September 12, 2012

TARAF MASTAUTIN DI BAWAH AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967



TARAF MASTAUTIN DI BAWAH   AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967


OBJEKTIF


Objektif Am:  
Mempelajari dan memahami kepentingan taraf mastautin dan menentukan taraf mastautin.

Objektif khusus:  

Di akhir unit ini, anda dapat :

  • Mentakrifkan taraf mastautin
  • Menerangkan kepentingan taraf mastautin
  • Menentukan secara bertulis taraf mastautin
     berasaskan seksyen  7 dan seksyen 8

  • Menerangkan perkaitan di antara taraf mastautin  
     dan punca-punca pendapatan
     


Input


  1.      Pengenalan  

Terlebih dahulu marilah kita menentukan taraf mastautin individu dan syarikat sebelum mengira cukai pendapatan kerana ia memberi kesan berbeza diantara taraf mastautin dan bukan mastautin. Penentuan taraf mastautin untuk maksud pencukaian adalah bergantung kepada tempoh kediaman di negara ini tanpa mengambilkira warganegara atau kerakyatan.   Untuk mendapat taraf mastautin seseorang itu hendaklah memenuhi mana-mana seksyen dari 7(1)(a), 7(1)(b),7(1)(c) atau 7(1)(d) yang telah termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan  1967 (ACP 1967).

Pemastautin akan dikenakan cukai ke atas semua pendapatan yang diperolehi dari sumber di Malaysia dan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia.  Manakala bukan pemastautin hanya pendapatan yang bersumber/diperolehi di Malaysia sahaja dikenakan cukai. Pendapatan luar Malaysia yang dibawa masuk(diremit) tidak dikenakan cukai.


2.1 Kepentingan Taraf Mastautin Individu


Pengiraan cukai seseorang individu yang bermastautin dan yang tidak bermastautin adalah berbeza.  Ini adalah kerana:-

  1. individu yang bermastautin mendapat beberapa pelepasan cukai seperti pelepasan diri, isteri, anak dan lain-lain lagi.

  1. kadar cukai bagi mereka yang bermastautin adalah bertingkat manakala bagi yang tidak bermastautin pada kadar tetap.

  1. bagi pemastautin , pendapatan dari  sumber Malaysia dan yang dibawa masuk dari luar Malaysia akan dikenakan cukai  manakala bagi bukan pemastautin hanya pendapatan  yang  diperolehi dari sumber di Malaysia sahaja dikenakan cukai.

  1. pemastautin  juga diberi rebat  daripada cukai jika pendapatan yang
kena cukai tidak melebihi  RM35,000 (mulai tahun taksiran 2001).


2.2 Kepentingan Taraf Mastautin Syarikat

  1. Seksyen 108 kredit cukai adalah untuk syarikat yang bermastautin;
  2. Asas pengiraan cukai lebihan untung adalah berbeza antara syarikat bermastautin dengan bukan mastautin.



2.3 Taraf mastautin berasaskan kepada seksyen 7


Seksyen 7 ACP menentukan taraf mastautin individu seperti berikut:

2.3.1 Seksyen 7(1)(a) menyatakan bahawa seseorang individu dianggap bermastautin di Malaysia jika ia berada di Malaysia bagi satu tempoh atau tempoh-tempoh yang berjumlah 182 hari atau lebih.



Contoh  2.1:

En. Ahmad berada di Malaysia dari 01/01/2000 hingga 30/06/2000 (182 hari). Ini bermakna, beliau telah bermastautin di Malaysia dalam tahun asas 2000 .



Contoh  2.2 :

Tempoh Encik Rahman berada di Malaysia adalah seperti berikut:

01/01/2000 – 28/02/2000    (59 hari)
                            01/04/2000 -  31/05/2000    (61 hari)
                                   01/08/2000 -  300/9/2000    (61 hari)
                                                                  (181 hari)
                                                        
Oleh kerana Encik Rahman berada di Malaysia kurang daripada 182 hari, beliau tidak ditakrifkan bermastautin untuk tahun asas 2000.




Contoh 2.3 :

Kenyataan seperti contoh 3.2 tetapi Encik Rahman meninggalkan Malaysia pada 1/10/2000, jam 7.00 pagi.

Ulasan:

Jumlah hari Encik Rahman berada di Malaysia ialah : 181 + 1= 182 hari.  Ini bermakna beliau telah bermastautin dalam tahun asas 2000. Menurut Seksyen 7(1A), apabila seseorang individu berada di Malaysia untuk sebahagian hari, maka hari berkenaan ditakrifkan sebagai satu hari.


2.3.2Seksyen 7(1)(b)

Jika seseorang individu berada di Malaysia dalam tahun asas bagi satu tempoh yang kurang daripada 182 hari dan tempoh ini pula berturutan dengan tempoh lain selama 182 hari atau lebih(dirujuk sebagai tempoh itu) sebaik sahaja sebelum tahun taksiran yang tertentu itu, atau dalam tahun itu bagi tahun taksiran yang sebaik sahaja selepas tahun taksiran yang tertentu itu, maka pembayar cukai boleh diandaikan sebagai bermastautin di Malaysia, dengan syarat bahawa ketidakhadiran sementara di Malaysia berkaitan dengan:

  1. perkhidmatan dalam Malaysia dan individu itu dikehendaki menghadiri persidangan, seminar atau  kursus di luar negara;

  1. keuzuran yang melibatkan  dirinya atau seorang saudara mara terdekat, dan


  1. lawatan sosial ke luar negara yang tidak melebihi 14 hari,

hendaklah diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh itu.

Contoh  2.4 :

Encik Syafiq berada di Malaysia bagi tempoh berikut:

1/10/2000 – 31/12/2000  =    92 hari  - Bermastautin  - Sek. 7(1)(b)
1/01/2001 - 15/07/2001   =  196 hari  - Bermastautin -  Sek. 7(1)(a)





Contoh  2.5 :

Encik Firdaus datang  dari Mesir dan berada di Malaysia mulai  010/7/98 sehingga 31/03/99.  Bagi tempoh 21/12/98 hingga 23/12/98 beliau pulang ke Mesir untuk melawat ayahnya yang sakit.  Tempoh  beliau berada di Malaysia adalah seperti berikut:

                      01/07/98 – 20/12/98    =    173 hari
                      24/12/9 - 31/12/98       =       8 hari   ; 181 hari -  Tidak bermastautin
                                  01/01/99 – 31/03/99      =     90 hari - Bermastautin  - Sek.  7(1)(b)
Bagi tahun asas 1999, Encik Firdaus bermastautin  menurut Seksyen 7(1)(b) kerana ketidakhadiran sementara (21/12/98–23/12/98) di Malaysia berkaitan dengan keuzuran saudara mara yang terdekat diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh itu(kelonggaran sementara – Seksyen 7(1)(b)(ii)).  



  1. Seksyen 7(1) (c)

Seseorang individu adalah pemastautin jika beliau berada di Malaysia untuk  tempoh selama 90 hari atau lebih pada suatu tempoh atau tempoh-tempoh dalam tahun asas tetapi individu itu mesti:

  1. Bermastautin di Malaysia mengikut takrif yang ditetapkan oleh mana-mana seksyen di bawah akta ini, atau
  2. Berada di Malaysia bagi tempoh atau tempoh-tempoh yang tidak kurang daripada 90 hari dalam tempoh tiga daripada empat tahun taksiran sebelum tahun taksiran berkenaan.



Contoh   2.6 :

Encik Wirda berada di Malaysia  untuk tempoh-tempoh berikut:

 01/01/97  -  31/12/97    =   365 hari – Bermastautin   Sek.  7(1) (a)
           01/01/98 -   31/01/98    =      31 hari – Bermastautin  Sek.  7(1) (b)
           01/01/99 -   31/08/99   =     243hari  - Bermastautin  Sek.  7(1) (a)
           01/02/00 -   31/05/00    =   121 hari  - Bermastautin  Sek.  7(1) (c)




Contoh  2.7 :

Encik John berada di Malaysia bagi tempoh-tempoh berikut:

01/6/98  -  30/08/98   =      91 hari   - Tidak  Bermastautin
01/01/99 -  03/04/99      =     93 hari   -  Tidak Bermastautin
01/08/00 – 29/10/00  =     90 hari   -   Tidak Bermastautin
01/3/01 -  30/06/01   =     122 hari  -   Bermastautin   Sek. 7(1)(c)





2.3.4    Seksyen 7(1)(d)

Seseorang individu adalah ditakrifkan bermastautin di Malaysia walaupun beliau tidak berada di Malaysia pada tahun asas tertentu dengan syarat beliau adalah pemastautin bagi tiga tahun sebaik sahaja sebelum tahun asas tertentu dan juga pemastautin bagi tahun sebaik sahaja selepas tahun asas tertentu.


Contoh  2.8 :

Encik Raziq berada di Malaysia untuk tempoh-tempoh berikut;

01/01/96   -  31/12/96
01/01/97  -   31/01/97
01/01/98  -  31/12/98
01/01/00 -   31/12/00


Penyelesaian 2.8;

01/01/96  -  31/12/96 =  366 hari – Bermastautin -  Sek.  7(1)(a)
01/01/97 -   31/01/97  =  31 hari  -  Bermastautin -  Sek.  7(1)(b)
01/01/98 -  31/12/98   = 365 hari  -  Bermastautin  - Sek. 7(1)(a)
1999              =      0  hari  -  Bermastautin  - Sek.  7(1)(d)
01/01/00 -  31/12/00  =   366 hari  -  Bermastautin  - Sek.  7(1)(a)






2.4   Taraf mastautin sesebuah syarikat.

Penentuan taraf mastautin sesebuah syarikat atau perbadanan adalah berdasarkan kepada pengurusan dan kawalan perniagaan syarikat tersebut.  Jika didapati pengurusan dan kawalan perniagaan syarikat dijalankan di Malaysia, ianya dikira bermastautin  di Malaysia -Sek . 8(1)(b).

Jika lembaga pengarah  syarikat atau ahli jawatankuasa perbadanan bermesyuarat di Malaysia , ia dikatakan pengurusan dan kawalan dijalankan di Malaysia.  Bagi sesebuah syarikat , jika telah bermastautin di Malaysia pada sesuatu tahun asas, syarikat itu diandaikan bermastautin bagi tahun-tahun berikutnya sehingga dibuktikan tidak lagi bermastautin .


  1.  Definisi pendapatan dari segi pencukaian

Perkataan pendapatan tidak didefinisikan oleh Akta Cukai Pendapatan 1967.  Oleh itu, jika berlaku sebarang pertikaian mengenai pendapatan yang dikenakan cukai, penyelesaian akan dibuat oleh mahkamah.  Walau bagaimanapun, Akta Cukai Pendapatan 1967 di bawah peruntukan seksyen 4 menyatakan dengan jelas pendapatan yang seharusnya dikenakan cukai.  

Menurut seksyen itu, pendapatan yang dikenakan cukai ialah:

  1. lebihan atau keuntungan daripada perniagaan, bagi sebarang urusniaga
  2. lebihan atau keuntungan daripada sebarang pekerjaan
  3. dividen, faedah atau diskaun
  4. sewa, royalti atau premium
  5. pencen, anuiti atau sebarang bayaran berkala selain daripada yang disebut di atas
  6. lebihan atau keuntungan lain yang tidak disebut di atas


  1.   Asas pengenaan cukai pendapatan

Menurut seksyen 3 ACP 1967, cukai pendapatan akan dikenakan bagi setiap tahun taksiran ke atas pendapatan mana-mana orang yang terakru atau diterima dari Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia

Namun begitu, cukai tidak dikenakan ke atas pendapatan dari sumber luar di luar Malaysia dan telah diterima oleh sesuatu syarikat pemastautin (selain syarikat yang menjalankan perniagaan perbankan, insurans perkapalan dan pengangkutan udara).  Ini telah ditetapkan menurut Peraturan Pengecualian dalam akta yang sama

Cukai pendapatan pula akan dikenakan kepada setiap ‘perseorangan’.  Perseorangan bukan hanya bermaksud seseorang individu, tetapi ianya termasuk perseorangan berikut seperti yang didefinisikan dalam seksyen 2 ACP 1967:

  1. seseorang individu
  2. syarikat
  3. rakan kongsi
  4. pertubuhan (seperti koperasi dan lain-lain)



  1. Kaitan taraf mastautin dengan pendapatan boleh cukai

Pengenaan cukai ke atas seseorang individu adalah bergantung kepada taraf pemastautinnya.  Jika anda seorang pemastautin anda akan dikenakan cukai ke atas semua pendapatan yang diperolehi di Malaysia dan juga pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia (yang diremit sahaja).  Tetapi jika anda bukan seorang pemastautin, anda akan dikenakan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi di Malaysia sahaja.





























Aktiviti


Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…
Silakan semak jawapan anda pada maklumbalas di bawah.

2.1 Encik Surairi berada di Malaysia bagi tempoh- tempoh seperti berikut:
01/06/97 -  30/11/97
15/12/97 -  31/12/97
01/01/98 -  30/01/98

Bagi tempoh 01/12/97 - 14/12/97, Encik Surairi terpaksa pergi ke Sepanyol untuk menghadiri Persidangan Pencukaian Antarabangsa , yang berkaitan dengan perkhidmatannya di Malaysia.  Nyatakan taraf pemastautin bagi Encik Surairi bagi tahun-tahun berkenaan.


2.2 Puan Alawiyah dari Brunei berada di Malaysia bagi tempoh-tempoh berikut:

01/04/94 -  02/07/94
01/04/95 -  13/04/95
20/12/96 -  31/12/96
01/01/97 –31/08/97
13/04/98  - 31/07/98
    Nyatakan sama ada Puan Alawiyah bermastautin bagi tahun –tahun asas
    Berkenaan.   

  1.     Encik Azizi Murshidy dari Indonesia datang ke Malaysia pada 20/05/94 atas   
          urusan perniagaan.  Beliau telah berada di Malaysia bagi tempoh-tempoh berikut.

20/5/94  - 19/08/94
10/3/95  - 31/12/95
01/01/96 – 07/01/96
4/05/97-   05/08/97
Tiada di Malaysia
           11/0599  -  09/11/99

Nyatakan sama ada Encik Azizi Mushidy bermastautin bagi tahun-tahun  asas
berkenaan.      .


2.4     Nyatakan  tiga kepentingan taraf mastautin individu.


2.5  Encik Hariz warganegara Malaysia mempunyai sejarah pemastautinan seperti berikut :

01.05.94 hingga 30.11.94 di Malaysia
01.12.94 hingga 07.12.94 di Indonesia
08.12.94 hingga 02.01.95 di Malaysia
03.01.95 hingga 30.06.95 di Brunei
01.07.95 hingga 30.09.95 di Malaysia
01.10.95 hingga 31.03.96 di Thailand
01.04.96 hingga 30.06.96 di Malaysia
01.07.96 hingga 31.05.97 di Taiwan
01.06.97 hingga 31.08.97 di Malaysia
01.09.97 hingga 31.05.99 di Singapura
01.06.99 hingga 15.01.00 di Malaysia

Pendapatan beliau bagi beberapa tahun asas adalah seperti berikut:
Pendapatan/Tahun asas
1995
1996
1997
1998
1999
RM
RM
RM
RM
RM
Perniagaan:
Malaysia
30,000
25,000
35,000
31,000
32,000
Brunei (diremit)
15,000
10,000
12,000
11,000
12,000
Sewa :
Singapura  (RM5,000 setahun diremitkan
35,000
30,000
25,000
40,000
20,000



Anda dikehendaki :

  1. Tentukan taraf mastautin Encik Hariz bagi tahun – tahun asas yang berkenaan.
  2. Tentukan pendapatan terjumlah bagi tahun asas 1995, 1996, 1997, 1998 dan 1999.










Maklumbalas

kepada aktiviti




Maklumbalas   2.1

01/06/97  -30/11/97  =  183 hari
01/12/97  -  14/12/97  = di Sepanyol
05/12/97  -  31/12/97  =  27 hari -    Bermastautin   -  Sek.  7(1)(a)
01/01/98  -  30/01/98  =  30 hari        -     Bermastautin  -  Sek.   (71)(b)


Maklumbalas 2.2

01/04/94  -  02/07/94  =  93 hari – Tidak Bermastautin
           01/04/95 – 13/04/95   =  13 hari  Tidak Bermastautin
20/12/96 – 31/12/96   =  12 hari -  Bermastautin   -         Sek. 7(1) (b)
  01/01/97 – 31/08/97   = 243 hari  -  Bermastautin         -  Sek. 7(1) (a)
13/04/98 – 31/07/98   = 110 hari   -  Bermastautin     -     Sek.7(1) (c)


Maklumbalas 2.3

20/05/94  -  19/08/94 =   92   hari – Tidak Bermastautin
10/03/95  -  31/12/95 = 297   hari – Bermastautin – Sek. 7(1)(a)
01/01/96  -  07/01/96 =     7   hari – Bermastautin – Sek. 7(1)(b)
04/05/97  -  05/08/97 =   94   hari – Bermastautin – Sek. 7(1)(c)
   1998            = Tiada di Malaysia –Bermastautin – Sek.7(1)(d)
11/05/99  -  09/11/99 = 183   hari – Bermastautin – Sek. 7(1)(a)   





Maklumbalas 2.4

  1. Pelepasan diri,isteri,anak dan bayaran premium insurans nyawa

  1. Kadar cukai bertingkat dari 1% hingga 29% untuk bermastautin

  1. Pendapatan yang diperolehi dari sumber di Malaysia dan diterima di Malaysia dari  lar Malaysia dikenakan cukai.

Maklumbalas  2.5
a)
Tempoh
Bilangan hari
Jumlah hari berada di Malaysia
Taraf mastautin
Seksyen
01/05/94 – 30/11/94
08/12/94 – 31/12/94
214
 24
238
mastautin
7(1)(a)
01/01/95 – 02/01/95
01/07/95 – 30/09/95
 2
92
94
mastautin
7(1)(b)
01/04/96 – 30/06/96
91
91
Tidak mastautin
01/06/97 – 3108/97
92
92
mastautin
7 (1)(c )
1998
tiada
tiada
Tidak mastautin
01/06/99 – 31/12/99
214
214
mastautin
7(1)(a)


b)
1995
1996
1997
1998
1999
Mastautin
Tidak
Mastautin
Tidak
Mastautin
30,000
25,000
35,000
31,000
32,000
15,000
-
12,000
-
12,000
5,000
-
5,000
-
5,000
50,000
25,000
52,000
31,000
49,000


Penilaian kendiri


Tahniah! Anda telahpun menjawab aktiviti dengan jayanya.  Sebelum meneruskan  ke unit selanjutnya… ujikan kefahaman anda semula dan semak jawapan anda untuk kepastian.  SELAMAT MENCUBA…SEMOGA BERJAYA!!


Soalan 2.1:

Encik Graham warganegara Itali datang ke Malaysia bagi menguruskan perjalanan cawangan syarikatnya. Berikut adalah maklumat corak kehadirannya semenjak tahun 1993. Tentukan taraf mastautin bagi Encik Graham bagi tahun – tahun asas  berkaitan.

21/04/93 - 20/12/93 - di Malaysia
21/12/93 - 30/09/94 - di Italy
01/10/94 - 16/04/96 - di Malaysia
17/04/96 - 31/12/96 - di Italy
01/01/97 - 16/04/97 - di Malaysia
17/04/97 - 24/05/98 - tidak dapat dikesan
25/05/98 - 31/12/98 - di Italy
01/01/99 - 31/03/00 - di Malaysia

Tempoh perkhidmatan Encik Graham di Malaysia tamat pada 1 April , 2000.

Soalan  2.2:

  1. Nyatakan tiga (3) keadaan yang dibenarkan oleh  seksyen 7(1)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 mengenai konsep ketidakhadiran sementara.

  1. Encik James hadir di Malaysia bagi tempoh-tempoh yang berikut:

01/01/95 - 31/03/95
01/01/96 - 31/03/96
01/10/97 - 31/12/97
01/06/98 - 30/09/98
01/01/99 - 30/01/99

Tentukan taraf mastautin Encik James di Malaysia bagi tempoh-tempoh  tersebut.



Soalan 2.3:

Encik Faiz warganegara Malaysia mempumyai sejarah pemastautinan seperti berikut :

01.05.94 hingga 30.11.94 di Malaysia
01.12.94 hingga 07.12.94 di Indonesia
08.12.94 hingga 02.01.95 di Malaysia
03.01.95 hingga 30.06.95 di Brunei
01.07.95 hingga 30.09.95 di Malaysia
01.10.95 hingga 31.03.96 di Thailand
01.04.96 hingga 30.06.96 di Malaysia
01.07.96 hingga 31.05.97 di Taiwan
01.06.97 hingga 31.08.97 di Malaysia
01.09.97 hingga 31.05.99 di Singapura
01.06.99 hingga 15.01.00 di Malaysia
16.01.00 hingga 31.10.00 di Brunei
01.11.00 hingga 30.11.01 di Malaysia
01.12.01 hingga 07.12.01 di Korea
08.12.01 hingga 31.12.01 di Malaysia
16.05.03 hingga 31.12.03 di Malaysia


Pendapatan beliau bagi beberapa tahun asas adalah seperti berikut:
Pendapatan/Tahun asas
1995
1996
1997
1998
1999
RM
RM
RM
RM
RM
Perniagaan:
Malaysia
40,000
45,000
55,000
51,000
52,000
Brunei (diremit)
25,000
15,000
10,000
14,000
22,000
Sewa :
Singapura  (RM10,000 setahun diremitkan
35,000
35,000
35,000
35,000
35,000



Anda dikehendaki :

  1. Tentukan taraf mastautin Encik Faiz bagi tahun – tahun asas yang berkenaan.
  2. Tentukan pendapatan terjumlah bagi tahun asas 1995, 1996, 1997, 1998 dan 1999.




MAKlumbalas kepada

penilaian kendiri





Jawapan 2.1:
Tahun asasBilangan hariTaraf mastautinSeksyen
93 (21/04 – 20/12)244Mastautin7(1)(a)
94 (01/10 – 31/12)  92Tidak mastautin-
95 (01/01 – 31/12)365Mastautin7(1)(a)
96 (01/01 – 16/04)107Mastautin7(1)(b )
97 (01/01 - 16/04)106Mastautin7( 1)(c )
98Tiada Mastautin 7(1)(d)
99 (01/01 – 31/12)365Mastautin7(1)(a)


Jawapan  2.2:

  1. i. Perkhidmatan dalam Malaysia dan individu itu dikehendaki menghadiri kursus, seminar, persidangan  dan lain-lain di luar negara:
ii. keuzuran yang melibatkan dirinya atau seorang saudara mara terdekat, dan
iii. lawatan sosial ke luar negara yang tidak melebihi 14 hari, hendaklah diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh itu.


b)
Tahun asasBilangan hariTaraf mastautinSeksyen
199590Tidak mastautin-
199691Tidak mastautin-
199792Tidak Mastautin-
1998122Mastautin7(1)(c)
199930Tidak mastautin-





Jawapan 2.3:

a)
Tempoh
Bilangan hari
Jumlah hari berada di Malaysia
Taraf mastautin
Seksyen
01/05/94 – 30/11/94
08/12/94 – 31/12/94
214
 24
238
mastautin
7(1)(a)
01/01/95 –02/01/95
01/07/95 – 30/09/95
 2
92
94
mastautin
7(1)(b)
01/04/96 – 30/06/96
91
91
Tidak mastautin
01/06/97 – 31/08/97
92
92
mastautin
7 (1)(c )
1998
tiada
tiada
Tidak mastautin
01/06/99 – 31/12/99
214
214
mastautin
7(1)(a)
01/01/00 – 15/01/00
01/11/00 – 31/12/00
 15
 61
76
mastautin
7(1)(b)
01/01/01 – 30/11/01
08/12/01 – 31/12/01
334
24
358
mastautin
7(1)(a)
Tahun 2002
tiada
tiada
mastautin
7(1)(d)
16/05/03 – 31/12/03
230
230
mastautin
7(1)(a)


b)
1995
1996
1997
1998
1999
Mastautin
Tidak
Mastautin
Tidak
Mastautin
40,000
45,000
55,000
51,000
52,000
25,000
-
10,000
-
22,000
10,000
-
10000
-
10,000
75,000
45,000
75,000
51,000
84,000