November 4, 2013

FUNGSI PENGURUSAN 3

 

 
 
FUNGSI
PENGURUSAN

 
OBJEKTIF 
Objektif :

Am

Memahami fungsi-fungsi pengurusan


Objektif : Khusus

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :


  1. Mengenalpasti keperluan Motivasi dalam pengurusan

  1. Menerangkan proses motivasi dalam pengurusan









  1. PENGENALAN   
 
Di dalam pengurusan, aktiviti motivasi memainkan peranan penting dalam peningkatan produktiviti kerja sesebuah organisasi. Kenapa kita mengatakan penting kepada motivasi dalam pengurusan ? Ini adalah kerana motivasi diperlukan untuk mempengaruhi gelagat individu untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang dan kepuasan bekerja.
 
Adalah sukar untuk mendefinisikan motivasi secara tepat kerana teori motivasi yang berbeza membincangkan dan menjelaskan motivasi dengan cara yang berbeza-beza tentang mengapa dan bagaimana manusia dimotivasikan. Contohnya, mengapa dan bagaimana pekerja yang bermotivasi untuk bekerja? Ada yang menjawab berdasarkan rasionaliti ekonomi, atau proses psikologi secara sedar dan sebagainya.
 
Robbins memberikan definisi motivasi sebagai kesanggupan untuk menghasilkan tingkat usaha yang tinggi bagi mencapai matlamat organisasi, dengan syarat adanya keupayaan usaha untuk memuaskan sesetengah keperluan individu.
 
Secara umumnya, motivasi merupakan satu proses yang kompleks yang melibatkan perasaan dalaman dan luaran induvidu yang akan merangsangkan dan mengarahkan tindakan secara berterusan untuk mencapai matlamat.
 
 
 
  1. KEPERLUAN MOTIVASI DALAM PENGURUSAN
 
Daripada pendedahan umum definisi motivasi di atas, bolehlah kita nyatakan bahawa teori-teori motivasi boleh dikategorikan kepada dua jenis utama :
  1. Teori-teori proses
    Iaitu penerangan mengenai motivasi yang menekankan kepada aspek bagaimana individu dimotivasikan.
     
  2. Teori-teori kandungan
Ia menerangkan mengenai motivasi yang menekankan kepada ciri-ciri dalaman yang terdapat pada manusia. Ia memfokuskan kepada pentingnya untuk memahami tentang keperluan manusia dan bagaimana keperluan ini dapat dipenuhi.
 
Teori-teori motivasi tersebut di atas, menghuraikan keperluan yang terdapat motivasi dalam pengurusan hasil dari hipotesis dan pemerhatian terhadap individu.
 
Di antaranya , Abraham Maslow dalam teorinya, Teori Motivasi Maslow , menghuraikan lima tingkat keperluan motivasi yang diperlukan oleh manusia iaitu :
  1. Keperluan Fisiologi
    Keperluan asas manusia untuk terus hidup seperti perlindungan, makanan dan minuman, udara kesekesaan dan lain-lain.
     
  2. Keperluan Keselamatan
    Bertujuan untuk mengelakkan induvidu daripada perkara-perkara yang menjejaskan masa depan seperti kesihatan, keamanan dan lain-lain.
     
  3. Keperluan Sosial
    Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap seseorang induvidu seperti persahabatan, kasih sayang dan lain-lain.
     
  4. Keperluan Esteem
    Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di atas dipenuhi. Ini akan mewujudkan penghargaan diri, penghormatan dan lain-lain.
     
  5. Keperluan Aktualisasi Diri
    Keperluan terakhir sebagai pencapaian seseorang induvidu seperti potensi diri, bebas, kreativiti dan lain-lain.
 
 
Peringkat-peringkat keperluan motivasi ini dapat ditunjukkan seperti rajah 5.1 di bawah .
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Rajah 5.1 : Peringkat-peringkat keperluan Motivasi dalam Teori Maslow
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  1. PROSES MOTIVASI DALAM PENGURUSAN
 
Dalam teori keperluan matlamat, motivasi akan berlaku apabila induvidu merasakan adanya keperluan dan akhirnya diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku yang membantu tingkah laku matlamat berlaku bagi mengurangkan perasaan terhadap keperluan tersebut.
 
Secara teorinya, proses motivasi berlaku apabila tingkah laku matlamat dapat mengurangkan perasaan terhadap keperluan . Ini dapat di tunjukkan seperti rajah 5.2 di bawah.
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Rajah 5.2 : Proses Motivasi dalam Teori Keperluan Matlamat
 
 
Teori ini menjelaskan, sekiranya pengurus ingin berjaya dalam usaha memotivasikan pekerja, mereka mestilah memahami keperluan peribadi pekerja. Ini bermakna jika pengurus menawarkan ganjaran yang tidak berkaitan dengan keperluan peribadi pekerjanya, menyebabkan pekerja tersebut tidak akan bermotivasi.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
  1. Nyatakan definisi motivasi
 
  1. Lengkapkan peringkat-peringkat keperluan motivasi dalam teori Maslow berikut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  1. Lakarkan rajah proses motivasi dalam pengurusan
 
 
 
 
 
 


  1. Motivasi ialah satu proses yang kompleks yang melibatkan perasaan dalaman dan luaran induvidu yang akan merangsangkan dan mengarahkan tindakan secara berterusan untuk mencapai matlamat.
 
5.2     a. Fisiologi – Makanan , Pakaian, udara
    b. Keselamatan – Kesihatan , Keamanan , Iklim
    c. Sosial – Persahabatan , Kasih sayang , Penerimaan
    d. Esteem – Tanggungjawab , Harga diri , Status

5.3




 
 
SOALAN 5-1
Huraikan kelima-lima peringkat keperluan motivasi yang diperlukan mengikut teori Abraham Maslow.
 
SOALAN 5-2
Terangkan proses-proses motivasi dalam pengurusan besertakan gambarajah yang sesuai untuk menyokong hujah anda.