September 13, 2012

MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN (FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN MEDIA & TEORI MEDIA)



UNIT 7

MEDIA-MEDIA PENGIKLANAN

(FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN MEDIA
& TEORI MEDIA)


OBJEKTIF

Objektif Am

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk menilai faktor-faktor penentu dalam pemilihan media dan mempelajari teori-teori media.

Objektif khusus :  Di akhir unit ini  pelajar akan dapat :-
  • Menjelaskan strategi dan objektif kempen iklan.
  • Menerangkan saiz dan ciri-ciri khalayak sasaran.
  • Menerangkan liputan geografi.
  • Mengkaji kecekapan kos.
  • Melihat nilai-nilai pendedahan, perhatian dan motivasi media.




INPUT



  1.   PENGENALAN
Apakah itu media ?  Bagaimana media digunakan untuk menyampaikan iklan dan bagaimanakah ia dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu iklan.  Persoalan ini perlu dijawab, kerana sekiranya anda ingin menjalankan pengiklanan berkesan langkah-langkah berikut perlu diambilkira.

7.1 Sebelum kita memilih media untuk menyiarkan sesuatu iklan ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.  Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut :-

  • Strategi dan objektif kempen iklan
  • Saiz dan ciri-ciri khalayak sasaran
  • Liputan geografi
  • Kecekapan kos
  • Nilai-nilai pendedahan, perhatian dan motivasi media





(a)  Strategi & Objektif Kempen Iklan.
Apakah kaedah atau cara yang dapat disesuaikan dengan pasaran sasaran perlulah difikirkan dahulu sebelum memutuskan media yang sesuai. Memastikan mesej yang hendak disampaikan  sesuai dengan media yang dipilih kerana penyebaran sesuatu mesej mungkin sesuai untuk media-media yang tertentu sahaja.
Contoh :- Bagi mewujudkan kesan yang cepat untuk diingati, perlu menggunakan media elektronik seperti televisyen, radio, internet dan sebagainya. Bagi tujuan memberitahu sahaja , perlu menggunakan media cetak seperti suratkhabar, majalah dan sebagainya.

  1. Saiz & Ciri-Ciri Khalayak.
Saiz di sini bermaksud berapa ramai pengguna yang bakal  menggunakannya.  Samada kecil, besar ataupun sederhana sahaja perlulah diketahui. Manakala ciri-ciri khalayak pula merangkumi :-
Dari segi demografi – iaitu umur, bahasa, bangsa, pendidikan , pekerjaan dan sebagainya.  Dari segi minat pengguna – iaitu suka membaca atau suka menonton.

(c) Liputan Geografi.
Iaitu luas kawasan di mana produk ingin diagihkan secara meluas atau kawasan tertentu sahaja.
Contoh :-  Dalam negara, luar negara ataupun peringkat antarabangsa.  Perlu mengenalpasti dahulu cara agihan sampai ke kawasan yang hendak dipasarkan.



  1. Kecekapan Kos.
Perlu mengkaji kecekapan kos bagi setiap media yang digunakan, adakah ianya mencapai keberkesanan kos dengan menggunakan media tersebut Anda boleh merujuk Gambarajah 7.1  bagi kadar harga pembelian ruang iklan di Berita Harian  Anda juga boleh merujuk contoh pengiraan seperti di bawah.

Pengiraan :-
Bagi menentukan kecekapan kos untuk setiap 1000 orang    
Formula :  Kos Untuk Suratkhabar      
                 Bil. Pembaca Sasaran
Contoh :- RM 1,000.00 -- Mewakili Kos Untuk sratkhabar       30,000   --  Mewakili Bil Pembaca Sasaran.
= 0.033
0.033 x setiap 1000 orang  = RM 33.00
Ini bermakna kos suratkhabar untuk 1000 orang ialah RM 33.00


DISPLAY ADVERTISMENT RATES
BERITA HARIAN & BERITA MINGGU (BROADSHEET PUBLICATIONS

Display Casual (National Edition) RM35p.s.c.cm


Series rates (minimum size 60 col cm)


6 insertions in one year RM31p.s.c.cm


13 insertions in one year RM30p.s.c.cm



26 insertions in one year RM28p.s.c.cm



52 insertions in one year RM27p.s.c.cm



Joint rate (with NST/NsuT) RM29p.s.c.cm



Note  :  If the total advertisement insertions utilize is below the number contracted within the specified period, than the next applicable rate on the series scale or the casual rate will apply.



Color surcharge (minimum size 108 col cm)


1 spot (Process color) RM2000.00


2 spot
 (Process color) RM6000.00


Standard spot RM2500.00



(Combination of process colors. Separated colors negatives must be supplied)



Full color surchege RM10,000.00



Special Ink Costs


Iron – On Ink ( 1 spot) RM8000.00


Joint rate RM7000.00



Fluorescent Ink(1 spot) RM8000.00



Joint Rate RM7500.00



Scented Ink (1 spot) RM4500.00



Joint Rate RM3500.00



*Subject to change in costs



For Full colors scented advertisements the costing will be :


Black & white advertisement costs + full color surcharge+ 3 times the costs of scented ink. Clients must provide their own essence (fragrance) if it is not readily available from the ink manufacturer.  Bookings will only be confirmed after a test run to ensure compatibility

 Sumber :  Rate Cards 1996 – Berita Harian
Rajah 7.1: Kadar Harga Ruang Iklan




  1. Nilai-Nilai Pendedahan, Perhatian & Motivasi Media.

  • Sejauh mana media dapat mendedahkan pengguna dengan iklan yang sama.  Sebagai contoh media elektronik seperti televisyen dapat mendedahkan maklumat secara meluas kerana menyiarkan iklan berulang-ulang  berbanding  media cetak di mana liputannya agak terhad kerana hanya pembeli majalah sahaja yang mendapat maklumat serta pembacaan yang tidak berulang.
  • Mengenai sejauh mana media dapat menarik perhatian khalayak sasaran perlu difikirkan juga.  Sebagai contoh media elektronik mampu memberi perhatian yang lebih  berkesan kerana dapat memaparkan gambar, suara secara hidup berbanding  media cetak yang statik, hanya warna-warna dan gambar yang mampu menarik perhatian orang ramai.
  • Akhirnya sejauh mana motivasi media mampu mendorong deria-deria terangsang seperti mata, telinga dan pemikiran  bagi membeli sesuatu produk hasil pengamatan yang dilihat atau didengarnya.



AKTIVITI



AKTIVITI 7A
Arahan :-  Tugasan ini perlu dibuat secara individu dan tugasan perlu dihantar pada pertemuan seterusnya


Mari-mari…kita tengok tv!!!!!
Anda dikehendaki menonton televisyen dan cuba kenalpasti satu iklan dan kemudian sila kaji dari aspek faktor-faktor pemilihan media yang telah dipelajari dan  samada ianya bersesuaian atau tidak dan kemukakan fakta-fakta anda terhadap iklan yang ditonton.



MAKLUMBALAS AKTIVITI



MAKLUMBALAS AKTIVITI  7A

Jawapan yang diberikan adalah begitu fleksible , perlu berdasarkan contoh iklan yang telah dipilih oleh pelajar dan fakta-faktanya juga berdasarkan contoh iklan tersebut.


Yeehaa… jawab betul…..


INPUT


7.2    TEORI-TEORI MEDIA
         Adalah perlu memahami teori media bagi memudahkan pelajar menentukan
         pemilihan media.  Antara perkara yang meliputi teori media ialah teori
         gelombang, dominan, penumpuan dan kesampaian.

  1. Teori Gelombang
Mengikut pendekatan ini, pengiklan membeli ruang atau masa dalam beberapa media bagi satu jangkamasa pendek bagi setiap satu media (contoh selama 3 minggu).  Masuk dan keluar dari media tersebut seumpama gelombang iaitu iklan disiarkan di dalam televisyen selama 3 minggu pertama, kemudian dihentikan dan masukkan pula dalam majalah selama tiga minggu dan seterusnya sehingga balik semula ke siaran televisyen.
Andaian bagi pendekatan ini adalah, kesan pengiklanan masih dapat dirasai akibat penumpuan dalam masa tertentu walaupun tanpa pendedahan dari media tersebut.

  1. Teori Dominan
Pengiklan membeli masa atau ruang dalam satu media dalam kuantiti yang besar dari biasa.  Setelah dominan dapat dibina dalam media tersebut, belanjawan akan dialihkan ke media lain untuk jangka waktu pendek.  Pengiklan akan dapat kekerapan pendedahan dalam beberapa media dalam jangka pendek, mencapai kesampaian menerusi penggunaan pelbagai media dan mencapai keselanjaran menerusi penggunaan media lepas satu-persatu walaupun keselanjaran adalah rendah.

  1. Teori Penumpuan
Pendekatan ini mengorbankan aspek kesampaian bagi mencapai kekerapan pendedahan dan keselanjaran.  Jumlah belanjawan hanya ditumpukan kepada satu media sahaja dalam jangkamasa pemasaran keluaran.
Contoh  :-  pengiklan membeli satu ruang untuk tiap penerbitan bulanan dalam majalah atau membeli 30 saat dalam siaran televisyen, tiap-tiap minggu dalam program popular seperti Senario dan sebagainya.

  1. Teori Kesampaian
Teori ini memaksimumkan kesampaian dengan mengorbankan keselanjaran dan kekerapan pendedahan  Pelbagai jenis media digunakan untuk mendapatkan kesampaian yang besar.  
Contoh  :-  Pengiklan membeli satu pakej masa televisyen selama 30 saat dalam beraneka program televisyen atau menyiarkan iklan sekali dalam pelbagai majalah atau menyiarkan iklan dengan kekerapan terhad dalam kombinasi media cetak dan elektronik.





AKTIVITI



AKTIVITI 7B
Pelajar diminta mengkaji contoh iklan yang biasa mengamalkan :-
  1. Teori Gelombang
  2. Teori Kesampaian
Buat perbandingan, teori mana yang berkesan dan praktikal.

KLUMBALAS AKTIVITI



MAKLUMBALAS AKTIVITI  7B

Teori Gelombang
  • Membeli masa atau ruang dalam beberapa media, untuk jangkamasa pendek.
  • Masuk dan keluar iklan seperti gelombang.
  • Iklan disiarkan di TV untuk 2 minggu, dihentikan dan masuk pula iklan majalah selama 2 minggu dan seterusnya sehingga ke siaran TV semula.
  • Kesan pengiklanan dalam setiap media akibat penumpuan masih dapat dirasai


Teori Kesampaian
  • Memaksimunkan kesampaian dengan korbankan keselanjaran dan kekerapan pendedahan.
  • Beraneka jenis media digunakan untuk mendapatkan kesampaian yang lebih besar.
  • Pengiklan membeli pakej masa selama30 saat di TV dalam pelbagai program atau siarkan iklan dalam pelbagai majalah atau siarkan iklan dengan kekerapan terhad dalam kombinasi media cetak dan elektronik.





PENILAIAN KENDIRI



PENILAIAN KENDIRI



1. ‘Motivasi Media’ adalah penting dalam pengiklanan. Nyatakan apakah implikasi
    kepada audien.
(10 markah)

2.  Anda seorang eksekutif pemasaran yang ditugaskan untuk membuat keputusan
    pemilihan media untuk pengiklanan produk syarikat.  Syarikat bercadang memilih  
    Kumpulan Kerangkraf yang mengeluar majalah ‘Bonda’ dan bayaran yang    
   dikenakan sebanyak RM6400 bagi sekali keluaran.  Syarikat bercadang  
   mengiklankan sebanyak 13 kali.  Dijangka bilangan pembaca yang membaca  
   majalah tersebut seramai 10,000 orang.  Syarikat juga bercadang untuk  
   mengiklankan di akhbar ‘The Moon’ yang dikeluarkan oleh New Ocean Times  
   dengan bayaran RM3000 bagi sekali keluaran dan syarikat bercadang untuk
   mengiklankan selama sebulan pada bulan Julai.  Bilangan pembaca akhbar  
   dijangka mencapai jumlah 18000 orang.
   Anda dikehendaki mengira kecekapan kos untuk 1000 orang dan membuat pilihan    
   media berdasarkan jawapan yang anda perolehi.
(15 markah)


  1. Huraikan dengan jelas, apakah yang diamalkan oleh Teori Dominan dan Teori Penumpuan dan pendekatan manakah yang biasa diamalkan oleh media di Malaysia.
(25 markah)



MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI



Maklumbalas Penilaian Kendiri

Jawapan 1

Sesuatu iklan yang baik akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada audien yang menontonnya.  Hasil motivasi media, ia mampu mendorong audien untuk melakukan pembelian.  Sebaliknya iklan yang tidak mempunyai unsur motivasi kurang meninggalkan kesan kepada audien dan seterusnya mengurangkan pembelian

Jawapan 2

Majalah Bonda

Rm 6400 x 13 kali  = Rm 83,200  -  kos yang perlu dibayar kepada Kerangkraf

Kecekapan kos     =    Rm83,200
_________
10,000 pembaca sasaran

    =  8.32

Oleh itu kecekapan kos untuk 1000 ornag pembaca  =  8.32 x 1000 orang
    =  Rm 8320

Akhbar The Moon


Rm 3000 x 31 kali  = Rm 93,000  -  kos yang perlu dibayar kepada Kerangkraf

Kecekapan kos     =    Rm93,000
_________
18,000 pembaca sasaran

    =  5.167

Oleh itu kecekapan kos untuk 1000 ornag pembaca  =  5.167 x 1000 orang
    =  Rm 5167

Jawapan 3

Teori Dominan
  • Membeli masa atau ruang dalam satu media dalam kuantiti yang lebih besar.  
  • Setelah bina dominan, belanjawan dialihkan ke media lain untuk jangkapendek.
  • Kekerapan pendedahan dapat dicapai dalam jangkapendek, kesampaian menerusi penggunaan pelbagai media dan mencapai keselanjaran dengan penggunaan lepas satu- persatuwalaupun pada tahap rendah.

Teori Penumpuan.
  • Mengorbankan aspek keasampaian bagi mencapai keselanjaran  dan kekerapan pendedahan dengan menumpukan belanjawan pada satu media sahaja dalam jangkamasa pemasaran keluaran
  • Beli satu ruang untuk tiap penerbitan bulanan atau membeli masa 30 saat dalam siaran televisyen tiap-tiap minggu dalam program popular.