi pengiklanan yang lain
  • Bukan transien
  • Agensi boleh melakukan tugas klien mengikut masa yang ditetapkan


Jawapan 2


  1. Jawapan merujuk kepada 6.2 (a) dan (c) serta contoh-contoh selain dari contoh yang diberi
  2. Peranan syarikat penyelidikan pemasaran ialah :-

  • Membuat kajian berkaitan produk yang hendak dipasarkan
  • Kajian psikografik
  • Kajian gelagat pengguna
  • Kajian produk
  • Kajian pasaran produk baru
Peranan agansi mencari bakat

  • Mencari bakat baru dalam bidang modeling, lakonan dan nyanyian yang akan digunakan oleh agensi pengiklanan

Tadi ingat jawapannya…
Sekarang dah lupa lak….
Mana la pulak….?