March 5, 2013

Bab 3 : Penubuhan Syarikat



Bab 3 : Penubuhan Syarikat

3.0 Penubuhan Syarikat

  1. Nama Syarikat

Perkara pertama yang harus dilakukan untuk menubuhkan syarikat ialah dengan membuat tempahan nama bagi syarikat. Menurut Sek 16 (1) Akta Syarikat 1965, seseorang yang ingin menubuhkan syarikat mestilah menyerahsimpan dengan Pendaftar Syarikat, memorandum dan artikel syarikat (sekiranya ada) yang dicadangkan itu. Syarikat Berhad Oleh Syer mempunyai opsyen untuk menghantar / tidak menghantar artikel persatuannya sendiri. Sekiranya syarikat ini tidak menghantar artikel persatuannya, maka Susunan A jadual 4 akan terpakai automatic

Sementara itu Sek 18 (1) Akta Syarikat 1965, menyatakan bahawa nama syarikat hendaklah dinyatakan di dalam memorandum persatuan

Menurut Sek 22 (6) Akta Syarikat 1965, sebelum sesebuah syarikat ingin didaftarkan, syarikat tersebut mestilah membuat tempahan nama terlebih dahulu di pejabat Pendaftar Syarikat. Sek 22 (7) pula menyatakan jika Pendaftar berpuashati tentang bona fide permohonan itu dan nama itu boleh didaftar tanpa melanggar subseksyen (1), dia hendaklah menrizabkan nama yang dicadangkan untuk tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan diserahsimpan.

Mengikut kelazimannya, mahkamah tidak akan campur tangan berhubung dengan tempahan nama syarikat. Ini adalah kerana Pendaftar Syarikat mempunyai kuasa samada untuk menerima tempahan atau menolak temapahan nama syarikat yang dibuat. Namun begitu, sekiranya keputusan yang diambil oleh Pendaftar Syarikat menyalahi peruntukan undang2 / Pendaftar dipengaruhi oleh unsur2 yang bersalahan dengan undang2 semasa membuat keputusan berhubungan dengan penerimaan dan penolakkan tempahan nama syarikat ini, barulah mahkamah akan campur tangan.

Sek 4 Akta Syarikat memberikan definisi syarikat sebagai syarikat yang ditubuhkan menurut Akta ini atau mengikut mana2 enakmen yang sama pada masa lalu.

Kuasa dan liability syarikat sebaik sahaja selepas penubuhannya ialah, ia mempunyai entity berasingan dari orang2 yang menubuhkannya. Dalam kebanyakkan keadaan, syarikat diiktiraf oleh undang2 sebagai mempunyai kuasa dan liability sebagai seorang individu.

Bab 2 : Kontrak Pra-Perbadanan



Bab 2 : Kontrak Pra-Perbadanan

2.0 Pra-Perbadanan syarikat

Kita boleh melihat masalah transaksi/ kontrk2 yang dilaksanakan sebelum penubuhan sesebuah syarikat itu dari dua aspek iaitu kesan undang2 dari perspektif undang2 Inggeris dan peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965

2.1 Transaksi (kontarak-kontrak) Pra-Perbadanan Syarikat di bawah Undang-undang Inggeris (Common Law)

Menurut Common Law, sesebuah syarikat tidak akan bertanggungan terhadap kontrak-kontrak yang dimasuki oleh syarikat tersebut sebelum pembentukan/penubuhannya.

Ini disebabkan tiada principal yang akan bertanggungan terhadap semua perbuatan, tindakan ejennya kerana pada masa itu syarikat masih lagi belum wujud. Pihak yang memasuki kontrak bagi pihak syarikat juga tidak boleh mengakui dirinya sebagai ejen. Di samping itu di bawah Common Law, pengesahan juga tidak boleh dibuat terhadap kontrak yang dimasuki sebelum sesebuah syarikat ditubuhkan.

Bab 1 : Pengenalan Undang-undang Syarikat



Bab 1 : Pengenalan Undang-undang Syarikat

1.0  Definisi Syarikat

Di Malaysia, terdapat 3 jenis organisasi perniagaan iaitu :
a.       Perniagaan tunggal
b.      Perkongsian
c.       Syarikat

Perniagaan tunggal dan perkongsian adalah merupakan perniagaan yang tidak diperbadankan manakala syarikat pula adalah merupakan perniagaan yang diperbadankan.

Syarikat adalah merupakan 1 perbadanan yang menjalankan perniagaan untuk tujuan perdagangan dan perindustrian. Menurut Sek 4, Akta Syarikat 1965 syarikat adalah syarikat yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 atau mana2 anakmen sebelumnya yang berkaitan. Ertinya sesebuah syarikat itu hanya tertubuh apabila ianya didaftarkan di Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965