September 13, 2012

PENGGAJIAN


PENGGAJIAN


    OBJEKTIF

Objektif Am:  

Mempelajari dan memahami bagaimana mengira pendapatan larasan dan mengetahui perbelanjaan yang dibenarkan sebagai potongan.

Objektif khusus:  
Di akhir unit ini, anda dapat :

  • Mengira pendapatan larasan bagi pendapatan
     penggajian individu.

  • Membezakan perbelanjaan yang dibenarkan
     sebagai potongan dan yang tidak dibenarkan
     sebagai potongan di bawah pendapatan kasar.









   Input


  1.      PENGENALAN

Secara amnya, semua pendapatan yang kita perolehi boleh dikenakan cukai. Namun begitu, sekiranya kita membelanjakan sebahagian daripada pendapatan kita untuk tujuan-tujuan rasmi majikan dan dibenarkan oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) sebagai tolakan , maka perbelanjaan tadi bolehlah ditolak daripada pendapatan kasar yang akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan kasar kita.

Pendapatan kasar ditolak belanja-belanja yang dibenarkan akan kita perolehi pendapatan larasan.



  1. Perbelanjaan yang dibenarkan sebagai tolakan  dari pendapatan  kasar penggajian   adalah seperti berikut.


Menurut seksyen 33(1), selagi sesuatu perbelanjaan memenuhi syarat-syarat pemotongan sebagaimana yang diperuntukkan , maka perbelanjaan itu adalah dianggap layak untuk mendapat potongan.

Ketua Pengarah LHDN, telah menentukan  syarat-syarat yang perlu dipertimbangkan sebelum memberi potongan di antaranya:

  1. perbelanjaan itu menurut kehendak dan had perjalanan
  2. perbelanjaan itu adalah semata-mata untuk tujuan pekerjaan dan tujuan rasmi.




Di antara potongan-potongan yang dibenarkan ialah:

  1. Belanja perjalanan  adalah iaitu belanja perjalanan yang terlibat semasa melaksanakan tugas.

  1. Yuran profesional, buku, majalah, jurnal iaitu pekerja boleh menuntut potongan yuran yang dibayar kepada badan profesional dan jurnal profesional.  Tuntutan ini hanya boleh dipertimbangkan sekiranya Ketua Pengarah berpuashati bahawa tugasnya terlibat secara langsung dengan pengetahuan profesional dan yuran itu mestilah mempunyai hubungan rapat dengan produksi pendapatannya.

  1. Belanja keraian iaitu jika seseorang pekerja diberi elaun keraian dan menggunakannya untuk tujuan rasmi, maka elaun ini akan dibenarkan sebagai satu potongan.  Jumlah potongan ini hanya dihadkan setakat nilai elaun yang diberikan sahaja.

  1. Potongan sewa iaitu apa-apa sewaan yang dibayar berkaitan dengan perabot atau kediaman yang disediakan oleh majikan,  dibenarkan sebagai tolakan daripada pendapatan kasar.  Jika seseorang pekerja itu dikehendaki membayar apa-apa kadar, premium insurans, pembaikan dan perbelanjaan premis, maka belanja tersebut dibenarkan sebagai tolakan.

  1. Belanja-belanja rasmi setelah diberi elaun dan jumlah potongan yang dibenarkan hanyalah setakat jumlah elaun yang diberikan.

  1. Lain-lain belanja yang munasabah dan berpatutan.  Contohnya: Perbelanjaaan pendidikan yang sememangnya perlu bagi tujuan melaksanakan tugasnya.



  1. Pengiraan pendapatan larasan daripada pendapatan kasar penggajian

Pendapatan larasan atau berkanun penggajian diperolehi selepas membuat potongan belanja-belanja yang dibenarkan ke atas pendapatan kasar
Pendapatan kasar xx
(-) belanja dibenarkan           (xx)
Pendapatan larasan/berkanun xx







Contoh 4.1

Pn. Diana telah menerima gaji yang berjumlah RM 2,000 sebulan bagi tahun berakhir 31.12.01.  Dia telah dibayar elaun perjalanan sebanyak RM500 sebulan dan disediakan tempat kediaman(termasuk nilai perabot RM150 sebulan).  Pn. Diana juga menerima bonus bagi tahun berakhir 31.12.01 sebanyak RM 3,000.  Beliau membayar RM 250 sebulan kepada majikannya terhadap tempat tinggalnya dan satu persetujuan dengan LHDN bahawa RM 4,000 daripada perbelanjaan perjalanan boleh dibenarkan.  Nilai tetap kediaman yang disediakan oleh syarikat ialah RM 8,200.   Kirakan pendapatan larasan Pn. Diana bagi tahun taksiran 2001.




Penyelesaian 4.1:
Seksyen 13(1)(a)       RM RM
Gaji (2,000 x12) 24,000
Elaun perjalanan (500 x 12)  6,000
Bonus  3,000 33,000
Seksyen 13(1)(b)
Perabot (150 x 12) 1,800
Seksyen 13 (1)(c)
30 % x 33,000 = 9,900
atau     terendah
Nilai tetap kediaman = 8,200 8,200

Pendapatan kasar 43,000
(-) perbelanjaan yang dibenarkan:
Belanja perjalanan 4,000
Belanja sewa (250 x 12) 3,000 (7,000)

Pendapatan larasan 36,000



Contoh 4.2:

En. Basir memperolehi pendapatan bagi tahun taksiran 2001 seperti berikut:-

Gaji RM5,000 sebulan
Elaun keraian RM   500 sebulan
Bonus 2 bulan gaji


En. Basir telah memaklumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri bahawa 1/3 daripada keraian beliau adalah semata-mata untuk tujuan rasmi.

Kirakan pendapatan penggajian yang dilaraskan bagi tahun taksiran 2001






Penyelesaian 4.2:

En. Basir : Tahun Taksiran 2001
Seksyen 13(1)(a) RM RM
Gaji (5,000 x 12) 60,000
Elaun keraian (500 x 12) 6,000
Bonus (5,000 x 2) 10,000
Pendapatan kasar 76,000
(-) perbelanjaan yang dibenarkan
Elaun keraian (6,000 x 1/3) (2,000 )
Pendapatan larasan 74,000


Aktiviti




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas dihalaman berikutnya.


Aktiviti 4.1:

Nyatakan dengan alasan sama ada perbelanjaan berikut boleh dibenarkan atau tidak untuk tujuan cukai

  1. Untuk meningkatkan jualan, En Ali, seorang pegawai pemasaran mengeluarkan belanja keraian untuk pelanggannya berjumlah RM2,400.  Elaun keraian yang diterima berjumlah RM1,800. Resit dikemukakan untuk tuntutan berjumlah RM2,400.


  1. En. Ah Meng menjadi pengurus bagi syarikat milik bapanya.  Beliau menjadi ahli Persatuan Peniaga-peniaga Tionghua dan membayar yuran keahlian sebanyak RM1,200 sebulan.  Beliau menuntut perbelanjaan ini dalam borang cukai dan semua resit disertakan.

  1. Untuk memenuhi masa lapangnya, En. Ahmad seorang pengurus perjawatan mengikuti kursus perdagangan dan simpan kira bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuannya di samping boleh digunakan untuk tugas seharian.  Yuran yang perlu dibayar oleh En. Ahmad bagi kursus selama 6 bulan tersebut  ialah RM1,800. En. Ahmad memohon pengecualian bagi perbelanjaan tersebut dengan mengemukakan resit-resit yang berkaitan.




Aktiviti 4.2:
  
Encik Syukor telah menerima pendapatan dan manfaat daripada penggajiannya untuk tahun berakhir 31.12.2001 seperti berikut:

RM
Gaji 30,000
Bonus 5,000
Elaun keraian 1,250
Perubatan 1,250
Pergigian    700
Tukang masak (disediakan ,  dibayar oleh majikan) 18,000
Elaun kereta 12,000



Maklumat tambahan:

  1. Elaun keraian berjumlah RM950 disediakan untuk kegunaan rasmi.
  2. Satu pertiga (1/3) daripada elaun kereta adalah untuk kegunaan rasmi.     Syarikat telah menyediakan pemandu kereta untuk Encik Syukor.
  3. Bil perubatan dan pergigigan dibayar oleh majikan.
  4. Satu pertiga (1/3) daripada nilai tukang masak adalah  untuk tujuan rasmi.


Dikehendaki:

Kirakan  pendapatan yang dilaraskan  Encik Syukor bagi tahun taksiran 2001.


Aktiviti  4.3

Encik Hassan telah berkhidmat dengan Gulph Sdn. Bhd. selama 15 tahun 9 bulan Beliau diberhentikan oleh majikannya pada 30 Sept. 2001 kerana syarikat telah mengalami kerugian untuk beberapa tahun. Berikut adalah punca-punca pendapatan bagi tahun asas 2001.

RM
Gaji 45,000
Kemudahan kereta  4,500
Elaun keraian 15,000
Tukang kebun dan pemandu disediakan oleh
majikan  7,000
Caruman kepada kumpulan wang simpanan yang tidak diluluskan :
bahagian majikan 75,000
bahagian En. Hassan   30,000
Pampasan 80,000
Maklumat-maklumat lain:

  1. En. Hassan telah membelanjakan RM16,000 elaun keraian untuk urusan rasmi.
  2. Satu perlima (1/5) daripada kemudahan kereta adalah untuk urusan rasmi.


Dikehendaki:

Kirakan pendapatan berkanun  daripada penggajian Encik Hassan untuk tahun taksiran 2001.


            Maklumbalas

            kepada aktiviti




Maklumbalas  4.1

  1. Belanja keraian adalah satu perbelanjaan yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, En. Ali hanya layak menerima potongan sebanyak RM1,800 dan bukannya RM2,400. Ini adalah kerana  elaun keraian yang diterima hanya berjumlah RM1,800.

  1. En. Ah Meng tidak layak menerima potongan untuk yuran keahlian persatuan peniaga-peniaga Tionghua. Ini kerana Persatuan peniaga-peniaga Tionghua bukan merupakan persatuan profesional.

  1. En. Ahmad layak menerima potongan bagi perbelanjaan pembelajarannya kerana  perbelanjaan pelajarannya adalah satu perbelanjaan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah LHDN (kursus tersebut boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan tugas-tugas hariannya)  dan resit disertakan .




Maklumbalas 4.2

Encik Syukor : Tahun Taksiran 2001

Seksyen 13(1)(a) RM RM
Gaji 30,000
Bonus  5,000
Elaun keraian  1,250
Elaun kereta 12,000 48,250

Seksyen 13(1)(b)
Perubatan dikecualikan
Pergigian dikecualikan
Tukang masak(2/3 x 18,000) 12,000
Pemandu kereta(2/3 x12 x 50)     400 12,400
Pendapatan kasar 60,650
(-)perbelanjaan yang dibenarkan
Elaun keraian                950
Elaun kereta(1/3 x 12,000)             4,000
          (4,950)
          55,700


Nota:

  1. Walaupun sebahagian daripada elaun keraian digunakan untuk tujuan rasmi , pengiraan pendapatan Seksyen 13(1)(a) adalah termasuk elaun keraian kasar. Pengiraan sama juga bagi elaun kereta.
  2. Manfaat perubatan dan pergigian yang disediakan oleh majikan adalah dikecualikan menurut Seksyen 13(1)b(i).
  3. Nilai manfaat bagi tukang masak yang disediakan oleh majikan ialah  nilai bersih .
  4. Menurut garispanduan LHDN, jika pekerja disediakan seorang pemandu , nilai penggunaan persendirian ditetapkan pada RM50 sebulan.





Maklumbalas 4.3
Encik Hassan : Tahun Taksiran 2001

Seksyen 13(1)(a) RM RM

Gaji 45,000
Elaun keraian 15,000 60,000

Seksyen 13(1)(b)
Kemudahan kereta 4,500
Tukang kebun dan pemandu 7,000 11,500

Seksyen 13(1)(c) Tiada
Seksyen 13(1)(d) 75,000
Seksyen 13(1)(e)
Pampasan 80,000
Tolak pengecualian (15 x 4,000)          (60,000) 20,000

Pendapatan kasar daripada penggajian           166,500

(-) perbelanjaan yang dibenarkan:
Elaun keraian (terhad) 15,000
Kereta (1/5 x 4,500)    900 15,900
Pendapatan berkanun          150,600

Nota: Potongan pampasan untuk sembilan bulan lagi tidak dibenarkan  kerana menurut para 15 jadual 6, pengecualian hanya diberi untuk tahun perkhidmatan sepenuhnya. Oleh kerana Encik Hassan tidak bekerja sepenuhnya untuk tahun asas 2001, potongan hanya diberi untuk 15 tahun sahaja.


                                                      

Penilaian kendiri



Tahniah! Anda telahpun menjawab aktiviti dengan jayanya.  Sebelum meneruskan  ke unit selanjutnya… ujikan kefahaman anda semula dan semak jawapan anda untuk kepastian. SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAJU JAYA!!


Soalan 4.1

Encik John bermastautin di Malaysia bagi tahun asas 2001.  Beliau berkhidmat dengan Syarikat Cahaya Delima Sdn.  Bhd. sejak 1 April 1993.  Punca-punca pendapatan Encik John bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2001 adalah seperti berikut:

  1. Gaji RM2500 sebulan, potongan 9% untuk caruman KWSP.
  2. Bonus RM2880 dibayar pada 2 Januari 2002.
  3. Elaun keraian RM1500 sebulan.
  4. Tempat kediaman berperabot bernilai RM2300 sebulan(termasuk RM300 sebulan untuk perabot.)
  5. Orang gaji RM300 sebulan (digaji oleh Encik John tetapi dibayar ganti oleh syarikat.)

Pada akhir Oktober 2001, Encik John menerima notis memberhentikan penggajiannya dan beliau menerima pampasan RM42,000.  Walaupun penggajian Encik John tamat pada 31 Oktober 2001, majikan bersetuju menyediakan tempat kediaman di sebuah hotel bagi November 2001. Bil hotel ialah  RM140  x 30 hari = RM4200.

Maklumat-maklumat lain yang dikemukakan oleh Encik John adalah termasuk:

  1. Seorang tukang kebun (gajinya RM200 sebulan) dibayar dan disediakan oleh Syarikat. Tukang kebun telah dikongsikan di antara Encik John dan seorang pekerja lain yang tinggal bersamanya.
  2. Membayar sewa nominal RM150 sebulan kepada majikannya.
  3. Membayar RM150 kepada Institut Akauntan Malaysia dalam tahun 2001 sebagai yuran keahlian tahunan.
  4. Satu pertiga(1/3) daripada elaun keraian adalah untuk perbelanjaan rasmi.
  5. Pada 1 Oktober 2001, umur Encik John ialah 56 tahun.


Dikehendaki:

  1. Kirakan pendapatan yamg dilaraskan bagi tahun taksiran 2001
  2. Jika En. John bersara pada 1 Februari 2002 dan menerima ganjaran RM110,000 daripada Syarikat Cahaya Delima, nyatakan jumlah ganjaran yang boleh dikenakan cukai(jika ada) bagi tahun-tahun taksiran berkenaan.


Soalan 4.2

Pn. Najihah menerima notis berhenti kerja daripada majikannya Citroen Sdn. Bhd kerana syarikat mengalami kerugian sejak kebelakangan ini.  Dalam notis berhenti kerja, maklumat berikut diperolehi:-

Tarikh mula bekerja : 01.10.93
Tarikh berhenti kerja : 31.12.01
Tarikh lahir : 1966
Pekerjaan : Pegawai kewangan

Maklumat saraan:
Gaji (1.1.01 – 30.10.01) RM 2,700 sebulan
Bonus (tahun berakhir 31.12.01)               8,000
Elaun keraian            4,500
Gaji cuti (1.11.01 – 31.12.01)                 5,400
Nilai kegunaan kereta untuk tujuan persendirian
yang disediakan oleh majikan                                3,600
Tempat tinggal yang disediakan majikan 950 sebulan
Perabot disediakan 100 sebulan
Elaun pembantu rumah 200 sebulan
Pampasan kerana kehilangan pekerjaan       48,000

Maklumat tambahan:

  1. Semua elaun keraian telah dibelanjakan dan resit perbelanjan bagi tahun taksiran 2001 dan sebelumnya dikemukakan.  Lembaga Hasil Dalam Negeri telah membenarkan 2/3 daripada perbelanjaan tersebut
  2. Beliau membayar RM 250 sebulan kepada majikannya untuk rumah yang disediakan
  3. RM 500 dibayar kepada MACPA sebagai yuran professional.
  4. Beliau membelanjakan RM 1,200 untuk bayaran langgan Malaysian Accountant  (resit disertakan).
  5. Nilai tetap kediaman rumah adalah RM15,000.


Kirakan pendapatan penggajian yang dilaraskan bagi Pn. Najihah untuk tahun taksiran 2001.



Maklumbalas kepada

penilaian kendiri





Jawapan 4.1

Encik John :Tahun Taksiran 2001.
RM         RM

Seksyen 13(1)(a)  
Gaji  (2500 x 10) 25,000
Bonus  2,880
Elaun keraian (1500 x 10)                 15,000
Orang gaji (300 x10) 3,000 45880
Seksyen 13(1)(b)     
Perabot (300x10x1/2) 1,500
            Tukang kebun (200 x 10 x ½) 1,020 2,500

Seksyen 13(1)( C )
Tempat kediaman: nilai tetap
(2000 x 10 x ½) = 10,000

30% x 45,880 = 13,764
(ambil yang terendah )iaitu 10,000 10,000
Hotel 3% x 45,880 x 1/10     137 12,790

Seksyen 13(1)(e)
Pampasan 42,000
Tolak: pengecualian (4,000 x 8) (32,000) 10,000

Pendapatan kasar penggajian 71,170

Tolak :

Elaun keraian (15,000x 1/3) 5,000
Institiut Akauntan Malaysia   150
Sewa nominal (150 x 10) 1,500 6,650

Jumlah pendapatan yang dilaraskan/berkanun 64,520



Jawapan 4.2

Puan Najihah : Tahun Taksiran 2001

Seksyen 13(1)(a) RM RM
Gaji (2,700 x 10) 27,000
Bonus    8,000
Gaji cuti  5,400
Elaun keraian  4,500
Elaun pembantu rumah (200 x 12)  2,400 47,300

Seksyen 13(1)(b)
Perabot ( 100 x 12) 1,200
Kereta 3,600  4,800

Seksyen 13(1)(c)
30% x  47,300 = 14,190
atau terendah
nilai tetap kediaman = 15,000 14,190

Seksyen 13(1)(e)
Pampasan 48,000
(-) pengecualian (4,000 x 8) (32,000) 16,000

Pendapatan kasar 82,290

(-) perbelanjaan yang dibenarkan
Elaun keraian (4,500 x 2/3) 3,000
Belanja sewa (250 x 12) 3,000
Yuran profesional  500
Belanja langganan 1,200 (7,700)

Pendapatan larasan 74,590