September 13, 2012

PENGGAJIAN


PENGGAJIAN

OBJEKTIF:

Objektif Am:  

Mempelajari dan memahami pendapatan-pendapatan penggajian yang boleh dikenakan cukai


Objektif khusus:  

Di akhir unit ini, anda dapat :

  • Menyatakan pendapatan-pendapatan yang
boleh dikenakan cukai menurut peruntukan   ACP 1967

  • Menerangkan jenis-jenis pendapatan penggajian  seperti peruntukan seksyen 13 (1) ACP 1967.

INPUT


  1.      PENGENALAN

Di Malaysia, pendapatan dari sesuatu pekerjaan akan dikenakan cukai pendapatan menurut seksyen 4(b), ACP 1967.  Penggajian adalah bayaran bagi perkhidmatan yang diberikan untuk sesuatu pekerjaan.

Pekerjaan berbeza dengan profesional dan kedua-duanya memberi implikasi cukai yang berbeza. Menurut seksyen 2 , ACP 1967 , pekerjaan adalah:

  1. Di mana pertalian yang wujud itu adalah majikan dan pekerja.
  2. Apa–apa perlantikan atau jawatan, sama ada awam atau tidak dan sama ada atau tidak pertalian terjalin , yang mana saraan perlu dibayar.

Profesion pula melibatkan pekerjaan yang memerlukan kemahiran tertentu  dan cukai dikenakan adalah menurut seksyen 4(a), ACP 1967.

Seksyen 13, ACP 1967 menyenaraikan peruntukan-peruntukan am mengenai pendapatan daripada pekerjaan.



3.1 PeRUNTUKAN-PERUNTUKAN ACP 1967 – PENDAPATAN PENGGAjian YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI

Pendapatan-pendapatan yang boleh dikenakan cukai  seseorang individu atau pekerja berkenaan dengan perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan adalah:-

  1. seksyen 13(1)(a) penerimaan bayaran tunai
  2. seksyen 13 (1)(b) penerimaan nilai manfaat/ kemudahan yang bukan berbentuk tunai
  3. seskyen 13(1)(c) penerimaan nilai kediaman
  4. seksyen (1)(d) penerimaan caruman majikan dari skim pencen atau KWSP yang tidak diluluskan
  5. seksyen 13(1)(e) penerimaan pampasan kerana kehilangan pekerjaan.



3.2 JENIS-JENIS PENDAPATAN PENGGAJIAN


3.3.1 SEKSYEN 13(1)(a)

Pendapatan kasar termasuk upah, gaji, komisen, bonus, elaun, ganjaran, gaji cuti dan lain-lain berbentuk penerimaan tunai:-

  1. Upah dibayar bergantung kepada jumlah hari, jam atau produktiviti (biasanya berubah-ubah).

  1. Gaji Bayaran tetap yang dibayar pada setiap hujung bulan/minggu.

  1. Komisen Bayaran tambahan selain upah, gaji  yang biasanya dibayar kepada jurujual berdasarkan produktivitinya.
Jika komisen diterima bagi sesuatu tempoh bertindih maka komisentersebut perlu diagihkan kepada tempoh asas yang relevan.

Contoh 3.1:
Encik Hakim menerima komisen mengikut tahun perakaunan syarikat seperti berikut :

Tahun berakhir 30 April 2000 RM4,000
( 1 Mei 1999 – 30 April 2000)
Tahun berakhir 30 April 2001 RM3,500
( 1 Mei 2000 – 30 April 2001)

Kirakan komisen yang diterima  oleh Encik Hakim pada tahun asas 2000

Penyelesaian 3.1:
Tahun asas 2000 1.1.2000 hingga 31.12.2000

1.1.2000 – 30 .4.2000  4/12 x 4,000 = 1333
1.5.2000 – 31.12.2000  8/12 x 3,500 = 2333

Jumlah komisen yang diterima  oleh Encik Hakim pada tahun asas 2000 adalah RM 3,666 (RM1,333 + RM2,333)


  1. Bonus saguhati yang diterima di akhir tahun yang diberi
     berdasarkan prestasi pekerja ataupun keuntungan syarikat

Jika bonus diterima bagi sesuatu tempoh bertindih maka jumlah tersebut perlu diagihkan kepada tempoh asas yang relevan (sama seperti komisen).

  1. Elaun Elaun yang biasa diterima oleh seseorang pekerja adalah termasuk elaun rumah, keraian, pengangkutan dan persidangan (mesti berbentuk tunai).

  1. Gaji cuti gaji yang dibayar dalam tempoh pekerja menghabiskan cuti tahunannya yang layak.

  1. Ganjaran Saguhati / hadiah majikan kepada pekerjanya.  Biasa diberi apabila seseorang pekerja bersara atau meninggal dunia


  1. Penentuan Ganjaran (Seksyen 25(4) ACP

Penentuan tempoh asas pendapatan daripada ganjaran yang  diterima semasa tamat penggajian  adalah seperti berikut:

i . jika telah berkhidmat selama lebih dari 9 tahun daripada permulaan tempoh asas di mana pekerja itu berhenti kerja dengan majikan yang sama, agihan dibuat samarata pada 10 tahun kebelakang mulai tarikh berhenti

  1. jika telah berkhidmat selama 9 tahun atau kurang daripada permulaan tempoh asas di mana pekerja itu berhenti kerja dengan majikan yang sama, agihan dibuat samarata mengikut tempoh perkhidmatannya

Anda harus mengetahui bahawa terdapat beberapa  ganjaran yang dikecualikan daripada dikenakan cukai  iaitu:

  1. bersara  bersara disebabkan kesihatan atau
  2. bersara kerana berumur 55 tahun atau umur persaraan yang termaktub di dalam mana-mana undang-undang yang bertulis dan telah berkhidmat selama 10 tahun atau lebih dengan majikan yang sama atau
  3. wang ganjaran dari wang awam atas sebab-sebab persaraan yang tertulis dalam mana-mana undang-undang (para 25A)
  4. wang ganjaran dari wang awam atas sebab penamatan kontrak pekerjaan (para 25B, J6)



                                   Contoh 3.2:

Puan Sofea telah bekerja dengan Seagate Bhd. sejak 1 Januari 1991 dan bersara pada 31 Disember 1999 setelah genap berusia 55 tahun. Pendapatan beliau untuk tahun asas 1999 adalah seperti berikut:
Gaji RM62,000
Ganjaran RM90,000

Kirakan pendapatan kasar Puan Sofea di bawah seksyen 13 (1) (a) untuk tahun asas 1999.

Penyelesaian 3.2:

Mula bekerja – permulaan tempoh asas
1.1.91 – 1.1.99 (8 tahun 1 hari)

Oleh itu, ganjaran dibahagi mengikut tempoh perkhidmatan iaitu 9 tahun.

Pn. Sofea: Tahun Taksiran 2000
Seksyen 13 (1)(a)
Gaji RM 62,000
Ganjaran (90,000/9) RM 10,000
Pendapatan kasar RM 72,000







                                   Contoh 3.3:

Encik Azis telah bekerja dengan Celcom Bhd. sejak 1 Januari 1993 dan bersara pada 31 Ogos 1999 selepas berusia 55 tahun.  Pendapatan beliau untuk tahun asas 1999 adalah seperti berikut:
Gaji   RM 34,500
Gaji cuti (1.6.99 – 31.8.99) RM   9,500
Ganjaran RM 75,000
Kirakan pendapatan kasar Encik Azis di bawah seksyen 13(1)(a) untuk tahun asas 1999.

Penyelesaian 3.3:

Mula bekerja – permulaan tempoh asas

1.1.93 – 1.1.99 tahun = 6 tahun 1 hari

Oleh itu, ganjaran hendaklah dibahagikan mengikut tempoh perkhidmatan

En. Azis: Tahun Taksiran 2000

Seksyen 13(1)(a)
Gaji RM 34,500
Gaji cuti RM   9,500
Ganjaran (75,000 x 8/80) RM   7,500
Pendapatan kasar RM 51,500



  1. SEKSYEN 13 (1)(b)

Di bawah seksyen ini , ia menerangkan manfaat atau kemudahan yang diberikan oleh majikan dalam bentuk bukan tunai seperti pembantu rumah, kereta, pemandu, tukang kebun, telefon bimbit dan lain-lain tidak termasuk kediaman.  Manfaat ini tidak boleh ditukar dalam bentuk tunai. Jika majikan memberi elaun untuk kemudahan ini, elaun tersebut akan dianggap sebagai pendapatan di bawah seksyen 13(1)(a).
Manfaat yang dikecualikan cukai adalah seperti berikut :

  1. rawatan perubatan dan pergigian untuk pekerja (diri sendiri) dan ahli keluarganya.
  2. manfaat yang digunakan oleh pekerja semata-mata untuk melaksanakan tugasnya.
  3. tambang di antara Malaysia dan luar Malaysia atau tugas rasmi.
  4. tambang cuti dalam Malaysia yang tidak melebihi 3 kali dan di luar Malaysia tidak melebihi sekali.
  5. kemudahan penjagaan anak yang disediakan oleh majikan.

Manfaat yang boleh dikenakan cukai termasuklah manfaat dan kemudahan yang dinikmati oleh ahli keluarganya, isteri, orang gaji, anak-anak, tetamu.  

Di bawah seksyen 13(1)(b) ini, amaun yang diambilkira adalah selepas dikurangkan dengan tolakan-tolakan atau pengecualian yang dibenarkan.  Ia berbeza daripada seksyen 13(1)(a) di mana tolakan hanya dibenarkan selepas semua kiraan pendapatan dibuat.  

Sekiranya kemudahan yang diberikan oleh majikan adalah pekongsi dengan pekerja lain, maka agihan yang sewajarnya adalah dibenarkan.  Nilai manfaat adalah seperti yang ditetapkan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh LHDN. Namun begitu, untuk tujuan pembelajaran kita, manfaat yang diberi oleh majikan dikira sebagai termasuk dalam Seksyen 13(1)(b) tanpa merujuk kepada jadual LHDN.

Jika pekerja menggunakan wang sendiri untuk membayar gaji pembantu rumah atau lain-lain kemudahan kemudian diganti balik oleh majikan, maka kemudahan begini dimasukkkan dalam Seksyen 13(1)(a).





Contoh 3.4:
En Samy memberi maklumat berkaitan dengan pendapatannya untuk tahun 2001 seperti berikut:
RM
Gaji 74,200
Bonus
bagi tahun berakhir 30 Jun 2001 2,600
bagi tahun  berakhir 30 Jun 2002 3,200
Elaun petrol 1,800
Tambang percutian:
Pulau Tioman 800
Pulau Kapas 700
Pulau Pangkor 500
Pulau Redang 600
Phuket 1,800
Syarikat telah menyediakan  kemudahan kereta bernilai RM7,200 setahun dan pemandu. Syarikat membayar gaji pemandu sebanyak RM400 sebulan. Satu pertiga daripada kemudahan kereta dan pemandu ini digunakan bagi tujuan peribadi.  Kirakan pendapatan kasar Encik Samy bagi tahun taksiran 2001.

Penyelesaian 3.4:
Encik Samy: Tahun taksiran 2001
Seksyen 13(1)(a) RM RM
Gaji 74,200
Bonus (2,600 x 6/12)  1,300
(3,200 x 6/12)  1,600
Elaun petrol  1,800 78,900
Seksyen 13(1)(b)
Tambang percutian:
Pulau Tioman dikecualikan
Pulau Kapas        dikecualikan
Pulau Pangkor        500
Pulau Redang dikecualikan
Phuket dikecualikan
Kereta (7,200 x 1/3 ) 2,400
Pemandu (3,600x 1/3) 1,200 4,100

Pendapatan kasar         83,000



  1. SEKSYEN 13 (1)(c)

Di bawah seksyen ini , ia menerangkan tentang kemudahan  kediaman sama ada dalam bentuk rumah atau hotel atau kuarters yang disediakan oleh majikan untuk pekerjanya. Kemudahan ini akan dinilai dan dikenakan cukai.  Nilai kediaman adalah termasuk yang disediakan untuk pekerja, isteri pekerja, anak dan tanggungan pekerja, orang gaji dan sebagainya.

Pengiraan nilai kediaman adalah tertakluk kepada Seksyen 32 (2) dan (3) ACP 1967

Seksyen 32 (2) adalah:

  1. nilai kediaman berbentuk rumah iaitu sama ada:
    1. 30% dari jumlah pendapatan sek. 13(1)(a) atau
    2. nilai tetap

Anda hendaklah memilih nilai yang mana lebih rendah di antara  (a) dan (b) untuk dikenakan cukai.  


  1. kediaman yang berbentuk hotel, hostel, rumah dalam kawasan ladang  
 atau hutan atau kawasan yang tidak dikenakan cukai oleh penguasa   
 tempatan, nilainya adalah 3% dari jumlah pendapatan sek. 13(1)(a).Tiada     
                   perbandingan dengan seksyen 13 (1)(a).
Seksyen 32 (3) adalah:

Bagi pengarah (bukan pengarah urusan) syarikat terkawal, nilai kediaman yang kena cukai ialah Nilai Tetap.  Walau bagaimanapun, jika ia berkongsi dengan pekerja lain demi kepentingan syarikat atau untuk meraikan pelanggan, maka nilai kediaman ialah seperti di Sek 32 (2).



Contoh 3.5:
Encik Murshid adalah seorang pegawai kerajaan. Beliau telah memberi maklumat pendapatannya bagi tahun asas 2001   seperti berikut:
   RM
Gaji 1,650 sebulan
Bonus (bagi tahun berakhir 31.12.2001) 3,250
Elaun pengangkutan          100 sebulan
Tambang percutian: RM
Kota Bharu 500
Langkawi 550
Melaka 650
Terengganu 450
China         3,500
India         2,400

Syarikat menyediakan kemudahan kereta bernilai RM8,000 setahun dan menyediakan pemandu. Syarikat membayar gaji pemandu sebanyak RM250 sebulan. Satu perdua daripada kemudahan kereta  dan pemandu ini digunakan bagi tujuan peribadi. Di samping itu, syarikat juga menyediakan kediaman yang bernilai RM13,200.

Kirakan pendapatan kasar  Encik Murshid bagi tahun taksiran 2001.





Penyelesaian 3.5:

Encik Murshid: Tahun Taksiran 2001

Seksyen 13(1)(a) RM RM
Gaji (1,650 x 12) 19,800
Bonus  3,250
Elaun pengangkutan (100 x 12)  1,200 24,250

Seksyen 13(1)(b)
Tambang percutian
Kota Bharu dikecualikan
Langkawi dikecualikan
Melaka            dikecualikan
Terengganu   450
China            dikecualikan
India         2,400
Kereta ( 8,000 x 1/2 )             4,000
Pemandu (3,000 x 1/2) 1,500 8,350

Seksyen 13(1)(c)
30% x 24,250 = 7,275
atau
Nilai tetap = 13,200
(pilih yang terendah) 7,275

Pendapatan kasar 39,875



Contoh 3.6:





Encik Zaid mula bekerja dengan Syarikat Makmur pada 1/7/2000 dengan gaji sebanyak RM3,000 sebulan. Mulai 1/4/2001 beliau telah disediakan sebuah rumah berperabut. Nilai tertentu bagi rumah tersebut ialah RM1,000 sebulan termasuk nilai perabut RM400. Rumah tersebut adalah terlalu besar bagi Encik Zaid. Oleh itu beliau telah berkongsi dengan seorang lagi pekerja syarikat. Tentukan pendapatan kasar dari penggajian Encik Zaid.






Penyelesaian 3.6:



Encik Zaid , Tahun taksiran 2001:



S13(1)(a) Gaji (3,000 x 12) 36,000



S13(1)(b) Perabut(400 x 9 x ½)  1,800



S13(1)(c ) Nilai tempat kediaman*  2,700



--------



40,500


* Nilai tempat kediaman dikira seperti berikut:    


30% x 36,000  = 10,800



atau NT = 600 x 12 x ½ =    3,600



Jadi ambil yang terendah iaitu RM3,600.



Kurangkan mengikut masa RM3,600 x 9/12 = RM2,700.



Jadi nilai tempat kediaman ialah RM2,700























Contoh 3.7:
Encik Farid, seorang pengarah sebuah syarikat terkawal menerima gaji sebanyak RM8,000 sebulan. Kemudahan kereta dan orang gaji bernilai RM6,000 dan RM4,800 setahun masing-masing. Kediaman tanpa perabut disediakan dengan  nilai tertentu sebanyak RM700 sebulan. Andaikan tiada pendapatan lain, kirakan pendapatan kasar dari penggajian bagi Encik Farid untuk tahun asas 2001.

Penyelesaian contoh 3.7:

Encik Farid, Tahun taksiran 2001:
S13(1)(a) Gaji(8,000 x 12 ) 96,000
S13(1)(b) Kereta  6,000
Orang gaji  4,800 10,800
S13(1)(c ) Nilai tempat kediaman
   ( 700 x 12)   8,400
          115,200
*Oleh kerana Encik Farid adalah seorang pengarah syarikat terkawal  tidak ada perbandingan dengan 30% x S13(1)(a) dibuat.




Contoh 3.8:
Encik Norman seorang pengurus ladang Rainbow Bhd. dengan gaji sebanyak RM5,000 sebulan. Sepanjang tahun 2001 beliau tinggal di sebuah rumah yang disediakan oleh majikannya  yang terletak di ladang tempat beliau bertugas. Lain-lain kemudahan yang disediakan  ialah kereta, orang gaji dan tukang  kebun yang masing-masing bernilai RM3,600, RM2,400 dan RM1,200. Kirakan pendapatan kasar dari penggajian Encik Norman bagi tahun taksiran 2001.


Penyelesaian 3.8:

Encik Norman, Tahun taksiran 2001:
S13 (1)(a) Gaji (5,000 x 12) 60,000
S13(1)(b) Kereta 3,600
Orang gaji 2,400
Tukang kebun 1,200
                        7,200             

S13(1)(c) Nilai tempat kediaman
(3% x 60,000) 1,800
Pendapatan kasar dari penggajian 69,000


Jika tempat kediaman Encik Norman ini disediakan untuk tempoh sembilan bulan sahaja , maka nilai RM1,800 boleh dikurangkan mengikut tempoh disediakan iaitu RM1,350 (1,800 x 9/12) . Sebaliknya jika kediaman itu dikongsi dengan pekerja lain, maka tiada pengurangan yang boleh dibenarkan.




  1. SEKSYEN 13(1)(d)

Di bawah seksyen ini, ia mengambilkira caruman majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan(KWS)  yang tidak diluluskan.  Jumlah yang diterima termasuk faedah di atas caruman majikan sama ada sebelum atau selepas berhenti kerja boleh dikenakan cukai di bawah Sek 13 (1)(d ).  Walau bagaimanapun, penerimaan caruman yang dibuat oleh pekerja tidak dikenakan cukai.

Nota :
Anda seharusnya maklum bahawa caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian majikan dan bahagian pekerja. Hanya bahagian majikan yang akan dikenakan cukai.


Contoh 3.9:  

Cik Mashita mempunyai punca-punca pendapatan bagi tahun asas 2001 seperti berikut:-
RM
Gaji 2,100 sebulan
Bonus
(bagi tahun berakhir 31 Oktober 2001) 7,000
(bagi tahun berakhir 31 Oktober 2002) 8,000 Elaun keraian   400 sebulan
Tukang kebun   100 sebulan
Pulangan caruman untuk KWS yang tidak diluluskan
Caruman majikan 30,000
Caruman pekerja 22,000

Syarikat juga menyediakan tempat tinggal kepada beliau yang  mempunyai nilai tetap sebanyak  RM9,900.

Kirakan pendapatan kasar bagi Cik Mashita  bagi tahun taksiran 2001.






Penyelesaian 3.9:
Cik Mashita: Tahun  Taksiran  2001
Seksyen 13(1) (a)   RM RM
Gaji (2,100 x 12 ) 25,200
Bonus
(7,000 x 10/12 ) 5,833
(8,000 x 2/12 ) 1,333
Elaun keraian ( 400 x 12 ) 4,800 37,166

Seksyen 13(1)(b)
Tukang kebun (100 x 12)  1,200

Seksyen 13(1)(c)
30% x 37,166 = 11,150
atau    terendah
nilai tetap kediaman = 9,900 9,900

Seksyen 13(1)(d)
Caruman majikan   30,000
Caruman pekerja dikecualikan 30,000

Pendapatan kasar 78,266




  1. SEKSYEN 13(1)(e)

Semua pampasan yang diterima kerana kehilangan pekerjaan akan dikenakan cukai pengecualian:-

  1. pengecualian sepenuhnya bagi perberhentian kerja disebabkan keuzuran
  2. pengecualian cukai sebanyak RM4000 diberi bagi setiap tahun genap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau kumpulan syarikat yang sama (tahun genap adalah tahun yang penuh setahun)










Contoh 3.10:

Encik Safuan telah berkhidmat dengan Gelap Sdn. Bhd. semenjak 1.7.1986. Beliau telah diberhentikan oleh majikannya pada 31.10.2001 yang lepas kerana syarikat telah mengalami kerugian yang teruk. Encik Safuan telah dibayar pampasan sebanyak RM65,000 pada tarikh diberhentikan. Nyatakan jumlah pampasan yang boleh dikenakan cukai di bawah seksyen 13(1)(e) bagi tahun taksiran 2001.

Penyelesaian 3.10:
1.7.86 – 31.10.01 = 15 tahun 3 bulan.  Tahun genap adalah 15 tahun.

Encik Safuan: Tahun taksiran 2001
Seksyen 13(1)(e)
Pampasan 65,000
(-) Pengecualian (4,000 x 15)                 (60,000)
Pampasan yang boleh dikenakan cukai 5,000








Aktiviti



Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…..Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.




Aktiviti 3. 1

Nyata dan terangkan pendapatan penggajian yang boleh dikenakan cukai di bawah  seksyen 13 (1).


Aktiviti 3.2

Encik Muiz telah memperolehi pendapatan seperti berikut bagi tahun berakhir 31.12.2001.
RM
Gaji 01.01.2001 – 31.09.2001 13,500
Gaji cuti 01.10.2001 – 31.03.2002  9,000
Komisen 3,000
Bonus 4,000
Tiket penerbangan (pergi balik ke Thailand , menghadiri
seminar berkaitan dengan kerjanya) 4,000               
Ganjaran persaraan 15,000
Pekebun (disediakan oleh majikan )  1,800
Perabot  2,700
Nota: Encik Muiz bersara pada 31.12.2001 setelah mencapai umur 55 tahun dan berkhidmat selama 20 tahun dengan majikan tersebut.

Dikehendaki:

Kirakan jumlah pendapatan kasar Encik Muiz bagi tahun taksiran 2001.

Aktiviti 3.3:

Encik Afif adalah seorang pegawai kerajaan yang baru bersara pada 30/09/2001. Ketika itu umurnya ialah 55 tahun. Beliau telah bekerja dengan kerajaan sejak 15 tahun yang lalu. Sepanjang tiga bulan terakhir tahun 2001, beliau menerima gaji cuti penuh. Maklumat –maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan beliau pada tahun 2001 :
Gaji RM3,000 sebulan
Gaji cuti      3,000 sebulan
Bonus tahun 2001, dibayar pada 19/12/01      1,500
Elaun keraian (selama 12 bulan)         300 sebulan
Ganjaran persaraan, dibayar pada 30/11/01     20,000

Selain daripada itu beliau ada membuat tuntutan perjalanan menghadiri seminar selama 4 hari di Johor Bharu. Jumlah tuntutan yang dibuat berjumlah RM1,000.

Kirakan pendapatan kasar penggajian Encik Afif bagi tahun taksiran 2001.


Aktiviti 3.4:

Encik Azlan mula bekerja dengan Syarikat Jayamas pada 1/7/00 dengan gaji sebanyak RM3,000 sebulan. Mulai 1/4/01 beliau telah sediakan sebuah rumah berperabut. Nilai tertentu bagi rumah tersebut ialah RM600 sebulan termasuk nilai perabut RM200 sebulan. Andaikan tiada pendapatan lain yang diperolehi oleh Encik Azlan , kirakan pendapatan penggajiannya bagi tahun taksiran 2001




Maklumbalas

kepada aktiviti





Maklumbalas 3.1

Seksyen 13(1) (a) – upah , gaji, komisen ,saraan , ganjaran, bonus, gaji, perkuisit, gaji cuti atau elaun berkenaan semasa menjalankan atau mempunyai pekerjaan itu.

Seksyen 13(1)(b) – manfaat yang disediakan oleh majikan (bukan dalam bentuk wang tunai )

Seksyen 13(1)(c) – nilai kediaman yang disediakan oleh majikan .

Seksyen 13(1)(d) – caruman kepada kumpulan wang simpanan yang tidak dibenarkan bagi maksud ACP.

Seksyen 13(1)(e) – pampasan yang diberi oleh majikan kerana kehilangan pekerjaan .











Maklumbalas 3.2

Encik Muiz :Tahun  taksiran 2001

Seksyen 13(1)(a) RM RM
Gaji 13,500
Gaji cuti(1.10.2001 – 31.12.2001)  4,500
Komisen  3,000
Bonus  4,000
Ganjaran    dikecualikan 25,000

Seksyen 13(1)(b)
Pekebun 1,800
Perabot 2,700
Tambang   dikecualikan            4,500
Jumlah pendapatan kasar 29,500


Nota:

  1. Bayaran tambang adalah  untuk urusan rasmi.
  2. Ganjaran yang diterima  pula dikenakan kerana Encik Muiz telah mencapai umur 55 tahun  dan berkhidmat dengan majikan untuk suatu tempoh lebih daripada 10 tahun.



Maklumbalas 3.3:

Encik Afif : Tahun taksiran 2001

S13(1)(a) Gaji (3,000 x 9) 27,000
Gaji cuti (3,000 x 3)  9,000
Bonus  1,500
Elaun keraian(300 x 12)  3,600
Ganjaran persaraan – dikecualikan         0
Tuntutan perjalanan –
tidak dikira sebagai pendapatan                   0
           ---------
Pendapatan kasar dari penggajian       41,100









Maklumbalas 3.4:

Encik Azlan , Tahun taksiran 2001:
RM
S13(1)(a) Gaji (3,000 x 12) 36,000
S13(1)(b) Perabut (200 x 9)  1,800
S13(1)(c ) Nilai tempat kediaman* 3,600
---------
Pendapatan kasar dari penggajian      41,400

* Nilai tempat kediaman dikira seperti berikut:
30% x 36,000 = 10,800
atau 400 x 12 =  4,800

ambil yang terendah iaitu , RM4,800
kurangkan mengikut masa yang disediakan RM4,800 x 9/12 = RM 3,600.
Jadi nilai tempat kediaman yang diambilkira ialah RM3,600.


Penilaian kendiri



Tahniah! Anda telahpun menjawab aktiviti dengan jayanya.  Sebelum meneruskan  ke unit selanjutnya… ujikan kefahaman anda semula dan semak jawapan anda untuk kepastian. SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAJU JAYA!!



Soalan 3.1

Nyatakan perbezaan di antara peruntukan di bawah Seksyen 13 (1)(a) dan Seskyen 13 (1)(b), Akta Cukai Pendapatan 1967.


Soalan 3.2

Pn. Melisa menerima notis berhenti kerja daripada majikannya Cyber Sdn. Bhd kerana syarikat mengalami kerugian sejak kebelakangan ini.  Dalam notis berhenti kerja, maklumat berikut diperolehi:-

Tarikh mula bekerja : 1.10.91
Tarikh berhenti kerja : 31.12.01
Tarikh lahir : 1967
Pekerjaan : Pegawai kewangan

Maklumat saraan:
Gaji (1.1.01 – 30.9.01)     RM   3,000 sebulan
Bonus (tahun berakhir 31.10.01)                 9,000
Elaun keraian                    4,500
Gaji cuti (1.10.01 – 31.12.01)                   9,000
Nilai kegunaan kereta untuk tujuan persendirian
yang disediakan oleh majikan          3,600
Perabot disediakan 200 sebulan
Elaun pembantu rumah 300 sebulan

Pampasan kerana kehilangan pekerjaan         50,000
Caruman majikan( yang tidak diluluskan) dipulangkan         26,000
Caruman pekerja yang tidak diluluskan         12,000


Maklumat tambahan:
a.  Nilai tetap rumah yang disediakan oleh syarikat adalah RM 12,050

Kirakan pendapatan penggajian kasar bagi Pn. Melisa untuk tahun taksiran 2001.


Soalan 3.3

Encik Jaafar sebagai seorang eksekutif dengan Amar Construction di Pasir Puteh semenjak 1 Januari 1995. Beliau terpaksa menghadapi banyak masalah sehingga diberhentikan oleh majikan pada 31 Disember 2001. Pihak majikan telah membayar sejumlah RM30,000 sebagai pampasan di atas pemberhentian beliau.

Berikut adalah pendapatan-pendapatan yang diperolehi beliau bagi tahun berakhir 31 Disember 2001:
RM
Gaji 3,000 sebulan
Bonus(tahun kewangan syarikat berakhir 30/9/01 4,500 setahun
Elaun pembantu rumah   300 sebulan
Tukang kebun (pekerja syarikat)   300 sebulan
Elaun perjalanan   300 sebulan
Kereta dan pemandu disediakan oleh majikan   450 sebulan

Encik Jaafar telah disediakan sebuah rumah berperabot oleh majikannya di mana majikannya membayar sewaan berjumlah RM1,800 sebulan termasuk RM200 sebulan untuk perabot.  

Encik Jaafar juga telah membuat caruman kepada kumpulan wang yang tidak diluluskan bagi tahun berkenaan. Caruman berjumlah RM8,000 ini telah dikembalikan kepada beliau di mana ianya termasuk caruman beliau RM4,500 dan faedah dari caruman RM1,000.

Kirakan pendapatan kasar bagi Encik Jaafar bagi tahun taksiran 2001.

Maklumbalas kepada
penilaian kendiri




ANDA SEDANG MENGHAMPIRI KEJAYAAN..

Jawapan 3.1

Pendapatan penggajian di bawah peruntukan Seksyen 13 (1)(a) adalah pendapatan kasar termasuk upah, gaji, komisen, bonus, elaun, ganjaran, gaji cuti dan lain-lain berbentuk penerimaan tunai.  Manakala pendapatan penggajian di bawah peruntukan Seksyen 13 (1)(b) adalah manfaat atau kemudahan yang diberikan oleh majikan dalam bentuk bukan tunai seperti pembantu rumah, kereta, pemandu, tukang kebun, telefon bimbit dan lain-lain tidak termasuk kediaman.  Manfaat ini tidak boleh ditukar dalam bentuk tunai jika majikan memberi elaun untuk kemudahan ini, elaun tersebut akan dianggap sebagai pendapatan di bawah seksyen 13(1)(a).


Jawapan 3.2

Puan Melissa : Tahun Taksiran 2001

Seksyen 13(1)(a) RM RM
Gaji (3,000 x 9 ) 27,000
Bonus (9,000 x 10/12 )  7,500
Gaji cuti  9,000
Elaun keraian  4,500
Elaun pembantu rumah (300 x 12)  3,600 51,600

Seksyen 13(1)(b)
Perabot ( 200 x 12) 2,400
Kereta 3,600 6,000




Seksyen 13(1)(c)
30% x 51,600 = 15,480
atau terendah
nilai tetap kediaman = 12,050 12,050

Seksyen 13(1)(d)
Caruman pekerja dikecualikan
Caruman majikan 26,000 26,000

Seksyen 13(1)(e)
Pampasan 50,000
(-) pengecualian (4,000 x 10) (40,000) 10,000
Pendapatan kasar 105,650



Jawapan 3.3
Encik  Jaafar – Tahun taksiran 2001:

S13(1)(a) Gaji (3,000 x 12) 36,000
S13(1)(a) Bonus (9/12 x 4,500)  3,375
Elaun pembantu rumah
(300 x 12)  3,600
Elaun perjalanan (300x12)  3,600 46,575
S13(1)(b) Tukang kebun (300 x 12)  3,600
Kereta (450 x 12)  5,400
Perabot (200 x 12)  2,400 11,400
S13(1)(c ) Nilai kediaman* 13,972.50
(30% x 46,575 = 13,972.50)
atau NTK 1,600 x 12 = 19,200
S13(1)(d) KWS yang tidak diluluskan 3,500
(8,000 – 4,500)

S13(1)(e) Pampasan
(30,000 – 28,000) 2,000
Jumlah pendapatan  kasar penggajian 77,447.50